Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jun 6, 2011

Usul-Usul Muktamar PAS Ke-57


1.Himpunan BERSIH 2 (PAS Pusat).

Menyedari ruang demokrasi semakin terhimpit oleh kerajaan BN, walaupun negara hampir mencapai kemerdekaan negara 54 tahun.

.Menyedari BN takut bertarung secara anak jantan di gelanggang yang sama rata dengan memperalatkan SPR .

.Menyedari tuntutan BERSIH 1 belum dilaksanakan,

1. Akses kepada media awam yang bebas dan adil kepada semua parti politik
2.Melaksanakan penggunaan dakwat kekal untuk menghalang pengundian berganda.
3.Memansuhkan sistem undi pos
4.Umur 21 tahun secara automatik didaftar sebagai pengundi.

Maka Muktamar Parti Islam Semalaysia Pas Kali 57 yang bersidang di Dewan Dato' Fadhil Mohd Noor Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohammad (KUIZIM) pada1 hingga 3 Rejab 1432H bersamaan 3 hingga 5 Jun 2011

.Menggesa seluruh rakyat Malaysia daripada berbagai peringkat menyertai BERSIH 2 pada 9 Julai 2011 di Bandaraya Kuala Lumpur.

.Menggerak semua organ parti dan semua lapisan pimpinan parti Pas, PR dan NGO untuk menjayakan himpunan tersebut.

2. Usul Mengutuk Fitnah Menggunakan Video (Dewan Ulamak)

.Menyedari bahawa fitnah adalah salah satu daripada dosa besar yang dikutuk oleh Allah SWT kerana ia melibatkan maruah dan jati diri seorang.

.Menyedari bahawa tindakan ini adalah tindakan yang tidak bermoral setelah tidak mampu berhadapan dengan hujah fakta dan data.

.Menginsafi bahawa tindakan. menggunakan video dan media baru sebagai saluran untuk menyebarkan fitnah untuk kepentingan politik adalah lambang keruntuhan tamaddun sebuah negara dan bangsa.

Maka Muktamar Parti Islam Semalaysia Pas Kali 57 yang bersidang di Dewan Dato' Fadhil Mohd Noor Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohammad (KUIZIM) pada1 hingga 3 Rejab 1432H bersamaan 3 hingga 5 Jun 2011

.Mengutuk tindakan kerajaan BN yang membenarkan video lucah di dalam televisyen dan media cetak seolah-olah penayangan ini dilesenkan oleh kerajaan.

.Mengutuk sikap membisu di kalangan ulamak rasmi kerajaan yang tidak tegas mengutuk tindakan yang tidak berakhlak, seolah-olah penayangan video ini mendapat restu daripada mereka.

3. Usul Pemalsuan Kad Pengenalan (Dewan Pemuda)

• Menyedari bahawa Pilihanraya Umum ke 13 yang akan datang bakal menjadi medan pertarungan paling sengit dalam sejarah politik Malaysia di antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.
• Menyedari bahawa UMNO/BN sepertimana track record yang lalu, akan sanggup menggunakan apa jua cara by hook or by crook, untuk mengekalkan kuasa di tangan mereka terutama selepas mereka dilanggar tsunami politik pada Pilihanraya Umum ke 12 tahun 2008.
• Menyedari bahawa sejak dua tahun kebelakangan ini, sedang berlangsung satu projek sulit mengeluarkan kad-kad pengenalan terutamanya kepada warga asing dengan tujuan untuk didaftarkan sebagai pengundi.
• Menyedari ianya bukan satu rahsia lagi bahawa komplot dan perancangan yang sama pernah dilaksanakan di Sabah melalui 'Projek I.C' pada tahun 1980 an dan 1990 an bagi menumbangkan Kerajaan Sabah yang diterajui oleh Parti Bersatu Sabah (PBS) pada ketika itu di mana ratusan ribu pendatang tanpa izin dan penduduk tetap diberikan hak kerakyatan dan kad pengenalan dan seterusnya didaftarkan sebagai pengundi.
• Menyedari bahawa komplot dan perancangan sulit ini tidak lain tidak bukan adalah hasil unholly alliance antara UMNO/Barisan Nasional dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang menjadi merelakan diri mereka untuk dijadikan perkakas dan pada masa yang sama Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) membiarkan perkara ini berleluasa.
• Menyedari bahawa sudah lebih puluhan ribu warga asing diberikan kad pengenalan dan kebanyakannya telah didaftarkan sebagai pengundi di negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat seperti Selangor, Kelantan dan Kedah.
• Menyedari bahawa kepimpinan PAS dan Pakatan Rakyat (PR) seolah-olah tidak mengambil perhatian serius untuk menangani perkara ini.
• Menginsafi bahawa jika perkara ini dibiarkan berleluasa tanpa sebarang tindakan tegas diambil, ianya bakal menyebabkan PAS dan Pakatan Rakyat tewas teruk termasuk terlepas negeri-negeri yang dikuasai dalam Pilihanraya akan datang.
• Menginsafi bahawa keselamatan dan kedaulatan negara Malaysia yang kita cintai ini akan juga terancam jika pemberian kad pengenalan kepada warga asing secara besar-besaran untuk tujuan politik ini tidak dihentikan,

Maka Muktamar Parti Islam Semalaysia Pas Kali 57 yang bersidang di Dewan Dato' Fadhil Mohd Noor Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohammad (KUIZIM) pada1 hingga 3 Rejab 1432H bersamaan 3 hingga 5 Jun 2011

Mengambil ketetapan bahawa:
a. Mendesak supaya satu Suruhanjaya Diraja Siasatan bagi menyiasat perkara ini ditubuhkan menurut Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 dengan perkenan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong di mana ahli-ahli suruhanjaya tersebut dilantik dari kalangan mereka yang berwibawa, bebas dan berkecuali.
b. Menuntut supaya Kementerian Dalam Negeri dan juga Jabatan Pendaftaran Negara khususnya mendedahkan secara terperinci statistik berapakah jumlah taraf kewarganegaraan dan kad pengenalan yang telah dikeluarkan kepada warga asing dan penduduk tetap terutamanya sejak sepuluh tahun kebelakangan ini mengikut negeri.
c. Mendesak supaya jentera PAS dan Pakatan Rakyat di negeri-negeri dan kawasan-kawasan memantau secara rapi pergerakan komplot mengeluarkan kad pengenalan dan membuat tangkapan awam terhadap mereka jika didapati berlaku.
d. Sekiranya keadaan mendesak, PAS dan Pakatan Rakyat perlu mengambil satu tindakan undang-undang diambil terhadap JPN dan/atau SPR dan pada masa yang sama memohon satu perintaah injunksi sementara diambil bagi menggantung segala proses pengeluaran kad pengenalan kepada warga asing.
e. Memasukkan isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing ini sebagai salah satu tuntutan di dalam agenda Bersih 2.0 yang akan mengadakan perhimpunan Bersih 2 pada 9hb Julai 2011.

4. Usul Dewan Muslimat PAS Pusat (Usul Pendidikan)

.Menyedari hampir keseluruhan umat lslam hari ini keliru dan terpedaya dengan kemilau sinar pendidikan yang berbentuk sekularisme hasilnya kita sedang menyaksikan insan yang berperibadi terpisah (split personality) , separa sedar (sub-conscious) hilang daya tahan dan daya juang

.Menyedari senario keruntuhan akhlak yang amat parah di setiap peringkat umur, malah yang lebih menakutkan ialah mereka yang terpelajar tetapi berani melawan perintah Allah SWT dan tidak yakin dengan balasan akhirat.

.Menyedari Kementerian Pelajaran telah mengambil langkah memperkenalkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pada tahun 1989 dengan meletakan TAUHID sebagai asas terulung kepada falsafah dan struktur pendidikan Negara. Konsep Bersepadu di antara aqidah, ilmu, kemahiran, akhlak, nilai-nilai murni, aspek local dan global serta dunia dan akhirat menjadi wasilah dalam pelaksanaan Sistem Pendidikan Negara.

.Menyedari Subjek Pendidikan Islam dan Moral telah menjadi subjek teras di setiap peringkat persekolahan kerana subjek Pendidikan Islam adalah satu-satunya subjek yang mampu membangunkan diri manusia secara menyeluruh, seimbang dan sepadu.
. Menyedari Sistem Pendidikan Negara berorientasikan peperiksaan, maka matapelajaran Pendidikan Islam sekadar matapelajaran teras untuk dipelajari sahaja dan dijawab oleh pelajar di dewan peperiksan semata-mata, maka pengajaran dan pembelajarannya sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Ia tidak dianggap penting sama sekali terutama dalam menentukan syarat pensijilan bagi setiap tahap peperiksaan (UPSR, PMR dan SPM), malah ia dianggap subjek yang tidak langsung mempunyai nilai ekonomi dan keperluan pasaraan kerja. Hasilannya tidak seorang pun boleh menafikan kegagalan Sistem Pendidikan Negara dalam melahirkan insan yang cemerlang di dunia dan akhirat.

Maka Muktamar Parti Islam Semalaysia Pas Kali 57 yang bersidang di Dewan Dato' Fadhil Mohd Noor Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohammad (KUIZIM) pada 1 hingga 3 Rejab 1432H bersamaan 3 hingga 5 Jun 2011 mengusulkan agar Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil tindakan

1. Meminda syarat pensijilan di peringkat UPSR, PMR dan SPM dengan menjadikan subjek pendidikan Islam sebagai syarat asas pensijilan bagi pelajar-pelajar beragama Islam.
2. Meneruskan matapelajaran j-QAF yang diperkenalkan di sekolah rendah diteruskan ke sekolah menengah untuk menjamin penguasaan Jawi, Al-Quran dan Fardu Ain kepada pelajar-pelajar beragama Islam sehingga tamat tingkatan 5.
3. Mewajibkan ujian Tilawah Al-Quran kepada semua pelajar Islam di peringkat UPSR, PMR, dan SPM bagi memastikan semua pelajar Islam menguasai dan celik Al-Quran dan sijil khas dikeluarkan kepada pelajar-pelajar.

5. Usul Mengenai Membantah Pengurangan Subsidi (Pandan Selangor)

.Menyedari tanggungjawab kerajaan ialah khadam rakyat yang dipertanggungjawab untuk memberi keselesaan kepada rakyat.

.Menyedari bahawa tugas kerajaan perlu memikirkan untuk kebajikan rakyat, bukan menekan rakyat.

.Menyedari bahawa hasil negara yang begitu banyak yang Allah anugerahkan kepada negara ini, malangnya telah berlaku penyelewingan dan rasuah sehingga pemimpin BN mengambil jalan pintas mengurangkan subsidi untuk rakyat.

Maka Muktamar Parti Islam Semalaysia Pas Kali 57 yang bersidang di Dewan Dato' Fadhil Mohd Noor Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohammad (KUIZIM) pada1 hingga 3 Rejab 1432H bersamaan 3 hingga 5 Jun 2011

.Membantah tindakan kerajaan BN yang mengurangkan subsidi sehingga memberi kesan kepada rakyat. Apabila kerajaan menaikkan harga petrol dan letrik ia akan memberi kesan kepada rakyat walaupun kerajaan cuba bermain silap mata kononnya 75% rakyat tidak terjejas dengan kenaikan tarif letrik seolah-olah rakyat tidak membeli barang keperluan dapur yang menggunakan pengangkutan dan industri yang menggunakan letrik. Semua bebanan ini akan ditanggung oleh rakyat melalui "kesan berantai".

.Mengutuk tindakan kerajaan BN menarik subsidi gula RM116.6 juta sehingga berlaku kenaikan harga sebanyak 20 sen. Untuk 27 juta rakyat ditarik subsidi, sedangkan untuk PERMATA yang bukan sebuah kementerian diberi sebanyak RM111 juta.

6. Usul Kebajikan Bekas Anggota Tentera (Tenggara Johor)

Menginsafi anggota tentera yang banyak menyumbang bakti kepada negara sehingga anasir surversif tidak boleh bermaharajalela di negara ini.

Menginsafi banyak kebajikan bekas anggota terabai, sedangkan mereka pernah menyabung nyawa untuk keamanan negara samaada ketika aman atau dharurat.

Maka Muktamar Parti Islam Semalaysia Pas Kali 57 yang bersidang di Dewan Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohammad (KUIZIM) pada1 hingga 3 Rejab 1432H bersamaan 3 hingga 5 Jun 2011 mengusulkan,

.Supaya kerajaan negeri Pakatan Rakyat menubuhkan Sekretariat Kebajikan Tentera Dan Veteran Malaysia (KERABAT) yang dipengerusikan oleh Menteri Besar/Ketua Menteri untuk memastikan kebajikan bekas pasukan tentera terjamin.
..

Parti PAS Yang Semakin Menarik....!!


"TG Hj.Hadi kata.." ini barisan kabinet pilihanraya PAS". Gurkah-gurkah politik di'port'pula kata... barisan kepimpinan PAS yang baru di-pilih ini ada lah barisan yang mampu membawa pembaharuan untuk orang melayu yang boleh menggantikan umno, dan sudah tentu juga akan mengetuai tim Pakatan Rakyat.Pemilihan yang telah di-buat olih para perwakilan kelmarin, telah menjadikan barisan ini adalah barisan kepimpinan yang di-inginkan bukan sahaja olih ahli-ahli PAS, tetapi juga kepada yang bukan ahli PAS macam gurkah-gurkah,

tetapi malangnya keputusan pemilihan ini juga adalah merupakan satu mimpi ngeri kepada barisan kepimpinan yang dalam geng-geng yang bergelar ulamak.
Masa proses pencalunan sebelum muktamar ini, sudah dengar ada kata-kata mengatakan kepimpinan Ustaz Nasharudin ini tak berapa dinamik lagi. Ustaz Nasha juga di-katakan sudah tak sesuai jadi orang nombor 2 dalam PAS, atau senang cakap lah... ustaz Nasha ni semakin hari di-lihat semakin menjadi seorang yang lemah.

Ketika masuk ke penghujung proses pencalunan, kemaraan Mat Sabu sudah nampak cukup jelas sehinggakan ada penasihat-penasihat ustaz Nasha sudah nasihat dia agar tarik diri.

Apa yang buat gurkah-gurkah ini respek habis ialah dekat ustaz Nasha ialah bila dia menjawab kepada penasihat-penasihat dia.. "pernah tengok Kirk Douglas dalam filem Viking?.. kemuncak filem itu ialah bila Kirk Douglas ada kata... 'i am a Viking. If i want to die, i will die as a Viking'.., i menang jawatan nombor 2 dengan bertarung dalam gelanggang, jadi kalau i nak kalah, i nak kalah dalam gelangang ketika bertarung..!".

Wow!! foohhh... kat sini gurkah-gurkah semua bangun dan minum ucap selamat sebagai tanda hormat pada ustaz Nasha.

Mat Sabu pula dah buat satu sejarah dalam perjuangan politik PAS. Dia ada lah orang pertama yang bukan ulamak yang jadi orang nombor 2 dalam PAS sejak dasar PAS dengan 'ulamak sebagai ketua' di-perkenalkan sekitar 25-30 dulu. Mat Sabu yang di-kenali sebagai pemimpin yang paling lantang bersuara dengan ucapan-ucapannya yang panas berapi-api yang boleh membakar semangat orang ramai pula, telah berjaya memecahkan halangan ini yang merupakan tembok besar dalam parti PAS.

Mat Sabu pun hampir-hampir, nyaris-nyaris dan sikit saja lagi... dia nak tarik diri bila Datuk Haron Din dengan Datuk Harun Taib telah memperkudakan barua umno utusan malaysia, untuk berkempen bagi pihak ulamak untuk jawatan nombor 2 itu. Tetapi penasihat-penasihat Mat Sabu pula sudah nampak yang mood para perwakilan parti pada hari ini telah terbuka minda mereka, dan yakin yang perwakilan akan memberikan kepercayaan dan peluang kepada kumpulan bukan ulamak untuk memimpin dan membawa hala tuju parti.

Mat Sabu memang seorang yang 'champion' dalam bercakap dan berucap. Selepas dia di-pileh sebagai Timbalan Presiden, Mat Sabu dengan pantas telah mengubat kecewa hati kumpulan ulamak ini dengan berkata yang.."kita bukan macam parti umno yang telah membisukan ulamak. Dalam PAS ulamak masih lagi mengawal parti melalui Majlis Syura yang akan menjaga disiplin parti dan dasar-dasar parti."

Berita Yang Di Tunggu-Tunggu....!!


Scorpene : Mahkamah Perancis Temui Bukti Kukuh - HD

KUALA LUMPUR, 6 Jun: Mahkamah Perancis menemui bukti kukuh bahawa syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membuat bayaran kepada syarikat Perimekar sebanyak RM493 juta, tetapi bayaran itu sebenarnya dilakukan oleh kerajaan Malaysia sendiri.

Penemuan itu ternyata bertentangan dengan kenyataan Kabinet Najib yang sebelum ini mengklasifikasi bayaran itu sebagai koordinasi dan perkhidmatan sokongan serta Malaysia tidak terlibat dalam pembayaran berkenaan.

Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gibrael berkata, dengan penemuan itu, dua lagi rasuah membabitkan pembelian kapal selam Scorpene terdedah hasil penyiasatan pihak berkuasa Perancis.

Menurut beliau, pembongkaran itu pula berlaku ketika pendedahan 114 juta Euro bersama RM493 juta komisen kapal selam Scorpene belum dijawab oleh kerajaan Malaysia pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, dua rasuah tersebut bernilai masing-masing RM30 juta dan RM2.5 juta dan ia terbongkar setelah pihak berkuasa Perancis menjalan penyiasatan sejak lebih enam bulan lalu.

"Bayaran itu, didapati memang ada dibuat tetapi tidak tahu kepada siapa dan besar kemungkinan ia dibiayai kerajaan Malaysia," katanya ketika diminta mengulas perkara itu.

Suaram adalah pihak yang membuat representasi agar mahkamah Perancis menyiasat pembelian Scorpean dengan kebimbangan adanya rasuah berlaku dalam pembelian itu.

Ekoran itu, Mahkamah Perancis sedang membicarakan kes ini yang dikaitkan juga dengan pembunuhan kejam wanita Monggolia, Altantuya Shaariibuu.

Menurut Cynthia Gibrael , jika benar apa yang diperolehi dalam perbicaraan sekarang, bermakna dalam pembelian peralatan itu (kapal selam Scorpene), kerajaan Malaysia membayar dua kali rasuah kepada pihak yang belum dinamakan lagi.

Katanya, dokumen itu diperolehi selepas DNCS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia, diserbu pihak berkuasa melalui Akta Kebebasan Maklumat.

"Proses bayaran tidak dibuat secara terus, sebaliknya dilakukkan melalui sebuah syarikat iaitu Gifen yang berpangkalan di Malta. Tindakan itu dilakukan bagi mengelakkan kerajaan Perancis mengesan pembayaran itu," jelasnya.

Sebelum ini, laman web Rue89 mendedahkan, sebanyak 114 juta Euro yang menjadi komisen dalam pembelian dua kapal selam Scorpene dibayar kerajaan Malaysia, bukannya Armaris, sebuah syarikat di Perancis.

Baru-baru ini pula, Rue89 juga mendedahkan, syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membayar kepada Perimekar RM493 juta, sebaliknya ia sebenarnya dibayar kerajaan Malaysia sendiri.

Laporan itu dibuat berdasarkan perbicaraan kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene yang sedang berjalan di Perancis sekarang.

Perimekar adalah syarikat kepada rakan karib Najib, Abdul Razak Baginda, manakala pemegang saham majoriti syarikat itu pula ialah isteri Razak, Mazlinda.

Razak Baginda terlepas dari sabitan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang menjadi perantara pihak Malaysia dan Perancis.

Altantuya dikatakan datang ke Malaysia untuk menuntut bahagiannya dalam perniagaan antara Malaysia dan Perancis sebagai perantara kerana dia adalah penterjemah yang dijanjikan bayaran untuk khidmatnya itu.

Sebaliknya, wanita warga Mongolia itu mati dibunuh dan badannya diletupkan dengan peledak C4 di Puncak Alam yang bukan sahaja menggemparkan seluruh negara, tetapi juga Perancis dan seluruh dunia.

Razak dan dua anggota polis pengiring yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di pejabat Perdana Menteri didakwa tetapi mahkamah membebaskan rakan karib Najib itu.

Menurut Cynthia, kejadian tersebut tetap menjadi tanda tanya pelbagai pihak sejak mula tercetus sehingga sekarang, manakala kes itu juga masih terus dibicarakan di mahkamah Perancis hingga sekarang.

Katanya, rakyat Malaysia yang turut mengikuti perbicaraan kes itu di Perancis menjadi bertamba hairan dengan penemuan demi penemuan membabitkan pembayaran-pembayaran yang dibuat oleh kerajaan Malaysia berhubung pembelian kapal selam itu, memandangkan ia dinafikan keras oleh Kabinet Najib sebelum ini.

Perubahan Dalam PAS...Kenapa UMNO yang Kecoh...??


Saya menunggu-nunggu apakah ulasan yang akan dikeluarkan oleh kepimpinan UMNO mengenai perlantikan Saf kepimpinan PAS untuk sesi 2011-2013. Hari ini hajat saya tercapai bila 2 orang penting dalam UMNO iaitu Naib Presiden dan Ketua Pemuda memberikan ulasan yang saya sifatkan sebagai kehabisan modal, lucu dan tidak berasas sama sekali.

Malah saya melihat kenyataan mereka berdua menggambarkan kebimbangan UMNO yang amat sangat dengan perubahan pucuk pimpinan PAS yang dilihat mampu menggugat kuasa mereka, malah sampai ketahap PAS dan Pakatan Rakyat mampu menumbangkan UMNO dan BN.

Jelas pimpinan UMNO tidak nyenyak tidur memikirkan nasib malang yang akan menimpa bila mereka akan kehilangan kuasa dalam PRU ke 13 nanti.

Kebimbangan dan ketakutan dengan kepimpinan PAS yang baru oleh pimpinan UMNO nampaknya tidak dapat disembunyikan lagi sebagaimana kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang dipetik berkata berkata kepimpinan baru Pas yang dipilih semalam dilihat sekadar meraih sokongan sementara bagi mencapai matlamat mereka untuk memerintah bersama Pakatan Rakyat di negara ini.

Aneh sungguh ulasan seorang pimpinan yang tidak ada masa depan ini dengan berkata bahawa jika dahulu parti itu berjuang atas prinsip Islam, tetapi perjuangan PAS dilihat semakin kabur dengan memilih kepimpinan baru .

Lebih memalukan beliau mempersoalkan tentang hala tuju PAS dalam memperjuangkan Islam. Sedangkan hala tuju UMNO yang sudah lebih 50 tahun memerintah Malaysia entah kemana jatuhnya?

Dalam perkembangan yang berkaitan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mempelihatkan kebimbangannya tersendiri dengan mendakwa PAS sanggup menggadaikan perjuangan asalnya untuk menubuhkan negara Islam semata-mata ingin mengejar kuasa.

Khairy juga mendakwa UMNO sebagai parti dengan perjuangan asalnya iaitu demi agama, bangsa dan negara, tidak akan berbuat seperti apa yang dilakukan oleh Pas.

Satu kenyatan yang saya anggap "memperbodohkan" dirinya sendiri setelah UMNO berada diambang maut dan akan ditolak oleh rakyat namun masih bersuara dan mendakwa dialah pembela dan jaguh segalanya . Sedangkan UMNOlah pengkhianat kepada agama, bangsa dan negara.

Khairy juga tidak mampu melindungi rasa takut dan kebimbanganya mengenai PAS bila menuduh tanpa asas dengan katanya kami sanggup mengetepikan prinsip semata-mata hendak menjadi rakan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pakatan Rakyat demi mencapai cita-cita mereka untuk menawan Putrajaya.

Tidaklah saya mahu memanjangkan cerita mengenai dua orang penting dalam UMNO yang bersuara dalam keadaan kelihatan mereka sangat takut kuasa yang dimiliki akan hilang dengan perlantikan kepimpinan PAS yang baru sempena Muktamar PAS kali ke 57 pada tahun ini.

Jelas sekali yang merasakan tidak selesa dengan perubahan pucuk pimpinan PAS ialah pemimpin UMNO. Malah saya tidak tahu apa lagi esok dan lusa serta hari-hari mendatang bentuk ulasan yang menggambarkan mereka rasa bimbang dan takut dengan arus perubahan dalam PAS.

Selamat tinggal UMNO dan BN dan bersiaplah kamu untuk jadi pembangkang...

Kena Lebong Sokmo...!!


JANGAN NAIK HARGA SEWENANG-WENANGNYA -UM

Kerajaan mengingatkan para peniaga agar tidak menaikkan harga barang sewenang-wenangnya ekoran pemansuhan diesel super subsidi pengusaha lori komersial dan kenaikan tarif elektrik sejak 1 Jun lalu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya akan memantau perkara tersebut agar ia tidak membebankan para pengguna.

"Saya dapat maklumat tentang pihak pengusaha lori komersial yang akan menaikkan kos perkhidmatan mereka sebanyak 18 peratus setelah super subsidi bahan api dihapuskan.
"Kita bimbang perkara ini akan memberi impak kepada harga barang, namun kita akan memantau agar tidak ada peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barang sehingga ke tahap tidak munasabah," katanya.
-----------------------------------------------------------
woit… MALAON INI CAKAP APA?....

kah kah kah…MALAON NI TAK TAHU HAL EKONOMI KE?.....

kah kah kah…BILA MINYAK DISEL NELAYAN DINAIKAN HARGA……

kah kah kah...HARGA IKAN AKAN NAIK...BANGANG!...

kah kah kah...BILA MINYAK DISEL PENGANGKUTAN DI NAIKAN KAN....

kah kah kah.... SEMUA HARGA AKAN NAIK....

kah kah kah… PANTAU… PANTAU….PANTAU ..

kah kah kah....NAK PANTAU BUAT APA….

kah kah kah...RAKYAT BUKANNYA NAK PEMANTAU

kah kah kah…AIMAN TAK KISAH....RAKYAT NAK HARGA BARANG MURAH ATAUPUN GAJI MAHAL…..

Turun Ke Jalanraya Sebelum Pilihanraya...!!


PAS LULUS USUL HIMPUN 300,000 UNTUK BERSIH 2 – HD

PAS meluluskan usul menggesa seluruh rakyat Malaysia menyertai Himpunan Bersih II pada 9 Julai di ibu negara dengan sasaran 300,000 peserta dari PAS sahaja.

Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu ketika membentangkan usul tersebut berkata, seluruh ahli PAS di semua peringkat harus menyertai himpunan tersebut kerana empat tuntutan Bersih 2007 lalu tidak dipenuhi kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurutnya juga, usaha mendaftarkan warga asing sedang berleluasa di Selangor dan turut berlaku di negeri-negeri lain.

"Satu pun tuntutan Bersih pada 10 November 2007 tak ditunai pemerintah.

"Daftar automatik tak ditunai walaupun kes di Likas Sabah yang dibuktikan di mahkamah oleh Hakim Kamil Awang adanya kes pemberian kad pengenalan kepada warga asing," kata beliau yang merupakan salah seorang penggerak Bersih.

Tambah beliau juga, amat menghairankan apabila daftar pengundi di Terengganu meningkat secara mendadak sejak 1999 hingga 2004.

Perkara ini katanya mustahil berlaku tanpa bantuan SPR dan Jabatann Pendaftaran Negara (JPN).

"Kalau aktif daftar pemilih boleh naik dari 4 hingga 7 peratus sahaja tapi di Terengganu dari tahun 1999 hingga 2004 daftar pemilih naik 17 peratus.

"Ini tidak mampu dilakukan parti politik melainkan bantuan SPR, polis dan Jabatan Pendaftaran Negara yang lakukan kerja itu," katanya.


NOTA:

ini lah yang kita semua tunggu
pemimpin yang membawa perubahan
ini lah yang di nanti oleh anak semua bangsa
pemimpin yang bergerak menuju perubahan

inilah pemimpin rakyat

ini bukan retorik
ini bukan lebong

ini turun ke jalan raya
sebelum ke pilihanraya