Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Nov 29, 2011

RUU Himpunan Aman....Bukti UMNO Makin Gelabah...!!


PAS mengingatkan kerajaan Umno-BN bahawa transformasi yang dicanang oleh PM mestilah ke arah lebih baik, bukan undur ke belakang. Jangan sesekali cuba memperkenalkan transformasi palsu yang berlindung di sebalik akta atau rang undang-undang (RUU) bagi menghalalkan tindakan zalim pemerintah.

PAS menegaskan pendirian bahawa RUU Himpunan Aman (RUUHA) 2011 mesti ditarik balik kerana mempunyai kecacatan melampau dan ianya tidak langsung memberi gambaran “aman” sebagaimana dicanangkan.

Rakyat melihat RUU ini adalah gambaran kecelaruan dan kebimbangan parti Umno-BN yang kini berhadapan dengan kebangkitan rakyat. Apakah Umno tidak belajar daripada pelbagai akta zalim yang dilaksanakan di Timur Tengah sehingga menyebabkan kemarahan rakyat? Bahkan, mereka bangkit bukan sahaja medesak undang-undang dipinda tetapi menumbang terus kerajaan yang zalim itu.

RUUHA merupakan kebimbangan pemerintah terhadap keputusan yang akan dibuat oleh rakyat dalam PRU13 akan datang, bagi membolehkan kerajaan bertindak menangkap dan menghukum sesiapa sahaja yang berhimpun menunjuk perasaan tidak puashati terhadap tindakan kerajaan.

Rakyat umum perlu disedarkan tentang implikasi RUUHA ini, kerana seandainya ia diluluskan, maka rakyat sudah pasti hampir tidak boleh langsung berhimpun bagi meluahkan bantahan terhadap sebarang isu-isu yang tidak berpihak pada kerajaan Umno-BN walaupun ia jelas menindas mereka.

Ingatlah, kemarahan rakyat tidak akan dapat disekat dengan undang-undang. Ambillah pengajaran daripada sepucuk surat yang dihantar oleh Saidina Umar bin Abdul Aziz tatkala beliau menerima permohonan peruntukan kewangan bagi membuat benteng untuk menyekat sekumpulan golongan pemberontak.

Kata Umar bin Abdul Aziz: "Bentenglah kemarahan rakyat kamu dengan keadilanmu, payungi rakyatmu dengan kasih sayangmu, kerana itu lebih baik dari kamu membina benteng besi menyekat kemarahan rakyatmu.”

Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat

Sayang Semuanya Sudah Terlambat...Bye-Bye Gerakan...!!


"Pujuk Najib bukan saya!" Pemuda Gerakan keluar parti kerana kecewa dengan Koh -MR

"Semasa Hari Malaysia, Najib memberi harapan kepada negara ini, dengan ucapannya untuk menjanjikan pemansuhan ISA, memberi lebih kebebasan...dan sebagainya. Tetapi terkini Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman, kelihatan lebih draconian berbanding dahulu. Jadi, apa yang dikatakan Najib? Dan mengapa Koh Tsu Koon (Presiden Gerakan) berdiam dalam hal ini?"

"Untuk Gerakan, seandainya ia menganggap ini adalah sesuatu yang salah, dia seharusnya bercakap sesuatu. Tetapi ia masih diam. Hanya apabila saya menyerah perletakan jawatan saya, baru beliau (Koh Tsu Koon) cuba untuk memanggil saya, memujuk saya untuk tidak tinggalkan (parti)."

"Ini cara yang salah! Beliau tidak seharusnya memujuk saya, beliau seharusnya memujuk Najib. Ubah pandangan dia (Najib)! Beliau (Koh Tsu Koon) mencari orang yang salah, saya bukan siapa dalam Gerakan. Beliau harus beritahu Najib, bukan saya... Keutamaannya salah!"

Demikianlah kekecewaan yang diluahkan kepada MerdekaReview, oleh Delren Terrence Douglas (gambar atas), seorang pemuda Gerakan yang mengambil keputusan untuk keluar parti dari Gerakan. Beliau memegang jawatan Ketua Pemuda Cawangan Ijok, Ketua Pemuda Bahagian Kuala Selangor, Ketua Informasi Pemuda Negeri Selangor sebelum meninggalkan parti.

Dalam satu wawancara eksklusif dengan MerdekaReview, Delren berkata notis letak jawatan telah dihantar kepada pimpinan tempatan kelmarin, dan melalui sms kepada Kohilan, Tan Lian Hoe dan Koh Tsu Koon, pagi tadi. Beliau menunjukkan panggilan Koh Tsu Koon yang tidak dijawab olehnya, pagi tadi.

Ketika ditanya faktor yang mendorong beliau keluar parti, Delren berkata, "Gerakan masih merupakan anak tiri kepada UMNO. Masa dia masuk dalam Barisan Nasional dulu, dia setaraf dengan UMNO. Apa pendapat dia, UMNO boleh terima. Masa Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, zaman dulu... Tapi sekarang, Gerakan seolah-olah macam anak tiri."

Beliau tidak berpuas hati apabila pimpinan atasan Gerakan berdiam diri dalam skandal yang terdedah, termasuk skandal National Feedlot Centre yang melibatkan Shahrizat Jalil, Menteri Ketua Wanita UMNO baru-baru ini. Beliau berkata, peringatan demi peringatan diketengahkan, malah dalam Mesyuarat Agung Gerakan baru-baru ini, beliau antara pembahas yang melontarkan ketidakpuasannya, malah berkata Gerakan mesti bertukar (berubah).

Meskipun fenomena ini telah berlaku sejak lama lagi, tetapi beliau masih memilih untuk memberi peluang kepada Koh Tsu Koon. "Tapi nampaknya, dia (Koh Tsu Koon) tukar, dia kata dia tak akan bertanding dalam pilihan raya saja. Dia tak kata dia nak letak jawatan. Dia tak kata apa dia nak lakukan," beliau menyatakan kekecewaannya terhadap Koh Tsu Koon dan pimpinan atasan dalam Gerakan.

Ketika dilontarkan andaian Koh Tsu Koon berundur, apakah beliau akan kembali yakin kepada Gerakan, "Kena tengok arah mereka (pimpinan baru) nak pergi."

Delren hadir dalam Kongres Nasional Tahunan Keadilan yang berlangsung semalam dan hari ini, di Pulai Springs Resort, Johor Bahru. Beliau menerima temuramah MerdekaReview di sini, tadi. Ketika ditanya mengapa PKR dipilih, beliau berkata ideologi perjuangan PKR hampir sama kepada Gerakan, dengan komposisi anggota yang berbilang kaum.

Ketika ditanya apakah suasana Kongres Nasional PKR berbeza dengan Mesyuarat Agung Gerakan, "Lebih kurang sama," jawab Delren.

Saman....Jangan Tak Saman...!!


Hina Peneroka : JKPP Felda Mahu Saman Isa - HD

AMPANG, 28 Nov: Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP) Felda memberi tempoh 14 hari kepada Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad membuat permohonan maaf secara terbuka ekoran dakwaan mengeluarkan kenyataan menghina peneroka.

Kata-kata penghinaan itu didakwa diucapkan Isa semasa sesi penerangan kepada perwakilan Koperasi Permodalan Felda (KPF) di Melang Inn Kuala Pilah baru-baru ini.

"Kita telah melantik peguam untuk menuntut Tan Sri Isa Samad membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 14 hari dan menyiarkannya sekurang-kurangnya di lima buah akhbar.

"Jika enggan memohon maaf, kita akan meneruskan tindakan saman terhadap beliau," kata Ketua Peneroka Felda Kebangsaan yang juga Naib Pengerusi JKPP Wilayah Johor Bahru, Shamsuddin Othman.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media di sebuah hotel di sini hari ini.

Kira-kira 15 anggota mereka turut serta pada sidang media itu termasuk pimpinan Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda yang diketuai Azizah Bahari.

Dalam rakaman ucapan yang turut ditayangkan kepada media, Isa dilihat mengeluarkan kenyataan seperti "jika budak kecil, saya dah lempang", "munafik", "pembohong", "penipu" dan "jika saya jumpa saya akan lutu (ketuk) dia".

Dia juga secara jelas menujukan kenyataan-kenyataan itu kepada Shamsuddin yang disebutnya dalam ucapan itu dengan nama "Pak Sam".

Bagaimanapun tindakan Isa itu dianggap menghina seluruh peneroka kerana Shamsuddin adalah ketua peneroka Felda kebangsaan yang mewakili seluruh peneroka.

Menurut Shamsuddin lagi, penghinaan oleh Isa terhadapnya itu dipercayai ada kaitan dengan tindakannya yang mempersoal prolehan Felda yang hanya akan mendapat RM500 juta setahun selepas memajak 360,000 tanah kepada Felda Global Ventures untuk disenaraikan.

Sedangkan pendapatan Felda daripada tanah-tanah itu sekarang ini sekitar RM2 billion setahun.

"Ini kali pertama dalam sejarah, pengerusi Felda hina peneroka, tak pernah berlaku sebelum ini," katanya.

Selain itu dalam video itu juga, Isa secara tersekat-sekat menggelarkan 'JKPP' sebagai 'JKK'.

"Setelah hampir setahun bertugas tetapi masih tidak mengetahui nama dan fungsi JKPP membuktikan Tan Sri Isa tidak layak menerajui Felda," katanya.

Mundurkah Kelantan...?? Maju Sangat Ke Melaka...??


Menatang ni ada tak kat Melaka?

Lapangan terbang Sultan Ismail Petra yang terletak kira-kira 10 kilometer dari bandar Kota Bharu merupakan pintu masuk ke Kelantan melalui udara. Lapangan terbang ini telah beberapa kali diperbesarkan dan yang terakhir ialah pada tahun 2005. Lapangan Terbang ini mengendalikan 28 penerbangan sehari iaitu masing-masing 14 penerbangan keluar Kelantan dan 14 penerbangan masuk. 8 penerbangan dikendalikan oleh Sistem Penerbangan Malaysia (MAS), 10 penerbangan oleh Firefly dan 10 lagi oleh Air Asia.

Bermula 21 November pula, penerbangan dua kali seminggu pada setiap Isnin dan Jumaat akan diperkenalkan untuk destinasi LTAM ke Subang dan LTAM ke Medan.

Sekiranya respons orang ramai menggalakkan kepada Melaka Air, penerbangannya akan dikembangkan ke destinasi Bandung, Palembang dan Batam di Indonesia serta penerbangan domestik ke Pulau Pinang dan Kota Bharu. - Ali Rustam

LTAM dinaik taraf sejak Febuari tahun lalu dan setakat ini hanya sebuah syarikat penerbangan iaitu "Wings Air" beroperasi tiga kali seminggu bagi laluan Pekan Baru, Indonesia ke Melaka.

P/s: Wei, international kepala bapak apa lapangan terbang tiga kali seminggu? Cuba ko tengok Kelantan yang hanya penerbangan domestik pun 28 kali sehari. Yang international pula 3 kali semingu.. Hahaha.. Mundurnya Melaka. Gua pun ada dengar Ali Rustam duduk kutuk Kelantan mundur tapi rupa-rupanya Melaka lagi mundur. Malu la sikit. International hanya 3 kali seminggu.. Kahkahkah.

Paling bodohnya Ketua Menteri Melaka ni, laluan yang dia pilih ialah negeri PAS dan DAP. Kahkahkah.. Dah jilat kencing ke apa? Dalam ceramah duk kutuk DAP anti Islam la, Melayu Pulau Pinang tergadai tanah la.. Akhirnya tanah tak cukup, ko pilih laluan Pulau Pinang. Hahaha.

Bukan setakat negeri DAP, negeri PAS pun menjadi laluan pilihannya yang duk kutuk dalam ceramah Kelantan mundur. Pilihan negeri mundur jugak la yang dipilihnya. Hahaha. Wei, malulah sikit. Agak-agak rakyat Kelantan gelak je kat ko tu Ali Rustam. 3 kali seminggu.. Hahaha.. Kenapa tidak pilih laluan negeri BN? Ke takut lembu Fidlot RM250juta naik flight?. Hahahah.

Gua nak pesan, lain kali jangan duk hina negeri orang lain kalau negeri ko tu penerbangan 3 kali seminggu.. Hahahahahahahahaha

Bro, Melaka Lagi Mundur Dari Kelantan.. Kahkahkah

Tanya Cina Kelantan...Adakah PAS Sudah Potong Dia Punya 'Lanchow'....??


KOTA BHARU, 28 Nov: Seramai 40 orang peserta rombongan dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kawasan Parit Buntar menegaskan mereka tetap akan menyokong perjuangan di hadapan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mereka menyatakan demikian sempena lawatan rasmi mengunjungi Tuan Guru yang juga Menteri Besar Kelantan, di kediaman rasmi, di sini petang ini

Rombongan yang sebahagian besarnya terdiri dari kaum wanita serta bekas penyokong MCA diketuai Pengerusi DHPP kawasan tersebut, Ricky Tang.

Ricky dalam ucapannya memberitahu, masyarakat bukan Islam di negeri ini khususnya kaum Cina sering diberi bayangan buruk berhubung perjuangan PAS dengan tujuan menakutkan mereka.

“Bagaimanapun, semakin mereka ditakuti sokongan terhadap PAS semakin bertambah dari tahun ke tahun dan pihak lawan sudak tidak boleh berbuat apa berhubung ledakan sokongan ini,” ujarnya.

Sementara itu, Tuan Guru ketika berucap pada majlis itu menyeru golongan terbabit meninjau perkembangan kehidupan masyarakat bukan Islam khususnya kaum Cina di negeri ini sejak 21 tahun lalu melalui golongan terbabit.

“Tuan-tuan boleh bertanya masyarakat Cina Kelantan, adakah saya selaku ketua kerajaan mengkhianati mereka sama ada dari segi ekonomi, agama, kebudayaan, sosial dan sebagainya?

“Tuan-tuan tidak boleh menerima bulat-bulat maklumat yang tidak tepat dari orang tertentu tanpa merujuk sendiri dari masyarakat bukan Islam di negeri ini,” ujarnya.

Tuan Guru turut melahirkan rasa bertuah serta terima kasih kerana sudi mengunjunginya, walaupun dalam keadaan demam, namun kerana rasa gembira untuk bertemu masyarakat terbabit, beliau gagahi juga.