Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Mar 20, 2010

"ANAK HARAM" Kini Makin Ramai Di Rumah Kuning, Kertih..!!

Kertih, Kemaman - Baru-baru telah gempar satu berita terhadap kejadian melahirkan anak hasil perbuatan Zina yang kini semakin menjadi-jadi di Kertih, Kemaman khususnya di Kawasan Perumahan PAKR Kertih II atau lebih di kenali "Rumah Kuning".

Kejadian terbaru telah membabitkan seorang pelajar perempuan berumur 17 tahun di percayai telah melahirkan seorang bayi hasil hubungan seks bebas yang sekarang hampir sudah tidak terkawal lagi. Kejadian ini heboh di perkatakan oleh masyarakat setempat dan rata-rata menyalahkan para ibu bapa yang langsung tidak mengambil berat terhadap pergaulan bebas anak-anak mereka.

Sebelum ini telah berlaku kejadian yang sama yang berpunca daripada sikap ibu bapa mereka yang tidak mempedulikan kegiatan anak mereka gara-gara sikap bapanya yang hanya menumpukan perhatian kepada isteri barunya.

Beberapa orang penduduk di situ pernah terserempak dengan beberapa pasangan yang sedang asyik duduk bedua-duaan di kawasan gelap perumahan tersebut iaitu sekitar pukul 2 atau 3 pagi sewaktu penduduk lain sedang nyenyak di buai mimpi.

Yang peliknya Unit Kawalan Kampung (UKK) tajaan UMNO sibuk berkawal di setiap pintu masuk ke perumahan tersebut namun tindakan tersebut hanyalah di ibaratkan sebagai melepas batuk di tangga sahaja kerana mereka hanyalah berkumpul dan asyik bersembang di wakaf-wakaf sahaja tanpa membuat rondaan di sekitar kawasan perumahan tersebut.
----------------------------------------------------
Kah...Kah...PATUTLAH LEPAS SATU..SATU..BALA YANG DATANG..

Kah..Kah...INILAH PADAHNYA BILA GOLONGAN JAHIL JAGA KAMPUNG....!!!

Kah..Kah...JKKK BUKANNYA TAK TAHU...TAPI SENGAJA BUAT TAK TAHU..!!

Kah..Kah...ADA SURAU PUN....CUMA BUAT TEMPAT MESYUARAT JE...!!!

Kah..Kah...KALAU CAKNA SURAU..TAK KAN LETRIK SURAU PUN KENA POTONG..

Kah..kah...BUDAK-BUDAK BERZINA PUN..JKKK BUAT RILEK JE...

Kah..Kah...BILA KELUAR ANAK HARAM...PANDAI PULAK JKKK SIMPAN RAHSIA..

Kah..kah...KALAU ADA KULIAH AGAMA...JKKK LAH YANG PALING SUSAH HATI...

Kah..Kah..AIMAN TAK KISAH...BILA PEMIMPIN JAHIL..RAKYAT HABIS JADI JAHAT...

Speaker "HARAM JADAH" Kini Di Lema...

Selepas 10 bulan menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, kedudukan Datuk R Ganesan ( Gambar Atas ), yang mewakili Barisan Nasional (BN), dikatakan tidak sah kerana beliau dipaksa mengambil alih jawatan itu daripada penyandang terdahulu.

Oleh yang demikian, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, V Sivakumar, yang mewakili Pakatan Rakyat (PR), adalah Speaker yang sah, mengikut undang-undang.

Ini adalah pandangan pakar undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr Abdul Aziz Bari, yang menganggap penyingkiran Sivakumar ( Gambar Kiri )daripada jawatan itu tidak mengikut resolusi dewan dan bercanggah dengan peraturan DUN.

"Jika Speaker hendak ditukar, salurannya adalah resolusi dewan, bukan secara paksa seperti yang berlaku.

"Berdasarkan rakaman video, beliau ( Sivakumar )diheret dari kerusi dan diusung keluar dewan dan Speaker baru (Ganesan) dilantik. Mengikut perundangan perkara itu memang tidak sah dan boleh dibawa ke mahkamah," katanya.

Ganesan membuat laporan polis semalam, meminta siasatan dijalankan terhadap Sivakumar kerana menyamar sebagai Speaker.
-------------------------------------------------
Kah..Kah...KADANGKALA HERO PUN TERPAKSA MENYAMAR JUGAK....

Kah..Kah...BERITA KAT MALAYSIA MEMANG KENA BACA TERBALIK...

Kah..Kah..CURI KERETA ORANG..LEPAS TU MENGAKU KERETA SENDIRI..

Kah..Kah..INGATKAN JKKK JE BERPERANGAI MACAM TU..SPEAKER PUN SAMA JUGAK KE..???

Kah..Kah..AIMAN TAK KISAH..KALAU TAK BERJAYA KALI INI..CUBA PULAK LAIN KALI..

Dulu Politik Wang...Sekarang Wang Untuk Politik....


BAYARAN UNTUK DANA POLITIK

Utusan Meloya - Seorang saksi dalam perbicaraan kes rasuah bekas Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Wahid Md. Don memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa pembayaran ke atas kelulusan 'calling visa' pekerja Bangladesh adalah untuk dana politik.

Ahli perniagaan, Datuk Zulkafli Maulud, 53, berkata, beliau mengetahui perkara itu setelah dimaklumkan oleh Datuk Seri Low Chang Hian dan apa yang difahaminya, wang itu untuk seorang menteri.

Sebelum menyatakan wang itu untuk dana politik beliau juga menyebut ia sebagai sumbangan politik kepada orang yang sama.
--------------------------------------------------
Kah..Kah..KALAU TAK ADA DUIT JANGAN MAIN POLITIK...

Kah..Kah..NAK TOLONG FREE..SORRY BROTHER...!!!

Kah..Kah..DUIT NI AKU NAK BAGI KAT ORANG KAMPUNG..FAHAMM!!!

Kah..Kah..ANGGAP JE DUIT NI SEBAGAI DERMA..TAK SALAH KAN..??

Kah..Kah..AIMAN TAK KISAH..BILA PERGI CERAMAH MESTI HULUR DERMA...

Rejim Namrud Di Nasihati Supaya Jangan Zalim Pada Rakyat..

Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah berkata beliau kecewa kerana jasanya menubuhkan agensi itu tidak dikenang bahkan “dimarahi” disebabkan pendiriannya menyokong kerajaan PAS Kelantan menuntut isu royalti minyak.

Anggota Parlimen Gua Musang itu berkata beliau menyokong tuntutan itu kerana menganggap pemberian wang ihsan (bukan royalti) oleh kerajaan pusat satu tindakan yang tidak tepat seolah-olah mengambarkan sebagai “peminta sedekah”.

“Mengikut undang-undang yang saya rangka dan masih dipakai sehingga sekarang Kelantan patut mendapat royalti minyak,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan Maulidur Rasul di Sekolah Agama Saniah di sini, hari ini.

Tengku Razaleigh (Gambar Atas Kanan) berkata beliau menubuhkan Petronas kira-kira 37 tahun lalu atas arahan bekas Perdana Menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein yang ketika itu negeri-negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang tidak mempunyai telaga minyak.

Katanya Razak mahukan beliau merangka satu draf undang-undang supaya negeri-negeri itu akan mendapat royalti minyak sebanyak lima peratus sekiranya telaga minyak dijumpai berhampiran dengan sesebuah negeri itu tanpa menyebut jarak dari pantai.
-----------------------------------------------

Woitt.....KATA NAK JAGA BANGSA MELAYU..TAPI KAU HENTAM MELAYU..

Woitt.....KELANTAN..TERENGGANU...NEGERI INI MEMANG RAMAI MELAYU..!!

Kah..Kah..BRAHIM ALI..HERO MELAYU..KENAPA TAK TOLONG MELAYU..???

Kah..Kah..DARI PERDANA MENTERI SAMPAI LAH JKKK...SEMUANYA MELAYU..!!!

Kah..Kah..PATUT MELAYU DAH LAMA SENANG..DAH LAMA KAYA..TAPI BANGSAT DAN MEREMPAT..!!

Kah..Kah..MELAYU KAT MALAYSIA..TAK UBAH MACAM PENGEMIS..MACAM PEMINTA SEDEKAH...!!!

Kah..Kah..CUKONG KAU BANTU..MEREKA BUKANNYA MELAYU..!!

Kah..Kah..AIMAN TAK KISAH..PERJUANGAN UNTUK BANGSA (ASOBIYYAH ) MEMANG HARAM..

Agaknya Apa Geng "KATAK" Cakap Bila Jumpa PM..???


Nampaknya Ibrahim Ali telah mengambil peluang bersama geng-geng kataknya bertemu dengan PM sewaktu sidang parlimen sedang berlangsung baru-baru ini. Mungkin PM telah mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada kumpulan katak ini kerana keberanian mereka melompat keluar dari kepompong PR dan mengisytiharkan diri mereka sebagai calon bebas.
----------------------------------------------------

Kah..Kah.. DAH TENTU BANYAK SOALAN YANG DI AJUKAN KEPADA BINI ROSMAH...

Kah..Kah.. SOALAN PERTAMA..DAH BANK-IN KE BELUM BAKI BAYARAN DUIT PERPINDAHAN TU..!!

Kah..Kah..SOALAN KEDUA..PROJEK PADANG GOLF MASIH ADA LAGI KE..???

Kah..Kah...SOALAN KETIGA ..KERUSI MANA PULAK KAMI NAK BERTANDING NANTI..???

Kah..Kah..SOALAN KEEMPAT...KALAU MENANG BOLEH TAK LANTIK KAMI JADI MENTERI..???

Kah..Kah...AIMAN TAK KISAH..BUAT SESUATU BIARLAH KERANA ALLAH..

Ku Li Dakwa Zahrain Berbohong...

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menafikan beliau merupakan salah seorang daripada lapan anggota Dewan Rakyat yang disebut-sebut sepatutnya menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi menjayakan rancangan Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih kerajaan pusat pada 16 Sept 2008.

“Itu tidak betul,” kata beliau ketika mengulas kenyataan Ahli Parlimen Bebas dari Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim (Gambar Atas) semalam yang mendedahkan nama lapan Ahli Parlimen yang disebut-sebut akan melompat ke PKR bagi menjayakan rancangan PR untuk mengambil alih kerajaan pusat ketika itu.
Kalau saya nak masuk mana-mana parti, tak tunggu dia isytiharlah, saya ini orang jantan,” kata
beliau ketika ditemui selepas majlis Dialog Perdana Isu Royalti dan Solat Hajat di sini malam tadi.
---------------------------------------------------

Kah..Kah...PATUT SANGAT LAH SI MAMAT NI KELUAR PKR...!!

Kah..Kah...DARI AWAL DAH BERBOHONG..SAMPAI BILA PUN BERBOHONG LA JAWABNYE..

Kah..Kah...KESIAN PENGUNDI BAYAN BARU..DAPAT AHLI PARLIMEN YANG SUKA BERBOHONG..

Kah..Kah..NAMPAK SANGAT LA MAMAT NI MEMAND DAH TERDESAK...

Kah..Kah..AIMAN TAK KISAH..BERCAKAP BOHONG LAMA-LAMA JADI PENCURI...