Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jun 14, 2010

Apa Yang Kalut Sangat Ni ...???


Dakwaan Adun Umno Lompat Parti Di Perak Propaganda Pembangkang-Mstar

TANJUNG MALIM: Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyifatkan dakwaan parti pembangkang di Perak bahawa ada tiga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) akan lompat parti adalah satu propaganda yang sengaja direka untuk menunjukkan suasana tidak stabil.

Beliau berkata Umno tidak perlu terpengaruh dengan 'rentak tarian' pembangkang yang suka mereka-reka cerita kerana ia boleh merencatkanpembangunan negara dan yang lebih penting dilakukan anggota parti ialah dengan terus menumpukan kepada uasaha memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

"Ini merupakan propaganda mereka (pembangkang). Kalau tidak stabil, ia tidak mudah untuk kita membangunkan mana-mana negeri pun," katanya kepada pemberita selepas menutup Hari Potensi Tabika Kemas peringkat kebangsaan di Politeknik Sultan Azlan Shah di Behrang di sini hari ini.
-----------------------------------------------------------
Woittt.....PATUT ZAMBRY YANG KALUT...KENAPA ANAK APDAL PULAK YANG SIBUK...!!!

Kah...Kah...KALAU TAK BETUL..TAK PAYAH NAK BISING-BISING...!!!

Kah...Kah...INI MESTI ADA YANG TAK KENA NI...!!!

Kah...Kah...TAPI JANGAN PERCAYA SANGAT...UMNO SUKA BUAT GIMIK...!!!

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH...JANGAN SAMPAI BERULANG LAGI SEPERTI APA YANG ADUN BOTA DAH BUAT..

Kit Siang Lebih Tahu Islam Banding Madey...!!!


Dr M setuju beri lesen pertaruhan sukan -MKini

Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan bantahan pembangkang terhadap usaha meluluskan lesen judi sukan di negara itu bukanlah disebabkan ajaran agama, tetapi demi kepentingan politik semata-masa.

"Bantahan itu kerana politik, bukan kerana Islam. Takkanlah DAP pun hendak dokong ajaran Islam. (Bila) DAP pun dapat sertai (bantahan), ini (menggambarkan) politik parti pembangkang hendak cari isu.

"Sedangkan dalam muktamar PAS ada cadangan suaya semua jenis judi diharamkan, tetapi PAS tak hendak," katanya ketika ditanya tentang bantahan pembangkang melalui pelbagai cara seperti ceramah dan demonstrasi.

Beliau mempersoalkan kenapa PAS lantang menentang judi sukan di negara ini kerana terdapat pelbagai lagi jenis judi di negara ini.

"Yang dia (PAS) kata tak boleh, (judi) sukan, bola sepak (sahaja). (Bantahan) ini politik, kita kena asingkan soal politik dengan soal agama. Bagi PAS, agama adalah alat politik mereka," katanya.

Bercakap dalam sidang media selepas berucap dalam perhimpunan 'Melayu Bangkit' di Kuala Terengganu hari ini, Dr Mahathir juga berkata masyakarat hendaklah mengakui, sama ada suka atau tidak, aktiviti perjudian memang berlaku di negara ini.

Nota :
- Contoh Ucapan Yang Boleh Mengkufurkan Seseorang Manusia Pada Allah SWT :

(Bantahan) ini politik, kita kena asingkan soal politik dengan soal agama.

------------------------------------------------------
Kah...Kah....INI LAH BAHAYANYA BILA ORANG NYANYUK BERCAKAP...!!!

Woittt.......BERAPA KALI MAU CAKAP..POLITIK DAN AGAMA MANA BOLEH DI PISAHKAN...!!!

Woittt.......HARAM JUDI BUKAN DATANGANYA DARI PAS...!!!

Kah...Kah....HARAM JUDI DATANGNYA DARI ALLAH..DALAM AL-QURAN PUN ADA AYAT HARAMKAN JUDI..!!!

Kah..kah....INILAH PADAHNYA..BACA AL-QURAN ..TAPI TAK TAHU MAKNANYA..!!

Kah..Kah....TANYALAH PADA MUFTI..TANYALAH PADA MASHITAH..APA KOMEN MEREKA PADA MADEY..???

Kah..Kah....BILA DAP TURUT SOKONG HARAM JUDI..PATUT KITA BANGGA..BUKAN MENCERCA..!!!

Kah..Kah....INI ADALAH HUKUM ALLAH BUKAN HUKUM MANUSIA..DAP PUN TAHU JUDI MEMANG TAK BAIK PADA MANUSIA..!!

Kah..Kah....INI FAEDAHNYA PR KEPADA RAKYAT..ISLAM DUDUK DEPAN..DAP PUN TAHU HORMAT AGAMA ISLAM..!!!

Kah..Kah...SEMUA AGAMA PUN HARAM KAN JUDI..UMNO AJE YANG KATA HALAL...!!!

Kah..Kah...AIMAN TAK KISAH...KALAU NAK KUFUR PADA ALLAH..TAK MESTI MENGAKU DAH KELUAR ISLAM..INI PUN SALAH SATU CARANYA...

Bekas Timb. Presiden PAS Meninggal Dunia..Al-Fatihah...

Ustaz Hassan Shukri kembali ke rahmatullah

KUALA LUMPUR, 14 Jun: Bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri meninggal dunia di Hospital Selayang kira-kira jam 2 petang sekejap tadi.

Beliau yang dimasukkan ke hospital Selayang pagi ini baru sahaja pulang dari Kota Bharu jam 10.30 malam tadi selepas menyertai Muktamar PAS ke 56 di sana. Turut serta bersama beliau malam tadi adalah Haji Subky Latif dan Haji Abdul Rahman.

Menurut Puan Naznah Taha, isteri Haji Subky, Ustaz Hassan telah membawa kereta yang dinaiki mereka bertiga dari Kuala Krai namun berhenti di Kuala Lipis kerana mengadu sakit dada.

Sesampai mereka di rumah jam 10.30 malam tadi, Ustaz Hassan terus mengadu sakit dada tetapi hanya mengesyaki hanya akibat dari pajeri nenas yang beliau makan malam tadi.

Selepas tidak berhenti sakit, kira-kira jam 9.00 pagi tadi, Ustaz Hassan dihantar anak beliau ke Hospital Selayang. Selepas itu dibawa ke Unit Rawatan Jantung (CCU) dan meninggal dunia kira-kira jam 2.00 petang.

Jenazah beliau masih lagi di hospital kini.
---------------------------------------------------------

Nota : AL-FATIHAH.. Semoga Allah Mencucuri Rahmatnya dan Tempatkan Roh Allahyarham Bersama Mereka Yang Telah Di Pilih Oleh Allah...Aminn...