Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير

Apr 27, 2010

Kes Liwat II : ASEAN Tuntut Perbicaraan Yang Telus & Adil

Sumber PKR memberitahu, jawatankuasa pemandu gerakan itu, yang diketuai bekas perdana menteri Kanada Kim Campbell, telah memulakan inisiatif untuk mengundang kesemua ahli persidangan dalam usaha menghimpunkan solidariti global bagi Anwar dan juga pejuang prodemokrasi Myanmar Aung San Suu Kyi.

“Sekurang-kurangnya 300 ahli Parlimen masyarakat madani telah menandatangani petisyen dan berjanji untuk mendapatkan lebih banyak sokongan dari negara masing-masing,” kata Yusmadi kepada The Malaysian Insider hari ini.

Akhir bulan lalu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 10 Mei hingga 30 Ogos depan sebagai tarikh menyambung perbicaraan kes liwat Anwar.

Hakim Mohamad Zabidin Md Diah menetapkan 10 hingga 14 Mei depan untuk perbicaraan dan akan disambung semula pada 31 Mei hingga 4 Jun, 14 hingga 23 Julai dan 2 hingga 30 Ogos.

Petisyen itu menurut beliau, telah dihantar oleh pengarah perhimpunan Bambang Harymurti kepada Setiausaha Agung Asean Dr Surin Pitsuwan sejurus selepas selesainya perhimpunan itu, menggesa agar siasatan bebas dijalankan berhubung perbicaraan Anwar dan juga Suu Kyi.

Katanya, lebih 500 orang termasuk pemimpin-pemimpin masyarakat madani, ahli-ahli Parlimen dan sarjana dari 110 negara Caribbean, Asia, Afrika, Eropah, Amerika Latin dan rantau Timur Tengah telah menghadiri pertemuan itu.

Surat berkenaan, menurut Yusmadi, menggesa Asean menjalankan siasatan bebas mereka sendiri berhubung perbicaraan “pejuang demokrasi” selepas ia memeterai Suruhanjaya Hak Asasi Antara Kerajaan.

“Ini adalah permulaan bagi kami mendapatkan sokongan daripada komuniti global. Ketika perhimpunan, adalah jelas nasib Anwar dikongsi oleh kesemua anggota yang bersetuju perbicaraannya adalah satu pelanggaran jelas hak asasi manusia,” katanya.

PDRM = Mossad ????

Ibu kepada pelajar berusia 15 tahun, Aminulrasyid Amzah, yang mati ditembak polis awal pagi semalam, meminta polis menyiasat kes kematian anaknya dengan telus bagi "mencari keadilan".

Norsiah Mohamad, 60, seorang ibu tunggal, juga mendakwa anaknya itu tidak terlibat dalam aktiviti jenayah, seperti dilaporkan media.

"Saya tau anak saya, dia bukan seperti yang disebarkan dalam akhbar. Saya tau siapa anak saya," katanya dalam sidang media di rumahnya di Shah Alam hari ini.
--------------------------------------------------
Kah....Kah.....APCO DAH MULA MENGGANAS.......!!!

Kah...Kah......TRAJEDI BATU BUROK MASIH SEGAR DALAM INGATAN.....!!!

Kah...Kah......JANGAN LARI BILA ADA ROAD BLOCK NANTI KENA TEMBAK...!!!

Kah...kah......AWAS..!!! SATU PELURU SATU PENJENAYAH....!!!

Kah...Kah......AIMAN TAK KISAH...BUNUH PENJENAYAH BUKAN JALAN PENYELESAIANNYA...