Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jun 7, 2011

Senyum Petang Selasa....!!

Muktamar PAS Ke 57 : Pidato Mat Sabu

Mengapa Ani Arope Tinggalkan TNB...!!


TEMERLOH, 6 Jun: 15 tahun yang lalu, Tan Sri Ani Arope (gambar) mengejutkan seluruh negara dengan tindakan beliau meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), akhirnya rakyat hari ini tahu bahawa peletakan jawatannya dilakukan demi menjaga kepentingan mereka, kata Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Ramai yang menganggap (pengunduran Ani) sebagai satu tindakan biasa seorang staf yang meletakkan jawatan, mungkin faktor umur atau prestasi kerja.

Hari ini, kita tahu ianya adalah kerana sikap tegasnya dalam membantah perjanjian yang sangat tidak adil antara TNB dan IPP (pengeluar bebas kuasa elektrik),” kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Ani sebelum ini di laman Facebooknya menyelar tindakan kerajaan untuk menaikkan tarif elektrik baru-baru ini sebanyak 7 peratus 1 Jun yang lalu dengan mendakwa ia berpunca daripada perjanjian yang tidak adil dengan IPP dan TNB.

“Anda tidak perlu pergi ke sekolah bisnes yang canggih untuk memahami mengapa kita memerlukan peningkatan tarif – Cuma perlu tengok balik syarat-syarat yang diberikan kepada IPP.

Dengan fasal ambil-dan bayar, dan dengan 40 peratus rizab berlebihan yang kita ada hari ini, satu pihak hanya perlu menghasilkan setengah keupayaan pihak lain dan dibayar 80 sen dengan kapasiti dipersetujui.

“Bagus EPU — Unit Penyamun Ekonomi,” tulis beliau di laman Facebooknya minggu lalu.

Ani mencetuskan kontroversi 15 tahun yang lalu apabila beliau lebih rela melepaskan jawatan beliau daripada menandatangani perjanjian berat sebelah, yang melihat penciptaan generasi pertama IPP, seperti YTL Power Services, Powertek dan Malakoff semasa pentadbiran Mahathir.

Ani turut berkata TNB tidak boleh dipersalahkan atas hal ini kerana mereka tidak mempunyai kuasa untuk mengawal harga yang perlu dibayar kepada IPP.

“TNB ialah budak belasahan. TNB tidak mempunyai kawalan harga yang ia perlu bayar kepada IPP. Pergi kepada punca masalahnya,” katanya.

Kata Tuan Ibrahim , yang juga merupakan bekas Naib Presiden PAS, apa yang dibimbangi Ani kini menjadi kenyataan apabila kerajaan Barisan Nasional berdolak-dalih untuk menyemak semula perjanjian dengan IPP yang sangat tidak adil walaupun didesak pelbagai pihak.

“Kerajaan tidak sanggup bertegas memotong subsidi sebanyak RM19 billion utk IPP berbanding tindakan mereka memotong subsidi ke atas keperluan rakyat.

"Hari ini rakyat merasa bangga di atas ketegasan Tan Sri Ani Arop menentang dasar yang tidak adil ini. Syabas dan tahniah di atas pengorbanan beliau dalam menentang kemungkaran ekonomi yang dibuat tangan Umno Barisan Nasional ini,” tambah Tuan Ibrahim.

Dapatkan Sticker Anti Saman Ekor Sekarang...!!


Dapatkan stiker anti saman ekor “1 SAMAN EKOR, 1 UNDI PROTES”

Dikeluarkan oleh Jawatankuasa Anti Kempen Saman Ekor (KASE) dengan harga RM 3 sekeping. Beli 4 pada harga RM10.

Boleh didapati di Pejabat DUN Paroi, Seremban, Negeri Sembilan.

Negara Adik Beradik Dan Kaum Kerabat...!!


SKANDAL CETAK MATA WANG LIBATKAN ADIK HISHAMUDDIN, SEPUPU NAJIB – keadilan daily

Skandal rasuah dalam pemberian kontrak mencetak mata wang negara kemungkinan turut mengheret sepupu Najib Razak yang juga adik Hishamuddin Hussein.

Menurut laporan akhbar Australia, The Age, Reserve Bank Australia (RBA) melantik sebuah syarikat yang dimiliki Haris Onn Hussein, pemegang saham terbesar dalam firma, Liberal Technology.

Liberal Technology diupah syarikat Securency, sebuah anak syarikat RBA sebagai agen bagi memenangi kontrak berkenaan.

“Pendedahan muncul ketika sensitiviti memuncak dalam kerajaan persekutuan berhubung siasatan Polis persekutuan Australia (AFP) terhadap Securency dan potensi hubungan antarabangsa Australia menjadi bahaya jika pegawai asing yang dikatakan terlibat dengan rasuah RBA dinamakan,” lapornya.

Menurut The Age, media itu difahamkan Securency menandatangani perjanjian dengan Liberal technology sebagai agen di Malaysia pada 2009. Kali terakhir syarikat itu memenangi kontrak bagi mencetak mata wang negara pada 2004.

Laporan itu juga menyebut seorang lagi ahli perniagaan turut terlibat dinamakan sebagai Abdul Kayum Syed Ahmad yang juga bekas pemimpin Umno.

Rakyat Dah Tak Ada Pilihan...Melainkan Turun Ke Jalanraya....


PRU 13: UMNO BAWA MASUK RAKYAT KEMBOJA PULA? – HD

Para pemimpin dan jentera PAS di semua peringkat diminta melakukan pemantauan rapi kemasukan beramai-ramai rakyat Kemboja ke negara ini secara berperingkat-peringkat kerana ia dipercayai dibawa masuk oleh Umno BN untuk tujuan politik.

Kemasukan mereka dikesan seramai 50 orang sehari dan berterusan hingga sekarang sejak lebih sebulan lalu melalui Kelantan dan selepas itu mereka didapati sudah tidak keluar lagi.

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP), Siti Zailah Mohd Yusof menegaskan, mereka dibawa masuk melalui Rantau Panjang dan selepas itu tidak diketahui ditempatkan di mana, tetapi dipercayai disembunyikan oleh pihak Umno BN.

Menurut beliau, kemasukan rakyat Kemboja seramai 50 orang sehari merupakan sesuatu yang luar biasa kerana sebelum ini tidak pernah rakyat negara itu masuk ke Malaysia seramai itu, lebih-lebih lagi angka tersebut berterusan setiap hari sejak lebih sebulan lalu.

NOTA:

Rakyat kini dah tak ada pilihan
rakyat wajib turun pada 9 julai ini...
300 ribu turun...300 ribu berdemo...
kita tunjukkan kemarahan

Yang Penting....Kita Turun Ke Jalanraya Beramai-Ramai....!!


TIADA LAYANAN ISTEMEWA UNTUK DEMO BERSIH - MK

Pihak berkuasa tidak akan memberikan pengecualian tindakan undang-undang terhadap perhimpunan yang dirancang oleh gabungan menuntut pilihan raya bersih dan adil, BERSIH 2.0.

Bercakap kepada pemberita Hishammuddin Hussein berkata pihak yang terlibat tidak patut mengharapkan layanan istimewa.

Undang-undang berhimpun oleh lima orang atau lebih adalah tertakluk.

"Demonstrasi jalanan ini bukan benda baru. Dulu sudah ada (perhimpunan) anti-Isa, anti-PPSMI (program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris).

"Memang menjadi pertimbangan (pembangkang) sebab pilihan raya umum mungkin tahun ini, maka (mereka) mula mencari isu-isu sebegini rupa.

Negara Berkebajikan Adalah Ajaran Islam...


PELUANG UMNO RAIH UNDI CERAH – BH

KUALA LUMPUR: Peluang UMNO untuk meraih undi kaum Melayu pada pilihan raya umum akan datang lebih besar selepas PAS menukar dasar parti itu untuk tidak lagi mempertahankan perjuangan membina negara Islam.

Nazri Aziz, berkata, perjuangan ‘negara berkebajikan’ yang diperkenalkan PAS baru-baru ini bagi menggantikan dasar negara Islam yang dipegang sejak 30 tahun sudah pun dilaksanakan UMNO sejak merdeka.

“Kita lebih bimbang PAS akan berikan saingan lebih hebat jika mereka masih mempertahankan (dasar) negara Islam kerana wujud elemen dalam kaum Melayu yang berpandangan apa yang diperjuangkan PAS itu betul.

Nota:

Nanti mat sabu akan jawab:
kepala hotak kau kerajaan perpaduan
kah kah kah