Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير

Apr 25, 2011

Melayu Tanpa Nasi Lemak....!!


OBESITI : JANGAN HANYA KAIT NASI LEMAK - UM

Masalah obesiti dalam kalangan murid sekolah tidak seharusnya dikaitkan dengan pengambilan nasi lemak di kantin sekolah semata-mata kerana terdapat pelbagai faktor lain turut menyumbang kepada masalah tersebut.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Ahmad Puad Zarkashi berkata, pengambilan makanan segera seperti piza, burger dan sebagainya di luar sesi persekolahan dan di rumah turut menjadi antara punca kegemukan.

Nota:

malaon ini jamin tak akan jadi calon lagi
ini betul betul perli bik mama yang berat dan gedebab
kah kah kah

Pelik Dan Amat Pelik..Tapi Benar....!!


TIADA PERCANGGAHAN MENGENAI POCO-POCO :MUFTI KELANTAN - UM

Tiada percanggahan fatwa antara Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan yang membolehkan tarian poco-poco dengan Mufti Perak, Harussani Zakaria yang mengharamkan tarian itu, kata Mufti Kelantan, Mohamad Shukri Mohamad.

Beliau berkata, umat Islam harus melihat kedua-dua keputusan itu dari skop yang lebih luas dan menyeluruh sebelum memberi pandangan masing-masing.

"Saya tidak nampak ia wujud percanggahan pendapat berhubung isu itu jika penilaian dibuat secara menyeluruh dan mendalam dari sudut kepentingan kepada pengamal-pengamal senaman itu,” katanya.
------------------------------------------------------------
kah kah kah…INI YANG BEST DARI ORANG AGAMA….

kah kah kah... SATU MAKAN LIMAU... SATU MAKAN DURIAN....

kah kah kah... DUA DUA PUN SAMA....

kah kah kah…. AIMAN TAK KISAH...SATU KATA HARAM… YANG SATU KATA TAK HARAM….

Awas..Jangan Sampai Tanah Di Rembat Lagi...!!


TEMPOH PAJAKAN HAMPIR TAMAT - UM

KUALA LUMPUR 24 April - Kesemua baki 66 daripada 131 pemilik lot Kampung Melayu Kepong, Mukim Batu yang masih belum mengemukakan permohonan melanjutkan tempoh pajakan selama 99 tahun diingatkan agar segera berbuat demikian.

Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, pemilik tanah terlibat tidak harus memandang ringan perkara ini kerana permohonan adalah diluluskan secara berkelompok selain boleh menikmati pelbagai insentif menarik termasuk pemberian diskaun bagi pembayaran premium yang ditawarkan Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKTWPKL).

Katanya, secara keseluruhan daripada 131 lot tanah di kawasan ini hanya 65 lot sahaja iaitu 49.62 peratus telah memohon dan diberi kelulusan bagi melanjutkan tempoh pajakan.

"Purata baki tempoh pajakan pemilik tanah di kawasan ini adalah dalam lingkungan berbaki 18 tahun dan 24 tahun yang akan tamat tempoh pajak pada tahun 2029 dan tahun 2035.

NOTA:

pelik kenapa berita tentang tempat lain kita tak pernah dengar
yang kita dengar hanya tanah orang melayu dalam kuala lumpur saja

kita tak tahu macam mana YTL rembat tanah keretapi di sentul?
berapa tahun perjanjian pajak?

berapa tahun pajak kedai-kedai
yang berselirat di kuala lumpur ini

kenapa kita semua tak pernah dengar dan baca

hanya tanah sekangkang kera orang melayu sahaja
yang menjadi buah mulut

ada sesiapa pernah baca berapa lama pajakan kedai-kedai di bukit bintang?

kenapa hanya tanah orang melayu sahaja kena rembat?

tanah- tanah cukong lain kita tak pernah baca
apakah ini kerana lendir china doll semua
berjalan dengan senyap-senyap

disini jelas niat busuk UMNO/BN nak rembat
tanah orang melayu – ini hanya permulaaan
tak percaya sila tunggu

malah di kampong banda dalam – di gombak
rancangan untuk merembat kampong kampong melayu sedang berjalan

Rakyat Nak Internet,,Bukannya E-Mail....!!


E-MEL SATU MY MUDAH URUSAN RAKYAT : PAKAR – BH

Penyediaan e-mel percuma di bawah konsep satu Malaysia kepada setiap rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas akan memberi pelbagai manfaat kepada rakyat, menurut pakar teknologi maklumat komunikasi maklumat (ICT).

Azli Paat, yang juga Pengarah Adavista Sdn Bhd, berkata e-mel rasmi yang penyertaannya secara sukarela itu dapat memudahkan semua pihak berurusan dengan semua sektor dan agensi kerajaan.

"Sepatutnya tidak harus timbul isu yang mengatakan usaha ini akan memudahkan kerajaan memantau e-mel rakyat atau memudahkan kerajaan menghantar e-mel terus ke akaun e-mel satu MY," katanya.
Beliau diminta mengulas pengumuman Najib Razak minggu lalu mengenai projek itu yang adalah inisiatif sektor swasta dan tidak membabitkan wang awam.

Inisiatif e-mel satu MY itu akan membolehkan komunikasi secara langsung dan selamat antara rakyat Malaysia dan kerajaan dan meningkatkan perkhidmatan penyampaian kerajaan kepada pengguna dan ahli perniagaan.

Azli berkata, dengan pelbagai penyedia perkhidmatan e-mel percuma seperti Yahoo!, Gmail, Hotmail dan lain-lain, rakyat kini boleh memilih e-mel satu MY untuk berurusan dengan sektor kerajaan.

"Apabila menggunakan e-mel satu MY, seperti dalam urusan cukai pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pihak terbabit akan lebih senang untuk memberi maklum balas yang dikehendaki," katanya dengan mencadangkan e-mel itu tidak digunakan untuk kegunaan peribadi.

Tricubes Bhd akan mempelopori pelaburan RM50 juta itu yang juga termasuk pembangunan sebuah laman portal, sebuah pusat sehenti bagi perkhidmatan kerajaan, penyediaan khidmat tambah nilai seperti rangkaian sosial, semakan bil dalam talian dan pembayaran, sebagai tambahan kepada set peralatan pembangunan web untuk warga negara dan entiti perniagaan bagi membangunkan aplikasi secara kreatif.

Nota:

ini syarikat nak paksa gunakan email bodoh ini
ini mesti syarikat bumiputera melayu
kalau sayarikat bukan bumiputera melayu
mesti perniagaan tak perlu dana kderajaan
tak perlu kontrek kerajaan
tak perlu dilancarkan oleh kerajaan

hanya orang bodoh sahaja
yang akan menggunakan email bodoh ini
kah kah kah

melayubodoh @ bodoh.com
kah..Kah...Kah....