Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Dec 20, 2010

Jadilah Rakyat Terengganu Yang Cerdik...!!

Bajet Terengganu 2011 yang dibentangkan di Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu berakhir khamis 16 Disember 2010 lepas memperuntukkan anggaran perbelanjaan negeri sebanyak RM1.887 billion. Menakjubkan walaupun Terengganu adalah antara negeri termiskin di Malaysia tetapi Terengganu antara negeri yang mengemukakan bajet tertinggi untuk tahun 2011. Sebagai bandingan, Selangor sebuah negeri maju hanya memperuntukkan RM1.43 bilion bagi Bajet 2011.

Daripada jumlah itu, RM1.699 bilion diperolehi dari kerajaan pusat yang disebut oleh Menteri Besar semasa pembentangan Bajet sebagai royalti petroleum tetapi kerajaan pusat masih menganggapnya sebagai bayaran Dana Khas sahaja dan bukannya bayaran royalti. Bakinya RM188 juta atau hanya 10 peratus sahaja adalah sumber kerajaan negeri. Bayangkan di mana Terengganu tanpa dana khas ini? Pastinya kakitangan kerajaan negeri tidak akan dapat dibayar gaji apatah lagi untuk belanja pembangunan. Kerajaan Terengganu memerlukan RM213.34 juta setahun hanya bagi pembayaran gaji dan emolumen sahaja. Untuk berlaku jujur, kita boleh mengambarkan bagaimana kesukaran dihadapi Kerajaan PAS Terengganu era 1999-2004 untuk menguruskan pentadbiran negeri apabila royalti dirampas. Kakitangan kerajaan masih mendapat gaji dan pembangunan masih berterusan walaupun seadanya.

Dato’ Seri Ahmad Said juga mengakui semasa pembentangan Bajet bahawa disebabkan Kerajaan Negeri tidak menerima sepenuhnya pemberian dana khas oleh kerajaan persekutuan seperti mana yang diperuntukkan dalam anggaran bajet bagi tahun 2007, 2008 dan 2009 menyebabkan Akaun Hasil Disatukan telah mengalami defisit terkumpul yang besar sebanyak RM699.01 juta bagi tahun lepas berbanding RM424.96 juta bagi tahun sebelumnya.

Seorang ahli Dewan Undangan Negeri dari kawasan Sura, YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli menyatakan; mengikut pengalamannya sepanjang menjadi Ahli Dewan Negeri semenjak 2008, walaupun anggaran Bajet Terengganu adalah yang tertinggi dibandingkan dengan negeri-negeri lain, tetapi ianya tidak pernah mencukupi. Apabila berlangsung Sidang Dewan Undangan Negeri pada bulan Ogos nanti, biasanya permohonan Bajet Tambahan akan dikemukakan kepada dewan.

Ironinya dengan Bajet 2011 RM1.887 bilion, Bajet 2010 RM1.881 bilion, Bajet 2009 RM1.799 bilion, Bajet 2008 RM1.673 billion, bermakna Bajet pasca Pilihanraya Umum ke 12, sebanyak RM7.24 bilion telah diperuntukan dalam keseluruhan Bajet.

Sungguh! suatu angka yang sangat besar tapi di mana bahagian yang dapat dinikmati oleh rakyat? Bagaimana mungkin dengan peruntukkan sebanyak ini, rakyat Terengganu masih kekal sebagai antara yang termiskin di Negara ini. Sekadar satu contoh remeh, rakyat Selangor sekurang-kurangnya merasai bekalan air percuma walaupun nilanya hanyalah RM11.30. Di Terengganu kita masih bermimpi untuk merasai nikmat air percuma walaupun nilainya mungkin sekadar RM5.

Kuasa beli rakyat Terengganu juga antara yang terendah dengan bukti jelas apabila Pasaraya Mydin Mall di buka di Kuala Terengganu, ramai peniaga kecil dan kedai runcit yang gulung tikar sedangkan di Kelantan walaupun pasaraya demi pasaraya dibuka, peniaga-peniaga kecil masih boleh meneruskan perniagaan mereka disamping pasaraya-pasaraya besar mencatatkan keuntungan luar biasa. Maklumat yang boleh dipercayai menyatakan, jualan harian biasa sebuah pasaraya besar di Lembah Sireh Kota Bharu mencecah RM500 ribu. Dimusim-musim perayaan, jualan hariannya boleh mencecah RM1 juta.

Ketika bulan-bulan awal menduduki kerusi Menteri Besar, Ahmad Said ada mendedahkan bagaimana banyak projek-projek era pemerintahan Idris Jusoh dibuat tanpa kajian teliti dan tidak jelas manfaat yang akan diperolehi oleh rakyat malah banyak projek menyalahi peraturan dan garis panduan yang ditetapkan. Kenyataan ini tentu sahaja ternyata kebenarannya. Monsun Cup, Taman Tamaddun Islam, Masjid Kristal, Projek Tanaman Strawberi, Zon Industri Akuakultur Tasik Kenyir, Stadium Bolasepak, Jerteh Souq serta pembangunan Pulau Duyong semuanya menelan kos ratusan juta ringgit. Hasilnya, samada gagal disiapkan atau sekadar menjadi monumen kemegahan untuk dipamerkan tanpa rakyat marhain dapat menikmati manfaatnya.

Sekarang, Sebagai seorang Menteri Besar yang berkuasa, tugas beliau bukan hanya sekadar mengkritik dan memburukkan pentadbiran terdahulu yang memang terbukti buruk dalam rangka untuk menutup kelemahan pentadbiran sendiri. Rakyat sebenarnya tidak berminat untuk mengikuti episod seterusnya perseteruan dua pemimpin yang saling berkepentingan ini. Yang diinginkan rakyat bagaimana kerajaan yang memerintah boleh melakukan yang terbaik untuk mereka sesuai dengan slogan Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan. Nah! Sekarang, Kerajaan Negeri pimpinan Ahmad Said telah diperuntukkan sebanyak RM7.24 bilion sepanjang 2008-2011. Suatu jumlah yang sangat besar dan mengkagumkan walaupun sebahagian besarnya adalah peruntukkan Dana Khas dan bukannya melalui kebijaksanaan Kerajaan menambahkan hasil negeri. Ahmad Said tidak sepatutnya bersikap lepas tangan dan mengulangi kesilapan sama sabagaimana yang dilakukan Idris Jusoh.

Nota :

Sungguh menyedihkan apabila dengan peruntukkan yang sebegini besar, masih terdengar berita rakyat Terengganu tidur dibasahi hujan disebabkan atap rumah yang bocor, masih kedengaran ada anak-anak yang keciciran pendidikan disebabkan kemiskinan, masih terdengar kisah keluarga yang makan ubi kayu menggantikan nasi dan pelbagai lagi cerita memilukan.

Sumbernya bukan akhbar pembangkang tetapi media arus perdana....

Pergilah ke tepi pantai, dengarlah keluhan nelayan-nelayan pantai yang masih dihimpit kemiskinan, dengarlah rintihan para petani, peniaga-peniaga kecil dan rakyat-rakyat bawahan di sebalik kemilau projek-projek mega untuk ‘memahat sejarah mencipta tamaddun’.

BN Gembira Bila Tengok Rakyat Terus Jadi Bodoh..Lembik Dan Bangang...!!

Rakyat Berubah, BN Rebah - HD

KUALA LUMPUR, 19 Dis: Pemimpin Umno BN takut berlaku perubahan kerana mereka manusia yang tidak mahu berubah, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad.

“Mereka takut rakyat berubah kerana mereka akan rebah. Mereka tidak mahu kepada urus tadbir dengan baik dan telus kerana takut perut mereka kurus,” ujarnya sambil mengucapkan tahniah kepada pimpinan Pakatan Rakyat (PR), urusetia dan peserta Konvensyen Pakatan Rakyat 2010 yang diadakan di Kepala Batas, Pulau Pinang yang telah berjaya dengan jayanya.

Katanya, konvensyen telah berjaya mencapai matlamatnya.

“Harapan pemimpin umno BN dan media BN cuba untuk mengadu domba supaya konvensyen ini gagal seperti Konvensyen BN 5 Disember lalu yang bergaduh fasal Ketuanan Melayu antara Umno, MCA dan Gerakan, Alhamdulillah perkara ini tidak berlaku,” ujarnya.

Katanya lagi, Konvensyen Pakatan Rakyat berakhir dengan baik, pandangan yang bernas daripada wakil yang mewakili parti daripada pimpinan tertinggi hinggalah kepada sayap parti.

Beliau menambah, cadangan yang dicadangkan di dalam konvensyen begitu praktikal untuk dimanfaatkan oleh rakyat.

“Selepas ini kita akan dengar jawapan daripada pemimpin BN yang resah dengan cadangan yang dibuat di konvensyen dengan tuduhan ini hanya angan-angan PR,” katanya.

Sehubungan itu, ujarnya PAS mencabar pemimpin BN memberi peluang kepada PR dahulu dalam masa 100 hari kepada PR untuk membuktikan sama ada janji PR palsu atau angan-angan.

Mereka, tambahnya akan berhujah di mana wang akan diambil untuk diberi kepada rakyat kerana itulah otak pemimpin BN yang lemah dan tidak kreatif untuk manfaat rakyat.

Sebaliknya, kata beliau mereka begitu kreatif macam mana untuk perut mereka dan keluarga mereka.

Untuk itu, menurutnya PAS ingin mengingatkan kepada Umno BN bahawa PR mampu untuk mentadbir negara di mana PAS sudah membuktikan di Kelantan selama 20 tahun mentadbir.

Tambahnya, Kedah di bawah Umno mengalami masalah kewangan, tetapi mampu ditadbir dengan baik selepas 8 Mac 2008.

“Tawaran yang PR berikan kepada rakyat, kami ada asas untuk melakukannya.

“Apabila rasuah kita buang dalam amalan, ketelusan dalam mengurus, insya Allah PR mampu menunaikan semua pada rakyat Malaysia,” katanya lagi.

Nota :

Memang agenda UMNO/BN ialah supaya rakyat terus di takutkan...
Bila rakyat takut maka senang UMNO/BN nak tipu mereka...
Bila rakyat mudah di tipu...maka peluang UMNO/BN menang memang cerah...
Selagi rakyat dapat di bodohkan oleh rejim UMNO/BN...
Maka selagi itulah UMNO/BN dapat berkuasa...
Maka PR kena pastikan agar rakyat malaysia tak bodoh lagi...
Pastikan rakyat malaysia tak jadi pak turut UMNO/BN lagi...
Bila rakyat dah cerdik...maka pilihan mereka bukan pada rejim UMNO/BN lagi...
dah tentu pilihan mereka hanyalah untuk Pakatan rakyat....
Pakatan rakyat hanyalah untuk ketuanan rakyat...
Bukan ketuanan melayu yang menyebabkan melayu terus jadi dungu....
Kah...Kah...Kah...!!

PR : Jangan Kita Dok Rasa "Syok Sendiri".....!!

Terjemah Hasrat Pakatan untuk Perintah Negara

KEPALA BATAS, 19 Dis: Presiden PAS,Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berharap semua pegawai kerajaan memahami aspirasi Pakatan Rakyat (PR) untuk memerintah Malaysia.

Justeru, katanya PR mesti peka untuk menterjemah tindakan kepada semua pegawai serta rakyat supaya mereka terus mengerti hasrat PR bahawa mereka tetap bekerja di bawah PR apabila perubahan berlaku.

Biarkan rakyat menghukum BN kerana sikap ego dan zalim terus mewarnai negara ini dengan kenaikan barangan seharian dan petroleum,” ujarnya ketika berucap pada Konvensyen PR kedua di Dewan Millenium, di sini, pagi ini.
Tegasnya, perlu diingat kemaraan PR bukan hanya menafikan kekebalan BN tetapi perlulah memperhebatkan gerak kerja penerangan yang lebih teliti.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menambah, PR juga diingatkan memperlebarkan peranan secara menyeluruh dan jangan membiarkan prpgram 'syok sendiri' bermaharajalela sehingga merugikan diri sendiri.

Nota :

Peringatan kepada Pakatan Rakyat...

"Jangan jadi untung secupak, tapi rugi segantang....
Sebaliknya kita harus bergerak dengan sempurna....
Kerana rakyat tetap memerhati kita..."

Kenyataan Yang Membuatkan UMNO Berak Cirit...!!

Karpal Sokong Islam Sebagai Agama Rasmi Malaysia

KEPALA BATAS 19 DIS : Pengerusi DAP Karpal Singh menegaskan bahawa partinya terbuka kepada rundingan dengan PAS dan Parti Keadilan Rakyat mengenai isu Malaysia sebagai negara Islam.

Karpal berkata beliau tidak lagi mahu Umno-Barisan Nasional memutarbelitkan isu negara Islam untuk melaga-lagakan pemimpin PR, khususnya DAP dan PAS.

Beliau menegaskan bahawa DAP menerima Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan akan mempertahankan Perlembagaan dan segala peruntukan yang terkandung dalamnya.

“Isunya ialah negara Islam dan ia harus diselesaikan secepat mungkin. DAP menerima Islam sebagai agama rasmi negara. Soal bersabit Negara Islam adalah sesuatu yang kami boleh berunding dan saya yakin kita boleh mencapai konsensus,” kata Karpal.

Ini kali pertama Karpal membuat ketetapan sedemikian dan menzahirkan permuafakatan yang semakin kukuh antara ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat.

Nota :

Alhamdullilah....syukur pada Allah...
Apa yang PAS perjuangkan untuk memartabatkan syariat islam mungkin akan menjadi kenyataan...
InsyaAllah kepada semua pengundi, penyokong dan pendokong PAS akan mendapat ganjaran pahala yang amat besar....
DAP sebenarnya tiada masalah jika Islam memerintah...
Cuma yang menjadi halangannya ialah UMNO....
Maka narilah kita sepakat melaungkan " Pergi Jahanamlah Dengan UMNO.."..
Macam mana...ada rasa lega tak...??
Kah...Kah...Kah....!!

Parti Islam Semalaysia (PAS) Mewakili PR Di DUN Tenang...!!

KEPALA BATAS, 19 Dis: Pakatan Rakyat memutuskan calon PAS akan bertanding dalam pilihan raya kecil Dun Tenang, Labis, Johor bagi mewakili Pakatan Rakyat.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang diadakan seiring dengan konvensyen itu.

Saya telah mendapat jaminan dari DAP dan PKR bagi memastikan calon kita menang dalam pilihan raya kecil itu nanti," kata Anwar ketika membuat ucapan penggulungan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat di Dewan Millenium dekat sini.

Pilihan raya kecil Tenang akan diadakan ekoran kematian Adun Tenang, Datuk Sulaiman Taha baru-baru ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengadakan pilihan raya itu dalam tempoh 60 hari.

Dalam ucapannya juga Anwar mengumumkan, berikutan kejayaan MB Summit baru-baru ini, para menteri besar dan ketua menteri Pakatan Rakyat akan mengadakan sekali lagi persidangan itu akhir Februari tahun depan.
Mereka adalah MB Kelantan, Selangor, Kedah dan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Pada bulan Mac pula, Pakatan Rakyat telah memutuskan untuk mengadakan Kongres Eokonomi Pakatan Rakyat bagi membincangkan isu-isu ekonomi yang perlu digarap Pakatan.