Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Aug 4, 2010

Siapa Tembak Siapa...???


Polis: Tiada pihak ke-3 dalam kes Aziz -Mkini

Kongsi 10Polis masih belum dapat menentukan motif tembakan dilepaskan dalam kes kematian bekas ADUN Permatang Datuk Abdul Aziz Mohd Noh dan seorang pembantunya, kata ketua polis Selangor.

Datuk Khalid Abu Bakar (kiri) berkata, buat masa ini pihaknya perlu memberi masa kepada keluarga allahyarham untuk memberikan kerjasama dalam menyiasat motif kes tersebut.

"Kita perlu memberi masa kepada ahli keluarga kerana mereka masih dalam kesedihan atas apa yang berlaku.

"Apabila keadaan sesuai nanti kita akan dapatkan kerjasama ahli-ahli keluarga, dalam kita menyiasat motif ini," katanya.

Semalam, Abdul Aziz, 64, dan seorang pembantunya, Siti Rohana Ismat ditemui mati dengan kesan tembakan dalam kenderaan ketika sedang memandu di Sungai Buloh.

Sepucuk pistol dilaporkan ditemui di tempat kejadian. Kes tersebut disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Menulis dalam laman Facebook beliau awal petang ini, Khalid berkata polis bagaimanapun telah menemubual saksi-saksi lain yang berkaitan.

"Beberapa kenyataan telah dirakam, kebanyakknnya daripada mereka yang berada/sampai di tempat kejadian, sewaktu kejadian," katanya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Bernama lewat petang ini melaporkan polis yakin tiada pihak ketiga terlibat dalam kes kematian Aziz Mohd Noh bersama bekas pembantu peribadinya semalam.

Khalid dilaporkan berkata siasatan pihaknya hanya menjurus kepada mengetahui motif sebenar tembakan dilepaskan (terhadap mangsa).

Ditanya mengenai desas desus yang menyatakan bahawa kedua-dua mangsa mempunyai ikatan perkahwinan, Khalid berkata:

"Saya tidak mahu komen apa-apa tentang itu, biar kita siasat dulu.

"Kita kena hormati ahli keluarga dan jangan buat apa-apa spekulasi. Perkara yang mungkin membabitkan peribadi kita tidak akan sentuh," beliau dipetik sebagai berkata.


Nota :

Kematian Bekas ADUN Selangor sekarang sedang hangat di perkatakan orang ramai....
Kes ini di selubungi misteri...
Yang menjadi tanda tanya....siapa yang tembak siapa...yang pastinya kedua-dua mangsa telah mati di tembak...
Harap pihak polis dapat merungkainya...!!!

UMNO Jerut Batang Tengkuk Sendiri....!!!

UMNO Terus salah guna masjid-Harakahdaily

Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr. Lo' Lo' Ghazali (gambar) hari ini menyatakan kekesalan di atas sikap double standard Umno menyalahgunakan masjid untuk kepentingan politik murahan mereka.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat turut kesal dengan sikap Menteri di Jabatan Perdana (Hal Ehwal Agama) yang didakwa turut memperkuda Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk menembusi masjid dan surau demi agenda politik mereka.

Beliau merujuk kepada majlis Bicara Pemimpin Besama Rakyat dan Sumbangan Kepada Masjid-masjid dan Surau-surau Zon 3, di Masjid Alam Shah, 2 Ogos lalu.

Berdasarkan kain rentang yang dipamerkan, Lo' Lo' berkata program tersebut adalah anjuran Jawi bersama Umno bahagian Cheras dan bahagian Titiwangsa.

Namun apa yang dikesalinya, program tersebut langsung dilihat bukan kendalian Jawi namun didominasi Umno dari awal hingga ke akhir.

Jelasnya, Umno mendominasi seawal tazkirah Maghrib yang diberikan oleh Ketua Biro Agama Pemuda Umno Cheras Syed Amru, kemudian solat Isyak diimamkan menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, kemudian ucapan Ketua Umno Cheras, Datuk Syed Ali Alhabsyi dan Pemangku Ketua Umno Titiwangsa, Johari Ghani.

"Majlis ini anjuran Jawi, sudah pasti guna dana Jawi, sumbangan dari peruntukan Jawi, tetapi Umno menguasai dari awal hingga akhir.

"Sebagai wakil rakyat, saya kesal dengan sikap double standard menteri yang memperalat Jawi untuk meluaskan pengaruh politik Umno BN yang telah ditolak rakyat khususnya di Kuala Lumpur," katanya kecewa.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.

Turut serta pada sidang media tersebut, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Pesuruhjaya PAS Wilayah, Mohamad Nor Mohamad.

Selain itu, beliau selaku Ahli Parlimen kawasan tersebut juga kecewa apabila kehadirannya langsung tidak dipeduli biarpun Ketua Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali telah dimaklumkan.

"Saya dimaklumkan oleh ahli kariah, dan terus ke sana. Saya bertanya secara baik kepada Pengarah Jawi, kenapa Umno dilibatkan secara langsung.

"Beliau berkata, tidak mengapa, saya ada bersama... jadi saya kata kalau macam tu, PAS pun nak buat program bersama dengan masjid-masjid...dia kata boleh, buatlah permohonan.

"Mungkin selepas fikir implikasi dari jawapannya dia kata, saya kena fikir dua, tiga kali sebab PAS ni bukan kerajaan," jelasnya menceritakan dialog yang berlaku.

Menurut Lo' Lo', Che Mat sepatutnya sedar bahawa program tersebut diadakan di Titiwangsa yang dimenangi PAS dan juga selaku kerajaan di parlimen itu.

Beliau juga hairan dengan sikap Jawi yang sebelum ini melarang sebarang aktiviti politik dalam masjid, namun kali ini menjemput Umno untuk sama-sama terlibat.

Selain itu, Lo' Lo' menyifatkan Umno Cheras dan Titiwangsa hilang keupayaan dan wajar digelar orang kurang upaya (OKU) kerana terpaksa menempel kepada Jawi dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk membuat sebarang program.
-----------------------------------------------------------
Woittttt......TAK PELIK KALAU UMNO TAK IKUT UNDANG-UNDANG....!!!

Kah...Kah.....UNDANG-UNDANG KENA IKUT SELERA UMNO...BUKAN UMNO IKUT UNDANG-UNDANG...!!

Kah...Kah.....SEBAB ITU TIMBUL ISLAM HADHARI...YANG SEBETULNYA ADALAH HADHARAH ISLAMIYYAH....!!!

Kah...Kah.....TENGOK APA YANG BUNG MUKHTAR DAH....SEORANG MP YANG TERLIBAT LULUSKAN RANG UNDANG-UNDANG POLIGAMI DI PARLIMEN...!!!

Kah..Kah......TAPI BILA TAK TAHAN DENGAN ZIZZIE...UNDANG-UNDANG YANG DIA SENDIRI LULUS PUN DIA LANGGAR....!!!

Kau...Kah.....AIMAN TAK KISAH....UMNO BILA CAKAP MEMANG HEBAT....TAPI BILA TIME NAK BUAT...LIAT MACAM TAIK...PEMBOHONG NO. 1.....!!!

Pantun Rakyat Buat PM 1 Malaysia....!!!!


Buat Datuk Seri yang sedang bercuti,
bercuti pula di luar negeri,
doa semoga diselamat Ilahi,
bahagia bersama anak isteri.
Datuk Seri yang sedang bercuti,
bercuti di mana tidak diketahui,
sedang rakyat susah sana sini,
datuk pula bercuti di luar negeri.

Cuti-cuti Malaysia kempen diberi,
rakyat jelata jangan membaziri,
semua ada di Malaysia ku cintai,
tapi Datuk Seri bercuti di luar negeri.
Tatkala Datuk sedang romantis bercuti,
hadiah 5 dalam 1 telah diberi,
minyak gula dan gas ditarik subsidi,
katanya, bukan harga dinaiki,
tapi penyelarasan subsidi.

Rakyat kampung diam sepi,
memikir apa makna penyelarasan subsidi,
sedang kabinet tersenyum hepi,
rakyat telah ditipu lagi,
sedang PM bercuti di luar negeri.

FDI merudum diam la diri,
Tiba-tiba adik Datuk Seri bagi pendapat sendiri,
apa dia tau hanya ceo CIMB,
nak jadi juru cakap Datuk Seri,
kepimpinan dinasti Najib al-Maliki.

Tembelang PKFZ sudah dijumpai,
Cina MCA kepala pencuri,
sedang Umno ditipu lagi,
rakyat pula terus dibodohi,
tapi Datuk Seri bahagia bercuti,
bercuti pula di luar negeri.

Sedang PAS DAP bersatu hati,
Umno terus mencemburui,
perpaduan Melayu jadi misi,
tapi PAS serik ditipu lagi.

Sedang rakyat sengsara hati,
merasa tawarnya kopi,
naik basikal mencari rezeki,
dapur kayu membakar api,
Sedang Datuk Seri pergi bercuti.

Curi pasir menjadi-jadi,
Selangor Penang ditunding jari,
apabila sudah kaya si kroni,
maka RTM tv3 mula mensensasi,
sedang ini projek Umno beri,
rakyat tersilap marah PKR DAP.

Pening sudah rakyat memerhati,
sosial ekonomi tak menjadi,
termenunglah mak cik siti,
menunggu pencen arwah suami,
300 sebulan menggigit jari.

Rakyat terus memerhati,
melihat kerakusan kabinet Datuk Seri,
gila talak tidak sudah lagi,
cukup Perak, Penang Selangor dimimpi,
tapi rakyat tidak bodoh lagi,
Datuk Seri pergilah bercuti.

Pulang nanti membawa isteri,
jangan dilupa duit rakyat beri,
akan dituntut suatu hari nanti,
untung rugi tanggung sendiri,
jangan dikata rakyat tak mengenang budi.

Wahai Perdana Menteri Datuk Seri,
jasamu ku kenang sampai ke mati,
tukar kerajaan bukun kerana sakit hati,
tapi amalan demokrasi jadi tradisi,
cukuplah parti perdana menteri,
cap kopi kapal api tidak diminati.

Kerajaan baru bakal dinanti,
kita lihat dan perhati,
revolusi dan transformasi bakal direalisasi,
Malaysia tercinta terus memacu ekonomi.

Sekian dari suara hati,
jangan disekat dengan akta menteri,
moga terus kekal ukhuwah ini,
Salam revolusi dari rakyat Datuk Seri,
Pakatan Rakyat membawa transformasi.
-------------------------------------------------
Kah...Kah....AIMAN TAK KISAH...HARAP PM SUKA PANTUN KAMI...KAH...KAH...!!!!

Mari Kita Bakar Jambatan Untuk Kawal Internet....!!!!


EMPAT AKTA KAWAL MAKLUMAT BERANKAI DALAM LAMAN WEB - Utusan Meloya

Persidangan Dewan Negara dimaklumkan kesemua jenis kandungan berangkai termasuk kandungan laman web di internet adalah tertakluk kepada empat akta yang telah digubal di negara ini.

Rais Yatim berkata, undang-undang berkenaan adalah Akta Hasutan 1948, Kanun Keseksaan, Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM).

AKM 1998 mengandungi beberapa peruntukan mengenai kandungan terlarang termasuklah Seksyen 211 dan 233 yang melarang pemberian kandungan lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat mengacau, mendera, menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain.
---------------------------------------------------------
Kah...Kah....MENYAKIT KAN HATI..??? SEJAK BILA PANDAI SAKIT HATI...???

Woitttt......RAKYAT SAKIT HATI HARGA BARANG NAIK MACAM MANA...???

Kah...Kah....SEJAK BILA PANDAI JELIK...??? KALAU PEREMPUAN GEMOK PENDEK DAN HODOH KELUAR DALAM AKHBAR MACAM MANA...???

Kah..Kah.....LUCAH PULAK...?.... LUCAH MACAM MANA...?? ADA YANG SETENGAH LUCAH..ADA YANG SUKU LUCAH...ADA YANG TERLAMPAU LUCAH...MANA SATU NAK SEKAT...???

Woitttt......SUMBANG NI MACAM MANA PULAK..??.... SUARA MEMANG SUMBANG TAPI MASIH NAK MENYANYI JUGAK...MACAM MANA?

Kah...Kah....AIMAN TAK KISAH....NAK KATA LUCAH KE..JELIK KE...SUMBANG KE...TENGOK DULU PADA DIRI SENDIRI....ADAKAH AKU NI MUSLIM YANG BAIK...KALAU BAKAR JAMBATAN BUKAN MUSLIM YANG BAIK NAMANYA..KAH...KAH...

Spesis Lidang Bercabang Orang Panggil BEWOK...!!!


PERBICARAAN LING : MADEY SEDIA BERI KETERANGAN

Mahathir Mohamed berkata beliau sanggup memberi keterangan pada perbicaraan bekas Menteri Pengangkutan, Ling Liong Sik yang didakwa memperdayakan jemaah menteri, jika dipanggil berbuat demikian.

“Jika seseorang diperlukan beri keterangan di mahkamah, dia mesti berbuat demikian...tak boleh kata tak nak,” kata Mahathir selepas pelancaran Yayasan Universiti Petronas, hari ini.

Bagaimanpun Mahanthir tidak pasti apabila diajukan soalan sama ada beliau rasa yang dirinya diperdayakan oleh Ling berhubung pembelian tanah untuk projek ”Mega Distribution Hub”.
--------------------------------------------------------------
Woittttt...KITA JANGAN MUDAH LUPA.....!!!

Kah...Kah..MADEY PERNAH KATA DIA SANGGUP DI PANGGIL DALAM KES ANWAR....!!!

Kah...Kah...BILA PANGGIL....TAK BERANI NAK DATANG KE MAHKAMAH....

Kah...Kah...LEPAS TU BUAT AUTA... KATA MAHKAMAH TAK PERNAH PANGGIL.....

Kah...Kah...KALI INI PUN MADEY BERLAKON TEATER SAMA JUGAK...!!!

Woittt......INI SEMUA SANDIWARA MADEY....MADEY MEMANG PANDAI MENIPU....

Kah...Kah....AIMAN TAK KISAH...SEPANDAI-PANDAI MADEY MENIPU..BIJAK LAGI LIM LEONG SIK...SATU KABINET DIA TIPU TERMASUKLAH MADEY...!!!