Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير

Jun 25, 2011

Video Klip Paling Kool Dari Mat Sabu....!!

Polis Pun Jahil Perlembagaan....!!

'Larangan polis tak sah, langgar perlembagaan'- MK

Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari berpendapat tindakan pihak polis malarang perhimpunan BERSIH pada 9 Julai depan bukan sahaya tidak sah, malah melanggar perlembagaan.

"Mereka bertindak secara tidak sah apabila secara umum memaklumkan tidak akan mengeluarkan permit.

"Sebagai pihak berkuasa awam, mereka hanya boleh membuat keputusan apabila permohonan dibuat," kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu kepada Malaysiakini.

Abdul Aziz (kanan) menjelaskan, bawah perlembagaan, polis perlu menimbangkan setiap permohonan permit dan tidak patut membuat sebarang pertimbangan tidak wajar.

Beliau berhujah, polis membuat penghakiman awal berhubung perkara itu dan sekali gus menentang undang-undang.

Paling teruk apabila ia bertentangan dengan hak yang dijamin dalam perlembagaan.

Katanya, mengikut Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Perskutuan, polis tiada sebarang hak melarang perhimpunan aman yang dijamin.

"Hatta mahkamah juga tidak boleh melakukannya," kata pensyarah undang-undang itu.

UMNO Hina Islam Atas Nama Melayu....!!


PAS mengambil tanggungjawab sebagai satu parti yang melaksanakan dakwah, tarbiah dan politik memberi amaran kepada Umno supaya tidak menghina Islam atas nama Melayu.

Menurut Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut, Umno dan Barisan Nasional (BN) menggunakan kewangan, media dan kuasa mereka untuk menyesatkan umat Islam.

[Gambar - Haji Wahid membakar naskah Utusan Malaysia sebagai simbolik kebencian umat Islam terhadap akhbar milik Umno itu]

"Hari ini orang Islam (Umno) sendiri menghina Islam atas nama Melayu, bukan semua Melayu Islam, ada Melayu Kristian dan ada Melayu tidak ada ugama,

"mereka mempergunakan media mereka, menggunakan kewangan mereka, menggunakan kuasa mereka untuk menyesatkan umat Islam,"tegasnya ketika berucap pada Bantahan Aman terhadap Utusan Malaysia yang menyiarkan karikatur yang menyimpang dan boleh menyesatkan umat Islam

Katanya, kalau dilihat kepada 'kartun karikatur' tersebut, adalah tidak mungkin seorang wanita merelakan dirinya dirogol, malah merakam video, dirinya sedang dirogol.

Menurutnya, ia adalah bukti yang jelas, Utusan menipu rakyat dan sengaja menyiarkan karikatur tersebut untuk menyesatkan rakyat.

Katanya, dengan tindak balas yang dilakukan oleh PAS dan kerajaan Kelantan, beliau meramalkan Utusan akan berkubur pada satu hari nanti.

Oleh itu, beliau menegaskan dan memberi amaran kepada Umno dan Barisan Nasional, agar jangan sekali-sekali Umno cuba memperkotak-katikkan akhlak dan aqidah umat Islam.

"Kita (PAS) menyatakan sikap kita dengan tegas jangan sekali-kali dengan menggunakan media, kuasa dan kewangan mereka (Umno/BN) boleh merosakkan aqidah umat Islam dan memperkotak-katikkan akhlak umat Islam,

"kita akan bangun (dan) bangkit menentang mereka!,"tegasnya pada Bantahan tersebut yang diadakan di Pekan Batu Enam, disini, selepas solat Jumaat, 24 Jun.

Jawapan Kepada Zainal Keling....!!


Pelik macam mana seorang ahli akademik seperti Dr Zainal Keling mengatakan pembangkang suka kepada anarki iaitu supaya suasana tidak tenteram dan tidak mengikut undang.

Beliau memberi komen himpunan Bersih 2.0, andaiannya boleh menimbulkan suasana yang tidak tenteram. Sebagai ahli akademik sepatutnya, sebelum memberi pandangan biarlah mencari fakta yang adil, kemudian baru membuat rumusan

Macam mana beliau sebagai ahli akademik yang sering berpesan kepada mahasiswa ketika menjalankan penyelidikan perlu membaca semua bahan, kemudian baru membuat rumusan. Tiba-tiba beliau sendiri tidak mengikut disiplin akademik yang membuat tuduhan secara membuta tuli kepada pembangkang. Kenapa beliau tidak mengkaji himpunan Bersih 10 november 2007 yang dihadiri lebih 100 ribu orang yang berjalan di dalam keadaan aman malahan sebiji pasu bunga tidak dipecahkan.

Jangan kerana beliau menjadi penyokong tegar Umno sehingga melekat di dalam fikiran beliau selain daripada Umno tidak mampu untuk membawa kemakmuran negara. Biarlah fikiran sebegini hanya ada kepada mereka yang buta maklumat, bukan mereka yang berada di gedung ilmu. Saya tidak nafikan kerajaan Pakatan Rakyat bukanlah sempurna, tetap jika hendak dibandingkan dengan kerajaan BN yang memerintah hampir 54 tahun, sudah tentu kerajaan Pakatan Rakyat lebih baik yang terbukti dan teruji.
Beliau memang terkenal sebagai penyokong tegar Umno, sewaktu di universiti Malaya lagi. Fikrah beliau sama seperti Dr Antory Husin, Dr Ramlah Adam, Dr Kamarudin Kachar, Dr Ibrahim Abu Shah, Dr Mustafa Ishak. Mereka ini ahli akademik yang memberi pandangan politik yang memalukan, kerana masyarakat melihat pandangan yang tidak layak keluar daripada mereka yang berada di menara gading. Kalau hendak mengampu biarlah kena caranya, bukan memberi pandangan yang emosi dan tidak berisi.

Ustaz Idris Ahmad
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat

UMNO Memang Tak Mampu Nak Berdebat Dengan PAS...!!


"Nak tergelak tengok program rancangan "Bicara Rakyat" di tv 1 jam 10.00 hingga 11.00 malam tadi 24 jun 2011. Rancangan langsung dari UTM tadi membariskan 3 ahli panel. Lokman Adam (Wakil BN), Dr. Dzulkiflee (wakil PAS) , DR. Ridwan Tee Abdullah (pro BN) dan moderator (pun Pro BN)..

Ditambah dengan videoklip pendapat penonton sudah dilkira 10 lawan 1. Nak tergelak dengar hujah2 yang tak matang dari ketiga2 panel UMNO itu.Sudahlah semua menyebelahi UMNO, bahkan selalu memintas cakap DR. Dzulkiflee yang tenang dan hujah mantik lagi berakademik serta logik.

Lawak juga dengar hujah2 Lokman Adam yang lari dari topik. DR. Ridwan Tee cadang buat kat stadium dan LOkman Adam seolah2 tahu ia takkan aman. Tapi saya tabik sama Dr. Dzulkifli yang tenang dan bijak berhujah walaupun di padang yang senget serta pengadil (moderator) pun berpihak kepada BN. Dr. Dzulkifli berhujah bahawa BERSIH akan aman jika polis memainkan peranan yang betul mengawal perhimpunan.

Tapi yang kelakarnya moderator macam beruk kena belacan membelasah dan kurang memberi peluang kepada Dr. Zulkifli. Saya Respek kerana dgn penuh kesabaran dan akademis yang tinggi Dr, Dzulkifli mematahkan hujah 3 lawan satu...

Bagi saya mengerjakan haji juga perhimpunan aman. Jika berlaku sebarang kekacauan, polis arab saudi tangkap ajalah yang buat kekacauan. Kalaulah UMNO memerintah Arab Saudi maka barangkali Seluruh dunia tidak dibenarkan menunaikan haji disitu walaupun ia perhimpunan aman kerana mereka tau niat orang yang akan mengerjakan haji ialah untuk membuat kerosakan..."

Berkata Benarlah Kamu Kepada Pemimpin Yang Zalim....!!


TUNTUTAN BERSIH SELARI DENGAN ISLAM – HD

KUALA LUMPUR, 23 Jun: Tuntutan Bersih yang bermatlamatkan agar pemilihan pucuk pimpinan negara melalui pilihan raya yang telus dan bersih adalah selari dengan tuntutan Islam.

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Harun Taib berkata, ini adalah kerana Islam menganjurkan agar pengikut-pengikutnya tidak melakukan pengkhianatan dalam menunaikan amanah mengurus tadbir negara ini.

“Bahkan sebaliknya, perbuatan yang zalim lagi jahat yang dilakukan oleh mana-mana pihak yang beragama Islam maka hukumnya adalah haram diikuti oleh umat Islam walaupun datang dari Umno,” jelasnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Lapan tuntutan Bersih ialah mendesak SPR membersihkan senarai undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, perkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Tegas Ustaz Harun yang juga Adun Manir, kebenaran tidak mengenal warna kulit, bangsa dan parti.

Beliau berkata, pihak Umno BN sewajibnya sedar bahawa Islam adalah agama kebenaran dan akan mempertahankan kebenaran.

Islam juga, katanya adalah agama yang bencikan kezaliman dan kejahatan.
Oleh kerana itulah, jelasnya menyebarkan dan mempertahankan kebenaran adalah suatu usaha dan jihad yang mulia.

Begitu juga, katan beliau memastikan kemungkaran dan kezaliman dihapuskan juga adalah suatu jihad yang sangat dituntut.

“Apa sahaja tindakan, perbuatan, perkataan dan pendirian yang mempertahankan kebenaran maka ianya wajib disokong dan didokong oleh seluruh umat Islam tanpa mengira perbezaan agama, warna kulit dan kepartian,” katanya lagi.

Ini, ujarnya adalah kerana Islam itu adalah benar dan benar itu adalah Islam.
“Sekalipun tindakan dan pendirian itu datang daripada mereka yang bukan Islam. Membela kebenaran dan menolak kezaliman adalah wajib.

“Ianya merupakan suatu hukum taklifi selagi mana ianya tidak bercanggahan dengan aqidah, syariat dan akhlak Islam,” ujarnya.

Tambahnya, adapun dakwaan yang menyatakan bahawa PAS tidak konsisten dan mengamalkan Islam bermusim, maka Dewan Ulamak PAS meminta supaya pihak Umno memberikan bukti di manakah PAS telah meninggalkan prinsip Islamnya.

Beliau mengulas laporan Utusan semalam bertajuk “Bukti PAS tidak konsisten dalam perjuangan Islam”.

Akhbar tersebut mengecam tindakan PAS yang sanggup bekerjasama dengan pihak Bersih yang dipimpin oleh Datuk Ambiga Sreenevasan yang didakwa merupakan individu yang tidak mempunyai inspirasi yang selari dengan prinsip perjuangan PAS.

Utusan memetik kata-kata Shafie Apdal yang berkata “Pas mengamalkan konteks agama bermusim dan bertempat. Jika sesuai dengan ideologi politik, mereka akan ikut. Langsung tak konsisten dari segi amalan agama dan politik.”

Tegas Ustaz Harun, seluruh rakyat Malaysia tidak buta bahawa PASlah yang memperjuangkan Islam PAS juga yang memperkenalkan hukum Islam di Kelantan dan Terengganu.

“Hukum Jenayah Kanun Islam tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya di kedua-dua negeri itu adalah kerana berpunca daripada halangan yang dilakukan oleh pihak kerajaan pusat pimpinan Umno BN.

“Senarai kegagalan Umno BN dalam membela hak Islam di negara adalah terlalu banyak yang tidak mampu ditulis oleh tinta di dalam ruangan yang terhad ini,” ujarnya.

NOTA:

untuk pembaca Sepang Kederang
di luar malaysia sila pakai
baju kuning
payung kuning
atau apa sahaja kuning

kalau duduk diluar negara pun takut
pergi pak chu cheng
belakang dapooor laaa
kah kah kah

Kami Rela Kalah Demi Islam....!!


HADI MAHU AHLI , PENYOKONG PAS SERTAI BERSIH 2.0 – HD

Abdul Hadi Awang mengarahkan semua ahli dan penyokong PAS agar menyertai Himpunan Bersih 2.0 yang dianjurkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), 9 Julai ini di ibu negara.

Menurut Presiden PAS itu, perhimpunan yang dianjurkan itu mempunyai matlamat murni dan perlu disokong semua pihak.

“Saya menyeru semua ahli dan penyokong PAS menyertai Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil,” katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Difahamkan PAS mempunyai sekitar sejuta ahli.

Bagaimanapun beliau mengingatkan ahli dan penyokong parti akan tidak menimbulkan kekacauan yang boleh mengganggu ketenteraman awam serta kerosakan harta benda.

“Setiap ahli PAS yang menyertainya jangan sekali-kali membawa senjata. Saya juga suka mengingatkan ahli-ahli PAS agar jangan bermusuhan dengan pihak polis,” katanya.

Tegas Hadi, sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini, ia disebabkan provokasi yang dilakukan pihak tertentu dan bukan peserta Himpunan Bersih 2.0.