Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير

Apr 30, 2010

Slogan 1 MALAYSIA Yang Sebenar....!!!

Kejadian itu dikesan berlaku di perkampungan Telaga Air, di Kuching, Sarawak apabila nelayan di kawasan itu menaikkan papan tanda dengan kata-kata berikut;

‘Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan, pembangunan harus dilaksanakan, kemahuan rakyat hendaklah ditunaikan.

Jambatan kami jangan dirobohkan, kehendak rakyat harus diperbaiki, tanpa rakyat tiada kerajaan,’

Siapa Sebenarnya Yang Hina Sultan Melayu...???

PAS Hina Sultan atau Umno Yang Maki Sultan

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melihat Umno kini semakin terdesak untuk menarik perhatian rakyat dan Sultan khususnya di Kedah. Mereka mendendangkan lagu "PAS hina Sultan Kedah" hanya kerana mereka kini sudah ketandusan isu untuk menyerang Kerajaan Pakatan Kedah.

Adun PAS Kubang Rotan, YB Mohd Nasir Mustafa membangkitkan dua soalan dibawah ini dalam sidang Dun?

1. Sejauh manakah bidang kuasa KDYMM Tuanku Sultan sebagai Ketua Agama Islam di negeri ini dihormati oleh kerajaan Pusat?

2.Setakat manakah tahap tidak boleh campur tangan kerajaan negeri Kedah dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam, nyatakan perkara tidak boleh tersebut?

Rakyat yang membaca soalan ini pasti akan ketawa melihat reaksi Umno yang begitu panik dan culas dalam membuat bantahan.

Soalan pertama jelas sebagai sindiran kepada Kerajaan Persekutuan yang ditadbir BN kerana begitu sibuk mencampuri hal ehwal urusan Agama Islam di Kedah. Nasir membuat soalan ini selepas mendapat laporan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB. Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Hj Baharom mengunakan JAKIM untuk memanggil imam-imam seluruh negeri Kedah mengadapnya dalam satu program di SP Inn pada 4 April 2010.

Jadi beliau mahu tahu sejauh manakah kuasa Kerajaan Persekutuan dalam hal ini berbanding kuasa Sultan yang menaungi segala program dan aktiviti keagamaan di negeri Kedah.

Soalan kedua jelas menunjukan bahawa beliau mahu satu penjelasan dari pihak Kerajaan berhubung bidang kuasa Kerajaan negeri dalam pentadbiran hal ehwal Islam dinegeri berkenaan sebagai memudahkan rakyat dikawasannya dan diseluruh negeri melihat kuasa-kuasa Kerajaan negeri dan Sultan dalam urusan berkaitan. Ini adalah satu cara untuk mendidik rakyat melihat hak pemimpin mereka ke atas agama dan diri mereka serta hak mereka terhadap pemimpin mereka.

Dalam kedua-dua soalan ini PAS tidak nampak sebarang unsur penghinaan kepada Sultan dan Umno jelas memutar belitkan fakta sebenar lantaran kedangkalan mereka sendiri.

Rakyat tidak lupa sejarah Umno menghina Sultan-sultan selama ini;

Pada tahun 1991 dalam Persidangan Agung Umno, Sultan Kelantan dihentam secara terbuka kerana menyebabkan Umno kalah di Kelantan.

Tahun 1983, Umno membelasah Raja-Raja Melayu di Parlimen kerana menolak cadangan supaya kuasa Yang DiPertuan Agong mengenai pengistiharan darurat dikurangkan.

Umno turut berdemo dan menghantar memorandum kepada Sultan Kelantan sebagai tanda protes serta mendesak harta DiRaja disiasat.

Umno juga cuba merampas kuasa dengan menabalkan Tengku Ibrahim Inderaputera untuk mengganti Sultan Ismail Putera pada 29hb April 1993 di Ketereh Kelantan.

Dato’ Zahid Hamidi yang menjadi Ketua Pemuda Umno ketika itu mencabar supaya Sultan Kelantan Ismail Petra turun takhta.

Pada 2008 Umno Terengganu mengumpulkan ahli-ahlinya untuk berdemo membantah tindakan Sultan yang kini menjadi Yang DiPertuan Agong kerana memilih Dato’ Mohd Said sebagai Menteri Besar dan menolak cadangan Umno yang mahukan Datuk Idris Jusoh dilantik semula. Kain rentang menghina Sultan dan memanggil baginda sebagai "Binatang" diarak dalam demontrasi itu.

Pada tahun yang sama Perlis menyaksikan Sultannya di boikot oleh Bekas Menteri Besar, Dato' Seri Shahidan Kasim yang ditolak Istana dalam Istiadat perlantikan Menteri Besar Baru, Datuk Seri Mohd Isa Sabu.

Banyak lagi kisah-kisah penderhakaan Umno yang tidak pernah serik memaki hamun Sultan hingga ke hari ini. Ternyata sikap PAS dan Umno terhadap Istana begitu jauh berbeza.

Umno menganggap tindakan PAS yang bertanya secara baik dalam DUN sebagai menghina Sultan dan dalam masa yang sama mereka menganggap tindakan mereka memaki Sultan sebagai teguran kepada Istana.

Rakyat perlu melihat perkara ini dan memahami bahawa mereka bukanlah rakyat yang bodoh, yang tidak pandai membezakan soalan atau makian.

Idea Bangang Dari Manusia Yang Jahil...!!!




Senator cadang 'kasi' bapa bayi yang dibuang

Marah dan kesal dengan begitu banyak kes buang bayi di negara ini, seorang senator hari ini menyarankan agar bapa kepada bayi yang berkenaan dikenakan hukuman 'kasi'.

Senator Ahmad Hussin berkata hukuman itu adalah wajar untuk 'mengajar' golongan lelaki yang terbabit agar lebih bertanggungjawab.

"Sekarang kita lihat dalam kes ini (buang bayi) bapa dah ghaib. Saya cadang kita 'kasi' bapa-bapa ini," katanya ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, di Dewan Negara di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam jawapannya, Shahrizat berkata cadangan itu perlu dikaji terlebih dahulu memandangkan bukan semua bapa mengabaikan tanggungjawab mereka.
----------------------------------------------------
Kah....Kah....BERTEPUK SEBELAH TANGAN TAK KAN BERBUNYI..BODOH...!!

Kah....Kah....INI BUKAN LEMBU..INI MANUSIA...MASIH BOLEH DI BENTUK...!!!

Kah...Kah....NANTI ADA PULAK IDEA BENGONG SUPAYA BAGI PIL PERANCANG PERCUMA...!!!

Kah..Kah.....KAU INGAT KEPALA OTAK KAU TU BAGUS SANGAT KE...???

Kah...Kah....IKUT FATWA MASHITAH..MELACUR TAK MENGAPA JIKA DARURAT...!!

Kah...Kah....BUDAK-BUDAK PEREMPUAN JUAL TUBUH PASAL DARURAT TAK ADA DUIT NAK BELI PREPAID....!!!

Kah...Kah....ANAK HARAM YANG LAHIR ADALAH HASIL TARBIYYAH UMNO-APCO...!!

Kah...Kah....INILAH GARA-GARA BILA NAK BERKULIAH AGAMA KENA ADA TAULIAH...!!!

Kah...Kah....INILAH TERJADI BILA TAK BOLEH BERPOLOTIK KAT DALAM MASJID...!!!

Kah...Kah....INILAH AKIBAT BILA MADEY TUTUP SEKOLAH AGAMA RAKYAT...!!!

Kah...Kah....INILAH DIA BALA TUHAN...TAK SEDAR LAGI KE...???

Kah...Kah....JANGAN BIMBANG...KERAJAAN 1 MALAYSIA TENGAH FIKIR UNTUK BAGI KONDOM PERCUMA...!!!

Kah..Kah.....AIMAN TAK KISAH...KEMBALIH KEPADA ISLAM...HANYA ISLAM YANG BOLEH BEZAKAN ANTARA YANG MAARUF DAN MUNGKAR...

Rintihan Pyan Habib....

IBU MENANGIS ANAK DIBUNUH DI SHAH ALAM OLEH APNO AJEN ZIONIS

IBU MENANGISI ANAK DIBUNUH ZIONIS DI GAZA

Cucu saudara mentua Pyanhabib, Aminul Rashid mati ditembak polis!

- TAYAR sudah ditembak, kereta sudah terbabas. polis tidak puas hati lagi? bagaimana aminulrashid seusia 15 tahun boleh ditemui mati ditembak polis? semoga pembunuhnya dilaknati allah!

- Sebelum ini, seorang wanita juga alami hal yang sama, wanita itu cedera parah dan mendakwa lima kali ditembak tetapi tidak mati!

-Kasih sayang, ajal maut, kuasa tuhan, ya. (gua tidak pertikai kuasa tuhan, gua tidak pertikai `kuasa' polis tetapi kenapa ada polis salah guna `kad kuasa'?)

-Jika seseorang itu disyaki penjenayah sekali pun, kenapa ditembak mati? apakah kerana `disyaki' maka polis berhak tembak mati sesiapa sahaja?

-Jahat atau tidak, budak bawah umur harus dilindungi polis. itu perlembagaan!

-Lebih 20 tahun yang lalu, rakan adik gua juga mati ditembak polis hanya kerana `disyaki'.

-lebih 10 tahun lalu, adik gua dilokapkan seminggu tanpa dibenar hubungi keluarga, juga kerana `disyaki'.

NOTA :aminulrashid adalah cucu saudara emak mentua gua. ditembak mati polis isnin malam, selepas pulang bersama rakan dari menonton perlawanan bola sepak. dan rakannya itu anak pegawai polis!

PYANHABIB