Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Mar 19, 2011

Berani Ke Taib Mahmud Berundur...??


PM fikir masa sesuai untuk Taib bersara-MK

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah berbincang dengan Tan Sri Abdul Taib Mahmud berhubung peletakan jawatan ketua menteri itu akan akan memutuskan masa yang sesuai untuk tujuan itu.

Najib berkata demikian setelah mengadakan pertemuan dengan orang ramai di Serian, kira-kira 80 kilometer daripada Kuching hari ini.

Katanya, beliau menghormati hasrat Taib untuk bersara daripada politik.

Sebelum itu, Taib sekali lagi memberitahu bahawa beliau akan melepaskan jawatannya selepas pilihan raya DUN Sarawak yang mesti dilakukan sebelum Julai ini.

Beliau yang sudah 30 tahun berkuasa di negeri itu - berkata akan memastikan BN menang dalam pilihan raya kali ini dan memastikan peralihan kuasa dibuat sebelum meletakkan jawatan.

Warga Asing "Bersesak" Tinggalkan Jepun...!!


Tiket penerbangan habis dan syarikat-syarikat jet privet dibanjiri tempahan semalam kerana warga asing cuba keluar dari Jepun setelah dinasihati pemerintah negara masingmasing agar berbuat begitu.

Ini berikutan tragedi gempa bumi, tsunami dan kerosakan nuklear yang sejauh ini telah menyebabkan hingga 15,000 orang mati atau hilang, kata polis semalam.

Mesin-mesin ATM tergendala dan kemungkinan gangguan bekalan elektrik memburukkan keadaan di Tokyo, yang penduduknya semakin tertekan dan kini berebut-rebut menyimpan bekalan beras dan keperluan lain, mengurung diri dalam rumah atau memenuhi lapangan terbang dengan harapan dapat lari dari negara yang dilanda krisis berlipat ganda itu.

Di tengah-tengah kekhuatiran krisis nuklear di Jepun bertambah buruk, negara-negara seperti Britain dan Australia menasihati warga mereka supaya meninggalkan Tokyo sementara Amerika Syarikat pula telah menempah beberapa penerbangan khas.

Sedang pekerja di loji nuklear Fukushima, yang terletak 250 kilometer ke timur laut Tokyo, bertungkus lumus mengelakkan satu peleburan nuklear, orang-orang berada mengambil langkah drastik untuk melarikan diri.

Seorang pengarah urusan Jet Aviation Hongkong, Cik Iris Riesen, berkata syarikat-syarikat pesawat jet privet di wilayah China itu telah mendapat banyak sekali tempahan daripada mereka yang ingin keluar cepat dari Jepun.

'Kami dibanjiri permintaan,' katanya kepada AFP, sambil menambah satu penerbangan ulang-alik antara Hongkong dan Jepun berharga antara AS$90,000 (kira-kira $115,000) dengan AS$140,000, bergantung pada saiz pesawat.

Sedang ramai warga asing pergi ke negara Asia lain, ada berkata mereka akan meninggalkan rantau itu sama sekali.

'Saya tahu kami berada jauh dari loji nuklear itu dan saya tidak rasa terancam secara langsung, tetapi saya mahu selamat,' kata seorang ibu dua anak asal Sweden, Cik Jeanette Hoch, 37, yang baru berpindah ke Hongkong tahun lalu.

Kekhuatiran semakin meningkat di sebalik jaminan pihak berkuasa Jepun bahawa Tokyo kini tidak ada sebarang risiko, mentelah lagi di tempat lain, walaupun kebocoran radiasi di loji itu sendiri mencapai peringkat bahaya buat beberapa jam.

Jabatan Negara Amerika telah menempah penerbangan bagi warganya yang hendak meninggalkan Jepun, dan memberi kuasa kepada kakitangan kedutaannya dan keluarga mereka keluar dari negara itu, selepas pengawal nuklear Amerika mempersoal langkah-langkah keselamatan yang diambil oleh Jepun.

Seorang ahli perniagaan Perancis yang mempunyai pejabat di Jepun berkata syarikatnya sedang 'mencari-cari satu persetujuan' kerana jika syarikatnya membawa keluar kakitangan warga asing, ia harus juga membantu pekerja setempat yang turut khuatirkan keselamatan mereka.

'Terdapat satu jurang pendapat antara warga Jepun di Tokyo dengan pengurusan kumpulan ini di Perancis,' kata lelaki yang enggan dinamakan itu kepada AFP.

China telah memindahkan beriburibu warganya ke Tokyo untuk dibawa keluar Jepun. Perancis berkata ia sedang menghantar dua pesawat pemerintah bagi membawa keluar rakyatnya.

Menteri Luar Australia, Encik Kevin Rudd, berkata 'gangguan pada khidmat-khidmat asas', dan bukan hanya kebimbangan akan berlaku radiasi, yang mendorong amaran pindah oleh pemerintahnya.

Jika ramai warga asing berebut-rebut hendak keluar dari Jepun, warga tempatan pula terpaksa menghadapi kemungkinan bekalan elektrik terputus dan mesin-mesin ATM tergendala.

Orang ramai yang gelabah untuk mengeluarkan wang menyebabkan ribuan mesin ATM Mizuho Bank tergendala.

Mizuho berkata hal itu ekoran jumlah transaksi naik mendadak di beberapa cawangannya.

Amaran pemerintah bahawa bekalan elektrik mungkin terputus meningkatkan lagi tekanan ke atas rakyat yang sudah terbiasa dengan keadaan teratur dan cekap.

Angka kematian rasmi tragedi Jepun itu kini 5,457orang, sementara angka rasmi yang hilang 9,508.

Sejumlah 2,409 orang pula cedera, kata Agensi Polis Negara.

Namun laporan-laporan membayangkan angka itu mungkin naik lagi.

Datuk bandar pekan pelabuhan Ishinomaki di Miyagi berkata lewat kelmarin bahawa angka orang hilang mungkin mencapai 10,000, lapor Kyodo News. -- AFP, Reuters.

Sambutan PGU 2 Di Besut Meriah...!!


BESUT- Hampir 5,000 orang berhimpun pada sesi pagi acara pra-perasmian Himpunan Kebangkitan Rakyat; PAS Ganti Umno Kali Ke-2 yang sedang berlangsung di bandar Jerteh, disini hari ini Sabtu, 19 Mac, 2011

Antara program yang dianjurkan pada sesi pagi adalah kuliah dhuha, pertandingan mewarna murid-murid Pasti dan perarakan bermotosikal dari ARC (Alternative Riding Club)

Perasmian PGU2 akan disempurnakan oleh Mursyidul Am PAS, Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pada jam 2,00 petang.

Pelbagai lapisan masyarakat seluruh rakyat negeri Terengganiu yang sedang berhimpun kini sedang menikmati makan tengah hari 'jamuan rakyat' bersama pimpinan PAS yang telah di lancarkan oleh Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada kira-kira jam12.30 tengahhari.

Presiden PAS dan Timbalan Pesuruhjayab PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut telah mengagih-agihkan makanna tengahari kepada semua peserta dan pengunjung yang berada di tapak Himpunan PGU2.

Sementara itu, Penolong Pengerusi Jawatankuasa IT Himpunan PGU2, Wan Anwar Wan Ahmad memaklumkan, Umno Bahagian Besut gagal menanjurkan program sukaneka yang dijadual pada tarikh dan hari yang sama dengan Himpunan PGU2.

Wan Anwar berkata program sukaneka tersebut yang sengaja dirancang pada awalnya untuk menganggu Himpunan PGU2, tidak dapat dilaksanakan kerana tidak mendapat sambutan.

"Sepatutnya di buat di kawasan 'parking' tempat pasar tani diadakan, tapi tak jadi, difahamkan ianya tak dapat sambutan dari ahli-ahli Umno Besut,"ujarnya ketika ditemui di tapak Himpunan PGU2.
..

Bodek Nak Mampus....!!

HENTIKAN MENIPU MENGENAI ROSMAH, KATA NAZRI – MK

Nazri Abdul Aziz meminta ahli parlimen Pakatan Rakyat supaya memperbetulkan fakta mereka dan berhenti menyebarkan fitnah ke atas suami perdana menteri, Rosmah Mansor.

Pembangkang, kata Nazri bertindak nakal apabila menuduh Rosmah mempersalahkan kerajaan Jepun yang dikatakan cuai dan tidak mengamalkan pembangunan mesra alam sehingga menyebabkan gempa bumi dan tsunami, minggu lalu yang membunuh ribuan rakyatnya.

"Betulkan fakta dulu. Ini masalahnya dengan PAS, suka ambil sebaris dan tidak lihat kenyataan yang menyeluruh,” katanya ketika menjawap soalan tambahan daripada Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) semasa sesi soal jawab di parlimen.

Nota:

jelas nampak dua dua ini bangang
satu bangang membodek
satu bangang kena bodek
kah kah kah

Sila Dengar Dengan Teliti....!!

MALAYSIA BEBAS DARIPADA PENYEBARAN RADIASI

Malaysia bebas daripada sebarang kesan penyebaran radioaktif akibat daripada kebakaran loji reaktor nuklear di Fukushima, Jepun.

Menurut Pensyarah Jabatan Sains Nuklear Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Sukiman Sarmani, kesan penyebaran radioaktif hanya berlaku pada radius tiga kilometer dari loji reaktor nuklear terbabit.

"Jika dilihat apa yang berlaku di Jepun ketika ini penyebaran radioaktif di tahap empat dan ia masih lagi terkawal.

"Pada masa ini juga, tidak akan berlaku hujan radioaktif ataupun hujan asid akibat daripada bencana yang menimpa loji nuklear Fukushima,” katanya kepada mStar Onlineketika dihubungi pada Jumaat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kesan kebakaran loji reaktor nuklear di Fukushima terhadap Malaysia.

JAPAN GOVERNMENT LOSING PUBLIC TRUST AS NUCLEAR CRISIS WORSENS - reuters

(Reuters) - Public trust in the Japanese government faces its biggest test since World War Two over the handling of the nation's nuclear crisis, raising concerns that a breakdown in confidence could fuel panic and chaos if appeals for calm go unheeded.

Foreigners are leaving Tokyo, or shutting themselves indoors, and supermarket shelves are running empty despite authorities assuring citizens there is no need to panic from the crisis unfolding at a quake-stricken nuclear power plant.

The government of Prime Minister Naoto Kan was already unpopular before the disasters.

"This government is useless," Masako Kitajima, a Tokyo office worker in her 50s, said as radiation levels ticked up in the city of around 12 million people, more than 200 km south of the nuclear plant where officials battled to avert disaster.

Nota:

semua kenyatan resmi selama
ini hanya bertujuan untuk
menipu oarang ramai
ini juga bertujuan agar
tidak ramai ewarga akan mula
bangun melawan kemunculan
loji nuklear!!!

Tarikh Pilihanraya Adalah Rahsia Besar Di Malaysia....!!


TUNGGU ESOK, KATA TAIB - MK

Abdul Taib Mahmud, akan membuat satu pengumuman esok dipercayai berhubung pilihan raya negeri akan datang.

"Tunggu sehari lagi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Perhimpunan Belia 2011 hari ini ketika ditanya sama ada beliau mahu membuat "pengumuman khas".

Taib juga tidak menyatakan sama ada pengumuman itu akan dibuat di hadapan Najib Razak, dan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, yang akan berada di Kuching esok sempena siri lawatan kedua-dua pemimpin itu ke seluruh negara.

Taib menafikan ura-ura kononnya beliau akan berlepas pada Ahad untuk melakukan umrah.

Nota:

apakah taib akan mengundur diri?

jika membuat kenyataan yang dia akan mengundur diri
maka imej jahat untuk rakyat serawak hilang

lihat bila madey undur
mat ngantuk menang besar

kalau taib undur
untung besar untuk gerombolan

inilah bahaya berkempen melawan individu
macam rakyat mesir lawan mubarak
bila mubarak celah – semua masih sama

nanti bila taib undur
orang ramai kan lupa bahawa
yang wajib dilawan bukan individu
tetapi sistem
individu ini hanya mewakili sistem

kalau dia buat kenyataan ingin undur diri
sesudah pilihanraya – ini baik
kerana imej jahat masih ada lagi
malah kita boleh kempen yang taib ini
akan terus hingga mati kerna dia
terlalu sayang akan balak serawak
kah kah kah