Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير

Dec 10, 2010

Rileks..Ini Cuma Sandiwara Saje...!!

Ketuanan Melayu Memang Tiada Roh Islam....!!


Persatuan Mahasiswa UM Bantah Pencerobohan Surau Al-Falah

Kuala Lumpur: Beberapa persatuan mahasiswa kampus Universiti Malaya hari ini menyatakan bantahan terhadap usaha pihak tertentu untuk merobohkan sebuah Surau yang terletak di Kampung Kerinchi. Surau itu didakwa akan dirobohkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyebabkan penduduk dan mahasiswa yang tinggal di sekitar Pantai Dalam menyatakan bantahan terhadap usaha tersebut.

Minggu lalu, isu ini tercetus apabila satu surat telah dikeluarkan oleh DBKL mengarahkan agar surau tersebut dikosongkan sebelum tarikh 9 Disember ini bagi untuk kerja-kerja perobohan dilakukan.

Akibatnya, beberapa penduduk khususnya penduduk asal Kampung Kerinchi mula membuat bantahan bagi mempertahankan surau yang telah dibina melebihi 20 tahun ini. Menurut YDP PMIUM, Saudara Ahmad Syazwan Muhammad Hassan menyatakan bahawa perbincangan secara terperinci harus dilakukan oleh pihak terbabit dengan penduduk kampung.

“Pihak yang ingin merobohkannya harus berbincang, tanya kepada penduduk di sana mengapa tak nak dirobohkan surau itu, semestinya ada sebab tertentu yang amat penting yang sepatutnya didengar.”, jelasnya. Tambahnya, “Ini hak rakyat, rakyat bebas membuat keputusan berdasarkan hak mereka dan demi kesejahteraan masyarakat setempat. Surau itu semestinya ada sejarahnya tersendiri dan pihak terbabit patut melihat pro kontranya (merobohkan surau).”

Menurut kenyataan YDP Persatuan Mahasiswa Kedah UM (PERMADAH UM), Saudara Mohd Fazrin Mustaffa, beliau tidak bersetuju dengan usaha untuk merobohkan Surau Al-Falah itu. “Saya memang menentang usaha itu kerana bagi saya isu pembangunan yang dimainkan pihak terbabit tidak releven kerana di ibu kota ini sudah maju dan sepatutnya pihak terbabit memikirkan pembangunan di sekitar luar bandar yang masih ternanti-nantikan ‘kedatangan’ mereka.”

“Surau ini pernah cuba dipindahkan ke PPR Kerinchi, namun surau yang baru itu hanya mampu menampung 50 orang sahaja dalam satu-satu masa. Sebab itulah mereka (masyarakat Pantai Dalam) mahu pertahankan sebab surau yang lama ini dapat menampung lebih ramai.”, jelasnya.

Sementara itu, wakil MPMUM, Saudara Mohd Syahid Mohd Zaini menyatakan MPMUM turut sama membantah usaha yang cuba dilakukan pihak terbabit. “Saya mewakili mahasiswa Islam menyatakan pendirian tidak bersetuju dengan usaha yang cuba dilakukan untuk merobohkan surau tersebut.”

“Saya dapat tahu masyarakat di sekitar sana memang selalu mengadakan sesuatu program dan aktiviti di surau terbabit termasuk yang terbaru Majlis Korban Perdana. Jadi, aktiviti seperti itu amat baik terutama kepada generasi muda dan anak-anak kecil demi perpaduan dan kesejahteraan masyarakat setempat.”, ujarnya.

Arahan merobohkan surau tersebut telah dikeluarkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin atas alasan projek pembangunan yang akan dilakukan.

Namun menurut beberapa penduduk di sekitar sana, pemaju yang bertanggungjawab membangunkan projek tersebut menyatakan bahawa projek tersebut masih dalam perancangan dan tidak akan dilakukan dalam masa terdekat. Malah pemaju juga pernah berjanji akan menaiktaraf semula surau yang telah sedia ada selaras dengan pembangunan yang akan dilaksanakan.

Surau Al-Falah antara surau yang awal didirikan di kawasan penempatan awam di Kampung Kerinchi. Pada tahun 2008, semua penempatan penduduk di sekitar surau telah dirobohkan dan penduduk telah dipindahkan ke PPR Kerinchi. Dengan pelbagai usaha dilakukan, Surau Al-Falah tersebut dapat dipertahankan sehingga kini dan berita tentang usaha untuk merobohkan surau tersebut ternyata tidak menyenangkan penduduk sekitar.

Nota :

Alahai...Bukannya susah sangat...
Cukup senang je kalau nak elak ketuanan melayu merobohkan Surau Al Falah di Kg Kerinchi, Kuala Lumpur....
Buat mesyuarat dan Minta penganut Hindu bina kuil sebelah surau tersebut...
Kita nak tengok berani tak ketuanan melayu nak roboh kuil tersebut.
Tak percaya ke...cubalah buat....Kah...Kah...Kah...!!!

Bukan Sandiwara Tapi Cerekarama...!!!


KEPUTUSAN DAKWA KHIR TOYO BUKAN SANDIWARA ,KATA NAJIB - MI

Najib Razak menafikan dakwaan pembangkang kononnya tindakan mendakwa Mohamad Khir Toyo berhubung tuduhan rasuah adalah sandiwara Barisan Nasional (BN) dan Umno untuk membersihkan imejnya menjelang pilihan raya umum akan datang.

Najib berkata BN dan Umno tidak pernah menjadikan kes itu sebagai satu “mainan” kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah meneliti kes berkenaan sebelum mendakwa bekas Menteri Besar Selangor itu.

“Ini satu perkara yang telah diteliti semasak-masaknya oleh SPRM, dan SPRM sebagai badan yang bebas, (telah) kemukakan (kes ini) kepada Pejabat Peguam Negara,” kata beliau.

“Pejabat Peguam Negara bagi pihak yang bebas juga (akan) menentukan sama ada (terdapat) kes atau tidak,” katanya.

Nota:

Betul ke kerajaan ketuanan melayu mahu nbanteras gejala rasuah?
Kalau betul yang kena tangkap dulu ialah najib, lepas itu suami najib yang bernama RM a.k.a ringgit malaysia a.k.a rosmah mansor...
Kah...Kah...Kah...!!!

Yang betulnya Adalah Ketuanan UMNO...!!

Ini adalah rumah pendokong Ketuanan Melayu...!! Ini adalah rumah pemimpin ketuanan melayu di Terengganu...!!

Anwar dedah ahli Umno dapat pojek RM2 bilion-MK

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan tindakan kerajaan Umno-BN memberikan projek-projek lumayan Kementerian Pertahanan berjumlah lebih RM2 bilion kepada seorang dua individu, lapor TV Selangor.

Beliau berkata tindakan itu membuktikan Umno hanya menggunakan slogan Ketuanan Melayu untuk memperkayakan kroni.

Anwar berkata sejak tahun 2008, seorang individu yang dipercayai dari Umno Bukit Gantang Perak telah diberikan pelbagai tender berjumlah RM2 bilion.

"Ada tender yang dikeluarkan, tender terhad sejak 2008 yang diberikan kepada dua orang. Sebanyak 16 syarikat bumiputera dipelawa tetapi kebanyakan syarikat itu, seperti dokumen yang terdapat di tangan saya.

"Jadi ada seolah (-olah) satu pakatan di peringkat tertinggi kementerian pertahanan dengan satu dua orang tokoh Umno atas nama Melayu. Jadi Melayu ini, ketuanan Melayu ini hanya menguntungkan dua tiga orang dan lain itu pasukan sorak menyokong mereka.

"Saya bagi contoh berdasarkan bukti mengapa kementerian sering mengelak mengadakan tender terbuka. Mengapa 16 syarikat ini sahaja dipelawa sedangkan banyak lagi syarikat bumiputera yang cukup kelayakan memenuhi kriteria yang harus diajak untuk bersama," kata Anwar yang juga adalah ahli parlimen Permatang Pauh.

Beliau kemudian menunjukkan dokumen-dokumen berkaitan untuk membuktikan bahawa tender-tender kementerian pertahanan diberikan kepada kroni Umno berkenaan dengan sewenang-wenangnya.

"Ada syarikat, Gahmata Sajian Sdn Bhd penswastaan perkhidmatan katering Angkatan Tentera Malaysia bagi kawasan Sabah, Sarawak dan Labuan nilai RM 800 juta dipunyai oleh seorang bernama Syed Abu Hussin tanpa tender runding terus dari Mindef.

"Kemudian diberi satu lagi syarikat. Nama lain. Namanya Komatra Sajian Sdn Bhd, penswastaan perkhidmatan katering Angkatan Tentera bagi zon Utara dan Timur Semenanjung. Nilai RM 600 juta.

"GPB COrporation Sdn Bhd kontrak 1 Jan 2009 nilai RM 300 juta ringgit. Tuan punya, dan alamat daftar pun sama No 10 level 2 Damai Kompleks. Tuan punya, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, tiada Melayu lain," katanya.

Anwar kesal kerana pemberian kontrak-kontrak lumayan kepada kroni Umno dari Perak bukan sahaja membelakangkan kepentingan kementerian pertahanan sendiri tetapi meminggirkan keutamaan untuk membantu bumiputera umumnya.

"Apa hubungan Melayu ini dapat sampai RM2 bilion.

"Apakah ini bukan satu kompromi terhadap mutu dan kepentingan kementerian pertahanan? Apakah ia satu usaha mengetepikan kepentingan ramai pasukan tentera? Apakah ini tanda, kita betul-betul patriotik kepada negara dengan memunggah kekayaan, memperkaya satu, dua orang melalui perbelanjaan ketenteraan," katanya.

Nota :

Slogan ketuanan melayu adalah gimik pemimpin UMNO sahaja...
Yang untungnya mereka....
Yang bodohnya JKKK....
Yang letihnya orang melayu...
Berarak kesana kemari laungkan slogan hidupkan ketuanan melayu...
Yang kaya adalah pemimpin UMNO...
Yang senang adalah YB UMNO...
Yang paling bangang sekali ialah Melayu....
Kah...Kah...Kah....

Hanya Ketuanan Islam Yang Mampu Menyatukan Manusia...!!

Siapa yang meminda pelembagaan Artikle 66 dahulu..? Jawapannya adalah UMNO....Sekarang dok canang pasal ketuanan melayu...Poorrrahhh..!!

ONG TEE KEAT KATA SOI LEK SOKONG KETUANAN MELAYU – MI

Ong Tee Keat menuduh Dr Chua Soi Lek menyokong konsep ketuanan melayu yang kini telah ditentang oleh MCA.

Dia berkata Chua Soi Lerk kini sanggup tunduk kepada UMNO.

Ong yang telah disingkir dari MCA awal tahun ini berkata dia amat amat terperanjat dan hairan bagaiman awal dulu Chua telah menolak dan mempertikai konsep ketuanan melayu dan menyelar beberapa dasar Umno dalam mesyuarat majlisd tertinggi MCA.

Ong berkata dasar Chua yang ‘ keras erapi’ itu tetiba menjadi lembik. Sebenarnya inilag dia dasar kepimpimnan MCA pada ketika ini.

Nota :

Tengok...apa faedahnya dok agungkan ketuanan melayu....
Perjuangan untuk bangsa tak memberi apa-apa...
Melayu dok gah dengan ketuanan melayu...
Apa..?? ingat cina suka ke...??
Apa..?? Ingat India minat sangat ke...??
Semua parti komponen dalam BN adalah hipokrit belaka...
Hanya manis di depan....tapi jubur semuanya masam....
Kah...Kah...Kah....Kita tunggu dan lihat sejauh mana kehebatan ketuanan melayu...

Sebab Itu Pentingnya Kita Perjuangkan Ketuanan Islam...!!


Hakim syariah bersekedudukan-HM

KUALA LUMPUR: Seorang hakim Mahkamah Tinggi Syariah ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang kerana disyaki bersekedudukan dengan seorang wanita di kuarters kerajaan di Georgetown, Ahad lalu.

Menurut sumber, hakim terbabit yang berusia 40-an ditangkap ketika bersama pasangannya kira-kira jam 2 pagi.

“Sewaktu kejadian, isteri dan anaknya tiada di rumah kerana dikatakan ke ibu kota.

“Pasangan itu ditangkap penguat kuasa agama hasil maklumat diperoleh,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Hakim terbabit dikatakan berkhidmat di Mahkamah Tinggi Syariah di sebuah negeri di utara Semenanjung sejak lebih setahun lalu.

Sebelum ini, beliau bertugas di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Putrajaya.

Kes berkenaan bagaimanapun masih di peringkat siasatan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang dan hakim terbabit belum didakwa, sebaliknya dia dibebaskan dengan jaminan Jabatan Agama Islam selama seminggu.

Sumber itu berkata, kes berkenaan agak sulit kerana mempunyai unsur ugutan daripada tertuduh terhadap pegawai penyiasat.

Namun, katanya, pihak penyiasat sudah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.

“Pada masa ini hakim terbabit diberi jaminan penguat kuasa. Tempoh jaminan akan berakhir Isnin depan dan pada hari berkenaan, kes dijangka disebut di mahkamah syariah.

“Beliau sebelum ini dikatakan mengugut pegawai siasatan dan penguat kuasa dengan mengancam untuk mengambil tindakan jika mereka meneruskan kes berkenaan kerana beliau mendakwa mempunyai hubungan rapat dengan pihak atasan,” katanya.

Nota :

Sebab itu Ketuanan Melayu tak memberi makna pada orang melayu...
Hakim syarei..rata-ratanya adalah orang melayu....
tak pernah dengar lagi hakim syarei ini datangnya dari bangladesh...
Sebab terlalu agungkan ketuanan melayulah ..maka mereka tak kisah melakukan perbuatan zina...
Dalam ketuanan melayu tak ada sebut secara khusus bahawa perbuatan zina adalah haram...
Melainkan dalam ketuanan Islam saja yang menyebutnya dengan jelas dan terang....
Kalaulah hakim ini seorang yang berpegang kepada ketuanan islam...
Maka belaiu mungkin tak tergamak nak berbuat demikian...
Ini dah jadi macam paderi...dia yang ampun dosa..tapi dia juga turut buat dosa...
Sebab itu pentingnya kita perjuangkan ketuanan islam banding ketuanan melayu yang langsung tak memberi makna & sia-sia....!!!

Ketuanan Melayu Tetap Wujud Walaupun Mendiang UMNO Dah Tiada....!!


Putrajaya Jatuh, UMNO Akan Kelaparan - HD

KUALA LUMPUR, 9 Dis: Pemimpin Umno BN hendak mempertahankan Putrajaya bukan untuk rakyat, tetapi untuk suku sakat mereka yang sedang kehausan dan kelaparan, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas gesaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya Barisan Nasional bersungguh-sungguh mahu mempertahankan Putrajaya demi kepentingan rakyat dan negara di dalam taklimat strategi BN Selangor di Shah Alam, hari ini.

PAS, katanya berpandangan gesaan yang dibuat oleh Timbalan Presiden Umno sebagai bayangan kerisauan yang wujud di wajah pemimpin Umno di semua peringkat kerana mimpi ngeri 8 Mac 2008 masih menghantui mereka.

Katanya, pemimpin Umno bimbang dengan peningkatan celik maklumat di kalangan rakyat, melalui kuasa media baru, terutama di kalangan generasi muda.

Ujarnya lagi, mungkin pemimpin Umno boleh menipu emak bapa mereka, tetapi kerja pencerahan maklumat akan dibuat oleh anak-anak mereka yang terpelajar.

Muhyiddin, kata beliau sepatutnya rasa malu, kalau alasan untuk mempertahankan Putrajaya kerana kepentingan rakyat kerana seantero dunia sudah tahu BN yang memerintah negara ini gagal menjalankan amanah dan mengkhianat kepada rakyat selama 53 tahun.

Sekarang, tambahnya kualiti hidup rakyat semakin menurun, kuasa membeli rakyat semakin rendah, semuanya gara-gara kegagalan Umno mentadbir negara.

“Sepatutnya Timbalan Presiden Umno kena beri motivasi kepada pemimpin Umno, kita kena pertahankan Putrajaya kerana perut kita semakin kempis, kerana lubuk emas dijaga oleh manusia bukan oleh puaka,” ujarnya.

Beliau juga mengulas tuduhan Muhyiddin mengatakan “kalau Pakatan Rakyat memerintah, negara tidak aman, maju dan kukuh. Jangan percaya kepada janji-janji pembangkang, mereka cakap tidak serupa bikin”.

“PAS hendak sedarkan Tan Sri Muhyiddin beliau sedar atau tidak ucapan itu terkena kepada batang hidung Umno yang dipimpin oleh beliau bersama dengan Datuk Seri Najib.

“Bukankah pemimpin Umno yang berkata pada 1 Nov 2010, minyak RON 95 tidak akan naik sehingga hujung tahun ini, tiba-tiba 5 hb Disember 2010 RON 95 telah dinaikkan. Siapa yang lidah bercabang?” soalnya.

PAS, katanya mengingatkan kepada rakyat Selangor terutamanya jangan memberikan mandat kepada BN dalam pilihanraya akan datang.

Jika BN menang, ujarnya segala bentuk kebajikan akan bertukar kepada penindasan di mana air percuma 20 meter padu setiap bulan, skim warga emas yang meninggal mendapat RM2,500 akan hilang.

“Buktinya rakyat Terengganu sudah mengalami hari ini apabila BN memerintah Terengganu, cukai pintu di zaman PAS memerintah dikecualikan telah dikenakan kembali pada tahun 2004 apabila mereka kembali berkuasa,” katanya.

Nota :

Memang betul slogan..Takkan Melayu Hilang Di Dunia...
Terbukti salah jika... Takkan UMNO Hilang di Malaysia...
Sebab Melayu tak mesti jadi UMNO...
Manakala UMNO bukan wajib untuk melayu...
Walaupun UMNO dah jadi mendiang pun...Melayu tetap wujud...
Kah...Kah...Kah...!!

Tak Ada Istilah Ketuanan Melayu Di Akhirat Kelak...!!


Apabila pemimpin Umno bercakap soal ketuanan Melayu, sama seperti kalau isteri pemimpin Umno menyeru wanita semua kena menutup aurat, kerana ini adalah arahan Allah. Inilah analogi yang layak dipakai, dalam erti kata yang lain cakap tidak serupa bikin.

Selepas PRU 2008 pemimpin Umno macam orang kena sawan. Berbagai formula yang dicari untuk menyembuhkan penyakit. Sudah banyak doktor pakar datang merawat, sudah banyak tok bomoh membaca jampi, namun penyakit ini tidak juga sembuh malahan makin parah.

Cuma ada satu lagi ubat untuk dicuba iaitu Ketuanan Melayu. Dengan muka tidak malu pemimpin Umno mula menunjukkan Umno juara Melayu dan Pakatan Rakyat tidak bela Melayu. Dakwaan mereka, yang boleh tegak ketuanan Melayu ialah melalui Umno. Sebenarnya Umno cuba menutup bangkai gajah dengan tudung saji, kerana cuba untuk menutup kegagalan mereka selama ini.

Orang Melayu jangan tertipu lagi dengan slogan ketuanan Melayu ala Umno. Pemimpin Umno cuba meniupkan sentimen ini melalui media televisyen terutamanya. Media ini akan pusing isu ini seolah-olah Umno sahaja yang mempertahankan ketuanan Melayu sehingga setengah rakyat yang menganggap Umno begitu suci dan tidak boleh diganggu.

Sebenarnya ketuanan Melayu Umno hanya untuk menjadi tiket pemimpin mereka menggadai hak Melayu dan memberi kesenangan kepada keluarga dan suku sakatnya sahaja. Dalilnya sudah lebih separuh abad Umno diberi peluang untuk menjaga hak Melayu akhirnya satu persatu tergadai. Bukankah ini semua angkara Umno?

Faktanya ketuanan Melayu Umno telah merugikan orang Melayu, bukan mengangkat martabat Melayu di negara ini.

Ketuanan Melayu Umno menjadikan taraf hidup orang Melayu semakin menurun, malahan lebih teruk daripada kaum India. Dalam parlimen pada tahun 2007 , disebutkan bahawa lebih 600,000 rakyat di negara ini hidup di bawah paras kemiskinan iaitu berpendapatan kurang dari RM800. Statistik kaji selidik pendapatan isi rumah yang dilakukan menunjukkan hampir 90 peratus daripada mereka yang berada di bawah paras kemiskinan adalah orang Melayu. Memanglah kemiskinan adalah satu senjata untuk Umno guna bagi mengekalkan kuasa, dalilnya Sabah dan Terengganu yang berada di bawah ketuanan Melayu Umno merupakan negeri termiskin di Malaysia walaupun keduanya kaya dengan minyak

Ketuanan Melayu Umno yang menindas negeri Kelantan, walaupun majoriti rakyatnya Melayu. Sebanyak 118 projek pusat disekat sejak RMK 6 tahun 1991. Apakah Tuan Guru Nik Aziz yang memimpin Kelantan seorang Bangladesh?

Ketuanan Melayu Umno, menyebabkan peneroka bandar telah dihalau macam anjing. Yang menjadi broker ialah pemimpin Umno dengan pemaju. Contoh yang terdekat seperti yang berlaku kepada penduduk setinggan di Kampung Plentong Tengah Pasir Gudang. Mereka sudah tinggal 30 tahun dan menjadi penyokong tegar Umno. Sewaktu mereka dihalau, batang hidung pemimpin Umno langsung tidak nampak. Begitu juga apa yang terjadi di Kampung Berembang Ampang di zaman Umno berkuasa. Ini semua kawasan tegar menyokong Umno. Sewaktu berhadap dengan pemaju ialah daripada PAS, PKR, DAP dan NGO sehingga ada yang merengkok dalam lokap. Mana pergi pemimpin Umno yang hendak menegakkan ketuanan Melayu ketika penyokong mereka dihalau.

Ketuanan Melayu Umno menyebabkan orang Melayu ketinggalan kebelakang. Diskriminasi sesama bangsa hanya kerana berlainan ideologi, akhirnya telah menempatkan bangsa merempat di bumi sendiri. Kita tidak pernah dengar bagaimana pemimpin kaum lain yang menindas kaum sesama bangsa kerana berlainan ideologi. Tetapi ini berlaku kepada pemimpin Umno akhirnya peratus kemiskinan di kalangan bumiputera meningkat. Seperti yang pernah dinyatakan oleh bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah Dato’ Zainal Osman Cina 0.6%, India 2.9%, Melayu 8.3%.

Ketuanan Melayu Umno mengorbankan kepentingan agama dan bangsa sendiri. Persempadanan semula 2003, menunjukkan Umno telah mengkhianat orang Melayu-Islam semata-mata untuk melawan PAS. Akibat persempadanan ini selepas pilihan raya umum ke 11 pada 21 Mac 2004 lalu, kerusi Melayu tinggal hanya 54.33 peratus sahaja. SPR dengan arahan BN enggan menambah kerusi majoriti Melayu, khuatir kedudukan politik mereka terancam. Walaupun pertambahan pengundi di Kelantan 24 %, Terengganu 21.76% dan Kedah 17.4%. Malangnya kerusi Parlimen di negeri tersebut tidak bertambah.

Ketuanan Melayu Umno, menyebabkan lesap RM52 bilion saham yang diperuntukkan kepada para pelabur bumiputera dari 1984 hingga 2005. Hanya nilai RM2 bilion sahaja yang masih ada di tangan bumiputera.

Ketuanan Melayu Umno punya angkara, sehingga pernah menjual saham BERNAS (Syarikat Beras Negara) kepada syarikat Wan Tak Co. Ltd yang berpengkalan di Hong Kong sebanyak 31.36%. Umno tidak sedarkah majoriti yang mengusahakan sawah ialah orang Melayu. Apakah jaminan petani-petani ini tidak dizalimi. Amat merbahaya apabila syarikat asing menguasai lesen beras negara di negara yang tercinta. Cuba bayangkan kalau yang menjual itu ialah kerajaan Pakatan Rakyat, nescaya akan dituduh agen asing di negara ini.

Ketuanan Melayu Umno sanggup mengkhianati hak orang miskin contohnya lesap wang PPRT sebanyak 32 juta ditipu oleh lelaki Cina Ooi Kee Siang. Yang menjadi menterinya pada waktu itu ialah Datuk Anuar Musa daripada Umno.

Ketuanan Melayu Umno yang sanggup membunuh bahasa sendiri dengan menyokong mata pelajaran Metematik dan Sains diajar dalam Bahasa Inggeris, walaupun berpuluh orang profesor dan pakar pendidikan tidak bersetuju. Demi untuk memberi projek kepada kroni, biarlah bahasa hancur dan RM6 bilion wang negara hangus. Sedangkan berapa lama usaha untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dan bahasa ilmu telah hancur berkecai. Malahan pemimpin Umno melemparkan tuduhan kepada pejuang bahasa sebagai pelampau. Jika bahasa sendiri pun Umno tidak boleh pertahankan, apa yang hendak diharapkan untuk menegakkan satu bangsa yang lebih gagah.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Kita Jangan Jadi So Chai....!!


Barang naik: Jangan percaya janji pemimpin BN-MK

Janji-janji pemimpin kerajaan BN ternyata tidak boleh dipegang kerana mereka hanya sekadar tahu berjanji tetapi tidak pula jujur dan tahu menunaikannya sejak dulu, kata Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Nuridah Mohd Salleh.

Menurut Harkahdaily, Nuridah dilaporkan sebagai berkata BN hanya sekadar mahu menggula-gulakan rakyat untuk meraih undi bagi mencapai kemenangan dalam pilihan raya.

Katanya, realiti itu terserlah apabila kerajaan BN sejak 3 Disember lalu telah mengambil keputusan menaikkan harga barangan keperluan utama rakyat seperti petrol, diesel, gas dan gula, sehingga menyebabkan rakyat semakin terhimpit walaupun telah diberi jaminan bahawa perkara seumpama itu tidak akan berlaku.

Janji palsu?

"Pada hal, 2 November 2010 yang lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kenaikan RON97 ditentukan oleh syarikat pengeluar minyak. Kerajaan tidak bertanggungjawab terhadap kenaikan harga minyak petrol RON97 kerana harga bahan mentah itu dikawal sepenuhnya oleh pasaran terbuka,” katanya.

"Bagaimanapun kerajaan memberi jaminan harga minyak RON 95 tidak akan naik dalam tempoh terdekat. Rakyat juga tidak perlu risau kerana kerajaan juga tidak ada perancangan untuk menaikkan harga minyak RON95 dalam tempoh terdekat," kata Ismail Sabri seperti yang dilaporkan media tempatan.

Malangnya, menurut Nuridah, pada 3 Disember lalu harga petrol RON95 dinaikkan 5 sen menjadikan harganya RM1.90 seliter. Selain itu, harga diesel juga dinaikkan 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter, manakala gas LPG pula naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram. Harga gula dinaikkan 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.

Pada hari yang sama, Bernama melaporkan menteri yang sama juga telah berkata sekali lagi bahawa harga barang seperti gandum, beras dan minyak masak dijangka tidak akan dinaikkan buat masa ini. Kononnya kerajaan juga masih mengekalkan subsidi ke atas barangan berkenaan memandangkan ia adalah barangan keperluan semua rakyat di negara ini.

Pentingkan diri sendiri

"Percayakah anda akan kata-kata beliau itu? Ternyata segala janji pemimpin BN tidak boleh dipegang. Itu semua samalah dengan slogan yang diwar-warkan oleh (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Razak) itu sendiri yang juga tidak boleh dipegang. Sebaliknya, tindak-tanduk para pemimpin BN ternyata tidak pernah mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian, tetapi hanya menekan dan menzalimi rakyat dalam segala aspek.

"Mereka ternyata hanya mementingkan diri mereka sendiri sahaja, bukannya mementingkan rakyat. Jadi, rakyat mesti sedar perkara ini. Jika rakyat tidak sedar dan terus tertipu dengan janji-janji pemimpin BN, para pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat yang mesti menyedarkan rakyat agar tidak terus tertipu dengan permainan politik kotor mereka itu," kata Nuridah ketika dihubungi.

Katanya, kenaikan harga petrol, disel, gas dan gula, sememangnya amat menyusahkan rakyat pada semua peringkat, termasuk para penganut Kristian yang akan merayakan sambutan perayaan mereka tidak lama lagi, tetapi para pemimpin BN tidak pernah memikirkan masalah rakyat.

Selain itu, Nuridah juga kesal kerana kerajaan pusat turut menzalimi rakyat dalam aspek air, apabila sanggup bertindak untuk menaikkan harga air di Selangor, sehingga memaksa Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengambil tindakan tegas untuk membantu rakyat yang dizalimi.

Sehubungan itu, katanya, Wanita Pakatan Rakyat dalam mesyuaratnya di bangunan Parlimen semalam antara lain telah memutuskan untuk mengambil tindakan aktif berhubung perkara itu.

Antara lain, mereka akan berjumpa dengan orang ramai untuk mengedarkan risalah untuk menyedarkan orang ramai agar tidak lagi terus tertipu dengan para pemimpin BN dan memberi undi kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya akan datang.

Selain berjumpa orang ramai di kampung-kampung, mereka juga akan mengedarkan risalah itu kepada orang ramai yang akan pulang bercuti di kampung di plaza-plaza tol, bagi membolehkan rakyat faham tentang realiti sebenar para pemimpin BN yang tidak pernah mementingkan rakyat, tetapi hanya mementingkan diri mereka sendiri sahaja.

Nota :

Maka kita mesti ingat....
Jangan buat-buat lupa...
Rakyat mesti sedar supaya tidak lagi memberi undi kepada BN....
Undilah apa saja asalkan bukan UMNO/BN dalam PRU13 nanti....
Kerana hanya dengan cara itu barulah kehidupan rakyat akan terbela...

Ketuanan Melayu Bakal Di Tipu Lagi....!!!


Najib: Kerajaan setuju tarif elektrik dinaikkan - MK

Datuk Seri Najib Razak berkata sebarang kenaikan kadar tarif elektrik akan mengambil kira kos dan beban yang terpaksa ditanggung oleh pengguna.

Perdana Menteri berkata, walaupun secara prinsipnya kerajaan bersetuju supaya kadar tarif elektrik itu disemak, ia tidak semestinya dibuat dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata, kerajaan perlu mengkaji daripada pelbagai sudut sebelum Kabinet membuat sebarang keputusan berhubung perkara tersebut.

"Tidak boleh...kerajaan (apabila) kita kata (secara) prinsip (kaji tarif elektrik), kita akan kuatkuasa serta-merta...tidak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis menandatangani ikrar memerangi rasuah oleh masyarakat peniaga di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putarajaya hari ini.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, hari ini berkata bahawa semakan tarif kadar elektrik ditangguhkan pada masa ini.

Bagaimanapun, kerajaan akan mengkaji semula kadar itu apabila keadaan lebih kondusif.
Peter Chin berkata, kerajaan pada prinsipnya bersetuju bahawa semakan tarif adalah perlu kerana kosnya telah meningkat dan harga bahan api telah meningkat.- Bernama

Nota :

Lepas satu-satu sandiwara di buat...
Dulu kata minyak RON95 tak akan naik pada tahun 2010....
Tapi dalam diam-diam minyak RON95 dah naik 5 sen...
Tarif letrik tak kan naik dalam waktu terdekat....
Tunggu dan lihat...bilakah waktu terdekat itu...

Sedarlah wahai ketuanan melayu.....
Tak ada maknanya ketuanan melayu...jika melayu selalu di tipu..
Apa guna jadi tuan...jika tuan pun kena bayar sama macam pendatang...
Melayu suka sangat dengan slogan ketuanan melayu....
Tapi tak tahu apa itu ketuanan melayu...
Apatah lagi nak fikirkan apa keistimewaan ketuanan melayu...
Yang sedihnya ...melayu tak sedar yang mereka telah di tipu...