Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jun 27, 2010

Betul Ke Najib Juga Jaguh Kampung...???


Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat, Badrul Hisham Shahrin mendakwa badan perisikan Singapura berkemungkinan telah mengugut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan menggunakan gambar model Mongolia, Altantuya Shaariibuu bersama beliau sebagai senjata bagi memaksa Najib memeterai perjanjian yang dianggap berat kerajaan Malaysia dan negara pulau itu.

Badrul Hisham aka CheGuBard berkata andaian ini berdasarkan kepada akuan bersumpah penyiasat persendirian, P Balasubramanian pada 1 Julai 2008 yang mengatakan Najib telah memperkenalkan Altantuya yang dikenali sebagai 'Aminah' kepada penasihat politik beliau, Abdul Razak Baginda di satu pameran berlian di Singapura.

"Maknanya Najib pernah berada di Singapura bersama Altantuya," kata CheGuBard dalam satu kenyataan media yang disiarkan dalam blognya.

Dalam lawatan tiga hari Perdana Menteri ke Singapura mulai 22 Mei lepas, Najib dan rakan sejawatnya, Lee Hsien Loong telah mencapai persetujuan atas beberapa perkara pokok yang menjadi pertelagahan antara kedua negara sejak berdekad-dekad lalu.

Antara isu yang paling penting ialah persetujuan Malaysia untuk memindahkan stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar di Singapura ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) menjelang 1 Julai 2011.

Malaysia akan juga menempatkan kemudahan kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) kereta apinya di WTCP.

Menurut Perkara-perkara Dipersetujui (PoA) antara kedua negara tanah milik KTMB seluas 271 hektar di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands serta tiga keping tanah tambahan di Bukit Timah, akan diserahkan kepada M-S Pte Ltd, sebuah syarikat usaha sama Malaysia-Singapura untuk dimajukan.

Syarikat itu dijangka ditubuhkan sebelum 31 Disember ini dengan pegangan 60 peratus oleh Khazanah Nasional Berhad dan 40 peratus baki ekuiti oleh Temasek Holdings Limited, agensi pelaburan kerajaan Singapura.

"Hampir pasti kos operasi KTMB akan meningkat dan bayaran penyewaan WTCP milik Singapura akan membebankan pada masa akan datang.

"Maka KTMB bakal menyertai senarai syarikat milik kerajaan yang rugi seperti Pos Malaysia Berhad dan Sime Darby Berhad yang juga dibawah perlaburan Khazanah Nasional.

"Apa yang berlaku ialah kita bakal membentuk satu lagi perjanjian seperti perjanjian air dengan Singapura yang jelas amat berat sebelah dan menggadaikan kedaulatan negara," jelas CheGuBard.

Hsien Loong kemudiannya melakukan lawatan balas ke Malaysia sebulan selepas kunjungan Najib ke Singapura.

"Semua ini mengarut dan tak masuk akal. Selepas pengumuman di Singapura , banyak bantahan kedengaran di Malaysia. Namun Perdana Menteri Singapura hadir pula ke Kuala Lumpur seolah ‘mengingatkan’ Najib mengenai sesuatu agar Najib terus mempertegaskan persetujuan Malaysia dengan keputusan berat sebelah yang dipersetujui di Singapura.

"Seolah seperti ada sesuatu yang mengikat Najib untuk akur walaupun ia jelas merugikan negara. Dari aspek politik juga Najib jelas akan rugi kerana suara bantahan yang keras sudah mula kedengaran. Namun Najib seolah terpaksa meneruskan.

"Adakah Najib diugut dalam mempersetujui perjanjian ini? Adakah ‘perisik’ Singapura telah mengumpulkan rekod tersebut? Adakah rekod tersebut digunakan untuk mengugut Najib dalam akur dan bersetuju dalam satu lagi penggadaian hak dan kedaulatan negara?," soal beliau dengan tegas.

CheGuBard mendesak agar Najib tampil dan berterus terang kepada rakyat Malaysia.

Kata beliau lagi, jika benar Perdana Menteri diugut oleh badan perisikan Singapura untuk menyetujui satu perjanjian yang merugikan Malaysia dan menyentuh kedaulatan negara, rakyat Malaysia seharusnya bangkit bersatu menentang usaha tersebut.

"Walau apa pun tuduhan terhadap Perdana Menteri sebelum ini namun jelas mereka mempertahankan kedaulatan negara dan tidak mahu menerima tawaran rundingan Singapura yang jelas berat sebelah.

"Namun baru-baru ini hasil pertemuan tertutup Datuk Seri Najib Tun Razak dengan rakan sejawat di Singapura kononnya telah menyelesaikan beberapa isu tertangguh sekian lama," jelas beliau.

CheGuBard yang juga penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berkata badan bukan kerajaan itu akan menghantar surat terbuka kepada Perdana Menteri mengenai isu ini dan sebanyak 20,000 salinan surat itu akan dicetak dan diedarkan seluruh negara bagi mempertingkatkan pemahaman rakyat agar bangkit mempertahankan kedaulatan Malaysia.

Nota :

Mungkin juga berita ini betul..sebab berdasarkan kepada rekod pertemuan dan perbincangan dengan Sigapura tak pernah ada penyelesaiannya..alih-alih Malaysia juga yang terpaksa mengalah....

Adakah kekalahan Malaysia di tangan Singapura kerana Singapura ada menyimpan rekod pemimpin Malaysia dan bahan ini akan di jadikan sandaran bagi mereka untuk memenangi sesuatu konflik yang timbul...!!!!

Rakyat Malaysia Adalah PEMALAS...!!!



3,000 amah ke M'sia tiap bulan -MKini

Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing (PAPA) membawa masuk antara 2,000 dan 3,000 pembantu rumah warga asing sebulan dari beberapa negara lain bagi memenuhi permintaan majikan di negara ini sejak Indonesia membekukan perkhidmatan itu ke Malaysia setahun lepas.

Presidennya Alwi Bavutty berkata sejak pembekuan pembantu rumah dari Indonesia pada Jun tahun lepas, PAPA mula membawa masuk pembantu rumah dari Kemboja, Vietnam dan Filipina bagi memenuhi permintaan.

Bagi mendapatkan khidmat mereka, beberapa agensi yang menyediakan perkhidmatan pembantu rumah asing Malaysia dibawa ke negara berkenaan untuk melatih calon pembantu rumah dengan kerjasama agensi tempatan sebelum mereka dibawa masuk ke negara ini.

"Kita perlu memastikan mereka berkelayakan sebelum dibawa bekerja ke negara ini," katanya ketika dihubungi Bernama di Kuala Lumpur.
---------------------------------------------------------------
Kah...Kah....RAKYAT MALAYSIA LEBIH RELA MELACUR BANDING UNTUK JADI AMAH...!!!

Kah...Kah....JADI AMAH ADALAH LOW CLASS OLEH RAKYAT MALAYSIA...!!!

Kah...Kah....BERAPA BANYAK DUIT NEGARA YANG TELAH DI PUNGGAH OLEH AMAH...!!!

Kah...Kah...PAKAI AMAH PUN TAK BOLEH SELESAIKAN MASAALAH....!!!

Kah..Kah....BUKAN AMAH YANG JADI MASALAH..TAPI RAKYAT MALAYSIA YANG MEMANG PEMALAS...!!!

Kah...Kah...KALAU TAK DI BENDUNG MAKIN RAMAI RAKYAT MALAYSIA YANG BERKACUKAN INDONESIA...!!!

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH...PENGGUNAAN AMAH DI RUMAH HANYA DAPAT MENYELESAIKAN MASALAH HANYA SEMENTARA SAJA...!!!

Judi Bola : Tak Perlu Berterima Kasih Pada UMNO...!!!


Lesen judi: PKR dakwa keputusan BN sandiwara politikMInsider

Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan keputusan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak meluluskan lesen judi sukan kepada Ascot Sports, syarikat milik jutawan Tan Sri Vincent Tan, sebagai “sandiwara politik” untuk mendapatkan semula kepercayaan rakyat.

Menurut Naib Presidennya, Mustafa Kamil Ayub, terlalu banyak maklumat yang diterima sebelum ini membayangkan bahawa lesen judi sukan itu seakan-akan sudah diluluskan.

“Beberapa maklumat yang diterima sebelum ini membayangkan bahawa lesen judi sukan ini sudah diberikan kepada Ascot Sports.

“Sebagai contoh Dr Mohd Puad Zarkashi (Timbalan Menteri Pelajaran) sebelum ini membantah kelulusan itu seolah-olah lesen itu sudah ada, malah ada yang kata supaya jangan memperbaharuinya.

“Jadi selagi Perdana Menteri belum memberikan penjelasan kita terima bahawa lesen itu sudah diluluskan,” katanya kepada The Malaysian Insider di sini malam ini.
-----------------------------------------------------------
Woittttt......PATUTKAH KITA BERTERIMAKASIH PADA UMNO....???

Kah...Kah....JAWAPANNYA ADALAH TAK PATUT....!!!

Kah...Kah....UMNO YANG LEPAS ANJING...KEMUDIAN TANGKAP SEMULA ANJING TU...NAK BERTERIMA KASIH BUAT APA...???

Kah...kah...UMNO YANG NAKKAN JUDI BOLA..KEMUDIAN BUAT GIMIK UNTUK HARAMKAN JUDI TERSEBUT...!!!

Kah...Kah...INI SEMUA IDEA APCO UNTUK PULIHKAN IMEJ MAT MONGGOL...!!!

Kah..Kah....KITA SEBAGAI RAKYAT ..JANGAN JADI BANGANG...!!!

Kah...Kah...BIARKAN UMNO DENGAN LABUNYA...JANGAN KITA JADI BODOH...!!!

Kah..Kah....AIMAN TAK KISAH...INI MEMBUKTIKAN BAHAWA SPESIS UMNO SUDAH SAMPAI MASANYA UNTUK DI JADIKAN BAHAN SEJARAH...!!!

MENANTU AYAH MESTI TAK SETUJU...!!!


Jambatan baru: PM akan kaji -MKini

Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata kerajaan akan mengkaji semula rancangan asal pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor.

Bagaimanapun Perdana Menteri tidak mengulas lanjut berhubung perkara itu.

"Akan dikaji," kata Najib kepada pemberita selepas merasmikan Program Mengukuh Wadah Memperkasa Ummah anjuran Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) di Kuantan.

Najib berkata demikian ketika diminta mengulas titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar yang mahu kerajaan mempertimbangkan semula rancangan asal pembinaan jambatan menggantikan Tambak Johor.
-----------------------------------------------------------
Woitttt.....TAK ADA PROJEK LAIN KE NAK FIKIR....!!!

Kah...Kah....BALIK-BALIK PROJEK JAMBATAN...PROJEK BUAT JAMBAN TAK ADA KE...??

Kah...Kah....BERSUSAH PAYAH MENANTU AYAH MELOBI SUPAYA JAMBATAN BENGKOK DI BATALKAN...!!!

Kah...Kah....KALAU IA PUN BUAT LAH JAMBATAN SIBU DULU....!!!

Kah...Kah....JAMBATAN KAT MANEK URAI..DAH SIAP KE BELUM...???

Kah...Kah....JAMBTAN KAT BUKIT KUANG KEMAMAN BILA NAK BUAT...???

Kah...Kah....JAMBTAN TAMBAK JOHOR DAH MUKTAMAD KE..???

Kah...Kah....SIAPKAN DULU JAMBATAN YANG MEMANG DAH JANJI NAK BUAT UNTUK RAKYAT...!!!

Kah...Kah....AIMAN TAK KISAH...JANJI TETAP JANJI...JANGAN HANYA TUNAI JANJI BILA MENANG PILIHANRAYA SAJA..

Pengharaman Judi Bola Bukan Kerana Allah Tapi Kerana Ahli UMNO...!!


Reaksi pembatalan lesen judi sukanMKini

Putrajaya, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan turut bersetuju dengan pandangan Ahmad Zahid berhubung tindakan kerajaan tidak mengeluarkan lesen pertaruhan sukan.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Umno berkata, keputusan itu dibuat bukan hanya disebabkan suara pembangkang, tetapi juga suara akar umbi anggota Umno yang disalurkan ke dalam mesyuarat Majlis Tertinggi parti malam tadi.

"Antara yang dibincangkan dalam mesyuarat malam tadi, termasuklah usul-usul dari Umno cawangan dan bahagian dari seluruh Malaysia yang sudah bersidang, dan sebahagiannya menyatakan ketidaksetujuan dalam perkara ini.

"Kementerian mendengar segalanya, selain daripada peringatan badan bukan kerajaan (NGO) dan lain-lain, lalu mengambil keputusan tersebut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Rowing dan Hari Keluarga Jabatan Perdana Menteri di Kompleks Sukan Air, Putrajaya hari ini.
---------------------------------------------------------------
Kah...Kah...HARAM BUKAN KERANA TAKUTKAN ALLAH..TAPI ATAS PERMINTAAN AHLI UMNO...!!!

Kah..Kah....HARAM BUKAN KERANA TAKUTKAN PEMBANGKANG..TAPI BIMBANG AHLI UMNO BERDEMONSTRASI...!!!

Kah...Kah...HARAM BUKAN KERANA POLITIK...TAPI TAKUT TAK DAPAT UNDI MELAYU...!!!

Kah...Kah...HARAM BUKAN KERA POLITIK...TAPI TAKUT KALAH DALAM PRU 13 NANTI...!!!

Kah...Kah...SEBAB ITU UMNO TAK SETUJU AGAMA DAN POLITIK DI SATUKAN...!!

Kah..Kah....CAKAPLAH SEBAB ORANG MELAYU NAK BIOKOT UMNO...!!!

Kah...Kah...CAKAPLAH KERANA TAKUT RAKYAT BERDEMONSTARSI...!!!

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH...KALAU TAK KERANA POLITIK & TAKUT KALAH DALAM PRU 13 DAH TENTU UMNO DAH HALALKAN LESEN JUDI BOLA...!!!

Selamat Pulang Sang Perwira....!!!


Enjin pesawat F-5E yang hilang sudah dibawa pulang -MKini

Enjin pesawat tempur, F-5E, milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dilaporkan hilang dua tahun lalu sehingga mencetus kontroversi di negara ini sudah dibawa pulang ke tanah air.

Berita Harian Online melaporkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata usaha membawa pulang enjin pesawat tempur berkenaan dari Uruguay ke negara ini dilakukan kerajaan dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail untuk memastikan aset negara kekal berada di Malaysia.

"Saya tidak dapat memberikan tarikh sebenar enjin pesawat berkenaan dibawa pulang ke negara ini, tetapi ia adalah atas usaha daripada Peguam Negara yang pergi secara fizikal ke negara berkenaan (bagi menguruskan proses membawa pulang enjin pesawat berkenaan kembali ke Malaysia)," katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Pengkalan Chepa di Kota Bharu, hari ini.
------------------------------------------------------------
Kah...Kah....SYUKUR..AKHIRNYA PERWIRA NEGARA SELAMAT PULANG KE TANAHAIR...!!!

Kah...Kah....2 TAHUN JADI TEBUSAN..GARA-GARA PERBUATAN SI KAMBING HITAM...!!!

Kah...Kah....BERITAHULAH PEKARA SEBENAR MACAMANA KAMU DI CULIK OLEH PIHAK MUSUH...!!

Kah...Kah....BERITAHU SEMUA RAKYAT..SIAPA DAN BERAPA RAMAI YANG TERLIBAT...!!!

Kah..Kah.....BERITAHULAH SEKALIAN RAKYAT...ADAKAH KAMU DI CURI ATAU SENGAJA DI JUAL...!!!

Kah..Kah....AIMAN TAK KISAH...DI AKHIRAT KELAK TAIADA APA YANG DAPAT DI SEMBUNYIKAN..SEMUA BENDA AKAN MENJADI SAKSI..!!