Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Apr 18, 2012

Jika Pilihanraya Boleh Merubah Apa-Apa.....Dah Lama Ia Di Haramkan....!!


SPR enggan buang 40000 pengundi meragukan-Keadilandaily

KUALA LUMPUR 18 April: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata SPR enggan membuang lebih 40,000 nama meragukan dalam daftar pemilihnya atas alasan tidak dapat mengenalpasti status mereka.

“SPR enggan membuang kesemua nama meragukan atas alasan peguam mereka menasihatkan sedemikian dan suruhanjaya itu juga memberi alasan tidak dapat mengenal pasti status pengundi-pengundi itu samada sudah meninggal dunia atau masih hidup,” katanya kepada KeadilanDaily.

“Saya melihat SPR tidak melakukan apa-apa pembaharuan berhubung desakan rakyat agar melakukan penambahbaikan termasuk tuntutan pembersihan daftar pemilih.

“Sebab itu himpunan Bersih yang dirancang 28 April ini semakin sangat relevan ekoran sikap SPR ini,” tegasnya.

BERSIH 3.0 Di Seluruh Dunia.....!!


Bersih 3.0 serentak di 47 bandar dan 15 negara-Keadilandaily

KUALA LUMPUR 18 April: Ahli Jawantakuasa Pemandu Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata, himpunan Bersih 3.0 akan diadakan di 47 bandar di 15 buah negara, dan bilangan itu terus bertambah.

Beliau memaklumkan perkara itu pada sidang media di Kelab Sultan Sulaiman, sejurus usai rapat rakyat ’10 Hari Menjelang Bersih 3.0′ semalam.

Katanya lagi, penganjur Bersih 3 di Kuala Lumpur sudah memaklumkan polis akan himpunan itu pada 28 April.

Sementara di Sabah dan Sarawak, pihak polis di sana mengizinkan himpunan berlangsung di kedua-dua tempat itu, kata Maria.

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said pada sidang media sama menyatakan keyakinan perhimpunan Bersih 3.0 yang akan diadakan di seluruh dunia ini akan berjaya menarik lebih daripada 500,000 peserta.

“Ini bukan sekadar gembar-gembur, tapi reaksi masyarakat yang kami terima sebelum ini menjadikan kami berani menyatakan angka ini, dan sudah pasti kita harap lebih lagi,” katanya.

Rapat rakyat ’10 Hari Menjelang Bersih 3.0′ semalam dianjurkan oleh 39 gerakan gerakan anak muda, yang bergabung untuk menunjukkan solidariti bersama rakyat dalam perhimpunan Bersih 3.0.

Ia diadakan untuk mengumpulkan sokongan menjelang perhimpunan itu. Puluhan tokoh Pakatan Rakyat dan NGO memberi ucapan, termasuk Pengerusi Bersih 1.0, Syed Shahir Syed Mahmud, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, dan penulis Hishamuddin Rais.

Pada sidang media sama, Ketua Perhubungan Awam Save Malaysia Stop Lynas, Clement Chin membetulkan tanggapan sesetengah pihak bahawa peserta Himpunan Hijau 3.0 yang diadakan bersama nanti akan mengadakan perarakan.

“Kami berkumpul di perkarangan KLCC dahulu sebelum ke Dataran Merdeka, dan ia bukanlah satu perarakan.

Menjawab soalan wartawan berkenaan kebenaran polis, beliau mengatakan himpunan hijau diadakan bersama Bersih 3.0, maka tidak perlu untuk mendapat kebenaran berasingan.

Himpunan Bersih 3.0 ‘Duduk Bantah’ akan diadakan pada 28 April ini di Dataran Merdeka bermula jam 2 petang. Ia diadakan untuk mendesak kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) membersihkan sistem pilihan raya sebelum pilihan raya umum ke-13.

MB Selangor Sedia Menghadap Yang Di-Pertuan Agong Perjelas Kedudukan Sebenar


Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-14, Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah di Balairong Seri, Istana Negara pada 11 April lalu telah berlangsung dengan penuh adat istiadat.

Semua jemputan yang menghadiri istiadat itu hadir dengan penuh hormat takzim ke bawah Duli Tuanku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang menjadi tempat berpayung seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan ideologi politik.

Selaku Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan Dato' Menteri Besar Selangor, saya berpeluang menghadiri dua acara utama iaitu Istiadat Pertabalan dan Majlis Santapan Diraja yang kedua-duanya berlangsung di Istana Negara.

Saya secara peribadi telah mengenali Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sulta Badlishah, sebelum saya dilantik ke jawatan Dato' Menteri Besar Selangor. Duli Tuanku sangat terkenal dengan sikap merendah diri, mudah mesra dan mengambil berat hal ehwal rakyat jelata.

Berhubung dengan isu yang dibangkitkan melibatkan pemimpin dalam Pakatan Rakyat yang turut hadir pada Istiadat Pertabalan itu hanyalah isu remeh yang sengaja diperbesar bagi tujuan politik. Ia tidak sepatutnya dibangkitkan tatkala rakyat sedang bergembira meraikan Pertabalan Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong yang baharu.

Oleh itu, jika ada keperluan, saya dengan hormat takzim menawarkan kesediaan untuk menghadap Seri Paduka Baginda Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah bagi memperjelas kedudukan sebenar ke bawah Duli Tuanku.

TAN SRI DATO' SERI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM
DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

Surat Terbuka Kepada Naib Canselor UTHM


Professor Dato Dr. Mohd Noh Bin Dalimin,
Naib Canselor,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,
86400 Parit Raja, Johor .


Assalamualaikum w.b.t Dato

SUARA MAHASISWA

Saya Muhammad Yasin B. Jamil Mahasiswa UTHM menyatakan hasrat surat ini adalah bertujuan bagi menyatakan beberapa perkara pertamanya mahasiswa hari ini perlu dilayan sebagai insan intelektual bukannya seperti pelajar sekolah.

Terdapat dua ciri utama yang membezakan mahasiswa dengan pelajar sekolah. Pertamanya, ialah perbezaan umur di mana rata-ratanya setiap mahasiswa/I berumur 18 tahun ke atas. Keduanya, universiti berperanan sebagai tempat melahirkan intelektual.Sewajarnya mahasiswa diberikan peluang dan kebebasan untuk melatih diri dengan kemahiran insaniah melalui pencapahan ilmu dalam pelbagai bidang termasuklah dari segi politik.Mahasiswa pemacu masa depan negara.

Oleh itu, sebagai seorang intelektual mereka perlu diberi ruang kebebasan berfikir dan mencari kebenaran berasaskan ilmu. Maka mahasiswa harus diberi ruang memilih apa yang mereka sukai. Maka dalam hal ini soal kebebasan adalah perlu bagi seseorang mahasiswa supaya mereka bebas menentukan apa yang mereka mahukan.

Malangnya, buat pengetahuan tuan masih terdapat dalam pengurusan mahasiswa beranggapan bahawa mahasiswa tidak banyak beza dengan pelajar sekolah dan ini adalah satu tanggapan yang salah.

Oleh yang demikian, seiring dengan perubahan yang bakal dilaksanakan adalah perlu kita melihat sendiri apa sebenarnya yang diinginkan oleh mahasiswa dari kacamata seorang mahasiswa dan tidak lagi bergantung kepada metodologi yang rigid sebagai garis panduan dalam mengawal perkembangan mahasiswa. SELAIN DARIPADA ITU, MAHASISWA/I ADALAH PENENTU MASA HADAPAN KERANA MEREKA ADALAH BAKAL PEMIMPIN NEGARA. JADI SEHARUSNYA HAK KEBEBASAN BERSUARA PERLU DIBERIKAN KEPADA MAHSISWA/I.

BIOKRASI PENTADBIRAN

Tambahan lagi, pihak pentadbiran universiti melaksanakan birokrasi yang melampau sehingga menyusahkan mahasiswa/i. Seharusnya pihak pentadbiran melaksanakan sistem berkonsepkan kesederhanaan seperti sabda Rasulullah s.a.w “ Sebaik-baik pekerjaan itu adalah pertengahan”.

Mahasiswa hari ini mempunyai banyak tanggungjawab, tetapi disebabkan perkara biokrasi yang terlalu menekan mahasiswa UTHM. Khususnya HEP dalam meluluskan program dan aktiviti mahasiswa.

KEPENTINGAN POLITIK

Sepanjang saya mengikuti kuliah di UTHM terdapat pelbagai unsur politik di bawa ke dalam UTHM antaranya Ceramah Kempen Barisan Nasional Dato Maslan sempena International Youth Day (UNESCO) pada 18 Nov 2011 yang lalu. Di mana, mahasiswa 2 Kolej Kediaman Tun Fatimah dan Tun Dr Ismail di matikan lampu dan dipaksa untuk menghadiri ceramah tersebut.

Dalam ceramah tersebut pula bukan dihidangkan tentang soal akademik tetapi ceramah kempen politik Barisan Nasional.Mahasiswa ketika itu menghadapi minggu ujian , dan dalam keadaan dipaksa dan ditipu mereka perlu terima. Harap Dato tidak lagi mengulangi perkara ini dan minta maaf secara terbuka kepada mereka yang terlibat serta menarik balik dakwaan ke atas 3 mahasiswa yang disabit kesalahan atas penyebaran video di Youtube bertajuk Mahasiswa UTHM bantah kempen politik melalui program Universiti.

Selain itu, pelancaran Kempen Barisan Nasional Polley Agent & Counting Agent(PACA) yang diadakan di Dewan Terbuka Ibrahim Ismail yang lalu juga telah menunjukkan fasiliti awam untuk mahasiswa digunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan tertentu. Di samping itu, saya merasa amat kecewa tindakan Dato Naib Canselor berada dalam Televisyen 1 menjadi salah seorang panel ketika persidangan UMNO berlangsung.Saya tidak pasti apa jawatan yang Dato sandang dalam UMNO. Gambar ini sebagai bukti:

HIBURAN MELAMPAU

Sepanjang saya belajar di UTHM ini, pelbagai juga hiburan melampau menjadi PERKARA WAJIB TIAP TAHUN antaranya Konsert Born For Nature pada Konvokesyen tahun 2010 yang mengundang perkara negatif dari pelbagai pihak dan ada pengunjung membawa minuman keras ke dalam Konsert tersebut. Ini sama sekali tidak selari dengan Universiti yang sepatutnya menjadikan UTHM ini sebagai gudang ilmu.

Di samping itu, sesi Konvokesyen 2011 yang lalu jugak dihidangkan Battle Of The Band dan Konsert Rock yang menampilkan artis yang membuka baju. Kawasan yang dibuat berhadapan dengan Masjid Baru UTHM dan ramai masyarakat luar yang membuat aduan keburukan program hiburan ini.Banyak lagi program hiburan melampau tertutup mahupun terbuka, cukup sekadar 2 program ini menjadi tumpuan saya.. Dan saya harap Dato jika sayangkan agama, anak bangsa dan universiti tercinta ini tidak melakukan lagi perkara ini.

Dato , mungkin surat ini akan sampai kepada pengetahuan Dato’ , mungkin juga tidak. Kiranya ia sampai ke pengetahuan Dato’, saya dahulukan dengan permohonan maaf, kerana mungkin ada kesilapan saya. Maklumlah, saya hanya seorang mahasiswa, mungkin ada silap dan salah pada gerak langkahnya. Saya juga berterima kasih, iyalah, orang sesibuk Dato’ meluangkan masa untuk mengambil perhatian pada surat saya ini, itu adalah satu penghormatan buat mahasiswa seperti saya.

Namun Dato’, kiranya ada pada surat ini, ataupun tindakan-tindakan seperti saya ini yang mungkin lantang menyatakan pendirian, hingga mungkin Dato’ Seri terguris hati, saya memohon maaf untuk itu.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Muhammad Yasin B. Jamil

Sekali Lagi 1 Malaysia Kena Kencing....!!


Pasport ditahan tetapi Pengerusi NFC masih ke luar negara-Keadilandaily

KUALA LUMPUR 17 April: Pengerusi National Feedlot Corporation (NFC), Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail yang masih bebas ke luar negara untuk tujuan perniagaan membuktikan operasi syarikat itu masih berjalan seperti biasa.

Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata, ia bercanggah dengan dakwaan kerajaan Umno-BN projek itu telah ditender semula kepada syarikat lain dan akaun syarikat dibekukan sementara bagi membolehkan siasatan dilakukan.

“Pada 27 Mac 2012, Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa projek ini telah ditender semula dan akaun NFC dibekukan. Oleh itu, mengapa Pengerusi NFC bebas ke luar negara termasuk ke Singapura dan Kazakhtan atas alasan urusan perniagaan? Adakah operasi perniagaan NFC berjalan seperti biasa?” soalnya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

13 April lalu, Mohamad Salleh, yang didakwa pecah amanah membabitkan RM49.7 juta dan pertuduhan mengikut Akta Syarikat, berjaya memperoleh pasportnya bagi membolehkannya selaku pengerusi eksekutif NFCorp dan pengarah serta ‘signatory’ Syarikat Meatworks (Singapura) Pte Ltd menjalankan tugas rasmi ke luar negara.

Mohamad Salleh akan ke Singapura pada 23 April hingga 26 April untuk memastikan perniagaan di sana berjalan lancar, mengerjakan umrah pada 28 April hingga 5 Mei, mengadakan lawatan ke Kazakhstan untuk mencari lokasi baru membuka ladang baru pada 5 Mei hingga 11 Mei dan ke London pada 11 Mei hingga 15 Mei bagi melawat anaknya di sana.

Pasport itu akan dikembalikan semula kepada mahkamah pada 16 Mei ini iaitu 48 jam selepas kembali ke tanah air.

Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang mendesak, kerajaan bertanggungjawab atas segala pembohongan mengenai pembekuan operasi NFC.

“Saya mendesak agar Perdana Menteri dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bertanggung jawab kepada persoalan ini. Walaupun kes ini masih dalam perbicaraan mahkamah namun kerajaan harsu bertanggung jawab memastikan kes penyelewengan dana awam ini diselesaikan dengan adil dan bijaksana,” katanya.

Ahli PAS Wajib Ada Akaun Muka Buku ( Facebook )....!!!


Revolusi Facebook Semarak Kebangkitan Anak Muda.

1. Karamah [ kemuliaan ] sebuah perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan keadilan yang menepati manhaj perjuangan Islam ialah pertolongan Allah swt yang tidak pernah putus. Biarpun ia cuba disekat oleh musuhnya dari segenap arah, namun senantiasa ada lorong yang membawa perjuangan ini ke mercu jaya melepasi segala halangan yang dirintang.

2. Malaysia antara sebuah negara pengamal "demokrasi songsang" apabila kerajaan yang memerintah mengongkong dan menguasai media tanpa memberi laluan seimbang kepada parti bukan kerajaan untuk menyampaikan maklumat atau risalah perjuangan menerusi media arus perdana, samaada cetak atau elektronik.

3. Dunia maklumat menjadi sempit dan terhad. Masih segar dalam ingatan saya bagaimana seketika dulu, rutin ceramah PAS akan di adakan padang awam atau kawasan penempatan. Sementara tidak banyak cawangan PAS yang mempunyai markaz atau Pusat Tarbiyah sendiri. Seringkali PAS menganjurkan ceramah atau rapat umumnya di kawasan awam dan terbuka.

4. Malangnya selepas itu, pemerintah mengeluarkan pekeliling bahawa PAS tidak boleh mengadakan ceramah dikawasan awam tanpa permit kecuali di markaz atau kawasan persendirian. Akhirnya kita boleh lihat sendiri hari ini, bahawa hampir tiada cawangan dan kawasan PAS yang tiada markaz atau pusat tarbiyahnya sendiri dalam keadaan PAS bukan parti pemerintah kecuali hanya di Kelantan sebelum daripada ini. Fenomena ini adalah salah satu daripada karamah perjuangan .

5. PAS terus bergerak aktif melalui penganjuran pelbagai aktiviti luaran dan dalaman di markaz atau pusat tarbiyahnya, biarpun tidak lagi dibenarkan penganjuran di kawasan terbuka. Lebih menarik apabila perkembangan ini secara tidak langsung mendekatkan PAS dan aktiviti markaznya kepada masyarakat awam. Orang ramai yang ingin tahu mengenai PAS terpaksa datang sendiri ke markaz dan pusat tarbiyahnya setelah PAS dikekang dan ditohmah dari segenap arah. Ini satu lagi karamah perjuangan.

6. PAS juga disekat suaranya melalui media sebagaimana parti bukan kerajaan yang lain. Hanya berpada dengan Harakah yang terbitannya terhad kepada ahli sahaja untuk hanya 2 kali seminggu berbanding parti pemerintah yang boleh menguasai segala jenis chanel di televisyen dan radio. Pula menguasai pelbagai jenis akhbar cetak. Siang malam, pimpinan dan aktivis parti terpaksa bersengkang serta mengurangkan waktu rehat dan tidur bagi memikirkan jalan keluar agar maklumat semasa dan risalah perjuangan ini dapat menembusi setiap pintu rumah dan hati rakyat.

7. Sebagaimana yang telah saya tegaskan tadi bahawa perjuangan suci ini, selama ia berlandaskan syariat Allah swt. nescaya senantiasa ada pertolongan Allah swt lalu membuka jalan keluar dari segala bentuk kekangan. Era ini Allah swt menghantar teknologi kepada kita. Antaranya ialah jaringan sosial yang terkenal iaitu facebook. Ia juga sebahagian dari karamah perjuangan.

8. Pengguna Facebook di Malaysia kini mencecah hampir 12 juta orang, dengan kadar penembusan 69.91 peratus pengguna internet. Laman socialbakers.com melaporkan, Malaysia kini berada di tangga ke-17 pengguna Facebook paling ramai di dunia. 53 peratus adalah pengguna lelaki dan 47 peratus pula wanita. Rata - rata dari kalangan mereka ialah anak muda.

9. Terdapat penambahan 200 ribu account baru setiap hari. Lebih dari 25 juta pengguna dari seluruh dunia yang aktif menggunakan Facebook setiap hari. Rata-rata pengguna menghabiskan waktu sekitar 19 minit setiap hari untuk melakukan pelbagai aktiviti di Facebook. Realiti ini meluaskan lagi potensi ziarah dan dakwah di talian cyber.

10. Memanafaat kekuatan medium facebook yang mempunyai jumlah pengguna berdaftar lebih 200 juta di seluruh dunia ini lah, gerakan perubahan dan pengislahan meletus sebagai satu gelombang besar yang melanda negara Arab dan akhirnya menjatuhkan regim Ali Zainal Abidin di Tunisia, Husni Mubarak di Mesir, Muammar Ghadaffi di Libya. Kini facebook mencetus fenomena serupa di Syria yang menyemarakkan kebangkitan rakyat tertindas sejak puluhan tahun yang lalu.

11. Rangkaian sosial yang popular seperti facebook ini telah mengatasi populariti rangkaian My Space. Saya melihatnya dari aspek positif tanpa menafikan sebahagian manusia gagal manafaatkan facebook untuk kebaikan. Samaada mereka buta teknologi atau kerana mereka mengurus teknologi dengan nafsu dan syahwat bukan wahyu dan aqal.

12. Facebook boleh menjadi medium perjuangan yang baru selepas medium ceramah sekian lama menjadi aktiviti tradisi kita menyampaikan maklumat. Justeru itu, saya menegaskan bahawa menjadi satu ke"wajib"an bagi setiap anggota parti samaada pimpinan atau ahli biasa untuk memiliki sekurang - kurangnya satu akaun facebook yang aktif.

13. Setiap anggota parti mesti celik facebook atau twitter dan sebagainya, justeru kita hidup di zaman teknologi maklumat. Bukan sahaja kita tidak boleh memusuhinya malah kita mesti menangani dan menguasainya. Langkah bijak ialah seorang ahli satu facebook yang aktif.

14. Buka dan miliki akaun facebook, kemudian aktifkannya dengan ilmu yang benar dan maklumat yang tepat. Jauhkan fitnah dan maki hamun, sebaliknya tampilkan fakta dan figur serta perbahasan yang mudah dan jelas. Kuasai bahasa anak muda kemudian bimbing mereka dengan ilmu dan maklumat yang betul berpandukan petunjuk Rabbul Izzati.

15. Saya jangkakan revolusi facebook bakal tercetus mendepani pilihanraya umum akan datang dan anak muda adalah penggerak serta pemangkin kepada revolusi tersebut. Menyedari perkembangan penting ini, saya meletakkan para alim ulama' , cendikiawan dan intelektual di senarai paling atas yang "wajib" menjadi aktivis facebook sebagai facebookers yang istiqamah dan berhikmah. Pimpin dan bimbing anak muda menuju cita - cita perubahan agar gelombang perubahan ini terarah dan tidak melewati batas akhlak pula gelincir dari sempadan moral.

16. Sebagaimana cabaran dan rintangan [ tribulasi ] yang kita hadapi sewaktu mengurus perjuangan di dunia ini , maka begitulah mehnah [ ragam ] dan ibtila' [ ujian ] serupa yang terpaksa kita depani di arena facebook. Jika dipentas perjuangan ini kita berdepan dengan pemuda tahan lasak, samseng politik, FRU, SB dan lainnya, maka tidak kurangnya di arena facebook kita berdepan cybertrooper, penyamar 1001 wajah, pengganas moral, pengacau, hackers dan lainnya.

17. Mulakan dengan bismillah, sertai medium baru ini dan sabar depani segala karenah serta tabah menyerap segala cabarannya.

Nasrudin bun Hassan at Tantawi
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia."

Marilah Kita Buat Perubahan....!!


"Intai hamba sementara nampak
jangan kelak rindu rinduan
apa yang berlaku jangan tak nampak
kelak hidup tidak keruan

Raja adil raja disembah
raja zalim raja disanggah
hamba merayu di bumi berkah
ayuh rakyat cepat berubah

Kata tua lenguh belikat
kata muda akal cerdas
indeks rasuah masih meningkat
media pula tidak bebas

Adat bertemu bertanya khabar
adat bertamu berkirim bekal
maruah negara kian tercalar
demokrasi kabur di bumi glokal

Melafaz cinta di menara Taj Mahal
kasih sayang bertaut erat
keperluan asas semakin mahal
kos hidup terus menghambat

jauh berjalan banyak pengalaman
luas pandangan bijak perhitungan
negara berkebajikan satu tawaran
untuk rakyat buat pertimbangan

khabar indah berbanding rupa
penglipur lara mengubat resah
PRU 13 jangan dilupa
peluang rakyat untuk berubah

Kayuh basikal keliling negara
Jelajah Orang Muda untuk Perubahan
insan berakal sayang negara
tidak mungkin dibiar tanpa perubahan.

Hujan emas di negeri orang
tanah lombong tidak bertuan
ajak berubah bukan berperang
ayuh semua sahut seruan

Hasil nukilan :

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia"