Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير

May 27, 2011

Terima Kasih Kepada Kerajaan 1 Malaysia...!!


K'jaan luluskan kenaikan tarif elektrik - MK

Majlis Ekonomi Negara (NEC) hari ini meluluskan kenaikan dalam tarif elektrik tetapi butirannya hanya akan diumumkan Isnin depan.

NEC yang bermesyuarat di Putrajaya hari ini dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan dihadiri oleh beberapa anggota jemaah menteri.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin dijadualkan mengadakan sidang media pada jam 4 petang Isnin bagi membuat pengumuman rasmi.

Sejak beberapa minggu lalu, anggota jemaah menteri berulang-kali mengingatkan rakyat supaya bersedia menghadapi kenaikan tarif elektrik dalam usaha kerajaan mengurangkan subsidi negara.

Pada Rabu lalu, kabinet menangguhkan keputusan untuk menaikkan harga bahan api kerana bimbang tindakan itu akan menimbulkan kemarahan rakyat.

Sepanjang 18 bulan lalu, kerajaan telah meningkatkan harga gula lebih 58 peratus dan membenarkan harga petrol RON97 mencatatkan paras tertingginya pada RM2.90 seliter.

Bertolong-Tolonglah Dalam Perkara Kebaikkan...!!

Tugas Saya Bantu Pakatan Ke Putrajaya - Bob Lokman - HD

BUKIT MERTAJAM, 27 Mei: Penulis lirik, pencipta lagu dan pelakun Bob Lokman memberitahu, tugas beliau kini adalah membantu Pakatan Rakyat khasnya PAS ke Putrajaya.

"Kini saya sudah sedar daripada lamunan kerana dunia hiburan banyak melalaikan.

"Tugas saya kini berceramah, membantu Pakatan Rakyat agar lebih berketrampilan dalam usaha mengejar impian ke Putrajaya," beritahu Bob Lokman (gambar) ketika berpidato pada majlis anjuran PAS Permatang Pauh di belakang Sekalah Agama Al Masriyah, Bukit Mertajam semalam.

Bob Lokman menyertai PAS tidak lama dahulu dan kini aktif bersama program PAS bagi membantu parti Islam itu agar lebih berketerampilan dalam menyampaikan mesejnya kepada masyarakat.

"Islam yang digerakkan oleh PAS juga tidak mengharamkan lagu bahkan mengalakkan lagu-lagu ketuhanan dengan irama yang berbagai agar anak muda tidak terpesong akidah atau lalai dengan gerak geri penyanyi luar, " jelas beliau.

Beliau berceramah dipentas bersama Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu dan Yang DiPertua PAS Permatang Pauh, Haji Omar Hasan.

Dalam pada itu, beliau juga meminta Jabatan Agama Islam memantau lirik-lirik lagu yang dinyanyikan penyanyi agar ia tidak terpesong dari aqidah Islam.

Mereka di saran berperanan lebih aktif menilai dan mengkaji semua senikata lagu supaya tidak timbul masalah pemesongan akidah.

Ia perlu kerana semasa peminat menghayatinya sebagai hiburan ia boleh menggugat akidah, kata bekas penilis lirik, pencipta lagu dan pelakun itu.

Kadang-kadang, kata beliau, pencipta lagu dan lirik, ketika mendapat ilham terus sahaja mencatat tanpa berteraskan syariat yang dibenarkan asalkan penyusunan ayatnya bernas di tambah pula melodinya yang boleh mengkhayalkan pendengar.

"Bukan bermakna tidak boleh mencipta lagu asalkan penciptaanya tidak menyalahi Islam. Saya bercakap bukan untuk orang lain tetapi untuk diri saya sendiri yang pernah melalui era kegemilangan menerusi lagu Taman Rashidah Utama nyanyian Kumpulan Rock Wings dan Isabella nyanyian Search, " jelasnya.

Baginya, sekaranglah masa terbaik untuk dirinya meluangkan masa kepada Islam sebab dulu terlalu sibuk mengejar dunia semata-mata kerana duit.

Keluar dari alam glomour bukan mudah tambahan lagi aktif bersama PAS berceramah sana sini dengan tujuan menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang zalim terhadap rakyat bawahan, kata beliau.

Hancurlah Impian Anak-Anak Muda....!!




NOTA:

hancur lebur
tersungkur pecah berderai derai
angan angan berahi nak jadi tuan diplomat

tak kan tak ada kerja di tempat lain?

jangan lupa lebih dari 80% tenaga kerja
bersangkutan dengan kerajaan
majikan yang terbesar dalam dunnia ini ialah kerajaan

terperanjat?

sama ada di amerika
sama ada di peranchis
sama ada di mesir
sama ada di china

sama ada kapitalis
sama ada sosialis
majikan terbesar masih kerajaaan

9 Julai Adalah Hari Untuk Orang Muda....!!


HIMPUNAN BERSIH PADA 9 JULAI SEBELUM PRU 13 – suara keadilan

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil menetapkan tarikh ‘Perhimpunan Rakyat’ pada hari Sabtu, 9 Julai 2011.

Ia merupakan perhimpunan dan perarakan kedua selepas Bersih berjaya menganjurkan himpunan besar-besaran pada 10 November 2007, bertujuan menuntut kerajaan mengadakan pilihan raya yang lebih bersih dan adil.

Namun pengerusinya, Ambiga Sreenevasan berkata, Bersih akan memaklumkan sekiranya berlaku pindaan berikutan desas-desus mengatakan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan pada bulan yang sama dengan tarikh perarakan tersebut.

“Perkara itu menjadi perhatian utama kami sekiranya benar-benar berlaku. Tetapi sehingga hari ini, kita masih lagi mengekalkan tarikh yang sama, iaitu 9 Julai,” katanya pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur, hari ini.

NOTA:

anak anak muda bersedia
anak anak muda bersedia
9 julai adalah hari anak muda

siapa yang nak cuti lamar cuti dari sekarang
siapa yang nak kahwin sila kawin sekarang
siapa yang nak bersunat sila bersunat sekarang

siapa tak ada duit cari kerja dari sekarang
siapa ada duit simpan dari sekarang
semua perlu datang ke kuala lumpur
kerana 9 julai ialah hari anak muda!

Pusing Punya Pusing...Sabrani Mati Kerana Bunuh Diri...!!


MP GESA POLIS JELASKAN SEBAB KEMATIAN SARBANI – MK

Ahli parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad hari ini menggesa polis mengemukakan penjelasan lanjut berhubung sebab kematian pegawai kanan kastam Ahmad Sarbani Mohamed bagi mengelakkan kesangsian bahawa isu berkenaan cuba ditutup.

"Semua orang masih tidak puas hati dengan penjelasan (polis). Bagaimana (Sarbaini) pergi ke SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dengan rela hati untuk berjumpa pegawai penyiasat, tiba-tiba ditemui mati," kata Khalid.

Jelasnya, kesangsian itu timbul memandangkan polis setakat ini hanya menjelaskan bahawa "Sarbaini tidak dibunuh" dan "mati mengejut."

"Banyak lagi persoalan yang pihak polis tidak jawab. Saya nak pertikaikan mengapa dia susah payah (ke SPRM) kalau dia hendak bunuh diri.

"Polis mesti jelaskan apa yang (Sarbaini) hendak ceritakan kepada SPRM sehingga membawa kepada kematiannya," kata Khalid lagi dalam satu sidang media di pejabatnya hari ini.

Jelasnya, isu berkenaan perlu dijelaskan memandangkan balu Sarbaini sendiri telah membuat satu laporan polis berhubung kes kematian itu, berdasarkan satu perbualan dengan salah seorang pegawai kanan SPRM.

NOTA:

apa sudah jadi?
berapa lama mahu tunggu?
berapa kali nak main sandiwara
polis hantar laporan laporan pada peguam negara
hakim negara hantar pada polis
polis hantar pada hospital
hospital hantar pada polis
polis hantar pada peguam negara
hakiam negara hantar sekali lagi pada polis
polis hantar kah kah kah

woit… berapa kali mahu pusing pusing da...
kah kah kah

Dua-Dua Adalah Badut...!!


IBRAHIM: SIAPA BADUT SEBENAR, NAZRI? – MK

Presiden kumpulan pendesak Melayu, PERKASA Ibrahim Ali mahu rakyat, khususnya masyarakat Melayu Islam menentukan siapa 'badut' sebenarnya?

Ibrahim merujuk kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Abdul Aziz yang dua hari lalu melabelkan beliau sebagai seorang badut dan ucapannya yang berapi-api hanya merupakan retorik dan bersifat kosong.

“Biar saya ingatkan pada 1987 semasa Operasi Lalang saya menetap di tanah air dan ditangkap di bawah ISA. Kawan saya, Datuk Nazri lari ke Jakarta dan tidak berani pulang sehingga semuanya selamat.

“Bagi saya 1987 adalah kali kedua saya ditahan kerana mempertahankan isu ketuanan Melayu. Kali pertama saya ditahan daripada 1974 hingga 1976 selama 26 bulan kerana memperjuangkan masalah kemiskinan masyarakat Baling dan menuntut ITM dinaikkan taraf kepada UiTM.

“Jika saya berani membiarkan diri ditangkap dua kali, jadi siapa sebenarnya badut? Ramai badut yang melarikan diri selepas hanya tahu cakap besar dan mulut luas,” katanya dalam satu kenyataan menerusi sms.

Nota:

ada lah lebih senang untuk memilih
sotong jantan atau sotong betina
dari memilih siapa diantara dua malaon ini
yang wajib dinobatkan sebagai sang badut negara