Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير

Aug 14, 2011

Jangan Maroh Deh....!!

Giliran PERKASA Tibai Najib...!!


Perkasa beri Putrajaya kata dua jika gagal hukum Anwar, Ambiga, DAP - MI

KUALA LUMPUR, 14 Ogos — Perkasa hari ini mengugut akan “melakukan sesuatu” terhadap kerajaan jika gagal mengambil tindakan berhubung tiga perkara tertunggak — perhimpunan Bersih 2.0, video seks didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan “konspirasi Kristian” DAP.

Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata ahli-ahlinya sudah hilang keyakinan ke atas pentadbiran Najib sambil mendakwa Putrajaya gagal mempertahankan keluhuran undang-undang.

“Ini keputusan kami hari ini,” kata beliau pada sidang media sempena majlis berbuka puasa Perkasa di Kelab Sultan Sulaiman di sini.

“Jika tiada tindakan diambil berhubung tiga isu ini dalam waktu tertentu, kami akan melakukan sesuatu,” kata beliau sambil menambah, kelewatan keadilan bermakna keadilan dinafikan.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini tidak menjelaskan tindakan mereka jika gesaan pihaknya tidak menemui hasil atau dipenuhi.

Katanya, Perkasa “sangat bersabar” meskipun berhadapan dengan penghinaan daripada pihak lain khususnya berhubung perhimpunan Bersih 2.0.

“Kami dipanggil pengecut kerana tidak meneruskan perarakan kami apabila kami menghormati undang-undang dan nasihat Yang di-Pertuan Agong,” selar Ibrahim.

Pada awalnya Perkasa merancang untuk mengadakan perhimpunan balas pada 9 Julai lalu, hari Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan menuntut pilihan raya bebas dan adil.

“Jadi sekarang, jika kerajaan tidak mengambil tindakan dalam tempoh masa tertentu, kami akan ambil tindakan dan kerajaan tidak harus menyalahkan Perkasa,” katanya.

“Kami diminta untuk menghormati kerajaan dan undang-undang, dan kami melakukan semua itu, tetapi kerajaan tidak responsif,” katanya lagi.

Ibrahim juga mendakwa “majoriti senyap” kemungkinan akan menghukum pentadbiran Najib jika beliau gagal menyelesaikan tiga isu terbabit.

Katanya, satu dunia tahu bahawa Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan yang bertindak secara tidak sah apabila meneruskan perhimpunan 9 Julai.

Katanya, pakar-pakar asing juga merumuskan bahawa 99.99 peratus lelaki dalam rakaman video seks adalah Anwar.

Mengenai konspirasi Kristian yang dibawa oleh Utusan Malaysia, akhbar milik Umno, Ibrahim berkata seorang ahli DAP beragama Islam telah membuat laporan polis dan ia menunjukkan adalah betul.

“Apa lagi kita perlukan? Apa lagi perlu disoal siasat? Ada 4,000 laporan polis ke atas Ambiga, sebagai contoh.

“Kami mahu Peguam Negara teruskan dengan tindakan ke atas isu-isu ini dan sama ada ada kes prima facie, biar mahkamah yang menentukan,” kata Ibrahim.

Kita Kuningkan Hari Raya Aidil Fitri Tahun Ini....!!


Kita kuningkan Hari Raya Aidil Fitri tahun ini dengan semua orang memakai baju raya berwarna kuning. Ini amat penting bagi menggambarkan bahawa rakyat Malaysia menuntut keadilan dan ketelusan Pilihanraya yang masih gagal ditunaikan oleh SPR dan kerajaan Malaysia sehingga kini.

Ayah, emak, anak, cucu, cicit, jiran dan taulan diminta menempah atau membeli baju berwarna kuning. Jadikan KUNING tema majlis hari raya aidil fitri tahun ini.

Kita sampaikan 'signal' ini kepada Najib dan SPR supaya mereka sedar bahawa rakyat akan terus menuntut keadilan dan ketelusan dalam sistem pilihanraya selagi ianya tidak ditunaikan. Kepada yang sudah menempah dan membeli baju raya diharapkan memakai tudung, selendang kuning, songkok kuning atau kopiah berwarna kuning. Atau tukar langsir, sofa, karpet atau apa sahaja kepada warna kuning.


Kepada yang akan mengecat kereta atau yang akan membeli kereta baru belil atau catlah kereta dengan warna kuning. Rumah juga boleh dicat warna kuning. Jangan lupa juga sampul 'angpau' duit raya juga mesti berwarna kuning.

Selamat Tinggal UMNO/BN Buat Selamanya...!!


Bahtera BN sudah sampai ke penghujung jalan, dan sudah tidak keruan. Layarnya sudah putus di terbangkan angin, manakala lantainya sudah banyak yang pecah-pecah. Erti kata lain, ia sudah hampir benar tenggelam.

MCA sudah tinggal nama dan sejarah, sebegitu dengan MIC, Gerakan sudah tidak bergerak lagi, manakala parti serpihan lain, sudah tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja lagi. Kini PPP bergerak mengikut arus kebangkitan rakyat. Yang kononnya nampak kukuh hanyalah UMNO, itupun kerana berada di persada kuasa.

Ternyata benarlah telahan banyak pihak, bahawa parti yang berasaskan kepada perkauman sempit sudah tidak relevan dan ketinggalan zaman. Parti berasaskan bangsa sudah menjadi kuno, lapuk dan tidak diterima rakyat lagi. Rakyat sudah mula mengenali bahawa Malaysia dikongsikan bersama dengan bangsa-bangsa yang lain.

Rakyat hanya mahu melihat Malaysia ditadbir oleh kerajaan yang adil dan saksama untuk semua puak dan kaum. Justeru, yang paling relevan sepanjang zaman sudah tentulah parti yang memperjuangkan keadilan semua pihak. Dan yakinlah, bagi umat Islam, bahawa Islam adalah agama yang paling adil.

Berhijrahlah kepada Pakatan Rakyat yang lebih toleransi kaum dan memperjuangkan keadilan semua pihak. Pakatan Rakyat di negeri-negeri yang diperintah sudah membuktikan bahawa semua kaum mendapat pembelaan yang sewajarnya. Masa ini adalah yang terbaik buat memacu negara ke arah perpaduan dan keadilan kaum seperti di dalam Pakatan Rakyat. Katakan , “Selamat tinggal UMNO, BN, selamanya!”



Bila Bercakap Je...Sah Bangang...!!


APABILA Zahid Hamidi memberi kenyataan yang menyalahkan Kerajaan Negeri P.Pinang di dalam isu menggunakan pembesar suara membaca Al-Quran sebelum waktu Subuh, ternyata menteri ini jahil di dalam menghayati ajaran Islam yang sebenarnya. Kejahilannya bertambah jelas apabila mahu keputusan Majlis Fatwa P.Pinang itu di rujuk terlebih dahulu kepada Yang Di-Pertuan Agong.

Baca di sini...

Zahid Hamidi mendakwa Kerajaan Negeri yang mengarahkan tindakan melarang membaca Al-Quran menggunakan pembesar suara diwaktu Subuh dan menyifatkan Kerajaan Negeri di bawah Lim Guan Eng tidak sensitif terhadap Islam.

Suka kita mengingatkan Zahid Hamidi, kerana sensitif dengan ajaran Islam lah maka Kerajan Negeri P.Pinang menyerahkan kepada Majlis Fatwa untuk membuat keputusan. Adakah Zahid Hamidi menyangka Majlis Fatwa P.Pinang itu terdiri daripada ahli-ahli dari DAP atau ahli-ahli yang jahil agama seperti beliau?

Jika tindakan Kerajaan Negeri P.Pinang yang menguatkuasakan keputusan Majlis fatwa tersebut merupakan satu penghinaan atau tidak sensitif dengan Islam, adakah ini bermakna Negeri Perlis yang sudah lama menguatkuasakan arahan tersebut juga satu tindakan menghina Islam? Islam bukan boleh ditegakkan dengan siapa paling kuat membaca Al-Quran tetapi masih boleh meluluskan lesen judi yang terbesar di Genting. Mengapa ketika setiap kali mahu meluluskan lesen judi tidak pula mahu merujuk kepada Majlis Fatwa Kebangsaan dan Agong?

Mana lebih baik, kerajaan yang melarang penggunaan pembesar suara membaca Al-Quran diwaktu Subuh dengan kerajaan yang meluluskan lesen judi serta mengekalkan Akta ISA yang zalim itu? Zahid Hamidi berkata isu tersebut belum dibuat kajian oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Kita ingin bertanya jika semua negeri mesti menunggu kesemua Fatwa dari Majlis Fatwa Kebangsaan, lebih baik bubarkan sahaja Majlis Fatwa di setiap negeri. Adakah Majlis Fatwa Kebangsaan akan merujuk kitab atau Al-Quran yang berbeza daripada yang dijadikan rujukan oleh Majlis Fatwa Negeri?

Jelas, Zahid Hamidi telah buta matanya terhadap kemungkaran yang lebih besar di depan mata beliau sebaliknya beliau meraba-raba mencari isu lain yang boleh memberi keuntungan politik kepada parti beliau. Zahid Hamidi cuba untuk menonjolkan dirinya sebagai pejuang Islam sedangkan tangan itulah yang redha dengan kegiatan judi dan Akta ISA yang zalim itu. Zahid Hamidi mahu bermain politik dengan isu agama, malangnya beliau teramat jahil untuk memahami hukum Islam.

Beliau khuatir sekiranya tindakan Kerajaan Negeri P.Pinang tersebut akan dituruti oleh negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat. Mengapa perlu khuatir jika negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat mahu mengikuti fatwa dari Kerajaan Negeri P.Pinang? Perkara yang baik memang patut diikuti, bukannya kita mahu mengikuti perkara yang tidak baik. Zahid Hamidi kena faham bahawa Islam akan dapat ditegakkan apabila ajaran yang terkandung di dalam Al-Quran itu dilaksanakan bukan dengan betapa nyaringnya bunyi bacaan Al-Quran itu.

Sekiranya arahan tersebut meliputi arahan melarang menggunakan pembesar suara ketika Azan, itu memang jelas menyalahi hukum dan kita patut bangun menentangnya. Justeru itu, adalah lebih baik Zahid Hamidi belajar Islam dengan lebih mendalam lagi sebelum beliau ingin memberi komen terhadap hukum Islam. Jika tidak, Zahid akan dilihat lebih jahil dari Lim Guan Eng./wfauzdin.blogspot

Akibat Daripada Kurengnya Kasih Sayang...!!


TSU KOON : SIKAP EZAM UGUT MAHU BAKAR MALAYSIAKINI TIDAK BOLEH DI TERIMA - MI

Presiden Gerakan Koh Tsu Koon hari ini menyelar tindakan Ezam Mohd Nor yang mengugut mahu membakar pejabat portal berita The Malaysian Insider dan Malaysiakini yang beliau dakwa sebagai ejen pengkhianat Islam.

Tegas Koh , tindakan Ezam, sangat tidak bertanggungjawab dan tidak boleh diterima.

Beliau juga berkata tindakan Ezam itu terlalu mengikut perasaan apabila mengulas tentang kontroversi “serbuan” ke atas Gereja Methodist Damansara Utama oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 3 Ogos lalu.

“Dalam amalan demoktrasi, Ezam mempunyai hak untuk menyatakan pendirian dalam mempertahankan Islam dan juga melahirkan kebimbangan dengan kegiatan memurtadkan orang Islam yang kini sedang disiasat (Jais).

“Jika beliau mengatakan laporan portal berita ini salah, beliau perlu membahaskan secara jelas, sediakan fakta-fakta dan bukti yang kukuh atau ambil tindakan perundangan,” katanya dalam satu kenyataan.

Koh menambah tindakan membuat ugutan sebegitu tidak menggambarkan sikap seorang senator yang sepatutnya memberikan contoh kepada rakyat.

Nota:

kita cabar mat ezam
kalau mat ezam betul betul pejuang islam
kalau mat ezam betul betul penjihad islam
mat ezam akan akan bawa kepala lembu
kah kah kah

Bersumpah Lagi.....!!


ISU GEREJA: EZAM SUMPAH BAKAR MALAYSIAKINI - MK

Ezam Mohd Noor bersumpah untuk melancarkan "perang habis-habisan" ke atas portal Malaysiakini yang didakwanya sebagai "ejen" kepada "pengkhianat Islam."

"Kita sedia berperang dengan mereka," katanya lagi dalam satu perhimpunan yang diadakan selepas solat Jumaat di masjid negeri Selangor, Shah Alam hari ini.

"Kita akan lancarkan perang habis-habisan jika mereka tidak hentikan dengan ejen mereka -- Malaysiakini, Malaysian Insider -- yang biadap kepada JAIS, kononnya mereka menceroboh masuk gereja.


Perhimpunan itu juga diadakan bagi mempertahankan agama Islam kerana "kita bukan jenis yang sanggup gadai agama Allah untuk undi," kata Ezam.

NOTA:

Biji saga bersepah sepah
tanam sayur berpetak pertak
mat ezam suka bersumpah
mana perginya enam kotak
kah kah kah

Mat ezam telah bersumpah
menafikan yang dia tak terlibat
dalam pengedaran buku di atas
kah kah kah

Mari Kita Ketawa Beramai-Ramai...!!


UMNO JUMPA SPR BINCANG PILIHANRAYA BERSIH HANYA JENAKA- harakah daily

Langkah pimpinan Umno Barisan Nasional untuk mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mewujudkan pilihan raya yang bersih dan adil disifatkan sebagai tidak 'genuine’.

Bahkan Penolong Setiausaha Agung PAS Pusat, Takiyuddin Hassan mendakwa langkah itu sebagai palsu, wayang dan lawak jenaka.

“Apa saja yang dibuat oleh UMNO-BN, bagi saya itu adalah satu ‘wayang’, pada hal apa yang dibuat oleh Umno-BN, kita boleh buktikan, di belakangnya adalah arahan daripada pimpinan Umno-BN itu sendiri.

Nota :

ambo tak de nak royak apo apo
kah kah kah