Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jul 19, 2010

Tuduh PAS Sesat Tapi UMNO Tetap Minat....!!!!


PERANTARA PERBINCANGAN UMNO-PAS DIALAU ALUKAN :TPM - Utusan Malaysia

Muhyiddin Yassin berkata, beliau mengalu-alukan mana-mana pihak yang bersedia untuk menjadi perantara atau orang tengah bagi membantu proses mewujudkan persefahaman di antara UMNO dan Pas.

Dia berkata, ini kerana usaha untuk menyatupadukan orang Melayu dan Bumiputera Islam bukan hanya terletak pada satu badan sahaja.

"Apa pun, saya menghargai kalau ada pihak-pihak yang katanya bersedia sama ada menjadi orang tengah, menjadi fasilitator untuk mempermudahkan usaha-usaha ini.
------------------------------------------------------------------
Woitttt.....ORANG YANG TERBAIK UNTUK JADI PERANTARA IALAH AHLI PEMIKIR...!!!

Kah...Kah...AHLI PEMIKIR YANG TERBAIK DARI UMNO IALAH LOKMAN ADAM.......!!!

Kah...Kah...MEMANG BETUL.... BUKAN TERLETAK PADA SATU BADAN SAHAJA....!!!

Kah...Kah...PASTI KAN ADA SUSUK YANG BERWIBAWA DAN BEJUANG KERANA ISLAM....!!!

Kah...Kah...ORANG NYA TIDAK LAIN DAN TIDAK BUKAN IAITU ZUL NOTRDIN PEJUANG ISLAM YANG ULUNG....!!!

Kah...Kah....AIMAN TAK KISAH....DULU TUDUH PAS SESAT..PECAH BELAH RAKYAT...PELAMPAU...TUP..TUP..NAK AJAK BERSATU....INI YANG PELIK NI...!!!

Kemana Tumpahnya Kuah... Kalau Tak Ke Nasi...!!!


Auto debit PAS pertikai Petronas lantik CIMB bank tunggal-Minsider

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mempersoalkan tindakan Petronas yang memutuskan untuk mewajibkan pengusaha stesen minyaknya di seluruh negara menggunakan sistem auto debit disediakan oleh CIMB sebagai bank tunggal.

Salahuddin berkata berdasarkan pekeliling dikeluarkan baru-baru ini pengusaha stesen minyak dikehendaki menggunakan sistem itu mulai 1 September ini.

Pertronas mempunyai 920 stesen di seluruh negara.

Kami ada menerima aduan daripada wakil penjual Petronas semua pengedar kini dipaksa untuk menggunakan khidmat sistem auto debit yang disediakan oleh CIMB berbanding masa sekarang di mana mereka bebas untuk menggunakan mana-mana bank mengikut keperluan dan keselesaan mereka,kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Sehubungan itu Salahuddin gambar mempersoalkan motif keputusan Petronas Dagangan Berhad yang memutuskan untuk menggunakan hanya CIMB sebagai bank tunggal. Apakah rasional Pertronas untuk melantik CIMB sebagai bank tunggal mengapa CIMB diberikan monopoli dalam urusan ini, kata beliau Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata pihaknya juga hairan kerana meskipun Maybank sebagai syarikat dimiliki oleh Permodalan Nasional Berhad PNB Petronas memutuskan untuk memberikan khidmat auto debit urusan transaksi stesen minyak kepada satu bank tunggal.

Adakah Petronas memutuskan kerana ketua eksekutif kumpulan CIMB adalah adik perdana menteri, katanya.
---------------------------------------------------------------
Kah...Kah.....KALAU CAKAP KRONISME NANTI MARAH PULAK....!!!

Kah....Kah....PETRONAS NAJIB RAZAK...CIMB NAZIR RAZAK....ELOKLAH TU...!!!

Kah...Kah.....HABIS SEMUA HARTA NEGARA NAK DI RAZAKKAN...!!!

Kah..Kah.....INILAH DIA KONSEP... GUA TOLONG LU...LU TOLONG GUA...!!!

Kah...Kah.....KALAU TUN RAZAK MASIH ADA...TENTU DIA AKAN SEBAK...!!!

Kah...kah.....TENGOK KAN GELAGAT DUA EKOR ANAKNYA YANG HAMPIR NAZAK....!!!

Kah...Kah.....SEDIH BILA TENGOK NAMANYA TERPAMPANG KAT BALAI POLIS DI PERANCIS....

Kah...Kah.....AIMAN TAK KISAH....DULU MADEY BANTU ANAKNYA...SEKARANG GILIRAN NAJIB PULAK BANTU ADIKNYA....ITULAH UMNO...PARTI ANAK BERANAK...!!!

Menteri Kangkong Yang Pandai Berbohong....!!!!

Pengeluar, Peniaga Setuju Tidak Naikkan Harga Makanan, Minuman-Mstar

Harga makanan dan minuman yang mengandungi gula di seluruh negara tidak akan dinaikkan, walaupun harga bahan itu naik 25 sen minggu lepas.

Persetujuan itu dicapai dalam pertemuan antara Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan persatuan terlibat, di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, dalam pertemuan itu, lebih 500,000 pengeluar dan peniaga makanan, yang diwakili 34 persatuan komited untuk tidak menaikkan harga makanan dan minuman yang mengandungi gula.

"Saya harap dengan komitmen yang diberikan persatuan pada hari ini akan melegakan pengguna dan mereka boleh melaporkan kepada kementerian jika terdapat sebarang kenaikan," katanya kepada pemberita selepas pertemuan itu.

Antara persatuan yang terlibat ialah Persatuan Pemborong Malaysia, Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM), Kumpulan Pengeluaran Makanan Malaysia (MAFMAG), Persatuan Pengilang-Pengilang Roti Malaysia, Gabungan Persatuan-Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu, Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Primas) dan Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma).

Ismail Sabri berkata, persatuan dan pengeluar makanan itu memahami keperluan kerajaan menstruktur semula subsidi dan mereka sedia menyerap kesan kenaikan harga gula itu kerana ia tidak terlalu tinggi.

Pegawai penguatkuasa dan pemantau kementerian akan sentiasa memantau harga makanan dan minuman bergula di seluruh negara dari semasa ke semasa dan akan mengambil tindakan sewajarnya jika mana-mana pihak didapati menaikkan harga, katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu, Datuk Mohamad Mahmud berkata, beliau menerima langkah kerajaan menaikkan harga gula kerana ia dapat mengelak masalah kekurangan bekalan.

"Daripada kita sukar untuk mendapatkan bekalan, lebih baik kerajaan naikkan harga gula kerana kebanyakan ahli menggunakan gula ini dalam perniagaan masing-masing," katanya.

Beliau berkata, penjelasan juga akan diberi kepada lebih 400,000 anggota persatuan itu supaya mereka tidak menaikkan harga makanan, namun tidak menolak kemungkinan berlaku sedikit penyesuaian dari segi saiz makanan.

Presiden Primas, Datuk R. Ramalingam Pillai berkata, satu edaran akan dibuat kepada lebih 1,300 anggota persatuan itu yang melibatkan lebih 5,000 restoran di seluruh negara untuk memaklumkan mengenai hasil pertemuan hari ini bagi memastikan mereka tidak menaikkan harga makanan dan minuman.

Beliau berkata, walaupun ia akan meningkatkan kos, ia hanya menyebabkan kenaikan yang nominal dan boleh diserap. - BERNAMA
------------------------------------------------------------------
Kah...Kah.....MENTERI KANGKONG MEMANG RENDAH STANDARD......!!!

Kah...Kah.....MENTERI KANGKONG PUN DAH PANDAI NAK BOHONG....!!!

Kah...Kah.....DAHLAH...TAK PAYAH NAK MENGANKONG KAN RAKYAT MALAYSIA LAGI....!!!

Woitttt.......RAKYAT MALAYSIA MEMANG TAK MINAT PADA KANGKONG....!!!

Kah...Kah.....AIMAN TAK KISAH....KALAU PEGI PASAR TANI...KALAU TAK ADA PILIHAN SANGAT BARULAH BELI KANGKONG....SEBAB TAK MINAT....

Ya Allah...Lindungilah Kami dari Kesesatan...


HARRUSANI SEMAKIN CELARU – Harakahdaily

Sekarang sudah terang lagi bersuluh, penghujung hayat seorang mufti yang dahulunya terkenal dengan pelbagai isu seperti murtad, sudah sangat bercelaru dan kabur.

Setiausaha Sekretariat Pakatan Rakyat Negeri Perak, Drs Khalil Idham Lim menyifatkan Harussani Zakaria sudah menjadi pejuang assobiah dan mempertahankan perjuangan Umno yang ‘sesat’.

“Saya sangat terkejut dengan kenyataan Mufti Perak, Harussani Zakaria mahu terus menyatupadukan orang Islam dan Melayu di negara ini walaupun terdapat pihak yang tidak menyenangi usaha murni beliau ini.

“Nampaknya dia semakin bercelaru dan semakin menampakkan usia senjanya yang kurang jelas ke mana halatujunya sebenar,” ujar Khalil di dalam blognya.
-----------------------------------------------------------
Kah...Kah...MUFTI PUN BOLEH SESAT DALAM BELUKAR.....!!!

Woitttt.... SENDIRI SESAT CUKUPLAAA ... !!!

Kah...Kah...JANGAN SESAT KAN ORANG LAIN.....

Woittt......INI SUDAH SESAT LAGI MENYESATKAN.....!!!

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH...UMNO DAH TERDESAK SEKARANG...HERET MUFTI UNTUK SESATKAN UMAT MELAYU....!!!!

Mari Kita Protes...Jangan Diam Saja...!!!



PROTES NAIK HARGA DI LANCAR 28 JULAI - mikini

Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (PROTES) akan melancar kempen bantahan terhadap tindakan kerajaan menaikkan harga petrol, diesel, gula dan gas petroleum cecair (LPG) pada 28 Julai ini.

Pelancaran bantahan tersebut akan berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur.

Penyelaras PROTES, Dr Hatta Ramli berkata dalam mesyuarat hari ini, pihaknya turut membincangkan untuk mengadakan demonstrasi membantah tindakan kerajaan itu.

Bagaimanapun, kata beliau, tarikhnya akan ditentukan dalam mesyuarat yang diadakan pada hari pelancaran kempen tersebut.

Nota:

Semua di jemput hadir...
Sila masukkan dalam jadual...
Jangan lupa malam Rabu ini....
kita sama-sama tibai dan hentam Puak Kerajaan Namrud....
Bagi isteri rosmah susah hati....Kah...Kah...Kah

Dengar Semua Orang Kampung....!!!!


HAPUS CUKAI 5 TAHUN JIKA PAKATAN JADI KERAJAAN – Harakahdaily

Pakatan Rakyat sedia mencari jalan untuk memansuhkan beberapa cukai selama lima tahun sekiranya rakyat sedia memberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak.

Demikian tawaran AJK PAS Pusat yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan,Husam Musa semalam pada suatu majlis Pakatan Rakyat negeri di sini.

"Kalau Pakatan Rakyat dapat ambil alih (kerajaan) Pusat lepas PRU13, cukai pendapatan akan dimansuhkan sepenggal atau sekurang-kurangnya kakitangan kerajaan tak perlu bayar sepenggal," ujar beliau.

Menurut beliau, kepemimpinan Pakatan Rakyat mempunyai formula tersendiri untuk urus tadbir kewangan negara secara adil, dinamik dan tidak membebankan rakyat.
Disebabkan itu, beliau menganggap langkah pentadbiran Najib Razak, menaikkan harga barangan asasi rakyat sebagai tindakan yang tidak bijak serta tidak menguntungkan rakyat.

Katanya lagi, kerajaan sepatutnya mengutamakan keperluan rakyat dengan menangguhkan beberapa projek mega yang nyata menguntungkan pihak tertentu semata-mata.

Tidak cukup dengan itu, beliau turut menganggap pentadbiran Najib bertindak menipu rakyat kerana tidak terlebih dahulu membawa cadangan menaikkan harga minyak RON95, diesel, gula dan petroleum gas cecair (LPG) ke Dewan Rakyat baru-baru ini.

Tambahnya, indakan Najib yang juga Menteri Kewangan I mengumumkan kenaikan harga beberapa barangan tersebut sejurus selesai sidang Dewan Rakyat seolah-olah tidak mengiktiraf kedudukan Dewan Rakyat dalam sistem demokrasi negara.
--------------------------------------------------------------
Kah...kah....INI BARU BETUL NAK BELA RAKYAT....

Kah...Kah....BUKAN SAHAJA CUKAI YANG BOLEH DI GANTUNG .....!!!

Woittttt.....BAYARAN HOSPITAL PUN BOLEH DI BERI PERCUMA.....!!!!

Kah...Kah...BELAJAR DI UNIVERSITI PUN PERCUMA....!!!

Kah...Kah...BUKAN MACAM BN....PENGECUT...NAIKKAN HARGA MINYAK BILA PARLIMEN SELESAI BERSIDANG...!!!

Kah...Kah....KERAJAAN JENIS APA NI...??? PENAKUT MACAM TAK ADA TELOOOOR.....!!!

Woittttt... NAK NAIKKAN HARGA BARANG MACAM MAIN SOROK-SOROK...!!!

Woitttt... SELURUH MALAYSIA SUDAH TAHU... TAK PAYAHLAH NAK SOROK SOROK...!!!

Kah..Kah...AIMAN TAK KISAH...SESUATU PERKARA YANG KERAJAAN NAK BUAT SPATUTNYA KENA BINCANG DULU...BUKAN MAIN SOROK-SOROK...NAMPAK SANGAT PENAKUT...!!!!

Pemimpin Suka Maksiat...Rakyat Habis Jadi Jahat...


Cium Pipi: Tegurlah isteri PM dahulu!

"Seorang artis dikenali sebagai Black ditegur TV3 kerana aksinya mencium pipi artis perempuan lain, kononnya dianggap ibu sendiri. Isu ini kelihatan kecil dan remeh. Mungkin ada yang berkata itu hal peribadi. Ia tidak pula menjejaskan keselamatan negara atau kedatangan pelabur asing.

Tetapi sebenarnya jika dibiarkan ia menjadi suatu fenomena biasa dan kemudiannya menjadi budaya yang asalnya asing dalam masyarakat Melayu Islam, maka ia boleh merebak lebih dari itu. Lepas cium pipi menjadi kebiasaan, cium bibir pula. Lepas itu berpelukan. Aksi yang lebih jauh dari itu secara terang-terang akan menjadi biasa.

Dalam filem Barat, aksi ranjang, telanjang tidak pelik. Filem Melayu masih dipotong. Tidak mustahil jika mungkar yang kecil tidak ditegah, ia akan menjadi mungkar lebih besar. Benarlah Allah yang berfirman ‘Dan janganlah kamu menghampiri zina.’ Allah tidak menyebut ‘jangan berzina’. Bahasa al-Quran sangat tinggi. Mendalam ertinya.

Orang fasiq memang menganggap dosa kecil itu perkara remeh sahaja. Mereka memang jahil hukum, tak reti agama. Lihat sahaja jawapan Black tentang ciumannya itu kepada perempuan bukan mahram yang dianggap ibu sendiri itu. Cara menjawab macam tak pernah masuk KAFA langsung. (Bagi yang jahil, KAFA tu bukannya Kedah Football Association tapi kelas fardhu ain, tau!)

Islam mengajar kita supaya bencikan kufur, fasiq dan dosa. Cium pipi itu ialah perkara fasiq dan dosa. Bukan soal jaga tepi kain orang, tetapi mencegah mungkar mesti dilakukan.

Apa yang dibuat oleh Black pun bukan baru. Rosmah Mansur, wanita pertama Malaysia sendiri pernah melagakan pipinya kepada pipi artis Bollywood. Contoh inilah yang diambil, sedangkan pemimpin dan isteri pemimpin mesti menjadi teladan yang baik kepada anggota masyarakat lain. Apabila mereka buat, disiarkan di media, tiada yang tegur, atau tak berani tegur. Anak muda akan kata: ‘Lihat! Isteri PM pun buat. Tak ada ulama yang tegur. Jamil Khir tak tegur. Masyitah tak tegur. Hamid Othman tak tegur.’

Saya pernah menegur tentang isu tarian 1Malaysia. Teguran demi teguran bermaksud membetulkan. Islam mengajarkan demikian. Soal anda mahu ikut atau tidak, terpulanglah tetapi tugas menyampaikan sudah dilakukan. Saya berlepas diri dari mungkar yang dibuat oleh pemimpin dan anggota masyarakat yang fasiq. Menteri jaga tv dan media kawallah aksi-aksi, lagak, penampilan dalam apa jua program agensi di bawah anda.

Nota :

Pepatah melayu ada mengata...Bapak Borek..Anak Rintik...
Sama juga Bapak Kencing Berdiri..Anak Kencing Berlari....
Bila pemimpin suka kepada maksiat...rakyat dah tentu akan jadi jahat...
Kalau bini pemimpin Malaysia suka main cium-cium pipi...
Rakyat dah tentu akan ikut main cium-cium pipi...mungkin lebih lagi...

Tazkirah Petang Isnin...

FIQHAl Jihad: Menentang Pemerintah Islam Yang Zalim(Bah3)

Bahagian 3

Dalam bahagian yang kedua, penulis telah membincangkan 2 pendapat di kalangan ulama’ terhadap masalah menangani pemerintah Islam yang zalim.Kesimpulannya, wajib atas rakyat yang berupaya berusaha memecat pemerintah yang zalim kerana pada ketika itu,

bencana yang terbit dari tindakannya itu tidak terhenti setakat dirinya sahaja atau beberapa orang yang tertentu sahaja malahan menimpa ke atas rakyat seluruhnya.

Pemerintah Islam Yang Munafik

Boleh jadi ada setengah yang menduduki kerusi pemerintahan itu tergolong dalam orang-orang munafik yang melindungi musuh Allah sedangkan mereka berpura-pura menunjukkan diri mereka sebagai orang-orang Islam dengan mengerjakan setengah-setengah ibadah di hadapan orang ramai.

Ini merupakan salah satu daripada taktik orang munafik mengabui mata rakyat yang beragama Islam. Hakikatnya, mereka sebenarnya memerangi umat Islam dalam negaranya.

Kewajipan Memelihara Bahtera Yang Selamat

Daripada Nu’man bin Basyir r.a, Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Perumpamaan mereka yang berada dalam batasan sempadan (agama) Allah dan mereka yang terjerumus ke dalamnya adalah seperti kaum yang mengundi untuk mendapatkan tempat masing-masing dalam sebuah kapal, antara mereka ada yang dapat di tingkat atas kapal dan sebahagian lain beroleh di tingkat bawah. Mereka yang berada di bawah akan melalui yang berada di bahagian atas untuk mengambil air, mereka berkata sekiranya kita tebuk saja tempat kita ini kita tidak perlu mengganggu mereka (yang di atas) lagi. Sekiranya dibiarkan mereka laksanakan cadangan tersebut, maka akan binasalah sekalian penumpang, dan kalau dicegah rancangan itu akan selamatlah mereka dan penumpang semuanya.” (Riwayat Bukhari)

Hadis di atas menunjukkan Nabi s.a.w. membuat perumpamaan tugas amar ma’aruf nahi munkar dengan bahtera yang ditebuk penumpangnya kerana ingin mendapatkan air. Akibatnya, bahtera akan tenggelam sekiranya dibiarkan orang yang di bawah menebuk lubang. Baginda s.a.w. mengajar kita bahawa HARAM bagi orang ramai mendiamkan diri apabila melihat tindakan sebarang manusia yang hendak menebuk bahtera masyarakat yang dinaiki oleh umat Islam, kerana perbuatan itu akan membinasakan bahtera itu berserta penumpang-penumpangnya. Tidak kira lah siapa pun penebuk bahtera itu sama ada nakhoda atau anak kapal. Bayangkan kalau nakhoda(pemerintah) sendiri yang menebuk kapal itu, tiba-tiba ada yang berkata HARAM guna senjata untuk menghalang kapten itu. Kalau benar ada yang berkata sedemikian, seolah-olah ia membawa erti bahawa wajib dikorbankan seluruh orang Islam dan kerajaan mereka untuk memelihara kepentingan seorang zalim yang bersenda-senda dengan hukum Allah dan tidak buat sedikit perhitungan pun dengan balasan di akhirat. Perkataan seumpama itu tidak pernah diucapkan oleh sesiapa pun di kalangan ulama’ salaf mahu pun khalaf.

Sebarang kelakuannya yang menunjukkan bahawa dia seorang Islam tidaklah boleh dijadikan alasan yang dia tidak boleh ditentang. Oleh sebab itulah menurut pendapat jumhur ulama’ bahawa HARUS bagi umat Islam menderhakai pemerintah yang mentadbir urusan rakyatnya dengan cara-cara bid’ah yang tiasa asas sama sekali dalam Islam.

Ini menunjukkan bahawa setengah hadis yang menyuruh kita taatkan pemerintah-pemerintah dan menegah orang-orang Islam bangkit menentang mereka dikaitkan dengan syarat selama mana mereka mendirikan agama di kalangan rakyat. Rasulullah bersabda:

ان هذا الأمر في قريش لا يعاديهم الا كبّه الله على وجهه ما أقاموا الدين

Yang maksudnya: “ Sesungguhnya urusan pemerintahan ini adalah terletak pada Quraisy. Tiada yang memusuhi mereka melainkan akan dimurkai Allah iaitu selama mereka mendirikan agamanya.

Begitulah sayugia difaham dari semua hadis-hadis nabi yang menegah rakyat menderhaka terhadap pemerintah-pemerintah Islam, iaitu selagi mereka mendirikan agama di kalangan rakyat meskipun mereka sendiri ada melakukan maksiat yang dikategorikan dalam dosa besar. Tidak ada yang terkecuali daripadanya melainkan pemerintah yang meninggalkan sembahyang, tidak mendirikannya bersama-sama orang ramai dan tidak menyeru mereka kepadanya. Kalau ada pemerintah yang meninggalkannya, maka wajib ditentang walaupun dia menjalankan perkara-perkara agama yang lain di kalangan rakyat, kerana dosa besar ini telah disebut dalam banyak hadis –hadisnya sebagai satu-satunya yang mengharuskan rakyat menderhakai pemerintah mereka yang mengaku dirinya orang Islam.

Bersambung...