Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير

Aug 2, 2011

Pendedahan : PRU-13: Misi Pertahan Kuasa Dengan Kod "71"...!!


Sebelum anda baca artikel penuh saya, saya harap anda semua dapat singgah dekat sini, sini, sini,sini, sini, sini, & sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini. Terima kasih.

1. Latar Belakang

Mengikut Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan, salah satu fungsi SPR adalah untuk mendaftarkan warganegara yang layak sebagai pemilih supaya mereka dapat menyertai proses memilih wakil untuk menyuarakan pendapat mereka dalam Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.

Urusan pendaftaran ini telah dilaksanakan oleh SPR semenjak ia ditubuhkan tanpa gagal. Urusan yang dahulunya dilakukan secara bermusim iaitu setahun sekali selama antara 21 hingga 42 hari, kini dibuka setiap hari untuk sepanjang tahun sejak 16 Julai 2002.

2. Kenapa Anda Perlu Mendaftar?

Adalah menjadi hak setiap warga negara yang layak untuk memilih kerajaan untuk memerintah negara melalui pemilihan wakil rakyat untuk mewakili mereka di Dewan Rakyat dan Dewan-dewan Undangan Negeri. Sebelum anda dibenarkan mengundi wakil rakyat pilihan anda dalam pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, anda perlulah mendaftarkan nama anda sebagai pemilih. Anda tidak boleh mengundi sekiranya nama anda tidak disenaraikan dalam daftar pemilih.

3. Siapa Boleh Mendaftar ?

Syarat-syarat kelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih adalah seperti yang berikut:

seorang warganegara Malaysia
telah mencapai umur 21 tahun
bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan; dan
tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa.
4. Jenis-Jenis Pendaftaran

SPR menjalankan 2 jenis pendaftaran pemilih iaitu:

Pendaftaran Baru: SPR menerima permohonan warganegara yang memohon untuk mendaftar sebagai pemilih buat pertama kali.
Pendaftaran Tukar Alamat dan Pusat Mengundi: SPR juga menerima permohonan pemilih berdaftar yang memohon untuk mendaftarkan alamat tempat tinggalnya yang baru. Ia dikaitkan dengan pertukaran alamat Pusat Mengundi kerana secara lazimnya, sekiranya seorang pemilih berpindah ke tempat baru, maka, Pusat Mengundinya akan ditetapkan mengikut pendaftaran alamat tempat barunya itu.
5. Jenis-Jenis Pemilih?

Mengikut undang-undang pilihan raya, SPR boleh mendaftarkan 2 jenis pemilih iaitu:

Pemilih Biasa: Pemilih biasa adalah pemilih berdaftar yang perlu hadir untuk mengundi di pusat-pusat mengundi semasa pilihan raya.

Pengundi Tidak Hadir: Pengundi Tidak Hadir atau PTH adalah golongan pemilih yang dinyatakan dalam Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, iaitu, anggota tentera dan pasangan, anggota perkhidmatan awam yang bertugas di luar negara dan pasangan yang menetap bersamanya serta pelajar sepenuh masa yang menuntut di luar negara dan pasangan yang menetap bersamanya. PTH ini dibenarkan mengundi secara pos. Sumber - http://www.spr.gov.my/

Sumber maklumat Website Suruhanjaya Pilihanraya sendiri dengan jelas menyatakan bahawa hanya "Warganegara Malaysia" sahaja yang ditakrifkan sebagai "layak" mendaftar sebagai pengundi dan layak mengundi setelah permohonan diluluskan.

Dalam Laman Rasmi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia juga tiada dinyatakan bahawa "Pemastautin Tetap" juga layak sebagai pengundi. Hanya "Warganegara Malaysia" sahaja layak sebagai pengundi.

Dibawah ialah contoh MyPR ataupun Kad Pengenalan Malaysia Pemastautin Tetap (Bukan Warganegara Malaysia).



Nota :

Dibawah ialah deretan nombor Kad Pengenalan Pemastautin tetap Bukan Warganegara Malaysia yang dikesan telah didaftarkan sebagai pengundi di Malaysia:

530824715008
671219715084
380424715016
650503715054
501124715020
561210715515
600602715505
690510715008
430106715072
470111715030
520915715311
521111715089
540622715164
620620715179
341026715342
500815715527
550707715285
600510715209
600720715004
620816715170
310622715144
560908715088
310901715366
550904715110
330118715194
381230715143
390203715054
441205715223
561124715156
600110715007
670918715070
190721715277
231027715339
380825715199
450727715030
600102715082
690608715487
490815715248
560101715028
650815715336
130427715247
601107715043
621214715098
310425715292
461014715173
530717715088
540201715166
540515715070
570527715200
570601715138
581215715168
630713715169
650418715009
740829715002
751028715081
560112715031
600703716187
551020715021
560920715152
631009715020
720322715099
630106715423
610515715039
730917715089
540515715038
450316715060
530927715123
561005715014
600718715048
711010715108
780413715187
610615716151
700620715291
571210715063
400811715118
640403715074
300407715169
321030715144
370722715197
510609715365
590613715555
590703715751
600323715545
610710715093
740612715001
611101715519
460814715054
740715715100
620427715177
311007715171
620805715829
520111715033
541230715004
570515715078
650612715256
510115715162
591022715064
750410715037
790607715125
740313715087
570101715246
530824715008
671219715084
520312715195
571109715405
380424715016
371215715103
540818715051
540830715038
650110715416
631105715311
600102715437
560703715527
600616715215
420107715155
550618715195
670624715104
620520715462
680810715254
590517715459
611106715008
291218715301
640505715198
460404715123
350727715278
601217715204
650410715207
560317715190
591104715295
420928715056
560405715465
620824715082
480309715078
500610715152
520407715200
560405715086
590406715165
640806715378
641130715187
750612715000
460202715205
581126715211
610305715479
450905715018
490227715209
610518715202
470806715117
511113715120
560314715291
581110715129
760612715077
791225715079
490322715186
580909715037
650503715054
670308715014
700404715027
560605715953
510808715181
620620715419
470116715101
470320715176
520328715042
420616715348
580318715246
250622715425
540429715138
540515715302
610203715099

Surat Untuk PM Sempena Ramadhan Al-Mubarak...!!

Pertama, untuk mengucapkan salam Ramadhan kepada YAB Datuk Seri. Di samping itu, saya doakan juga dengan berkat Ramadhan, YAB Datuk Seri segera sembuh.

Kedua, untuk mencadangkan program pengurangan kos hidup yang melambung sekarang bagi membantu meringankan keperitan rakyat jelata. Ramadhan antara lain mendidik keprihatinan jiwa Mukmin terhadap anggota masyarakat yang lemah, terkesan dengan beban hidup dalam menyara kehidupan diri dan keluarga.

Melalui berlapar, kita merasai kesukaran rakyat yang miskin dan memerlukan. Kita menghayati keperitan mereka dan mendesak jiwa dan minda kita memikirkan seribu satu cara untuk berkongsi penderitaan mereka.

Salah satu isu yang menghimpit rakyat sekarang adalah kenaikan kos barang-barang keperluan seharian, seperti YAB Datuk Seri sendiri mengakuinya dengan cadangan langkah memerangi kos kehidupan sebagai satu lagi bidang keberhasilan utama negara seperti yang diumumkan oleh YAB sehari dua yang lalu.

YAB Datuk Seri,

Pada pandangan saya, Kerajaan Pusat mempunyai kuasa dan cara yang boleh menurunkan harga barang keperluan dengan segera, terutama beras, gula, tepung dan susu.

Salah satu penyumbang bagi tingginya harga barang-barang ini ialah dasar yang salah yang dilaksanakan oleh Kerajaan YAB Datuk Seri sendiri iaitu menentukan import kepada monopoli agensi atau syarikat tertentu.

Tanpa monopoli ini, harga barang keperluan dapat diturunkan serta merta.

YAB Datuk Seri,

Sebagai membuktikan dakwaan saya, YAB Datuk Seri boleh menyemak perbandingan harga dunia dan harga yang dikenakan kepada pengguna Malaysia. Sebagai contoh, harga beras gred berkualiti, purata adalah USD 650 semetrik tan. Bermakna harganya adalah RM 20 setiap sepuluh kilogram. Bandingkan berapa harga yang dikenakan kepada pengguna sekarang?

Bagi mengukuhkan pandangan saya bahawa harga barangan ini boleh dikurangkan melalui permit import yang tidak ekslusif kepada hanya satu syarikat seperti Bernas, izinkan Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri, mengimport 500,000 metrik tan beras berkualiti premium untuk jualan Negeri Pakatan Rakyat sebagai langkah permulaan.

Seperti dalam makluman YAB Datuk Seri, penggunaan beras Negara adalah berjumlah 2 juta metrik tan dan apa yang kami pohon tidak menjejaskan pengguna negeri lain.

Insya’allah ia akan membantu empat perkara;

a. Harga yang lebih murah
b. Kualiti premium
c. Sekuriti bekalan makanan untuk keperluan Negara
d. Tidak membebankan kewangan kerajaan kerana ia tidak memerlukan subsidi.

Kami Insya’allah berkeupayaan melakukannya dalam tempoh dua minggu dari tarikh keizinan diberikan dan jika keizinan ini boleh disegerakan oleh YAB Datuk Seri, pengguna boleh menempuh Ramadhan ini dengan kos hidup yang lebih rendah.

Buat permulaan, Insya’Allah kami boleh mulakan dengan beras, gandum, susu dan gula.

Mengikuti surat ini nanti ialah surat-surat dan tindakan rasmi yang lain, termasuk dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bagi menjadikan semangat Ramadhan membantu mereka yang berkesempitan suatu realiti.

Sekian, terima kasih.

Dato Hj Husam Musa
-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
-Naib Presiden PAS

52 Nama Status Permastautin Tetap Bertukar Menjadi Warganegara Dalam Sekelip Mata...!!


Pas Titiwangsa kecewa dengan tindakan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang menukar status Permastautin Tetap (PR) kepada status Warganegara pemilih di dalam senarai Rang Daftar Pemilih suku ke-2 2011 hanya beberapa jam selepas di kesan oleh petugas jentera pilihanraya Wilayah Persekutuan.

Kira- kira jam 9.15 pagi tadi, petugas IT Pas Wilayah Persekutuan dan Pas Titiwangsa berjaya mengesan 52 orang pemilih yang berstatus Permastautin Tetap di dalam Rang Daftar Pemilih suku ke-2 bagi tahun 2011.

Kemudiannya senarai tersebut dikeluarkan dan di semak di dalam sistem semakan MyKad dan MyPR Jabatan Pendaftaran Negara di alamat http://www.jpn.gov.my/semakic/ dan mendapati kesemua 52 orang tersebut berstatus Permastautin Tetap atau PR.

Senarai status Permastautin Tetap yang di kesan itu ialah, 28 nama di parlimen Titiwangsa, 5 nama di Parlimen Segambut, 8 nama di parlimen Batu, 4 nama di parlimen Wangsa Maju, 1 nama di parlimen Bandar Tun Razak, dan 6 nama di parlimen Lembah pantai.

Petugas IT PAS wilayah terus mencetak atau "print screen" semua image permastautin tetap tersebut daripada sistem semakan JPN dan menyertakan senarai nama dan di bawah ke pejabat Suruhanjaya Pendaftaran Negara (SPR) Wilayah Persekutuan di Bangunan Yayasan Selangor, Jalan Raja Muda Abd Aziz untuk tujuan bantahan.

Kira-kira jam 2.30, iaitu sebelum mengisi borang bantahan senarai Rang Daftar Pemilih, pegawai SPR mengesahkan kesemua senarai 52 orang itu adalah warganegara melalui sistem semakan JPN. Petugas Pas cuba mengesahkan semula dan ternyata semua nama tersebut telah bertukar menjadi warganegara hanya selepas berberapa jam.

Lebih pelik bagaimana semua 52 nama itu boleh terlepas masuk dalam rang Daftar pemilih sedangkan semuanya berstatus Permastautin Tetap, apakah SPR lalai dalam tugasnya atau ada suatu komplot antara SPR dan JPN dalam usaha memenangkan parti UMNO/BN?

Pas Titiwangsa merasakan perkara ini sangat pelik dan suatu perkara yang sangat merbahaya di dalam negara apabila dengan mudah menukar status Permastautin Tetap bertukar kepada warganegara semata-mata untuk membolehkan mereka mengundi dalam pilihanraya yang akan datang.

Adakah semata-mata hendak memenangkan parti tertentu kaedah kotor terpaksa di gunakan hatta menjual negara seperti ini?

Pas Titiwangsa berharap agar perkara ini tidak dipandang remeh oleh pihak berkuasa dalam negara dan dapat menyelesaikan dengan kadar segera sebelum tindakan yang lebih drastik diambil.

Berikut dilampirkan image yang sempat diambil sebelum dan selepas status taraf warganegara itu ditukar.

Khairul Anuar Manap
Timbalan Yang Dipertua
PAS Kawasan Titiwangsa

Dewan Bahasa Dan Petaka....!!


TIMBALAN MUHYIDDIN HAIRAN DAWAMA TAK BUTA DUIT SEDANGKAN JUALAN TERJAMIN- MI

KUALA LUMPUR, 2 Ogos — Putrajaya menegaskan Dawama, syarikat konsesi mencetak dan mengedar buku dan majalah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) harus bertanggungjawab ke atas segala masalah dihadapi syarikat itu termasuk isu kewangan sehingga terpaksa mengarahkan pekerjanya bercuti tanpa gaji.

Malah Putrajaya terkejut syarikat itu tidak “membuat duit” sedangkan jualan buku teks sekolah di seluruh negara menerusi Kementerian Pelajaran terjamin.

Ekoran masalah kewangan dialaminya syarikat itu gagal mencetak buku dan mengarahkan kesemua pekerja bercuti tanpa gaji mulai semalam.

“Dawama harus bertanggungjawab (atas apa yang berlaku sekarang),” kata Timbalan Menteri Pelajaran Wee Ka Siong menerusi akaun Twitter beliau hari ini, mengulas isu krisis DBP-Dawama sekarang.

NOTA:

ini caranya perniagaan bumiputera:
mula mula masuk jadi ahli gerombolan
buat sibuk jadi ketua cawangan
buat sibuk

cara senang untuk dapat publisiti
katakan anwar ibrahim peliwat
jamin meloya akan buat laporan
kemudian kutuk pas
kemudian kutuk dap
kalau kutuk nik aziz lagi banyak publisiti
meloya akan buat berita
kalau boleh katakan
ambiga ini hindu

kemudian tanding dalam bahagian

jeng jeng jeng
menang atau kalah tak apa
yang mustahak lepas ini minta kontrek
dapat kontrek jual pada cukong
minta lagi kontrek
jual lagi pada cukong
akhirnya cukong ini akan bantu
untuk jadi ketua bahagian

menang pilihan raya jadi yb
ada cukong dibelakang
minta lagi kontrek dapat kontrek lagi besar
jual lagi pada cukong
minta kemudian jual. minta kemudian jual
kah kah kah

inilah dia perniagaan bumiputera
kah kah kah

itu pasal dawama
yang terjamin jualan pun bengkrap
kah kah kah

Mengapa BN dan SPR Kemaruk Mahu Guna Biometrik..??


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berulang kali memberikan jaminan bahawa tiada warga asing didaftarkan sebagai pengundi, namun sistem pengesahan Jabatan Pendafaran Negara dan SPR menunjukkan sebaliknya.

Beberapa blog pro-PR termasuk Perisik Rakyat yang membuat risikan mendapati lebih 160orang warga asing yang memegang status penduduk tetap (PR) didaftarkan sebagai pengundi di beberapa kawasan.

Misalnya, PR yang bernama “Mismah” didaftarkan dalam daftar pemilih tambahan di Kawasan Kuala Selangor. Semakan dalam melalui sistem pengesahan dalam talian JPN dan SPR mengesahan dakwaan itu. Sistem JPN yang membenarkan pengguna menyemak status individu dengan memasukkan nombor kad PR, menunjukkan Mismah (640704715238) seorang penduduk tetap. Nombor sama yang disemak di sistem SPR mendapati Mismah pengundi baru lapor Malaysia Kini.

Yang lagi menarik, kurang empat jam selepas Malaysiakinimelaporkan seorang penduduk tetap (PR), Mismah yang memegang kad MyPR merah telah didaftarkan sebagai pengundi baru, dia tampaknya telahpun menjadi warganegara. WOW!

WOW! Pantas dan cekap agensi UMCO membuat "kerja" mereka!

Mismah kini mempunyai MyKad biru, berdasarkan semakan pada sistem dalam talian yang sama di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Semakan pada sistem pengesahan dalam talian JPN sebanyak dua kali - pada jam 5.48 petang semalam dan 11.30 pagi ini - menunjukkan nama Mismah adalah berstatus PR yang telah mengambil kad MyPRnya (No 640704715238), kad pengenalan bagi PR.

Apabila nombor yang sama dimasukkan ke dalam sistem pengesahan dalam talian SPR, Mismah yang sama adalah pengundi berdaftar yang baru. Walau bagaimanapun, satu lagi semakan dengan sistem JPN pada jam 3 petang ini menunjukkan hasil yang mengejutkan - Mismah telah menjadi warganegara dengan Mykad biru.

Antara Lutut Mat Sabu Dan Lutut Najib...Apa Bezanya...??


Bab mati, bab sakit orang tak bergurau atau main-main. Ianya dilarang agama. Sebab itu apabila media melapurkan bahawa PM cedera lutut ketika menendang bola futsal di Kedah, kita percaya lapuran tersebut. Apatah lagi media kerajaan takkan nak berbohong dengan lapuran sakitnya seorang PM.

Tetapi apabila Mat Sabu terpaksa dipapah kerana cedera lutut akibat dilanggar oleh kereta waja polis dalam peristiwa tangkapan beliau pada hari perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai baru-baru ini, digambarkan oleh media sebaliknya. Seolah-olah Mat Sabu berlakon.

Tiada kecederaan bahkan dinafikan oleh pihak polis sendiri. Meskipun dibuat pembedahan dhospital dan ditunjukkan x-ray bagaimana skru dimasukkan ke lutut Mat Sabu untuk mengembalikan ligmen beliau yang terkopak akibat dilanggar kereta polis. Hingga ke hari ini, pihak polis maupun media tidak meminta maaf.

Inilah antara dua darjat. Pemimpin Pas dan darjat pemimpin Umno. Agaknya pihak media hanya menerima kentut Mat Sabu sahaja busuk tetapi kentut PM Najib harum mewangi dan mustahil busuk.

Tapi hakikatnya perancangan Allah tetap berlaku. Hanya Najib yang mengetahui sakitnya lutut beliau sehingga beliau pergi ke hospital. Meskipun beliau masuk di wad diraja… tetapi sakitnya tetap sama antara sakit sang raja maupun sakit rakyat marhaen.

وَلَا تَهِنُوا فِي ابْتِغَاءِ الْقَوْمِ إِنْ تَكُونُوا تَأْلَمُونَ فَإِنَّهُمْ يَأْلَمُونَ كَمَا تَأْلَمُونَ وَتَرْجُونَ مِنَ اللَّهِ مَا لَا يَرْجُونَ وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا

Janganlah kamu berhati lemah dalam mengejar mereka (musuhmu). jika kamu menderita kesakitan, Maka Sesungguhnya merekapun menderita kesakitan (pula), sebagaimana kamu menderitanya, sedang kamu mengharap dari pada Allah apa yang tidak mereka harapkan. dan adalah Allah Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana. Surah an-Nisa’ : 104

Rupanya tiada beza sakit Mat Sabu dengan sakit PM. Ingat PM keramat, tak sakit dan tak perlu bedah membedah. Cuma persepsi yang cuba dimainkan media bahawa sakit lutut Mat Sabu adalah bohong dan sakit lutut PM adalah benar.

PM jalani pembedahan lutut

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini selamat menjalani pembedahan lutut kirinya, yang cedera akibat bersukan, melalui pembedahan “arthoscopic” di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Hasan Abdul Rahman berkata pembedahan dilakukan secara minimum dengan memasukkan peralatan skop untuk melihat kerosakan lututnya, dan menerusi skop tersebut, alat pembedahan digunakan untuk membaiki kecederaan tersebut bermula pada pukul 8.30 pagi.

Pembedahan berjalan dengan baik dan hanya mengambil masa selama 45 minit, katanya dalam satu kenyataan hari ini. Khamis lalu semasa mengadakan lawatan kerja ke Kedah, Najib memaklumkan kepada pemberita bahawa beliau akan menjalani pembedahan itu ekoran kecederaan dialaminya semasa melakukan sepakan penalti ketika bermain futsal sempena sambutan Hari Belia.

Klip Video BERSIH 2.0 Yang Paling Cool....!!

Cakap Berdegar-Degar...Taik Penuh Atas Kepala..!!


BELANJA SECARA BERHEMAH - UM

Najib Razak hari ini mengingatkan semua pihak agar berbelanja secara berhemah dan tidak melakukan pembaziran sepanjang menjalani ibadat puasa di bulan Ramadan ini.

Menurut Najib, ia selaras dengan semangat yang dianjurkan oleh Ramadan iaitu bulan yang telah disediakan Allah sebagai satu medan untuk membina kualiti keimanan serta ketakwaan.

Nota:

hal cincin ini senyap saje
utusan patut mainkan lagi
kah kah kah

tanya pada najib
satu kilo ikan patin sangkar berapa harga?
satu kilo ikan kembong berapa harga?
satu kilo bawang besar berapa harga?

tanya dan lihat
betul ke malaon ini tahu
kah kah kah