Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Apr 13, 2011

JPJ & Polis Bukan Jaga Keselamatan Tapi Cari Duit Untuk Kerajaan...!!

KOTA SAMARAHAN - Barisan Nasional (BN) masih gerun dan takut kepada Pakatan Rakyat walaupun mereka telah menyempitkan demokrasi dan ruang bersuara dengan begitu terhad.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani berkata negara Malaysia tidak mengamalkan demokrasi berparlimen sebenarnya kerana tidak membenarkan parti-parti politik menggunakan saluran media.

"Walaupun negara kita namanya negara demokrasi berparlimen tetapi seolah-olah tidak ada demopkrasi, kalu betul-betul demokrasi kita tak bercakap disini pada jam 7 petang, kita ada saluran TV sebagaimana mereka boleh guna,"ujarnya dalam satu siri kempen bersama penduduk di daerah mengundi Merdang, disini Selasa 12 April.

Katanya walaupun Pakatan Rakyat menguasai beberapa buah kerajaan negeri di Semenanjung, tetapi kerajaan BN yang menguasai pusat, tidak memberikan ruang dalam media elektronik, radio dan TV walaupun seminit.

Menurutnya, punca BN menutup ruang demokrasi kerana mereka telah melakukan pelbagai kesilapan dan penyelewengan.

"Antara punca mereka tutup (ruang demokrasi) kerana mereka melakukan kesilapan (dan penyelewengan) sebab itu mereka (BN) tidak membenarkan kita bercakap dalam media massa,"jelasnya.

Namun begitu, menurutnya, dengan demokrasi terhad itu pun, BN merasa bimbang dan Pakatan Rakyat dapat melumpuhkan kekuatan BN.

Dalam pada itu, Ustaz Azman berkata kerajaan BN menipu masyarakat untuk mendapatkan kewangan dengan cara menaikkan harga barang dan mengarahkan polis serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyaman rakyat.

Menurutnya polis dan JPJ bukan digunakan oleh kerajaan BN untuk menjaga keselamatan, tetapi untuk mencari pendapatan kepada kerajaan.

Rampasan Tanah Oleh Raja Berooke Sarawak....!!


Sarawak Report telah membuat keputusan untuk mendedahkan sepenuhnya maklumat dari pangkalan data dari Jabatan Tanah dan Survei Negeri Sarawak berkenaan dengan transaksi terkini yang dilakukan ke atas tanah-tanah di kawasan luar bandar dan juga pedalaman Sarawak. Kami telah menjalankan beberapa siasatan terperinci ke atas data-data sulit selama beberapa minggu yang lalu, hanya mendapati lebih dari satu ribu plot tanah-tanah di pedalaman dan luar bandar yang telah diambil oleh kerajaan negeri, tetapi plot-plot yang lainnya lebih luas telah diserahkan kepada keluarga terdekat dan kroni-kroni Taib Mahmud.

Ini adalah skandal rampasan tanah peringkat kebangsaan dan harus didedahkan sepenuhnya. Dengan itu kami ingin mengajak para pembaca kami dan juga pihak media untuk mengkaji dan menilai sendiri daftar tanah dan mengenalpasti tanah-tanah manakah di kawasan mereka yang telah diambil – dan diambil oleh siapa. Kini Taib Mahmud harus keluar dari persembunyiannya dan berhenti memberikan alasan bahawa “tuduhan-tuduhan itu tiada bukti”!

Peta Tanah yang berinteraktif

Anda dijemput untuk mengambil bahagian dalam projek pemetaan berinteraktif ini, dan di samping itu anda boleh mengenalpasti sendiri rampasan-rampasan yang relevan bagi anda atau yang anda kenali dan meletakkannya pada peta Sarawak yang beranotasi secara online kami.

Anda tidak perlu risau! Kami telah mempermudahkannya untuk anda dengan menandakan beberapa kawasan rampasan tanah yang telah kami siarkan dalam laporan-laporan kami terdahulu. Anda hanya perlu plotkan titik merah dan tambahkan maklumatnya. Setelah itu sumbangan anda akan ditambahkan ke dalam pangkalan maklumat on-line untuk kemudahan pembaca-pembaca lain.

Kami telah membuat keputusan untuk memulakan projek ini, kerana maklumat yang dipersembahkan di sini harus bersifat terbuka di mana-mana negeri berdemokrasi. Sebaliknya, selama 30 tahun Taib Mahmud telah memimpin sambil menyalahgunakan kepercayaan rakyatnya, dengan secara diam-diam mencuri tanah-tanah mereka untuk dirinya! Jangan sekadar mengatakan tuduhan-tuduhan kami ini tiada bukti, lihatlah sendiri syarikat-syarikat yang terdapat dalam pangkalan data dan lihatlah sendiri siapakah pemilik-pemilik syarikat-syarikat itu semasa plot-plot itu diberikan geran. Selalunya syarikat-syarikat itu dijualkan dengan segera oleh rakan-rakan dan saudara-mara setelah menerima geran ke atas tanah-tanah itu dari Taib dengan harga berjuta-juta ringgit lebih dari nilai ‘premium’ yang beliau telah rundingkan dengan mereka bagi pihak Negeri di mana beliau telah dipilih untuk mewakilinya. Ini bermakna, hasil jualan atau serahan tanah-tanah bergeran itu sepatutnya dimasukkan ke dalam akaun kerajaan untuk rakyat Sarawak, tetapi dimasukkan ke dalam akaun Taib sendiri dan kroni-kroninya.

Masa untuk ketelusan

Mana-mana prosidur yang melibatkan pembahagian dan pengambilan tanah-tanah Negeri atau tanah-tanah NCR yang seterusnya diserahkan kepada pihak-pihak lain, yang telah dilakukan secara bersekala besar di bawah pentadbiran Taib Mahmud, seharusnya merupakan proses yang terbuka, supaya semua orang dapat melihat dengan sejelas-jelasnya bahawa tiada rasuah berlaku dan mengetahui bahawa harga yang paling baik telah berjaya diperolehi untuk rakyat Sarawak. Tetapi, Taib tidak melakukan itu. Sebaik sahaja beliau dipilih dan mengangkat sumpah mentaati perlembagaan negerinya dan menjawat jawatan Ketua Menteri pada tahun 1981 beliau telah bergerak dengan pantas untuk menubuhkan suatu lembaga yang beliau namakan sebagai Agensi Pembangunan Tanah (atau disingkatkannya, Pelita) dan meletakkan dirinya sebagai Pengerusi, dan juga sebagai Menteri Perancangan dan Pembangunan Sumber. Inilah yang memberinya kuasa dan kawalan penuh ke atas tanah di Sarawak.

Dengan bertindak dari dalam jabatan inilah beliau telah secara senyap-senyap merampas tanah-tanah orang asal dan kemudiannya secara diam-diam menyerahkan tanah-tanah rampasan itu kepada siapa sahaja yang disukainya – dia sendiri, proksi-proksinya, saudara-saudaranya, anak-anak saudaranya, rakan-rakan politiknya dan kroni-kroni perniagaannya untuk menjadikan mereka tunduk dan akur pada segala kehendaknya. Jika transaksi-transaksi itu telah dilaksanakan dengan penuh ketelusan maka rundingan-rundingan urusniaga itu tidak mungkin berlaku. Tetapi, Taib telah melaksanakannya secara tertutup! Istilah ‘Sulit’ (‘Confidential/CONF’) dapat kita lihat pada kesemua dokumen-dokumen dalam Daftar Tanah, kerana Taib ingin mengelakkan urusan penjualan tanah-tanah dengan harga yang murah dari diketahui umum.

Data-data yang kami dedahkan di sini memperincikan butir-butir tanah-tanah yang telah diambil; syarikat-syarikat yang telah mengambilnya dan harga yang telah mereka jelaskan, termasuk tarikh-tarikh pada geran-geran 60 tahun itu. Maklumat ini dapat dipadankan dan dibandingkan dengan pasaran saham dan maklumat jualan yang mudah diperolehi menerusi kemudahan internet kini. Dengan cara ini komuniti-komuniiti asli akan dapat memperolehi perincian maklumat ke atas apa yang telah berlaku pada tanah-tanah tradisi mereka.

Sehingga kini orang-orang tempatan tidak menyedari bahawa Taib telah menyukat, mengasingkan atau membahagi tanah mereka sehinggalah kawasan mereka didatangi syarikat-syarikat pembalakan dan perlandangan, biasanya beberapa tahun kemudian.

Pecahan-pecahan kecurian bertaraf dunia

Dari kalangan beberapa ratus buah syarikat yang telah berjaya memperolehi hasil rampasan tanah-tanah di Sarawak, pihak kami mendapati berpuluh-puluh buah yang sedang dimiliki atau pada mulanya dimiliki oleh ahli-ahli keluarga Taib, sebelum ianya dijualkan semula kepada pihak lain secara senyap-senyap kepada pihak ketiga sebagai langkah menyembunyikan bahawa mereka sekeluarga masih berkepentingan – terutamanya kepada kroni Taib sendiri. Berikut adalah senarai nama syarikat-syarikat yang mempunyai kaitan dengan keluarga Taib seperti yang terdapat di dalam Daftar Tanah. Tetapi, dengan bantuan anda, kami berharap akan dapat mengenalpasti plot-plot tanah rampasan yang lainnya sempena pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak kali ini:

Polar Horizon, Titanium Management, Ukiran Mantap, Umpama Mantap, Radiant Lagoon, Premium Haven, Polar Towers, Polar Red, Log Oak Promotions, Future Atmosphere, Essential Straits, Dataran Aras, Celerity Design, Bella Magic – [ABU BEKIR TAIB – ANAK LELAKI TAIB]

Miracle Harvest, Green Ace, Usaha Jasamaju, Mega Bumimas, World Sign Harvest, Quality Concrete, Emerald Discovery, Kenyalang Resources, Kumpulan Parabena, Miri Properties, Borsamulu Resort, Saradu Plantations – [RAZIAH MAHMUD/GENEID – SAUDARA PEREMPUAN TAIB]

Ikrar Bumi – [ELIA ABAS/GENEID – ANAK SAUDARA TAIB]

Achi Jaya Plantations – [ONN MAHMUD – SAUDARA LELAKI TAIB]

Eastern Eden, Poh Zhen, Palmlyn, Rajah Mutiara, Lanco Plantations, Hariyama, Golden Star-Ace [ARIP MAHMUD – TAIB SENDIRI DAN SAUDARANYA!]

Delta Padi – [TAIB SENDIRI]

Sarawak Plantations, Kub Sepadu, Multi Maximum, Mega Bumimas, Europalm – [HAMID SEPAWI – SEPUPU/PROKSI TAIB]

Masretus Oil Palm Plantation – [IBRAHIM MAHMUD – SAUDARA LELAKI TAIB]

Poliga Sdn Bhd [AHMAD BIN SU'UT – BOMOH KEPADA TAIB]

Utahol, Herba Aromatics sdn bhd, Durafarm Sdn Bhd – [ALFRED JABU NUMPANG – TIMBALAN KETUA MENTERI SARAWAK]

Kesan Radiasi Nuklear Fukushima sama buruk Krisis Chernobyl..!!


-Penularan Partikel-Partikel Radioaktif adalah diluar kawalan!

-Gemba Bumi susulan memburukan lagi keadaan di tapak logi Fukushima.

-Jumlah Radiasi yang di lepas boleh melebihi apa yang pernah berlaku di Logi Chernobyl,

-aras skala tahap krisis telah di naikan kepada 7!

Sejak sekian lama menyembunyikan keadaan sebenar bencana di Logi Nuklear Fukushima, akhirnya hari ini Pegawai Bertanggungjawab di Jepun mengaku bahawa penyebaran Radiasi dari tapak runtuhan logi nuklear Fukushima adalah berada di luar kawalan mereka. Malah pihak kerajaan Jepun juga telah menaikan tahap krisis kepada aras yang lebih tinggi iaitu yang terburuk pada skala antarabangsa!

Kandungan bahan radioaktif yang mengalir keluar telah tersebar luas, dan tahap krisis telah di tingkat daripada 5 kepada 7, yang mana boleh mengancam kesihatan manusia dan persekitaran.

Paras skala 7 adalah menyamai Skala krisis letupan logi nuklear di Chernobyl pada 1986.

Setiausaha Kabinet Jepun Yuki Edano berkata, sebagaimana di dedahkan, skala aras telah di tingkatkan: "Ini sangat pasti bahawa kes ini merupakan bencana yang sangat besar.

"Kami amat minta maaf kepada orang ramai, orang-orang yang tinggal berdekatan logi nuklear dan masyarakat antarabangsa disebabkan bencana yang sangat besar ini."

Kalau Nak Bunuh Diri...Tak Payah Pergi Ke Pejabat SPRM...!!

Al-Fatihah...
KES SARBANI :KELUARGA TERTEKAN,PERCAYA ALLAHYARHAM BUKAN BUNUH DIRI - MI

Keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed masih percaya penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM) itu, yang ditemui mati di premis SPRM Rabu lalu, bukannya membunuh diri dan oleh itu, mahu individu menyebabkan kematian bapa kepada lima anak itu dibawa ke muka pengadilan.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, sepupu Allahyarham yang hanya mahu dikenali sebagai Ismail berkata, pihaknya masih percaya tidak mungkin pegawai kastam itu sanggup “membunuh diri” seperti yang didakwa pihak tertentu termasuk media.

“Kami cukup tertekan, kenapa boleh kata macam itu? Saya nak pegawai yang bunuh abang saya didakwa, siapa yang panggil dia (ke pejabat SPRM)? Siapa yang buat mesti bertanggungjawab dan mengaku, biar mahkamah yang buat keputusan nanti.

“Kami juga mahukan siasatan terperinci yang dibuat, kami tidak mahu keputusan yang akhirnya kata bukan bunuh diri atau dibunuh, kami mahukan keputusan tepat,” katanya ketika dihubungi semalam.

Ahmad Sarbaini ditemui mati di aras satu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Wilayah Persekutuan di sini, Rabu lalu.

Dia merupakan salah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B kendalian SPRM dan beberapa agensi kerajaan yang lain.
-----------------------------------------------------------
woit...INI BERITA GUMBIRAAA....

kah kah kah...KASTAM SUDAH MULA SEDAR.....

kah kah kah...YANG KENA TANGKAP SEMUA PEGAWAI RENDAH...

kah kah kah .... TAIKO YANG KERJA SAMA DENGAN VVIP...LEPAS...

kah kah kah...BIK MAMA 7 KONTENA TAK BAYAR CUKAI....

woit...MAT ASAN DARI N9 BAWA LARI DUIT KE LONDON.... BILA NAK TANGKAP....

woit...KEPALA KASTAM PAHANG...KES PASIR...MACAM MANA SELAMAT?...

woit... BILA NAK BUKA KES DUIT KOMISEN KAPAL SELAM....

kah kah kah...AIMAN TAK KISAH...TAPI KES INI DAH BUKA DI PARIS....

Raja Berooke Tibai Mat Monggol....!!


PERALIHAN KUASA:SAYA TAK AKAN MASUK PERANGKAP PAKATAN KATA TAIB -MI

Dalam kenyataan kedua tidak sampai 24 jam mengenai isu peralihan kuasa, Abdul Taib Mahmud berkata, beliau sama sekali tidak akan “terperangkap” dengan desakan agar mengumumkan tarikh mahu melepaskan jawatannya itu.

Pembangkang menggesa Taib, Pengerusi BN Sarawak, mengumumkan tarikh mahu berhenti daripada menjadi Ketua Menteri sebelum hari pengundian Sabtu ini bagi membuktikan beliau benar-benar ikhlas dengan janjinya.

“Pembangkang tahu bawa ia (desakan) tidak boleh memerangkap saya,” kata Ketua Menteri Sarawak paling lama ini, yang memutuskan untuk mengetuai BN Sarawak menghadapi pilihan raya negeri kali ke-10.

“Kita tidak sebegitu jahil untuk mengumumkan (pelan) peralihan dan kemudian menetapkan tarikh (melepaskan jawatan),” katanya.

NOTA:

kenyataan pahin kita ini ada banyak makna
pahin kata pakatan perangkap
kah kah kah bukan pakatan yang perangkap pahim
bukan pakatan yang lebong pahin
mat mongol yang perangkap pahin
mat mongol mahu pahin tarik diri
mat mongol baca kalau pahin kita ini masih berkuasa
makan sarawak akan jatuh ke tangan pakatan

pahin kita ini bijak
pahin kita ini hebat
kita mahu pahin terus berkuasa selama lamanya
sampai pakatan ambil kah kah kah