Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jan 7, 2011

Boleh Percaya Ke...??


15 Barangan Terkawal Sempena Tahun Baru Cina - Ismail Sabri -Mstar

PETALING JAYA: Lima belas jenis barang harga terkawal akan disenarai di bawah skim kawalan harga musim perayaan Tahun Baru Cina berkuatkuasa dua atau tiga hari sebelum perayaan itu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata antaranya ialah daging babi, ayam dan bawang putih.

"Proses menyenaraikan jenis barangan itu masih dilakukan mengikut populariti di kalangan masyarakat Cina dan akan diumum dua minggu sebelum Tahun Baru Cina," katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Pesta Tilam 'Barangan Jenama Antarabangsa Malaysia' ke-7 di Ikano Power Center, Jumaat.

Beliau berkata perbincangan akan dijalankan dengan pihak industri berkenaan bagi menetapkan harga barangan kawalan bergantung kepada permintaan pasaran.

Ditanya mengenai bekalan minyak masak, Ismail menasihati pengguna supaya tidak panik dan risau mengenai bekalan bahan itu kerana kerajaan telah menambah sehingga 84,000 tan metrik bekalan bulan ini.

"Kekurangan bekalan dijangka pulih dalam tempoh dua minggu kerana masih dalam proses pembungkusan dan penghantaran ke semua pasar raya dan kedai-kedai yang terjejas," katanya.

Beliau berkata masalah ini berikutan sebuah syarikat yang merupakan antara pemain utama dikesan menghentikan operasi secara mengejut sehingga menyebabkan 5,000 tan metrik minyak masak tidak dijual.

Beliau juga menolak spekulasi mengenai kenaikan harga bekalan minyak masak.

"Kabinet tidak pernah pun berbincang mengenai harga minyak naik dan kami tiada rancangan sebegitu...," katanya.

Berhubung peningkatan ekonomi domestik, Ismail Sabri menggesa pengeluar tempatan dan pengeluar peralatan tulen melabur bagi meningkatkan inovasi dan kawalan kualiti bagi memenuhi permintaan pengguna dalam dan luar negeri.

"Hanya menerusi inisiatif sebegitulah mereka dapat mengeluarkan produk yang dapat memenuhi keperluan gaya hidup dan kesihatan pelanggan," katanya. - BERNAMA

Nota :

Sanggup ke kita terus di tipu....??
Cakap harga tak akan naik....
Bukan ini yag pertama kali di umumkan....
Harga barang tak akan naik...
Tapi harga barang tetap naik jugak....
Cakap malaon ni boleh pakai ke...??
Susah lah bagi rakyat nak mempercayainya....
Apa pun...Kita tunggu dan lihat....!!!
Kah...Kah...Kah...!!

Cerdikkah Raja Kita....??


Prinsip Raja Berperlembagaan
Anwar: Sultan perlu dapatkan nasihat MB
-MR

Perbincangan tentang institusi Raja Melayu dalam alaf ke-21 perlu mengambil kira faktor sejarahnya. Malaysia bukan satu-satunya negara yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan - Yang Di-Pertuan Agung sebagai Ketua Negara, sementara kuasa raja tertakluk kepada perlembagaan. Raja yang berkecuali dari politik kepartian, dijadikan lambang tertinggi dalam sesebuah negara.

Di Malaysia, institusi Raja sering diheret ke gelanggang pergelutan politik kepartian. Bukan itu sahaja, pada ketika kuasa hampir dimonopoli sepenuhnya kerajaan UMNO-Barisan Nasional, pembangkang dan masyarakat sivil yang kebuntuan menjadikan istana sebagai pangkalan untuk menyekat kuasa regim BN. Misalnya, perhimpunan dan perarakan untuk menuntut pilihan raya yang adil dan BERSIH pada tahun 2007.

Strategi ini semestinya mengundang risiko. Bukan tugas yang enteng untuk meletakkan garisan pada batas "sistem Raja berperlembagaan", terutamanya dalam konteks masyarakat yang sarat dengan pelbagai akta untuk digunakan terhadap mereka yang berbicara mengenai kuasa institusi Raja. Pengaruh institusi Raja semakin terserlah, antaranya ketika rampasan kuasa kerajaan negeri Perak, sebelum kemelut perlantikan Setiausaha Negeri Selangor, baru-baru ini.

Ketua Pembangkang Parlimen, Anwar Ibrahim berulang kali menegaskan "semangat prinsip Raja Berperlembagaan", dalam wawancara bersama MerdekaReview di ibu pejabat PKR, semalam. Ahli politik yang cuba menampilkan diri sebagai pemimpin negara masa depan ini menghadapi desakan golongan pendukung politik baru yang progresif, di samping perlu berhati-hati dengan sentimen "kemelayuan" yang tidak boleh diperlekehkan.

Antara Rakyat dengan Raja

"Dia harus ditangani dengan hikmah. Mempertahankan hak rakyat dan juga memuliakan institusi raja," jawab Anwar dengan cermat, menjelaskan bagaimana convention perlantikan SUK selama ini menyaksikan hak rakyat diputuskan seperti mana yang diusulkan Menteri Besar, dan kemudian nama itu mohon perkenan Raja.

Beliau menyambung, "Dalam kes ini, usul Menteri Besar tidak berlaku. Maka kita sukar menerima. Di mana ada kuasa rakyat di sini? Apa erti pilihan raya? Apakah ini bermakna kita mengetepikan perkenan Raja? Tak benar. Tetapi bagaimana perlantikan dibuat tanpa usul daripada rakyat? Itu prosedur dia."

Bagaimanapun, upacara angkat sumpah SUK baru, Khusrin Munawi, calon yang tidak direstui kerajaan negeri Selangor telah berlangsung di Istana Bukit Kayangan, sebelum wawancara ini dijalankan. Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim yang menegaskan bahawa "kerajaan negeri tidak mahu terlibat dalam sebarang bentuk majlis atau keraian berkaitan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri" pada 3 Januari, akhirnya akur, walaupun mendakwa "hadir tidak bermakna rela" kemudiannya.

Anwar menjelaskan bahawa perbincangan dalam PR, bersama Lim Kit Siang (DAP) dan Hadi Awang (PAS) mencapai muafakat - menyerah kepada EXCO kerajaan Selangor untuk menyelesaikan kemelut ini.

Adakah Pilihanraya Di Malaysia Boleh Mengubah Apa-Apa..??



Nota:

Tak kan baru sekarang nak sedar....!!
Bahawa semua jentera kerajaan akan duigunakan untuk mengalahkan
pakatan rakyat !

Kalau pilihanraya boleh mengubah apa apa
Pasti telah lama pilihanraya di malaysia ini di haram kan...
Kah...Kah...Kah....!!

Rakyat Malaysia Terus Di Tipu....!!


NAJIB: SURUHAN JAYA BUKAN NAK TAHU SEBAB MUSABAB BENG HOCK MATI - MK

Kerajaan akan menubuhkan satu suruhanjaya diraja bagi menyiasat sama ada wujud pencabulan hak asasi dalam proses soal siasat mendiang Teoh Beng Hock, kata Najib Razak.

Suruhanjaya yang akan diwujudkan dengan terma-terma khusus itu, akan "meneliti dan mengkaji peraturan berkaitan soal siasat yang digunapakai oleh Suruhanjaya Pencegahan RasuahMalaysia," katanya
---------------------------------------------------------------
Kah...Kah... SATU MALAYSIA KENA TIPU LAGI.....

Kah...Kah... KELUARGA BENG HOCK PUN KENA KELENTONG JUGA....

Kah..Kah...APA GUNA TUBUH SURUHANJAYA DIRAJA....

Kah...Kah..RAKYAT NAK TAHU… MACAM MANA BENG HOCK MATI….

Kah...Kah...BUKAN MACAM MANA BENG HOCK DI SIASAT......

Woitt.....RAKYAT MALAYSIA …. TAK KAN TAK SEDAR SEDAR LAGI ….

Woittt....ORANG CHINA PUN TAK KAN TAK SEDAR LAGI KENA TIPU….??

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH....INI SEMUA AUTA BELAKA...MACAM MANA NAK BUAT SUPAYA RAKYAT TAK MARAHKAN KERAJAAN....KAH...KAH...KAH....!!

Nota:

Rakyat cuma nak tahu....
Samada Teo Beng Hock mati kerana apa...??
adakah kerana tercekik biji durian?
Atau tercekik tulang ikan?
Atau tercekik biji rambutan?
Atau dibunuh?

Kalau dibunuh..siapa pembunuh?

Ini yang seluruh negara nak tahu
Bukan nak tahu siasat ini guna cakap china atau
cakap tamil...
Kah...Kah...Kah....

Untuk Mu...Beng Hock...!!


Kes Teoh: K'jaan tubuh s'jaya siasatan diraja-MK

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penubuhan suruhanjaya siasatan diraja untuk mengkaji prosedur Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan kes Teoh Beng Hock dan sama ada berlaku pelanggaran hak asasi manusia.

Katanya, Peguam Negara juga akan memfailkan di Mahkamah Tinggi permohonan semakan keputusan inkues terhadap kematian Teoh.

Menurut perdana menteri lagi, beliau juga sedia menemui keluarga Teoh tetapi tidak pasti bila.

Pada Rabu lalu, mahkamah koroner membuat penghakiman terbuka berhubung inkues Teoh - iaitu beliau bukan bunuh diri mahupun dibunuh.

Pelbagai pihak kesal kerana setelah lebih setahun berlalu, punca kematian pegawai politik kepada seorang exco Selangor itu masih menjadi misteri.

Teoh, 30, dijumpai mati pada 16 Julai 2009 di tingkat lima koridor Plaza Masalam di Shah Alam selepas disoalsiasat oleh SPRM Selangor yang pejabatnya terletak di tingkat 14 bangunan yang sama.

Tenang : UMNO/BN Makin Terdesak...!!


Pengarah pelajaran Johor didakwa kempen untuk BN-MK

PAS Johor hari ini membuat laporan polis mendakwa Pengarah Pelajaran Johor, Markom Giran mengajak pengetua dan guru sekolah di sekitar DUN Tenang merayu undi untuk membantu BN dalam pilihan raya kecil hujung bulan ini.

Laporan polis itu dibuat oleh timbalan pesuruhjaya PAS Johor Zulkefli Mohamad di Balai Polis Labis kira-kira jam 10.45 pagi ini.

Turut hadir bersama-samanya, pesuruhjaya PAS negeri Datuk Mahfodz Mohamed dan ketua penerangannya Mazlan Aliman.

Dalam laporan polis itu, Mazlan mendakwa Markom telah menyalahgunakan kuasa sebagai pengarah pelajaran Johor untuk berkempen secara terang-terangan untuk BN.

Zulkefli juga turut menyerahkan rakaman video yang didakwa menunjukkan Markom berucap kepada para guru untuk tujuan tersebut

Sah...Tapi Tak Sah...!!


MB: Khusrin sah SUK, tapi...-MK

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini berkata beliau menerima pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru Datuk Mohammedd Khusrin Munawi sebagai sah di sisi undang-undang.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan negeri tidak akan membenarkan Khusrin mengangkat sumpah kerahsian, dan oleh itu tidak membolehkan beliau menghadiri mesyuarat exco negeri.

Khalid berkata, Khusrin tidak boleh mengangkat sumpah tersebut sehinggalah selepas Dewan Undangan Negeri diadakan untuk membincangkan pindaan terhadap Undang-undang Tubuh Negeri selangor berhubung pelantikan SUK.

Beliau diminta mengulas titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya isu pelantikan Khusrin tidak dipolitik dan disensasikan sehingga mengelirukan rakyat.

Menteri besar berkata beliau tiada sebarang masalah memberikan kerjasama, seperti dititahkan sultan.

Bagaimanapun, kata Khalid, perkara itu melibatkan hal pengurusan negeri.

"Tentang kerjasama, datang tengok beliau angkat sumpah, itu pun kerjasama juga," katanya.

Mengenai cadangan pindaan terhadap undang-undang tubuh negeri, Khalid berkata:

"Pertama, panggil bersidang di dewan. (Sama ada) sebarang resolusi dan rang undang-undang perlu dipersembahkan pada Sultan, jawapannya tidak."

Berhubung kuasa memanggil dewan bersidang, Khalid mengatakan perkara itu juga "terpulang pada speaker."

Ditanya tentang titah Sultan Selangor yang mahukan cadangan itu dipersembahkan terlebih dahulu kepada Baginda, Khalid berkata, ia hendaklah dimaklumkan pada speaker dahulu.

Bagaimanapun, tambahnya: "Tiap-tiap minggu saya jumpa sultan".

Khalid juga positif cadangan pindaan itu akan mendapat perkenan sultan.

"(Kita) tak perbesar (isu). Saya hendak betulkan perkara ini. Saya ingat Sultan pun setuju. Takkan tak setuju," katanya.

Dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor di bangunan SUK Shah Alam hari ini, Khalid enggan membuat spekulasi tentang hasil sidang itu nanti.

"Terpulang pada dewan, positifkah, negatifkah. Tapi saya tak boleh buat spekulasi," katanya.

Sementara itu, Khalid berkata SUK terdahulu, Datuk Ramli Mahmud tidak memaklumkan kepada kerajaan negeri berhubung pelantikan Khusrin.

Menurut kronologi komunikasi pelantikan Khusrin yang dikeluarkan oleh istana, Ramli berkomunikasi secara langsung dengan wakil-wakil Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan berhubung pelantikan tersebut.

Menteri besar berkata, isunya ialah perkara itu tidak diberitahu kepada beliau.

Katanya, Ramli tidak memberitahu beliau dan Sidek memilih untuk berurusan dengan Ramli sahaja, dan Ramli pula memilih untuk berurusan dengan Sidek tanpa pengetahuan menteri besar.

Ini, kata Khalid, merupakan salah satu isu yang membawa kepada masalah tersebut.

Ditanya sama ada ia merupakan satu tindakan sabotaj, Khalid menjawab: "Itu bergantung bagaimana anda menulisnya".

Beliau juga menolak dakwaan setiausaha sulit sultan Selangor, Datuk Mohd Munir Bani pagi ini bahawa beliau tidak membincangkan calon-calon SUK dengan suruhanjaya perkhidmatan awam lebih awal.

"Saya sudah berbincang dengan jabatan perkhidmatan awam sejak tahun 2009 ketika tempoh perkhidmatan Ramli disambung."

SUK Selangor : Sultan Atau MB Selangor Yang Berbohong...??


Bosan dan meluat apabila setiap membaca isu yang sama dalam akhbar dan di TV saban hari berkaitan isu SUK Selangor. Rakyat dapat membaca bahawa semua ini adalah angkara UMNO/APCO laknatullah kerana memang sejak dari dulu UMNO ini memang sudah berperangai macam Yahudi, kerjanya asyik membuat huruhara, mengganggu ketenteraman rakyat dan menindas serta menipu.

Dalam Al Quran tidak ada satu ayat pun melarang orang Islam berkawan dengan DAP tetapi yang ada ialah larangan berkawan dengan Yahudi (APCO), malahan golongan yang dilaknat ini adalah merupakan musuh Allah dan Rasul serta orang yang beriman dan bertaqwa. Tetapi UMNO telah menaiktarafkan puak mereka menjadi golongan yang turut dilaknat kerana mengambil Yahudi sebagai penasihat dan rakan sebantal.

Akibat angkara UMNO jugalah muncul wira-wira baru yang jelas kesesatan aqidah, kesyirikan malahan mungkin sudah ke taraf murtad apabila golongan yang bersekongkol dengan Yahudi ini mahukan seorang ADUN di Selangor dihukum bunuh kerana kononya menghina Sultan Selangor.

Patutnya puak mereka inilah yang di hukum bunuh kerana cuba mengubahsuai hukum Allah. Hukum mana, ayat mana dan ulama mana yang membenarkan mereka ini meminta Adun tersebut di hukum bunuh? Yang jelas dalam Quran bahawa orang (pemimpin UMNO) yang menghina hukum-hukum/syariat Allah, menghina sunnah Nabi itu yang wajib dihukum bunuh, mereka sudah boleh dikategorikan sebagai murtad, mengapa dibiarkan?

Apakah Sultan lebih tinggi dan mulia kedudukanya dari Allah dan Rasul? Dari segi mazhab pegangan UMNO memang jelas dan nyata mereka meletakan kedudukan Sultan (yang boleh ikut cakap mereka) lebih tinggi dan mulia dari Allah dan Rasul.

Inilah golongan sesat lagi syirik dan sesuailah dengan kehendak APCO.

Kita lihat seolah-olah tindakan dan kenyataan Sultan tidak boleh dipertikaikan langsung walaupiun jelas salah dan bercanggah dengan undang-undang dan hukum agama asalkan tidak bercanggah dengan kehendak UMNO/APCO. Dimana aqidah kita semua? Yang tidak boleh dipertikaikan hanyalah dari Allah dan Rasul, itu yang mutlak dan kekal.

Selain dari itu wajib disanggah dan ditentang sekiranya jelas bercanggah dengan syariat Allah dan Sunnah nabi walaupun ianya datang dari Istana.

Tidak ada kompromi dalam solah aqidah, soal keadilan dan soal kebenaran. Ingatlah tiada istilah dosa atau derhaka rakyat terhadap Sultan yang jelas hidupnya penuh dengan kemungkaran dan maksiat pada Allah dan Rasul serta menyusahkan rakyat. Mereka senang-senang menggomolkan projek nilaian billion ringgit untuk anak beranak dan harta rakyat seperti hutan balak dengan sesuka hati sedangkan dalam masa yang sama rakyat yang tak makan, tak ada rumah, anak-anak tak sekolah kerana kimiskinan tidak langsung dijengah atau dipedulikan, inikah pelindung dan pembela orang Melayu?

Rakyat atau umat Islam hanya wajib diambil tindakan jika mereka menderhaka kepada pemerintah atau Raja yang warak, alim, zuhud dan sentiasa mengajak rakyat tunduk kepada undang-undang Allah dan mengajak manusia bersama melaksanakan serta patuh kepada perintah Allah. Rakyat juga tidak perlu patuh atau taat pada pemimpin-pemimpin yang seperti sekarang ini. Dalam UMNO boleh dikatakan semua pemimpin utamanya terlibat dengan pembunuhan, rogol, arak, judi, rasuah, menipu, berzina, memukul orang dan merampas harta rakyat. Inikah pemimpin yang diperintah oleh Allah untuk kita taati? Ini pemimpin yang akan membawa kita ke neraka sebenarnya, buka ke syurga.

Kita tahu, Sultan Selangor sama juga seperti bapa saudaranya Sultan Perak, mereka ini tidak akan berganjak dari menyebelahi UMNO walaupun apa yang terjadi. Mereka lebih suka melihat rakyat porak poranda dan kerajaan pakatan yang memerintah runtuh dan digulingkan. Mereka tidak pernah peduli bagaimana kerajaan UMNO meroboh rumah rakyat, meroboh surau dan masjid, menghalau rakyat miskin dan tinggal dibawah khemah daun pisang atau dalam reban ayam atau bawah jambatan. Yang mereka tahu apa yang mereka nak dari UMNO, mereka akan dapat.

Inikah yang dikatakan pelindung orang Melayu dan payung kepada agama Islam? Patutlah Melayu makin bangsat, terhina manakala Islam terus tercemar. Inilah balasan Allah kepada manusia yang ingkar dalam urusan melantik pemimpin dan ketua agama.

Dalam isu SUK Selangor, ramai yang percaya bahawa kenyataan YAB MB adalah benar, kerana tidak munasabah beliau berani memutarbelitkan segala perbincangan beliau dengan Sultan baru-baru ini. Penafian pihak Istana atas kenyataan Menteri Besar mungkin satu agenda dan perangkap yang dirancang oleh puak UMNO dengan kerjasama Sultan sendiri untuk memalukan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dan Menteri besar sendiri.

Sekiranya alas an Sultan mengapa Menteri Besar tidak memaklumkan terlebih awal nama-nama yang dicadangkan sebagai SUK, mengapa pula baginda setelah mendapat nama dari pihak KSN tidak menasihati KSN supaya berbincang dengan Kerajaan Negeri terlebih dahulu? Ataupun sebelum baginda memperkenankan nama yang dicadangkan oleh pihak KSN, baginda memanggil dulu Menteri Besar untuk berbincang dan meminta pandangan beliau? Ini semua adalah permainan dan muslihat dan licik nasihat dari APCO. Dari sini kita lihat kenyataan Menteri Besar adalah benar dan betul. Beliau telah diperangkap oleh pihak Istana atas desakan UMNO/APCO.

Nampaknya Istana sendiri mahukan kerajaan Pakatan Rakyat tumbang dan digantikan semula oleh UMNO seperti di Perak. Malanglah nasib rakyat Perak dan Selangor ber Sultan kan Raja yang begini. Jika UMNO kembali berkuasa di Selangor, yang pasti tarif air akan naik 37%, semua kemudahan yang mereka nikmati sekarang akan lenyap dan masjid serta surau akan kembali menjadi seperti tanah kuburan.

Kebanyakan kerajaan yang berkuasa semuanya khianat terhadap harta rakyat. Sebelum mengundi mereka merayu, masuk kampong dan ceruk minta rakyat sokong mereka, selepas menang dan berkuasa, semua harta rakyat terutamanya kawasan balak di berikan kepada pihak istana semahunya. Ini harta rakyat. Rakyat hidup susah, sepatutnya kawasan balak diberikan pada rakyat biarpun 10 ekar seorang untuk mereka mengubah hidup dan menampung kemiskinan keluarga. Mengapa diberikan kepada golongan yang sedia hidup mewah dan membazirkan harta itu? Kalau begitu, masa pilihanraya, pergilah ke istana minta undi dan sokongan. Bumi serta seisinya adalah milik Allah, bukan hak atau milik puak istana. Golongan istana dan kerabatnya di biarkan hidup makin kaya dan penuh dengan kemewahan dari harta rakyat, sedangkan rakyat pula dibiarkan kelaparan dan tidak dipedulikan. Projek-projek besar pula, sebut saja nak yang mana oleh istana, semuanya dapat tetapi dikelilingi oleh taukeh-taukeh Cina saja. Puak istana juga yang mengkayakan tokeh Cina. Rakyat tetap kelaparan.

Kita lihat saja permainan APCO dalam isu penggantungan Ketua pembangkang dan 3 orang MP baru-baru ini. Jelas dalam ketegangan di Parlimen dimana Speaker mengakui telah menggunakan kuasanya dalam aturan 44 (kalau tak silap) untuk tidak perlu memanggil Ketua Pembangkang dan saksi untuk membeli diri dan telah membuat keputusan muktamad. Speaker tidak sesekali menyebut bahawa beliau sudah bagi peluang kepada Ketua Pembangkang dan saksi untuk membela diri dengan bukti. Tidak ada dan tidak ada pun kenyataan itu.

Ini membuktikan bahawa Nazri telah berbohong dalam TV baru-baru ini. Memang dasar pendusta sama seperti rakan mereka APCO tu.
Ingatlah, Yahudi adalah musuh Allah dan Rasul Barangsiapa yang bersekongkol dengan Yahudi adalah juga musuh Allah, musuh Rasul dan musuh orang beriman. Sokong UMNO samalah seperti menyokong Yahudi dan termasuk golongan yang dilaknat.

Nota :

Kepada rakyat yang bermaruah dan beriman, jangan takut untuk mengkritik atau untuk ingkar pada arahan atau titah Raja jika terbukti ianya bercanggah dengan syariat Allah, bercanggah dengan kebenaran dan keadilan.

Yang wajib kita takut hanya pada Allah bukan pada manusia yang tidak pernah mengajak manusia untuk tunduk kepada syariat Allah dan Sunnah Nabi.

Tanpa rakyat, mustahil adanya Raja. Jangan kita jadi Melayu bangsat, haprak dan hina seperti Melayu UMNO.

Hanya Rais Yatim Yang Tahu...!!


LAPORAN POLIS DESAK SIASATAN DAN TINDAKAN TERHADAP PENDEDAHAN KAIT MENTERI DENGAN KeJADIAN ROGOL PEMBANTU RUMAH

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini tampil mengambil peranan selaku warga negara yang bertanggungjawab untuk membuat satu laporan polis mengenai wujudnya laporan mengaitkan anggota kabinet Malaysia dengan kejadian merogol pembantu rumahnya warga Indonesia.

Dokumen dilampirkan. Kejadian sekitar tahun 2007 ini menjadi perhatian apabila didedahkan oleh wikileak dan kemudian dilaporkan semula secara agak lengkap di http://rockybru.com.my dan http://bigdogdotcom.wordpress.com/

Setelah carian lanjut dibuat saya memperolehi dokumen lengkap seperti dilampirkan dimana dengan jelas menyebut nama YB Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim.

Laporan polis ini dibuat untuk mendesak PDRM membuka fail siasatan dan memulakan siasatan. SAMM mengambil tanggungjawab tampil untuk membantu PDRM memulakan siasatan berkenaan kes ini.

Seseorang tidak bersalah sebelum dibuktikan bersalah, dalam perkara ini mangsa pertama ialah Dr. Rais Yatim sendiri, beliau belum dibukti bersalah namun boleh dikatakan hampir semua blog dan cakap-cakap mulut sudah menyebut nama beliau sebagai terlibat kes rogol. Namun kesalahan beliau ialah terus membisu berdiam diri. Selaku Menteri 'budaya seni warisan' seharusnya beliau faham budaya rakyat Malaysia iaitu diam tanda setuju. Maka beliau tidak boleh menyalahkan rakyat yang mengaitkan beliau kerana beliau sendiri berdiam diri. Ini berbeza sekali apabila baru – baru ini dalam satu posting blog di http://rockybru.com.my mengenai skandal pemberian kontrak, Dr. Rais telah membuat laporan polis.

Penyiasatan polis boleh membantu Dr. Rais membersihkan namanya. Namun jika polis juga tidak menyiasat maka ia mengundang persoalan lebih besar iaitu kemungkinan wujud perlindungan istimewa terhadap kejadian jenayah yang dilakukan oleh Menteri.

YAB Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri harus segera menyatakan pendirian dalam perkembangan ini. Jika Dr. Rais terus berdiam Najib seharusnya menggantung Dr. Rais sebagai anggota kabinet sehingga siasatan selesai. Itupun jika Najib berani melakukan perkara tersebut untuk membuktikan beliau benar dengan proses transformasi penambah baikan negara.

Kes ini jika gagal ditangani dengan baik akan sekali lagi menjadi punca konflik Malaysia – Indonesia jesteru itu rakyat seharusnya tampil un tuk mendesak penyelesaiaan dan penyiasatan serta tindakan terhadap kes ini.

Pada mulanya SAMM ingin mendedahkan identiti 'mangsa' rogol tersebut, tetapi setelah difikirkan soal maruah mangsa dan lebih lagi apabila mendapat isyarat dari keluarga mangsa yang kuatir akan menerima nasib seperti Altantuya maka identiti mangsa dirahsiakan.

Samm mendesak agar siasatan yang telus dan bebas dijalankan oleh pihak berkuasa tanpa sebarang campur tangan pemimpin tertinggi seperti yang didakwa berlaku sebelum ini.

Di mana-mana negara di dunia sekalipun, tiada pemimpin yang boleh menghalang keadilan daripada ditegakkan tetapi malangnya di Malaysia, ada pemimpin tertinggi yang cuba melindungi kejadian rogol.

SAMM menyatakan sokongan atas nama kemanusiaan kepada pihak Kedutaan Indonesia, pihak berkuasa di Indonesia, pertubuhan NGO Migrant Care yang berpangkalan di Jakarta dan pihak-pihak terlibat agar berusaha menegakkan keadilan bagi warganya yang teraniaya. SAMM sudah menghantar surat menyatakan kesediaan membantu.

Cuma persoalannya kini adakah kes Robengah ini akan terus kekal 'misteri' tanpa penyiasatan ? Jika ini berlaku maka anak muda wajar bersama menumbangkan Regim Bn ini kerana apa lagi harapan masa depan jika perogol dipertahan dan diberi jawatan Menteri !

Harap ia tidak jadi 18 kes berprofile tinggi yang pernah didedahkan kewujudanya oleh Dr.Rais ketika menjadi menteri Undang-undang yang terus disenyapkan kerana mendapat perlindungan istimewa.

Jika dalam masa 14 hari tidak ada tindakan susulan maka SAMM telah sedia untuk membuat tindakan susulan demi membela maruah negara dan keadilan kemanusiaan yang akan diumumkan kelak.

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)


Nota :

Siapa Perdana Menteri Malaysia...??


PILIHAN RAYA TIDAK PERLU MASA TERDEKAT : MAHATHIR – UM

Mahathir Mohamad berkata, Pilihan Raya Umum ke-13 tidak perlu diadakan dalam masa terdekat, meskipun wujud pelbagai isu politik yang hangat pada tahun lepas.

"Sama ada pilihan raya umum perlu diadakan dalam masa terdekat, ataupun tidak, masalah seperti ini (isu politik panas) akan tetap timbul juga.

"Adakah kerajaan bersedia mengadakan pilihan raya umum lebih awal (dalam senario politik sekarang)," katanya ketika ditanya sama ada pelbagai isu hangat yang melanda negara tahun lepas.
-----------------------------------------------------------------
Woit… BETUL LAAA MALAYSIA INI ADA TIGA PERDANA MENTERI…...

Kah...Kah...PERDANA MENTERI JAGA OPIS NAMANYA NAJIB RAZAK….

Kah...Kah... PERDANA MENTERI BETUL NAMANYA MADEY MUHAMAD ….

Kah...Kah....PERDANA MENTERI YANG BETUL BETUL NAMANYA ROSMAH MANSOR

Kah..Kah....MAKA KITA WAJIB BERBANGGA JADI RAKYAT MALAYSIA….

Kah...Kah..AIMAN TAK KISAH....SEBAB HANYA MALAYSIA YANG ADA 3 PM....

Ini Cerita Si Bangang Dengan Si Penipu....!!


PERBICARAAN KHIR TOYO 6-24 JUN – BH

SHAH ALAM: Kes bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, berhubung pembelian hartanah daripada syarikat Ditamas Sdn Bhd, akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi di sini mulai 6 hingga 24 Jun depan.

Mohamad Khir didakwa mendapatkan untuk dirinya dan isteri, Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi, iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di alamat No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya, Datuk Shamsuddin Hayroni dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 pada harga RM6.5 juta.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor (ketika itu) di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

Dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan (KK) yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mohamad Khir adalah Menteri Besar Selangor ke-13 dan memegang jawatan itu dari Ogos 2000 hingga Februari 2008.ul Manaf.

Nota :

lihat berita ini
hujan tidak guruh pun tidak
tetiba berita ini muncul

kenapa?

dalam strateji menghasilkan berita
ini di panggil : melakar kegembiraan

bagini caranya:

selangor dalam krisis
gerombolan sedang menggugat kerajaan pakatan di selangor
dengan memasukkan towkay jual halal haram
ini pasti memarahkan penyokong pakatan rakyat
malah meyakinkan mereka bahawa tidak ada
jalan lain melainkan menghumbankan gerombolan

ini ditambah pula dengan keputusan bangang teoh beng hock
tidak membunuh diri dan tidak dibunuh?
jadi macamm mana anak china ini mati
satu negara tak percaya kesah dongeng ini

mati tidak dibunuh dan tidak bunuh diri
ini jadi bahan lawak
lebih bodoh dari lawak senario
lebih bangang dari isa samad

kes teoh beng hock ini memperkuatkan
azam dan tekad orang china untuk terus
menonggengkan gerombolan
ini akan ditunjukkan di tenang nanti
kita nanti dna lihat

lalu berita kes rasuah toyo muncul

berita ini untuk melakar kegumbiraan
nak bagi orang selangor gumbira
nak bagi china gumbira
nak bagi rakyat anti rasuah gumbira

tetapi kes rasuah toyo ini pun kes lawak
lihat betul betul kes ini:
ada mamat beli tanah dengan harga 6.5 juta ringgit
lepas itu mamat ini jual pada toyo tanah
yang sama dengan harga 3.5 juta ringgit

ini ertinya yang tuan jual tanah ini bodoh
jual lebih murah dari harga beli

bodoh bukan satu jenayah
bodoh tidak termasuk dalam kanun jenayah negara
yang bijak membeli ialah toyo

yang bangang dan bodoh ialah sprm
mendakwa kes bodoh
inilah sandiwara sebenarnya...
Kah...Kah....Kah