Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jul 11, 2011

Jom... Kita Beramai-Ramai Ke LTSM....!!


KUALA TERENGGANU - Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut akan mengiringi kepulangan Presiden PAS. Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang ke Kuala Terengganu, dengan penerbangan malam hari ini Isnin 11 Julai.

Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dijangka mendapat sambutan dari orang ramai sebaik tiba di lapangan terbang Sultan Mahmud.

Menurut satu pesanan ringkas (SMS) yang beredar, beliau akan disambut sebagai 'Wira Rakyat' kerana telah menjadi mangsa tangkapan polis ketika tutun ke jalan raya bersama rakyat dalam Himpunan Aman BERSIH 2.0 Sabtu 9 Julai.

"Sambutan Kepulangn WIRA RAKYAT Tuan Guru Hj Abd Hadi (Mangsa Tangkapan BERSIH) pada ISNIN- 11 Julai- 8 malam di lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu. Hadir beramai-ramai, pakai baju kuning,"menurut SMS tersebut.

Haji Wahid ketika dihubungi mengesahkan, beliau akan bersama dalam penerbangan yang membawa pulang Presiden PAS tersebut.

Ustaz Abdul Hadi juga, baru pulang sejak seminggu lalu, mengadakan lawatan ke Malaysia Timur bagi merasmikan penubuhan Kawasan-kawasan PAS yang baru di negeri Sabah dan Sarawak..

Bukti Kekejaman Polis...!!

Cukuplah Menipu....!!


91 YANG DITAHAN TIDAK DITANGKAP KERANA INGKAR - UM

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Tiewnama) — Tiada seorang pun daripada 91 individu yang dilarang berada di beberapa kawasan di Kuala Lumpur bagi tempoh tertentu semalam ditahan kerana melanggar arahan tersebut, kata Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh.

Ini kerana tiada sesiapa daripada mereka yang memasuki kawasan-kawasan yang dilarang untuknya yang ditetapkan bermula pada pukul 8 pagi hingga 6 petang, kata beliau dalam sidang akhbar di sini hari ini.

NOTA:

nampak bohong
jelas nak menipu
jelas melebong

ambiga
maria chin
tian chua
hadi awang
mat sabu
sivarasa

semua mereka dilarang masuk ke dalam kl
semua masuk dan semua kena tahan

jangan lah menipu....cukuplah...
jangan lah bodohkan orang melayu
dah ramai orang melayu bodoh
pagi ahad semalam dah 6,000 jadi bangang
kah kah kah

Bila Majoriti Senyap Bersuara...!!


NOTA:

facebook yang ter hot dalam dunia
facebook yang sedang mengatasi justin beiber
facebook yang membanggakan anak muda


100,000 PEOPLE REQUEST NAJIB TUN RAZAK RESIGNATION
atau
100,000 RAKYAT TUNTUT NAJIB TUN RAZAK LETAK JAWATATAN


persoalan?

siapa di belakang face book ini?
adakah tim sibertrooper Muhyiddin Yasin?
adakah tim penyokong kj?

Senyap Maknanya Setuju Dengan BERSIH 2.0...!!


NAJIB GESA MAJORITI SENYAP BANGUN NYATAKAN PENDIRIAN – MK

Najib Abdul Razak hari ini menggesa "majoriti senyap" di kalangan rakyat Malaysia, yang beliau dakwa menentang perhimpunan BERSIH 2.0 semalam, supaya menyatakan pendirian jelas mereka di ruang siber.

Katanya, sudah tiba masanya bagi mereka berhenti menjadi majoriti senyap, dan mengambil kesempatan daripada kemudahan di talian yang sedia ada seperti laman rangkaian sosial untuk menyuarakan pandangan mereka.

NOTA :

sila lihat laman ini:

http://www.facebook.com/pages/100000-People-Request-Najib-Tun-Razak-Resignation/223344854372583?sk=wall

dalam masa dua hari telah
lebih 90 ribu yang menjadi ahli

desas desus mula kedengaran
face book ini disponsor oleh tim siber muhyiddin

ada juga yang mengatakan bahawa kj juga terlibat
mempopularkan face book ini
kah kah kah

Polis Menipu...!!

POLIS: TIADA GAS PEMEDIH MATA DILEPAS DI HOSPITAL TUNG SIN - MK

Pemangku ketua polis Kuala Lumpur Amar Singh hari ini menafikan dakwaan bahawa polis melepaskan gas pemedih mata ke dalam perkarangan Hospital Tung Sin di sepanjang Jalan Pudu, walaupun terdapat bukti yang menunjukkan sebaliknya.

Beliau juga mempertahankan tindakan pegawainya dalam
menggunakan "kekerasan yang munasabah" untuk menyuraikan penunjuk perasaan, sambil berkata orang ramai melakukan memprovokasi terhadap polis.

"... Tidak ada gas pemedih mata yang dilemparkan. Saya nampak semuanya, saya ada di sana," katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat polis Kuala Lumpur

Nota:

>


tolong jangan tipu
mak cik dan pak cik felda
mereka dah lunyai kena tipu
kah kah kah

Jadikan Baju BERSIH 2.0 Sebagai Bahan Sejarah...!!


NOTA:

baju bersih yang digunakan pada 9 julai lalu
jangan di basuh
jangan ganggu gugat
keringkan elo elok

kemudian pergi kedai buat bingkai kaca
upah buat bingakai kaca
masukkan bajui bersih ke bingkai kaca

letakkan di ruang tamu
kerana tak lama lagi hari raya

nanti dihari raya tunjukkan pada
sanak saudara tentang sejarah
yang kita lakar bersama.

jangan lupa cari satu lagi
kerana setiap hujung minggu
kita semua nak pakai kuning