Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Nov 2, 2010

Berita Yang Buat UMNO Jadi Tambah Kalut....!!!


Tok Guru Islamkan 3 Orang Asal - HD

GUA MUSANG, 2 Nov:- "Aku bersaksi tiada tuhan selain Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah," demikian kalimah syahadah yang telah dilafazkan oleh tiga orang penduduk asal Kampung Sandrop dalam Program Muhibbah Menteri Besar Kelantan bersama Masyarakat Orang Asal semalam.

Majlis pengislaman mereka yang dihadiri lebih daripada 300 orang penduduk asal menjadi lebih bermakna apabila ucapan lafaz syahadah mereka dipimpin oleh YAB Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri dan disaksikan oleh calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed dan turut hadir pada majlis itu adalah Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan Exco kerajaan negeri, Abdul Fattah Mahmood dan Dr. Hatta Ramli, Ahli Parlimen Kuala Krai.

Ketiga-tiga saudara baru itu, Hashim Along, 32, Ramle Sabri, 20 dan Asot Jeli adalah berasal dari Kampung Sandrop juga.

Nota :

Alhamdullilah....
UMNO memang takut jika orang asli peluk islam...
Bila mereka peluk islam..maka wajib bagi mereka sokong PAS...
Tak lama lagi payahlah untuk kita lihat UMNO di kelantan...
Cuma kalau ada pun spesis yang begitu terancam seperti Awang adek, Stopa mamat dan Che Alwi...
Yang lain seperti Anuar Musa..Brahing Ali memang dah pupus dari bumi kelantan...
Kah...Kah...Kah...!!!

Orang Asli Tak Sanggup Jadi "Barua" UMNO/BN Lagi...!!!


Orang Asli 'ranjau' BN di Galas -MK

Untuk sekian lama, masyarakat Orang Asli dianggap sebagai 'simpanan tetap' dan kubu kuat BN, tetapi tetapi jika rungutan di peringkat akar rumput itu benar, maka mereka mungkin menjadi 'ranjau' yang mungkin menghalang, jika tidak pun, menjejaskan kemenangan BN di Galas.

Walaupun ramai menganggap mereka sebagai masyarakat sederhana dan tidak komplikated, mudah dipengaruhi oleh bantuan pihak pusat, tetapi Orang Asli, terutamanya di kalangan generasi baru, kini mempunyai aspirasi melepasi setakat menerima bantuan pihak persekutuan.

Seorang penduduk perkampungan Orang Asli Balar, Mustapa Alwie berkata hati masyarakat itu 'terluka' setiapkali mereka dianggap sebagai golongan miskin tegar.

"Setiap kali memberikan bantuan mereka selalu kata yang kami miskin tegar.

"Kami tidak miskin, jika kami miskin, kami tidak akan dapat datang ke sini," keluh Mustapa , 41, (kiri) seorang bekas tentera, yang juga setiausaha Umno cawangan di situ.

Beliau juga kesal kerana janji-janji yang ditunaikan oleh kerajaan persekutuan juga tidak seberapa dan bukan sesuatu yang konkrit.

Seorang penduduk Balar Seman aweng, 50, memberi contoh sebuah jambatan berhampiran perkampungan itu yang mereka pohon.

"Mereka bina sebuah jambatan kecil, yang tidak cukup besar pun untuk dilalui motosikal dengan selamat," katanya.

Seman menceritakan bahawa hubungan mereka dengan bantuan kerajaan persekutuan adalah seperti rumah singgah yang dibina di permulaan laluan menuju ke perkampungan Orang Asli di kawasan pedalaman.

"Mereka memanggilnya rumah 46 atau Rumah Sandang. Seorang lelaki bernama Sandang tinggal di sana dan menjaganya. Dia adalah orang kepercayaan ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah. Itulah tempat kami tinggal ketika kami datang ke bandar. Sekarang dia telah meninggal dunia dan tidak ada orang lain yang benar-benar menjaganya."

Walaupun seorang dari pejabat tanah ditugaskan untuk menjaga rumah tersebut, tetapi keadaannya tidak seelok dahulu dan kini dalam keadaan menyedihkan, dengan atapnya bocor dan lantai pula reput.

Menurut Mustapa, mereka telah mengundi dalam lima pilihan raya umum, tetapi hampir tiada apa yang boleh ditunjukkan hasil mereka menyokong BN.

'Tanah rayau' semakin susut

Jamali Along, 24, dari perkampungan Pasik, pula berkata walaupun
tanah diambil dari mereka dan penebangan yang berterusan sejak tahun 60-an dan 70-an, tetapi tidak memberi manfaat kepada Orang Asli.

"Jika kita bertanya mengapa tidak ada projek di tanah kami untuk kami, mereka kata ianya terlalu jauh dan membabitkan kos yang terlalu mahal. Tapi bila tanah kami diambil, mereka akan membangunkannya dan memberinya kepada orang lain, kami tidak dapat apa-apa.

"Hanya yang dapat kami lihat adalah jejak tayar dan debu kenderaan balak," kata Jamali (kiri).

Perhatian utama mereka pada masa ini, kata Mustapa, adalah tanah adat mereka atau tanah rayau Orang Asli bergantung untuk hidup, yang terus susut kerana penebangan balak dan pembangunan.

"Kami ingin bebas, yang penting adalah tanah rayau kami. Ini cara hidup kita. Kami ingin berjalan selama berhari-hari mencari sumber di hutan. Jika enam hektar, kita boleh berjalan hanya satu petang," keluhnya.

Nota :

Lain ulu, Lain Parang...
Lain Dulu, Lain Sekarang...

Ini semua kerja Allah....
Hanya Allah yang mampu memalingkan hati-hati manusia...
Bukan duit dan harta...
Asli dulu bodoh...Asli sekarang dah cerdik...
Bukan macam melayu...dulu bodoh..sekarang bangang...
Melayu dulu tak berapa cerdik...sekarang makin bodoh....
Kah...Kah...Kah....!!!

UMNO Menderita Di Landa Sindrom Anwarophobia...!!!


Pertemuan Clinton-Anwar: Kenapa cemburu ?- MK

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihak yang mempertikaikan cadangan pertemuan beliau dengan Setiusaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton sebenarnya tidak memahami proses demokrasi yang sebenar, lapor Suara Keadilan.

"Apa masalahnya? Kenapa mereka cemburu, Azizah pun tak cemburu saya bertemu dengan Hillary. Saya pergi ke India dan bertemu dengan Perdana Menteri Manmohan Singh, begitu juga semasa saya pergi ke Turki saya berjumpa Perdana Menteri Erdogan, kenapa tak bantah," kata Anwar pada sidang media di bilik gerakan PKR, di Sandakan hari ini.

Bernama melaporkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz sebagai berkata tidak salah bagi Hillary bertemu Anwar dalam kapasiti beliau sebagai ketua pembangkang.

Bagaimanapun Ahli Dewan Perwakilan Amerika Syarikat dari California Chuck DeVore menasihati Clinton supaya tidak menemui Anwar dalam lawatan rasminya.

Anwar dijangka mengadakan pertemuan dengan Clinton semasa lawatan rasminya ke Malaysia bermula esok untuk bertukar pandangan mengenai pelbagai isu antarabangsa.

Malaysiakini pada 30 Oktober lalu melaporkan Hillary akan mengadakan pertemuan dengan kumpulan NGO dalam lawatan rasmi sulungnya ke Malaysia minggu depan walaupun format perbincangannya masih belum ditentukan.

Ketua Informasi kedutaan AS di Kuala Lumpur Tina Malone yang dihubungi berkata masih belum dapat menjelaskan sama ada pertemuan tersebut akan dibuat dalam bentuk dialog.

Nota :

UMNO/BN tak ubah macam Junta tentera di Maynmar...!!!
Pemimpin luar langsung tak di benarkan bertemu dengan pembangkang...

Hillary Clinton cuma nak bertanyakan DSAI...Betul ke Rosmah tu janda...??
Kalau janda...berapa ramai anaknya...??
Betulkah Rosmah tu First Lady of Malaysia...?? Itu aje...tak payahlah nak takut...
Kah...Kah...Kah...!!!

Ya Allah...Menangkan PAS Di Galas...Hancurkan BN Di Batu Sapi....!!!!


MAKKAH AL-MUKARRAMAH - Jamaah Haji terutama di kalangan ahli dan penyokong PAS akan menganjurkan solat hajat di Masjid al-Haram.

Jurucakap Harakah, Sazali Mohd Noor berkata beberapa orang para jamaah haji yang ditemuinya di Makkah menyatakan kesediaan menganjurkan solat hajat tersebut.

Menurutnya, solat hajat tersebut memohon pertolongan dari Allah SWT bagi kemenangan PAS dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas yang akan diadakan pada 4 November ini.

Pengerusi Majlis Tindakan Dun (MTD) Jabi, Ustaz Ismail Awang Teh berkata para jamaah ahli PAS yang sedang menunaikan haji di sini akan berdoa di hadapan Ka’abah bagi kemenangan Islam khususnya pilihan raya kecil di Galas.

“InsyaAllah, kami di sini, bersama ahli-ahli PAS yang ada, akan bermunajat di hadapan Allah, untuk kemenangan Islam, terutamanya dalam menghadapi pilihan raya kecil Dun Galas,” jelasnya.

Ustaz Ismail yang juga Mudir Maahad Tahfiz Matla’in Badrain berharap agar semua petugas PAS khususnya dari Dun Jabi dan PAS Kawasan Setiu, bertemu pengundi di kawasan Peti Undi yang diamanahkan.

Menurutnya, kemenangan boleh dicapai dengan usaha dan jerja yang tersusun serata bertawakal kepada Allah SWT.

Manakala, Ketua Cawangan PAS Banggol Peradong, Ustaz Wan Abdullah Wan Abdul Rahman berkata akan bersama-sama menunaikan solat hajat memohon pertolongan Allah bagi memenangkan Islam dan PAS.

Menurutnya, kemenangan PAS di Galas penting kerana ia merupakan kemenangan kerajaan Islam di Kelantan.

Beliau yang ditemui di kawasan penginapannya di Shabie Ahmad berhampiran Masjid Kuching berkata, akan bersama-sama dengan roh perjuangan meski pun tidak dapat bersama para petugas parti di Galas.

“Saya dan jamaah terdiri ahli dan penyokong PAS di sini, InsyaAllah akan menunaikan solat hajat dan berdoa semoga Allah memberikan kemenangan kepada calon PAS, Dr Zulkifli Mohamad,” jelasnya.

Ustaz Wan Abdullah yang juga Imam Masjid Kampung Banggol Peradong menyeru agar seluruh tenaga para petugas pilihan raya kecil Dun Galas memberikan fokus ‘dakwah’ kepada orang-orang bukan Islam dan orang asal (Asli).

Sedarlah Sebelum Terlambat....!!!


HARGA PETROL RON 97 NAIK 5 SEN - MK

Harga petrol RON 97 dinaikkan 5 sen lagi mulai esok. Berikutan itu, harganya kini RM2.15 seliter, demikian menurut laporan.
.
Bagaimanapun harga pertrol RON 95 dan diesel tidak berubah.

Ini adalah kenaikan pertama harga minyak selepas kenaikan "5-dalam-1" pada 15 Julai tahun ini, yang bertujuan untuk mengurangkan beban subsidi kerajaan.

Pemotongan subsidi merupakan sebahagian daripada rancangan kerajaan untuk mengurangkan subsidi untuk barangan keperluan seperti yang dicadangkan oleh Idris Jala.

Nota :

Ini adalah hadiah istimewa BN kepada pengundi Galas & Batu Sapi....
Kalau nak sedar..sedarlah....
Kalau tak sedar jugak...lantak kaulah....Undilah BN lagi...
Jadilah pengundi yang bijak...
Pengundi yang cerdik pasti akan tolak BN..
Say no to BN...

Hari Ini Dalam Sejarah...!!!


ROSMAH PEMANGKU PM JADI TANDA TANYA - HD

Tindakan i Rosmah Mansor mewakili Perdana Menteri dalam majlis yang tidak boleh disertainya menimbulkan pelbagai persoalan kini apakah beliau adalah pemangku perdana menteri.

"Saya keliru. Jika PM tidak sihat, bukankah sepatutnya timbalan perdana menteri yang mewakili beliau dan kerajaan, dan bukan Rosmah? Atau dia (Rosmah) pemangku PM," kata Malik Imtiaz Sharwa seorang peguam terkenal dalam twitternya.

Semalam, Rosmah telah berucap mewakili PM di Karnival Deepavali 1 Malaysia di Litle India dekat Brickfield.

Dalam majlis itu, Najib melalui teks ucapan yang dibacakan oleh isterinya berjanji akan membantu orang India di negara ini.

Nota:

Para wartawan sila tanya soalan inibila terjumpa Rosmah :
Soalannya ialah - "Maaf Datin Puan Seri.. saya dari majalah
keluarga bahagia ingin bertanya dan ingi tahu...berapa ramai
anak mak datin seri …???”
Kah...Kah....Kah....!!!

Bukti Slogan 1 Malaysia Adalah Pembohongan UMNO....!!!



Nota :

UMNO kata kita tak perlu undi china atau undi india
untuk menang....
Tentu ada rahsia yang tersembunyi..?
Mesti ada rahsia...Apakah rahsia itu...?
Rahsianya ialah kerana UMNO bergantung harap pada pengundi hantu....
Kah....Kah...Kah....!!!

UMNO Jakun...!!!

Ini cara penyokong kerajaan PR berdemo...sopan dan berdisiplin...!!!Ini pulak cara orang jakun (UMNO) berdemo...nampak sangat tak pernah berdemo..lagak samseng dan kurang ajar...

TUNJUK PERASAAN DI DUN PULAU PINANG - MK

Sekumpulan kira-kira 100 orang yang mewakili peniaga di Komtar dan ahli Parti Cinta Malaysia mengadakan bantahan di hadapan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pagi ini.

Mereka membantah kenaikan tarif air dan isu pengambilan tanah di Balik Pulau. Penunjuk perasaan juga menuntut untuk berjumpa dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tetapi dihalang oleh dua pagar yang berkunci di luar bangunan itu.

Nota:

Kesian dengan madey...
Madey kata tunjuk perasaan bukan budaya kita....
Sekarang UMNO pun telah pun menerima hakikat....
Bahawa tunjuk perasaan dan berdemo adalah budaya politik kita....
Berlatih lah jadi pembangkang dari sekarang...
Nanti taklah kekok nak berdemonstrasi...
Kah....Kah....kah...!!!

Satu Lagi Projek BN Tipu Melayu....!!!


MELAKA MAJU : ALI RUSTAM DIDAKWA TIPU RAKYAT - MK

Ali Rustam diminta membuat penjelasan tentang kenyataan Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD) yang menafikan badan tersebut mengiktiraf Melaka sebagai negeri maju, lapor HarakahDaily.

Sebelum ini, kerajaan negeri Melaka mendakwa OECD sebagai badan bebas telah memberikan pengiktirafan bahawa Melaka telah mencapai status negeri maju pada 20 Oktober lalu.

Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan PAS negeri, Yusof Wahab berkata perkara itu adalah serius kerana membabitkan imej kerajaan negeri dan maruah rakyat negeri Melaka.

"Mana mungkin kerajaan negeri mengisytiharkan Melaka negeri maju tanpa black and white dari badan bebas itu, ini dah kira masuk bakul angkat sendiri,” katanya.

Menurut beliau, rakyat negeri Melaka berasa tertipu dengan penafian OECD itu dan kerajaan negeri mesti membuat penjelasan mengenainya.

Nota:

SPRM sila siasat....ini satu kes tipu...
Dah berapa banyak duit di belanja masa nak buat peristiharan?
Mustahil sprm tak baca akhabar...
Kalau dulu di ipoh surat layang pun disiasat...
Kes ini ada kenyaataan resmi dari OECD...
Tak kan SPRM takut dengan OECD pulak...
Kah....Kah....Kah....!!!