Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير

Dec 5, 2010

Spesis UMNO/BN Kini Di Penghujung Jalan....!!!

Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Muhyiddin Yassin pernah berkata Umno sudah mula pulih, Tapi nampaknya hanya cakap sedap mulut saja.Tidak lebih daripada itu.

Mengapa tidak? Jika umno sudah pulih mana mungkin Najib dalam mesyuarat MT UMNO memutuskan untuk menangguhkan pemilihan semua peringkat, pusat, bahagian dan cawangan pada tahun depan.

Sahlah tahun 2011 ialah tahun yang sangat malang bagi UMNO, sebab itu diisytiharkan penangguhan pemilihan parti untuk mengelakkan berhadapan dengan kemelut yang pernah berlaku sebelum ini agar tidak berlaku lebih parah lagi yang disebut "medan pergelutan politik".

Perdana Menteri berkata Umno juga tidak mahu menjadikan tahun depan sebagai medan pergelutan politik yang boleh menimbulkan perbalahan dalam Umno walaupun parti yakin perkara itu dapat dibendung.

Beliau tidak mahu berlaku keadaan yang begitu tertekan seperti mana berlaku pada sebuah parti politik yang lain, jadi di ambil keputusan supaya tangguh pemilihan berdasarkan kepada perlembagaan parti yang membenarkan berbuat demikian.

Nota :

Majlis Tertinggi Umno yang bermesyuarat memutuskan untuk menangguhkan pemilihan 2011 yang dijadualkan diadakan bermula awal tahun depan selama 18 bulan bagi membuat persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang dijangka akan diadakan pada awal tahun 2012.

Langkah itu walaupun lazimnya diambil oleh Umno menjelang pilihan raya umum pada masa-masa lalu tapi ia jelas bahawa umno belum benar benar pulih dari kemelut yang menjadi factor hilangnya sokongan pengundi China undi penentu mempertahankan Putrajaya dalam pilihanraya umum ke 13 nanti..

Berita Yang Masih "Fresh" Dari Masjid Negara....!!


Presiden PSM, Dr Nasir Hashim dan setiausaha agungnya, S Aruthcelvan antara tiga orang yang ditahan kerana didapati memakai baju merah.

Mereka ditahan pada kira-kira jam 11.30 pagi di sekitar KL Sentral.Ketika ditemui, Nasir memberitahu : "Saya tak pasti (ditahan). Polis halang saya (bergerak) sebab pakai baju merah."


Apabila dihubungi setengah jam kemudiannya, Dr Nasir yang juga ADUN Kota Damansara mengesahkan mereka ditahan dan dibawa ke balai polis Petaling Jaya.

"Mereka kata ianya perhimpunan haram. Tapi kami hanya tiga orang sahaja," katanya.

Sementara itu, polis mengadakan sekatan jalan raya ekoran rancangan kerajaan Pakatan Rakyat untuk mengadakan perhimpunan di Masjid Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong membantah kenaikan kadar bayaran air.

Manakala di Stadium Merdeka, kira-kira 200 penyokong Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) berhimpun mulai jam 11.50 pagi tadi.

Polis kemudiannya mengarahkan mereka bersurai. Kemudian selepas berunding dengan polis, mereka menaiki dua kenderaan ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum mendakwa penyelewengan Kerajaan Selangor.

Sementara itu, di tempat lain di sekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam, Selangor, sekatan jalan raya diadakan untuk menghalang orang ramai daripada menghadiri protes kenaikan harga air dan penyerahan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Penganjurnya sebelum ini berkata, mereka akan berarak dari Masjid Negara menuju ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum tersebut.

Menurut bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Badrul Hisham Shaharin, beberapa orang 'marsyal' telah ditahan. Beliau menggesa peserta lain supaya bertenang dan meneruskan perjalanan mereka ke Masjid Negara.

Menurut tweet ADUN DAP Kampung Tunku, Lau Weng SAN, seorang jurugambar TV Selangor turut ditahan.

Ampun Tuanku...!! Sembah Patik Harap Di Ampun...Tuanku...!!!


Memorandum
Isu Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air di Selangor Darul Ehsan

Kepada:
Duli Yang Maha Mulia
Tuanku Al-Wathiqu Billah Al-Sultan Mizan Zainal Abidin
Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah
Yang Dipertuan Agong, Malaysia

Daripada:
Rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Kerajaan Negeri
Selangor Darul Ehsan

2010

Dengan nama Allah s.w.t., Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., pesuruh Allah s.w.t. yang sangat mencintai dan menggesa umatnya berlaku adil.

Assalamu'alaikum w.b.t.
Ampun Tuanku beribu ampun, sembah rakyat harap diampun.

Dengan keinsafan bahawa kehidupan asasi manusia cukup bergantung dengan akses kepada air yang bersih pada kadar harga munasabah,

Dengan kesedaran perkembangan kos sara hidup rakyat kian meningkat berbanding pendapatan,

Dengan ketegasan menentang penyelewengan, salah guna kuasa dan kepura-puraan,

Dengan iltizam menegakkan sebuah kepimpinan yang prihatin, telus, bertanggungjawab, cekap, dan menghormati semangat dan amalan Persekutuan;

Maka dengan ini kami, Rakyat dan Kerajaan Negeri Selangor, berkumpul marafak sembah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku untuk menyampaikan suara hati kami terhadap isu Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air di Selangor Darul Ehsan.

Ampun Tuanku beribu ampun, sembah rakyat harap diampun.

1) Mengembalikan Hak Air kepada Rakyat

Kami, mewakili 150,000 rakyat Selangor yang telah menurunkan tandatangan sebagai tanda sokongan kepada Memorandum ini dan juga keseluruhan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang mendapatkan perkhidmatan air yang sama, menuntut keadilan untuk diri kami membetulkan kesalahan dalam penswastaan Industri Perkhidmatan Air yang telah dibuat, sehingga menyebabkan kualiti dan perkhidmatan air yang teruk serta peningkatan tarif air pada kadar yang tidak munasabah. Justeru, kami menuntut kualiti air dan Perkhidmatan Air yang bersih pada kadar yang munasabah, dengan mengambil kira rakyat miskin serta mereka yang berpendapatan rendah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Kami merafak sembah memohon Tuanku menitahkan agar Hak Air ini dikembalikan kepada rakyat melalui pengambil-alihan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

2) Mematuhi Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA 2006)

Kami merafak sembah memohon Tuanku mendokong semangat dan matlamat Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 yang telah menjelaskan keperluan Industri Perkhidmatan Air ini distrukturkan semula secara holistik dan diuruskan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Sesungguhnya, Akta ini telah dirangka dan diluluskan dengan tujuan membetulkan kesalahan yang dibuat semasa menswastakan Industri Perkhidmatan Air sebelumnya. Kami merafak sembah memohon Tuanku mengingatkan Kerajaan Persekutuan agar tidak berdolak-dalik tentang keputusan ini.

3) Menghak-upayakan Rakyat

Perjanjian konsesi yang ditandatangani pada tahun 2004 antara Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (“SYABAS”), Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor mengandungi sejumlah persoalan yang jelas menunjukkan SYABAS tidak pedulikan kebajikan rakyat seperti kenaikan tarif air pada kadar yang tinggi (37% pada tahun 2009, dan 25%, 20%, 10% serta 5% pada 2012, 2015, 2018 dan 2021). Perjanjian ini seharusnya dirundingi dengan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kerana mereka adalah penerima kesan utama daripadanya. Kami merafak sembah memohon Tuanku menghak-upaya rakyat dengan memastikan bahawa sebarang perjanjian baru yang mahu dibuat perlulah dirunding dengan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sebelum dimuktamadkan.

4. Mengembalikan Kuasa Kerajaan Negeri

Perkhidmatan air yang telah dimasukkan dalam Senarai Bersama Perlembagaan Persekutuan 1957 memberikan kuasa bersama Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan dalam hal berkaitan. Kami mendesak Kerajaan Persekutuan untuk menghormati semangat Persekutuan ini dan kuasa yang dimiliki oleh Kerajaan negeri dalam isu berkaitan perkhidmatan air ini, dan jangan berdolak-dalik menentang Kerajaan Negeri Selangor. Kami merafak sembah memohon Tuanku untuk mengembalikan kuasa Kerajaan Negeri Selangor dalam hal ini.

5) Menghapuskan Kronisme

Telah menjadi persepsi umum bahawa Kerajaan Persekutuan mengambil sikap menyebelahi sektor swasta, dalam kes ini syarikat tertentu, yang boleh disabitkan dengan amalan kronisme. Telah terbukti bahawa usaha membolehkan syarikat-syarikat penerima konsesi ini mendapat sejumlah keuntungan tertentu, mereka dibenarkan untuk menaikkan kadar tarif yang tinggi dengan pemberian jaminan pinjaman Kerajaan Persekutuan yang bermaksud rakyatlah menjadi pembayarnya. Rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kini perlu membayar kadar harga air yang tinggi, dan pembayar cukai Malaysia perlu menjamin risiko perniagaan SYABAS. Kami merafak sembah memohon Tuanku mengingatkan janji Kerajaan Persekutuan untuk segera menghapuskan kronisme.

Dengan mandat diberikan rakyat, Kerajaan Negeri Selangor bertekad untuk memastikan nasib mereka terbela. Dengan pengambil-alihan Industri Perkhidmatan Air ini, Kerajaan Negeri Selangor berjanji untuk mengusahakannya dengan cara terbaik untuk manfaat semua.

Sekianlah penjelasan daripada Kerajaan Negeri Selangor dan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang bersama mendoakan dan menyokong tindakan penting ini.

Menjadi harapan rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk melihat ia diambil perhatian serius oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Rakyat menjunjung kasih atas perhatian yang diberikan.

Sekian, terima kasih.
Daulat Tuanku.
5 Disember 2010.

Terkini Dari Masjid Negara..!!!


YANG PALING BARU

Penyokong baju merah ditangkap

Kira-kira 47 penyokong baju merah ditahan manakala yang lainnya 'berlindung' di dalam Masjid Negara apabila polis menyerbu untuk menyuraikan kira-kira 2,000 penyokong perhimpunan bantahan kenaikan harga air di Selangor.

Menurut ahli parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin, 32 orang dibawa menaiki trak pertama manakala 15 lagi dibawa menaiki trak kedua.

Mereka ditahan selepa kira-kira 300 anggota polis membuat serbuan pada jam 2.45 petang tadi apabila penyokong baju merah itu enggan bersurai selepas diarahkan berbuat demikian.

Mereka yang ditangkap itu tidak sempat melarikan diri manakala yang lainnya berebut masuk ke dalam ruang solat masjid untuk berlindung.

Penyokong baju merah yang berada di masjid itu terdiri daripada mereka yang berpatah balik ketika menyertai perarakan ke Istana Negara selepas pihak polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan merian air.

TERBARU

dr badrul amin telah berada dalam
masjid negara.

hampir 500 warga telah berada dalam masjid negara.

dr. badrul meminta orang ramai meletakkan kereta
jauh dari masjid negara dan sila berjalan kaki
ke masjid negara.

dr. badrul meminta orang ramai untk
menggunakan sistem pwengangkutan orang ramai

1 Malaysia : Rakyat Di Lupakan...Kroni Di Utamakan...!!!


ANAK Akan Ajar BAPAK Untuk Saman FELDA.....!!


5000 Peneroka Saman Felda Sedang Di Persiapkan - HD

KEMAMAN, 4 Dis: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) hanya menunggu beberapa minggu sahaja lagi untuk membawa sekurang-kurangnya 5000 peneroka ke mahkamah untuk menyaman Felda atas dakwaan melakukan penipuan.

Pengerusinya, Mazlan Aliman berkata, setakat ini 4000 peneroka sudah menyatakan kesanggupan untuk mengambil tindakan itu sekiranya diminta berbuat demikan.

"Ia bergantung kepada dua tuntutan kita kepada kerajaaan sehingga akhir Disember ini, kalau (kerajaan) masih tidak layan saman akan bermula," katanya yang mengakui telah menyediakan 30 peguam untuk menguruskan saman tersebut.

Kata Mazlan, dua tuntutan pihaknya kepada peneroka ialah pembayaran wang tanam semula kepada lebih 10 ribu peneroka yang masih belum diserahkan dan pengredan buah kelapa sawit dinaikkan kepada 23 peratus daripada 19 peratus mengikut piawaian sebenar.

Anak ketika ini terus menjalankan kaji selidik untuk mendapatkan jumlah semaksimanya peneroka yang masih belum dapat bayaran tanam semula daripada kerajaaan melalui pengedaran borang-borang kaji selidik ke seluruh negara untuk memastikan nama mereka tidak ketinggalan mendapat bayaran tanam semula.

"Mahkamah telah memutuskan kerajaan perlu bayar RM1700 seekar kepada peneroka untuk tanam semula, ini yang kita tuntut supaya kerajaan tunaikan kerana masih ramai (peneroka) belum dapat," katanya.

Begitu juga kata Mazlan dengan pengredan buah kelapa sawit, berdasarkan kes di Tanah Merah Kelantan terbukti berlaku manipulasi kepada harga perahan sawit yang merugikan peneroka.

Dalam kes tersebut, 14 peneroka Sungai Kemahang memenangi samannya ke atas Felda dan mendapat bayaran pampasan.

"Masalahnya sekarang kilang-kilang Felda masih melakukan perkara sama (pengredan perahan sawit) iaitu 19 peratus," kata Mazlan yang mendakwa telah membuat tinjauan ke beberapa kilang sawit Felda baru-baru ini.

"Maknanya walaupun selepas kes di Kemahang itu mereka tidak belajar apa-apa malah terus menipu peneroka," tambah Mazlan.

Ditanya tindakan saman itu boleh menjejaskan imej Felda dan seterusnya membentuk gambaran buruk kepada negara di mata dunia, Mazlan berkata beliau tidak boleh buat apa-apa kerana telah melakukan perundingan dan diplomasi.

"Saman ini adalah langkah seterusnya..apabila rundingan kita gagal dan tuntutan tidak dipenuhi, sekarang kita sedang tunggu respon kerajaan" ujarnya.

Dalam masa yang sama kata Mazlan, saman itu juga bakal membuka medan baru perjuangan Anak kerana mereka juga akan membuat semakan mahkamah berhubung bidang kuasa sebenar Felda berdasarkan Akta GSA 1960 (Group Settlement Act).

"Kita yakin banyak pelangaran dan salah guna kuasa dilakukan oleh Felda jika dirujuk kepada akta ini," ujarnya lagi ketika di program Himpunan Kebangkitan Rakyat Tertindas (Bangkit) anjuran Lujnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat di jalan Air Putih dekat sini.

Himpunan yang disertai kebanyakan peneroka felda itu telah dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa.

Sebanyak dua kertas kerja dan dua slot khas mengenai masalah tanah dan peneroka Felda turut diadakan sepanjang himpunan tersebut sebelum ditutup dengan ceramah perdana oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman.

Bawa marhaen ke jalan raya

Dalam pada itu, Mazlan juga tidak menolak untuk mengambil tindakan lebih keras dalam menuntut hak dan keadilan ke atas rakyat tertindas iaitu membawa mereka turun ke jalan raya.

Malah kata Mazlan, pendekatan itu ada dalam perbincangan pihaknya dan sebelum pilihan raya umum adalah waktu sesuai untuk melakukannya.

"Kita jangkakan sekitar bulan April ini, kalau suara kita melalui diplomasi tidak diberi perhatian" katanya.

Kata Mazlan, perarakan itu untuk menghantar memorandum kepada Raja-Raja khasnya Yang DiPertuan Agong.

"(Jika dibuat) Ia secara besar-besaran, melibatkan rakyat daripada Sabah dan Serawak, Ngo-ngo dan parti-parti politik.

"Apa yang kita mahu sampaikan, isu tanah ini perkara serius dan besar kepada rakyat. Bayangkan, ketika himpunan Anak di Sabah, ada orang datang dari jauh, tujuh hingga lapan jam perjalanan untuk menemui Anak, kerana apa? kerana rumah mereka sedang dimusnahkan, ada yang dibakar dan tanah mereka dirampas," kata Mazlan.

Nota :

Tak Payah harapkan BAPAK untuk saman Felda...
BAPAK Memang tak akan saman Felda...
Kalau BAPAK tak sanggup buat...biar ANAK yang buat...
Ini bukan sebarang ANAK...Ini adalah ANAK Jantan....
Tunggulah masanya nanti...baru felda tahu ini betul-betul ANAK jantan...
Kah...Kah...Kah...!!

Bukti Pemimpin BN Memang Zalim...!!


Projek Pusara Negara Peruntukan RM70 Juta-TKO

Rasanya ramai di antara anda dah tahu pasal projek Pusara Negara yang diletakkan bersebelahan dengan Tugu Negara.

Dan kos peruntukan yang diberikan untuk projek ini adalah sebanyak RM 70 juta. Cuma satu kami nak anda jawab. Perlukah?

Dalam projek Pusara Negara tersebut, akan disediakan 500 lubang kubur untuk VIP-VIP negara. 250 lubang kubur untuk orang Islam dan 250 lagi untuk VIP yang bukan islam. Kalau nak dihitung, satu lubang kubur bermakna RM 140,000 seorang. Banyak tu. Tempat nak mati je pun.

Sekali lagi kami ingin menyuarakan kekecewaan kami terhadap projek-projek kerajaan yang kami anggap, tidak relevan dalam waktu ini. Sudahla hidup membebankan rakyat, nak mati pun pun rakyat juga kena tanggung ke? Tak boleh fikir ke semua ini?

Sekalipun nak buat projek macam ini, perlulah di ambil dulu suara rakyat, samada menyokong projek tersebut atau tidak. Dan peruntukannya juga tak perlulah sebegitu banyak. Kalau dah tanah kerajaan kat sebelah Tugu Negara tu, dah sah-sah tak perlu banyak keluar duit. Takkan nak buat kubur pun, nak “tax” juga.Pakai main contractor dan sub-contrator bagai.

Perlu ingat sikitlah, RM 70 juta bukan sedikit. Kalau buat tambah baik prasarana dan kemudahan ataupun buat satu projek bertemakan ekonomi seperti membina peluang ekonomi untuk rakyat pun, lagi baik. Pakai kain kapan sutera ke atau lubang kubur bertatahkan berlian gelang ACK Konsortium ke sampai kos satu kubur RM 140,000.

Kami tak kisah kalau nak teruskan Projek Pusara Negara ini. Pada hemat kami, bagus juga untuk kita letakkan pemimpin-pemimpin yang betul berkaliber tak kira apa bidang dan jawatannya, samada berjuang untuk keselamatan negara dan sebagainya. Tapi, yang kami ragui, adakah ciri-ciri tersebut dalam pemimpin sekarang?

Kalau masa zaman pendudukan Jepun, komunis, mungkin ramailah yang memang layak untuk duduk dalam Pusara Negara ni. Tapi, kalau melihat keadaan sekarang, rasanya tak ada yang layak lagi. Lagi pun, lepas mati kita nak bertemu tuhan. Tak ada tanya apa jawatan, kubur kat Pusara Negara, harga kubur saya RM 140,000. Yang dihitung adalah amalan semasa di dunia.

Nota :

Dah macam zaman firaun pulak, tempat bersemadi nak berhias bagai sampai RM 140,000 seorang. Dekat negara lain pun ada juga tempat macam ini, tapi kos tak ada la sampai melampau. Agak-agak la sikit. Salahuddin Al-ayubi pun meninggal tak ada duit.Tapi pengorbanan,keperibadian dan perjuangan dia memang tidak dapat dinafikan. Hatta orang-orang Eropah juga kagum dengannya.

Secara jelasnya di sini, Projek ini perlu disemak semula kosnya. Tidak perlulah berlebihan.Ingat-ingat sikit.

Rakyat sedang bergelut dengan kenaikkan harga barang...
Pemimpin pulak bermewah-mewah dengan kubur yang mahal...
Tak ke ini zalim namanya...??
Dahlah masa hidup dok metangkedarah duit rakyat...
Matipun nak mentangkedarah duit rakyat jugak....
Ini dah melampau....Sedarlah sikit....
Tengoklah sikit apa yang berlaku pada rakyat di bawah sana...!!!

BERITA TERKINI DAN TERNOW DARI KL....!!!


BERITA YANG BARU MASUK DARI KL - jam 11.00

kontijen anak anak mahasiswa dari unisel
yang bergerak awal pagi tadi telah mula
masuk ke dalam kota kuala lumpur.

mereka kelihatan beerligar mencari tempat
bersantai.

pelajar dari ukm telah berkumpul di kl sentral
dari um masih tidak kelihatan
mungkin ini wilayah mereka lalu
mereka tahu lorong lorong untuk
ke masjid negara

PAGI INI JAM 10

kuala lumpur indah dan permai.

matahari menyinar terang.

cauaca santai dan indah

jam 10.25 - abang mat sabu kelitahan di pehentian keretapi
di hadapan masjid negara.

apakah bang mat bersubuh di masjid negara
tidak jelas.

LAPORARN TERBARU

yb tony pua kelihatan baru melintasi muzium negara menuju ke arah bangsar.
yb dr zul turun dari komuter di kl sentral
yb zuraida sedang mencari tempat letak kereta di dewan perhimpuan china

JALAN DITUTUP:

bualatan parlimen depan bank negara
jalan arah ke masjid negara telah ditutup
ini untuk membolehkan pejalan kaki menuju
ke masjid negara.

Jangan Lupa Tengahari Nanti Di Masjid Negara...!!


Nota :

Datang beramai-ramai....
Bawak semua sekali...
Jangan tinggal seorang pun kat rumah...

Untungnya Rakyat Bila Islam Memerintah....!!


Kelantan sedia RM300,000 biayai pengantin miskin-MK

Kerajaan Kelantan melalui Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri menyediakan peruntukan RM300,000 bagi membiayai 100 pasangan pengantin miskin yang ingin berkahwin di bawah Program Perkahwinan Perdana yang akan dilancarkan Sabtu depan.

Pengerusi jawatankuasa itu, Wan Ubaidah Wan Omar berkata ia sebahagian daripada RM1.5 juta yang disediakan kerajaan negeri di bawah program itu yang diluluskan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri baru-baru sebagai usaha menangani kadar perceraian yang agak tinggi di negeri ini setiap tahun.

Bantuan itu merangkumi pembiayaan hantaran bagi pihak lelaki bernilai RM1,000, tidak termasuk sumbangan lain seperti pembiayaan majlis kenduri, persiapan tempat dan peralatan pasangan pengantin, katanya ketika ditemui di majlis Forum Keluarga Rasulullah di Masjid Mukim Jeli, di Jeli hari ini.

Wan Ubaidah berkata antara pengisian program itu ialah siri ceramah, majlis ilmu dan motivasi yang berasaskan pendidikan kekeluargaan bahagia atau "mawaddah", yang bertujuan mewujudkan institusi keluarga yang bahagia hingga ke akhir hayat.

Tanpa menyebut jumlah sebenar pasangan umat Islam yang terbabit dalam kes perceraian di negeri ini, beliau berkata Kelantan menduduki tangga ke lima atau ke enam berbanding negeri lain.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata urusetia jawatankuasa itu juga sedang menyiapkan kertas kaji selidik atau senarai semakan bagi mengenal pasti masalah dan punca keruntuhan rumah tangga.

"Kertas kaji selidik atau senarai semak ini lebih kepada berasaskan konsep muhasabah diri di kalangan keluarga di seluruh negeri bagi mencari jalan penyelasaian untuk mengatasi masalah setiap keluarga," katanya.- Bernama

Nota :

Beruntung sungguh rakyat kelantan & kedah bila berada di bawah lembayung pemerintahan Islam...
Hidup pun jadi makin senang bila kerajaan banyak membantu...
Dari soal nikah kahwin hinggalah kepada soal nak masuk lubang kubur...
Semuanyan kerajaan pimpinan ulamak cuba selesaikan masalah yang mungkin timbul...
Rakyat terus merasakan diri mereka di hargai & nikmat berada di bawahnya...

Apa lagi cacat celanya pemerintahan Islam...??
Sampai sekarang pun UMNO tak boleh nak bagi jawapannya....
Dan sampai mampus pun UMNO tak mamapu menjawabnya...
Kah...Kah...Kah...!!!