Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Nov 22, 2010

Kekalahan PKR Di Hulu Selangor Ada Hikmahnya....!!!


Pembersihan 'pengkhianat' dalam PKR bermulaMK

Pemenang kerusi timbalan presiden PKR Azmin Ali berikrar untuk membersihkan parti itu daripada "pengkhianat" ekoran tindakan dalam pemilihan dua bulannya yang mencemarkan imej parti di mata awam.

Bercakap kepada parlimen di lobi Parlimen, Azmin (kanan) - kini masih naib presiden - berkata, "pembersihan" itu akan bermula serta-merta selepas kongres PKR Ahad ini.

Beliau mendesak anggota parti pimpinan Datuk Seri Anwar dan isterinya itu membangunkan "prinsip kesetiaan" demi memastikan semangat reformasi tidak diketepikan dalam parti itu.

"Apabila pemimpin bersifat khianat, bukan sahaja parti akan tercalar malah tamadun sendiri boleh tumbang.

"Cuba lihat di Perak. Apabila ada dua pengkhianat, bukan sahaja parti retak, malah negeri juga tumbang (kepada BN)," kata Azmin.

Katanya, parti mesti menginstitusikan latihan bagi menghasilkan kesetiaan dan menyerapkan ideologi parti kepada akar umbi.

Nota :

Apa yang berlaku semuanya ada hikmahnya....
Mungkin kita sebagai manusia tak pernah rasa nak fikir apa hikmahnya...
Kalaulah Zaid menang di Hulu Selangor....tentu lagi dahsyat jadinya...
Heboh satu Malaya..."Ahli Parlimen Hulu Selangor keluar PKR"....
Cuba kita bayangkan....apa akan jadi....??
Puak Munafikin Malaysia dah tentu bawa isu ini saban hari...
Bagi puak atas pagar pulak...dah tentu bertanyakan soalan yang macam-macam untuk kita jawab...
Yang teruknya kami orang PAS....kena jawab soalan yang bukan-bukan....
Maka..tak payahlah kita dok gusar...semua yang berlaku hendaklah kita yakin dalam hati bahawa Allah SWT buat sesuatu tentu ada hikmahnya...
Cuma kita kena lah rajin berfikir...jangan jadi malas...
Kalau memang dah malas...nasib kaulah....
Tak kuasa aku nak melayan.....Kah...Kah...Kah....!!!

Hanya Puak Munafikin Yang Tak Ingat Peristiwa Memali...!!!


PRESIDEN PAS RASMI MEMPERINGATI MEMALI – HD

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim antara tokoh yang akan mewarnai sambutan Majlis Memperingati 25 Tahun Memali.

Setiausaha Pemuda PAS Kedah, Ustaz Mohd Rosli Azmi berkata, perasmian majlis tersebut akan disempurnakan Abdul Hadi, esok, jam 9 malam. Turut menyampaikan ucapan ialah Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar dan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan at-Tantawi.

Manakala Anwar akan mengisi pentas pidato pada hari kedua program, 20 November bersama Timbalan Pesuruhjaya I dan Ketua Penerangan PAS Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi dan Datuk Ir Amiruddin Hamzah.

Pada malam terakhir, ceramah akan disampaikan oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub; Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi Abd Rani dan Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu.

Nota:

Al-fatihah untuk para syuhada memali

Memali akan dingati untuk kali yang ke 25
25 tahun dahulu United Malays National Organisation (UMNO)
telah mengarahkan polis dan tentera untuk menyerang orang kampong Memali
18 nyawa telah gugur syahid dan berpuluh puluh yang lain cedera

Memali adalah contoh bahawa dalam hal kuasa, modal dan wang ringgit
Agama dan bangsa tidak memiliki apa apa makna....
Peristiwa Memali juga perlu dijadikan tunjuk ajar jika masih
ada lagi berhajat untuk berpadu-padu....
Kah...Kah....Kah...!!!

Banyaknya Gelaran...."Penyanyi"..."Puaka"...."Pengacau"...Apa Lagi...??


Lantik Rosmah Jadi Menteri Agar Tidak 'Kacau' Kerajaan-HD

IPOH, 21 Nov: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disaran melantik isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai menteri supaya tidak ‘mengacau’ pentadbiran negara.

“Eloklah Rosmah disenaraikan oleh Najib sebagai mengisi kekosongan kerusi menteri penuh bagi melengkapkan rombakan yang akan diumumkan oleh Najib nanti.

“Kalau tidak, Rosmah akan terus menjadi pengacau dalam pemerintahan negara yang ada sekarang,” tulis Pengerusi Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim di dalam blognya.

Demikianlah, katanya Rosmah Mansor sebagai pemecah tradisi sebagai seorang isteri Perdana Menteri yang paling hebat dan berkuasa.

Justeru itu, tegasnya tekad Pakatan Rakyat bukan sahaja menjatuhkan BN dan Najib tetapi memastikan Rosmah bukan lagi menjadi pengacau kepada pemerintahan negara disayangi ini.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Perak mengulas kenyataan Rosmah Mansor yang memohon tempat di Asian University for Women, Bangladesh untuk pelajar wanita negara ini yang kurang berkemampuan.

"Insya Allah kalau ada peluang, saya akan cuba tempatkan empat ataupun lima wanita dari negara ini yang tidak berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran ke Asian University for Women.

"Ini adalah mustahak bagi pelajar wanita negara ini bertukar-tukar fikiran serta mengenali amalan budaya kaum-kaum di negara lain," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Istiadat Konvokesyen Kelima Unisel di Kampus Bestari Jaya di sini, semalam.

Menurt Khalil, sekali baca berita di atas nampak macam biasa sahaja tetapi sebenarnya untuk sekian kalinya Rosmah melangkaui tugas Menteri Pelajaran atau Menteri Pengajian Tinggi dengan membuat kenyataan yang langsung tidak ada kaitan dan bukannya tugas isteri Perdana Menteri.

“Kalaulah dia pandai dan sekolah tinggi sikit, kenyataan apapun yang melibatkan apa saja kementerian boleh dikeluarkan walaupun masih nampak jangalnya dengan cuma berlapikkan akan usahakan melalui kementerian yang berkaitan, dalam soal penghantaran pelajar dia boleh berlapik dengan katanya akan berusaha melalui Kementerian Pelajaran.

“Mana ada urusan hantar pelajar yang boleh diselesaikan tanpa ada campurtangan dari kerajaan dan dalam hal ini kementerian yang berkaitan ialah Kementerian Pelajaran,” ujarnya yang juga Adun Titi Serong.

Sebelum ini, katanya Rosmah dilihat beria-ia sangat dengan mendakwa dirinya wanita pertama negara sehinggalah dianjurkan persidangan wanita pertama dengan membelakangi Raja Permaisuri Agong sebagai wanita pertama yang sebenarnya.

Selain itu tanpa ada kementerian ‘Permata’ Rosmah mendapat peruntukan khusus sebanyak RM111 juta dalam Bajet 2011, satu jumlah yang besar walaupun hanya untuk prasekolah yang belum nampak hala tujunya.

Nota :

Cuba anda perhatikan gambar di bawah ini betul-betul....
Siapa First Lady yang Sebenar....???
Siapa Perdana Menteri yang Sebenar....??


Sendiri Mau Ingat....!!!


Rosmah undur diri jawatan canselor Unisel-MK

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini mengumumkan pengundurannya sebagai Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) bagi memberi tumpuan kepada pendidikan awal kanak-kanak melalui program Permata.

Rosmah berkata permohonannya untuk mengundur diri telahpun mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Ingin saya maklumkan bahawa ini adalah merupakan tugasan terakhir saya dalam Majlis Konvokesyen Unisel kali ini.

"Permohonan saya untuk berundur diri sebagai Canselor sehingga tamat tempoh lantikan telah mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Istiadat Konvokesyen Unisel Kelima di Kampus Bestari Jaya di Kuala Selangor, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Rosmah yang dilantik sebagai Canselor Unisel pada Feb 2006 akan tamat kontrak perkhidmatan Feb depan.

Nota :

Ini adalah kata-kata Azimat Rosmah pada UNISEL...Cuma baca tapi tolong jangan sedih ya..

"Rosmah berkata sejak menjadi Canselor Unisel lima tahun lepas, beliau menyaksikan banyak perkembangan dan kemajuan yang dikecapi institusi itu dalam memberikan ilmu pengetahuan kepada rakyat Malaysia.

"Perkembangan Unisel makin lama makin baik, jumlah penuntut pun makin ramai. Masa saya masuk dulu, Unisel hanya menawarkan kursus ijazah pertama tetapi sekarang mereka menawarkan kursus sarjana,"


Uhhh...Uhhhh...tak tahan betul bila membacanya....sedih semacam je rasanya...
Tolonglah jangan berundur...
Bukan senang nak dapat permata sebegini....
UNISEL mesti pergi jumpa sultan selangor...
Tolong sambung balik kontrak Canselor ni....
Uhhh...Uhhh....Uhhh....!!!

ANAK Tetap Akan Pijak Kepala BAPAK...!!!

Ini baru betul Anak Bapak....Muka sama...perangai pun sama...Anak Siapa Ni..? Nampak Iras muka macam siapa...?

Isu Felda kini boleh diadu pada BAPAK-MK

Biro Aduan Peneroka Kebangsaan (BAPAK) merupakan alternatif baru bagi menyalurkan aduan dan pendapat untuk warga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) sekiranya terdapat sebarang masalah, perkara dan isu yang membabitkan warga peneroka.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata penubuhan BAPAK yang merupakan biro di bawah Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) sangat dialu-alukan kerana ia boleh berfungsi untuk membantu menjelaskan dan menyelesaikan sesuatu isu itu dengan lebih cepat.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merestui penubuhan Bapak dan berharap ia memberikan faedah kepada semua warga Felda terutamanya menyelesaikan isu berbangkit atau dibangkitkan di kalangan warga Felda,' katanya dalam sidang media selepas merasmikan Bapak di Shah Alam hari ini.

Beliau berkata BAPAK dianggotai oleh 317 sukarelawan yang bersedia menerima aduan dan cadangan yang dikemukakan warga Felda tentang sesuatu isu dan berusaha menyelesaikan dalam tempoh paling minimum antara seminggu dan dua minggu hari bekerja.

Katanya BAPAK merupakan idea Pengerusi GWGF Tan Sri Rozali Ismail yang turut berbesar hati menaja segala perbelanjaan yang diperlukan oleh biro berkenaan.

Beliau berkata walaupun Felda mempunyai saluran aduannya sendiri, penubuhan BAPAK sangat relevan dalam menangani masalah lain yang dihadapi oleh warga peneroka seperti isu kebajikan dan pendidikan.

Katanya BAPAK yang beroperasi di Plaza SunwayMas di Seksyen 9 di Shah Alam, menerima aduan 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu melalui pelbagai kaedah termasuk faksimile, e-mel, SMS, portal atau talian bebas tol 1-800-88-4943.

Ahmad yang juga ketua penerangan Umno turut mencadangkan supaya GWGF menjadi anggota gabungan BN agar sama-sama dapat berjuang dan menjaga kebajikan serta masa depan warga peneroka.

Sementara itu, Rozali yang juga Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS) berkata beliau akan menulis surat kepada Dewan Tertinggi BN agar GWGF menyertai anggota gabungan BN itu.

Perdana menteri semalam mengumumkan bahawa Mesyuarat Dewan Tertinggi BN bersetuju meminda perlembagaan termasuk membuka penyertaan untuk anggota bersekutu, anggota bergabung, Kelab Sahabat BN dan Kelab Rakan Muda BN.-Bernama

Nota :

Taat kepada Allah adalah ketaatan yang mutlak...
Taat kepada rasul juga wajib dan mutlak....
Taat kepada BAPAK bukanlah sesuatu yang mutlak...
Ketaatan kepada BAPAK selagi mana BAPAK taat kepada Allah....
Maka kepada ANAK jangan sesekali taat dan hormat kepada BAPAK....
Jika BAPAK itu adalah BAPAK yang Munafik....
Kah...Kah...Kah....!!!

Kabinet Cap Ayam....!!!


AHMAD MASLAN MENTERI PENUH, KHAIRY TIMBALAN – HD

Desas desus rombakan kabinet didakwa bakal menyaksikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan akan menjadi menteri penuh manakala Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sebagai timbalan menteri.

Sumber-sumber memaklumkan rombakan tersebut dijangka diumumkan Najib Razak minggu depan atau awal bulan Disember.

Empat menteri disebut-sebut akan digugurkan iaitu Ahmad Shabery Cheek (Menteri Belia dan Sukan); Shaziman Abu Mansor (Kerja Raya); Ismail Sabri Yaakob (Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) dan Ng Yen Yen (Pelancongan).

Beberapa menteri pula dijangka bertukar kementerian seperti Hishammuddin Hussein yang kini Menteri Dalam Negeri dipindahkan ke Kementerian Pertahanan.

Dua bekas menteri, Tengku Adnan Tengku Mansor yang kini Setiausaha Agung BN dan bekas Menteri Pelancongan, Azalina Othman Said akan kembali ke kabinet.

Jika ianya benar, beberapa penganalisis politik melihat ianya sebagai petanda bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 semakin hampir dan Najib sedang memperkemas pasukannya.

Nota :

Syarat untuk jadi menteri dalam kabinet Najib mestilah :

1 – rambut isteri menteri tidak boleh meniru feshen bik mama
2 - rambut isteri menteri tidak boleh lebih tinggi dari rambut big mama
3 – isteri menteri mesti perempuan yang tak berapa cun
4 – isteri menteri mesti jangan lebih slim dari bik mama.
5 – isteri menteri mestilah jangan yang muda
6 – menteri yang kekal ialah menteri yang isterinya cap ayam
7 –menteri yang kekal ialah menteri yang disukai oleh bik mama

Kah...Kah...Kah...!!!