Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Aug 26, 2010

Agi Idup Agi Ngelaban....!!!

Masalahnya Di Sarawak Majoritinya Ramai Yang Bangang Banding Dengan Yang Cerdik...!!!

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud masih belum membuat keputusan sama ada akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri yang diwakilinya pada pilihan raya negeri ke-10 akan datang.

Pemimpin berusia 74 tahun itu yang merupakan ketua menteri yang paling lama berkhidmat iaitu selama 29 tahun sejak 26 Mac, 1981, berkata beliau tidak dapat membuat keputusan mengenai perkara itu kerana ia perlu dibincangkan dan diluluskan oleh pucuk pimpinan.

"Saya tidak tahu...terserah kepada parti dan perdana menteri," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan biasiswa Amanah Raya Berhad (ARB) kepada tiga pelajar Sarawak yang akan melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar, di Kuching, semalam.

Taib, yang sebelum ini ialah anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Asajaya sebelum bertukar ke kawasan Dewan Undangan Negeri Balingian pada 2001, berkata beliau bersedia untuk berundur jika keadaan memerlukan beliau berbuat demikian.

"Banyak orang kata saya tidak diperlukan. Jika saya tidak diperlukan, saya akan berundur," katanya.
--------------------------------------------------------------
Kah...Kah....ORANG SARAWAK JANGAN MUDAH TERPEDAYA....!!!

Kah...Kah....INI CUMA NAK TEST MARKET SAJA...!!!

Kah...Kah....KALAU BETUL...UNDURKAN DIA CEPAT-CEPAT....!!!

Kah...Kah....SARAWAK SEKARANG DAH TAK ADA PA YANG TINGGAL....!!!

Kah..Kah....HABIS SEMUA DI KEBAS...LENDIR PENAN PUN DI SEDUT....!!!

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH...INGAT ORANG SARAWAK...REZEKI DATANG DARI ALLAH...BUKAN DATANG DARI MAHMUD NI...ADA KE TAK ADE KE...PASTIKAN DIA DI UNDURKAN SEGERA...!!!

Kerajaan Kelantan Saman Si Penipu...!!!


KOTA BHARU, 25 Ogos: Mesyuarat exco kerajaan negeri Kelantan hari ini memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Petronas ekoran kegagalannya membayar royalti negeri itu seperti termaktub dalam perjanjian.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata, kerajaan negeri akan mengemukakan fail writ saman terhadap Petronas pada 30 Ogos ini.

“Writ saman ini dibuat selepas ianya mendapat keputusan pada mesyuarat exco tadi,” ujarnya.

Katanya, saman berkenaan akan dibuat di Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Bahagian Perdagangan kira-kira pukul 9.30 pagi.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalannya, Datuk Ahmad Yaacob, juga dijangka akan hadir.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco, di Kota Darulnaim, di sini sebentar tadi.

Pada masa yang sama, Husam turut menyeru rakyat Kelantan serta warga prihatin terhadap tuntutan itu hadir pada hari tersebut.

Ketika ditanya, beliau memberitahu mesyuarat sebentar tadi hanya membincangkan perkataan-perkataan yang perlu disebut dalam saman terbabit.

Bagaimanapun, jumlah tuntutan tidak dibincangkan dan menyerahkan kepada mahkamah.

“Kita tak bincang pasal jumlah tututan kita, itu terpulang pada mahkamah lah nanti,” ujarnya.

Sementara itu, turut dimaklumkan satu majlis solat hajat dan sidang media akan diadakan di Masjid Wilayah Pesekutuan, Jalan Duta selepas urusan memfailkan saman tersebut selesai.

Nota :

Elok sangat lah tu...
Macam mana rakyat nak doakan kesejahteraan pemimpin UMNO..???
Saban hari menyeksa rakyat..khususnya rakyat kelantan...
Walau dah terang ada perjanjian...
Tapi UMNO masih menafikan hak rakyat kelantan...
Begitu juga yang terjadi pada rakyat Terengganu...
Apa salah mereka...???
Ini adalah kerana dendam jahat UMNO pada rakyat kelantan kerana pilih PAS...
Itu hak mereka...UMNO tak berhak untuk menafikannya...

Kurma Segar Edaran Said Taiyyob....!!!


KUALA TERENGGANU - Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said hari ini 25 Ogos, mengumumkan akan meneruskan pengagihan kurma dan zam-zam, walaupun telah dikritik hebat, bukan sahaja dari kalangan pembangkang bahkan dari penyokong kerajaan.

Beliau dipetik Bernama berkata kerajaan Terengganu akan mengagih-agihkan 250,000 bungkus kurma dan 250,000 botol air zam zam kepada rakyat yang beragama Islam di negeri itu berikutan sambutan baik yang diterima pada tahun lepas.

Beliau membayangkan tempahan baru kurma dari Tunisa akan dibuat dan pemberian kurma dan air zam-zam akan lewat sedikit kerana kesuntukan masa, maka tahun ini pemberian itu lewat sedikit.

"Harga kurma dari Tunisia tahun ini murah sedikit berbanding kurma Nabi yang ditempah dari Mesir tahun lepas," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri di sini Rabu.

Dengan itu, Ahmad membayangkan 'kontrak' baru pembekalan kurma akan dibuat dimana kontrak pembekalan kurma pada tahun lalu telah dibidas kerana membekalkannya dengan harga yang agak mahal.

Katanya pengagihan dilakukan menerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang akan pergi dari rumah ke rumah.

Pada musim Ramadhan tahun lalu Ahmad telah memberi amaran kepada JKKK yang tidak menyampaikan kurma serta zam-zam tersebut ke pintu-pintu rumah.
--------------------------------------------------------------------
Kah...Kah.....INI SATU LAGI PROJEK MEMAHAT SEJARAH..MENCIPTA TAMADUN....!!!

Kah...Kah.....SEKARANG AIR ZAM-ZAM BOLEH DI DAPATI DI TERENGGANU....

Kah...Kah.....DI KEMAMAN BERSEPAH DI MERATA TEMPAT ADA POKOK KURMA...

Kah...Kah.....TAPI YANG PELIK..PADA KOTAK KURMA ADA GAMBAR MAT SAID...!!!

Kah...Kah....INI BUKAN TUJUAN POLITIK..TAPI DAH JADI TANGGUNGJAWAB KERAJAAN...

Woittttt.....ORANG TEGANUNG DOK LAPOR NAK MAKAN KURMA...!!!

Woitttt......BAGILAH PADA JKKK...METANGKEDARAH SEMUA KURMA TU...!!!

Kah...Kah...BILA BAGI KURMA...SEMUA RAKYAT DAPAT TIADA YANG TERTINGGAL....

Kah...Kah....BILA BAGI DUIT EHSAN...HABIS ANOK BERANOK JKKK KEBAS....!!!

Kah...Kah....AIMAN TAK KISAH...BAGILAH APA PUN...RAKYAT BUKAN BODOH LAGI...TUNGGULAH MASA DAN KETIKA...TAHULAH NASIB MUNG WAHAI UMNO...

Bodoh Tak Boleh Nak Ajar....Cerdik Tak Boleh Nak Tumpang...!!!


PAS: HERO PASIR – NOH OMAR TAK BERANI BERKOKOK LAGI -MKini

Penubuhan pasukan khas antirasuah pasir oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) didakwa menyebabkan Noh Omar kini tidak berani 'berkokok' lagi menyerang pentadbiran Pakatan Rakyat.

Nota :

Ini jelas membuktikan kepada rakyat bahawa....
Masalah pasir di selangor sebenarnya bukan masalahnya...
Masalah yang timbul adalah di antara khir toyo dan Noh Omar saja...
Mereka berdua masing-masing nak tunjuk power...
Tapi mereka tak sedar sebenarnya mereka memang tak ada power di selangor...
Cuba nak tunjuk hero..tapi tak sedar mereka sebenarnya penakut...
Sekarang apa jadi...dua-dua terlopong...
Seperti ayam gilakan rebannya...
Kalau ia pun tunggulah PRU 13 nanti...
Silap=silap dua dua ekor masuk dalam lubang pasir...
Kah...Kah...Kah...!!!

Tiada Doa Bagi Yang Zalim.....!!!


KHUTBAH : NAMA KETUA NEGARA ISLAM MESTI DI SEBUT - MKini

Nama pemimpin negara yang beragama Islam mesti disebut dalam doa khutbah Jumaat kerana Islam merupakan agama yang berkuasa di negara ini, kata Mahathir Mohamad.
-------------------------------------------------------
Woittttt.....BERDOA BUKAN BOLEH DI PAKSA-PAKSA....!!!

Woitttt......INGAT RAKYAT BODOH SANGAT KE...????

Woitttt......DOA KAN LANUN DAN ORANG ZALIM SUPAYA PANJANG UMUR....!!!

Woitttt.....INGAT RAKYAT BANGANG SANGAT KE...!!!

Woitttt.....KAU SEKSA RAKYAT BERTAHUN TAHUN...MINTA SUPAYA DOAKAN KAMU....!!!

Kah...Kah..AIMAN TAK KISAH...WALAUPUN KAFIR TAPI BAIK..KITA JUGA HARUS DOAKAN KESEJAHTERAANNYA BANDING ISLAM KALAU ZALIM NAK DOA BUAT APA...???