Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jun 24, 2011

Undang-Undang Rimba...Jual Baju Pun Salah...Edar Video Seks Tak Mengapa...!!


KUALA LUMPUR, 23 Jun 2011 : Polis malam tadi mengarahkan seorang aktivis PKR, Razali Abd Ghafur agar tidak menjual baju berwarna kuning bercetak perkataan 'Bersih' kepada orang ramai atau bakal berdepan tindakan.

Amaran tersebut yang didakwa "arahan pihak atasan" diberikan kepada beliau pada majlis ceramah Jelajah Selangor Tawan Malaysia (Jelas 2) di Kampung Sungai Merab Luar, Bangi.
Ceramah tersebut dihadiri Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafiei, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Ketua AMK Negeri Sembilan, Nazree Yunus.

"Pada mulanya dia datang ke gerai saya, minta ambil gambar. Lepas ambik gambar, saya tanya awak siapa. Dia bagtau dia polis sambil tunjuk IC polis.

"Kemudian dia ambik dua helai baju Bersih, dan suruh saya jangan jual baju itu. Katanya arahan dari atasan," katanya kepada Harakahdaily hari ini. Menurutnya, beliau kemudiannya dijemput ke Balai Polis Datuk Abu Bakar Baginda dan dirakam kenyataan selama 20 minit.

Arahan tersebut dipercayai ada kaitan dengan rancangan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang mahu mengadakan himpunan aman 9 Julai ini.

Dalam respon segera, Shuhaimi turut mempersoal tindakan pihak berkuasa itu. "Sejak bila jual baju tak boleh? Umno BN makin gila," tulisnya di Twitter.

Sebelum ini, polis juga telah memberi amaran kepada penganjur himpunan itu agar membatalkan hasrat mereka. Ratusan laporan polis juga turut dibuat diseluruh negara termasuk oleh Umno.

Selain itu, polis juga memberi amaran akan membuat tangkapan awal sebagai pencegahan. Bagaimanapun, Bersih sehingga kini tetap dengan pendirian akan meneruskan himpunan itu.

Najib Fobia Dengan BERSIH.....!!


PAKATAN SOKONG BERSIH, SELAR NAJIB BERDIAM DIRI – HD

Pakatan Rakyat hari ini menyatakan sokongan penuh terhadap usaha Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang mahu mengadakan himpunan aman 9 Julai ini.
Menurut mereka, usaha Bersih itu wajar dalam usaha memperbaiki dan membersihkan sistem pilihan raya di negara ini yang didakwa tempang.

“Justeru, Majlis Presiden Pakatan Rakyat mendokong inisiatif Bersih mengadakan himpunan secara aman supaya rakyat disedarkan agar wujud perubahan dalam sistem pilihan raya di negara ini,” kata Anwar selepas mempengerusikan mesyuarat Pakatan Rakyat di pejabat Ketua Pembangkang di parlimen hari ini.

Turut serta pada sidang media itu, Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.

Pada sidang media sama, beliau turut menyelar sikap diam diri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, terhadap ancaman yang dikeluarkan pihak-pihak yang membantah usaha murni Bersih itu.

Ianya termasuk ancaman dari pihak polis dan kumpulan pendesak Melayu, Perkasa yang mahu bertembung dengan pihak Bersih dengan membuat perhimpunan bantahan pada hari sama.

Beliau mendakwa sikap Najib itu membuktikan Perkasa dilindungi Umno BN untuk berhadapan dengan Bersih.

“Pentadbiran Najib memperalatkan suara golongan esktrem yang bertugas bagi pihak Umno untuk memperlekeh usaha yang dilakukan gabungan Bersih.

“Ini adalah keterlaluan kerana Najib mengambil pendirian berdiam dan tidak menegur ugutan yang dibuat Polis, Menteri Dalam Negeri dan Perkasa. Jelas ini adalah permainan Umno untuk menakutkan orang ramai,” katanya.

Turut diselar termasuklah ugutan bunuh terhadap Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat, termasuk wartawan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Mahfuz pula mendakwa tindakan kerajaan membiarkan ancaman terhadap Bersih itu menyebabkan ketakutan di kalangan pelabur.

"Saya anggap perbuatan kerajaan dan media arus perdana melakukan provokasi menakutkan orang ramai sebagai mensabotaj ekonomi negara," katanya.

Betulkah Orang Pendek Selalunya Bodoh....??


ISA SAMAD : PINJAM DUIT KWSP SATU PENGHORMATAAN – MK

Mohd Isa Samad berkata tidak ada masalahnya jika Felda meminjam wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) – berjumlah RM6 bilion seperti yang ditimbulkan oleh Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) sebelum ini.

Mohd Isa turut menangkis tanggapan bahawa pinjaman berkenaan menunjukkan Felda kini menghadapi krisis kewangan walau dilaporkan meraih keuntungan sebanyak RM1.197 bilion tahun.

Beliau berkata pinjaman berkenaan merupakan satu "penghormatan" kepada Felda kerana ia menunjukkan keyakinan KWSP bahawa lembaga pembangunan tanah itu mampu melunaskan pinjaman berkenaan.

"Apa masalahnya pinjam? Kita pinjam pun daripada (KWSP), (KWSP) bagi kita pinjam itu juga satu penghormatan sebab yakin pada kita, kita boleh bayar.

NOTA:

ini munkee bangang
bangang kerana tak tinggi
inilah sindrom orang bangang dan kontot

soalan ialah pinjam nak buat apa?
felda dikatakan untung 1 bilion ringgit
tapi ada hutang 6 bilion ringgit
kepala bana apa macam ini

yang nak mampus siang malam ialah peneroka
siang malam pagi petang kerja
yang kaya pegawai felda

Tiga Mat Boroi Mengaku Bersalah....!!

KUALA LUMPUR, 24 Jun — Kesemua ketiga-tiga Datuk T mengaku bersalah terhadap tuduhan yang dikenakan berhubung kesalahan menayangkan rakaman video seks yang si pelakunya didakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PENYOKONG FRUST MENONGGENG



nota:

ini gambaran yang amat baik
ini bukti bahawa demonstrasi
telah menjadi darah daging budaya kita

untuk penyokong Datuk T
syabas!..teruskan berdemo
9 julai ini turunla sama ke jalanraya...
kah kah kah

8 Tuntutan Bersih 2.0 Sangat Munasabah....!!


Lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang diumumkan oleh pengerusinya Datuk Ambiga Sreenevasan baru-baru ini, adalah sebuah tuntutan yang sangat adil, munasabah dan wajar. Ia datang dari rakyat yang cintakan demokrasi.

Pada pendapat saya, tidak patut diputarbelitkan tuntutan Bersih 2.0 itu kerana tuntutan tersebut semata-mata untuk kepentingan demokrasi dan selaras dengan tuntutan Islam sendiri yang memfokuskan kepada keadilan dan kesaksamaan.

Hanya mereka yang berkepentingan untuk mempertahankan kedudukan yang ada, anti demokrasi dan perkauman yang menentang hasrat Bersih 2.0 ini.

Lapan tuntutan Bersih 2.0 itu, seperti yang diumumkan oleh Ambiga, ialah supaya pihak SPR membersihkan senarai undi, mereformasi undi pos, menggunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempuh kempen minima 21 hari, memperkukuh institusi awam, menghentikan rasuah dan menghentikan politik kotor.

Ini sebuah tuntutan yang sangat bersih, murni dan menjadi harapan kepada rakyat berbilang kaum yang cintakan demokrasi.

Sepanjang sejarah pilihan raya di negara ini banyak ditandai dengan hal-hal yang menggambarkan pilihan raya itu – kecil dan umum - tidak bersih. Isu undi pos, media tradisional yang hampir seratus peratus dimonopoli oleh kempen Barisan Nasional, senarai pengundi yang sangat meragukan, pengundi hantu dan pelbagai lagi menyebabkan pilihan raya tidak berjalan secara demokratik.

Oleh itu tuntutan Bersih 2.0 ini wajar disokong oleh rakyat pelbagai kaum, justru ia untuk pelbagai kepentingan semua rakyat. Ia tidak ada unsur perkauman mengenai Perhimpunan 9 Julai ini. Kerana ia tulin dari semua pihak yang mahukan demokrasi berjalan seperti yang
dikehendaki.

Pilihan raya Umum di Singapura baru ini sudah menunjukkan kemampuan berjalan ke arah dasar demokrasi. Liputan media, baik media elektronik mahupun cetak kelihatan seimbang.

Pembangkang diberi ruang yang luas, pemimpin parti pembangkang dan calonnya ditemu ramah, orang awam di tengah bandaraya itu ditemu ramah, diminta pendapat mereka dengan bebas, tidak ada sebarang tapisan dan tekanan.

Pilihan raya MPR dan Pemilu Presiden Indoneia, di mana saya mengikutinya dua kali di Jakarta dan di bandar lain, sangat demokratik. Debat antara parti politik yang bertanding sangat menyegarkan, media menyiarkan dengan adil semua iklan dan berita serta rencana mengenai calon dan parti politik yang bertanding.

Membandingkan semuanya ini, seorang teman saya berkata: “Malaysia ketinggalan 30 tahun dalam hal ini dan ini sangat menyedihkan.”

Di Malaysia, setiap kali pilihan raya, rakyat menyaksikan bagaimana media cetak dan TV dimonopoli sepenuhnya oleh kempen Barisan Nasional. Menggambarkan seolah-olah dalam pilihan raya itu tidak ada pembangkang yang menentang BN kerana semua kempen, ucapan, poster, spanduk yang disiarkan hanya dipihak BN.

Ini bukan rahsia lagi dan ini berterusan, menggambarkan betapa naifnya perjalanan demokrasi di negara ini. Kepincangan inilah yang perlu dibetulkan dan inilah antara tuntutan Bersih 2.0.

Sementara itu, kepada saya, kenyataan Ambiga Sreenevasan itu sangat rasional, munasabah dan adil.

"Perhimpunan Bersih 2.0 ini bukan untuk saya, ia adalah untuk rakyat. Ia untuk kepentingan rakyat Malaysia," katanya.

Ambiga yang juga seorang peguam menegaskan demikian sewaktu berucap merasmikan pelancaran perhimpunan Bersih 2.0 di Dewan Perhimpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur kelmarin.

Ambiga menegaskan bahawa masyarakat sivil akan mengetuai perhimpunan tersebut dan bukannya diketuai oleh parti politik seperti mana yang dilaporkan.

Beliau memberi jaminan kepada polis bahawa perhimpunan mereka adalah aman sepertimana yang telah ditunjukkan dalam Perhimpunan Bersih pertama pada November 2007.

Sementara itu, sangat menarik sikap Pemuda PAS yang mempertahankan Perhimpunan Bersih 2.0 dan akan menentang sebarang usaha untuk mengheretnya kepada isu perkauman.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda, Ustaz Riduan Mohd Nor mengingatkan bahawa Pemuda PAS bersedia menjadi perisai kepada rakyat pelbagai kaum yang hadir dalam Perhimpinan Bersih 2.0, sekaligus menolak sebarang tindakan provokasi oleh pihak tertentu untuk menimbulkan suasana tegang pada hari tersebut.

Ini memancarkan sikap matang Pemuda PAS, bahawa ia bersedia melindungi rakyat pelbagai kaum yang mempunyai hasrat yang sama untuk melihat terlaksananya demokrasi di Malaysia ini.

Sementara menanti tibanya 9 Julai ini, rakyat Malaysia wajar memikirkan bahawa adalah penting untuk menyokong Himpunan Bersih 2.0 nanti. Ia bukan dianjurkan oleh sesuatu parti politik tetapi dianjurkan oleh NGO dan golongan rakyat prihatin yang mahu melihat terlaksananya pilihan raya bersih.

Adapun penyertaan yang dijangka ramai dari PAS dan parti politik pembangkang yang lain itu hanya kerana jumlah pendukung PAS begitu ramai dan mereka ini juga menjadi sebahagian dari tulang belakang gerakan memperjuangkan demokrasi di negara ini.

Bagi rakyat yang waras, rasional dan prihatin terhadap kepentingan demokrasi, Perhimpunan Bersih 2.0 sangat perlu disokong.

Kepada SPR, bertenanglah dan terimalah hakikat tuntutan Bersih 2.0 ini dengan fikiran dan sikap terbuka demi untuk pemulihan demokrasi di negara ini. Ini juga, seperti kata Ambiga, untuk kebaikan negara ini.

Kuningkan Diri Anda Mulai Sekarang....!!



NOTA:

sila mulakan kempen kuning dari hari esok
boleh pakai baju warna kuninh
ikat kaian kuning di pokok
pakai ribon kuning di kereta
pakai payung warna kuning

kita jadikan kuning ini warna rakyat
kita rampas kembali hak kita
kah..kah...kah...!!

Buku Terbaru Zunar Di Pasaran....!!


EVEN MY PEN HAS A STAND - ZUNAR

"EVEN MY PEN HAS A STAND" adalah buku keempat saya bersama penerbit Kinibooks, anak syarikat kepada Malaysiakini. Sebelum ini dengan syarikat yang sama, saya menerbitkan "Cartoons On Tun… and Others" (2005), "1 Funny Malaysia" (2009) and "Cartoon-O-Phobia (2010)."

"Even My Pen Has a Stand..." adalah koleksi karya-karya kartun politik yang tersiar dalam laman web Malaysiakini dari September 2010 sehingga Jun 2011 dan juga yang tersiar dalam laman web antarabangsa, Cartoonmovement.com. Turut dimuatkan kali ini ialah sebuah kartun yang saya lukis ketika di dalam lokap polis September tahun lepas.

Selain itu terdapat satu artwork istimewa dari koleksi peribadi saya, iaitu karikatur wajah saya yang dilukis oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dari dalam penjara Sungai Buloh pada August 2001.

Dalam pada itu, sebagai menjawab soalan dari peminat mengenai di mana saya berkarya sebelum era reformasi, di dalam buku ini turut dimuatkan 12 muka surat "Cartoonology" iaitu sejarah karya saya sejak tahun 1974.

"Even My Pen Has a Stand" dipilih sebagai tajuk kerana selepas saya ditangkap dan diugut, adalah penting untuk saya menegaskan pendirian saya, iaitu "akan terus melukis sehingga ke titisan dakwat terakhir."

Pendirian saya jelas. Saya akan terus melukis kartun dan membongkar perlakuan rasuah kerajaan BN dan juga isu-isu penting lain seperti salah guna kuasa, kekejaman polis, pelanggaran hak asasi dan penyalahgunaan serta pembaziran wang rakyat.

Isu-isu utama yang disentuh dalam "Even My Pen Has a Stand" ialah isu Altantuya ,Scorpene, PM dan Isteri, kenaikan tarik eletrik dan petrol, konspirasi terhadap Anwar, kehakiman, Apco, Mesir, FLOM, pilihanraya Sarawak dan perkauman, antara lainnya.

Pada 24 September tahun lepas, saya ditahan dan dilokap selama dua hari selepas penerbitan buku buku Cartoon-O-Phobia. Sebelum itu kerajaan mengharamkan enam judul buku saya; Gedung Kartun, Perak Darul Kartun, 1 Funny Malaysia, Isu Dalam Kartun Vol 1, Isu Dalam Kartun Vol 2 and Isu Dalam Kartun Vol 3.

Adakah saya akan ditangkap lagi kali ini? Saya tidak mempunyai jawapan untuk itu, tetapi ingin menasihati kerajaan Najib bahawa menangkap kartunis politik adalah satu tindakan tidak bertamaddun.

Tangkapan dan ugutan mungkin perkara biasa dihadapi kartunis-kartunis dari negara Amerika Selatan atau Afrika sebelum kurun ke 19, tetapi dalam dunia moden sekarang ini, kartunis editorial telah diiktiraf sebagai ejen demokrasi.

Malah di Kazakhstan kartunis seperti Vladimir Kadyrbaev bebas mengritik kerajaan dan karyanya disiarkan dalam akhbar perdana!

Penangkapan saya telah menjadi bahan ketawa di kalangan masyarakat kartunis seluruh dunia. Maklum balas yang saya terima dari teman-teman kartunis di Amerika, Indonesia, Thailand, Eropah dan Jepun ialah mereka menyatakan, "Kartun saya lucu, tetapi tindakan kerajaan menangkap saya lagi lucu,"

Tetapi saya bersedia menghadapi sekiranya berlaku tangkapan.

"Even My Pen Has a Stand" adalah setebal 104 muka dengan warna penuh. Sekiranya ia tidak dapat dijual di pasaran terbuka, saya berharapkan sokongan dari peminat, penyokong, pembaca dan masyarakat Malaysia yang perihatin untuk membeli buku ini secara online.

Ini penting bagi memastikan saya dapat terus berkarya bagi menerbitkan kartun-kartun politik yang bermutu untuk manfaat bersama.

Kerana itu, saya ingin menjemput anda semua untuk hadir ke majlis pelancaran yang akan diadakan pada 2 Julai depan, jam 8 malam di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur (KLSCAH). Buku ini akan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

"Even My Pen Has a Stand" dijual dengan harga RM25.00 senaskah dan ia boleh dibeli secara online melalui link ini:

http://www.kinibooks.com/product_info.php?products_id=1232

Zunar
zunar49@gmail.com
03 22724049

Ugutan Bunuh Tidak Mengalang Himpunan BERSIH 2 ....!


Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) Ambiga Sreenevasan menegaskan bahawa perhimpunan BERSIH pada 9 Julai 2011 tetap akan dijalankan meskipun beliau bersama beberapa orang anggota BERSIH yang lain berdepan dengan ugutan bunuh yang disampaikan melalui pesanan ringkas (sms).

Ambiga mengakui bahawa dirinya tidak terkejut dengan ugutan yang diterima, "tapi sangat kecewa kerana seorang warga Malaysia bertindak untuk mengugut seorang lagi warga Malaysia. Hanya kerana hasrat kami untuk mengadakan satu perhimpunan yang aman. Perhimpunan kami adalah aman. Saya amat kecewa."

"Untuk kami, kami akan menjalankan perhimpunan ini dengan aman dan bertanggungjawab, tiada kena-mengena dengan perkauman. Pada hakikatnya ini adalah usaha bersama dari pertubuhan-pertubuhan masyarakat sivil, untuk menggerakkan reformasi sistem pilihan raya. Mereka yang mengugut kami, saya berharap mereka akan berdepan dengan kuasa undang-undang. Kami hanya boleh mengawal perkara yang boleh kami kawal."

SMSnya Berbunyi :

Teks asal sms yang dikirim melalui nombor 01119732179 adalah, "Korg ni buta hati ke?? buat apa sokong ambiga keling paria haramjadah tu? dia ni kapir laknat. korang tau tak dia ni jadi alat anjing2 politik untuk musnahkan keutuhan melayu. dia kata je nak BERSIH kan SPR. bersih kepala bapak dia.

puak2 PAS n PKR pun buta tuli n pekak badak.. kalau SPR tak bersih, boleh ke diorang menang kat Sgor, Kedah, Penang, Kelantan n perak dulu? DAP cina sial tu pulak lagi haram jahanam. dia tengok je melayu bertekak. hujung2 dia perintah negara ni dan kristiankan kita semua. aku nak kasi amaran kat korang semua."

kalau perhimpunan ni jadi, aku dan org2 aku akan bunuh ambiga dan korang2 keliling dia satu persatu, termasuklah orang2 politik bangang yg bersekongkol ngan kafir laknat tu.. ini amaran aku. Korang tengokla nanti."