Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jan 1, 2011

Melayu Akan Terus Di Tipu....!!


BELAKAN MINYAK MASAK PERLIS DI JANGKA PULIH - UM

KANGAR 1 Jan — Masalah kekurangan bekalan minyak masak yang membelenggu Perlis sejak bulan lalu dijangka selesai minggu depan apabila stok baru tiba.

Ketua Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perlis, Razali Lebai Salleh berkata bekalan baru itu dijangka dapat memenuhi keperluan pengguna di negeri tersebut.

"Setakat ini, baki bekalan minyak masak di negeri ini adalah sebanyak 20 tan metrik,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran kempen ”Kurangkan Penggunaan Beg Plastik” di Pasaraya C- Mart Arau hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 280,000 tan metrik minyak masak diedarkan kepada pemborong dan peruncit di Perlis untuk tempoh setahun.

Nota:

Masih ada yang tak faham faham
Masih ada yang tak sedar sedar
Masih ada yang suka kena tipu
Susah jadi melayu ini...
Kah...Kah...Kah....!!
Kah...Kah...Kah...!!

Lagi Bukti PRU 13 Dah Dekat....!!


Polis sedia hadapi p'raya serentak - MK

Polis Diraja Malaysia (PRDM) sentiasa berada dalam siap siaga termasuk menghadapi kemungkinan pilihan raya umum ke-13 dan pilihan raya negeri Sarawak diadakan serentak, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Hussin Ismail hari ini.

Beliau berkata polis akan memastikan proses demokrasi berjalan dengan lancar dan pada masa yang sama menjaga keselamatan dan ketenteraman awam sekiranya perkara seumpama itu berlaku.

Katanya polis Sarawak telah merangka perancangan rapi bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memastikan proses pilihan raya negeri akan datang berjalan dengan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

Polis membuat perancangan berdasarkan keperluan semasa seperti menambah keanggotaan, katanya kepada pemberita sempena lawatan kerja beliau ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di Kuching.

Ini merupakan lawatan kerja pertama Hussin ke Sarawak setelah dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara. Beliau pernah berkhidmat di Sarawak pada tahun 1994 hingga 1996.

"Kita akan menghadapi sesuatu keadaan berdasarkan keperluan," katanya.

Penggal sekarang bagi para anggota Parlimen akan berakhir awal 2013 manakala pilihan raya negeri Sarawak perlu diadakan sebelum Julai 2011.

Sempena tahun baru, Hussin berkata PDRM akan mengembleng tenaga dan idea untuk menurunkan indeks jenayah di Sarawak dan pada masa yang sama meningkatkan keyakinan dan kepuasan masyarakat umum terhadap perkhidmatan pasukan polis.

Antara tumpuan yang akan diberikan di Sarawak pada tahun depan ialah pencegahan jenayah yang berkonsepkan kepolisan kemasyarakatan, katanya.

"Kita akan mengkaji semula dan berbincang dengan agensi-agensi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan (NGO), dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) untuk menambahbaik usaha mencegah jenayah pada tahun depan.

"Kami akan bekerja sebagai satu pasukan dan meneruskan perancangan, usaha dan strategi untuk mencapai matlamat iaitu menurunkan indeks jenayah dan meningkatkan keyakinan masyarakat," katanya.- Bernama

Tiada Yang Mustahil....Tenang Bakal Jadi Milik PAS...!!

Penduduk Felda Tenang mendapat jalan baru...!!

Tenang : PAS Bersiap Sedia Untuk menang - HD

LABIS, 31 Dis: Boleh ke Pakatan Rakyat melalui PAS menang dalam pilihan raya kecil Tenang? Inilah rata-rata soalan yang dikemukakan apabila diberitahu, "saya baru balik dari Tenang."

Agak sukar tetapi persiapan yang dibuat oleh jentera PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil ini nampaknya untuk menang. Walaupun pilihan raya kecil itu sebulan lagi, namun PAS sudah mempersiapkan semua keperluan asas yang diperlukan.

Bilik operasi utama, bilik penerangan, bilik operasi dewan-dewan dalam PAS hatta bilik media juga sudah dipersiapkan dengan keperluan asas untuk wartawan bekerja sudah dipersiapkan oleh PAS.

"Memang agak sukar untuk menang, tetapi kita yakin jika kena caranya, kita boleh menang," kata Mazlan Aliman, AJK PAS Pusat yang Timbalan Pengarah I jentera pilihan raya kecil ini.

Dalam pilihan raya ini, Timbalan Pesuruhjaya II PAS Johor, Dzulkefli Ahmad telah diberikan amanah untuk memimpin jentera PAS iaitu selaku pengarah operasi pilihan raya ini.

Dengan mempunyai enam cawangan, PAS bergerak agak pantas dalam pilihan raya kecil ini. Mungkin semangat petugasnya tinggi memandangkan ini adalah pilihan raya kecil yang pertama di Johor selepas pilihan raya umum 2008 lalu.

Dalam pilihan raya ini, kata Mazlan, PAS akan mengambil pendekatan lembut dan tidak provokatif dalam kempennya.

"Kita akan pastikan semua pemilih yang layak mengundi keluar mengundi dengan selamat dalam pilihanraya ini. Kita akan elakkan tekanan atau kekecohan namun yang kita bimbang adalah provokasi dari lawan kita," kata Mazlan.

Pilihan raya kecil ini diadakan ekoran kematian Adunnya, Datuk Sulaiman Taha baru-baru ini. SPR telah menetapkan 30 Januari hari mengundi manakala 22 Januari hari penamaan calon.

Tenang adalah DUN yang terletak di bawah kawasan parlimen Labis, dan akan ditandingi oleh calon PAS bagi mewakili Pakatan Rakyat. Dalam pilihan raya umum lalu, PAS menang di kawasan Cina iaitu mendapat undi antara 50% hingga 67% undi.

Misalnya, pengundi Bandar Labis Tengah yang terdiri 96% Cina, PAS memperolehi 66.8% undi. Untuk kerusi parlimen pula, DAP memperolehi 73.8% undi. Di Bandar Labis Timor yang mempunyai 63.5% pengundi Cina, PAS memperolehi 52.5% undi, sementara DAP pula mendapat 57% undi. Di Labis yang mempunyai 58.3% Cina dan 32.4% India, PAS mendapat 50.6% dan DAP mendapat 60.4%.

Statistik menunjukkan bahawa pengundi Cina telah menyokong pembangkang (PAS dan DAP) pada PRU tahun 2008, memandangkan undi pembangkang mendahului BN di kawasan yang majoritinya Cina.

Tenang yang mempunyai 13 unit peti undi keseluruhannya, adalah kawasan campuran, desa-bandar, dan merupakan kubu tradisional BN. Menurut perangkaan PRU tahun 2008, nisbah populasi pengundi adalah 48 % Melayu, 39 % Cina, 12 % India dan selebihnya lain-lain bangsa.

Pengundi Cina terletak di sekitar pekan Labis manakala pengundi Melayu terletak di tiga buah Felda iaitu Chempera, Chempera Barat dan Tenang. Pengundi Melayu juga terletak di kampung tradisi Melayu di sekeling Labis itu.

"PAS akan memberikan tumpuan kepada tiga buah Felda dan kampung tradisi Melayu dan kita harap DAP dan PKR boleh memberikan tumpuan kepada pengundi Cina dan India di kawasan pekan," kata Mazlan yang juga mengendalikan unit penerangan kempen ini.

Ketiga-tiga Felda yang ada di Dun Tenang ini kelihatan mundur berbanding dengan kawasan Felda yang lain hatta jika dibandingkan dengan kawasan Felda di Johor sendiri. Rumah-rumah yang diberikan oleh Felda kepada peneroka hampir 50 tahun dahulu ketika kawasan ini dibuka masih teguh berdiri.

Ketika kunjungan di buat ke Felda Tenang yang terletak kira-kira 10 km dari pekan Labis, kerja-kerja menurap jalan masuk ke kawasan perumahan Felda ini giat dijalankan. Kalau dalam pilihanraya sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib pernah memberikan jaminan tidak akan ada projek mee segera menjelang pilihan raya kecil berkenaan, penduduk Felda Tenang sudah menikmati projek mee segera ini hampir sebulan sebelum hari pilihan raya.

Mungkin projek ini adalah sumbangan awal BN untuk pengundi kawasan Felda ini. Tidak dapat disahkan apakah Felda Chempera dan Chempera Barat juga mendapat jalan baru sebagaimana rakan-rakan mereka di Tenang.

Jentera PAS mensasarkan kenaikan undi sehingga 10 peratus untuk kawasan Felda jika mereka mahu menang dalam pilihan raya kecil ini.

Bagaimana ia hendak dicapai tidak diketahui. Yang pasti, hampir semua rumah ada tv dan setengahnya Astro tetapi nampaknya jarang rumah-rumah kawasan Felda ini ada internet. Yang ada hanya pusat cyber komuniti yang dibina oleh Felda dan juga cyber cafe yang dibina oleh ahli-ahli perniagaan.

Memandangkan Felda ini sudah lama dibuka (awal tahun 1960an), para penerokanya sudah lanjut usia iaitu lebih dari 70 tahun umur mereka. Jenerasi kedua Felda ini berumur lebih 50 tahun. Ini bermakna, di sini sudah ada jenerasi ketiga atau ke empat.

Sebab itu, apabila harga komoditi iaitu kelapa sawit dan getah naik, tidak semua warga Felda menerimanya. Yang menerima secara langsung adalah peneroka itu sendiri namun untuk jenerasi kedua dan ketiga, mereka tidak semestinya turut menikmati hasil itu.

"Tumpuan kami adalah jenerasi kedua dan ketiga Felda ini," kata Mazlan yang juga Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).

Salah satu strategi PAS dalam pilihan raya ini adalah menyerahkan tugasan menjaga kawasan Felda kepada petugas pilihan raya dari negeri-negeri yang agak maju dari segi politiknya.

PAS Terengganu diamanahkan menjaga Felda Chempela, Pahang (Felda Tenang) dan Perak (Felda Chempelak Barat) manakala PAS Kelantan di serahkan menjaga kampung tradisi Melayu.

(Gambar: Mengejutkan, selepas hampir 50 tahun dibuka, ada lagi peserta Felda yang mempunyai rumah semacam ini)

Berdasarkan berita angin yang ada, PAS mempunyai lima calon yang berpotensi untuk bertanding dalam pilihan raya ini iaitu Mazlan sendiri, Pesuruhjaya PAS Johor, Dr Mahfoz Mohamad, Setiausaha Pemuda PAS Pusat, Khairul Faizi dan Ketua Penerangan Pemuda PAS, Suhaizan Kaiyat serta seorang calon wanita.

Di pihak BN pula, Timbalan Ketua Umno Bahagian Labis adalah calon paling popular disamping mendapat sokongan penuh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Calon-calon lain adalah Naib Ketua Umno Bahagian dan Ketua Wanita Umno Bahagian.

Nota :

Tiada yang mustahil untuk PAS memenangi DUN Tenang...
Semuanya atas gerak kerja pilihanraya yang bersungguh-sungguh...
Oleh itu...marilah kita mengembelingkan tenaga untunk DUN Tenang...
Mari kita rampas DUN Tenang dari BN....

Selamat Tahun Baru 1 Malaysia.....!!


ARKIB : 29/01/2004
HUKUMAN BERAT JENAYAH ROGOL - PENJARA SEUMUR HIDUP - MATI MANDATORI JIKA BABIT KEMATIAN
- UM

PUTRAJAYA 28 Jan. - Kabinet hari ini memutuskan untuk meminda lagi Seksyen 376 Kanun Keseksaan bagi mengenakan hukuman paling keras, iaitu mati mandatori ke atas pesalah jenayah rogol yang menyebabkan kematian mangsa.

Dengan pindaan ini bermakna tiada lagi hukuman sebat dan penjara tetapi sebaliknya pesalah dibawa terus untuk menjalani hukuman mati di tali gantung.

Jemaah menteri turut mencadangkan supaya hukuman penjara seumur hidup dengan sebatan dikenakan ke atas perogol yang melakukan kesalahan sama secara berulang tetapi tidak membawa maut.

Mengenai desakan masyarakat supaya perogol disebat di khalayak ramai, Kabinet turut bersetuju untuk menghalusinya.

Empat kementerian diketuai Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diminta menjalankan kajian mengenai impak pelaksanaan hukuman di khalayak ramai itu.

Mesyuarat Kabinet hari ini membincangkan secara serius dan menyeluruh kes itu ekoran desakan rakyat yang mahukan pesalah rogol dan bunuh dikenakan hukuman paling keras. Ia ekoran kes terbaru seorang kanak-kanak Nurul Huda Gani, 10, dirogol kemudian dibunuh di pondok pengawal Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Gelang Patah, Johor 17 Januari lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Rais Yatim berkata, Kabinet pada dasarnya bersetuju bahawa kesalahan rogol yang menyebabkan kematian harus dianggap sebagai melakukan pembunuhan walaupun dalam undang-undang biasa memerlukan proses pendakwaan yang berasingan.

``Tidak seharusnya diadakan pendakwaan (lain) terhadap pembunuhan sebaliknya hendaklah secara automatik dianggap membunuh apabila mangsa mati akibat dirogol.

``Saya akan mengemukakan cadangan pindaan bagi memasukkan peruntukan khusus ke dalam kanun tersebut kepada Pejabat Peguam Negara sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat pada sidang Parlimen akan datang,'' katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat pasca kabinet di JPM di sini hari ini.

Dalam kes Nurul Huda yang disebut di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan di Mahkamah Seksyen kelmarin misalnya, tertuduh Mohd. Abbas Danus Baksan, 47, dijatuhkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan 24 kali setelah dia mengaku salah atas dakwaan itu.

Bagaimanapun perbicaraan bagi kes bunuh membabit tertuduh itu akan dibicarakan pada tarikh lain pula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dengan pindaan ini bermakna kes itu akan berjalan serentak di bawah hukuman mati mandatori.

Pindaan ke atas Seksyen 376 Kanun Keseksaan tahun lalu menyaksikan hukuman lebih berat iaitu penjara minimum 15 tahun dan maksimum 30 tahun dengan sebatan menanti pesalah jenayah itu, di samping Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati.

Menurut Rais, walaupun hukuman tersebut sudah cukup berat tetapi kerajaan mengambil perhitungan jelas dan tegas daripada kes-kes dahsyat yang mengakibatkan kematian kanak-kanak terutama kes Nurul Huda yang menggemparkan seluruh negara itu.

Mengenai sebatan ke atas perogol di khalayak ramai, Rais berkata, Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pendidikan dan beberapa NGO berkaitan harus menyampaikan pandangan mereka.

Menurutnya, kajian tersebut juga akan meliputi aspek sosiobudaya, ekonomi, agama dan hal-hal kekeluargaan, wanita dan kanak-kanak di samping beberapa undang-undang berkaitan.

``Ini kerana kita perlu penilaian yang objektif dan tidak terburu-buru. Walaupun pihak saya menerima banyak sokongan terhadap sebatan di khalayak ramai tetapi perlu fikir apakah ibu mengandung juga boleh melihatnya selain justifikasi sebatan itu,'' katanya.

SIAPA MINAH CUN INI?


Beliau memberitahu hasil kaji selidik oleh sebuah media ke atas 1,978 responden mendapati 79 peratus menyokong hukuman sebat di khalayak ramai tetapi Kabinet berpendapat hukuman mati mandatori lebih setimpal bagi penjenayah yang merogol mangsa hingga menyebabkan kematian.

Ditanya sama ada kerajaan yakin hukuman mati mandatori mampu mencegah jenayah rogol yang membawa maut, Rais menarik perhatian bahawa hukuman dalam Kanun Keseksaan telah dikuatkuasakan sejak 1889.

``Sama ada ia mampu mencegah atau tidak, itu masalah kedua tetapi undang-undang mesti menggambarkan keseriusan jenayah itu,'' tegasnya.

Beliau percaya akan ada pihak yang mempersoalkan keputusan tegas Kabinet hari ini termasuk meminta statistik tertentu sebagai bukti yang hukuman mati mampu mencegah jenayah.

Dalam hal ini beliau membidas segelintir pihak yang sibuk memperjuangkan hak asasi dengan meminta mereka memikirkan: ``Jika anak perempuan anda yang terlibat (dirogol dan dibunuh), bolehkah datang kepada saya dengan senyuman.''

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya akan meneliti dan melakukan pengkajian semula terhadap definisi rogol termasuk yang melibatkan rogol berkumpulan untuk memastikan wujud peruntukan undang-undang yang setimpal demi kebajikan masyarakat.

Selain itu menurutnya, mesyuarat Kabinet minggu depan pula akan memutuskan sama ada perlu diwujudkan sistem pendaftaran khusus untuk perogol memandangkan buat masa ini sudah ada Akta Pendaftaran Orang Yang Tidak Diingini 1969.

``Akta ini sekali gus boleh menyenaraikan semua pesalah jenayah di negara ini bukan untuk perogol sahaja.

``Tetapi ada cadangan supaya pendaftaran (khas) dibuat bagi perogol kerana jenayah itu dahsyat, supaya pihak berkuasa mudah membuat pertimbangan terhadap kes kesalahan seksual yang dilakukan mereka,'' katanya.

Sementara itu, Rais berkata: ``Kita harus ucap tahniah kepada pihak berkuasa kerana mendengar kes Nurul Huda dalam tempoh paling cepat dalam sejarah pentadbiran kehakiman negara ini.

``Ia memberi gambaran yang baik. Namun, kita bersimpati dengan keluarga Nurul.''

Nota:

Cukup hebat munkee ini buka cerita...
Tapi kes rogol amah ini senyap aje..?

Apakah maknanya gambar di atas?
Siapa perampuan itu ?

Kalau perempuan ini amah
Ini spesial punya amah..mengancam..!!
Kah...Kah...Kah...!!