Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Apr 4, 2010

AFUNDI Untuk DS Anwar Makin Meningkat...!!!

Anwar hilang sokongan: PM- Berita Hairan

HULU SELANGOR: Datuk Seri Najib Razak mahu rakyat menilai sendiri kepemimpinan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini hilang sokongan selepas ramai kenalan rapatnya mengambil keputusan keluar daripada parti itu.

Perdana Menteri berkata, mereka yang keluar daripada parti itu suatu ketika dulu sanggup masuk penjara atau naik turun mahkamah semata-mata demi pemimpin mereka itu.

Bukti Sokongan Terhadap DS Anwar Masih Kuat



( Ribuan Manusia Membanjiri Ceramah DS Anwar Di Stadium Mini Kuala Kubu Bharu Parlimen Hulu Selangor malam semalam)

---------------------------------------------
Kah...Kah....CERAMAH MACAM NI MANA ADA SIAR KAT TV...!!!

Kah...Kah...KALAU SIAR KAT TV...BN KAT JOHOR PUN TUMBANG...!!!

Kah...Kah...KALAU SIAR KAT TV...BN PUN MALU NAK BERKEMPEN...!!

Kah...Kah...KALAU PEMBANGKANG KELUAR KAT TV...DAH LAMA BN BUNGKUS..!!

Kah..Kah....TAK PAYAH PESAN LE...RAKYAT DAH TAHU MANA SATU NAK DI PILIH...!!!

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH....BILA DENGAR SESUATU BERITA...JANGAN TELAN BULAT-BULAT..SIASAT DULU...

AWAS..!! : Hantu Belaan BN Kini Berkeliaran Di Hulu Selangor..

Pakatan Rakyat (PR) sangsi dengan kehadiran lebih 2,500 pengundi baru yang direkodkan dalam tempoh dua tahun lalu sejak pilihan raya umum Mac 2008 sambil menyifatkannya sebagai sesuatu yang ajaib dan luar biasa.Sehubungan itu, Pengarah Pilihan Raya Selangor Parti Keadilan Rakyat(PKR) Abdullah Sani Abdul Hamid berkata pihaknya juga terkejut dengan perkembangan tersebut walaupun tidak menafikan parti-parti politik terlibat dalam kerja-kerja mendaftar pengundi baru.

“Kami pun tidak tahu dari mana datangnya angka ini (lebih 2,500 pengundi baru)... ini sesuatu yang ajaib, luar biasa. Kami akan mendapatkan penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya berhubung perkara ini,” kata beliau

Sambil mengakui pihaknya juga ada mendaftar pengundi-pengundi baru tetapi jumlah tersebut adalah sesuatu yang begitu besar bagi tempoh dua tahun ini, kata Ahli Parlimen Kuala Langat ini.


---------------------------------------------
Kah...Kah....DARI DULU, KINI DAN SELAMANYA HANTU MEMANG AFUNDI BN...!!!

Kah...Kah....HANTU BN MEMANG TAK TAKUT BILA KITA BACA YASIN..!!!

Kah...Kah....MAKIN BANYAK BAGI DUIT..MAKIN KUAT HANTU BN MERACAU...!!!

Kah...Kah....AIMAN TAK KISAH..BUAT APA-APA PUN MESTI YAKIN PADA ALLAH..

Spesis Abu Jahal Masih Wujud...

Masjid Kampung Pasir Minal, Kemaman bermula dengan sebuah masjid kayu. Ia agak sederhana. Selepas masa berlalu, masjid baru dengan binaan yang kukuh sudah terbina. Mungkin sudah lebih RM1 juta dilaburkan untuk membinanya, hasil kesungguhan semua pihak yang bukan sahaja mahu melihat Islam berada di menara masjid tetapi Islam berada di kemuncak kuasa. Tiba-tiba ura-ura bahawa UMNO/BN Terengganu mahu menawarkan masjid itu diroboh dan dibangunkan yang lain dengan tawaran RM1.35 juta (?).khutbah Jumaat berkaitan: Jangan ganggu masjid ini

Kenapa sekarang baru bersungguh? Kenapa mahu dirobohkan masjid yang sedang dimakmurkan? Kalau masjid itu uzur, tiada jemaah dan tidak dimakmurkan lalu atas dasar taqwa mahu membangunkannya nampak logik. Tetapi apabila masjid yang menjadi tumpuan ramai termasuk khatib tamu yang datang silih berganti termasuk kepimpinan tertinggi PAS begitu makmur, lalu UMNO/BN Terengganu terliur dengan masjid itu?

Saya ingin mengingatkan mereka ini dengan ucapan Imam Malik bin Anas apabila Khalifah Harun ar-Rashid mahu merobohkan Kaabah yang dibina oleh mereka yang sebelumnya dan mengembalikan balik kepada binaan sebelum itu: ‘Saya menasihatkan anda wahai Amir al-Mukminin! Adakah anda jadikan Kaabah itu permainan bagi penguasa-penguasa? Tidak ada seorang yang menjadi pemimpin melainkan ia meruntuhkannya, kemudian mendirikannya balik. Lalu akan hilanglah kehebatan rumah Allah itu.’

Saya yakin apa yang mahu dibuat oleh Khalifah Harun ar-Rashid berdasarkan iman, taqwa dan niat yang betul, tetapi saya sangat sangsi dengan maksud dan tujuan Masjid Kampung Pasir Minal yang mahu diroboh dan dibangunkan yang lain oleh UMNO/BN melainkan ia mempunyai unsur-unsur politik yang amat ketara. Demikian juga PUTIB dan Pondok Mustaqim. Gunakan kuasa itu untuk membantu, bukan meroboh.

Justru, sekali lagi diingatkan mereka yang berniat jahat terhadap rumah Allah ini dengan doa orang yang dizalimi dan balasan Allah terhadap tentera bergajah Abrahah yang mahu meruntuhkan rumah Allah. Batalkan sahaja niat jahat anda itu dan gunakan wang rakyat RM1.35 juta itu untuk pembangunan yang benar-benar bermanfaat untuk rakyat.

Terengganu Bina Masjid Di Beberapa DUN -Malaysianinsider

KUALA TERENGGANU, 4 April — Kerajaan negeri Terengganu akan membina 32 lagi masjid bagi beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tidak mempunyai masjid melibatkan peruntukan lebih RM64 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri Khazan Che Mat berkata, pembinaan masjid baru itu bagaimanapun bergantung kepada penyediaan tapak yang bersesuaian.

“Kerajaan memang mahu membina 32 masjid baru di kawasan-kawasan yang masih belum mempunyai masjid. Bagaimanapun kita menghadapi masalah pengambilan balik tanah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Perkim negeri Terengganu di sini hari ini.

----------------------------------------------
Kah...Kah.....TAK PUAS DENGAN MASJID BUJAL..MASJID PASIR MINAL PULAK NAK DI ROBOHKAN..!!

Kah...Kah....MASJID INI HASIL PROJEK ORANG RAMAI..BUKAN PROJEK BN..BODOH..!!

Hoi Mangkok....1 JUTA..10 JUTA..100 JUTA...ITU BUKAN HARGANYA...!!!

Kah...Kah....BERPULUH-PULUH MASJID DAH DI BUAT..TAK CUKUP LAGI KE..???

Woitt.......CAKAPLAH DENGKI..BIMBANG TENGOK RAKYAT MULA BERIMAN PADA ALLAH..!!

Kah...Kah...ENGKAU BUAT MASJID UNTUK PAMERAN..ORANG BUAT MASJID UNTUK SEMBAHYANG..!!

Kah...Kah...TAK CUKUP LAGI KE DENGAN MASJID KRISTAL..???

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH...BUAT MASJID SEMUA ORANG BOLEH..NAK MAKMURKAN MASJID ITU YANG SUSAH..

'Santa Klaus' Sudah Turun Di Hulu Selangor

Kempen pilihanraya kecil Hulu Selangor sepatutnya tidak boleh dimulakan selagi proses penamaan calon pada 17 April ini belum berlansung.

Namun, semalam Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa Hulu Selangor akan mendapat empat sekolah baru, dan projek pembinaan banjir bernilai RM2 juta ringgit.Muhyiddin juga berkata Kementerian Pendidikan sedang mengenalpasti tapak sesuai untuk membina sebuah sekolah aliran Cina.

Hari ini pula Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan projek perumahan baru untuk warga Felda di Gugusan Sungai Dusun.Projek bernilai RM32 juta ringgit ini membabitkan 2,50 unit, setiap satunya bernilai antara RM42,000 dan RM75,000 ringgit.


---------------------------------------------

Woitt.........PROJEK NI BUKAN NAK KEMPEN...CUMA MINTAK SOKONG BN JE..!!!

Kah...Kah.....INI BUKAN NAK RASUAH....CUMA NAK MINTAK MENANGKAN BN...!!!

Kah...Kah.....PROJEK BUAT KUIL HINDU TAK ADA KE ..???

Kah...Kah....INI BUKAN NAK SOGOK...CUMA NAK MINTAK PANGKAH BN JE..!!!

Kah...Kah....INI BUKAN PROJEK MEE SEGERA..CUMA KEBETULAN NAK PILIHANRAYA...!!

Kah...Kah....AIMAN TAK KISAH....NABI PUN DI TAWARKAN JADI RAJA..JANJI TAK SEBARKAN ISLAM...