Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Oct 14, 2010

Tabik Spring Pada Yang Berani.....!!!


Pilihanraya Kecil merupakan salah satu kompenen penting bagi Negara Malaysia yang mengamalkan konsep federalisme dan menjunjung prinsip demokrasi berparlimen. Maka setiap inci rakyat Malaysia bertanggungjawab dalam memastikan sistem ini terus berlangsung mengikut lunas-lunas perlembagaan.

Mahasiswa memberi jaminan bahawa PRK Galas kali ini bakal menyaksikan sekali lagi mahasiswa akan berpencak sebagai generasi muda pencinta Negara.

Mahasiswa akan turun bersama rakyat untuk memimpin mereka mencorak masa depan yang terletak di tangan mereka sendiri. Keterbukaan Menteri Pengajian Tinggi baru-baru ini yang membenarkan mahasiswa turun ke Galas akan digunakan sebaik mungkin bagi membuktikan peranan mahasiswa yang sentiasa dominan di sisi masyarakat.

Mahasiswa tidak memiliki kepentingan kepartian, apa yang penting bagi mahasiswa ialah prinsip bersih, amanah, telus dan adil perlu berfungsi sebaik mungkin di Galas. Mahasiswa sudah muak dengan berita berita kotor Pilihanraya yang sentiasa menerpa ruang media sehingga masyarakat sudah hilang percaya kepada sistem demokrasi Negara. Jika SPR kekurangan tenaga untuk memastikan PRK berjalan dengan adil dan bersih, biar mahasiswa menggalas tugas tersebut. Jika polis merasa berat tulang untuk memastikan keamanan sepanjang PRK, biar mahasiswa yang menggalas tugas tersebut agar rakyat dapat mengundi dengan selesa. Jika diberi peluang, mahasiswa akan pastikan setiap pentas kempen sentiasa padat dengan kelantangan aktivis mahasiswa yang sentiasa optimis untuk membela rakyat. Mahasiswa juga tidak akan meolak jika diberi peluang untuk tampil kehadapan sebagai calon alternatif kepada rakyat di Galas.

Jika mahasiswa pernah tampil beberapa tahun dahulu dengan mengemukakan manifesto yang cukup telus kepada rakyat, saya kira semangat itu masih ada dalam jiwa mahasiswa hari ini. Parti Mahasiswa Negara mungkin sudah terkubur, tetapi ruh perjuangan mahasiswa untuk membela rakyat masih subur. Selaku Pengerusi Majlis Politik Nasional Gamis, saya memberi jaminan bahawa mahasiswa tidak akan walaupun sekali melangkah ke belakang bagi memastikan ruh perjuangan membela rakyat terus hidup biar apa juga halangan yang bakal didepani.

Saya menyeru kepada seluruh sahabat mahasiswa untuk turun ke medan Pilihanraya Kecil Galas sebagai agen tidak rasmi kepada sistem demokrasi Negara. Kita nilai, imbang, dan kita siapkan resolusi untuk masa depan demokrasi Malaysia melalui pemerhatian kita di Galas. Kita tidak turun untuk PAS, mahupun UMNO, tetapi kita turun ke Galas untuk rakyat dan masa depan Negara. Kita hormati mereka yang berada di pentas politik kerana mereka juga elemen yang menjayakan sistem demokrasi Malaysia. Namun kita sebagai mahasiswa boleh membantu rakyat untuk menentukan siapa yang lebih sesuai untuk memimpin mereka.

Sdr. Syukri Ab Razab
Pengerusi Majlis Politik Nasional
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia

Melayu Penang Bodoh Sebab Di Tipu UMNO....!!!

Gambar & Berita ini tidak akan dilapor...kerana ianya menyokong china dan tidak menyokong UMNO...!!!

WANG JUDI : WARGA EMAS TOLAK FITNAH UMNO – HD

Warga emas sekitar Seberang Perai Utara mengatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng serta meminta meneruskan program penghargaan kepada golongan veteran pada masa depan.

Seramai 70 orang warga emas yang datang dari Penaga, Kepala Batas, Bagan, Teluk Air Tawar, Sungai Dua, Tasek Gelugor, Pokok Sena, Lahar Yooi dan kawasan lain turut kesal dengan tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim yang tiba-tiba mengajak mereka mengembalikan RM100 dan RM1,000 untuk para waris jika terdapat kematian warga emas kononnya berpunca dari wang judi.

Bagi mereka, semua itu merupakan mainan politik jahat yang sengaja dibangkitkan oleh Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno, Reezal Merican Naina Merican yang menuduh pemberian wang pada pertengahan tahun ini berpunca dari wang Kelab Lumba Kuda.
---------------------------------------------------------------
Woittttt....YANG BODOH DAN BANGANG ITU BIARKAN SAJA.....

Kah...Kah...DIA PILIH NAK JADI BANGANG...NAK BUAT MACAM MANA....!!!

Kah...Kah....TUA DAH TUA....PENGALAMAN PUN DAH BANYAK.....

kAH...kAH...MEREKA RASA BANGGA UNTUK JADI BODOH....BIARKAN MEREKA..ASALKAN MEREKA BAHAGIA....

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH.....YANG MALANGNYA MEREKA PILIH NAK JADI BODOH SEBAB NAK IKUT UMNO....KAH....KAH....KAH....!!!!

Banyaknya Sesumpah Dalam PKR...!!!


Lagi bekas pembantu Anwar dakwa dipaksa buat SD -MK

Seorang lagi bekas pembantu ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membuat laporan di balai polis Shah Alam, mendakwa akuan bersumpah yang ditandatanganinya pada 2008 dibuat secara paksaan.

Rasid Rosdi berkata beliau menurunkan tandatangannya kerana risaukan keselamatan diri dan keluarganya.

"Saya hanya dibenarkan pulang selepas saya disuruh oleh Latheefa Koya (sekarang ini ketua penerangan PKR) menurunkan tandatangan ke atas satu akuan bersumpah yang disediakan oleh dia sendiri. Saya tidak pernah mengarang atau membuat akuan bersumpah tersebut.

"Saya juga tidak bersetuju dengan apa kandungan akuan bersumpah itu. Latheefa (kanan) tidak pernah menceritakan kepada saya mengenai akuan bersumpah tersebut dan saya tidak memahaminya seratus-peratus,” katanya dalam laporan polisnya.

Menurut Rasid, dia mengenali Anwar sejak mereka berada di penjara dan kemudiannya diambil oleh bekas timbalan perdana menteri itu sebagai pembantu am di kediaman dan kemudiannya di pejabatnya.

"Pada malam 28 Jun 2008 setelah Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis terhadap Anwar Ibrahim, saya telah diminta untuk ke Quality Hotel. Di situ saya ditahan selepas beberapa hari dan dikawal 24 jam, ditahan bersama saya adalah Rahimi Osman,” katanya.

Rasid berkata Latheefa juga gagal menceritakan kepadanya apa yang sebenarnya kandungan akuan bersumpah itu dan dia merasakan dirinya itu ditipu.

Bekas banduan

"Latheefa sendiri harus tahu bahawa saya adalah bekas banduan dan tidak mempunyai pelajaran yang tinggi. Saya merasakan Latheefa seharusnya sebagai seorang peguam, tidak harus melakukan perbuatan sebegini kepada saya kerana walaupun saya mempunyai rekod buruk atas kesilapan saya dahulu, saya tetap seorang rakyat Malaysia."

Dakwa Rasid, setelah dikawal rapi selama 24 jam, serta beberapa insiden buruk di Quality Hotel, dia terpaksa akur kepada apa jua permintaan mereka.

"Selama hampir tiga tahun saya menanggung perasaan takut dan rasa tidak tenteram kerana memikirkan akuan bersumpah tersebut. Saya sangat berasa tertekan dengan keadaan ini dan terpaksa menerima kaunseling. Selepas beberapa sesi kaunseling, saya semakin tenteram dan cuba meyakinkan diri saya untuk memperbetulkan kesilapan tersebut.

"Akhirnya apabila melihat rakan saya, Rahimi Osman tampil untuk memperbetulkan kesilapan, maka timbul rasa berani dan yakin dalam diri saya untuk turut sama memperbetulkan perkara tersebut," katanya.

Menurut Rasid, beliau juga hari ini membuat satu akuan bersumpah yang baru bagi menceritakan perkara yang sebenar.

"Namun saya tidak boleh mendedahkannya kerana saya juga risau jika ia boleh mengganggu perbicaraan mana-mana kes di mahkamah,” katanya.

Pada 6 Oktober lalu, Rahimi membuat kejutan dengan cerita yang hampir sama tetapi mendakwa akuan bersumpah 'palsu' yang dibuatnya juga memalit Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Rahimi juga mendakwa ditipu oleh Latheefa dan berkata kandungan akuan bersumpah itu tidak boleh didedahkan kerana akan mengganggu kes liwat perbicaraan Anwar yang sedang berlangsung.

Ketika dihubungi, Latheefa berkata beliau sedang menyemak beberapa fakta sebelum mengeluarkan kenyataan rasmi.

Nota :

Ini semua adalah skrip yang telah membenarkan dakwaan bahawa DS Anwar telah di tetapkan untuk di penjarakan semula...
Maklumlah bekas banduan....susah bonar den nak komen...!!!