Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير

Jul 26, 2011

Lembu Punya Susu...Sapi Yang Dapat Nama...!!


Rais tak ambil tindakan kerana takut ‘orang di belakang’ Rocky Bru-Keadilan Daily

PETALING JAYA: Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, Datuk Seri Dr Rais Yatim tidak berani mengambil tindakan undang-undang terhadap blogger Rocky Bru kerana takut ‘orang dibelakang’ penulis itu.

Rocky Bru atau nama sebenarnya Ahiruddin Attan merupakan individu terawal mendedahkan laporan NGO hak pekerja Indonesia, Migrant Care mengenai salahlaku seks melibatkan seorang Menteri Malaysia terhadap pembantu rumahnya, tahun ini.

Pengarah Komunikasi Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan saman Rais ke atas penulis blog Amizuddin Ahmad atau Sharpshooter.

Pada 19 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Amizuddin membayar ganti rugi RM300,000 kepada Rais atas dakwaan memfitnah menteri itu dalam satu artikel. Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof juga memerintahkan Amizudin membayar kos RM100,000 kepada Rais.

“Rais takut. Lihat siapa dibelakang mereka. Kalau dia betul serius, dia akan saman semua pihak,” kata Nik Nazmi.

“Mungkin kerana Amizuddin ahli KEADILAN dan mereka (Rocky Bru) bukan, maka tindakan tak diambil. Kita tak boleh halang seseorang hanya kerana dia ahli KEADILAN. Perkara pokok adalah kejujuran. Jelas tindakan Rais ini berkepentingan politik,” ujar Nik Nazmi.

Warkah Buat Insan Bernama Polis....!!


Assalamualaikum warahmatuAllahi wabarakatuhu,

Terlebih dahulu, pohon kemaafan jika warkah ini terbuka. Saya harap ia dapat dibaca oleh semua. Jika ada kebaikan, ambillah darinya. Jika tidak, campaklah ia ke tepi dan lupakan sahaja.

Ia hanya satu coretan dari seorang rakyat bawahan. Tanda cinta dan kasih kepada saudara yang saya lihat tercegat di segala penjuru negara atas tanggungjawab menjaga keamanan kita semua. Mata memandang, hati merintih dan berdoa agar tugasan saudara benar-benar diberikan pahala di sisi Tuhan dan diiktiraf di sisi rakyat.

Saudaraku anggota polis,

Kerja polis adalah satu kerja yang mulia kerana menjaga keamanan dalam negara. Penat lelah anggota polis dalam memastikan negara kita aman dan adil adalah pahala yang amat besar di sisi Allah jika pengamalnya jujur dan ikhlas.

Sepatutnya, tiada seorang pun rakyat yang cintakan keadilan dan keamanan akan membenci polis. Sebaliknya, perasaan fitrah; sayang dan menghargai akan tertanam dan mekar sebaik sahaja mendengar nama polis, melihat anggota atau apa sahaja perlambangan polis. Itulah perkara sewajarnya berlaku.

Cegah kemungkaran

Saudaraku anggota polis,

Tugas seorang anggota polis - sebelum tugasan kenegaraan- sebenarnya adalah tugasan yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya iaitu 'Menyuruh Kebaikan, Mencegah Kemungkaran'.

Itu moto asal pasukan polis. Sekalipun, tumpuan terbanyaknya kepada bahagian kedua iaitu 'Mencegah Kemungkaran'. Hakikatnya, polis berperanan menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah dengan dipastikan setiap penzalim akan dihalang, dicegah dan dihukum.

Jika itu tidak berlaku, masyarakat akan porak peranda dan menerima hukuman dari Allah. Allah berfirman: (maksudnya): “Telah dilaknat mereka yang kufur daripada Bani Israil melalui lidah Daud dan Isa bin Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang (sesama sendiri) perbuatan mungkar yang mereka kerjakan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan. (Surah al-Maidah, ayat 78-79).

Nabi s.a.w pula bersabda: “Sesungguhnya manusia apabila melihat orang zalim, namun tidak menghalang tangannya, hampir Allah akan meliputi mereka dengan hukumanNya” (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasai dengan sanad yang sahih).

Kami sebagai rakyat mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak polis yang telah menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah, kezaliman dan kerosakan.

Bahaya kuasa

Saudaraku anggota polis,

Namun, dalam masa yang sama, bidang tugas dan kuasa saudara yang menghalang kezaliman itu jika disalahgunakan boleh memberikan kesan yang sebaliknya.

Ia boleh bertukar dari melindungi yang tidak bersalah kepada menginayainya, menghalang yang zalim kepada memberi peluang kepadanya, memberi hak kepada yang berhak kepada merampas hak dari tuannya.

Jika itu berlaku, rosaklah masyarakat, hilanglah neraca keadilan, bermegah si zalim, kesakitanlah yang ditindas. Lantas, kebencian akan merebak, kepercayaan akan hilang dan saudaraku polis yang sepatutnya disayangi menjadi pihak dimusuhi, dibenci dan diragui.

Saudaraku anggota polis,

Ingin saya sebut di sini suatu tazkirah yang harapnya boleh memberikan manfaat kepada semua, khususnya mereka yang berkuasa seperti saudara.

Saudaraku, kezaliman itu adalah suatu racun. Ia bukan sahaja menyakitkan yang dizalimi, tetapi suatu hari akan membawa sengsara, bahkan mengorbankan si zalim itu sendiri.

Pada hari kita memukul orang yang tidak bersalah, melukai atau menfitnahnya, kita mungkin rasa selamat di balik peruntukan kuasa yang ada. Mungkin juga rasa selamat di balik pakaian lengkap kita yang mungkin gagal mangsa mengenali pelakunya.

Namun Tuhan tidak lupa. Akan ada harinya yang menanti kita di hadapan. Tangan yang memukul orang lain dan kaki yang menendang mangsa itu tidak akan terpadam catatannya sehingga kemaafan diberikan.

Ketika saudara pulang ke rumah berjumpa keluarga, si mangsa mendongak ke langit mengadu kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa.

Doa orang dizalimi

Dengarlah baik-baik apa yang yang disabdakan Nabi SAW: "Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam riwayat Ahmad, baginda bersabda: "Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang jahat. Kejahatannya itu bagi dirinya" (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).

Dalam riwayat Ahmad yang lain: "Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang kafir kerana ia tidak ada hijab (penghalang untuk Allah menerimanya). (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).

Saudaraku anggota polis,

Tiada siapa antara kita yang dapat menyelamatkan dirinya dari hukuman Tuhan. Seseorang mungkin telah melupai orang yang dizaliminya, atau si mangsa juga mungkin terlupa, atau pergi menemui Ilahi terlebih dahulu.

Namun doanya tetap hidup. Akan ada waktu, ia tetap datang bertandang dalam kehidupan si zalim; meragut kebahagiaannya, ketenteraman hidupnya dan mencampakkan derita dalam pelbagai warna dan rupa.

Mungkin si zalim ketika itu terpinga dan bertanya 'apakah salah saya?'. Dia terlupa bahawa Tuhan tidak lupa atas kezalimannya, di dunia dan akhirat sana.

Saudaraku anggota polis,

Dunia ini sementara. Setiap kita akan ada hari akhirnya. Akan berakhirlah sebuah kehidupan dan bermulalah mahkamah keadilan Tuhan.

Tunggu balasan

Tiada kuasa yang dapat membela, tiada pembesar yang dapat berkata. Semua tunduk menunggu balasan. Firman Allah (maksudnya): “Dan janganlah kamu menyangka bahawa Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang ketika itu terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar), mereka terburu-buru (menyahut panggilan) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata yang tidak berkelip, dan hati mereka yang kosong (kerana bingung dan cemas)”. (Surah Ibrahim 42-43).

Saudaraku anggota polis,

Sekali lagi pada hari itu si zalim akan bertemu dengan semua mereka yang telah dimangsakan, di hadapan mahkamah yang Maha Adil.

Tiada bukti yang dapat disembunyikan, diputarbelit dan ditipu kepada masyarakat manusia yang berkumpul ketika itu. Tiada media yang boleh diperguna dan tiada kuasa kerajaan yang boleh melindunginya.

Adil seadil-adilnya. Bak kata Nabi s.a.w: "Segala hak akan dibayar kepada empunya pada Hari Kiamat, sehinggakan akan dibalas untuk biri-biri yang bertanduk atas perbuatannya ke atas biri-biri yang tidak bertanduk" (Riwayat Muslim).

Sabda baginda juga: "Sesiapa yang ada padanya kezaliman terhadap saudaranya (muslim yang lain); seperti terhadap maruah dan selainnya, mintalah halal pada hari ini sebelum tiba waktu yang tiada dinar dan dirham (tiada harta iaitu pada Hari Kiamat).

Arahan atasan

Sekiranya baginya kebaikan (amalan soleh) maka akan diambil darinya dengan kadar kezalimannya. Jika tiada baginya kebaikan, maka akan diambil dosa orang yang dizalimi lalu ditanggung ke atasnya" (Riwayat al-Bukhari).

Saudaraku anggota polis,

Saya tahu, kadang-kala ada keadaan yang sukar sebagai anggota polis yang terpaksa melaksanakan arahan 'atasan'. Maka, mungkin ada yang berkata 'kami hanya menjalankan tugas'.

Sudilah saudara mendengar nasihat tokoh Islam yang agung al-Imam Hasan al-Basri r.a. kepada Gabenor Iraq dan Khurasan iaitu 'Umar bin Hubairah. Ketika itu zaman pemerintahan Khalifah Yazid bin Abdul Malik.

Kata 'Umar bin Hubairah: “Sesungguhnya khalifah Yazid bin Abdul Malik kadang-kala menyuruhku melaksanakan perkara yang aku rasa tidak puas hati dari segi keadilan. Apakah jika aku melaksanakannya menjadi sutu kesalahan di sisi agama?

Kata Hasan al-Basri: “Wahai Umar bin Hubairah! Takutlah Allah mengenai Yazid, jangan engkau takutkan Yazid mengenai Allah. Ketahuilah sesungguhnya Allah azza wajalla dapat menghalang Yazid daripada bertindak ke atasmu, tetapi Yazid tidak dapat menghalang Allah daripada bertindak ke atasmu.

Wahai 'Umar bin Hubairah! Sesungguhnya akan turun kepadamu malaikat yang bengis dan keras, dia tidak akan menderhakai apa yang Allah perintahkannya. Dia akan mengambil engkau dari tempat dudukmu ini, dan memindahkan engkau dari istanamu yang luas, ke kubur yang sempit.

Tanggungjawab kepada Allah

Di sana tiada Yazid, hanya yang ada amalanmu yang menyanggahi Tuhan Yazid. Wahai 'Umar bin Hubairah! Sekiranya engkau bersama Allah dan ketaatan kepadaNya, ia boleh menghalangmu dari kejahatan Yazid di dunia dan akhirat.

Jika engkau bersama Yazid dengan menderhakai Allah, sesungguhnya Allah akan menyerahkanmu kepada Yazid. Ketahuilah wahai 'Umar bin bin Hubairah! Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam menderhakai Pencipta”. Maka menangislah Gabenor 'Umar bin Hubairah”. (rujukan: Mir at al-Jinan wa 'Ibrah al-Yaqzan)

Saudaraku anggota polis,

Kita boleh bertugas kepada sesiapa pun, tetapi jangan lupa tanggungjawab kita di hadapan Allah. Tiada cacatnya menjadi anggota polis. Saudara bukan musuh rakyat. Sebaliknya, saudara diperlukan rakyat.

Apa yang cacat dan menimbulkan kebencian awam adalah tindakan kita sendiri jika menyalahi prinsip-prinsip keadilan dan keamanan. Jika itu tidak berlaku, sayang dan cinta rakyat tertumpah kepada saudara.

Ingatlah kata-kata Abu Bakar al-Siddiq: “Benar adalah amanah, bohong adalah khianat”. Jika saudara benar, rakyat sayang, Allah juga sayang. Kedamaian jiwa pun menjelang. Jika saudara bohong rakyat benci, Allah juga benci. Rezeki tidak halal, hidup tidak bahagia.

Saudaraku anggota polis,

Inilah pandangan seorang rakyat marhaen awam seperti saya. Tiada kebencian antara rakyat dan saudara jika keadilan itu tertegak.

Rakyat awam bukan sahaja mahukan keadilan yang ditafsirkan oleh pihak saudara, tetapi keadilan yang dapat difahami oleh semua. Bukan sahaja adil dari segi bicaranya, tetapi hendaklah kelihatannya juga adil.

Semoga Allah merahmati saudara dan tugas saudara. Diberikan rezeki yang halal. Bebas dari kezaliman dan rasuah. Kami akan bersama menyanjungi saudara! Selamat bertugas!

Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Kalau BN Menang Lagi Dalam PRU 13...Sahlah Mereka Menipu...!!


Diamlah, kata pengguna internet pada Najib - MK

Warga internet melepaskan kekecewaan berhubung kenyataan dan beberapa tindakan kerajaan akhir-akhir ini dengan menulis komen "diam lah" di halaman Facebook Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mereka memulakan sindiran itu selepas tengah malam semalam setelah Najib memuatkan pautan ke artikel dalam blog terbarunya yang menyentuh soal tanggungjawab pemimpin dan keamanan negara.

Malah, ada yang menampal perkataan sama dengan tulisan yang besar di dinding (wall) halaman Facebook itu.

Perkataan “diam lah” turut dicatatakan di ruangan komen untuk masukan (posting) yang ditulis.

Warga internet yang pro-kerajaan bagaimanapun cuba berhujah bagi menangani tindakan itu dengan hamburan kata-kata kemarahan kepada penyokong Pakatan Rakyat. Bagaimanapun, tindakan itu gagal menangani tenaga lawannya yang jumlah jauh lebih ramai.

Sehingga berita ini ditulis, masukan menggesa perdana menteri supaya diam belum reda. Masukan terakhir dengan tulisan dengan blok besar baru dimuatkan hanya kira-kira lima minit lalu.

Nota :

satu kempen barui saje bermula dalam fb

kempen ini untuk menutup mulut bini rosmah
yang semakin sewel dan meroyan

anak anak muda
para fb
para tweetis
sila masuk ke fb ini

mari kita jadikan sejuta orang yang minta
supaya najib diam

tahukan anda
siapa yang tersemyum
melihat fb ini?

tahukah anda bahawa fb ini
amat amat diminati oleh siapa?
Kalau dah tahu baik kau diam je...
Kalau tak tahu..tanyalah pada kawan-kawan
kah kah kah

Kepada Siapa Rakyat Nak Mengadu...??


Kematian Allahyarham Baharudin Ahmad, 58 telah mengejutkan negara, lebih-lebih lagi dengan pendedahan pihak polis yang menyatakan bahawa arwah meninggal dengan tiga tulang rusuk dan giginya patah… sedangkan pada awalnya polis juga mengeluarkan kenyataan bahawa arwah meninggal kerana serangan jantung.

Namun, menurut anak Allahyarham, Mohd Nasrul, keluarganya masih tertanya-tanya bagaimanakah polis mendapat fakta berhubung sebab kematian lelaki yang meninggal dunia semasa menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 di KLCC, Kuala Lumpur dua minggu lalu sedangkan pihak keluarga sendiri masih belum menerima laporan bedah siasat yang dijalankan ke atas jenazah.

Bukan itu sahaja, dalam menguatkan hujah mereka, polis telah memaparkan gambar 'Baharuddin' memegang dadanya semasa perhimpunan Bersih 2.0 Julai 9 yang lalu.

Kini, rakyat sedang bertanya –“Kepada siapakah yang boleh diharapkan supaya keadilan dapat ditegakkan dalam kes seumpama mendiang Teoh Beng Hock, Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed, mendiang A.Kugan dan yang terkini arwah Baharuddin? ”Nak mengadu pada pihak berkuasa, tetapi yang menyiasat juga ialah pihak berkuasa dan perkakas yang tidak berani melawannya.

Rakyat kini susah hendak menerima hasil siasatan pihak berkuasa, terutamanya apabila pihak berkuasa yang menerima aduan turut terpalit dalam kes-kes tertentu untuk menghukum mereka sendiri.

Paling hebat ditubuhkan Suruhanjaya Diraja – sekiranya satu hari nanti Suruhanjaya Diraja juga hilang kewibawaan, maka akan ditubuhkan Suruhanjaya Khas pula – lambat-laun segalanya gagal mendapat kepercayaan rakyat apabila mereka menyedari hakikat yang terang lagi bersuluh bahawa semuanya telah dicemari dengan campur tangan para pemimpin Umno dan Barisan Nasional di belakang takbir.

Bahkan, kerajaan boleh berusaha untuk mengubah nama institusi-institusi dengan pelbagai nama sekalipun, namun hakikatnya semua itu hanyalah perubahan komestik kerana realitinya sistem negara telah punah kerana ia dipimpin oleh Umno Barisan Nasional yang telah punah struktur asasnya.

Ia tidak lebih umpama bangunan yang telah dimamah anai-anai, walau kelihatan dari luarnya kukuh, sebenarnya ia hanya menunggu masa untuk rebah menyembah bumi.
Kepincangan serius ini menuntut sesuatu tindakan untuk dilakukan segera agar institusi-institusi yang disandar rakyat bagi menuntut keadilan dan hak mereka dapat terus diyakini.

Untuk itu, PAS mengingatkan rakyat bahawa keadilan hanya dapat diperolehi daripada satu sistem yang adil dengan syarat sistem yang adil tersebut dilaksana oleh pimpinan yang adil.

Diharapkan rakyat sudah bersiap sedia untuk melangkah ke arah perubahan tersebut di PRU ke 13 nanti.

Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat

Biometrik : Ibarat Menembak Lalat Dengan Peluru Berpandu...!!

Biometrik Untuk Pastikan BN Menang PRU 13 - HD

KUALA LUMPUR, 26 Julai: Pemuda PAS Malaysia menolak penggunaan sistem biometrik kerana masih boleh dimanipulasi untuk mempastikan kemenangan Umno BN dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

“Jabatan Pilihan raya Dewan Pemuda PAS Malaysia berpendirian tegas menolak penggunaan sistem biometrik ini yang pastinya masih boleh dimanipulasi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mempastikan kemenangan Umno BN,” kata Pengarah Jabatan Pilihan raya Dewan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Sany Hamzan.

Ia juga, katanya akan membabitkan kos penyelenggaraan yang tinggi yang membabitkan duit rakyat berbanding penggunaan dakwat kekal yang lebih murah, mudah dan selamat.

Justeru, Pemuda PAS menolak kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang menyatakan bahawa pihak SPR akan memperkenalkan sistem biometrik untuk memantapkan lagi tahap keselamatan dalam proses pilihan raya di negara ini.

Abdul Aziz menyebut di dalam satu sidang media di Kuching bahawa perlaksanaan sistem itu diharap dapat mengatasi isu pengundi hantu yang sering dibangkitkan pihak pembangkang setiap kali menjelang musim pilihan raya umum atau kecil.

Keputusan itu diambil apabila pihak kerajaan bersetuju untuk memberikan sejumlah peruntukan kepada SPR untuk menggunakan sistem biometrik.

Jabatan Pilihan raya Dewan Pemuda PAS Malaysia juga bersetuju dengan pandangan Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor yang menyebut bahawa sistem biometrik ini tidak akan dapat menyelesaikan masalah isu pertindanan pemilih di dalam daftar pemilih, pemilih yang dipindah keluar dan masuk tanpa pengetahuan mereka, isu pengundi yang melebihi usia 100 tahun, isu lebih dari seorang pengundi di alamat yang sama, isu pengundian pos, isu tentera dan polis yang telah bersara tetap mengundi sebagai pengundi pos dan lain-lain isu yang telah menyebabkan sistem pilihan raya di Malaysia ini nampak tempang.

Mohd Sany menambah, seperti mana pendedahan Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor baru-baru ini dalam pertemuan dengan pihak SPR di Putrajaya, mereka telah menunjukkan sebahagian pembuktian pertindanan nama-nama pemilih di dalam daftar pemilih induk mengikut corak pengenalan diri (tarikh lahir/no kad pengenalan lama) dan corak nama hasil daripada gerak kerja mencari dan mengenal pasti pemilih-pemilih yang diragui yang telah dilaksanakan secara berterusan di seluruh kawasan.

Sehubungan itu, kata beliau pihaknya berharap semoga pihak SPR tidak meneruskan agenda mereka untuk menggunakan sistem biometrik ini yang belum pernah teruji keberkesanannya untuk memastikan sistem pilihan raya dapat dilaksanakan secara adil dan telus.

Beliau menambah, SPR tidak perlu berasa malu untuk menggunakan kaedah dakwat kekal seperti yang digunakan di Indonesia atau India tetapi hasilnya cukup memberangsangkan, tiada penipuan, tiada rusuhan dan sebagainya berbanding sistem biometrik yang tidak terjamin lagi ketelusannya.

Katanya lagi, Bersih 2.0 telah menunjukkan bahawa rakyat Malaysia kini telah bangkit untuk menolak sebarang penyelewengan dan penipuan, mereka juga memerhatikan dengan penuh minat bagaimana pihak SPR ingin mengendalikan pilihan raya umum ke 13 secara telus dan adil.

“Adakah SPR akan menjadi pihak yang mempunyai integriti dalam melaksanakan tanggungjawabnya secara beramanah ataupun berterusan menjadi salah satu daripada parti komponen Barisan Nasional yang akan mengusahakan pelbagai kaedah dan cara yang akan mempastikan kemenangan Umno BN di dalam pilihan raya yang akan datang?” soalnya.

Nota :

lihat dan fahami klip ini
bukti bahawa biometrik ini
hanya projek tipu untuk kroni BN...
kah kah kah


Bil Eletrik Kini Gila Babi...!!


"Entah apa nak cakap mengenai bil elektrik sekarang ini, naik dan terus naik. Ingatkan rumah saya saja sebelum ni sekitar RM60 sekarang ini sekitar RM100 sejak 1-2 bulan ini. Rupa-rupanya bil surau kami di Senawang pun naik sekitar 2 kali ganda. Kalau dulu sekitar RM30 sebulan, bil pada 18 Julai 2011 sampai RM60 pula.

Jiran saya pula kata dulu dia sekitar RM100 sebulan, kini sekitar RM200.

Ada jiran depan rumah dia lagi kesian, sampai dekat RM300 sebulan. Padahal meter elektrik tidak ditukar, tiada penambahan penghawa dingin, tiada penambahan penghuni rumah.

Kalau Astro atau bil Telekom naik macam ni boleh potong je, pakai antena dan prepaid saja.

Kalau bil TNB takkan nak potong guna lilin dan kayu api. Itu baru 2-3 rumah, 2-3 surau dan masjid.

Kalau seluruh Malaysia berapa banyak sudah untung agaknya, dan berapa ramai yang mengeluh. Kalau ada yang mengeluh pasti ada yang tersenyum LEBAR !

Rozmal bin Malakan

Betul Ke.....PRU13 September 2011....!!


"Berita baru masuk!! Sumber dalaman memaklumkan bahawa pilihanraya umum ke-13 akan berlangsung pada musim perayaan iaitu pada pertengahan September. Persediaan untuk pilihanraya kini berada di peringkat akhir dan juga di mana-mana bahagian yang terlibat dalam misi BN mempertahankan Putrajaya. Ini berikutan skandal pembelian kapal selam Scorpene yang menghampiri kemuncaknya pada akhir bulan September.

Berkemungkinan besar, Najib akan dikenakan 'sapena' di Mahkamah Perancis yang memaksa kehadiran Najib dalam perbicaraan yang melibatkan salahlaku urusniaga pembelian Scorpene. Berikut adalah berita mengenai butir-butir perbicaraan rasuah di mahkamah Perancis kelak;

KUALA LUMPUR, 25 Julai: Komisen ketiga pembelian kapal selam Scorpene yang dibayar ‘pegawai peringkat tinggi’ kerajaan Malaysia akan didedahkan ketika perbicaraan rasuah itu di mahkamah Perancis, September ini.
Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel sebelum ini mendedahkan bukti baru bahawa komisyen ketiga itu dibayar lebih besar daripada sebelumnya kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd, yang berjumlah RM540 juta, lapor KeadilanDaily.

Perimekar dimiliki sepenuhnya Ombak Laut, syarikat Abdul Razak Baginda iaitu kenalan rapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang terlepas dari hukuman gantung kerana membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibu.

Penyiasat persendirian yang pernah bertugas dengan Abdul Razak, P Balasubramanian pernah mendedahkan dalam akuan bersumpahnya yang Najib mempunyai hubungan dan turut terlibat dengan pembunuhan itu.

Cynthia ketika dihubungi berkata, perbicaraan di mahkamah Perancis itu juga dijangka mendedahkan individu ketiga yang menaiki penerbangan ke Macau pada 2002.

Individu ‘misteri’ itu bersama Abdul Razak dan Altantuya dikesan menaiki pesawat ke pulau itu bagi urusan pembelian kapal selam berkenaan.

“Melalui mahkamah kita dibenarkan untuk akses kepada dokumen syarikat yang menjalankan urusniaga,” kata Cynthia kepada Keadilandaily. - hdaily


Panggilan sapena terhadap Najib akan memberi impak yang sangat besar dan untuk mengimbangi impak tersebut, Najib memerlukan sebuah kerajaan baru yang mempunyai mandat lebih besar. Dalam masa yang sama, pembubaran Parlimen akan mengalih perhatian rakyat daripada perbicaraan di Perancis yang dijangka berlangsung akhir bulan September.

BN menjangkakan mereka masih mempunyai kekuatan di kawasan majoriti melayu terutamanya di luar bandar. Sementara mereka masih memiliki 'cengkaman' ke atas pengundi melayu yang tidak bermaklumat, Najib mengharapkan BN masih berjaya bertahan di Putrajaya dalam PRU kali ini walaupun dengan hanya majoriti mudah sepertimana pilihanraya Mac 2008.

Najib sememangnya tidak mempunyai banyak pilihan kerana apabila di'sapena' oleh mahkamah Perancis, samada Najib hadir atau tidak hadir ia pasti mengundang kemusnahan besar ke atas kempen BN untuk pertahan Putrajaya terutamanya kehilangan sokongan pengundi melayu. Ini tidak mungkin dibenarkan berlaku oleh Najib dan hanya pilihanraya dalam masa terdekat sahaja yang boleh menyelamatkan Najib.

Baru-baru ini Muhyidin juga telah memberi klue yang cukup jelas dengan mengatakan pilihanraya akan berlaku dalam masa dua-tiga bulan lagi. Sebelumnya, dapat dilihat pelbagai persediaan telah di atur oleh pihak kerajaan termasuklah pengenalan sistem biometrik untuk pilihanraya umum ke-13, satu sistem yang sangat diragui berbanding cara manual dakwat kekal.

Justeru itu, Pakatan Rakyat harus lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan besar yang bakal berlaku. Pertembungan yang berbentuk 'sistem dua parti' dalam PRU-13 dikatakan satu pertembungan paling sengit dalam sejarah. Juga hebat diperkatakan yang Barisan Nasional akan tumbang buat kali pertama dan terakhir...

Terang-Terang Kita Telah Di Tipu...!!


MUHYIDDIN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT MENTERI LUAR KOREA UTARA – BH

Muhyiddin Yassin, menerima kunjungan hormat Menteri Luar Korea Utara, Pak Ui Chun di pejabatnya di sini, tengah hari tadi.

Turut serta dalam pertemuan itu ialah duta republik berkenaan ke Malaysia, Jang Yong Chol.

Ui Chun yang tiba di sini pagi tadi dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia

Nota:

kalau komunis itu salah
kenapa tak tangkap Muhyidin...?
kenapa tak tangkap warga korea utara ini..?
Mereka semuanya Komunis...

Kenyataan Rasmi...!!

PEMBENTUKAN SURUHANJAYA SIASATAN DI RAJA UNTUK SARBAINI

Saya ingin menyokong permintaan keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed agar dibentuk sebuah Suruhanjaya Siasatan Di Raja bagi menyiasat kematian beliau ketika disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Di Raja bagi kematian mendiang Teoh Beng Hock ketika siasatan SPRM memperkuatkan lagi hujah agar siasatan bebas dan berwibawa dapat dibuat terhadap kematian Allahyharham Sarbaini.

Ini ditambah pula dengan pendedahan mendalam yang dibuat oleh Raja Petra Kamaruddin di dalam blognya.

Suruhanjaya Siasatan Di Raja Teoh Beng Hock telah mendapati pegawai-pegawai SPRM bertanggungjawab terhadap kematian mendiang.

Polis Di Raja Malaysia telah menolak sebarang tindakan terhadap tiga orang pegawai SPRM yang dinamakan di dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Di Raja Teoh Beng Hock, Hishamuddin Hashim, Mohamad Anuar Ismail and Mohd Ashraf Mohd Yunus memandangkan polis menganggap mereka tidak menyalahi sebarang undang-undang dan bergantung kepada siasatan dalaman SPRM. Pun begitu SPRM hanya menggantung ketiga-tiga individu tersebut.

Sebenarnya mereka boleh disiasat di bawah Seksyen 304 dan 304A Kanun Keseksaan iaitu homisid salah yang tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh (culpable homicide not amounting to murder) dan boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun.

Balu Allahyarham Sarbaini, Maziah Manap juga mengadu bahawa laporan polisnya mengenai kenyataan pegawai SPRM Abdul Ghani Ali yang mengatakan kakitangan SPRM yang bertanggungjawab dalam kematian Allahyarham tidak disiasat sehingga ke hari ini.

Bagaimanakah pengumuman penubuhan Jawatankuasa Eksekutif Transformasi SPRM dapat mengembalikan imej dan kewibawaan SPRM apabila jawatankuasa tersebut dipengerusikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM sendiri? Memandangkan isu ini isu serius yang sudah timbul berkali-kali, nyata sekali siasatan dalaman bukanlah penyelesaiannya. Seperti kata pepatah Inggeris, who will guard the guards?

Harus diingat permintaan untuk penubuhan Suruhanjaya Siasatan Di Raja Teoh Beng Hock juga memakan masa yang lama dan hanya selepas keputusan Koroner yang tidak muktamad dan tekanan politik barulah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju dengan penubuhannya.

Saya juga berharap kerajaan dapat mengambil serius laporan-laporan Suruhanjaya-Suruhanjaya Di Raja yang ditubuhkan selama ini dan tidak menjadikannya hanya sebagai ‘public relations exercise’ yang akhirnya tidak dihiraukan seperti Suruhanjaya Di Raja Video Klip Lingam, Reformasi Polis dan kecederaan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika dalam tahanan polis.

Justeru, hanya siasatan yang bebas, telus dan adil dapat membersihkan nama Allahyarham Sarbaini yang difitnah selama ini serta memastikan satu lagi tragedi malang seperti Teoh Beng Hock dan Sarbaini tidak berulang.

NIK NAZMI NIK AHMAD
PENGARAH KOMUNIKASI PARTI KEADILAN RAKYAT
merangkap
AHLI DEWAN UNDANGAN SERI SETIA

Siapa Yang Arah Bunuh Altantuya...??


MENS REA TBH: NAZRI DIMINTA RUJUK KES ALTANTUYA – harakah daily

Penasihat DAP Lim Kit Siang meminta Nazri Aziz agar merujuk dimana 'mens ria' (motif) pembunuhan Altantuya Shaariibuu sebelum mempertikaikan 'mens rea' pembunuhan Teoh Beng Hock (TBH).

Kit Siang menjawab dakwaan Nazri kononnya beliau gagal membukti motif pembunuhan TBH kerana gagal menyebut motif pembunuhan itu apabila mendakwa 'menyebabkan terbunuh' sama saja dengan 'membunuh'.

Nazri baru-baru ini mempertikaikan kenyataan Kit Siang dengan mendakwa dakwaan Kit Siang terlalu remote dan tidak boleh dipegang.

“Tengok apa yang Lim Kit Siang kata – paksa bunuh diri sama juga dengan membunuh… mana dia belajar undang-undang ini, ia terlalu remote,” selar Nazri. “Untuk membukti pembunuhan, ia mesti mempunyai mens rea (motif) dan actus reas (tindakan)… dalam kes Teoh, di mana mens rea?” soal beliau.

Lim berkata, perkataan 'mens rea' menyebabkan beliau teringat kes pembunuhan Altantuya di mana dua pegawai Unit Kawalan Keselamatan Pejabat Perdana Menteri, Azilah Hadri dan Korporal Sirul Azhar Umar telah didapati bersalah menggunakan bom C4 untuk membunuh model Mongolia tersebut pada bulan Oktober 2006 dan dikenakan hukuman gantung sampai mati.

“Rakyat Malaysia yang berfikir masih bertanya apa motif pembunuhan Altantuya oleh Azilah dan Sirul...ia membangkitkan banyak persoalan khasnya siapa sebenarnya dalang dalam pembunuhan tersebut dan mengapa dalang tersebut masih bebas?” bidas beliau.
---------------------------------------------------------------
woit…JAWABLAH… APA MOTIF AZILAH DAN SIRUL BUNUH ALTANTUYA….

kah kah kah…. APAKAH MEREKA MEMBUNUH KERANA MAKAN UPAH..?

kah kah kah…AIMAN TAK KISAH...SIAPA YANG UPAH SIRUL DAN AZILAH...?

Nota:

kes altantuya ini tidak akan tamat
sehingga pembunuhnya yang sebenar
dibawa ke hadapan pengadilan

persoalan timbul
siapa entot altantuya dahulu
najib atau razak baginda ?

mengikut bala
razak baginda dapat entot
sesudah altantuya dipakai oleh najib

betul kah ini?

karpal singh diparlimen telah bertanya
kenapa tubuh badan altantuya diledakkan
apakah altantuya ketika dibunuh sedang mengandung?

kalau mengandung
memgandung anak siapa?
anak razak atau cucu razak...
kah kah kah

Satu Lagi Malapetaka Yang Datang...!!


KELUARGA TOLAK VIDEO, TUNTUT SIASATAN KEMATIAN BAHARUDIN AHMAD – keadilan daily

Keluarga allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal dunia semasa perhimpunan Bersih 9 Julai lalu, tetap mahukan panel siasatan khas diwujudkan bagi menyiasat punca kematiannya.

Ia bagi mengenalpasti punca kematian allahyarham yang turut mengalami patah gigi dan tulang rusuk ketika dikejar pasukan polis di KLCC.

Menurut peguam mewakili keluarga Baharudin, Ahmad Jufliz Faiza, kenyataan yang dikeluarkan polis berhubung kematian Baharudin membelakangkan undang-undang, sedangkan laporan bedah siasat masih belum dikeluarkan.

“Kenyataan yang dikeluarkan polis berbaur politik, kes masih disiasat dan kita di pihak keluarga masih menunggu laporan dikeluarkan.

“Sepatutnya tanya kepada peguam dahulu, ini terus keluar kenyataan. Polis sendiri tidak ikut undang-undang,” kata Jufliz kepada KeadilanDaily.com.

Katanya, sehari sebelum kenyataan yang dikeluarkan polis itu, pihak keluarga menghantar surat permohonan siasatan khas di bawah prosiding jenayah kepada Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi dan Majlis Peguam Negara.

Ekoran pendedahan itu, katanya keluarga allahyarham dijangka mengadakan sidang media bagi menjawab spekulasi dan kenyataan yang dikeluarkan polis Rabu ini.

Nota :

atau arwah ini telah jadi mangsa pesilat
yang datang beribu ribu orang tetapi ada ilmu ghaib
arwah telah kena tampar hingga gigi tercabut
arwah telah kena sepak hinnga tulang rusuk patah

tetapi tak nampak siapa menyerang
kerana penyerang
memakai ilmu ghaib
kah kah kah