Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير

Apr 11, 2011

Demi Undi...Halal Haram Tolak Ketepi....!!


Nota :

Naik bahtera memasang kemudi
Bahtera menuju ke Kuala Sedili
Dengan matlamat memancing undi
Haram dan halal tak usah peduli..

Kah..Kah...Kah....!!

BN Bahang Balak..Rakyat Cuma Dapat "Tupperware" .....!!


Kekecohan rebut Tupperware di ceramah PM - MK

Kekecohan berlaku di stadium tertutup MBKS malam tadi selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razal meninggalkan tapak perhimpunan ceramahnya kerana hadirin berebut cuba mendapatkan 'ole-ole' yang dibawanya - iaitu bekas makanan dan minuman berjenama Tupperware.

Ketika 2,000 orang beredar dari stadium itu, ratusan lagi mengerumuni pintu masuk untuk merebut bag 'ole-ole' yang diberikan secara percuma itu.

Bag itu mengandungi poster Najib dan sama ada sebuah bekas makanan atau minuman daripada jenama terkenal Tupperware.

Apabila keadaan menjadi tidak terkawal, beberapa pekerja terpakasa memindahkan kotak-kotak barangan itu daripada pintu masuk.

Jatuh tergolek

Sebaik sahaja kotak yang dibawa mencecah lantai, puluhan orang lagi akan menyerbu ke arah tersebut. Kebanyakan mereka adalah golongan berusia dan kanak-kanak yang terus mengoyakkan kotak itu dan merampas 'ole-ole' yang ada.

Dalam kekecohan itu, ramai yang jatuh. Seorang wanita tua dilihat tergolek di lantai tetapi terus berpegang erat kepada bag yang berjaya diambilnya itu.

Wartawan dan anggota polis yang berada di lokasi tercenggang melihat kejadian yang tidak disangkakan dan ada yang menasihatkan orang ramai supaya bersabar menunggu giliran mendapat hadiah daripada BN itu.

Seorang hadirin memberitahu Malaysiakini bahawa beliau datang apabila terbaca di akhbar mengenai program anjuran BN yang menjemput semua penduduk sekitar Kuching.

“Ada makanan dan hadiah percuma. Sesiapa pun akan datang,” kata lelaki pertengahan umur yang tidak mahu namanya disiarkan.

Ditanya sama ada beliau datang untuk menyokong perdana menteri dan BN, lelaki itu berkata dia hadir untuk melihat wajah Najib secara dekat.

Seorang wanita tua pula berkata, beliau dan penghuni sebuah rumah pangsa dibawa dengan bas dari Jalan Ban Hock. Katanya, akibat kekecohan itu, dia gagal mendapat bag 'ole-ole' BN itu.

Sebelum majlis bermula, semua hadirin diberikan sehelai kemeja T 1Malaysia dan diminta menyarungkannya ketika itu juga. Hadirin juga diberikan burger dan air minuman botol.

Ingatan Buat BN Di Sarawak...!!


Helikopter terhempas lepas turunkan rombongan TPM - MK

Sebuah helikopter terhempas dari ketinggian 10 kaki ketika hendak berlepas dari Dataran Sibu.

Kejadian itu berlaku selepas helikopter tersebut menurunkan anggota rombongan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebelum kejadian tersebut, tiga helikopter membawa rombongan timbalan perdana menteri balik dari Bintangor ke Sibu

Bagaimanapun, Tan Sri Muhyiddn tidak menaiki helikopter yang terhempas itu.

Menurut OCPD Sibu, ASP Shafie Ismail, kejadian itu berlaku pada jam 1.50 tengahari selepas helikopter itu menurunkan semua penumpangnya di Sibu Townsquare.

"Helikopter tersebut hendak berlepas balik ke lapangan terbang untuk disimpan, (tetapi) kemudian jatuh ketika cuba terbang. Ia berada pada ketinggian kira-kira 10 kaki," katanya.

Berikutan itu, juruterbangnya, Kapten Sahimi Razali, 38, mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital.

Dua daripadanya adalahmilik Hornbill Skyways, dan helikopter yang terhempas itu adalah dari Sabah Air.

Kejadian itu dipercayai berlaku akibat hujan lebat di Sibu.

Dayak Sedang Memberontak...!!


NAJIB MULA KEMPEN ENAM HARI, JAMIN TAIB AKAN UNDUR SEGERA-MI

Dilihat sebagai sudah merasai rasa tidak puas hati di kalangan penduduk Sarawak terhadap Tain mahmud, Najib Razak dalam mesej pertama sempena kempen enam hari menjelang hari penentuan Sabtu ini menegaskan perubahan kepimpinan akan dilaksanakan secepat mungkin selepas pilihan raya.

Berucap pada perhimpunan di stadium tertutup Majlis Bandaraya Kuching Selatan di sini malam ini, Najib menggesa orang ramai tidak risau mengenai kedudukan Taib yang telah pun bersetuju untuk meletakkan jawatan apabila tiba masa yang sesuai.

“Percayalah saya, percayalah saya, apabila tiba masa yang sesuai, kami akan laksanakan yang ini (peralihan kepimpinan). Jangan cepat dan percaya dengan pembohongan pembangkang,” kata Najib.

Najib berjanji bahawa perubahan dalam kepimpinan tertinggi sudah pun disusun dan “perubahan secara tiba-tiba” akan menyebabkan ketidaktentuan di negeri bumi Kenyalang itu.

Nota:

kalau taib undur jamin
sprm akn buka fail
jangan undur taib jangan undur
terus kan jadi kepala lanun di sarawak

KENYATAAN MEDIA Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)

11 April 2011

1. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dan badan-badan bukan kerajaan Malaysia ingin mempertanyakan perihal perbelanjaan ketenteraan Kerajaan Malaysia di bawah tadbir Kementerian Pertahanan.

2. Dalam keadaan sosio-ekonomi hari ini, di kala kemelaratan dan kemiskinan menjadi norma, pihak kerajaan tidak sekali pun teragak-agak untuk mengawal perbelanjaan ketenteraan, dan menyalurkan dana yang boleh dijimatkan itu untuk membasmi kemiskinan atau dibelanjakan untuk menyelesaikan masalah-masalah sosio-ekonomi yang begitu menular hari ini.

3. Malah, perbelanjaan ketenteraan itu juga kelihatan seolah semakin galak, dan dilakukan tanpa transaksi yang telus dan punya akauntabiliti; termasuk mengaitkan komisyen berjumlah besar yang melibatkan penggunaan dana awam.

4. Media Perancis pula melaporkan tentang skandal kapal selam yang masih berada dalam siasatan, namun jelas melibatkan dana awam dan penipuan pihak-pihak tidak bertanggungjawab. Sumber: http://www.rue89.com/2011/04/02/sous-marins-malaisiens-la-piste-des-retrocommissions-se-precise-197722?page=1#commentaires diterjemah di: http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/39451-usd100-milion-commission-for-rm41-billion-submarines-contract-paid-by-malaysia-and-not-france-

5. Oleh yang demikian, SUARAM dan sekumpulan badan bukan kerajaan yang prihatin dengan perkara ini akan menyerahkan memorandum kepada pihak Kementerian Pertahanan pada 12 April 2011 jam 11 pagi.

6. SUARAM dan NGO Malaysia lainnya berharap agar pihak kerajaan akan menerima memorandum ini dengan lapang dada tanpa sebarang pertelagahan.

Sekian,

Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)

Tak Ada Maknanya....!!


GELARAN DATUK PEK KHING DIBATAL- UM

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menarik balik dan membatalkan Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S) yang membawa gelaran Datuk yang diterima pada 1996 oleh bekas Pengerusi Eksekutif Ekran Bhd., Tan Sri Dr. Ting Pek Khiing berkuat kuasa 24 Mac lalu.

Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, darjah kebesaran D.P.M.S kepada bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy pada 2003 pula telah digantung sehingga ia disemak semula bergantung kepada keputusan kes mahkamah yang dihadapinya pada masa ini.

Beliau berkata, Sultan Selangor memperkenankan keputusan tersebut setelah berunding dengan Dewan Diraja Selangor.
------------------------------------------------------
woit... INI TAK ADA MAKNA...

kah kah kah ….HUTAN SARAWAK DAH ABIS....

kah kah kah... DUIT 12 BILION DAH LESAP...

kah kah kah...AIMAN TAK KISAH....INGAT DAYAK AMBIL POT KE...??