Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير

Sep 9, 2011

Lu Pikirlah Sendiri....!!

Yusof Rono MM 7645

Anak mangsa Bukit Kepong Akui Mat Indera Selamatkan Bapanya - HD

KUALA LUMPUR, 9 Sept: Anak kedua kepada anggota polis yang terselamat dalam peristiwa Bukit Kepong Allahyarham Yusoff Rono mengakui bapanya pernah diselamatkan oleh Ahmad Indera (gambar) atau dikenali sebagai “Mat Indera” ketika serangan enam dekad lalu itu.

Nazir Yusoff, 54, berkata arwah bapanya itu pernah menceritakan tindakan Mat Indera menyelamatkan dia ketika diacukan banet oleh seorang anggota komunis.

Nazir dipetik Sinar Harian hari ini berkata, tindakan tersebut disebabkan Mat Indera sudah mengenali bapanya yang pernah bersama-sama bekerja sebagai buruh di Pelabuhan Muar sebelum berkhidmat sebagai anggota polis, lapor The Malaysian Insider.

Dia yang kini menetap di Sungai Duyong, Kandang Melaka di Melaka berkata, menurut bapanya, selepas serangan pada 23 Februari 1950, Yusoff merupakan antara empat yang terselamat.

“Apabila pertempuran berhenti, bapa saya berada dalam himpunan mayat. Ketika anggota komunis membuat pemeriksaan, mereka dapati bapa saya masih hidup.

“Salah seorang anggota komunis mengacukan banetnya kepada bapa saya, sementara tiga lagi anggota polis yang terselamat berjaya terjun ke dalam sungai,” katanya.

Nazir menambah, ketika itu bapanya cedera teruk setelah ditarik dari kubu di bahagian bawah, selain tangan kirinya patah terkulai terkena tembakan.

Sementara kaki kiri dan matanya turut cedera terkena serpihan bom.

“Ketika itulah, bapa saya didatangi Mat Indera. Disebabkan dia kenal bapa saya, dia menghalang komunis daripada membunuhnya dengan berkata ‘yang sudah itu sudahlah’ kepada anggota komunis berkenaan,” katanya lagi.

Kelmarin, keluarga Mat Indera, individu yang dikaitkan dengan tragedi Bukit Kepong enam dekad lalu, hari ini menuntut agar kerajaan membersihkan namanya - tidak lagi dilabel sebagai pengkhianat negara, sebaliknya orang yang turut memainkan peranan dalam perjuangan kemerdekaan.

Adiknya, Baharom Shah berkata, Mat Indera adalah individu yang komited terhadap agama dan tegas terhadap pendiriannya untuk membebaskan negara daripada penjajahan.

“Maka, saya yakin beliau seorang pejuang kemerdekaan yang sebenar.

“Saya mohon pihak kerajaan dapat membersihkan Mat Indera daripada dilabel sebagai pengkhianat negara. Sejarah kemerdekaan negara perlu dikaji semula,” kata bekas jurutera elektrik dan jentera kor perkhidmatan Tentera Darat.

Katanya, “saya bagi pihak keluarga mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin membersihkan maruah dan nama baik keluarga saya.”

Dalam bab mengenai Mat Indera, penulisnya berkata, “pihak Inggeris telah berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat Tanah Melayu bahawa seorang manusia Melayu beragama Islam yang kuat pegangan agamanya bernama Mat Indera itu adalah seorang penderhaka kepada negaera, membelakangkan ajaran Islam serta menjadi pengganas komunis yang kejam dan tidak berperikemanusiaan.”

Mat Indera merupakan salah satu daripada 12 adik-beradik, dengan dua ibu. Mat Indera merupakan anak kedua ibu pertama manakala Baharom merupakan anak ketiga sebelah ibu kedua.

Baharom yang berusia enam tahun ketika tragedi Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 berkata, berdasarkan maklumat yang diperoleh keluarga mereka, Mat Indera datang lewat ke lokasi kejadian semasa kejadian dan bukannya terlibat dalam serangan sejak awal lagi.

Katanya, Mat Indera datang ke lokasi kejadian bukan untuk bertempur, sebaliknya “datang untuk menyelamatkan mangsa yang terlibat.”

“Antara yang diselamatkan daripada dibunuh adalah Yusof Rono, anggota polis dan Jamilah Abu Bakar, anak anggota Marin di Bukit Kepong. Saya difahamkan terdapat ramai lagi mangsa yang diselamatkan oleh Mat Indera,” katanya.

Ketika ditanya berapa ramai diselamatkan, “yang selamat itulah yang diselamatkan... ramai.”

Baharom berkata, Yusof sendiri ada mengaku kepadanya yang Allahyarham telah diselamatkan oleh Mat Indera.

“Saya sendiri jumpa dia di rumahnya di Bukit Kepong kira-kira 10 tahun lalu sebelum Yusof meninggal dunia... dia ada memberitahu saya diselamatkan oleh Mat Indera,” kata Baharom yang bekerja sebagai anggota perkhidmatan tentera selama 10 tahun dan mengadakan bengkel sendiri selepas bersara pada 1980-an.

Memang Dah Agak Dah....!!


Cukai Parabayar 6% Untuk Dana PRU 13 BN ? - HD

PETALING JAYA, 9 Sept: AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad menyifatkan kenaikan caj prabayar sebanyak enam peratus bukan sahaja membebankan rakyat malah ia adalah satu sumber kerajaan Barisan Nasional mengumpul dana bagi menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 yang akan datang.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor ketika ditemui pada satu sidang media di Pejabat Sekretariat Pakatan Rakyat hari ini juga menjelaskan tindakan itu dilihat sebagai sikap tidak bertanggungjawab kerajaan terhadap rakyat dibawah yang dihimpit dengan masalah ekonomi yang semakin teruk.

"Tindakkan menaikkan caj prabayar sebanyak enam peratus ini bukan sahaja membebankan rakyat malah ia secara jelas adalah satu usaha kerajaan untuk mengumpul dana PRU13 nanti.

"Kita melihat kerajaan dibawah pimpinan Dato' Seri Najib Razak tidak pernah menyelami apa yang telah dialami oleh rakyat terutamanya tentang permasalahan ekonomi, rakyat terus dibebani setiap masa iaitu dari isu kenaikan harga minya dan juga barang keperluan dan sekarang caj enam peratus ini pula," katanya yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP).

Gologan berpendapatan rendah terbeban

Dr Dzulkefly juga memberitahu bahawa kalau kita melihat angka enam peratus itu amat kecil tetapi fokus utama bukan kepada angka tersebut malah ia perlu dilihat pada satu sudut yang berbeza.

"Kerajaan mahupun telco akan mengatakan enam peratus adalah satu angka yang amat kecil tetapi jika kita meihat dari sudut penggunaan dan juga kekerapan ia akan menjadi satu angka yang amat besar.

"Kita tahu rata-rata pengguna prabayar adalah dari mereka yang berpandapatan rendah dan jika mereka terus dibebani oleh kenaikkan caj tersebut apa yang mereka dapat lakukan selain terpaksa mengeluar perbelanjaan yang lebih setiap bulan dan ia secara tidak langsung akan menimbulkan masalah kepada pendapatannya setiap bulan," sambungnya lagi.

Tambahnya lagi, kenaikkan caj tersebut juga merupakan sumber pendapatan baru kerajaan dalam mengatasi masalah kewangan negara.

"Ini adalah sumber pendapatan baru kerajaan dalam bentuk tunai, persoalannya teruk sangatkan masalah kewangan negara ini sehingga kerajaan terpaksa melaksanakan kenaikan caj tersebut dengan cara tergesa-gesa.

"Kita tahu caj yang dikenakan itu adalah dalam bentuk tunai dan dibayar dahulu oleh pengguna, jadi berapakah jumlah sebenar yang diperolehi oleh kerajaan setiap hari mahupun setiap bulan dan kita nak kerajaan jelaskan berapa jumlah serta kemana wang tersebut dibelanjakan.

"Sekali lagi apa yang saya ingin nyatakan disini Najib sekali lagi gagal melaksanakan prinsip yang beliau bawa dalam konsep 1Malaysia yang mana Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Kalau Najib betul-betul perihatin terhadap rakyat bukan cara sedemikian ia dilakukan, dalam keadaan sekarang rakyat tidak lagi boleh dibebani oleh kenaikan harga barang," tambahnya lagi.

Semalam syarikat telekomunikasi telah mengumumkan kenaikan caj sebanyak enam peratus berkuatkuasa 15 September nanti dengan alasan mengatakan cukai perkhidmatan merupakan cukai penggunaaan dan boleh dikenakan kepada pelanggan sebagaimana yang disediakan dalam perundangan cukai perkhidmatan dan ia termaktub di dalam Akta Cukai Perkhidmatan 1975.

Kenyataan Rasmi : Isu 50 Ahli PAS Keluar Parti...!!

Merujuk kepada berita Bernama pada 8 Sept 2011 bertajuk Lebih 50 Anggota Pas Padang Terap Keluar Parti Marah Kenyataan Mat Sabu , kami Dewan Pemuda PAS Padang Terap ingin menyatakan UMNO sanggup menipu rakyat , sudah kehabisan modal dan ketandusan isu untuk menyerang PAS. Itu kesimpulan tepat berkaitan isu 50 orang lompat parti di Padang Terap. Ada beberapa isu yang perlu dijawab oleh Umno dan difikirkan oleh rakyat.

1. Berapa ramai sebenarnya yang melompat parti. Menurut berita RTM1, yang masuk UMNO TUJUH orang. Berita Bernama dan akhbar Sinar Harian melaporkan 50 orang. Dalam gambar yang ditayangkan hanya DUA orang. Apapun seperti biasa akhbar akan bagi jumlah yang besar dan memanipilasi angka untuk meraih sokongan rakyat.

Tidak mungkin Umno sanggup masuk berita tajuk utama muka hadapan dengan tajuk : “DUA ORANG MASUK UMNO DI PADANG TERAP”, sedangkan Dato Seri Mahawangsa Mahadzir Khalid adalah Ahli Majlis Tertinggi Umno dan ketua pembangkang UMNO Kedah yang jugak Ketua Bahagian Umno Padang Terap. Siapakah yang menipu dalam isu ini? Oleh itu, Dewan Pemuda PAS Padang Terap mencabar Dato’ Seri Mahawangsa Mahadzir Khalid menyenaraikan nama-nama “ahli PAS” yang melompat itu dan daripada mana cawangan keahlian mereka.

Sekiranya beliau gagal buktikan dalam masa tiga hari, maka benarlah bahawa beliau hanya cuba menipu rakyat Padang Terap. Kami akan sedarkan rakyat dengan segala mekanisma yang ada untuk buktikan bahawa beliau bulan setakat menipu rakyat Padang Terap, tetapi rakyat Kedah dan juga Malaysia.

2. RTM 1 menyiarkan rakaman temubual wartawan dengan En Ismail Abdullah atau dikenali sebagai "Ismail Yamaha". Siapa yang menonton televisyen akan memahami isu sebenar iaitu beliau tidak puashati dengan Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK) Kg tandop Besar iaitu saudara Omar Bin Mat Zain yang dilantik oleh kerajaan negeri. Kononnya MKK , PAS dan kerajaan negeri tidak berperanan sewajarnya dalam membantu En Ismail yang ditimpa musibah. Bumbung rumahnya diterbangkan ribut.

Ahli Parlimen Padang Terap YB Ustaz Mohd Nasir bin Zakaria merangkap Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan sendiri turun bersama pengerusi MKK menyampaikan sumbangan dan diterima oleh isterinya. Gambar dilampirkan adalah buktinya. Malah, beliau menyerahkan sumbangan melalui PAS cawangan untuk disampaikan kepada En Ismail.

3. Temubual wartawan berkenaan isu Timbalan Presiden PAS dan Mat Indera telah dijawab oleh anak beliau En Yusuf Ismail. Sekali lagi berlaku kekeliruan laporan akhbar dan tv. Isu komunis atau isu bantuan? Sekiranya mahu bantuan sila ambil, namun memutarkan isu adalah sangat tidak beretika dan memalukan. Tiada isu majlis penyerahan borang UMNO kerana protes kepada Timbalan Presiden PAS.Isu sebenar ialah isu tidak puas hati kepada beberapa pihak.

4. Isu ini sebenarnya sengaja ditimbulkan untuk menutup penyelewengan yang dilakukan terhadap amanah rakyat. Isu sebenar ialah kegagalan dan penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin politik tetapi yang menjadi mangsa ialah rakyat yang tidak berdosa.

Sila lihat dan sebarkan penyelewengan DSM Mahadzir Khalid sebagai Pengerusi Seri Temin Development SDN BHD yang menggunakan wang GLC untuk parti UMNO.Ini rekod penyelewengan yang berlaku di Padang Terap. Duit rakyat diambil ini diambil untuk program parti. Sungguh menjijikkan. Jumlah ini tidak termasuk RM130,000.00 yang diagih pada Pilihanraya Umum 2008. Semua ini diambil dari rekod Audit:

1) Membiayai Pergerakan Pemuda UMNO padang Terap untuk pembelian T Shirt dan wang saguhati aktiviti konvoi bermotorsikal sebanyak RM4.000.00.

2) Sumbangan untuk UMNO Cawangan Kerasak, Padang Terap menjalankan aktiviti parti sebanyak RM5,000.00.

3) Bayar cenderahati bagi mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Padang Terap sebanyak RM26,150.00.

4) Bayar pemasangan billboard sempena Mesyuarat Perwakilan UMNO Padang Terap sebanyak RM10,000.00.

5) Persiapan tempat Mesyuarat Perwakilan UMNO Padang Terap RM10,000.00

6) Sewa khemah dan meja untuk Mesyuarat Perwakilan UMNO Padang Terap RM10,000.00

7) Makan dan minum Mesyuarat Perwakilan UMNO Padang Terap RM21,700.00

Justeru itu, pihak Dewan Pemuda PAS padang Terap berpandangan, isu kemasukan beramai-ramai ini hanya gimik bagi menutup segala persoalan besar berkaitan masalah yang dihadapi oleh UMNO dan segala penyelewengan termasuk SPR yang kini dipersoalkan oleh rakyat. Rakyat akan terus meneliti maklumat yang tepat dan berfakta dan akan membuat keputusan yang bijak.

YB USTAZ MOHD NASIR ZAKARIA
KETUA PEMUDA PAS PADANG TERAP
AHLI PARLIMEN PADANG TERAP."

Tersalah Umum Tarikh Hari Raya Kerajaan Saudi Bayar Kifarah 1.0 Billion Riyal...!!


Akibat tersalah mengumumkan tarikh berakhirnya Ramadhan dan permulaan Syawal, pemerintah Arab Saudi terpaksa membayar kifarah bagi pihak seluruh penduduknya yang keseluruhannya berjumlah kira-kira satu bilion Riyal Saudi.

Sambil memohon maaf kepada rakyatnya, pemerintah Saudi turut mengarahkan semua rakyatnya berpuasa sehari bagi menggantikan puasa yang ditinggalkan kerana Hari Raya Puasa pada tahun ini tidak sepatutnya disambut pada 30 Ogos 2011, tetapi sepatutnya pada hari Rabu 31 Ogos 2011, bertepatan dengan kiraan para saintis di institut penyelidikan astronomi negara tersebut.

Apa yang dilihat dan disangkakan anak bulan Syawal pada hari tersebut rupa-rupanya adalah planet Saturn!

Dermikian dilaporkan oleh AL-JAZERA

Rakyat Disembelih Lagi....!!


KUALA LUMPUR - Seramai 26.2 juta pelanggan talian telefon mudah alih prabayar di negara ini bakal dikenakan caj bagi cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus berkuat kuasa 15 September ini.

Jumlah tersebut meliputi tiga syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi utama negara iaitu Celcom (Xpax) seramai 9 juta pelanggan, DiGi seramai 7.7 juta orang dan Maxis (Hotlink) 9.5 juta orang.

Menurut siaran akhbar yang dikeluarkan bersama oleh syarikat tersebut semalam, para pelanggan selepas ini dikenakan cukai bagi setiap pembelian tambah nilai prabayar dan pek permulaan prabayar baharu.

Kenyataan akhbar syarikat telekomunikasi mengenai caj baharu pembeli kad prabayar.

Dengan penguatkuasaan caj itu, seorang pelanggan yang membeli kad tambah nilai berjumlah RM10 perlu membayar RM10.60, dengan 60 sen adalah cukai perkhidmatan.

“Para pelanggan prabayar akan dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) bermula tengah hari ini (semalam) mengenai cukai perkhidmatan baharu itu,” kata kenyataan itu. -kosmo

Kad prabayar: Perbit bantah Telco letak caj enam peratus

KUALA LUMPUR, 8 Sept – Persatuan Pemilik-pemilik Telefon Bimbit Malaysia (Perbit) Khamis membantah tindakan syarikat telekomunikasi (Telco) mengenakan caj perkhidmatan enam peratus bagi pembelian tambah nilai perkhidmatan prabayar dan pek permulaan kad sim mulai 15 September ini.

Presidennya Mohd Ali Ibrahim menegaskan, tindakan itu tidak masuk akal dan akan memberi kesan kepada pengguna terutama golongan berpendapatan rendah.

“Kalau kita tengok, kebanyakan yang menggunakan prepaid (prabayar) adalah golongan berpendapatan rendah dan pelajar, walaupun enam peratus dilihat kecil tapi ia akan memberi kesan,” katanya dipetik Bernama Online.

Perbit telah menghantar surat bantahan kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Mei lepas mengenai perkara itu.

Katanya, dalam surat itu Perbit mencadangkan agar Telco menyerap kos berkenaan atau menyalurkannya kepada pengedar kad tambah nilai sendiri dan bukan kepada pengguna.

“Timbalan Menteri Datuk Joseph Salang pada 29 Mei lalu ada maklumkan kepada kita bahawa cadangan Telco untuk menyalurkan cukai perkhidmatan enam peratus kepada pengguna masih dalam peringkat perbincangan,” katanya.

Mohd Ali juga berkata Perbit sanggup menyerap kos itu jika persatuan tersebut diberi hak pengedar tunggal kad tambah nilai.

Beliau turut berharap kerajaan dapat campur tangan dalam isu tersebut dan menyelesaikannya dengan segera.

Perbit akan mengadakan bantahan aman di hadapan bangunan ibu pejabat SKMM di Cyberjaya jika isu tersebut gagal diselesaikan dalam masa terdekat.

Syarikat telekomunikasi dalam kenyataan bersama hari ini, berkata caj enam peratus ke atas pembelian tambah nilai dan pek permulaan kad SIM mulai 15 September itu dibuat berdasarkan Akta Cukai Perkhidmatan 1975 sama seperti yang dikenakan ke atas pembelian makanan dan minuman di hotel atau restoran. -TMI


Nota :

Tatkala negara tengah sibuk-sibuk membicarakan isu Mat Sabu, Mat Indera, Noramfaizul - tiba-tiba kita digegarkan dengan kenaikan harga kad tambah nilai telefon prabayar.

Namun,kenaikan harga tersebut akan mempercepatkan keruntuhan kerajaan BN sendiri kerana rata-ratanya pengguna kad prabayar adalah rakyat miskin dan remaja yang terdiri dari pengundi-pengundi baru. Sepastinya tindakan tersebut memberi impak negatif di dalam pilihanraya yang akan datang ini.

Siri Akhir : Dihina Sehingga Ke AKHIR HAYATNYA


Mat Indera Ditangkap Dan TERUS DIFITNAH

British terus meningkatkan propaganda buruk terhadap Mat Indera. Peristiwa serangan Balai Polis Bukit Kepong digunakan sebaik mungkin oleh penjajah British untuk memburuk-burukkan Mat Indera. British sanggup menaikkan wang ganjaran untuk menangkap Mat Indera kepada $75,000 bagi menggambarkan Mat Indera adalah seorang yang sangat dikehendaki dan merbahaya. Kematian anggota Polis Bukit Kepung yang terdiri daripada bangsa Melayu dimanipulasi sebaik mungkin sehingga berjaya menarik simpati masyarakat Melayu

Masjid Jamek Kg Parit Warijo, Seri Medan, Batu Pahat.

Akhirnya penangkapan Mat Indera dirancang dengan penuh tipu helah. Lima lelaki Jawa Ponorogo yang diketuai Md Sham dan dibantu Ismail Mustakim (Misban), Wak Beladang, Mat Tukyo dan Bajuri menggunakan tipu helah untuk memberkas Mat Indera. Menurut Pak Johan, Mat Indera telah dijemput untuk menghadiri ke sebuah kenduri di rumah Wak Bladang oleh Mat Tukyo. Pada malam 14 Oktober 1952, Mat Indera telah hadir ke rumah Wak Bladang di Kg ParitWarijo, Seri Medan, bagi memenuhi permintaan sahabatnya dan dijamu dengan tempe goreng dan air kopi yang bercampur dgn kecubung ungu. Kecubung ini telah menyebabkan seseorang itu berasa mengantuk dan dipukau jika meminumnya. Akhirnya Mat Indera berjaya ditangkap pada malam itu.

Tambah Pak Johan lagi, peristiwa penangkapan pada malam itu turut dijadikan modal oleh British untuk memburuk-burukkan Mat Indera. Mat Indera telah difitnah bahawa ia datang ke rumah Wak Bladang bukan kerana dijemput tetapi kerana tergila-gilakan seorang anak daranya. Begitulah kejinya perancangan British dan fitnah yang diatur semata-mata untuk memburukkan Mat Indera di mata masyarakat.

Itulah agaknya mengapa Bekas ketua kampung Parit Warijo, Malik Samuri sendiri mengakui di dalam laporan Berita Harian yang turut menyaksikan bagaimana Mat Indera dibawa dengan basikal sedang tangannya diikat daun lalang bahawa peristiwa itu telah menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat di situ. Ada yang gembira dan ada yang sebak.

Mohd Abidin Ismail iaitu anak salah seorang yang menangkap Mat Indera, Misban, berkata meskipun terbabit secara langsung dalam tipu helah itu, sepanjang hidup ayahnya tidak pernah menyatakan kebanggaan atas kejayaan itu, malah tidak sesekali melabelkan Mat Indera sebagai petualang.

Mat Indera MELUDAH Polis British Ketika Dipenjara

Pak Johan dan bapanya pernah melawat Mat Indera di Penjara Air Molek, Johor Bahru. Pak Johan menyaksikan sendiri peribadi Mat Indera yang begitu bencikan Polis British dan berani meludah mereka ketika di dalam penjara. Pada pertemuan inilah Mat Indera menegaskan bahawa dia bukan komunis. Walaupun Mat Indera dipujuk supaya bertolak ansur dengan British sewaktu perbicaraan di mahkamah untuk melepaskan diri daripada hukuman mati, tetapi semua ini ditolak oleh Mat Indera yang tidak mahu tuduk dengan British di atas penglibatannya.

Itulah pertemuan terakhir antara mereka tiga beranak. Mereka kemudian mendengar perkhabaran Mat Indera telah dijatuhkan hukuman gantung hanya melalui akhbar sehari selepas itu. Apa yang Pak Johan dan bapanya amat terkilan, mereka tidak dimaklumkan sebelum Mat Indera dijatuhkan hukuman.

Misteri WASIAT Kematian Mat Indera

Muhammad Indera kemudiannya menjalani hukuman gantung sampai mati pada jam 11 malam 30 Januari 1953 di Penjara Taiping, Perak. Keesokan hari, mayatnya dikebumikan di Kampung Jambu Air, Taiping. Pak Johan dan bapanya tidak sempat ke Perak untuk melihat jenazah Mat Indera buat kali terakhir. Ketika ditanya kepada pihak Polis dan Penjara, mengapa mereka sebagai waris terdekat Mat Indera tidak dimaklumkan tarikh dan masa hukuman gantung akan dijalankan sedangkan mereka tahu alamat mereka di Singapura. Pihak Polis hanya berkata mereka berhak menjalankan hukuman tanpa memaklumkan kepada waris. Inilah yang amat menyedihkan Pak Johan dan bapanya Indera. Apa yang meragukan mereka, Polis menggunakan alasan bahawa Mat Indera telah berwasiat untuk mengebumikan jasadnya sebaik saja beliau meninggal dunia. Bagaimanapun alasan WASIAT ini tidak dapat diterima oleh Pak Johan dan bapanya.

Tidak cukup sekadar itu, kematian Mat Indera turut difitnah oleh British. Jasadnya dikuburkan berasingan dari kubur orang Islam yang lain. Walaupun jasadnya dikuburkan di Tanah Perkuburan Islam di Kampung Jambu Air, Taiping, namun ia dikeluarkan kira-kira jarak serantai dari Tanah Perkuburan tersebut. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan bagi menunjukkan Mat Indera tidak layak dikebumikan bersama kubur yang lain kerana ia seorang komunis. Bagaimanapun pada masa ini, Tanah Perkuburan itu sudah penuh sehingga ke kubur Mat Indera, jadi kesannya tidak dapat dilihat pada hari ini.

Begitulah hinanya British dan sekutunya menghinakan arwah Mat Indera. Sejak dari hayatnya sehinggalah kepada kematiannya ia terus difitnah. Selepas sehari suntuk mencari maklumat bersama SAMM tentang Mat Indera ini, saya bawakan kepada anda 1-5 siri yang saya kumpulkan daripada temubual bersama Pak Johan (adik Mat Indera), Pak Yahya (adik Pak Sanib), Awang (anak Pak Yahya) dan beberapa penduduk kampung di Bukit Kepong, Jeram Masjid hinggalah ke Seri Medan. Jika ada penambah baikan dalam penulisan ini amat dialu-alukan.

Nota :

Diharap kepada pembaca generasi Y supaya dapat menilai penulisan ini untuk rujukan sejarah pada masa akan datang dan tidak hanya berdasarkan hanya kepada satu sumber semata-mata. Sekian.

Siri 4 : Fakta MENGEJUTKAN Disebalik Serangan Bukit Kepong


RAYMOND DANCEY Ketua Balai Polis Bukit Kepong

Sebaik saja Jepun kalah di dalam peperangan dunia ke-2, tentera-tentera Gurkha dan Fiji mula menunjukkan belang mereka di Tanah Melayu. Berdasarkan maklumat dari Pak Johan dan Awang, perangai tentera ini yang suka bermabuk-mabuk dan gilakan perempuan meresakan penduduk kampung.

Barangkali mereka di luar sana boleh merujuk kepada orang-orang lama yang masih hidup bagaimana perangai tentera Fiji dan Gurkha semasa pendudukan British di Tanah Melayu. Tanyalah benarkah mereka ini akan mengambil mana-mana perempuan yang mereka suka?. Jawapan dari XPDC yang kami lalui adalah memang benar. Mereka menjadi antara punca kebencian orang kampung dan Mat Indera terhadap British.

Sebelum saya menyentuh isu serangan di Bukit Kepong, saya ingin pembaca membuka fikiran terlebih dahulu. Fakta-fakta ini hendaklah dibaca tanpa anda menghakimi siapa pengkhianat dan pejuang terlebih dahulu. Bebaskan diri anda dari kecenderungan anda sama ada kepada media Kerajaan atau Pembangkang.

Fakta penting yang harus anda tahu ialah, kebanyakkan pegawai-pegawai atasan Polis di Tanah Melayu ketika itu adalah daripada tentera British. Sebenarnya tujuan penyerangan PKM Bukit Kepong adalah SAMA seperti penyerangan pembunuhan ke atas Sir Henry Gurney. Cuma kesudahan serangan itu memberikan kesan yang berbeza.

Henry Gurney dilantik oleh British menjadi Pesuruhjaya Tinggi British Di Tanah Melayu pada 13 September 1948 selepas bertugas di Palestin sebagai Setiausaha Kerajaan British sejak tahun 1946. Henry Gurney adalah individu yang bertanggungjawab di atas pembentukan negara haram Israel pada 1948. Semasa pendudukan British di Palestin, beribu warga Islam telah dibunuh oleh tentera British. Antara anggota tentera British yang bertugas di Palestin ketika itu adalah Raymond Dancey. Siapakah Raymond Dancey?. Malayan Police Lt.135 Raymond Dancey atau Ray Dancey adalah Ketua Balai Polis Bukit Kepong pada tahun 1950.

Kita imbas kembali peristiwa serangan PKM terhadap Henry Gurney. Pada 6 Oktober 1951, dia ditembak mati di Bukit Frasser ketika sedang di dalam perjalanan menghadiri satu mesyuarat. Dia diserang hendap oleh PKM dari Parti Komunis Malaya. Kereta Roll Roycenya ditembak di tengah perjalanan. Serangan yang diketuai Chin Peng itu hanya untuk membunuh Henry Gurney sahaja - seorang ketua penjajah British. Isteri dan anaknya dibiarkan hidup ketika serangan itu di bawah arahan ketua mereka - Chin Peng. Jadi anggota PKM mematuhi arahan supaya membebaskan anak dan bini Henry Gurney.

Berbalik kepada serangan di Bukit Kepong, Mat Indera bersama bantuan PKM telah menyerang Balai Polis Bukit Kepong yang Ketuanya ialah Ray Dancey - seorang tentera penjajah British. Bagaimanapun pada hari serangan iaitu 23 Februari 1950, Ray Dancey tiada di situ. Dan perkara itu diluar pengetahuan Mat Indera. Rancangan asal, Mat Indera bahawa serangan itu hanya sebagai amaran terhadap kerajaan British dengan membunuh Ray Dancey, namun beliau hanya menyedari ketiadaan Ray Dancey pada hari penyerangan tersebut.

Bagaimanapun ada percanggahan pendapat dari Baharum (adik Mat Indera) dan Pak Yahya (adik Pak Sanib - rakan baik Mat Indera). Menurut Baharum semalam, Mat Indera tidak terlibat di dalam serangan itu, Mat Indera hanya hadir lewat ketika serangan tetapi untuk menyelamatkan anggota Polis. Tetapi maklumat yang diterima oleh Pak Yahya daripada abangnya Pak Sanib, Mat Indera menggunakan bantuan PKM untuk melakukan serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong dan disasarkan ke atas Ketua Polisnya Ray Dancey. Bagaimanapun fakta yang sama dari kedua-dua belah pihak adalah Mat Indera bukan seorang anggota Komunis.

Memburukkan lagi keadaan yang sedia tegang ketika serangan itu, pertempuran mula tercetus apabila Konstabel Jaffar bin Hassan mencabar dan menembak mati seorang anggota PKM yang sedang memotong kawat berduri balai polis tersebut. Selepas itu berlakulah pertempuran yang sengit dari kedua-dua belah pihak. Walaupun didesak untuk menyerah diri, Sgt Jamil Mohd Shah, enggan menyerah diri.

Selepas PKM berjaya menawan Mariam Ibrahim, isteri kepada Konstabel Mohamad Jaafar. Usaha terakhir yang dapat dibuat oleh Mat Indera bagi meredakan keadaan ialah dengan memujuk Mariam supaya merayu agar polis menyerah diri. Bagaimanapun tawaran ini tidak diendahkan oleh polis. Akhirnya serangan itu berakhir dengan sebuah tragedi yang kita ketahui, dan Mat Indera tidak dapat menghalang serangan balas anggota PKM terhadap anggota polis. Kerana apa anggota PKM tidak memperdulikan arahan Mat Indera, sebab Mat Indera bukanlah ketua mereka. Mat Indera bukan Chin Peng. Menurut perbualan kali terakhir Mat Indera bersama Pak Johan sebelum beliau dihukum gantung, Mat Indera menafikan dirinya adalah seorang anggota komunis, apatah lagi ketua mereka. Mat Indera hanya bergerak di dalam serangan itu dengan bantuan PKM untuk memburu Ray Dancey, namun nasi sudah pun menjadi bubur. Anggota Polis yang ketika itu dibawah jajahan British pula menjadi mangsa.

Apa yang dapat Mat Indera lakukan ketika itu hanyalah melindungi saki baki polis yang terselamat, antaranya ialah Yusof Rono yang ketika itu diacukan senapang di kepalanya oleh salah seorang anggota PKM, Mat Indera telah menghalangnya daripada menembak Yusof Rono, sambil berkata "sudahlah! kita dah dapat apa yang kita inginkan". Ini membuat Yusof Rono terselamat daripada terbunuh. Malah isterinya mengakui insiden tersebut di dalam satu temubual terbitan RTM yang dikeluarkan pada tahun 1970an dengan berkata 'Askar komunis melayu menyelamatkan yusof rono'.

Tragedi Bukit Kepong ini telah dijadikan modal sebagai dakwaan keganasan dan kekejaman Mat Indera yang kononnya seorang pemimpin Komunis dan menentang kerajaan British. British telah menaikkan tawaran hadiah sebanyak $75,000 sebagai hadiah tawaran penangkapan. Sebelum peristiwa Bukit Kepong, tawaran hadiah terhadap tangkapan beliau adalah $25,000 jika hidup-hidup, dan $10,000 jika mati.. Sehinggalah akhirnya Mat Indera berjaya diperdaya rakan baiknya Mat Tukyo untuk menghadiri kenduri di rumah Wak Bladang...

Bersambung...SIRI 5 (Siri Akhir)