Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jul 13, 2010

UMNO Kini Menukut Di Tepi Gantang....!!!


UMNO - PAS Berbincang..??? Jawapan Buat Penulis Di Utusan-Harakahdaily

SAYA amat tertarik dengan tulisan Sdr Zaini Hassan di dalam ruangan Cuit di Utusan Malaysia pada 07 Jul 2010, kemudiannya di ulas pula oleh Penulis Ibnu Ramadhan berkaitan `PAS dan Umno Perlu Bersemuka dan Berbincang'. Kesemuanya anda boleh baca di KedahLanie.blogspot.

Jika dibaca tulisan Sdr Zaini, terlalu banyak yang boleh kita pertikaikan terutamanya tentang Mursyidul Am Tuan Guru Nik Aziz. Kita lupakan dulu andaian Penulis kerana jika beliau terlalu memuji dan memuja Tok Guru MB Kelantan itu, mana mungkin beliau boleh menulis di akhbar Utusan Malaysia. Siapa yang tidak kenal akhbar Umno ini dan semua tahu prestasi jualan akhbar rujukan penyokong tegar Umno itu sekarang. Pernah anda baca perkara yang baik-baik tentang MB Kelantan yang disiarkan oleh akhbar tersebut?

Lupakan juga hal itu. Berbalik kita tentang isu `PAS dan Umno Perlu Bersemuka dan Berbincang' kununnya demi perpaduan Islam. Saya percaya Penulis tidak bercakap tentang UG (Kerajaan Perpaduan) yang telah ditutup buku oleh PAS itu. Maksud beliau mungkin PAS perlu bersemuka dan berbincang dengan Umno demi kepentingan Islam dan bukan untuk bersatu menubuhkan kerajaan. Jika ini maksud beliau, saya ingin bertanya semenjak bila PAS mengharamkan pintu perbincangan dengan Umno apatah lagi berkaitan dengan Islam? Bahkan, PR sendiri telah buat ketetapan bahawa PR sentiasa sedia berbincang dengan Umno atau kerajaan demi kebaikan rakyat. Masalahnya, pernahkah Umno atau Bn menjemput PR untuk berbincang? Mesyuarat bersama MB-MB pun negeri-negeri di bawah PR dipinggirkan.

Benarkah Tuan Guru Nik Aziz selaku MB Kelantan sentiasa mengelak untuk bekerjasama? Apakah program yang dianjurkan di Kelantan oleh Kerajaan Pusat yang mendatangkan kebaikan tidak mendapat kerjasama dari Kerajaan Negeri Kelantan? Yang kita lihat, mereka inilah yang cuba `memalukan' MB Kelantan di dalam beberapa programnya. Sebagai contoh, di dalam satu acara melepaskan pelumba basikal yang diadakan di Kelantan, MB Kelantan seolah-olah dipersendakan mereka. Sengaja saya petik ulasan YB Kulim (kini MP Bebas) berkenaan penghinaan ke atas MB Kelantan itu di sini. Terbaru, semasa Karnival Kelantan Fiesta 2010, apa yang mereka lakukan terhadap MB Kelantan? Sedangkan kedua-dua program tersebut disambut baik oleh Kerajaan Negeri Kelantan walaupun mereka tahu siapa di sebalik program berkenaan. PAS sentiasa memberikan kerjasama asalkan menuju kebaikan, sehinggakan `Jom Heboh' TV 3 juga mendapat kebenaran asalkan mereka mematuhi dasar Kerajaan PAS Kelantan.

Ini belum kita mengungkap kembali kisah royalti minyak di mana dua negeri iaitu Kelantan dan Terengganu yang penduduknya hampir 100 % Melayu Islam itu dinafikan hak mereka. Ini semua bukan tangan-tangan DAP atau PKR punya angkara, ini siapa punya angkara? MCA kah atau MIC? Bukankah itu negeri Melayu dan majoritinya Islam? Bila PAS mengajak berbincang soal-soal ini semua, adakah Umno mahu? Jika mahu diceritakan lagi betapa Umno sedikit pun tidak menunjukkan ke arah ingin bersatu demi Melayu mahu pun Islam terlalu banyak.

Apatah lagi baru-baru ini Naib Presiden Umno pula menggelar PAS parti ajaran sesat. Tanpa hujah dan dalil, sesedap mulut pemimpin dari Sabah ini bercakap semata-mata untuk menyatukan Melayu dan Islam? Kita harus ingat, sebelum kita mahu berdamai atau menghulur salam, kita mesti tunjukkan bahawa kita benar-benar ikhlas. Jika kita mencuri barang seseorang, pulangkan dahulu barang itu kepada empunya, kemudiannya hulurkan tangan mohon maaf. Itu lah tanda keikhlasan. Bagaimana untuk bersatu di dalam keadaan kita terus dizalimi? Islam tidak menyuruh berbuat demikian.

Seandainya pula perpaduan yang dimaksudkan oleh Penulis tersebut adalah untuk bekerjasama membentuk kerajaan kununnya Melayu Islam, saya setuju dengan caranya kesemua ahli Umno bersama PAS dalam sebuah parti untuk menegakkan kedaulatan Islam di negara ini. Tetapi sekiranya Umno lain, PAS pula lain kemudiannya bergabung itu pada saya satu tindakan bodoh dan tidak masuk akal. Kita boleh lihat sendiri sekarang di beberapa buah negeri, manakah yang lebih baik dan telus? Kerajaan Negeri di bawah PR atau pun Umno/Bn? Maka, apa lojiknya PAS untuk bersama Umno?

Melihat soal perpaduan umat Islam ini hendaklah dilihat sebilang masa dan berterusan. Bukan sewaktu kita sesak dan di penghujung nyawa baru kita teringat saudara mara kita. Perpaduan Islam (bukan perpaduan Melayu) hendaklah berlandaskan Islam (Al-Quran). Meskipun PKR dan DAP bukan parti yang berdasar Al-Quran, tetapi mereka mampu membantu PAS untuk mencapai objektifnya walaupun mengambil masa bertahun-tahun. Umno tidak membantu PAS malah rekod menunjukkan dari dahulu sampai sekarang Umno musuh perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. Karpal Singh yang Non Muslim itu tidak memahami Islam dan tidak setuju dengan hukum hudud, tetapi beliau tidak tergamak mengatakan PAS parti ajaran sesat. Apakah Naib Presiden Umno itu lebih hebat dari Karpal Singh di dalam menghina PAS ?

Nota :

Masih belum terlambat buat Umno untuk bersatu dengan PAS atau parti mana sekalipun di dalam PR....
Asalkan Umno `bersih'kan dahulu tangannya sebelum menghulurkan salam....
Saya yakin PAS tidak akan menyambut salam tangan kanan Umno jika sebelah tangan kiri pula menggenggam sebilah `keris' tanpa bersarung yang disorokkan di belakang...

Lu Pikirlah Sendiri.....!!!!


Siapa Bunuh Altantuya..??? - Oleh : Jonathan Manthorpe (The Vancouver Sun )

Roh model dan penterjemah Mongolia yang dibunuh, Altantuya Shaariibuu nampaknya enggan berdiam diri.Kerajaan Umno-Barisan Nasional dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah dilibatkan secara tidak langsung ke dalam skandal politik yang keji apabila

Dua pengawal peribadinya semasa berkhidmat sebagai Menteri Pertahanan dijatuhkan hukuman mati tahun lalu atas kesalahan membunuh seorang wanita muda di sebuah hutan di luar Kuala Lumpur pada bulan Oktober 2006.

Tetapi melihatkan kepada peristiwa yang berlaku dalam beberapa minggu lalu telah menimbulkan persoalan apa kaitan pembunuhan tersebut dengan pembelian dua kapal selam diesel Perancis jenis Scorpene bernilai USD1.2 bilion semasa Najib masih menjadi Menteri Pertahanan.

Rakan dan penasihat isu pertahanan kepada Najib, Abdul Razak Baginda, yang mana syarikat milikan isterinya telah dibayar satu jumlah USD150 juta untuk kontrak pembelian kapal selam tersebut telah menimbulkan satu lagi isu cinta terlarang dengan Altantuya yang telah berakhir dengan tragis di mana Altantuya telah diculik dan dibunuh.

Semua usaha telah dilakukan bagi memastikan nama Najib tidak ditimbulkan dalam perbicaraan dua pengawal peribadi yang berlanjutan selama dua bulan.

Dalam satu tindakan yang amat menghairankan pakar perundangan dan hakim pada peringkat awal perbicaraan telah mengugurkan dakwaan ke atas Abdul Razak.

Abdul Razak kemudiannya telah melarikan diri ke Britain dan menetap di sana sehingga kini.

Wujudnya pengurusan drama perbicaraan di balik tabir oleh pegawai tinggi mahkamah di Malaysia telah meyakinkan kumpulan hak asasi manusia bahawa sia-sia sahaja usaha untuk menyelesaikan kes Altantuya di Kuala Lumpur.

Gerakan hak asasi manusia Malaysia, Suaram, telah bertindak untuk memulakan siasatan judisial di Perancis di mana telah ada beberapa siri penyiasatan yang sedang berlangsung terhadap syarikat milik kerajaan yang dikatakan sanggup membayar komisyen tinggi dan insentif lain semata-mata untuk mendapatkan kontrak pembelian senjata.

Sehubungan itu, pejabat pendakwaraya Perancis telah memulakan siasatan bermula dengan pembayaran USD150 juta kepada sebuah syarikat Malaysia, Perimekar Sdn Bhd yang ditubuhkan tidak lama sebelum Najib menandatangani kontrak pembelian dua kapal selam Scorpene dengan syarikat milikan kerajaan Perancis, DCN.

Perimekar yang kononnya dilantik untuk memberikan perkhidmatan "penyelarasan dan sokongan" bagi kontrak tersebut tidak dapat memberikan apa-apa bukti menyokong bahawa syarikat tersebut mempunyai kemampuan untuk tugas-tugas tersebut ataupun berpengalaman dalam industri itu.

Perimekar merupakan anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh sebuah syarikat bernama KS Ombak Laut Sdn Bhd di mana pemegang utama saham adalah Mazlinda Makhzan, seorang peguam dan juga isteri kepada Abdul Razak, rakan dan penasihat Najib.

Altantuya yang berusia 28 tahun semasa dibunuh, telah mempelajari bahasa Perancis ketika menjadi model di Paris dan terdapat juga bukti yang menunjukkan Altantuya telah menjadi penterjemah untuk kekasihnya, Abdul Razak dan membantu beliau berunding dengan DCN bagi pihak Najib dan kerajaan Malaysia.

Kerajaan Malaysia berkeras menyatakan tiada apa-apa kesalahan telah berlaku, sebagai respon kepada tindakan pejabat pendakwaraya Perancis yang menyiasat DCN dan Armanis iaitu anak syarikat DCN yang bertanggungjawab membina kapal selam.

Jurucakap Najib baru-baru ini menyatakan bahawa pihak pendakwaraya Perancis mempunyai hak untuk menyiasat, "tetapi pada pandangan kita, tiada kes untuk dijawab."

Dia juga menambah bahawa perjanjian tersebut bebas sepenuhnya daripada unsur rasuah.

Sebab utama mengapa Altantuya dibunuh oleh dua pengawal peribadi Najib tidak pula diselesaikan walaupun dengan perbicaraan yang begitu panjang yang mengemukakan 45 saksi.

Dalam beberapa peristiwa berkait, Altantuya yang ditinggalkan kekasihnya Abdul Razak dikatakan telah membuat bising bersama rakannya di luar rumah beliau.

Abdul Razak kemudiannya telah berjumpa ketua kakitangan Najib, Musa Safri dan meminta bantuan Musa menjauhkan Altantuya daripada rumahnya.

Ekoran itu dua anggota polis dan juga pengawal peribadi, Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar menculik Altantuya semasa membuat bising di luar rumah Abdul Razak lalu membawanya ke sebuah hutan di luar ibu negara dan menembaknya.

Kemudiannya mereka telah menggunakan bahan letupan C4 gred tentera untuk meletupkan mayat dalam usaha nyata untuk menghilangkan apa-apa tanda pengenalan, dan tindakan ini sudah tentu menimbulkan spekulasi bahawa Altantuya hamil.

Tetapi dalam surat yang ditulis oleh Altantuya dan ditemui selepas kematiannya, yang mana tidak pernah dibawa ke mahkamah sebagai bukti, jelas menunjukkan Altantuya telah mengugut Abdul Razak meminta USD500,000 untuk mendiamkan diri daripada mendedahkan perincian berkenaan USD150 juta yang dibayar kepada syarikat isterinya, Perimekar.

Ada juga yang mencadangkan bahawa Altantuya berkemungkinan mengetahui lebih banyak lagi butiran berkenaan perjanjian pembelian senjata oleh Najib semasa beliau menjadi Menteri Pertahanan dari tahun 2002 hingga 2008.

Perjanjian ini juga meliputi pembelian pesawat jet pejuang supersonik Sukhoi dari Rusia dan beberapa buah kapal laut pertahanan persisiran pantai.

Seperti mana organisasi hak asasi manusia Malaysia, ibubapa Altantuya juga menyatakan tiada keadilan nyata dapat diperoleh atas kematian anak mereka.

Walaupun dengan keadaan perbicaraan yang seperti drama terancang, ibubapa Altantuya telah cuba memfailkan tuntutan sivil menuntut pampasan ke atas kematiannya daripada Abdul Razak dan dua anggota polis tersebut.

Mahkamah Tinggi Malaysia pula anehnya telah meminta deposit jaminan sebanyak USD20,000 untuk membawa kes ke Mahkamah Rayuan dan jika diterima, untuk diteruskan ke Mahkamah Persekutuan.

Keluarga Altantuya pula bingung dengan keputusan mahkamah dan telah menyatakan bahawa keluarga Altantuya tidak mampu membayar jumlah setinggi itu.

Minggu lalu, Kerajaan Mongolia mengumumkan akan membayar jaminan yang diminta oleh mahkamah Malaysia agar kes dapat didengar, meskipun pada saat ini nampaknya roh Altantuya akan mendapat keadilan di Perancis lebih awal daripada Kuala Lumpur

Nota :

Sebenarnya Kes ini tak lah susah sangat...
Tapi Bila dah kronik..memang akan jadi susah...!!!
Kelu dan Pembayangnya pun dah nampak...
Kalau lu Pandai Lu Pikirlah Sendiri....Kah...Kah...Kah...

Tinggi-Tinggi Buih Di Lautan..Tinggi Lagi Impian Si BUIH......!!!

Cermin Lah Diri Dulu Bro...Barulah Bercakap...!!!

Malaysia, Indonesia Sedia Jadi Tuan Rumah Bersama Piala Dunia -MStar

Malaysia dan Indonesia bersedia menawarkan diri menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak Piala Dunia pada masa akan datang.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata perkara tersebut bukanlah sesuatu yang mustahil dan kedua-dua negara berkenaan akan berusaha ke arah itu.

Sambil mengalu-alukan idea tersebut, beliau berkata perkara itu akan dibincangkan menerusi sebuah meja khusus, yang akan ditubuhkan, masing-masing di kementeriannya dan Kementerian Pemuda dan Olahraga Indonesia.

"Idea (tuan rumah bersama) ini patut dikembangkan dan disemai bagi penganjuran kejohanan-kejohanan besar pada satu masa nanti kerana dalam konteks jarak perjalanan bukan lagi satu isu yang besar.

"Tidak mustahil diadakan bukan sahaja Piala Dunia tetapi apa-apa (kejohanan)yang sesuai dan boleh difikirkan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perbincangan dua hala dengan Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Dr Ardi Malaranggeng di sini hari ini.

Dr Ardi berada di negara ini, sempena program titian muhibah yang berlangsung selama dua hari, bermula hari ini.

Sebelum ini, hasrat Indonesia untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022, gagal setelah pencalonannya ditolak oleh badan induk boleh sepak dunia, FIFA.
--------------------------------------------------------------

Kah...Kah.....MARI KITA KETAWA BERAMAI-RAMAI...KAH...KAH...KAH...!!!

Kah...Kah.....AIMAN TAK KISAH...TUNGGULAH SAMPAI BERBUIH....KAH...KAH...KAH....!!!

Pukul Anak, Sindir Menantu Ayah Ke...????


Beruk Main Bola Boleh Tarik Pelancong - Ibrahim Ali -MStar

Persidangan Dewan Rakyat digamatkan dengan cadangan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) agar satu pertandingan bola sepak melibatkan beruk diadakan di Bukit Jalil.

Ketika mencelah ucapan penggulungan Rang Undang-undang Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Douglas Uggah Embas, beliau berkata selain bertujuan melatih dan menjinakkan haiwan berkenaan, ia juga mampu menarik kedatangan pelancong ke negara ini.
-------------------------------------------------------------
Kah....Kah.....KENAPA NAK BERKIAS-KIAS PULAK...!!!

Kah..Kah.......SOPAN BETUL SI PEJUANG MELAYU NI...!!!

Kah...Kah......KENAPA MESTI PILIH BERUK...???

Kah..Kah.......KENAPA TAK PILIH KATAK JE...!!!

Kah...Kah......MENANTU AYAH MESTI KECIK HATI...!!!

Kah...Kah......AIMAN TAK KISAH...SEPERTI KATA PEPATAH...PUKUL ANAK SINDIR MENANTU...BALIK-BALIK BERUK JUGAK YANG DIA PILIH...!!!

Bala Betul-Betul Beri BALA Pada Najib....!!!

Ya..Ampoon...Siapa 2 Ekor Maloan Yang Ada dalam Senarai Penyaisat Perancis...???

'Rasuah' kapal selam: Bala mesyuarat kali kedua -MKini

Penyiasat persendirian P Balasubramaniam dijadualkan berjumpa untuk kali kedua dengan penyiasat Perancis, hari ini yang cuba membongkar maklumat berhubung dakwaan rasuah dalam penjualan dua kapal selam kepada Malaysia.

Ini berikutan mesyuarat tiga jam semalam dengan peguam Perancis, Joseph Breham yang mengetuai pasukan penyiasat Perancis.

"Balasubramaniam akan bermesyuarat dengan peguam Perancis pada jam 4 petang waktu Malaysia,” kata peguam penyiasat persendirian itu, Americk Singh Sidhu.

"Yang menarik, dua nama rakyat Malaysia juga timbul pada mesyuarat semalam.” Americk, bagaimanapun enggan mendedahkan nama mereka yang disebut itu.
-----------------------------------------------------
Kah...Kah...NAMA PUN DAH BALA...TAPI INI BETUL-BETUL BERI BALA PADA NAJIB...!!!

Kah..Kah....TOLONG LAH AMERICK..SEBARKAN LAH SIAPA NAMA 2 ORANG MALAON TU...!!!

Kah..Kah....JANGAN LAH BUAT KAMI SEMUA JADI SUSPEN...!!!

Kah..Kah....KALAU TAK NAK BAGI NAMA PUN...BAGI NAMA AYAH MALAON TU PUN TAK APA...!!!

Kah...Kah...YA AMPOOOON...PALING TIDAK PUN BAGI NO. KAD PENGENALAN PUN KIRA OK JUGAK...!!!

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH...YANG PELIKNYA NEGARA KAFIR LAGI TELUS BANDING NEGARA YANG MENGAKU KONONNYA NEGARA ISLAM DALAM SIASATAN...!!!

Jangan Bagi Ruang Pada Si Mulut Celupar......!!!


CNN kata Anwar tak bayar muncul dalam programnya-MInsider

CNN berkata laporan mengatakan ia menerima bayaran daripada pihak yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membolehkan ketua pembangkang itu muncul dalam program �Connect the World adalah rekaan semata-mata.

Jurucakap CNN hari ini melahirkan rasa kesal kerana rangkaian televisyen itu tidak dihubungi bagi memastikan sama ada dakwaan itu benar atau tidak sebelum ianya disiarkan

Sejak beberapa hari lepas beberapa pihak telah mengulas mengenai kemunculan Anwar dalam program CNN itu Mereka merujuk kepada tulisan Joshua Trevino dalam The Ledger sebuah penerbitan online di Amerika Syarikat yang juga memetik satu atau dua buah akhbar tempatan di sini Trevino hanya menyebut secara tidak langsung bahawa mereka yang dilantik oleh Anwar untuk mengendalikan kempen perhubungan awamnya di Amerika Syarikat mempunyai pertalian yang baik dengan media.
-------------------------------------------------------------
Woittt......MEMANG SAH LE ANAK APDAL SUKA BERBOHONG....

Kah...Kah...MEMANG SAH LE ANAK SI APDAL SUKA TABUR FITNAH....!!!

Kah...Kah...MALANG BETUL BAGI UMNO..DAPAT NAIB PRESIDEN YANG MULUT CELUPAR...!!!

Kah...Kah...SI MULUT CELUPAR TAK BOLEH DI BIARKAN...SAMAN AJE..!!!

Kah..Kah...KAKI PEMBOHONG MEMANG KITA KENA AJAR MEREKA...!!!

Kah..Kah...AIMAN TAK KISAH...SIAKAP SENOHONG GELAMA IKAN DURI...BERCAKAP BOHONG LAMA-LAMA JADI PENCURI...!!!!