Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jan 19, 2011

Bergelak Ketawa Petang Rabu...!!

Hassan Turabi Di Tangkap...


Pasukan keselamatan Sudan telah menangkap pemimpin pembangkang Hassan Al-Turabi daripada rumahnya di Khartoum, semalam 17 Januari.

Jurucakap parti Kongres Popular memberitahu Al-Jazeera, penangkapan Turabi berlaku sehari selepas parti al-Turabi menyeru "revolusi popular" jika kerajaan Sudan tidak menurunkan kenaikan harga barangan.

"Dia telah ditangkap ... dengan lima ahli lain dari kumpulan, dan kita tidak tahu alasan, kerana ketika mereka datang untuk menangkapnya mereka tidak memberikan alasan apapun," kata Bashir Adam Rahma.

"Setiap kali rejim ini menghadapi krisis ... mereka akan menangkap Dr Turabi pada awalnya. Saya fikir mereka takut kepadanya bahawa ia mungkin mencetuskan semacam pemberontakan kerana ... di Sudan tidak ada kebebasan," kata Rahma.

"Ini adalah situasi ekonomi yang sangat buruk, dan ekoran 'angin kebebasan' bertiup dari Tunisia, setiap diktator di wilayah ini akan melihat dari mana bahaya akan datang.

"Jika mereka menangkap orang, mereka berfikir bahawa mereka boleh tinggal berkuasa."

'Kebangkitan Popular'

Sebelumnya, al-Turabi mengatakan kebangkitan rakyat di Sudan utara, kemungkinan mirip dengan perkembangan terkini di Tunisia, adalah.

"Negara ini telah dikenal pemberontakan popular sebelum ini," kata Turabi dalam wawancara dengan agensi berita AFP.

"Apa yang berlaku di Tunisia merupakan peringatan, ia mungkin berlaku di Sudan .... Jika tidak, maka akan berlaku banyak pertumpahan darah. Seluruh negeri dilengkapi senjata. Di bandar-bandar itu akan menjadi pemberontakan popular , tetapi di Darfur, dan di Kordofa juga, mereka memiliki senjata. "

Turabi telah masuk dan keluar dari penjara sejak dia meninggalkan parti berkuasa Presiden Omar Hassan al-Bashir tahun 1999/2000

Cakap Degar-Degar...Taik Atas Kepala....!!


KUALA LUMPUR, 19 Jan: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak jangan terus menikus kerana rakyat benar-benar ingin melihat beliau mengakibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim demam kerana berdebat dengannya.

"Berdebatlah. Cakap besar dari jauh apa gunanya.

"Kalau betul Najib ada semua maklumat mengenai Anwar dan kalau dia dedahkan, Anwar akan demam, tunggu apa lagi?

"Janganlah menikus tak habis-habis. Sambutlah cabaran Anwar untuk berdebat dan dedahkan semua maklumat itu. Rakyat pun nak tahu juga," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Sebelum itu, ketika berucap kepada para peneroka di Felda Chemplak, Tenang, Najib berkata: "Kenapa saya harus takut berdebat dengannya? Saya adalah perdana menteri. Saya ada semua maklumat. Kalau saya dedahkannya... adoi... dia akan demam".

Mahfuz juga membidas Najib yang menyuruh Anwar menyelesaikan masalah peribadinya sedangkan beliau sendiri tak henti-henti melarikan diri dari masalah peribadinya.

"Tak usahlah menyuruh Anwar menyelesaikan masalah peribadinya kalau diri sendiri tak henti-henti melarikan diri dari masalah peribadi ekoran pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

"Penyiasat diculik, muka yang didakwa sebagai pembunuh sentiasa ditutup dan hari ini tak tahu di mana mereka berada, akhbar-akhbar antarabangsa tuduh terang-terangan Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuya tetapi dia tak berani ambil tindakan walaupun dicabar oleh Tengku Razaleigh tetapi terus bersifat bacul melarikan diri dari masalah peribadi," kata Mahfuz.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga mengingatkan Najib supaya jangan cuba melarikan diri dari membahaskan masalah ekonomi negara dengan bercakap besar kononnya dia boleh mengakibatkan Anwar demam kalau dia mendedahkan isu peribadi Ketua Pembangkang itu.

Beliau mengingatkan Najib bahawa debat di antara beliau dan Anwar bukan isu peribadi tetapi debat tersebut adalah untuk rakyat dan berpaksi kepada isu-isu negara.

Anwar, kata Mahfuz, mengajak Najib berdebat dalam hal dan isu pengurusan negara selepas Najib menghentam program 100 hari Pakatan Rakyat (PR).

"Sebagai Perdana Menteri, Najib harus berani mempertahankan dasar-dasar dan tatacara pentadbirannya di khalayak umum ketika Anwar sendiri bersedia mempertahankan program 100 hari PR yang diburuk-burukkan oleh Najib," katanya.

Mahfuz mempersoalkan, adakah Perdana Menteri tidak tahu membezakan hal ehwal negara dengan isu peribadi?

"Kalau isu peribadi, orang tidak berdebat, malah boleh bersembang kedai kopi sahaja. Susahlah negara kalau Perdana Menteri mempunyai gaya pemikiran yang setahap pemikiran (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk) Ahmad Maslan,"

Ucapan Mufti UMNO....!!

CUBA anda dengar dan teliti klip video di atas. Wajahnya seperti yang kita kenali iaitu bertaraf Mufti. Tetapi apabila mendengar cara dia menjawab persoalan, tidak ubah seperti Ketua Umno Cawangan sahaja apabila memburukkan peribadi DS Anwar. Langsung tiada hujah jauh sekali berpandukan pada fakta, sekadar menjawab sesuka hati. Tidak melambangkan langsung ilmu yang beliau miliki.

Di antara lain, intipati yang beliau perkatakan tentang DS Anwar adalah;

- DS Anwar seorang pendendam.
- DS Anwar lebih teruk dari Abdullah bin Ubai seorang Munafik di zaman Nabi.
- Beliau mendakwa `menangkap' DS Anwar untuk dikahwinkan.
- Beliau mendakwa DS Anwar ingin `menyerang' Istana sebaik sahaja ABIM ditubuhkan.
- Beliau turut bersetuju bahawa DS Anwar adalah penyokong Islam Liberal (Agama serupa) dan menyebut bahawa jika DS Anwar berkata awal dahulu beliau akan jatuhkan hukum `murtad' kepada DS Anwar.

Beginikah cara seorang Mufti berhujah? Seorang Mufti boleh terpedaya dengan soalan provokasi dan andaian semata-mata?

Rasa mungkin lain jadinya jika soalan tentang Najib ditujukan kepada beliau. Jika DS Anwar dianggap lebih teruk dari Abdullah bin Ubai, tidak mustahil Najib akan dianggap lebih mulia dari sahabat Nabi dan Rosmah lebih agung dari isteri Nabi.

Begitulah jadinya ulamak di akhir zaman

Itulah Perangai UMNO....!!


Abdul Latif Subhi bin Mohd Din, 61, meninggal dunia selepas diserang sakit jantung dan darah tinggi yang melampau selepas menguruskan kedatangan PM ke Felda itu.

Namun, sehingga jenazah beliau selamat dikebumikan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak sempat menjenguk jenazah beliau walaupun masjid yang menempatkan jenazah itu hanya 50 meter dari padang tempat acara untuk Perdana Menteri diadakan.

"Jenazah itu berada di masjid sejak jam 10 pagi. Ia tidak diziarahi apatah lagi disembahyangkan oleh Presiden Umno yang datang ke situ,"kata seorang saksi kejadian itu pagi semalam.

Allahyarham Abdul Latif adalah bekas MP Tentera Darat dan pagawai Pertahanan Awam adalah pewaris Felda. Beliau meningalkan empat anak dan seorang cucu di samping balunya, Puan Maimunah Hindun.

"Suasana pilu dan terkilan menyelubungi keluarga Allahyarham apabila imam bertugas ada bersama meraikan Najib dan akhirnya jenazah disolatkan oleh sukarelawan PAS daripada Pahang selepas Zohor di masjid itu.

"Inilah akhlak kepimpinan Umno kepada ahlinya sendiri," kata saksi itu ketika menceritakan peristiwa ini.

Najib tiba di Labis dengan helikopter pada 9.30 pagi Selasa semalam. Sejak jam 10 pagi, jenazah Allahyarham ditempatkan di masjid itu untuk membolehkan Perdana Menteri menziarahinya kalau-kalau sempat.

Najib telah melawat Felda Chemplak Barat dan menyempurnakan majlis pelancaran Pusat Jalur Lebar Komuniti dan merasmikan gelanggang futsal di situ sebelum meluangkan masa bersarapan dengan warga peneroka.

Walaupun beliau dan rombongannya melintasi masjid Felda Tenang, tempat jenazah itu ditempatkan sejak jam 10 pagi, ia tidak langsung dipeduli, jauh sekali untuk disolatkan, dijenguk pun tidak sempat.

Sementara itu, Cikgu Normala Sudirman, yang diumumkan oleh PAS akan menjadi calonnya dalam pilihan raya kecil Tenang ini telah menziarahi jenazah Allahyarham jam 1.30 tengahari sebaik sahaja selesai solat Zohor.

Beliau mengucapkan takziah kepada balu Allahyarham dan meminta semua keluarganya bersabar dengan dugaan dari Allah itu.

Toyo Terperangkap....!!


KHIR TOYO BERI PROJEK RM244 JUTA -MI

Selangor mendakwa Mohd Khir Toyo pernah menganugerahkan lima tender secara langsung bernilai RM244 juta kepada pengarah Ditamas Shamsuddin Haryoni ketika beliau masih menerajui kerajaan negeri.

Kedua-dua Dr Khir dan Shamsuddin merupakan defendan dalam kes rasuah menerima dua lot tanah daripada Shamsuddin pada harga RM3.5 juta sedangkan ia bernilai RM6 juta pada 2007.

Setiausaha politik Menteri Besar, Faekah Husin berkata, butiran tender langsung ini didedahkan kepada umum bagi mengelakkan spekulasi dan andaian negatif terhadap kerajaan negeri semasa apabila perbicaraan Dr Khir berlangsung Jun ini.

“Kerajaan negeri percaya bahawa maklumat ini akan membantu pihak berkuasa dalam siasatan mereka,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan malam ini.

Faekah menambah, pentadbiran Dr Khir juga ada menganugerahkan dua projek kepada syarikat dimiliki Shamsuddin, masing-masing bernilai RM30 dan RM14 juta, yang telah dibatalkan oleh kerajaan negeri tahun lalu.

Beliau berkata pendedahan maklumat itu adalah penting bagi memastikan kerajaan Selangor dan kakitangannya tidak dikaitkan kan dengan perbicaraan Toyo kelak.

Awal bulan lalu, Toyo mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan mendapatkan dua lot tanah di Seksyen 7 Shah Alam pada harga yang lebih rendah daripada nilai pasaran.

Toyo, 45, didakwa mendapatkan tanah tersebut bagi dirinya dan isteri, Zahrah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di alamat No 8 & 10, Jalan Suara 7/1L di sini daripada Shamsuddin yang diketahui ada hubungan dengan kerja rasminya pada harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah tersebut telah dibeli oleh syarikat tersebut pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu pada 29 Mei 2007, di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor.

Dalam kenyataan hari ini, Faekah juga berkata kerajaan negeri Selangor yang kini ditadbir Pakatan Rakyat tidak terlibat dengan pemberian projek secara runding terus kepada syarikat-syarikat dimiliki Shamsudin.

Katanya, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 16 Disember lalu telah membuat keputusan supaya maklumat tentang jenis projek dan nilai projek yang diberikan kepada syarikat milik Shamsuddin didedahkan untuk pengetahuan umum.

“Sebanyak lima projek runding terus telah diberikan kepada Majulia Sdn Bhd dengan nilai projek berbeza,” katanya lagi.

Projek-projek itu ialah pembinaan kuarters kakitangan kerajaan di Seksyen 16 Fasa 1 dengan nilai RM22,880,000, kuarters kakitangan kerajaan di Seksyen 16 fasa 2 dengan nilai RM61 juta, cadangan mereka bentuk, membina dan menyaipkan bangunan Perpustakaan Selangor Maju bernilai RM71,080,000, membina dan menyiapkan jalan dari Simpang B15/B11 Lama Daerah Sepang bernilai RM73,750,871.53 dan cadangan projek pembangunan sebuah stadium terbuka, sebuah pencawang elektrik, dua kebuk dan satu unit loji kumbahan atas sebahagian tapak Kompleks Sukan atas tanah kerajaan mukim Dengkil bernilai RM14,999,000.

“Sementara itu, dua lagi syarikat milik Shamsuddin iaitu Getrahome Sdn Bhd dan Kanasutra Sdn Bhd telah diberikan projek secara penswastaan,” jelas beliau.

Getrahome Sdn Bhd mendapat projek pembangunan perumahan dan perniagaan secara penswastaan atas tanah seluas 134.57 ekar mukim Dengkil, Daerah Sepang bernilai RM16 juta pada 2000 dan Kanasutra Sdn Bhd pula diberikan projek cadangan pembangunan perumahan dan perniagaan secara penswastaan atas tanah kerajaan lot 5395 dan 5396 Mukim Dengkil pada 2005 bernilai RM14 juta.

“Bagaimanapun, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 27 Januari 2010 telah membatal dan menarik balik projek berkenaan,” katanya.

Jelas beliau, langkah itu juga sejajar dengan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban pentadbiran yang didokong oleh Pakatan Rakyat yang sama sekali menolak sebarang penyelewengan dan salah guna kuasa di kalangan pemimpin dan ahli politik demi kepentingan peribadi.

Nota:

Sila baca dan teliti
patutlah kerajaan pakatan diselangor terus dikacau
disinilah bank UMNO
disinilah mesin ATM UMNO

bila selangor diambil alih oleh pakatan rakyat
saku gerombolan kering
projek tak sampai..projek tak masuk

lihat bagaimana korupnya UMNO di selangor
habis tanah dijual...habis tanah rakyat di gadai