Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Sep 23, 2011

Faktor Mengapa UMNO Tolak Hudud...!!


'MCA akan berpisah dengan Umno jika laksana hudud'- MK

MCA hari ini mengulangi pendiriannya yang anti-hudud sehingga akan sanggup berpisah dengan sekutu lamanya, Umno, jika parti Melayu itu melaksanakan perundangan Islam itu.

Presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek berkata, jika Umno mahu melaksanakan hudud, MCA tidak mahu menjadi sebahagian daripadanya.

Beliau menegaskan demikian dalam satu sidang akhbar selepas mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan persidangan menjadikan negara berpendapatan tinggi satu realiti, di Subang Jaya hari ini.

Bagaimanapun, katanya, beliau memahami bahawa sebagai orang Islam, orang Melayu dalam Umno mesti menerima hudud tetapi beliau menghargai hakikat bahawa tiada pemimpin Umno yang mendesak pelaksanaannya, tidak seperti PAS yang mahu berbuat demikian.

"Apa yang jelas ialah MCA menentang hudud," katanya dengan tegas.

Chua mengulas kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bahawa Umno sebagai parti orang Islam, mesti menerima undang-undang hudud, sambil berkata bukan lagi masanya bagi perundangan Islam itu dilaksanakan di Malaysia yang penduduknya berbilang agama.

UMNO : United Myanmar And Nepal Organization...!!

Luahan Hati Isteri Arwah Sarbani...!!

"Selama ini saya diam saja, tapi hari ini saya rasa terpanggil nak bagi tahu semua orang apa yang terpendam dalam isi hati saya. Mungkin dengan cara ini, saya boleh tenang..."

Demikianlah kata-kata Maziah Manap (gambar kanan), balu Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed kepada MerdekaReview, apabila mengeluarkan satu kenyataan media pada hari ini, sebelum keputusan inkues diumumkan pada 26 September akan datang.

Maziah Manap terpanggil untuk menyanggah spekulasi peguam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Muhamad Shafee Abdullah, bahawa suaminya cuba melarikan diri.

"Saya sangat dukacita dan sedih dengan kenyataan akhbar SPRM tersebut yang merupakan satu lagi tohmahan yang sangat zalim terhadap Allahyarham dan keluarga saya. Saya terpanggil untuk menjawab kenyataan tersebut supaya masyarakat awam dapat menilai perkara yang sebenarnya kerana saya tidak terlarat lagi mendengar dan melihat cemuhan demi cemuhan yang dibuat semata-mata untuk melepaskan SPRM daripada dipertanggunjawabkan ke atas kematian suami saya," beliau berkata sedemikian dalam kenyataan medianya.

Beliau menambah, "Yang menambahkan lagi dukacita saya ialah propaganda yang digunakan oleh SPRM untuk menghebahkan keburukan orang-orang yang belum lagi terbukit bersalah. Sebaliknya, apabila sesuatu perkara membabitkan kecacatan, kecuaian dan keburukan SPRM, maklumat tersebut seolah-olah cuba disembunyikan atau dipadamkan daripada pengetahuan awam."

Selain itu, Maziah Manap yang beberapa kali menghadiri inkues kematian suaminya berkata, dirinya "confused" (terkeliru) dengan kenyataan yang berbeza daripada sesetengah pihak. Misalnya, Pengarah Wilayah Persekutuan SPRM pernah memberitahunya bahawa suaminya "rebah", namun berkata suaminya "jatuh" ketika di mahkamah. Maziah tidak mempunyai bukti, kerana beliau diberitahu melalui panggilan telefon, dan bukannya pesanan ringkas (sms).

Yang berikut adalah teks penuh kenyataan Maziah Manap

Saya adalah balu kepada Allahyarham Ahmad Sarbaini Bin Mohamed. Keluarga kami masih menanggung duka nestapa akibat kematian suami saya semasa dalam tahanan SPRM pada 6 April 2011. Beban sengsara dan kesedihan yang saya dan anak-anak alami menjadi lebih berat apabila kami diaibkan dengan tohmahan dan andaian bahawa Allahyarham adalah seorang pegawai Kastam yang korup.

Itulah gambaran dan kesimpulannya apabila peguam SPRM, Muhammad Shafee Abdullah (gambar kiri), mengeluarkan kenyataan akhbar pada 12 September 2011 bahawa SPRM tidak boleh dipertanggungjawabkan kerana suami saya meninggal dunia apabila cuba melarikan diri untuk berjumpa kawannya supaya pernyataan mereka kepada SPRM dapat diselaraskan. Kenyataan akhbar tersebut dihebahkan secara meluas seolah-olah ianya suatu fakta hakiki.

Saya sangat dukacita dan sedih dengan kenyataan akhbar SPRM tersebut yang merupakan satu lagi tohmahan yang sangat zalim terhadap Allahyarham dan keluarga saya. Saya terpanggil untuk menjawab kenyataan tersebut supaya masyarakat awam dapat menilai perkara yang sebenarnya kerana saya tidak terlarat lagi mendengar dan melihat cemuhan demi cemuhan yang dibuat semata-mata untuk melepaskan SPRM daripada dipertanggunjawabkan ke atas kematian suami saya.

Yang menambahkan lagi dukacita saya ialah propaganda yang digunakan oleh SPRM untuk menghebahkan keburukan orang-orang yang belum lagi terbukit bersalah. Sebaliknya, apabila sesuatu perkara membabitkan kecacatan, kecuaian dan keburukan SPRM, maklumat tersebut seolah-olah cuba disembunyikan atau dipadamkan daripada pengetahuan awam.

Baru hari ini telah keluar berita tentang penangkapan tiga orang pegawai tinggi SPRM termasuk seorang berpangkat Penolong Pesuruhjaya yang menyalahguna kuasa mereka dan "merompak" money changer di KLIA untuk sejumlah US$300,000 (RM900,000). Kejadian pada 15 September 2011 hanya terdedah setelah dilaporkan oleh media alternatif. Sebaliknya cerita berkenaan suami saya dihebahkan secara meluas. Inikah ketelusan yang boleh diharapkan dari SPRM, PDRM dan media arus perdana?

Berhubung kenyataan peguam SPRM tentang teori kematian suami saya, saya perlu membuat penjelasan dan menyatakan secara tegas bahawa kenyataan SPRM tersebut tidak disokong oleh sebarang keterangan semasa Inkues dan merupakan satu tohmahan dan spekulasi oleh SPRM sehingga membabitkan nama-nama pihak ketiga.

Malahan hujahan bertulis dari peguam Zainal jelas menunjukkan bahawa:

a) tidak terdapat sebarang bukti bahawa Allahyarham terbabit dengan salah laku rasuah;

b) tidak terdapat sebarang sebab untuk Allahyarham takut dan cuba melarikan diri;

c) tiada asas kepada teori SPRM bahawa Allahyarham cuba melarikan diri untuk memberikan amaran kepada En. Zainal demi memastikan pernyataan mereka menjadi konsisten;

d) pengakuan Allahyarham yang kononnya telah diperolehi, adalah secara muslihat, perdayaan dan paksaaan dan amat bercanggah dengan pernyataan awalnya dimana Allahyarham secara tegas menafikan sebarang perlakuan rasuah; dan

e) pemadaman rakaman CCTV pada waktu kejadian selama tempoh lebih 22 jam seperti disahkan oleh pegawai forensik, ASP Fauziah Bte Che Mat, menunjukkan usaha SPRM untuk menyembunyikan kejadian sebenar.

Dalam kesedihan ini, saya hanya mampu mengharapkan supaya sebab sebenar kematian suami saya dapat diketahui dan pihak-pihak yang menyebabkan kematiannya dipertanggungjawabkan. Barulah maksud sebenar keadilan membawa erti kepada keluarga kami.

Betapa Bangangnya Pemimpin UMNO...!!


MalaysianInsider melaporkan: PUTRAJAYA, 22 Sept — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Umno bersetuju dengan hukum hudud pada dasarnya kerana ia sebahagian daripada Islam, tetapi Malaysia belum bersedia untuk melaksanakan undang-undang sedemikian buat masa sekarang.

Katanya, ada keperluan untuk mengembangkan maklumat mengenai undang-undang hudud agar orang ramai memahami sebelum parti yang memerintah boleh berfikir untuk melaksanakannya.

“Ini adalah pendirian kami sejak dari dahulu lagi,” kata beliau (gambar) kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Kabinet mengenai harga barang dan bekalan di sini.

“Lebih-lebih lagi, dalam konteks masyarakat pelbagai kaum dan agama, kita harus mengembangkan pengetahuan secara meluas sebelum kita boleh sampai ke satu tahap di mana kita merasakan bahawa sudah sesuai masanya (untuk melaksanakan), tetapi saya tidak fikir kita sudah sampai (di situ),” kata Timbalan Presiden Umno. - TMI. Persoalannya, sejak bila Umno mengembangkan maklumat pasai undang-undang hudud ni. Masalnya kalau harap ke Umno tah bila rakyat Malaysia boleh dapat kefahaman sebenar pasai hudud ni pun taktau. Silap-silap sampai kiamat pun Malaysia takkan bersedia.

Tak sesuai ka aku kata BANGANG kalau mengeluh orang tak faham tapi tak pernah pun buat buat kerja nak bagi orang faham.

Sebelum ni MalaysianInsider ada melaporkan:

KUALA LUMPUR, 20 Sept – Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan golongan yang menolak untuk melaksanakan hukum hudud seperti menghina dan mengetepikan ajaran Islam, dan merupakan golongan yang “jahil.”

Nik Aziz (gambar) berkata, kekeliruan tentang hukum hudud berlaku disebabkan pandangan yang dikeluarkan golongan tertentu yang jahil tentang undang-undang Islam itu.

“Saya menyebut hakikat ini kerana kekeliruan yang timbul atau sengaja ditimbulkan dalam negara kita bahawa hudud ertinya hukuman ke atas pesalah.

“Justeru, hudud diwajahkan dengan wajah yang begitu buruk dan mengerikan. Seolah-olah apabila hukum hudud dilaksanakan, semua tangan akan dipotong dan semua batu akan dijadikan lontaran untuk pesalah,” kata beliau.

“Kita masih terngiang-ngiang kata-kata sinis yang dilontarkan sedikit masa lalu yang menyatakan ‘Jika mahu menikmati sup tangan, silalah ke Kelantan’ dan ‘akan habislah batu-batu di Kelantan digunakan untuk melontar pesalah zina’,” kata Nik Aziz lagi. - TMI.