Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Sep 16, 2010

Money Can Buy Everything....!!!

Suspek beli Datuk RM180 ribu, penjual tidak dapat dikesan??-Tranung Kite

Semua pihak meminta agar pihak polis menyiasat secara terperinci berkaitan pemberian pangkat "Datuk" kepada suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati dan 3 orang pengiringnya.

Ianya lebih menjurus agar wujud pendedahan siapa sebenarnya dalang dalam penjualan pangkat, disamping motif sebenar mencari dalang yang bersubahat dengan suspek bagi kerja-kerja jenayah ber'profile' tinggi ini.

Hari ini akhbar Star telah menyiarkan berita pembelian pangkat ini.

Peguam bergelar 'Datuk' yang merupakan suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dipercayai mengeluarkan RM180,000 bagi membeli gelaran tersebut.
Perlu pembaca membuka minda bagaimana maklumat nilaian RM180 ribu ini diperolehi sedangkan dalam masa sama pihak polis masih belum mendapatkan maklumat mengenai orang tengah yang terlibat dengan pembelian pangkat ini.


Akhbar yang sama menyatakan kegagalan polis;

Siasatan polis di setiap negeri bagi menjejaki pihak yang mengurniakan gelaran Datuk kepada suspek berusia 41 tahun itu gagal menemui sebarang petunjuk, kata sumber. Saya cukup hairan bagaimana polis begitu mudah mencari abu mayat di sungai daripada manusia hidup yang menjadi dalang kepada ketidakadilan yang berlaku dalam urusan kerajaan dan pentadbiran di negara ini.

Nota :

Rasuah, pangkat serta kronisme telah menjadi satu amalan tidak sihat di negara ini, malah polis juga dikatakan bersubahat dalam menutupi kes-kes yang melibatkan kepimpinan tinggi dalam kerajaan dan orang-orang kenamaan. Sekiranya imej ini tidak dibersihkan dalam penyiasatan pembunuhan Datuk Sosilawati, rakyat tidak akan mempercayai lagi polis.

Implikasinya adalah agak malang bagi polis yang memang jujur serta amanah dalam menjalankan tanggungjawab.

Berita Sedih Dari Sabah...!!!


PENDATANG HARAM INDIA JADI AHLI UMNO DI SABAH -http://infodppsa.blogspot.com/

ISU Pendatang asing tanpa izin di Sabah semakin menular berikutan pendedahan seorang warganegara Malaysia, Kamaruddin Omar bahawa ramai warga asing India menetap di Sabah setelah memalsukan keterangan diri untuk mendapatkan kad pengenalan projek atau palsu.

Pada mulanya, penulis hanya berjaya menjejak kes pemalsuan dokumen seorang belia India di Sabah iaitu Velutha Mannil Yousaf Abotty yang dilahirkan pada 10 Jun 1971 di Quilandy Kerala, India. Velutha telah memohon visa daripada Kedutaan Malaysia di Madras pada 13 Ogos 1990 dan diluluskan visa bernombor 18282/90 untuk tempoh selama dua bulan.

Yousaf tiba di Singapura pada 7 Ogos 1990 dan berada di sana sehingga 21 Ogos 1990 dengan menggunakan pas lawatan bernombor 2573/B2.

Yousaf ke Kuala Lumpur pada 22 Ogos 1990 dengan menggunakan pasport India S 690334 yang dikeluarkan pada 5 April 1990 di Kozhikode, India.

Yousaf telah mengisi Departure Card bernombor AT 438263 di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang dan diberi kebenaran untuk berada di dalam negara ini selama dua bulan sehingga 21 Oktober 1990 atas lawatan sosial.

Penulis tidak tahu bagaimana Yousaf boleh menyusup masuk ke Sabah ddan sampai di Lahad Datu sekitar 1994.

Yousaf telah memperoleh surat beranak daftar lewat yang dikeluarkan oleh Dr Chaw Tet Loong, Pegawai Perubatan Semporna bernombor 3870/91 bertarikh 30 April 1991.

Mengikut sijil lahir tersebut, Yousaf dilahirkan di Kampung Sungai Nasip Semporna pada 10 Jun 1971. Bapanya Kasim Bin Abdul (India Muslim) dan ibunya Saripa Bte Motok (Melayu).

Melalui sijil lahir tersebut, Yousaf telah berjaya mendaftar kad pengenalan dan diberi resit JPN 1/9 bernombor 7416169 pada 21 Februari 1995 oleh Pejabat Pendaftaran Negara Kota Kinabalu.

Bagaimanapun sehingga kini Yousaf belum menerima kad pengenalan tersebut dan hanya memegang resit JPN 1/9 dan sijil lahir 3870/91.

Kes berkenaan agak sepi sehinggalah pendedahan beberapa orang warga Malaysia berketurunan India atau Mamak menjelang penerbitan buku 007-Lelaki Malaysia Terakhir? yang memaparkan beberapa nama Pendatang Haram India seperti Abdul Jabbar Munthalif yang berjaya di Sabah setelah mendapat Kad Pengenalan Projek dan menjadi ahli DPIM.

Paling mengejutkan, pendedahan jujur Kamaruddin yang mendakwa bahawa Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Muslim (DPIM) yang diketuai oleh Datuk Baisul Khan Salman Faris menjadi Pusat Merekrut Pendatang Haram India melalui sebuah sindiket yang mempunyai hubungan rapat dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen Sabah.

Kejayaan Setiausaha Agung DPIM, Mohd Ansar Maidin memperoleh kad pengenalan melalui kaedah pendaftaran lewat surat lahir dengan memalsukan keterangan dirinya membuka dimensi baru yang selama ini hanya tertumpu kepada Surat Akuan dan penyalahgunaan Borang Persatuan seperti Pekida dan Persatuan Kebangsaan Bugis Sabah (PKBS) sebagai modus operandi untuk mendapatkan kad pengenalan Sabah.

Ansar @ Ansari telah membayar sejumlah wang kepada seorang wanita berketurunan India daripada Papar untuk mendapatkan sijil lahir daftar lewat dengan membuat akuan palsu bahawa Ansar adalah anaknya walaupun tembuni dan ibu yang melahirkan Ansar masih berada di India.

Peluang Ansar untuk berjaya sebagai peniaga telah melupakan jenayah yang dilakukannya di India dan juga jenayah memalsukan keterangan diri di Malaysia, apatah lagi berani muncul membuat laporan polis dan mencabar Kamaruddin, disifatkan sebagai tindakan paling bodoh yang pernah dilakukannya.

Dengan salinan pasport India Ansar masih dalam simpanan Kamaruddin, Ansar telah meludah ke langit dengan muncul di Balai Polis Karamungsing dan membuat kenyataan akhbar di Daily Express bersama Baisul Khan.

Apakah Ansar yakin bahawa beliau kebal kerana menjadi ahli UMNO dan pemilih berdaftar sehingga tidak ada siapa yang boleh menggugat kedudukannya dan perniagaannya di Malaysia yang terus menghantar wang balik ke India?

( berita ini di petik dari blog: infodppsa.blogspot.com )

Kes Ladang Gadong Hampir Sama Dengan Kes Ulu Dong.....!!!

"Kes Pembunuhan Jutawan produk komestik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga pengiringnya telah menyingkap kembali kes pembunuhan membabitkan pasangan Mona Fandey dan pembantunya Juraimi Husin 17 tahun lalu atas tuduhan membunuh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Batu Talam, Allahyarham Datuk Idros @ Mohd Mazlan Idris di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Perusa, Ulu Dong, Raub, diantara jam 11 malam 2 Julai hingga 9.30 malam 13 Julai 1993.
(Gambar di atas Mona Fandey pertama kali di bawa ke mahkamah pada 12 Sept 1994)

Ketiga-tiganya dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama seksyen 34 kanun yang sama, yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahannya.

Menjadi artis rakaman

Mona Fandey. Nama Mona Fandey sebenarnya berada di persada seni pada 1987 dengan kemunculan album - Diana I. Album sembilan lagu ini terbitan syarikatnya MFJ Productions Sdn Bhd dan pengedarnya Warnada Music.

Kemewahan dan kekayaan

Pada 1991, Mona menggemparkan dunia seni tanah air apabila keluar berita dengan tajuk - Artis miliki pulau persendirian. Dalam laporan itu Mona mendakwa membeli sebuah pulau di selatan thailand. Fuh kayanya dia. Laporan itu menyebut Mona Fandey dan suaminya, Affendy Abdul Rahman, menjadi artis pertama Malaysia yang memiliki sebuah pulau persendirian seluas 4,800 hektar yang hendak dimajukan sebagai pusat peranginan terbesar di rantau ini.

Mona dilaporkan membeli Pulau Oaks berhampiran Pulau Langkawi, Phuket dan Pattaya, dengan harga RM5.8 juta pada 1990. Mona juga mendakwa gemar mengumpul kereta sehingga beliau dan suaminya memiliki lima BMW dari siri 3 hingga 7, Honda Prelude, Mercedes Benz, Jaguar, Trooper dan beberapa kereta lain

Kes terakhir menggunakan sistem juri…

Kes ini juga mempunyai sejarah tersendiri apabila menjadi perbicaraan terakhir menggunakan khidmat juri di Malaysia. Selepas itu sistem juri dalam membuat keputusan perbicaraan dihapuskan.

Mohd Affendy Abdul Rahman (suami mona)

Juraimi Husin

Kes yang pada awalnya boleh diselesaikan dalam tempoh sebulan berlarutan hingga sembilan bulan. Kes itu didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mokhtar Sidin. Mohd Affendy dan Juraimi ditahan di Penjara Pudu, manakala Mona di Penjara Kajang, sebelum dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh.


Datuk Mazlan (tengah berbaju biru)

Kes itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi Temerloh selepas lapan bulan Hakim Mahkamah Tengah Temerloh, Jalaludin Saleh yang bertindak sebagai majistret dalam siasatan awal kes berkenaan, memerintahkan supaya kes itu dibicara di Mahkamah Tinggi pada 18 Disember 1993. Kes itu dibawa ke Mahkamah Tinggi selepas mendapati keterangan pendakwa mencukupi untuk mendakwa mereka bertiga terhadap tuduhan dengan niat bersama membunuh Mazlan.

Siasatan awal kes itu dijalankan selama 17 hari di Mahkamah Majistret Raub, mulai 26 Oktober 1993. Pendakwaraya hanya memanggil 70 saksi untuk memberi keterangan dalam itu dan menawarkan 86 saksi lain kepada penguambela tertuduh.

Lakaran Senjata Pembunuhan

Rajah bagaimana bahagian badan mangsa dikerat 18 keratan

Dalam siasatan awal juga 295 barang kes, termasuk pelbagai jenis senjata serta barang kemas, dikemukakan kepada mahkamah. Dalam siasatan awal, Mona dan Nor Affendy dibela oleh Gulam Mustapha Nadar Ali Khan sementara Juraimi pula diwakili R V Lingam. Mayat Allahyarham Mazlan dijumpai dalam keadaan terpotong kepada 18 bahagian, tertanam di bawah sebuah stor di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Peruas, Hulu Dong, pada 22 Julai 1993. (Agaknya Kes Pembunuhan Datuk Sosilawati berapa banyak barang kes??)

Kali terakhir Allahyarham Mazlan dilihat ialah pada jam 9.30 malam 2 Julai 1993. Laporan mengenai kehilangan Mazlan dibuat di Balai Polis Raub pada 18 Julai 1993 oleh bekas Ketua Umno Bahagian Raub, Datuk Zuki Kamaluddin, selepas Allahyarham tidak muncul dalam beberapa majlis rasmi di Pahang, sejak 3 Julai 1993.

Pasangan suami isteri itu ditahan di Balai Polis Wangsa Maju, dekat Kuala Lumpur pada 20 Julai 1993 manakala Juraimi ditangkap tiga hari selepas itu.

Bagaimana Datuk Mazlan dibunuh?

Dalam keterangan di Mahkamah Tinggi Temerloh pada 23 November 1994 tertuduh pertama kes ini, Juraimi Husin mengaku menetak leher Datuk Mazlan.

"Saya tetak leher Datuk Mazlan dengan kapak sebanyak tigakali baru kepalanya putus selepas mendapat isyarat tangan daripada Affandi (Mohd Affandi Abdul Rahman)," kata Juraimi dalam keterangan membela diri.Menurutnya, dia kemudian memotong sendi dan melapah kulitserta daging Mazlan setelah mendapat arahan lanjut daripada Affandi.

Bagaimanapun, tertuduh pertama itu tidak dapat ingat berapa bahagian dia memotong tulang dan daging mayat Mazlan.(Perunding Kanan Perubatan Fornsik Hospital Kuala Lumpur, Dr Abdul Rahman Yusof dalam keterangannya memberitahu mahkamah mayat Mazlan dipotong18 bahagian)."Tulang dan daging itu kemudian saya masukkan ke dalam basin danmencurahkannya ke dalam lubang stor rumah yang sudah digali sejak seminggu lalu dan menimbusnya.

"Saya kemudian menyimen lubang itu pada keesokan harinya (3 Julai 1993)," akuan itu ketika disoal peguambelanya, Karam Sigh Bahl.Kejadian itu, menurut Juraimi, dilakukan atas rancangan dan arahan Maznah Ismail atau Mona Fandey (tertuduh ketiga) dan Affandi (kedua) di rumah tidak bernombor di Kampung Peruas,Ulu Dong, Raub, pada 2 Julai 1993.

Pembunuhan itu selesai dalam tempoh kira-kira tiga setengah jam dengan persedian dilakukan seminggu sebelum itu.Juraimi berkata, Mazlan ke rumah itu kira-kira jam 10 malam dengan memandu kereta bernombor pendaftaran CAA 5115 bersama Affandi."Mazlan kemudian diminta menyalin pakaian dan memakai kain saja oleh Mona sebelum masuk ke dalam bilik air."Sebelum itu, Affandi yang membawa dua biji bantal dan selimut sudah berada dalam bilik berkenaan," katanya menceritakan dengan tenang apa yang berlaku sejak mula dia berkenalan dengan pasangan bomoh itu sehingga pembunuhan Mazlan.

Juraimi berkata, Mazlan kemudian diarah berbaring dengan Mona duduk di bahagian kepalanya sambil meletakkan bunga pada dahi mangsa.Katanya, ketika Mazlan baring, Affandi ada berkata: "Datuk (Mazlan) baring, nama ada suara ghaib berkata, duit sebanyak ini akan jatuh."Menurutnya, Affandi yang duduk di sebelah Mona pula menutupmata Mazlan dengan tangannya."Tertuduh kedua itu kemudian memadam lampu dan menyalakan lilin.

Affandi kemudian menutup mata Mazlan dengan tangan sambil berkata kepada saya: "Rong (Gondrong), tetak biar kena tepat, jangan salah tempat, kalau tidakhabislah."Kemudian Affandi memberi isyarat tangan dan saya menetakleher Mazlan," kata Juraimi. Gondrong adalah nama panggilan Juraimi.

Jenazah Mona Selepas di gantung

Jenazah Mona dan Affandi dikebumikan sebelah menyebelah di Tanah Perkuburan Ahli-ahli Kariah Masjid Kajang di Kampung Sungai Kantan, Kajang. jenazah Juraimi pula dikebumikan di kampungnya, Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang, Selangor.

Sumber : Mesin Taip Buruk
----------------

Kronologi pembunuhan Datuk Mazlan

KUALA LUMPUR: Pembunuhan yang dilakukan Mohd Affandi Abdul Rahman dan isterinya, Maznah Ismail atau lebih dikenali sebagai Mona Fandey serta pembantu mereka, Juraimi Husin, dianggap antara jenayah paling kejam di Malaysia.

Walaupun mereka menjalani hukuman gantung hingga mati pada 2001 kerana membunuh Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam, Datuk Mazlan Idris pada 1993, setiap kali jenayah pembunuhan kejam berlaku, nama mereka akan dikaitkan sebagai ‘ala Mona Fandey’.

Ini kerana dalam kes Mona, mayat mangsa dikerat 18 bahagian dan ditemui tertanam dengan simen dalam sebuah stor di belakang rumah didiami pasangan bomoh itu di Kampung Pamah Dong, Ulu Dong, Raub, Pahang.

Antara yang tidak dapat dilupakan ialah ketika membela dirinya di Mahkamah Tinggi Temerloh pada 23 November 1994, Juraimi berkata: “Saya tetak leher Datuk Mazlan dengan kapak tiga kali, baru kepalanya putus selepas mendapat isyarat tangan daripada Affandi.”

Menurut laporan, dia kemudian memotong sendi dan melapah kulit serta daging Mazlan selepas mendapat arahan lanjut daripada Mohd Affandi.

“Tulang dan daging itu saya masukkan ke dalam besen dan mencurahkannya ke lubang stor rumah yang digali sejak seminggu lalu dan menimbusnya. Saya kemudian menyimen lubang itu keesokan harinya (3 Julai 1993),” kata Juraimi.

Berikut adalah kronologi kes pembunuhan itu.

1. Juraimi adalah tertuduh pertama kes itu, manakala Mona tertuduh ketiga dan Mohd Affandi tertuduh kedua. Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 34 kanun sama kerana membunuh Mazlan.

2. Mereka didapati bersalah pada 9 Februari 1995 oleh Mahkamah Tinggi Temerloh dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

3. Pembunuhan dipercayai bermotif wang kerana beberapa jam sebelum Mazlan dikerat, pasangan itu memujuknya mengeluarkan wang tunai hampir RM300,000 daripada beberapa bank dengan alasan boleh menggandakan jumlah itu selepas Mazlan ‘mandi bunga’.

4. Wang itu kemudian digunakan untuk membeli kereta Mercedes Benz 280 dengan harga RM125,000 dan telefon bimbit RM10,500 secara tunai. Mereka juga membeli barangan kemas berjumlah hampir RM40,000 selain peralatan elektrik dan perabot (RM20,000).

5. Mona turut menjalani pembedahan plastik dengan kos lebih RM13,000 pada 15 Julai 1993.

6. 13 Julai 1993: Juraimi ditahan di Balai Polis Dong selepas disyaki menagih dadah dan kemudian ditahan di Balai Polis Raub.

7. 18 Julai 1993: Selepas dua minggu Mazlan gagal dikesan, Umno Bahagian Raub membuat laporan polis di Balai Polis Raub mengenai kehilangannya.

8. 19 Julai 1993: Polis memulakan siasatan kehilangan Mazlan. Juraimi dibawa polis ke rumah di Ulu Dong dan polis menemui pita video, album gambar, keratan akhbar dan sijil saham milik Mazlan.

9. 20 Julai 1993: Kira-kira jam 11.45 malam, Mohd Affandi dan Mona ditahan di sebuah rumah Jalan 2/27C Seksyen 5, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

10. 21 Julai 1993: Mohd Affandi dibawa ke Balai Polis Raub.

11. 23 Julai 1993: Mayat Mazlan dijumpai di sebuah rumah di Kampung Pamah Dong, Ulu Dong, Raub Pahang. Mayatnya yang dipotong 18 bahagian tertanam di bilik stor.

12. 1 Ogos 1993: Rangka tiga beranak ditemui di dua tempat di Terengganu, dikatakan dikerat dan ditanam hampir sama dengan pembunuhan Mazlan.

13. 10 Ogos 1993: Polis mendapat perintah reman terhadap Mohd Affandi, Mona dan Juraimi hingga 16 Ogos bagi membantu siasatan polis berhubung kes pembunuhan seorang wanita, Fatimah Mohamad, 32.

14. 15 Ogos 1993: Polis menjumpai beberapa anggota manusia yang ditanam di kawasan bekas rumah yang pernah didiami pasangan bomoh Mohd Affandi dan Mona di Kampung Nelayan, Teluk Gong, Klang.

15. 17 Ogos 1993: Polis dapat perintah mahkamah supaya pasangan bomoh itu dan Juraimi ditahan di Penjara Pudu dan Kajang.

16. 26 Oktober 1993: Siasatan awal kes pembunuhan Mazlan bermula di Mahkamah Majistret Raub.

17. 18 Disember 1993: Mahkamah Majistret Raub memerintahkan kes itu dibawa ke Mahkamah Tinggi Temerloh untuk perbicaraan atas tuduhan membunuh.

18. 3 September 1994: Mohd Affandi dan Mona dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Temerloh atas tuduhan membunuh Adun Batu Talam, Datuk Mazlan Idris.

19. 12 September 1994: Perbicaraan kes pembunuhan Mazlan bermula di Mahkamah Tinggi Temerloh. Juraimi, Mohd Affandi dan Mona mengaku tidak bersalah atas tuduhan niat bersama membunuh Mazlan.

20. 9 Februari 1995: Mahkamah Tinggi Temerloh menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Mohd Affandi, Mona serta Juraimi kerana bersalah membunuh Mazlan.

21. 10 Februari 1995: Mohd Affandi, Mona dan Juraimi yang didapati bersalah membunuh Datuk Mazlan, dihantar ke Penjara Kajang.

22. Antara 16 Februari 1995 hinga 20 Oktober 1997: Mohd Affandi, Mona dan Juraimi mengemukakan notis rayuan di Mahkamah Tinggi Temerloh dan Mahkamah Rayuan.

23. 24 Oktober 1997: Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Gopal Sri Ram, Datuk Abdul Malek Ahmad dan Datuk Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim menolak rayuan mereka.

24. 2 November 2001: 5.59 pagi, Mona Fandey, Mohd Affandi dan Juraimi digantung serentak di Penjara Kajang.

Di Tipu..Di Bunuh Semuanya Kerana Bertuhankan Harta...!!!


DOKTOR JADI MANGSA SINDIKET TIPU – Berita Hairan

KANGAR: Seorang pengamal perubatan antara 50 mangsa penipuan membabitkan nilai pelaburan dipercayai bernilai lebih RM4 juta menerusi skim dikenali ‘Celcom I Talk-Prabayar’ di sini, dan sekitar Kedah.

Sindiket dipercayai didalangi dua lelaki masing-masing berusia 41 tahun menjanjikan keuntungan 10 peratus terhadap nilai pelaburan dalam tempoh 10 hari hingga menarik minat ramai individu menyertainya.

Mangsa, Dr Hazlimi Salim, 45, berkata beliau melabur hampir RM400,000 menyertai skim terbabit selepas terpedaya dengan keuntungan mudah ditawarkan individu dikenalinya itu pada 2007.

“Saya membuat lapan transaksi pemindahan wang ke dalam akaun bank salah seorang daripada dua individu berkenaan membabitkan jumlah RM385,000. Sebahagian besar wang terbabit saya peroleh menerusi pinjaman bank.
-------------------------------------------------------------
Woitttttt......PADAN MUKA....BUKAN SEMUA DOKTOR ITU CERDIK.....

Woittttt.......PADAN MUKA...BUKAN SEMUA PEGUAM ITU BAIK.....

Kah....Kah.....PADAN MUKA KERANA RAMAI DOKTOR YANG BANGANG.....

Kah....Kah....PADAN MUKA KERANA RAMAI PEGUAM YANG TAMAK....

Kah...Kah....AIMAN TAK KISAH....PADAN MUKA KERANA RAMAI DOKTOR..PEGUAM YANG MEMANG HALOBA...PANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT AKHIRNYA KE TANAH JUA......

Cinta-Mencintai Bukan Boleh Di Paksa-Paksa....!!!

Macam mana pendatang haram dari india ini boleh dapat kad pengenalan dan jadi pengundi....?
Ini mesti ada rasuah...mesti ada taiko yang buat kerja...mesti ada politikus yang merancang...!!!



SEMATKAN MESEJ CINTAI HARI MALAYSIA: RAIS – Berita Hairan

Pengiktirafan Hari Malaysia dan sambutan peringkat kebangsaannya yang julung kali diadakan tahun ini, adalah untuk memastikan sentimen positif bukan saja pada tarikh merdeka iaitu 31 Ogos tetapi juga bagi tarikh 16 September, setiap tahun.

Rais Yatim, berkata mulai tahun ini, penonjolan itu sudah diberi dan sentimen itu harus dikekalkan pada masa depan.

“Ini buat pertama kalinya negara kita menerusi Kerajaan Persekutuan, dengan persetujuan kerajaan negeri mengiktiraf secara rasmi Hari Malaysia disambut pada 16 September...Jadi kita jangan hanya melahirkan sentimen positif terhadap merdeka, 31 Ogos tetapi juga 16 September setiap tahun.

“Tahun akan datang, kita akan olahkan lagi bagaimana kedua-dua tarikh ini menjadi tarikh keramat kenegaraan kita," katanya selepas menyaksikan raptai penuh sambutan Hari Malaysia di Padang Merdeka, dekat sini, malam tadi.
-------------------------------------------------------------
Kah...Kah....NAK SEMAT SEMAT BUAT APA..??

kAH...kAH....NAK BUAT KEJA BANGANG BUAT APA..??

Kah...Kah...16 SEPTEMBER DI SAMBUT KERANA RAKYAT SABAH SUDAH BENGANG....

Kah...Kah....RAKYAT SABAH SUDAH BENGANG SEBAB RAMAI SANGAT PENDATANG HARAM.....

Kah...Kah....KINI DI SABAH PENDATANG HARAM MUNGKIN LEBIH BANYAK DARI WARGA SABAH.....

Kah...Kah....MACAM MANA SEMUA INI BOLEH BERLAKU....??

Kah...Kah....PENDATANG HARAM DI BAWA MASUK UNTUK JADI PEGUNDI BN.....

Kah...Kah....AIMAN TAK KISAH...PADAN MUKA SABAH....BARU TAHU MENYESAL....DULU SABAH YANG TERKAYA DI MALAYSIA...SEKARANG DAH JADI YANG TERBANGKRAP....KAH...KAH...KAH...

Berlagak "Macho" Tapi Bangang....!!!


'Khir Toyo nak tunjuk macho' -MKini

Walaupun berminat, bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo tidak akan dapat merampas kembali kerusi tersebut daripada Tan Sri Khalid Ibrahim, kata setiausaha kanan menteri besar.

"Kalau dia (Dr Mohamad Khir) berminat pun, dia tidak akan dapat. Untuk kelihatan macho dan berlapang dada, dia katalah, dia tidak minat," kata setiausaha politik menteri besar Selangor Faekah Husin kepada TV Selangor.

Semalam, Malaysiakini melaporkan, Ketua Pembangkang Dr Mohamad Khir tidak lagi berminat kembali menjadi menteri besar Selangor sekiranya BN berjaya merampas kembali negeri itu daripada Pakatan,

Sebaliknya beliau menyarankan supaya jawatan berkenaan diserah kepada pemimpin yang lebih layak di kalangan BN, jika berjaya merampas semula negeri itu.

Dr Khir memberi alasan, beliau tidak mahu mewarisi masalah-masalah yang berlaku di negeri itu selepas Pakatan menubuhkan kerajaan di Selangor kerana ia 'sangat teruk' dan tidak dapat dipulihkan dalam jangka masa singkat.

Bercakap kepada saluran televisyen dalam talian kerajaan negeri semalam, Faekah juga berkata label "sangat teruk" yang dinyatakan itu Dr Mohamad Khir itu sepatutnya dituding kepada dirinya sendiri kerana Pakatan baru dua tahun mentadbir negeri itu.

Faekah berkata, agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang dilaksanakan kerajaan Pakatan di Selangor, terpaksa menempuh jalan sukar berikutan masalah-warisan kerajaan BN, khususnya ketika pimpinan Dr Mohd Khir (kiri) sendiri.

Bercakap kepada TV Selangor, Faekah percaya kenyataan Dr Khir itu hanya bertujuan melindungi keinginan sebenar.

"Saya tidak perlu risau pun dia tidak berminat. Dia minat pun, dia tidak akan dapat dengan cara mereka menguruskan Selangor selama 50 tahun ini" katanya yang percaya rakyat Selangor sudah bosan dengan corak kepimpinan Umno-BN.


Nota :

Luahan Khir Toyo tak ubah seperti orang yang perasan...
Awal-awal lagi dah nak test market...
Kut-kut manalah tahu ada orang selangor yang akan buat demonstrasi...
Bawa kain rentang...Kami Nakkan Khir Toyo...Natang...!!!
Tapi yang sedihnya...Mungkin orang selangor akan cakap iaitu...
Lantak kau lah Khir Toyo...Kami pun Tak Ingin Kamu lagi....!!!!
Kah...Kah...Kah....!!!!

Perutusan Hari Malaysia Oleh TG Presiden PAS

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat dalam negara kita bersempena dengan penubuhan sebuah negara yang dinamakan Malaysia pada 16 September 1963 yang lalu.

Sebagaimana yang telah saya nyatakan sebelum ini dalam ucapan saya di Muktamar Agung PAS yang lalu, saya menghuraikan bahawa kita adalah kelompok manusia yang sangat bertuah dan unik, kerana berada dalam negara Malaysia yang mengandungi kepelberbagai etnik, yang berasal dari berbagai bangsa dan datang daripada berbagai negara. Ini pula ditambah dengan kemeriahan etnik yang wujud di Sabah dan Sarawak sejak sekian lama.

Kerencaman ini sekiranya diolah dengan baik akan menjadikan negara kita ini sebagai satu kuasa yang hebat, sebaliknya sebarang kesilapan akan membawa padah yang besar. Inilah yang kita lihat setelah 47 tahun negara Malaysia diwujudkan, dengan kelemahan pimpinan UMNO-BN yang sepatutnya sudah membawa negara tercinta ini berdiri teguh dan mampu untuk menjadi pelindung kepada rakyat.

Asas yang perlu dipertahankan ialah kesemua etnik yang membina negara Malaysia ini perlu dilayan dengan adil dan saksama, kerana Islam menekankan bahawa kecenderungan untuk memperlekehkan orang lain adalah sifat buruk yang mesti dijauhi.

Menceroboh dan menghalang hak seseorang adalah amat bercanggah dengan prinsip keadilan Islam manakala sikap berlaku adil pula adalah merupakan ciri taqwa orang yang beriman. Adalah sesuatu yang janggal apabila seseorang itu mengaku bertaqwa kepada Allah tetapi gagal melaksanakan keadilan yang sebenar.

PAS bukan sahaja akan mempertahankan hubungan baik pelbagai kaum ini dengan berasaskan sikap Islam sebenar yang dinyatakan oleh Al Quran dan ditunjukkan oleh Rasulullah SAW, bahkan PAS komited untuk menjadikan kewujudan pelbagai etnik ini sebagai rempah yang boleh memperkasakan negara Malaysia itu sendiri.

Allah SWT menyeru agar hubungan seumpama ini sentiasa dibentuk sebagaimana firman Nya dalam Surah al Hujuraat ayat 13 yang bermaksud:

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal”

Selamat Hari Malaysia untuk semua rakyat Malaysia.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

16 September 2010 | 7 Syawal 1431 Hijriah

Tipulah Rakyat Selalu...Sebelum Rakyat Tipu Kamu...!!!


Penyelarasan Subsidi : Kenapa Harga Tiket Bas Naik..???- Buletin Online

Kerajaan Umno/ Barisan Nasional memberi jaminan dengan berjanji, penyelarasan subsidi yang berlaku pada 15 Julai lalu tidak membebankan rakyat.

Timbalan Perdana Menteri dipetik media Perdana 16 Julai berlata penyelarasan subsidi ke atas beberapa bahan keperluan termasuk gula dan petrol yang diumumkan oleh kerajaan akan disusuli dengan pemantauan bagi memastikan tidak ada pihak mengambil kesempatan.

Menurut Muhyidin, kenaikan harga beberapa barangan seperti gula dan petrol ekoran pengurangan subsidi masih mampu diserap oleh peniaga.

"Apa-apa tindakan yang diambil kerajaan untuk melaraskan subsidi juga dilihat tidak membebankan rakyat secara keterlaluan kerana sebahagian besar barangan yang dijual masih dikawal oleh kerajaan,” katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Setiu, Terengganu.

Namun 'cakap kosong' dan 'janji politik' pemimpin No;2 Umno itu kini jelas.

Setelah dua bulan berlakunya penyelarasan subsidi, ternyata kerajaan BN benar-benar mendahulukan rakyat, dengan harga hampir semua barang dan perkhidmatan yang diperluan oleh rakyat, meningkat.

Beberapa penumpang perkhidmatan bas ekspres yang ingin menuju ke beberapa destinasi tanah air sempena Aidilfitri baru-baru ini terkejut dengan kenaikan harga tiket antara lima hingga sepuluh peratus bagi setiap perjalanan.

Pengguna, Mohd Danish Fauzi,21 berkata, syarikat pengangkutan awam tersebut telah menaikkan harga tiket sebanyak RM3 berbanding harga biasa.

“Untuk perjalanan ke Kuala Lumpur, harga biasa adalah antara RM33, tetapi sekarang apabila saya beli tiket untuk balik raya, ia naik kepada RM36.

“Kenaikan harga tiket dikatakan untuk menampung kos perkhidmatan, perkara ini tidak sepatutnya dibebankan kepada pengguna,” kata penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun itu.

Noreezah Asyikin Mohd Yehasan, 18, berkata, sebagai anak orang miskin yang terpaksa menampung kos perbelanjaan tinggi ketika belajar di pusat pengajian tinggi, kenaikan sebanyak RM3 itu amat besar bagi mereka.

“RM3 kami sudah boleh makan sepinggan nasi goreng. Jadi, bagi kami yang masih lagi belajar dan segala perbelanjaan ditanggung keluarga, jumlah itu agak besar,” katanya sebagaimana dilaporkan Sinar Harian
----------------------------------------------------------------
Woittt......KALAU CAKAP KERAJAAN MENIPU NANTI MARAH PULAK....

Kah...Kah....KALAU DAPAT SUBSIDI...HARGA MESTI JADI MURAH...

Kah...Kah....TAPI TERBALIK..MAKIN DI BERI SUBSIDI..HARGA JADI MAKIN MAHAL...

Kah...Kah....INI CEDOK DARI TEORI EKONOMI MANA NI...???

Kah...Kah....AIMAN TAK KISAH...KALAU APA-APA YANG BERLAKU...RAKYAT DULU YANG KENA...MAKA DALAM PRU 13..RAKYAT BUKAN BODOH LAGI...KITA LIHAT SIAPA YANG DULU AKAN KENA...!!!!

Pengakuan Musa Hassan Memang Ada Benarnya....!!!!


SIASATAN PEMBUNUHAN SOSILAWATI PERLU DIBERI KEUTAMAAN : PUTERI UMNO – Berita Hairan

Puteri UMNO hari ini meminta siasatan kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya diberi keutamaan supaya semua tertuduh dapat dihadapkan ke mahkamah dengan segera.

Ketuanya, Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata bukan saja jenayah yang dilakukan tertuduh ke atas semua mangsa itu begitu kejam malah suspek utama sebelum ini dipercayai pernah terbabit dalam beberapa kes bunuh.

Justeru, katanya, pihak Peguam Negara diminta menyegerakan pendakwaan terhadap semua tertuduh dan memohon tarikh awal perbicaraan kes ditetapkan secepatnya bagi memastikan mereka yang bersalah akan menerima hukuman setimpal.

"Puteri Umno turut merakamkan rasa sedih dan simpati serta mengutuk jenayah tidak berperikemanusiaan yang dilakukan oleh kumpulan penjenayah tersebut yang dipercayai didalangi seorang peguam bergelar Datuk," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Nota:

Pasal apa pulak kes ini spesial
Kenapa masa altantuya dibunuh
Tak minta siasat cepat cepat...???
Kenapa masa kugan mati kena bunuh
Tak minta siasat cepat cepat...??
Kenapa masa ben hock mati
tak minta siasat cepat cepat...??
Kenapa masa aminulrashid kena tembak
tak minta sisaat cepat cepat....

Woittttt… semasa orang cuba nak bunuh sharifah aini
kenapa tak minta siasat cepat cepat....
sudah 4 tahun tak ada dengar khabar
siapa yang cuba bunuh sharifah aini

Kenapa hanya kutuk pembunuh ini..??
Kenapa tak kutuk pembunuh altantuya...??
Kenapa tak kutuk pembunuh aminulrasheed...??
Kenapa tak kutuk pembunuh kugan...??

Apakah pembunuhan altantuya ada
perikemanusiaan...Kah....Kah....Kah....