Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Apr 28, 2010

Hudud : Pembunuh Mesti Di Bunuh...!!!


Kerajaan Selangor sedia memberi bantuan guaman kepada keluarga Aminulrashid Amzah, 15, yang mati ditembak ketika didakwa cuba merempuh polis pada Isnin lepas, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Katanya khidmat guaman itu akan disediakan jika keluarga remaja itu merasakan perlu mendapat nasihat undang-undang. Beliau berkata demikian selepas menziarahi keluarga Aminulrashid di Seksyen 11 di sini bagi menyerahkan cek bantuan kerajaan negeri berjumlah RM10,000
----------------------------------------------------
Woittt......HUTANG NYAWA MESTI DIBAYAR DENGAN NYAWA...

Kah..Kah...PELURU PISTOL BUKAN PERCUMA...ITU SEMUA DUIT RAKYAT...!!!

Kah...Kah..RAKYAT BAYAR PELURU BUKAN UNTUK BUNUH ORANG SESUKA HATI...

Kah...Kah..INI BUKAN LAPAN SASAR..INI NYAWA ORANG BODOH...!!!

Kah...Kah..TAK MESTI LARI DARI SEKATAN POLIS...ADALAH PENJENAYAH..!!

Kah...Kah...TAK MESTI YANG ADA KAT BUKIT AMAN..ADALAH POLIS...!!!

Kah..Kah....KAT PUTRAJAYA PUN BERSEPAH PENJENAYAH..KENAPA TAK TEMBAK..???

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH...SEJAK DULU TAK MINAT NAK JADI POLIS...

Sesumpah Di Lantik Senator..????

Bekas ketua pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ezam Mohd Nor adalah antara empat orang yang akan dilantik sebagai Senator.

Menurut The Star Online, mereka yang lain termasuk timbalan presiden MIC Datuk G Palanivel, pengerusi eksekutif firma Rahim and Co, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan ketua Wanita Umno Pagoh, Noriah Mahat.

Mereka akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan presiden Senat, Tan Sri Abu Zahar Ujang di Dewan Negara, Isnin depan.
--------------------------------------------------
Kah...Kah....SATU LAGI EPISOD MALANG BAKAL BERLAKU....!!!

Kah...Kah....ELOK JUGA SESUMPAH BERADA DALAM DEWAN...!!!

Kah...Kah....JANGAN LUPA BAWA KOTAK SEKALI MASUK DEWAN...!!!

Kah...Kah....NANTI BILA DEWAN NEGARA BERSIDANG...SUMPAH LAH BANYAK-BANYAK!!!

Kah...Kah....AIMAN TAK KISAH...PERLANTIKAN SENATOR PADA ORANG YANG BENAR-BENAR LAYAK...

Hati-Hati Bila Datang Ke Malaysia...


Peguam Perancis di KL siasat Scorpene

Joseph Breham, seorang daripada anggota perundangan Perancis yang memfailkan aduan di mahkamah di Paris berhubung skandal pembelian kapal selam kepada kerajaan Malaysia dijangka mendarat di Kuala Lumpur hari ini.

Misi Breham adalah untuk mencari maklumat lanjut bagi menyediakan kes berkenaan serta berjumpa dengan pertubuhan hak asasi manusia, Suaram, yang juga adalah anak guamnya dalam kes berkenaan.

Perjanjian pembelian kapal selam yang menelan belanja berbilion dolar itu dimeterai oleh menteri pertahanan ketika itu (2002), Datuk Seri Najib Razak yang kini adalah perdana menteri Malaysia.

Perjanjian itu dikatakan memberi komisyen RM3.7 billion kepada seorang sekutu rapat Najib, Abdul Razak Baginda.

Nilai pembelian itu adalah untuk memperolehi dua kapal selam kelas diesel - yang dibina oleh Armaris, sebuah anak syarikat firma pertahanan gergasi Perancis, DCN (yang dulunya dikenali sebagai Direction des Constructions Navales) dan pemajakan kapal selam ketiga yang sudah bersara yang diusahakan oleh sebuah syarikat usahasama antara DCN dan firma, Sepanyol, Agosta.

Breham, seorang daripada tiga peguam yang memfailkan kes berkenaan dengan pihak pendakwaan Perancis bagi pihak Suaram memberitahu Asia Sentinel bahawa mahkamah Perancis telah membuka siasatan awal dan akan menasihatkan anak guamnya berhubung langkah seterus mereka.

Breham, Renaud Semerdjian dan peguam utama, William Bourdon, memfailkan permohonan bagi menyiasat rasuah dan wang umpanan ke atas DCN pertama kali pada Disember dan memfailkan dokumen tambahan pada Februari lalu.

Kes berkenaan menjadi tajuk utama media di Malaysia berikutan pembunuhan ngeri seorang penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu, pada Oktober 2006 yang juga adalah kekasih Razak Baginda yang mengiringinya ke Perancis berhubung beberapa urusniaga pembelian kapal selam berkenaan.

Altantuya yang juga seorang model dijumpai dalam keadaan berkecai diletupkan dengan bahan peledak milik pihak keselamatan di sebuah hutan di luar Kuala Lumpur.

Dua daripada polis pengawal peribadi Perdana Menteri yang diarahkan menghalang Altantuya oleh ketua staff Najib, Musa Safri telah didapati bersalah oleh makamah dan dijatuhkan hukuman mati.

Namun, Najib, mahupun Musa belum disoal-siasat oleh pihak berkuasa berhubung kes berkenaan.

Walaupun rekod menunjukkan bahawa Najib berada di Perancis pada masa yang sama ketika Altantuya dan Razak Baginda, beliau berulang-kali telah bersumpah kepada Allah bahawa dia tidak mengenali model Mongolia itu.

Sebuah laporan yang difailkan oleh seorang penyiasat persendirian yang diupah oleh Razak Baginda mendakwa Altantuya adalah kekasih pertama Najib.

Selepas Altantuya dibunuh, pihak berkuasa menjumpai sepucuk surat yang mengatakan bahawa wanita itu akan memeras ugut Razak Baginda untuk sejumlah US$500,000, walaupun tujuan wang itu tidak disebut.

Selain kos kapal selam dan juga komisyen yang tinggi, lebih menggemparkan kontrak asal menyebut kapal selam berkenaan tidak mempunyai kelengkapan senjata dan peralatan mengesan. Pihak ketenteraan Malaysia perlu membuat bayaran tambahan €130 juta (RM550 juta) untuk melengkapkan kapal selam itu.

"Adakah ini bermakna, kita membeli besi kosong?" soal seorang pegawai tentera yang tidak mahu dikenali, menerusi email kepada Asia Sentinel.
---------------------------------------------
Kah..Kah....PIHAK IMIGRESIN HARAP DAPAT REKOD WAKTU PEGUAM PERANCIS SAMPAI DAN PULANG..!!!

Kah...Kah...SILA PASTIKAN TIADA TEKANAN DI KENAKAN...

Kah...Kah...PIHAK TENTERA MESTI CHECK BERAPA BAKI "C4" YANG MASIH ADA..!!!

Kah..Kah....PEGUAM PRANCIS DI NASIHATKAN SUPAYA LANTIK PENYIASAT PERSENDIRIAN..!!!

Kah...Kah...JANGAN KELUAR SORANG-SORANG NANTI KENA CULIK...!!!

Kah..Kah....KALAU ADA ROAD BLOCK..JGN LARI NANTI KENA TEMBAK....!!!

Kah..Kah....JANGAN DUDUK TEPI TINGKAP NANTI KENA TOLAK..JATUH..MATI..!!!

Kah..Kah...BILA NAK KELUAR HARAP PESAN PADA KAWAN KEMANA PERGI..SENANG NAK CARI...!!!

Kah..Kah...AIMAN TAK KISAH..HARAPKAN POLIS POLIS PUN BUNUH ORANG...

PERKASA Pengacau Negara...!!!

MCA menyelar presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali kerana mengeluarkan kenyataan yang didakwanya berunsur "perkauman menebal" yang telah menyinggung perasaan kaum Cina.

Naib Presiden MCA Gan Ping Sieu berkata kenyataan ahli Parlimen Pasir Mas itu, yang menggesa kerajaan menangguhkan kelulusan peruntukan dan projek kepada kaum Cina - yang Ibrahim anggap sebagai "tidak berterima kasih" dan "tidak menghargai" - amat dikesali.

"Kenyataan itu juga berunsur hasutan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ibrahim membuat kenyataan itu semalam berikutan keputusan pilihan raya kecil bagi parlimen Hulu Selangor Ahad lalu, yang menunjukkan sokongan kaum Cina terhadap BN semakin berkurangan.
-----------------------------------------------
Kah...Kah....PERKASA MARAH CINA SEBAB TAK SOKONG HINDU...!!!

Kah...Kah....PERKASA SERONOK BILA MELAYU PANGKAH HINDU...!!!

Kah..Kah.....PERKASA TAK UBAH MACAM HERO KAMPUNG JE..!!!

Kah...Kah....PERKASA ELOK TUKAR NAMA JADI PERKASAM...!!

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH..MACAM MANA NAK BELA MELAYU..MELAYU PUN TOLAK PERKASAM....

Stadium Runtuh : Kita Lihat Siapa yang Kena...???

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terenganu telah selesai menjalankan siasatan kejadian bumbung utama Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) yang runtuh pada 2 Jun tahun lepas.

Pengarah SPRM Terengganu, Ahmad Saberi Hussin berkata, kertas siasatan mengenai kejadian itu telah dihantar ke pejabat Pendakwa Raya dua minggu lepas untuk tindakan lanjut.

"Bergantung kepada mereka (Pendakwa Raya) untuk tindakan selanjutnya," kata Ahmad kepada pemberita selepas merasmikan kempen Bersama Lakukan Perubahan, Perangi Rasuah di sini hari ini.


---------------------------------------------------
Kah...Kah.....MALAON MANA YANG AKAN KENA..KITA TUNGGU..!!!

Kah..Kah.....MARI KITA TENGOK SIAPA YANG AKAN JADI KAMBING HITAM...???

Kah...Kah.....MAAF...TIADA PENYINGKIRAN BERLAKU DI AF PADA MINGGU INI...!!!

Kah...Kah.....ADALAH DI MAKLUMKAN BAHAWA..BUMBUNG STADIUM RUNTUH ADALAH DI SEBABKAN OLEH ANGIN LINTANG...!!!

Kah...Kah.....TIADA UNSUR-UNSUR RASUAH WUJUD DALAM PROJEK INI....

Kah...Kah.....MAKA DENGAN ITU DERIH JUSOH DIDAPATI TIDAK BERSALAH...!!!

Kah..Kah.....DEFENDAN KEDUA IAITU JKR JUGA BERSIH DAN BEBAS DARI RASUAH...!!!

Kah...Kah....AIMAN TAK KISAH...SOAL KEBERKATAN JUGA PERLU DI AMBIL KIRA...