Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Mar 8, 2011

Senyum Petang Selasa...!!

Pemberontak Libya Tembak Jatuh Pesawat Sukhoi...!!


RAS LANUF (LIBYA) 7 MAC: Pemberontak Libya dikatakan memperoleh semangat baru apabila berjaya menembak jatuh sebuah pesawat pejuang Sukhoi buatan Russia yang digunakan tentera regim Muammar Gaddafi ketika ketegangan semakin memuncak sejak Jumaat lalu.

Dua mayat juruterbang terbaring di atas pasir di kelilingi serpihan bangkai pesawat dan enjin yang bertaburan. Pesawat pejuang itu terhempas kira-kira satu kilometer dari jalan raya ke Ras Lanuf atau kira-kira 650 kilometer di timur Tripoli.
"Pesawat itu ditembak jatuh oleh pasukan pertahanan udara kami," kata Kolonel Bachir Al Maghreb, salah seorang pemimpun pemberontak di Ras Lanuf, bandar pelabuhan minyak yang kini sedang dipertahankan oleh tentera Gaddafi sejak Jumaat lalu.

Bachir mendakwa salah seorang juruterbang yang maut itu adalah warga Serbia walaupun ada yang mendakwa ia mungkin warga Lebonan atau Syria dan ia menguatkan pendapat bahawa Gaddafi mengupah tentera asing untuk mempertahankan kuasanya.
-AFP-

Isu Tanah Akan Menumbangkan Rejim UMNO Terengganu...!!

PAS mendakwa rakyat Kuala Terengganu sedang marah kepada kerajaan negeri Umno dan Barisan Nasional (BN) yang diketua oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said berkaitan isu pengambilan tanah di beberapa tempat di daerah itu.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Abdul Wahid Endut ketika dihubungi FMT semalam berkata, isu pengambilan tanah itu akan menyebabkan kerajaan negeri akan ditawan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang.

“Rakyat Kuala Terengganu sangat marah kerana kerajaan negeri memindahkan mereka tanpa menyediakan tempat lain sebagai ganti.

“Ke mana mereka hendak tinggal, di mana mereka hendak pergi?,” soal beliau.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tanah beberapa kampung di Kuala Terengganu diambil kerajaan negeri untuk projek pembangunan bandar baru.

Antara kampung terbabit ialah Kampung Pak Pa dan Kampung Panji dan penduduk marah kerana kadar bayaran pampasan yang tidak munasabah.

“Berbeza ketika PAS memerintah pada 1999 hingga 2004, kita sediakan tapak rumah apabila mengambil tanah penduduk,” jelasnya.

Wahid berkata, sebaliknya kerajaan negeri BN tidak menghiraukan suara rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Syed Azman Ahmad Nawawi berkata, isu pengambilan tanah telah menjadi perbualan hangat di sini.

“Orang marah kerana kerajaan negeri secara sesuka hati mengambil tanah rakyat. Isu ini besar kepada penduduk kampung kerana tanah adalah harta paling bernilai,” katanya.

Bagaimanapun, difahamkan pejabat tanah Kuala Terengganu telah menangguhkan pengambilan tanah tersebut.

PGU Ke 2 : Di Jangka Akan Lebih Ramai...!!


KUALA TERENGGANU - PAS negeri Terengganu menjangka lebih ramai akan hadir ke Himpunan Kebangkitan Rakyat, PAS Ganti Umno (Himpunan PGU) kali kedua di bandar Jerteh, Besut pada 19 Mac depan, setelah berjaya buat kali pertamanya diadakan di Chukai, Kemaman pada 15 Januari lalu.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut, Himpunan PGU kedua yang akan di adakan pada hari Sabtu 19 Mac, bermula sejak Jumaat dengan pelbagai aktiviti pemuda, muslimat dan ulamak.

(Gambar - Program Himpunan PGU telah menggugat Umno-BN Terengganu, Wahid menunjukkan risalah fitnah 'DAP ganti PAS' yang disebarkan Umno-BN merata tempat)

Oleh itu, PAS mengajak seluruh lapisan rakyat Terengganu menunjukkan sikap menolak Umno dan Barisan Nasional (Umno-BN), menjelang pilihanraya umum ke-13 akan datang,

Kata Wahid yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Umno-BN mesti ditolak kerana parti tersebut bukan sahaja telah mengkhianati rakyat Terengganu, bahkan turut mengkhianati kerajaan dan menderhaka kepada al-Sultan Terengganu.

"Kita mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat (PAS Ganti Umno) untuk mengajak semua lapisan rakyat Terengganu untuk menolak Umno kerana Umno telah mengkhianati rakyat Terengganu, mengkhianati kerajaan negeri Terengganu dan menderhaka kepada raja, sultan (negeri) Terengganu,"ujar Wahid dalam satu sidang media khas di Pejabat Perhubungan PAS, Rabu 16 Februari.

Menurutnya, tindak tanduk Umno dalam isu royalti minyak yang menggunakan wang tersebut kononnya untuk membina pelbagai infrastruktur telah menyebabkan pelbagai penyelewengan, salahguna kuasa serta rasuah.

Selain Mursyidul Am PAS, Presiden PAS, kata Wahid, Menteri Besar Kedah, Dato' Azizan Razak akan menjadi tetamu khas pada Himpunan PGU kali kedua ini.

Orang ramai yang hadir juga berpeluang melihat calon PAS yang bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Tenang baru-baru ini, Cikgu Normala Sudirman

Rakyat Beri Amaran...Jangan Tipu Pilihanraya...!!


RIBUAN TUNJUK PERASAAN DI PUSAT PENTABIRAN BAHRAIN – BH

Ribuan orang ramai berkumpul di Istana Al-Qudaibiya, tempat anggota Kabinet sedang bermesyuarat bagi menyatakan protes mereka terhadap pentadbiran kerajaan pimpinan Raja Hamad.

Pasukan polis anti rusuhan yang bertopi putih berbaris di depan pintu pagar istana berkenaan untuk menyekat penunjuk perasaan yang berkumpul sambil melaungkan slogan agar Raja Hamad berundur.
"Rakyat mahu regim pemerintahan sekarang berundur," laung mereka di depan istana berkenaan.

RATUSAN SERTAI DEMONSTRASI DI MAGHRIBI – BH

Ratusan rakyat, kebanyakannya golongan muda menyertai perhimpunan prodemokrasi di depan parlimen Maghribi, semalam menuntut pembaharuan dilakukan terhadap pentadbiran undang-undang dan politik perkauman.

Penunjuk perasaan yang dicetuskan menerusi rangkaian media sosial Facebook, disokong oleh aktivis hak asasi berkumpul di tengah Rabat sebelum berara ke bangunan parlimen.
Mereka berkumpulan di Parlimen hanya beberapa minit sambil jari menunjukkan isyarat "V" atau kemenangan sebelum bersurai.

NOTA:

dunia sedang berubah
rakyat tak mahu kena tipu
rakyat tak mahu ditipu di pilihan raya
rakyat sudah bosan dengan kroni
rakyat sudah bosan dengan kelentong
rakyat sudah bosan ada saja pilihanraya kecil – semua kena tipu

rakyat memilih jalan raya!!!

rakyat beri amaran
jangan tipu pilihanraya
rakyat beri amaran
jangan amalkan rasuah
rakyat beri amaran
jangan kayakan anak bini