Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير

Feb 18, 2012

MoU Dengan Parti Komunis China Bukti UMNO Adalah Parti Yang Sesat...!!

PAS : Di Mana Sesatnya....??


1. Dewan Ulama memandang serius terhadap kenyataan YAB Menteri Besar Terengganu iaitu tuduhan PAS sebagai Parti Ajaran Sesat, adalah isu lama yang pernah dibuat oleh pimpinan bilis UMNO dikampung iaitu tukang karut UMNO dan JKKK.

2. Tetapi kali ini dikeluarkan oleh orang No 1 di Negeri Terengganu. Orang yang mencorakkan Parti di peringkat negeri, mencorakkan kerajaan dan rakyat. Maka tidak seharusnya tuduhan ini dibuat.

3. PAS sebuah pertubuhan politik yang berdaftar secara sah di sisi undang-undang Negara.

4. Dasarnya ialah Islam, hukum tertingginya adalah Al Quran dan As Sunnah, Ijma’ dan Qias.

5. Matlamatnya ialah melaksanakan hukum Allah, hukum syariat, bertindak melalui kaedah Amar Ma’ruf dan Nahi Mungkar.

6. PAS memerintah Kelantan lebih 20 tahun. Dimanakah ajaran sesat yang dilaksana dan dirancang oleh PAS.

7. PAS pernah perintah Terengganu selama lebih 4 tahun. PAS telah meminda perlembagaan negeri dengan memperuntukkan Hukum yang tertinggi ialah Al Quran, Sunnah, Ijma’ dan Qias serta telah meluluskan enakman Hudud, Qisas dan Takzir.

8. Ajaran sesat mengikut acuan Allah SWT ialah firman Allah SWT dalam surah Al Ahzab : 36

وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَن يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَن يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلالا مُّبِينًا
“ Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - ( tidaklah harus mereka ) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan Yang jelas nyata.”

Dan firman Allah SWT dalam surah Shad : 26
يَا دَاوُودُ إِنَّا جَعَلْنَاكَ خَلِيفَةً فِي الأَرْضِ فَاحْكُم بَيْنَ النَّاسِ بِالْحَقِّ وَلا تَتَّبِعِ الْهَوَى فَيُضِلَّكَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ إِنَّ الَّذِينَ يَضِلُّونَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ بِمَا نَسُوا يَوْمَ الْحِسَابِ
“ Wahai Daud, Sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan ( hukum syariat ) yang benar ( yang diwahyukan kepadamu ); dan janganlah Engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan ( jalan Allah ) itu.”

1. Ajaran sesat ialah ajaran yang menderhakakan Allah dan Rasul, maka siapakah sebenarnya yang menderhaka?.

2. Siapakah yang sebenarnya melaksanakan peraturan mengikut nafsu dan siapa pula yang melaksanakan peraturan al Quran?.

9. Maka Dewan Ulama menganggap ucapan Menteri Besar itu adalah ucapan seorang yang terdesak dan tidak waras serta merupakan suatu provokasi. Ianya hendaklah ditarik balik dan memohon maaf kepada rakyat secara terbuka.


Dato’ Haji Husain Awang.
Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Terengganu.
23 Rabi’ Awal 1433 / 16 Februari 2012