Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Aug 20, 2010

Melayu Di Cipta Memang Untuk Di Tipu....!!!


ORANG MELAYU AKAN MEREMPAT : NGO - Utusan Meloya

Semua pihak yang telah diamanahkan menjaga kepentingan orang Melayu perlu mengambil serius tindakan meroboh perkampungan Melayu atas alasan pembangunan sehinggakan orang Melayu hilang tempat tinggal dan tanah warisan mereka.

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim berkata, jika tindakan meroboh perkampungan Melayu terus dibiarkan berlaku, orang Melayu akan merempat di negeri sendiri kerana tiada tanah serta tidak mampu membeli rumah.

Tegasnya, GPMS bersetuju dengan sebarang usaha melindungi perkampungan Melayu di seluruh negara terutamanya di Pulau Pinang tetapi pihak berwajib seperti UDA Holdings Berhad dan yayasan-yayasan bumiputera perlu memainkan peranan mereka.

“Cadangan mewartakan kampung Melayu sebagai kampung tradisi juga boleh diterima tetapi situasi di Pulau Pinang berbeza dengan negeri lain memandangkan status tanah milik swasta sedangkan di negeri lain tanah milik peribadi.
----------------------------------------------------
Kah..Kah...BARU SEKARANG MALAON MALAON INI NAK SEDAR.....

Woittt.....GABUNGAN PUNDEK PUNDEK MALAON SEMENANJUNG...BARU TERJAGA......

Woitttt....MANA MALAON INI PERGI BILA KAMPONG CHU BADAK KENA REMBAT 1997.....

Woittttt...MANA MALAON INI HILANG BILA KG. BEREMBANG KENA REMBAT 2004....

Woitttt...MANA MALAON INI HILANG BILA TASEK UTARA 1974 KENA REMBAT.....

Woitttt...MANA MALON INI PERGI BILA KG. PLENTONG KENA REMBAT 2008......

Woitttt...TAK KAN DAH LUPA... BATU FERRINGI DAN TAPAK HOTEL RASA SAYANG ITU ASAL KAMPONG NELAYAN LAAA... NELAYAN MELAYU... SEMUA KENA HALAU...

Kah...Kah...SYUKUR LAAA....BILA PAKATAN MEMERINTAH....KERANA MALAON INI DAPAT BANGUN TIDOOOR....

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH....WALAUPUN DAH TERJAGA...TAPI SAYANGNYA SUDAH TERLAMBAT...MELAYU TETAP AKAN MEREMPAT SAMPAI KIAMAT JIKA UMNO BN TERUS MEMERINTAH....

Satu Lagi Projek Kerajaan BN Tipu Rakyat...!!!


ELAK POLITIKAN ISU PERTAHAN : ZAHID - Utusan Meloya

Menteri Pertahanan, Ahmad Zahid Hamidi berharap semua anggota parlimen dan pemimpin politik tidak mempolitikkan isu pertahanan negara dengan membuat kenyataan-kenyataan yang bercanggah daripada hakikat sebenar.

"Walaupun kita sering berbeza pendapat tetapi biar perkara (kenyataan) yang benar, jangan sampai menjejaskan imej negara terutama yang melibatkan aset pertahanan negara," katanya kepada pemberita di sini.

Ahmad Zahid berkata, demikian semasa mengulas tindakan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) membuat laporan polis di Balai Polis Hulu Kelang pada Selasa terhadap anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan wartawan akhbar Malay Mail, Marhalim Abas berhubung dakwaan kapal selam pertama negara KD Tunku Abdul Rahman tidak boleh menyelam.

Bercakap kepada pemberita selepas berbuka puasa di Masjid Jamek Sungai Keli di sini malam tadi, beliau yang juga Anggota Parlimen Bagan Datoh berkata, mereka yang membuat dakwaan itu kini terdedah kepada tindakan undang-undang kerana membuat kenyataan palsu.

Kenyataan Nurul Izzah yang memburukkan imej pertahanan negara itu dilaporkan akhbarKompas di Indonesia pada 4 Ogos lepas. - BERNAMA
-------------------------------------------------------------
Woitttttt.....KALAU ELAK KAN BINCANG ISU PERTAHAHAN...JAWABNYA JAHANAMLAA NEGARA INI....!!!

Kah...Kah....NANTI ASKAR HANTAR KE KABUL.....MAMPUS KENA TEMBAK TALIBAN....TAK BOLEH BINCANG......

Kah...Kah...RAZAK BAGINDA...BELI KERETA KEBAL DARI BANGLADESH UNTUK BUAT KOTAK SIMPAN BUKU....TAK BOLEH BINCANG.....

Kah...Kah....GENERAL MULA JUAL ENJIN JET....JUGA TAK BOLEH BINCANG....

Kah...Kah....TUKANG MASAK JUAL BERAS SIMPANAN TENTERA....TAPI TAK BOLEH BINCANG....

Woitttt.....APA GUNANYA KITA ADA PARLIMEN...??

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH...KALAU MACAM NI PARLIMEN TAK BERFUNGSI LAH...SEBAB SEMUA BENDA TAK BOLEH TANYA...TAK BOLEH BINCANG.....!!!

Fitnah Adalah Kerja Puak Natang Bewok...!!!

KENYATAAN MEDIA20 OGOS 2010

Kami memandang serius fitnah terbaru yang dimainkan pimpinan Umno untuk menyemarakkan api kebencian di negara ini. Tuduhan yang dilemparkan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang bahawa nama Yang Di Pertuan Agong telah digantikan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Saudara Lim Guan Eng telah terbukti merupakan satu pembohongan semata. Saya sendiri memantau perkembangan tersebut, membaca teks khutbah yang diedarkan dan menerusi rakan-rakan di Pulau Pinang mendapati tuduhan tersebut tidak berasas bahkan ianya merupakan satu fitnah demi laba politik pemerintah yang kian hari kian terdesak.

Pimpinan Umno menerusi akhbar Utusan Malaysia berterusan menggunakan aksi politik perkauman sempit yang usang. Kegagalan pentadbiran Najib memahami nurani rakyat Malaysia keseluruhannya yang mahukan sebuah negara yang kekal aman dan sejahtera dizahirkan oleh kenyataan berunsur fitnah Ahmad Zahid Hamidi tersebut.

Kita yakin usaha pimpinan Umno ini tidak akan berhenti di situ sahaja. Mereka pasti menganyam fitnah yang lain pula demi memecah belahkan muafakat masyarakat di negara ini yang mahu hidup dalam kerukunan dan sejahtera. Mereka menyedari rakyat Malaysia mempunyai keyakinan yang teguh untuk terus beriltizam dengan Perubahan dan demi Malaysia yang Adil. Oleh demikian saya menyeru rakyat Malaysia untuk perteguh keazaman bersama Pakatan Rakyat dan mara mengharungi serangan yang tidak akan kunjung diam dari pimpinan Umno itu. Hanya dengan melakukan Perubahan, politik perkauman sempit akan berjaya dihalang.

ANWAR IBRAHIM
AHLI PARLIMEN PERMATANG PAUH
KETUA PEMBANGKANG MALAYSIA

Mari Kita Belajar Mengeja....!!!



Nota:

Nak tunjuk alim pandai cakap arab
Minta lah bantuan - bukan Ahlan wah sah lam
Ahlan wa sah lan - Bangang....

Bukan bukan rama dahan - tapi bulan ramadan
Nak senang lagi guna bahasa melayu
Orang melayu panggil bulan ini bulan puasa
Senang saje.....

Itulah pasal jangan ambil banyak eee
Nanti jadi parti ketuanan eee
Eeeejaan pun selalu salah

Jangan tunjukkan bangang pada orang ramai
Kalau bangang simpan baik baik jadikan
Harta pusaka sendiri...Kah...Kah...Kah...!!!

Peras Ugut Cara Terhormat.....!!!


SAMAN EKOR UNTUK KUTIP DUIT RAYA – PEMUDA PAS – Harakahdaily

Kedegilan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mahu meneruskan saman ekor sempena perayaan tahun ini biarpun mendapat bantahan rakyat dilihat cubaan memungut 'duit raya' dari rakyat.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasruddin Hassan berkata, alasan Ketua Polis Negara bahawa saman ekor untuk mengurangkan kadar kemalangan adalah bukan satu alasan yang tepat.

Ini kerana menurutnya, sejak saman ekor diperkenalkan, kadar kemalangan jalan raya terutama di musim perayaan sentiasa meningkat dan jikapun menurun hanya pada skala kecil.

"Saman ekor tidak banyak kesan positif pun. Secara logiknya, pemandu tidak akanslow (perlahan) pun sebab tak tahu dia akan disaman ke tidak.

"Lain lah kalau pemandu itu tengok ada sekatan polis di hadapan, baru la mereka perlahankan kenderaan, bila perlahan baru lah boleh elak kemalangan," katanya kepada Harakahdaily.
-----------------------------------------------------------------
woittttt...INI BARU BETUL.....

Woitttt....INI BARU NAMA PEMUDA...BERANI & TIDAK PONDAN....

Kah..Kah...GAJI POLIS KECIL....KOS SARA HIDUP MAHAL....

Kah...Kah..TERPAKSALAH BUKA SATU INDUSTRI BARU....

Woitttt.....SAMAN EKOR & ROAD BLOK ADALAH INDUSTRI..

Kah....Kah...ROAD BLOK ADALAH BBU UNTUK MEMERANGKAP DUIT MASUK..

Woittt....SAMAN EKOR… INI INDUSTRI YANG BARU MULA NAK BERKEMBANG.....

Kah...Kah...TANPA SAMAN EKOR....PENDAPATAN NEGARA TURUN....

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH...UMNO SEPATUTNYA KELUARKAN SEPANDUK...KAMI SOKONG SAMA EKOR...KAMI SOKONG POLIS...!!!

UMNO Bukan Saja Buta Mata Hati Malah Turut Buta Celik.....!!!


"Apa sudah jadi dengan ADUN Sungai Rapat si Midah tu? Mula sekali saya ingin menguicapkan syabas dan tahniah kerana telah berjaya menghimpunkan beribu-ribu orang untuk datang menyertai ‘roadshow’ tajaannya baru-baru ini. Kini si Midah telah pergi berombongan ke balai polis Gunung Rapat untuk buat aduan terhadap Radzi Bin Zainon (Bekas Calon Pakatan Rakyat Sungai Rapat), yang ikut katanya telah menyalahgunakan Pusat Khidmat DUN Sungai Rapat untuk memungut zakat/derma.

Midah mengadu bahawa surat yang diedarkan oleh Radzi itu menggunakan nama pusat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Rapat dan menggunakan lambang kerajaan Negeri Perak, dan ini akan mengelirukan penduduk setempat .

Ikut katanya lagi, Radhi telah menggunakan alamat pusat Khidmat Masyarakat berkenaan berhampiran dengan alamat pusat khidmat saya iaitu di Lapangan Terbang, Medan Gopeng,Ipoh , dan ini merupakan satu penyamaraan yang serius.

Bila pula Radhi Zainon cuba menyamar sebagai ‘Penyelia’ Pusat Khidmat Masyarakat siMidah tu?Ha! Ha! Ha!...

Hanya mereka yang lahir diluar nikah tidak nampak .....

Terang dan jelas terpampang di kepala surat edaran tersebut tulisan “PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT (PR) DUN SUNGAI RAPAT”. Apakah siMidah dan barua-baruanya tidak nampak?

Kalau ikut ramalan Tok Nujum Pak Belalang, hanya mereka yang lahir diluar nikah sahaja yang tidak nampak …..Anda semua tentu nampak perkataan "(PR)" kerana anda bukan spesis 'anak luar nikah' seperti mana kata Tok nujum Pak Belalang; bukan saya yang kata, Tok Nujum Pak Belalang yang kata....

Saudara Radhi ketika dihubungi menyatakan bahawa, “PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT (PR) DUN SUNGAI RAPAT telah lama diwujudkan iaitu sejak 2008 lagi dan memang telah menggunakan alamat yang sama hingga kehari ini.”

“Hamidah hanya baru 2-3 bulan sahaja membuka pejabatnya dibangunan yang sama dan dia sepatutnya menggunakan nama PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT ADUN SUNGAI RAPAT

-Sumber : Tranung kite

Nota :

Kita selalu doakan agar Allah menjaga penglihatan kita supaya sentiasa berkeadaan baik....
Kita juga mintak supaya Allah turut terang kan mata hati kita...
Tapi malang sungguh bagi UMNO bukan setakat hatinya yang dah buta...
Malah matanya juga buta tapi yang peliknya ia masih celik....
Kah...Kah...Kah....!!!

Impian Yang Nyata Untuk 1 Malaysia.....!!!

Pendapatan RM4,000 jika Pakatan kuasai Putrajaya -MKini

Kongsi 0Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sasaran Pakatan Rakyat adalah supaya setiap isu rumah menikmati pendapatan RM4,000 dalam tempoh lima tahun apabila gabungan pembangkang mengambil-alih pentadbiran kerajaan pusat.

"Cadangan polisi ini akan dikemukakan ke majlis pimpinan Pakatan untuk perbincangan lanjut,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya.


Katanya, walaupun pertumbuhan negara pada kadar 8.9 peratus pada suku kedua yang diumumkan semalam boleh dibanggakan, namun hakikatnya, masih terdapat 2.4 juta keluarga atau 40 peratus daripada mereka yang berpendapatan kurang RM2,300 sebulan.

Menurutnya lagi empat juta keluarga akan terus berdepan dengan kenaikan kos sara hidup melainkan mereka berusaha meningkatkan pendapatan dengan kadar segera.

Cadangan RM4,000 itu diputuskan berdasarkan kajian yang dijalankan mengenai kadar sewa dan kos taraf hidup. Ia anggap tahap yang selesa bagi kebanyakan isi rumah.

Selain itu menurut Anwar, PKR akan mencadangkan kepada rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat untuk melaksanakan beberapa pendekatan yang berupaya untuk melonjakkan kadar upah di negara ini demi mencapai kadar minimum pendapatan isi rumah tersebut.

Di antara dasar tersebut ialah iltizam untuk memerangi ketirisan serta rasuah, melakukan reform terhadap sistem kehakiman serta institusi awam lainnya di samping mengembalikan kredibiliti, ketelusan dan pertanggungjawaban untuk menarik pelaburan asing secara langsung (FDI).

Nota :

Ini satu jaminan yang berani dan penuh dengan komitmen....
Selamat Tinggal kepada kemiskinan....
Ini baru betul rakyat berpendapatan tinggi...
Selamat tinggal Jambatan....
Selamat Tinggal rumah kotak...
Selamat tinggal tempat buang sampah....
Selamat Jalan UMNO dan sekutunya...
Pergilah jauh-jauh...jangan ganggu kami lagi...
kami rakyat malaysia sedang bahagia dengan PR...
Kah...Kah...Kah....!!!!

Lidah Si Celaka....!!!


'Liwat' di Twitter, Ezam diheret ke JAWI-MKini

Gara-gara tulisannya di laman Twitter, Ezam Mohd Nor kini diheret ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) atas tuduhan membuat tuduhan qazaf terhadap bekas bosnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Aduan tersebut dikemukakan oleh Ketua Pemuda PKR (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin - regu lama Ezam dalam sayap parti itu - kepada bahagian penguatkuasaan JAWI pada jam 2 petang tadi.

"Kita percaya, ini adalah laporan pertama melibatkan Twitter dikemukakan kepada JAWI," kata Shamsul (kanan) pagi tadi.

Beliau yang juga pengerusi PKR Melaka berkata, aduan tersebut dibuat berdasarkan beberapa tulisan Ezam di laman blog mikro itu, antaranya:

"Saya juga telah lihat betapa jijiknya kerana kuasa politik seorang isteri sanggup biarkan suaminya fitnah orang untuk tutup perangai kejinya yang meliwat."

Menurut seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997, "mana-mana orang yang menuduh orang lain melakukan zina (atau liwat) tanpa mengemukakan, mengikut hukum syarak, empat orang saksi lelaki atau ikrar orang yang dituduh itu adalah melakukan suatu kesalahan."

Nota :

Dosa memfitnah adalah lebih daripada membunuh...
Bila terdesak ...yang haram pun di langgar...
Kalau nak tunjuk hebat pun...janganlah sampai memfitnah...

Renungan Untuk Ahli Parti Melayu Sebelum Bersahor ...!!!


RAJA TIKUS & DASAR EKONOMI BARU

Liew Kee Sin, Pengerusi SP Setia Berhad telah menyediakan statistik yang menunjukkan ahli perniagaan Cina telah maju dan berkembang di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB). Beliau berkata, golongan Cina telah menguasai kekayaan 73% yang tersenarai dalam barisan 40 rakyat Malaysia yang terkaya dan menduduki 8 daripada 10 orang terkaya di Malaysia. Semua orang tahu siapa mereka. Mereka bukan sahaja antara yang terkaya di Malaysia, tetapi juga di dunia.

Semua orang tahu bagaimana mereka mencipta kekayaan sepanjang tempoh 40 tahun yang lepas. Aduan selama ini bukan berkisar sekitar soal bahawa Cina, India, Sikh, Kadazan, Dusun, Iban dan bukan Bumiputera lain turut bersama mencipta peluang kekayaan di bawah Dasar Ekonomi Baru. Biarpun di negara yang diperintah oleh rejim yang paling menekan rakyat, memang akan wujud golongan yang berjaya.

Terdapat aduan bahawa penyalahgunaan DEB telah mengakibatkan rakyat telah dinafikan hak mereka sebagai warga yang bermaruah. Sedangkan semua orang tanpa mengira kaum, agama adalah tertakluk sebagai warganegara dan mempunyai kesaksamaan dalam meningkatkan taraf hidup untuk diri dan keluarga.

Rakyat Malaysia adalah tertakluk untuk menikmati kehidupan dengan penuh bermaruah. Tidak perlu untuk bergelut seperti Raja Tikus dalam novel John Clavell yang memaksa kita untuk melakukan rasuah dan terlibat dalam pasaran gelap semata-mata untuk hidup dalam kem tahanan perang Jepun.

Raja Tikus, seperti lelaki lain telah menjadi satu kuasa kuat dalam penjara dengan menjadi orang yang paling berjaya menerusi rasuah dan pasaran gelap. Tentera Jepun hanya memberi tahanan sebuah tempat tinggal yang kecil dan makanan yang terhad. Semua pegawai hanya memakai cebisan pakaian buruk dan diberi layanan yang tidak berperikemanusiaaan. Bahkan pegawai kanan terpaksa mendekati Raja Tikus untuk menjual barang-barang bernilai demi mendapatkan makanan.

Raja Tikus bergelut dengan keadaan penjara yang cukup zalim. Penyalahgunaan dan kegagalan DEB sepertimana yang didakwa oleh Nazir Razak telah mencipta satu keadaan yang serupa dalam kisah Raja Tikus.

Pelaksanaan DEB oleh kerajaan telah memberikan kuasa yang besar kepada para pegawainya untuk meluluskan lesen, permit dan segala bentuk intervensi dalam akitiviti ekonomi.

Dengan memiliki kuasa sebesar itu, peluang itu digunakan oleh pegawai-pegawai untuk mendapatkan bayaran dari pemilik perniagaan besar sehinggalah peniaga jalanan untuk mendapatkan kelulusan permit dan lesen. Penjaja dan peniaga jalanaan membuat bayaran bawah kaunter untuk mendapatkan lesen.

Peniaga besar terpaksa membayar sejumlah wang besar untuk berniaga. Inilah yang timbulkan persepsi rasuah dan sebagainya. Bagaimana anda dapat mencari nafkah di negara yang berada pada tangga 56 dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparensi International (TI))?

Rakyat Malaysia tidak harus dimalukan sebegitu.

Liew minta Peniaga Cina bekerjasama dengan rakan kongsi Melayu. Ini telah diwujudkan di bawah nama DEB. Mereka yang celik pandai tidak perlu menunggu seruan Liew. Kebanyakan kontrak yang diberikan kepada Melayu telah disubkontrakkan kepada kontraktor Cina.

Kontrak Kelas F yang diberikan khasnya kepada Bumiputera dianugerahkan mengikut citarasa pegawai kerajaan ataupun Yang Dipertua Bandar dan bukan melalui cara bidaan terbuka. Sistem Ali Baba ini diwujudkan atas nama suci memberikan kontrak, lesen dan permit kepada peniaga Melayu untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka.

Selepas 40 tahun dan berbilion ringgit dibelanjakan, 82% di luar bandar dan 62% di bandar yang miskin masih merupakan golongan Melayu. Selagi majoriti Melayu masih berada dalam keadaan miskin, PERKASA dan ekstremis akan menuntut bahawa DEB masih perlu diteruskan. DEB (NEP -New Economic Policy) kemudian akan digelar Never Ending Policy, ataupun dasar yang tidak ada penamatannya.

Kita tidak boleh menuduh kontraktor Cina dan bukan bumiputera yang mengambil alih kerja sebagai subkontraktor dalam lapisan kedua, ketiga mahupun keempat. Mereka juga perlu mencari sesuap nasi. Mereka juga mempunyai keperluan. Kebanyakan subkontraktor tidak mendapat bayaran atas kerja yang telah dibuat.

Dalam banyak kejadian, kontraktor di atas telah menyapu kesemua bayaran dan tidak tinggalkan apa-apa kepada subkontrator. Saya kenal ramai subkontraktor Cina dan bukan Bumiputera yang bankrup akibat kejadian sedemikian. Kenapakah subkontraktor ini terpaksa hidup sebegini? Jika kontraktor kelas F dianugerahkan berdasarkan keperluan dan bukan kaum, kebanyakan kesengsaraan dan kepahitan akan dapat dielakkan.

Liew telah menunjukkan beberapa contoh bagaimana Peniaga Cina dapat mengaut keuntungan luar biasa walaupun di bawah DEB. Walau bagaimanapun, disebabkan penyekatan DEB terutamanya di bawah Akta Penyelarasan Industri dan bidang ekonomi utama, peniagaan Cina bukan lagi kuasa penting dalam bidang perkilangan. Mereka juga bukan lagi pemilik bagi beberapa syarikat bank dan kewangan seperti berlaku pada tahun 1970-an.

Pada tahun 1980-an, Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian China Malaysia telah membuat aduan bahawa jika pelabur asing diberikan pengecualian daripada penetapan penyertaan ekuiti bumiputera ke atas syarikat mereka, kenapakah syarikat Cina terpaksa menanggung obligasi tersebut. Aduan tersebut tidak mendapat sambutan dari mana-mana pihak.

Akibat yang seterusnya adalah penggabungan antara usahawan Cina dengan Melayu berpengaruh dalam politik ataupun bekas anggota kerajaan (termasuk angkatan tentera).

Ini bukan merupakan objektif DEB. DEB bermatlamat menjadikannya pemangkin bagi mewujudkan usahawan Melayu dan Cina secara saksama sesama mereka. Matlamat BEB bukan untuk mewujudkan gabungan politik dan perniagaan, sebaliknya untuk memantapkan kekuatan ekonomi syarikat-syarikat di Malaysia.

Dalam jangka masa panjang, suasana ini menjadi kurang sihat untuk perniagaan ataupun persekitaran ekonomi sosial.

Liew berkata bahawa perniagaan adalah untuk keuntungan dan bukan politik. Tujuan perniaga adalah untuk mengaut keuntungan. Apabila kapten British membebaskan banduan dari penjara dan bertemu dengan King Rat, beliau bertanya kenapakah King Rat boleh berada dalam keadaan dan tahap kesihatan yang lebih baik daripada mereka yang tidak berbaju, kurus kering dan sakit. King Rat berkata tidak ada masalah menjadi juara dalam keadaan sebegitu.

Balas Kapten Inggeris itu, ia tidak membahayakan sekiranya ia tidak mengorbankan kepentingan orang lain. Begitu juga, tidak ada salahnya untuk meneruskan NEP sekiranya ia tidak mengorbankan kepentingan orang lain. Hakikatnya kos dan beban terlalu tinggi dan tidak setanding dengan keuntungan.

Satu contoh biasa sudah memadai untuk menggambarkan hal ini. Dalam DEB antara tahun 1995 dan 2000, Rancangan Malaysia Ketujuh bahagian pembangunan pendidikan dasar telah memperuntukkan 96.5% untuk sekolah rendah kebangsaan di mana jumlah keseluruhan persekitarannya hanya mencakupi 75%.

Sekolah Rendah Cina yang mempunyai jumlah keseluruhan pengambilan 21% hanya diperuntukkan 2.4%, manakala sekolah-sekolah Tamil yang hanya mencakupi 3.6% daripada keseluruhan pengambilan telah diperuntukkan 1% daripada keseluruhan belanjawan.

Meskipun dengan pengumuman kerajaan berkaitan pengurangan kebergantungan kepada kuota bangsa untuk memasuki universiti pada tahun 2004, 128 pelajar yang memperolehi 5A telah ditolak permohonan pertama mereka dalam bidang perubatan. Permasalahan yang dihadapi mereka ialah hakikat bahawa mereka bukan bumiputra.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mukhriz Mahathir bercakap di Dewan Negara pada 27 Julai 2010 bahawa Bank SME bermula 2006 sehingga Jun tahun ini menyatakan bahawa sejumlah RM9.8 bilion pinjaman yang melibatkan 5.447 aplikasi dan beberapa lagi program lain adalah 90% daripadanya penerima manfaat bumiputra IKS (Industri Kecil dan Sederhana).

Menurut Profesor Chin Yew Sin, Pengerusi Jawatankuasa Penyelidikan, Bahagian Pemuda Persekutuan Cina Malaysia, masih terdapat sekitar 519,000 PKS di Malaysia dan mereka masih belum menerima sebarang pinjaman dari Bank SME.

Kesan DEB kepada warga Malaysia adalah ribuan anak-anak sekolah rendah yang memiliki bakat dan potensi yang cemerlang tidak mendapat peluang, bahkan tidak menyedari bakat dan kelebihan diri yang mereka miliki. Pengusaha-pengusaha industri kecil dan sederhana juga berhadapan dengan permasalahan kewangan oleh sebab konflik perbezaan bangsa.

Seluruh dunia telah mengakui bahawa ketidaksetaraan dalam sesebuah negara dan antara negara akan menyebabkan kemiskinan dan taraf hidup yang rendah. Sesebuah sistem sosial yang menekankan keadilan dan kesamarataan sosial sahaja mampu mencapai keadilan dalam pengagihan kekayaan dan peluang di antara semua orang. NEP tidak akan mampu membawa Malaysia keluar dari belenggu permasalahan sosio-ekonomi yang sedang kita hadapi sekian lama.

Seperti dalam novel, di mana Raja Tikus menjadi kuat dalam persekitaran yang memberikan penghargaan licik, kemenangan dan kekuatan, ia pada akhirnya menjadi makanan untuk orang kuat, Malaysia tidak boleh mempertahankan pembangunan di persekitaran di mana pembastaran (bastardisation) dari DEB ganjaran yang cerdik dan jujur.

Bangsa ini hanya boleh menjadi makmur apabila integriti, etika dan urus tadbir pemerintahan yang baik dipraktikkan. Beberapa pengusaha Cina Malaysia yang telah berkembang pesat di bawah cengkaman halangan persekitaran kini tidak akan dapat membenarkan DEB diamalkan secara berterusan dan kerugian ekonomi dan sosial ini akan terus dideritai oleh semua orang yang lain.

Nota :

Tulisan William Leong Jee Keen selaku Ahli Parlimen Selayang, Selangor, merangkap Bendahari Agung PKR diterbitkan dalam Merdeka Review