Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jun 18, 2011

PAS Kelantan Buat Perubahaan Besar....!!


Badan Perhubungan PAS Kelantan hari ini membuat rombakan besar dengan menampilkan muka-muka baru bagi memantapkan lagi organisasi parti itu.

Walaupun, tiga jawatan timbalan pesuruhjaya PAS dikekalkan, namun Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Pesuruhjaya PAS Kelantan menukar ADUN Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim sebagai Setiausaha PAS negeri dengan ADUN Pulai Chondong, Zulkifli Mamat.

Tiga timbalan yang dikekalkan itu adalah Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yacob, anggota exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa (kiri) dan exco Mohd Amar Nik Abdulllah (kanan).

Nik Aziz juga mengumumkan ADUN Pengkalan Pasir, Hanifa Ahmad dilantik sebagai Bendahari PAS negeri yang baru bagi menggantikan Datuk Anuar Tan Abdullah.

Bagi jawatan Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, beliau memilih setiausaha politiknya, Wan Nik Wan Yussof yang juga seorang sarjana sains politik bagi menggantikan ADUN Bukit Tuku, Abdul Fatah Harun (kiri).

Jawatan Ketua Penerangan tidak berubah - Dr Mohamad Fadzli Hassan kekal selepas dilantik tahun lalu.

Mesyuarat Perhubungan PAS negeri yang pertama kali bermesyuarat selepas muktamar parti itu juga melantik tujuh ahli jawatankuasa baru iaitu Ahmad Fadhli Shaari (Setiausaha Akhbar Menteri Besar), Datuk Takiyuddin Hassan (Exco), Datuk Anuar Tan (Exco), Hisham Fauzi (peguam), Senator Mumtaz Mohd Nawi, Hussin Embong (AJK PAS Gua Musang) dan Datuk Dr Johari Mat (ahli akademik).

Ditanya mengenai pilihan raya umum ke-13, Nik Aziz mengulangi pendiriannya untuk mempertahankan kerusi DUN Chempaka jika kesihatannya mengizinkan.

"Kalau saya sihat, tenaga saya ada, InsyaAllah (akan bertanding)," katanya.

Tiga Doktor dalam Kabinet Baru PAS Terengganu.


KUALA TERENGGANU - Badan Perhubungan PAS negeri Terengganu membariskan 3 orangberkelulusan 'doktor' dalam kabinet baru yang disifatkan sebagai 'kabinet pilihanraya'.

Haji Mohd Abdul Wahid Endut dalam sidang medianya sebagai Pesuruhjaya yang baru dilantik, mengumumkan perkara tersebt.

Dibawah adalah senarai penuh 'kabinet' baru PAS Terengganu;

Pesuruhjaya - YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut
Timb. Pesuruhjaya 1 - Ustaz Satiful Bahri Mamat
Timb. Pesuruhjaya 2 - Haji Muhyiddin Abdul Rashid
Timb. Pesuruhjaya 3 - YB Dr. Alias Razak
Setiausaha - Haji Yahya Ali
Pen. Setiausaha 1 - Ustaz Kamaruddin Yunus
Pen. Setiausaha 2 - Haji Hanafiah Mat
Pen. Setiausaha 3 - Ustaz Zakaria Dagang
Bendahari - Mohd Shukrimun Shamsuddin
Ketua Penerangan - Ustaz Nik Zawawi Nik Salleh
Pengarah Pilihanraya - Ariffin Deraman
Ahli-ahli Jawatankuasa ;
1. Dato' Ustaz Abu Bakar Chik
2. Haji Hussin ismail
3. Abdul Harris Malik
4. Ustaz Harun Jusoh
5. Dr. Mohd Khazani Abdullah
6. Dr Azman Ibrahim
7. Hajjah Zarani Othman
*Semua YDP PAS Kawasan adalah Ahli Jawatankuasa

Macam-Macam Cara Kalau Nak Menipu....!!


SYARIKAT PEROLEH KONTRAK FACEBOOK RM1.8 JUTA TIADA LAMAN WEB – keadilan daily

Syarikat Impact Creations Sdn Bhd yang dikatakan memperolehi kontrak RM1.8 juta untuk mengendalikan laman Facebook Kementerian Pelancongan didapati tidak mempunyai laman web sendiri yang sempurna.

Tinjauan KeadilanDaily.com mendapati syarikat tersebut sekadar meletakkan pengumuman bahawa laman webnya ‘akan datang’ tidak lama lagi.

Impact Creations sebelum ini didapati menggunakan khidmat seorang ‘konsultan’, Juni Ewe untuk mendapatkan kontrak RM1.8 juta bagi mengendalikan enam laman web Kementerian Pelancongan. Juni Ewe merupakan kawan baik kepada Menteri Pelancongan, Ng Yen Yen.

Exco Pelancongan Selangor, Elizabeth Wong hari ini menggesa Ketua Audit Negara untuk menyiasat pemberian kontrak itu yang terlalu besar jumlahnya untuk sekadar mengendalikan laman Facebook Kementerian Pelancongan.

Nota:

mustahil anjing akan menggigit tangan tuanya
bukankah cukong tempat BN cari modal
Kah...Kah...Kah...

Jangan Nak Kencing Rakyat Lagi....!!


HISHAMUDDIN , KHAIRY MAIN WAYANG UNTUK GAGAL HIMPUNAN BERSIH : AMK – keadilan daily

Perbalahan Hishamuddin Hussein dan Khairy Jamaluddin berhubung perhimpunan sayap parti itu disifatkan sebagai wayang semata-mata.

Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Azmizam Zaman Huri berkata, apa pun sebabnya, ia bertujuan untuk menggagalkan perhimpunan Bersih 2.0 yang bakal diadakan di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini.

“Ini semuanya wayang, sebenarnya tujuannya hanya untuk menghalang perhimpunan Bersih.

“Konon-kononnya nanti Pemuda Umno tidak akan diberikan permit. Jadi mereka akan kata tidak ada sebab untuk mengeluarkan permit kepada Bersih.

“Sebenarnya kita sedia maklum tentang perkara ini. Ia bertujuan untuk menakutkan-nakutkan peserta dan rakyat yang akan menyertai Perhimpunan Bersih 9 Julai nanti,” katanya kepada Keadilandaily.com.

Khairy dalam laporan media hari ini menegaskan akan tetap mengadakan perhimpunan Pemuda Umno, pada tarikh dan tempat yang sama perhimpunan Bersih diadakan.

Katanya, Pergerakan Pemuda Umno tidak gentar dengan ancaman Hishamuddin yang memberi amaran supaya bersedia menerima padah jika meneruskan perhimpunan itu.
Beliau dilapor berkata, Hishamuddin yang juga bekas Ketua Pemuda Umno boleh memberi amaran tetapi sayap Umno itu akan tetap meneruskan rancangannya, walau apa pun berlaku.

Nota:

memang ada niat nak buat huru
memang ada niat nak buat hara
tapi dah terlambat
orang ramai telah sedar
tak ada orang ambil pot

dalam surat khabar china
dilporkan menantau ayah
nak bawak 500 ribu penyokong
dalam akhar melayu berita ini tidak dilapor
mana nak raba 500 ribu
nak dapat 50 orang pun perit
kah kah kah

Kenyataan Media...!!

JABATAN UNDANG-UNDANG DAN HAK ASASI MANUSIA (JUHAM)
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

POLIS JANGAN UGUT RAKYAT


Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) Dewan Pemuda PAS Malaysia menyelar kenyataanTimbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar pada 15 Jun 2011 bahawa pihak polis akan mengambil tindakan termasuk membuat tangkapan pencegahan sekiranya perlu, sebelum dan semasa perhimpunan BERSIH yang dijadual berlangsung pada 9 Julai depan.

Kenyataan itu tidak mencerminkan bahawa Timbalan Ketua Polis Negara memahami Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak warganegara untuk berhimpun secara aman. Kami amat simpati dengan rakyat Malaysia kerana mempunyai seorang Timbalan Ketua Polis Negara yang buta undang-undang dan tidak memahami hak asasi rakyat yang sangat fundamental dalam sebuah Negara demokrasi.

Tindakan menangkap berbentuk pencegahan (pre-emptive) untuk satu kesalahan yang belum lagi berlaku jelas menyalahi prinsip asas perundangan jenayah dan hak asasi manusia. Adakah kenyataan ini bermaksud pihak polis ingin menghalalkan penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri bagi menangkap orang yang tidak bersalah ? Tindakan penangkapan seperti ini tidak syak lagi adalah satu salah guna kuasa (abuse) yang sangat jelas oleh pihak eksekutif dan sekutunya.

JUHAM juga melihat kenyataan tersebut sebagai suatu ugutan yang tidak wajar dilakukan oleh Timbalan Ketua Polis Negara yang mewakili pasukan polis selaku penjaga kepentingan awam (guardian of public interest). Pihak yang ingin berhimpun secara aman mempunyai hak untuk berhimpun secara aman dan sekiranya berlaku apa-apa kemudaratan awam atau kesalahan jenayah, maka barulah pihak polis menyuraikannya selaras dengan Seksyen 27 Akta Polis 1967. Sehingga perkara sebegitu berlaku, tindakan menghalang ini adalah satu salahguna kuasa pihak polis ke atas hak yang telah dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan. Seksyen 27 Akta Polis tersebut bertujuan untuk mengawal dan menjaga ketenteraman sewaktu perhimpunan berlangsung dan bukannya digunakan untuk menghalang hak rakyat dari berhimpun!

JUHAM menggesa pihak polis meneruskan tanggungjawab selaku penguatkuasa undang-undang dan mematuhi kuasa dan tanggungjawab yang diperuntukkan melalui Seksyen 20(1), Bahagian VII Akta Polis 1967 yang menyatakan bahawa :

"Tiap-tiap pegawai polis hendaklah melaksanakan tugas-tugas dan menjalankan kuasa-kuasa yang dipertanggungkan atau DIBERIKAN OLEH UNDANG-UNDANG ke atas atau kepada seorang pegawai polis, ..."

Perlaksanaan tugasan dan tanggungjawab pihak polis DENGAN MEMATUHI UNDANG-UNDANG dan menggunakan budibicara yang adil untuk kesemua pihak tanpa amalan "double standard" akan mengembalikan kepercayaan rakyat kepada institusi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Oleh itu, JUHAM menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk mempertahankan hak berhimpun dan berkumpul secara aman sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan konvensyen undang-undang serta amalan hak asasi manusia sejagat.

JUHAM juga berikrar akan mempertahankan hak ini dan bersedia untuk memberikan khidmat perundangan kepada mangsa-mangsa tangkapan polis yang dibuat secara tidak sah. Kami akan memberikan “legal representation” kepada mereka yang terlibat seawal dari tangkapan dibuat sehinggalah ke peringkat rayuan di mahkamah tertinggi dengan segala kos guaman ditanggung sepenuhnya. Ayuh, rakyat Malaysia, bangkitlah dan pertahankan hak kita sebagai warganegara Malaysia tanpa rasa takut dan gentar !!!
Sekian,

AHMAD ZAMRI BIN ASA’AD KHUZAIMI
Pengarah
Jabatan Undang-Undang Dan Hak Asasi Manusia (JUHAM)
Dewan Pemuda PAS Malaysia

17 Jun 2011.
16 Rejab 1432

Jangan Jadi Hipokrit...!!


MP BN SOKONG KEMPEN ANTILOJI LYNAS - MI

Beberapa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) akan menyertai kempen menentang loji pemprosesan nadir bumi Lynas yang semakin meningkat, dengan harapan sokongan mereka akan menghalang pembinaan tapak nuklear yang kekal.

Setakat ini, kempen terhadap loji bernilai RM700 juta itu di Gebeng dekat Pahang diketuai oleh Naib Presiden PKR Fuziah Salleh, dengan sokongan beberapa kumpulan tempatan dan juga dari Australia ekoran kebimbangan mengenai bahaya daripada sisa buangan yang kemungkinan berpunca daripada kerja-kerja pemprosesan nadir bumi.

“Loji itu sekarang mendapat sokongan ahli-ahli Parlimen BN, untuk menentang (pembinaan) loji nuklear.

“Ia seharusnya satu pendekatan bersifat dwipartisan, (tetapi) ia (kini) menjangkaui kesetiaan politik,” kata satu sumber Barisan Nasional (BN) kepada The Malaysian Insider ketika ditemui di Parlimen awal minggu ini.

Sumber itu menambah sudah ada kebimbangan yang semakin meningkat dalam BN mengenai faktor-faktor risiko, yang dikatakan adalah besar jika sebuah loji nuklear kekal diteruskan sebagaimana telah dirancang.

“Ini mengenai soal keselamatan penduduk Kuantan. Kita tidak tahu sejauhmana selamatnya loji itu. Lebih baik tidak meneruskan (projek itu).

“Juga ada kebimbangan kesan balas, BN akan menerima kesan dan implikasinya mungkin sangat buruk,” kata satu lagi sumber.

NOTA

tidak ada janlan lain
teruskan bantahan
tidak ada jalan lain
kumpulkan penyokong
tidak ada jalan lain
turun ke jalan raya

mari bersama 9 julai
tunjukkan kemarahan
mari bersama 9 julai
bersetiakawan menentang kezaliman
mari bersama 9 julai
bersetia mendobrak gerombolan