Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jul 16, 2010

Bukan Iktiraf...Tapi Di Bodohkan...!!!


PENGLIBATAN ATM DI AFGHANISTAN SATU PENGITIRAFAN Utusan Malaysia

Penglibatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam membantu mengatasi masalah kesihatan rakyat Afghanistan, merupakan pengiktirafan peringkat antarabangsa terhadap kemampuan angkatan tersebut

Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan Afghanistan telah memohon kepada Malaysia agar menghantar pasukan perubatan ATM bagi membantu mengatasi masalah itu.

"Kita menghantar kumpulan perubatan ini bagi menterjemahkan keprihatinan kita terhadap masalah kesihatan yang dihadapi oleh rakyat Afghanistan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO bahagian Bukit Katil di sini, malam tadi.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika diminta mengulas penghantaran satu kontinjen 40 anggota ATM bagi membantu membina semula prasarana kesihatan dan bantuan perubatan di Wilayah Bamyan, Afghanistan.

Mereka yang akan bertolak ke Afghanistan hari ini, terdiri daripada 10 pegawai dan 30 anggota lain-lain pangkat daripada pasukan Perubatan, pasukan Pergigian serta Elemen Keselamatan Am dan Tadbir di bawah misi Operasi Interim Sokongan dan Bantuan Nasional ke Afghanistan
------------------------------------------------------
Woittt.....INI BUKAN IKTIRAF.....INI DAH JADI BARUA AMERIKA.....!!!!

Kah...Kah...YANG PELIKNYA ZAMAN MADEY INI SEMUA TAK BERLAKU....!!!

Kah...Kah...ZAMAN NAJIB/ROSMAH....MALAYSIA DAH SANGGUP SUJUD PADA AMERIKA.....!!!

Kah...Kah...AMERIKA DAN BRITAIN TAHU SEMUA INI BAHAYA...MEREKA MULA TARIK DIRI....!!!

Kah...Kah...KENAPA MALAYSIA JADI BODOH... SORONG KEPALA SAJA NAK CARI MAMPUS...!!!

Kah...Kah....AIMAN TAK KISAH...KALAU PEGI TOLONG TALIBAN DAPAT GAK PAHALA..INI TIDAK PEGI SEBAB NAK TOLONG OBAMA....SIA-SIA LAH JAWABNYA...!!!

Malaysia Bukan Ejen Tapi BALACHI Amerika....!!!


PERSIDANGAN FBI DI KUALA LUMPUR – SIAPA AGEN AMERIKA SYARIKAT ?

Satu persidangan yang dinamakan Persidangan FBI National Academy Associates Asia Pasifik ke 13 akan belansung pada 18 hingga 23 Julai 2010 di Garden and Residences, Mid Valley, Kuala Lumpur.

Dalam keadaan regim sibuk menuduh individu atau parti tertentu sebagai agen US malangnya regim Bn pula yang membuka ruang kepada 'operatus' agenda Us berada dalam negara secara rasmi.

FBI atau Federal Bureau of Investigations (Biro Siasatan Persekutuan) merupakan cabang militan kerajaan Amerika Syarikat (AS) untuk mengenakan hegemoni ke atas negara lain.

Adalah amat memalukan pegawai kanan polis kita bekerjasama dengan polis AS yang menyeksa manusia khususnya umat Islam di Amerika Syarikat, membunuh orang awam yang tidak berdosa di Afghanistan dan Iraq, dan mengintip umat Islam yang memperjuangkan keadilan dan kebebasan. FBI ialah antara 'operatus' AS dalam memberikan persepsi mengenai betapa Islam itu ganas.

National Academy melatih pegawai kanan polis dari AS serta mereka dari luar AS termasuklah dari Malaysia, Indonesia, Mesir, Arab Saudi, Israel dan lain-lain negera. Walaupun latihannya terang-terang untuk memajukan kepakaran penguatkuasaan undang-undang, ia juga menyampaikan maklumat kepada pelatih persepsi AS berhubung isu global.

Contohnya, pelatih akan diasak dengan kepentingan dan keperluan untuk memerangi keganasan global. Pergerakan Pembebasan Kebangsaan seperti Hezbollah, Hamas dan penentangan terhadap penduduk AS di Afghanistan dikategorikan sebagai pengganas.
Menurut laman sesawang FBI, pelatih akan dibawa untuk mengunjungi Muzium Holocaust di Washington DC sebagai ‘komponen moral dan etika untuk latihan.’

Sudah tentu agenda tersembunyi ini adalah untuk melahirkan simpati untuk zionis, mengesahkan penubuhan Israel di tanah Palestin dan untuk mewajarkan dasar pro-Israel oleh AS. Kunjungan itu dilakukan dengan kerjasama Anti-Defamation League, pertubuhan zionis yang menganggap kritikan terhadap pendudukan oleh Israel dan kekejamannya sebagai anti-Semitik.

Latihan pegawai kanan polis di National Academy merupakan sebahagian daripada dasar AS untuk mempengaruhi mereka yang berada dalam kedudukan penting di dalam institusi penting seperti polis, tentera, kehakiman, parlimen, NGO yang akan menjaga kepentingan AS. Di Iraq dan Afghanistan pihak FBI telah melatih beratus pegawai yang akan memastikan negara itu terus menjadi pengikut kepada AS apabila tenteranya meninggalkan negara itu.

Tumpuan AS di wilayah ini kini adalah terhadap Indonesia, yang mempunyai penduduk Islam paling ramai, dijangka memainkan peranan penting dalam hal ehwal antarabangsa dalam masa terdekat. Ketua Hakim Indonesia baru-baru ini menandatangani memorandum persefahaman dengan East-West Center di Honolulu untuk melatih hakim, pendakwa, polis dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Kebangsaan mengenai bagaimana untuk memperbaiki mahkamah Indonesia berhubung isu hak asasi manusia.

Washington sudahpun menarik balik sekatan jualan dan bantuan ketenteraan yang dikenakan ke atas Indonesia sewaktu rejim Suharto. Pasukan polis elit Indonesia unit Detachment 88 yang merupakan polis unit anti pengganas mendapat latihan di AS dengan bekerjasama rapat dengan CIA, FBI dan unit perisik Australia dalam mengesan jejak ‘pengganas’. Menurut laporan Reuters, sekitar 2,800 pegawai tentera Indonesia pada masa ini sedang menjalani latihan di AS.

Latihan untuk pegawai kanan polis kita di akademi itu bermula pada 1964 dengan penyertaan Penolong Pesuruhjaya Kanan Kassim Ali. Sejak itu, sejumlah 58 pegawai kanan polis telah mengikuti kursus termasuklah bekas Ketua Polis Negara Tun Haniff Omar. Enam belas daripada mereka masih dalam perkhidmatan.

Selepas 9/11, Polis Diraja Malaysia menjadi rakan baru dalam memerangi pengganas global bersama AS. Sewaktu kunjungan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir ke Rumah Putih pada Mei 2002, Malaysia dan AS telah menandatangani deklarasi bersama untuk memerangi pengganas di Asia Tenggara. Pada 1 Julai 2003, Pusat Wilayah Asia Tenggara bagi Menentang Keganasan telah ditubuhkan di Kuala Lumpur. Apa yang lebih menarik, bekas Presiden Bush telah mengumumkan penubuhan pusat itu sewaktu mesyuarat APEC di Mexico pada 2002.

Pada 3 Mei 2002, Perdana Menteri Datuk Seri Najib dalam syarahannya di Heritage Foundation di AS, mendedahkan bahawa Malaysia telah membenarkan kapal terbang tentera AS menggunakan ruang udara kita sewaktu Operasi Enduring Freedom di Afghanistan. Beliau juga menyatakan bahawa Malaysia membantu AS dalam menangkap dan menyerahkan suspek pengganas yang dikehendaki oleh AS. Kami percaya penangkapan dan penghantaran pulang pelajar Islam luar negara baru-baru ini, dimulakan oleh agensi perisikan AS dan Australia yang mereka-rekakan bukti terhadap aktivis Islam.

Memerangi Keganasan Global telah menimbulkan kesangsian sehingga ke peringkat Presiden AS, Barrack Hussein Obama tidak menyebutnya tetapi dasar, perancangan dan perjanjian yang dibuat di bawahnya masih diteruskan. Kini sudah tiba masanya untuk menghapuskan dasar ini dan keganasan dianggap sebagai jenayah yang perlu ditangani di bawah undang-undang negara dan antarabangsa.

Malaysia perlu menilai semula hubungannya dengan AS memandangkan kepada dasarnya yang membawa kepada perubahan rejim di negara Islam yang merdeka, menggalakkan perpecahan antara mazhab, menyemai pertelingkahan sesama Islam dan juga antara negara Islam, dan penentangan terhadap pelaksanaan syariah untuk umat Islam.

AS telah melancarkan perang haram ke atas Iraq, Afghanistan dan Somalia. Kini, bersama dengan Israel mengancam untuk menyerang Iran. Sejak 2003, lebih sejuta orang mati di Iraq akibat perang; lebih dua juta menjadi pelarian dan hampir tiga juta kehilangan tempat tinggal; 70 peratus rakyat Iraq kekurangan air bersih untuk diminum; kadar pengangguran meningkat hampir 50 peratus dan pembunuhan antara mazhab telah mengubah watak individu yang berjiran. Iraq yang dianggap negara yang paling maju di dunia Arab dengan jaminan sosial untuk semua dan sistem pendidikan, kebudayaan dan infrastruktur sosial yang baik telah menjadi sebuah negara miskin akibat perbuatan AS.

Di Afghanistan, wanita, kanak-kanak dan orang tua dibunuh menggunakan kapal terbang tanpa pemandu. Pakistan menjadi tidak stabil dan Somalia kini bertukar menjadi negara yang tidak mempunyai undang-undang serta berdepan dengan bencana kemanusiaan ciptaan AS. Di Palestin kepungan Israel ke atas Gaza yang sudah menjangkau empat tahun masih diteruskan kerana keengganan AS terhadap sebarang tindakan yang lebih berkesan diambil untuk mengakhiri kepungan itu.

Inisiatif diambil untuk melaksanakan saranan oleh Laporan Goldstone berhubung jenayah perang dan pencabulan hak asasi manusia oleh keganasan Israel ke atas Gaza pada November 2008 dan penubuhan jawatankuasa bebas antarabangsa untuk menyiasat keganasan Israel terhadap Freedom Flotilla dan pembunuhan sembilan sukarelawan kemanusiaan Turki gagal oleh tindakan AS untuk melindungi Israel.

Merasa amat terkejut memandangkan kesengsaraan dan penderitaan saudara-saudara kita tidak menyentuh perasaan pegawai kanan polis kita. Bagaimana mereka boleh bekerjasama dan meraikannya dengan mereka yang menimbulkan kekacauan di dunia khususnya Islam – Dajjal?

Regim Bn digesa menghentikan segera Persidangan FBINAA dan tidak menghantar pegawai polis atau tentera untuk mendapat latihan di AS. Sebagai ganti satu sistem kerjasama bersama negara sepertiIndia, Sweden, Iran dan lain-lain negara yang tidak mempunyai agenda hegemoni untuk mebina satu sistem latihan sendiri yang lebih menumpukan sifat jatidiri Malaysia.

Perkembangan ini seharusnya membuka mata rakyat mengenai bagaimana Regim Bn bermain dengan persepsi seolah merek 'hero' menentang hegemoni US yang bersekongkol dengan agenda Zionisma. US seharusnya dihormati sebagai sebuah negara tetapi tidak boleh disembah sebagai tuan. Solidariti Anak Muda Malaysia sedang mempertimbangkan secara serius beberapa tindakan jika regim tidak mahu berganjak termasuk dengan 'menyerbu' persidangan tersebut.

Che'GuBard
SOLIDARITI ANAK MUDA MALAYSIA

Baca...Faham & Buatlah Perubahan....!!!!


KENYATAAN AKHBAR 16 Julai 2010
KENAIKAN HARGA : TIDAK PRIHATIN DAN TIDAK BERTANGGUNGJAWAB


Walaupun Dewan Rakyat telah bersidang sejak 7 Jun 2010, pengumuman kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula langsung tidak dibincangkan di Dewan yang mulia itu. Pengumuman ini membuktikan Perdana Menteri dan kabinetnya tidak menghormati kedudukan Dewan Rakyat sebagai sidang tertinggi yang mewakili rakyat Malaysia.

Najib sedar ahli parlimen baik dari Pakatan Rakyat mahupun dari Barisan Nasional tidak akan menyokong beliau kerana tindakan menaikkan harga tanpa menyediakan bantuan lain kepada rakyat adalah kebijakan yang tidak prihatin terhadap rakyat keseluruhannya.

Hakikatnya, kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula ini adalah tidak bertanggungjawab kerana tidak ada tindakan proaktif untuk menyediakan mekanisme bantuan kepada golongan yang paling terkesan dengan kenaikan ini, sebelum pengumuman dibuat. Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan rancangan pemotongan subsidi ini sejak tahun 2008 lagi atas alasan untuk menstrukturkan semula pemberian subsidi agar ia lebih memihak kepada golongan yang memerlukan. Sehingga kini, rakyat masih tertunggu-tunggu mekanisme bantuan tersebut. Pada masa yang sama, kenaikan demi kenaikan diumumkan.

Kenaikan harga gula sebanyak 28% sejak awal tahun ini (kenaikan 20 sen pada 1 Januari 2010, diikuti kenaikan 20 sen berikutnya pada 16 Julai 2010) sudah tentu akan mempunyai kesan kepada harga makanan. Kesan berganda daripada kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula ini akan memberi tekanan kepada golongan berpendapatan rendah di bawah RM2,000 sebulan, yang mana 75% adalah Bumiputra yang kononnya dibela oleh Barisan Nasional.

Sasaran penjimatan sebanyak RM750 juta yang diumumkan Pejabat Perdana Menteri adalah sedikit berbanding dengan keborosan dan pembaziran yang berlaku akibat kelalaian Barisan Nasional. Semalam, Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri telah mencecah RM3.8 billion pada tahun 2009 dan dijangka mengatasi peruntukan RM3.9 billion bagi tahun 2010. Ini termasuklah perbelanjaan Sekretariat Mantan Perdana Menteri dan Sekretariat Permata yang dinaungi oleh isteri Perdana Menteri.

Malah, penjimatan RM750 juta itu tidak setanding dengan kerugian yang ditanggung rakyat apabila konglomerat milik rakyat iaitu Sime Darby mengalami kerugian sebanyak RM946 juta dan menerima pula pampasan dari kerajaan berjumlah RM700 juta.

Membebankan rakyat atas alasan mengurangkan defisit dan menggunakan penjimatan untuk menampung keborosan kerajaan seperti ini perlu dihentikan segera. Di mana letaknya maruah seorang Perdana Menteri yang mengambil wang rakyat atas nama penstrukturan subsidi dan digunakan untuk membayar perunding asing seperti APCO sehingga mencecah RM77 juta setahun semata-mata untuk menaikkan imej beliau, sedangkan bayaran kepada APCO itu hampir sama jumlahnya dengan anggaran penjimatan subsidi gula sebanyak RM126 juta (seperti diumumkan PEMANDU).

Pun begitu, saya tidak menolak bulat-bulat kaedah penstrukturan semula subsidi untuk memastikan lebih banyak bantuan sampai terus kepada golongan 75% di bawah pendapatan isi rumah RM2,000 sebulan. Penjimatan dari pengurangan subsidi sepatutnya disalurkan terus kepada golongan ini melalui mekanisme-mekanisme yang perlu diumumkan serentak dengan kenaikan harga.

Saya menuntut supaya Perdana Menteri mengumumkan secepat mungkin bagaimanakah penjimatan RM750 juta ini akan dibelanjakan untuk rakyat. Nasihat saya supaya penjimatan ini disalurkan dalam bentuk kenaikan peruntukan untuk institusi pengajian tinggi, pelaburan baru dalam bidang pendidikan dan bantuan kebajikan terus kepada golongan berpendapatan di bawah RM2,000 agar penjimatan itu sampai terus kepada rakyat.

Sebelum ini pun, kerajaan telah menggunakan alasan mengurangkan defisit apabila menaikkan harga minyak dan keperluan asas. Tindakan ini sedikit pun tidak membantu menyelesaikan masalah defisit negara, malah ia makin meningkat. Bagi tahun 2008, di kemuncak kenaikan harga minyak, defisit negara melonjak kepada 4.8% berbanding 3.2% bagi tahun sebelum itu. Keadaan ini berlaku kerana kerajaan tidak berdisiplin dan tidak ada iltizam politik untuk menyalurkan penjimatan dari pemotongan subsidi ke sektor-sektor yang benar-benar memerlukan, sedangkan pembaziran dan kerugian terus berlaku.

Sebab itu, saya telah menegaskan berkali-kali bahawa ubat yang paling mujarab untuk memulihkan ekonomi negara adalah reformasi ekonomi yang menyeluruh, bukannya tertumpu kepada golongan lemah semata-mata.

Perdana Menteri tidak boleh meminta rakyat mengubah cara hidup, sedangkan kroni-kroni, ahli politik, golongan elit dan berkepentingan terus menikmati subsidi korporat seperti subsidi gas kepada penjana bebas yang menelan belanja RM18.9 billion setiap tahun, 25 kali ganda lebih besar dari penjimatan akibat potongan subsidi yang diumumkan semalam.

Oleh itu, saya menggariskan empat langkah segera yang perlu diambil oleh Perdana Menteri untuk meyakinkan rakyat bahawa pengorbanan mereka menanggung harga yang lebih tinggi untuk mengekang defisit adalah berbaloi:
1. Mengumumkan penambahbaikan drastik kepada kaedah dan sistem perolehan yang diamalkan kerajaan agar lebih telus dan mendapatkan nilai terbaik untuk rakyat;

2. Menstrukturkan semula pemberian subsidi gas kepada IPP agar penjimatan ini dapat disalurkan kepada rakyat;

3. Mengawalselia prestasi syarikat berkaitan kerajaan dan agensi yang dipertanggungjawabkan menjaga dana awam bagi mengelakkan kerugian berbillion ringgit yang ditanggung rakyat; dan yang terpenting

4. Membuktikan keikhlasan dalam perang menentang rasuah dengan menghentikan campur tangan politik di dalam SPRM dan Jabatan Peguam Negara.

Rakyat akan ternanti-nanti tindakan susulan Perdana Menteri jika benar Barisan Nasional ikhlas dalam menangani kekusutan ekonomi negara. Jika tidak, pengumuman kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula semalam hanyalah sambungan kepada rentetan penindasan rakyat berpendapatan rendah demi golongan elit dan kroni.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang Malaysia

1 Malaysia Kena Elak Jadi Bangang.....!!!


EDITOR DIARAH ELAKAN PERKATAAN BARANG NAIK - MKini

Dalam usaha mengelakkan kecaman rakyat terhadap pengumuman kenaikan 5-dalam-1 oleh Najib Razak semalam, semua media yang dikawal kerajaan diingatkan supaya tidak menggunakan perkatan 'barang naik' dalam laporan mereka

Ketika taklimat di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, petang semalam, pengarang berkali-kali diingatkan agar perkataan "barang naik" itu perlu dielakkan.

Sebaliknya, mereka diberitahu supaya menggunakan “pelarasan harga” atau “rasionalisasi subsidi”.

Taklimat berkenaan dikendalikan oleh penasihat media perdana menteri dan editor berkenaan memberitahu Malaysiakini ia dijalankan dalam suasana yang mesra.
------------------------------------------------------------
Kah...Kah...INI LAH CARA NAK MENIPU MAK CIK FELDA....!!!

Kah...Kah...INI LAH CARA NAK MENIPU PAK CIK DI KAMPONG....!!!

Kah...Kah...HARGA TAK NAIK… TAPI SUBSIDI DI POTONG....!!!

Kah...Kah....BARANG BUKAN MAHAL....CUMA KENA BAYAR LEBIH SIKIT....!!!

Kah...Kah...NAFSU MEMANG ADA....CUMA PELIR TAK BERAPA NAK NAIK....!!!!

Kah...Kah...FELDA BUKAN BANGKRAP...CUMA DUIT FELDA MAKIN KURANG....!!!

Kah...Kah...MELAYU BUKANNYA BODOH....CUMA MUDAH UNTUK DI TIPU....!!!

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH...DUNIA DAH TERBALIK...BUAT JAHAT TAPI NAK PAKSA ORANG KATA DIA BAIK...INI DAH JADI GILA BABI....

Tibai Jangan Tak Tibai......!!!!


Khairy Perkasa OK tapi Ibrahim Ali too much-MInsider

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menegaskan beliau tidak kisah dengan matlamat Perkasa yang mahu membantu orang Melayu tetapi tidak setuju dengan cara ketua mereka Datuk Ibrahim Ali memperjuangkan dasarnya.

Khairy berkata beliau juga sudah berkongsi pendirian itu dengan kawan-kawannya di Perkasa pertubuhan bukan kerajaan Melayu yang ditubuhkan Ibrahim Ahli Parlimen Bebas selepas pilihan raya umum ke-12.

Saya dah beritahu kawan kawan saya di Perkasa masalah saya bukan pasal matlamat Perkasa Saya tidak ada masalah dengan matlamat mereka nak tolong orang Melayu cuma saya tak setuju dengan pendekatan Ibrahim Ali �He is too much kata beliau dalam temu bual dengan portal Agenda Daily.
------------------------------------------------------------
Kah...Kah....BRAHIM ALI TAHU TAK APA ITU MAKNA "TOO MUCH"....???

Kah...Kah....BAHASA KAMUS MAKNANYA...MELAMPAU...!!

Kah...Kah....BAHASA POLIS MAKNANYA....EKSTRIM....!!!

Kah..Kah.....BAHASA MENGUTUK MAKNANYA....TAMAK HALOBA...!!!

Kah...Kah....BAHASA TEGANUNG MAKNANYA....NEBENG...!!!

Kah...Kah....BAHASA ORANG KAWASAN NAJIB ( PEKAN )....BEDO'OH...!!!

Kah..Kah.....BAHASA KELANTAN MAKNANYA.....NAIK LUGA SEBAB KECEK BESAR....!!!

Kah...Kah....AIMAN TAK KISAH....DARI SEGI ISTILAHNYA IALAH ..CAKAP JE BANYAK...TAPI HABUK PUN TARAK...!!!

Bodek Nak Mapus ( BONAMA ).....!!!!


Malaysia bertuah ada Rosmah yang banyak idea, kata Musa AmanMInsider

Malaysia bertuah kerana mempunyai isteri seorang Perdana Menteri yang mempunyai banyak idea dan komitmen tinggi dalam membantu kerajaan memajukan negara, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Komitmen Datin Seri Rosmah Mansor dalam membantu usaha kerajaan di bawah kepimpinan suaminya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mendahulukan rakyat menampakkan hasil dengan pengwujudan program seperti Permata Negara, katanya.

“Kita dapat melihat matlamat program Permata Negara adalah untuk melahirkan modal insan yang menjadi aset paling penting untuk memajukan negara.

“Kita juga perlu terus mendukung usaha Datin Seri Rosmah yang sentiasa prihatin dan memberi perhatian mendalam membela golongan kurang upaya yang merupakan antara rakyat yang perlu didahulukan,” katanya ketika merasmikan Program Tahunan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional (BN) Se-Malaysia 2010 di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis perasmian itu ialah Rosmah yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) dan isteri Musa, Datin Seri Faridah Tussin, selaku Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat BN Sabah (Bakisa).

Musa berkata isteri wakil-wakil rakyat turut berperanan mempereratkan ikatan kekeluargaan dalam BN.

“Meskipun mempunyai latar belakang yang berbeza mengikut negeri masing-masing, namun itu tidak menghalang untuk kita bersatu hati. Sesungguhnya, kita adalah 1Malaysia,” katanya.

Musa juga berkata program menghimpun isteri wakil-wakil rakyat seluruh negara untuk mewujudkan persefahaman, perpaduan dan semangat muhibah secara tidak langsung meningkatkan kewibawaan dan imej pemimpin serta kerajaan BN di mata rakyat. — Bernama
------------------------------------------------------------------
Woitttt.....KALAU NAK BODEK PUN....BIARLAH PATUT.....!!!!

Kah....Kah...KENAPA..??? DAH DAPAT HIDU KE..TAHU SIAPA YANG AKAN GANTI JADI KETUA MENTERI SABAH....???

Kah...Kah...ITU BELUM CUKUP...CAKAPLAH LAGI YANG ROSMAH ADALAH FIRST LADY OF MALAYSIA...!!!

Kah...Kah...TAMBAH LAGI....ROSMAH ADALAG SEORANG YANG JUJUR...JUMPA KOTAK MAT ARAB PUN TAK AMBIK...!!!

Kah...Kah...KALAU NAK SEDAP LAGI...CAKAPLAH YANG ROSMAH TAK TERLIBAT DENGAN PEMBUNUHAN ALTANTUYA...!!!

Kah...Kah...YANG POWER LAGI...BERITAHU SEMUA ORANG YANG ROSMAH ADALAH PERDANA MENTERI MALAYSIA...!!!

Kah..Kah....AIMAN TAK KISAH...MINTALAH PERTOLONGAN DARIPADA ALLAH..BUKANNYA SESAMA MAKHLUK...KALAU SESAMA MAKHLUK NAMANYA BODEK NAK MAMPUS....!!!

Sah BANGANG...Lain Yang Di Tanya, Lain Pulak Yang Di Jawab...!!!


BEKALAN GULA CUKUP UNTUK BULAN PUASA - Utusan Malaysia

Bekalan gula sempena bulan Ramadhan mencukupi kerana kerajaan telah menambah stok keseluruhan sebanyak 15 peratus, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Ismail Sabri Yaakob.

Katanya jumlah keseluruhan bekalan gula ialah 150,000 tan metrik berdasarkan 150 juta kampit yang seberat satu kilogram.

"Penambahan bekalan itu bagi menghadapi permintaan yang tinggi dan menampung keperluan di musim perayaan terutamanya pada bulan puasa tahun ini,” katanya kepada media selepas majlis pelancaran sukarelawan koperasi di sini hari ini.

Beliau juga berkata sebanyak 43,000 peruncit di seluruh negara telah mendaftar untuk lesen runcit bagi gula yang diperkenalkan untuk memantau bekalan.

-------------------------------------------------------------
Woit.......1 MALAYSIA TAK TANYA PUN CUKUP GULA ATAU TIDAK.....!!!

Kah...Kah...CUKUP ATAU TIDAK ITU BUKAN ISUNYA....JANGAN CUBA NAK ALIHKAN ISU....!!!

Kah...Kah...1 MALAYSIA HANYA NAK TAHU KENAPA HARGA GULA NAIK..ITU SAJA...!!!

Woittt......1 MALAYSIA NAKKAN HARGA GULA YANG MURAH...BUKAN YANG MAHAL....!!!

Kah...Kah...INILAH DIA KERAJAAN CAP AYAM...SPESIS PUTAR ALAM.....!!!

Kah...Kah...HENTIKAN LAAA PROJEK BODOHKAN MELAYU......!!!

Woittt......MANA PEGI SI PERKASA NGO YANG BELA MELAYU...???

Kah...Kah...AHLI PERKASA TAK MAKAN GULA KE...???

Kah..Kah....PATUTLAH BOS PERKASA SIHAT...BULAT SAMPAI TAK NAMPAK TENGKUK...!!!

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH...CAKAPLAH BAHAWA BUKAN HANYA FELDA YANG NAK BANKRAP...MALAYSIA PUN AKAN TURUT BANKRAP SEKALI....

FATWA BANGANG PAGI JUMAAT...!!

Antara Faktor Sakit Mental Ialah Bila Harga Barang Naik...!!!

HARGA GULA NAIK BANTU RAKYAT AMAL HIDUP SIHAT – Berita Hairan

Kenaikan harga gula sebanyak 25 sen sekilogram berikutan pelarasan harga yang diumumkan kerajaan, semalam, diyakini dapat membantu rakyat mengamalkan gaya hidup sihat selain mengatasi masalah kekurangan gula di pasaran.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Kementerian Kesihatan, Hassan Abdul Rahman, berharap kenaikan itu dilihat secara positif dan rakyat berusaha mengurangkan pengambilan gula supaya kenaikan harga tidak dapat dirasai.
------------------------------------------------------------------
Woitttt......FATWA SIAPA NI...??? KAH....KAH......KAH...!!!

Woitttt......KALAU TAK CAKAP MACAM TU..NAK CAKAP MACAMANA LAGI...KAH... KAH...KAH..!!

Kah..Kah....MACAM MANA HIDUP BOLEH JADI SIHAT..BILA HARGA BARANG NAIK....???

Woittt......INI FATWA BANGANG NI....BILA HARGA BARANG NAIK...HIDUP JADI TAMBAH SUSAHLAH BONGOK....!!!

Kah...Kah...KALAU NAK JAGA KESIHATAN RAKYAT...BUKAN DENGAN NAIKKAN HARGA GULA...!!!

Kah..Kah....KALAU NAK TOLONG RAKYAT JADI SIHAT....BERI LAH KHIDMAT HOSPITAL DAN KLINIK PERCUMA....!!!

Kah...Kah...KALAU NAK RAKYAT TAMBAH SIHAT.....WUJUDKAN BANYAK PADANG RIADAH...BUKANNYA BANGUNAN.....!!!!

Kah...Kah....BUKAN AMBIL TANAH BUAT TEMPAT LETAK KERETA...ATAU BUAT KONDO SAJA...!!!

Kah...Kah....AIMAN TAK KISAH....BERITAHU PADA RAKYAT SEBAB YANG SEBENAR...JANGAN HANYA BERI ALASAN YANG BODOH DAN BANGANG...RAKYAT DAH CERDIK...!!!