Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Sep 24, 2010

Ter "Current" & Ter "Now"....


ZUNAR DI TAHAN POLIS !!!!

Zunar baru sahaja ditahan polis dari pejabatnya - Gudang Karton
di Brickfileds.

Ketika berita ini di tulis Zunar sedang dalam perjalanan
ke Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya.

Sebelum ke IPD Petaling Jaya - Zunar akan dilaporkan dahulu
di rumah pasong Brickfields.

Peguam Latifah Koya mengikuti Zunar dalam kereta
yang berasingan.

Setakat ini belum di ketahui apakah tuduhan yang
akan di hadapi oleh Zunar.

Pada jam 8.00 malam ini MB Perak Nizar akan
melancarkan buku terbaru Zunar yang di beri nama
Cartoon- o- Phobia.

Pelancaran ini akan diadakan di Dewan Perhimpunan China
di Jalan Maharaja Lela Kuala Lumpur.

nota :

Serbuan telah dilakukan
oleh 8 atau 9 orang pegawai polis
Mereka datang dengan tiga buah
kereta polis....bukannya dengan kereta bomba...!!!!


Zunar yang jantan & Latifah Koya peguam
Pegawai polis pun seronok membaca buku karton terbaru
Carton -o- Phobia.
Kah....Kah....Kah....

Benda Puaka Memang Tak Akan Tahan Lama...!!!


Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini memutuskan tiada prima facie terhadap lima mahasiswa Universiti Malaya (UM) yang dituduh dalam kes tersebut.

Nota :

Alhamdulillah.....
Allahu Akhbar......
Ya Allah..... Kau selamatkan hakim-hakim yang bertakwa kepada mu Ya Rohim...Ya Adl’....!!!!

Bertolong-Tolonglah Kamu Dalam Perkara Kebaikkan...!!!


Jalan liku perjuangan Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari sedikit sebanyak seperti yang dilalui Nabi Musa as.

Inilah juga hujah dan "fatwa" bagi mereka-mereka yang berjuang demi kebenaran tetapi dalam masa yang sama berkhidmat kepada penentang kebenaran. Kisah Nabi Musa sebagai ikon dan pedoman perjuangan.

Dalam suasana Utusan sedang "berperang" habis-habisan melawan Ketua Menteri Pulau Pinang, tiba-tiba dalam bangunan mereka masih ada lagi pejuang kebenaran. Lebih memilukan lagi Utusan, insan itu ingin berjuang mengembalikan semula Utusan di atas landasan sebenar seperti sebelum tahun 1961.

Utusan hanyut sehanyut-hanyutnya sejak jadi barua UMNO tahun 1961. Dari perjuang membela golongan Melayu yang marhein kepada pengampu dan peracun fikiran umat Melayu.

Kini Utusan terpaksa hadapi "musuh"nya dari dalam bangunan mereka sendiri.

Perjuangan Hata tidak keseorangan. Beliau didokong oleh lebih 1,000 orang pekerja bawahan Utusan. Musuh yang dihadapinya tidak ramai. Sekadar Editor Kanan sahaja. Dan Kelab Veteran Utusan. Itupun jenis wartawan kelas tiga!

Beraninya Hata demi kebenaran apabila beliau menyeru mana-mana wartawan yang bekerja dengan Utusan agar tinggalkan Utusan jika tidak berpegang etika kewartawanan. Bukannya berpegang kepada etika mengampu dan meracun!

Tentunya kenyataan Hata ini merobekkan keangkuhan editor-editor kanan Utusan termasuk ZAM yang berjiwa rasis dan sekular

Kini barangkali Said Zahari mungkin boleh tersenyum lebar kerana masih ada lagi pejuang kebenaran di dalam bangunan Utusan.

Cukuplah puluhan tahun Utusan memperbodohkan minda umat Melayu. Cukuplah puluhan tahun Utusan meracuni fikiraan umat Melayu.

Nota :

Semasa Firaun berkempen menghapuskan anak-anak lelaki Bani Israel, bonda Nabi Musa as melahirkan Nabi Musa as. Allah Taala metakdirkan Musa as diambil pihak Istana Firaun dari sungai lalu memberi kehidupan di Istana Firaun.

Akhirnya Nabi Musa as sendiri menentang tuan yang membelanya dan yang memberi makan minum padanya.

Jalan berliku dalam perjuangan Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari sedikit sebanyak mem[unyai persamaan seperti yang dilalui Nabi Allah Musa as.

Kepada En. Hata Wahari...!!! teruskan lah perjuanganmu. Jangan pandang belakang congkak lagi...Kah...Kah...Kah...!!!!

Nam....Botinam.....Kuey...Botikuey.....!!!


PENGETUA RASIS : MENTERI TIADA KUASA, KATA TPM – MK

Kementerian Pelajaran tidak boleh menentukan tindakan ke atas pengetua rasis Bukit Selambau kerana ia dibidang kuasa Jabatan Perkhidmatan Awam, kata Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, yang juga adalah menteri pelajaran.

"Menteri tidak boleh membuat sebarang keputusan berhubung pegawai kerajaan yang berada pada tangga gaji gred 48 dan ke atas, saya percaya gred pengetua itu adalah 52

"Bagi pegawai bergred seumpama itu hanya lembaga disiplin Jabatan Perkhidmatan Awam yang diketuai oleh ketua pengarah boleh bertindak,” katanya.
---------------------------------------------------------------
Kah...Kah.... TAK SANGKA....DEMOKRASI CUKUP HEBAT DI MALAYSIA INI....

Kah...Kah.....KETUA HAKIM TUN SALEH ABBAS PUN BOLEH DI BUANG.....!!!

Kah....Kah....TIMBALAN PERDANA MENTERI PUN BOLEH DI BELASAH......!!!

Kah....Kah....TANAH TUDM PUNBOLEH DI REMBAT.....!!!

Kah...Kah....AMINULRASHID PUN BOLEH DI TEMBAK MATI......!!!!

Kah...Kah....TEO BENG HOCK PUN BOLEH DI BUNUH.....!!!!

Kah...Kah....KUGAN PUN BOLEH DI GODAMM......!!!

Kah...Kah....MASAKAN PENGETUA SEKOLAH GRED 52 YANG RASIS LANGSUNG TAK BERNAI NAK USIK.....

Kah...Kah....AIMAN TAK KISAH....CITTT..PORRRAHHH....CAKAPLAH AKU MEMANG TAK ADA TELOOORRRR...KAH...KAH....KAH....

Nota:

Janganlah bodohkan orang melayu lagi...!!!
Orang melayu dah ramai yang bodoh....!!!

Masanya telah tiba untuk akta anti bodoh diluluskan di parlimen...
Kah....Kah....Kah....!!!

Terjemahkanlah Makna "Popular" Untuk Kebaikkan Bersama.....!!!



Azmin Ali berkata beliau tidak perlu mengisytiharkan sokongan yang tidak berbelah bagi pada Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail kerana perkara itu telah tergambar melalui perkhidmatan lebih sepuluh tahun sebagai naib presiden.

Bekas setiausaha sulit kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selama 26 tahun itu juga memberitahu, selepas bosnya itu merengkok di penjara, kesetiaanya dan hormatnya kepada anggota keluarga bekas timbalan perdana menteri itu tidak pernah berubah.

"Keluarganya (Wan Azizah) dan keluarga saya lalui bersama hujan ribut untuk sekian lama," kata Azmin ketika ditanya tentang 'persepsi' bahawa hubungannya dengan isteri Anwar itu kini 'bermasalah'.

"Saya tidak perlu isytihar kesetiaan pada presiden kerana saya telah berkhidmat dengannya sebagai naib presiden lebih daripada 10 tahun".

Menyifatkan persepsi terhadapnya itu bukan masalah besar, Azmin menegaskan supaya tiada pihak yang merendah-rendahkan kemampuan wanita pertama yang menjadi presiden parti dan ketua pembangkang di negara ini.

"Seperti saya katakan tadi, jangan rendahkan kemampuan Wan Aziziah. Beliau ada soft power (kuasa halus). Beliau menjadi sosok penyatu dalam parti," kata Azmin.

Sindir Zaid

Bagaimanapun, Zaid sendiri pernah menafikannya kepada Malaysiakini dalam satu wawancara ketika beliau bertanding sebagai ahli parlimen Hulu Selangor sebelum ini.

Isu 'kesetiaan' kepada presiden itu timbul apabila Zaid pada 20 September menulis dalam blognya, sekiranya beliau menang merebut jawatan timbalan, kuasa presiden yang disandang Wan Azizzah akan dikembalikan.

Menurutnya, ini ekoran ada "bisikan" Wan Azizah bukan ketua sebenar, sebaliknya kepimpinan lebih selesa memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Anwar sebagai ketua umum.

Ditanya sama ada Zaid pernah menyuarakan perkara itu melalui saluran dalaman parti, bekas menteri di jabatan perdana menteri itu disindir lagi.

"Kamu kena tanya Datuk Zaid, berapa kali dia datang mensyuarat?" kata Azmin.

"Dalam ghairah tawar khidmat, jangan buat kenyataan yang boleh timbul keraguan. Saya saran bawa pandangan bantu parti. Kedudukan Azizah diterima, dihormati anggota parti. Siapa kita hendak mempertikaikan kedudukan Wan Aziziah?

"Lihat pencalonan, itu tandanya sokongan untuk Wan Azizah cukup kuat. Kalau beliau tidak efektif atau hanya sebagai boneka seperti dituduh setengah pihak, setakat ini takkan ahli (PKR) boleh terima."

Nota :

Faktor popular memang akan menjadi kayu ukur dalam pemilihan sesorang pemimpin...
Makna popular adalah cukup luas dan sangat subjektif...
Ia terpulang kepada individu bagaimana untuk mentafsirkan makna poular itu sendiri...
Ada yang popular sebab dia kaya...
Ada Yang popular sebab dia pandai bercakap...
Ada pulak yang polular kerana personalitinya...
Malah ada yang sangat popular kerana pegangan dan amalan agamannya...
Kusteru itu ahli PKR kenalah matang dalam meilih calon yang populis....
Bertujuan agar populariti calon yang bertanding akan wujud kesinambungan yang kuat dengan amanah yang di berikan...
Sejauh mana popularnya calon tersebut...faktor agama juga perlu di beri perhatian...
Pilihlah calon yang betul-betul beragama...
Kerana selain bijak dan berpengaruh...faktor agama juga akan memimpin calon ini untuk terus memartabatkan hukum agama...
Kepada ahli PKR...Selamat Memilih Pemimpin yang terbaik....

The Malaysian Job....!!


"Kes pembunuhan Datuk Sosilawati makin menarik apabila suspek utama telah dibenarkan berjumpa dengan peguam mereka selama 15 minit di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL). Dalam pertemuan singkat tersebut, suspek utama telah mendakwa tidak diberi peluang untuk mempertahankan diri sebelum ditahan reman.

Suspek juga tidak mengaku salah atas tuduhan pembunuhan ini, malah suspek mendakwa dia ditumbuk dan ditendang oleh anggota polis sehingga cedera di belakang badan. Malah, mengikut kenyataan suspek, permintaannya untuk mendapatkan rawatan di hospital berhubung kecederaan itu juga tidak diendahkan oleh polis.Suspek akan membuat laporan polis berkaiatan dengan kejadian tersebut.

Mengikut laporan daripada Berita Harian;

Peguam Vijandran bersama peguam Ravi Nekoo dan Pushpa Ratnam tiba di IPKKL kira-kira jam 3 petang bersama isteri kedua-dua suspek utama sebelum meninggalkan pekarangan ibu pejabat itu 30 minit kemudian.

Apa yang menarik peguam D.P. Vijandran ini yang dulunya penentang Dato' Seri Samy Vellu, dia juga disebut ebagai penganti kepada Dato' Seri Samy Vellu pada satu ketika duhulu.


Tapi isunya tenggelam kerana pembabitan Vijandran dengan Video Lucah adegan dia sendiri sebagai pelakon utama. Mengikut maklumat salah seorang "pelakon" wanita dalam video tersebut telah membunuh diri.

Nota :

Petikan ini membantu untuk pembaca memahaminya;

Pita video lucah Vijandran muncul setelah rumah Timbalan Speaker Dewan Rakyat, D.P Vinjandran dimasuki pencuri pada 8 Ogos 1988 . Pencuri tersebut telah mencuri 11 pita video dipercayai aksi lucah D.P Vijandran yang tersimpan dalam sebuah peti besi . Ibu dan anak saudaranya yang berada di dalam rumah itu turut diugut.

Dua bulan kemudian , Datuk Megat Junid Megat Ayub selaku Timbalan Menteri Dalam Negeri mengumumkan bahawa 4 orang lelaki telah ditahan dan sedang disiasat oleh pihak polis PDRM kerana memiliki pita video tersebut.

Pada 6 Disember 1989 , Karpal Singh seorang peguam dan ahli parlimen Jelutong , Pulau Pinang telah membangkitkan isu pita video lucah tersebut. Pada 11 Disember 1989beliau menamakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, D.P Vijandran sebagai lelaki dalam video tersebut. D.P Vijandran segera menafikan hal itu dan menutup suis pembesar suara Karpal Singh dan mengarahkan Karpal Singh keluar dari Dewan Rakyat. Tetapi Karpal Singh terus membuat dakwaan di luar parlimen dan mendesak V.P Vijandran meletak jawatan . Lalu D.P Vijandran membuat saman malu terhadapnya.

Datuk Zaman Khan selaku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah , PDRM menjelaskan bahawa Polis Bukit Aman akan menyerahkan laporan penuh kepada Kementerian Dalam Negeri. Terdapat percanggahan kenyataan antara Datuk Zaman Khan dengan Peguam Negara , Tan Sri Abu Talib Osman.

Tan Sri Abu Talib menasihati polis memusnahkan kesemua 11 pita video dan 4 sampul surat yang dicuri dari rumah D.P Vijandran sedangkan semua itu boleh menjadi barang kes / bahan bukti terpenting di mahkamah. Seksyen 413 Kod Prosedur Jenayah menyatakan hanya majistret mempunyai kuasa memusnahkan bahan bukti. Itupun melalui peraturan yang ketat. Sebaliknya Tan Sri Abu Talib menyatakan beliau tidak melanggar sebarang undang-undang kerana telah mendapat persetujuan daripada pemiliknya, D.P Vijandran, tokoh masa depan MIC.

Ironinya, mengapa D.P Vijandran tidak didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 24(1) Akta Penapis Filem 1952 iaitu memiliki video lucah. Denda RM10,000 dan 6 bulan penjara boleh dikenakan atau kedua-duanya sekali serta membuat laporan palsu kepada polis.

Majlis Peguam membidas tindakan Peguam Negara yang bertindak tidak mengikut undang-undang sedia ada. Tetapi Peguam Negara hanya berdiam diri dan enggan menjawab sebarang tohmahan. Pada 1988, Peguam Negara dan Majlis Peguam bertelagah berhubung pemecatan Tun Salleh Abbas selaku Ketua Hskim Negara.

Percanggahan berlaku kerana Tan Sri Abu Talib menyatakan barang kes dimusnahkan setelah mendapat kebenaran D.P Vijandran sementara Datuk Zaman Khan menyatakan polis sedang menyiasat. S.M Mohd Idris selaku Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hairan bagaimana pita video itu dimusnahkan setahun tahun (1988). Masyarakat mempunyai hak untuk mengetahui perkara sebenar. Peguam Negara sepatutnya memberitahu seawal mungkin , bukan selepas setahun dimusnahkan. Mengapa mesti dimusnahkan ?.

M.G Pandhithan yang juga bekas Naib Presiden MIC ketika itu menyatakan tokoh tertentu jelas terbabit dan D.P Vijandran harus meletakkan jawatan sebelum menjadi isu politik menjelang Pilihan raya umum Malaysia 1990. Datin Paduka Hajah Rahmah Osman selaku Ketua Pergerakan Wanita Semangat 46 mahu D.P Vijandran meletakkan jawatan sebagaimana pemimpin politik Jepun meletakkan jawatan apabila terbabit dengan skandal membabitkan geisha dan skandal penyelewengan dana parti politik.

Nampaknya kes pembunuhan Datuk Sosilawati dan rakan-rakannya akan menjadi menarik kerana pelakon lucah membela suspek pembunuhan kejam. Malaysia memang serba boleh!!

Contohilah Ahmadinejab Yang Berani....Bukan Ahmadinajib Yang Pengecut....!!!

Kita Patut Berbangga Dengan Pemimpin Islam Yang Ada Karisma, Lantang Bersuara & Berani...

Bukan Pemimpin Yang Penakut & Tak Ada Telooorrr...!!!

Perwakilan Amerika Syarikat dan beberapa lagi dari Eropah memulaukan sesi Perhimpunan Agung PBB apabila Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad semalam mendakwa kebanyakan orang percaya bahawa pentadbiran Amerika yang mendalangi serangan 11 September 2011 demi survival Israel.

Dalam ucapannya, pemimpin Iran itu berkata, kebanyakan pegawai kerajaan Amerika percaya satu kumpulan pengganas berada di belakang serangan berani mati yang memusnahkan Pusat Dagangan Dunia dan ke atas bangunan Pentagon pada 2001.

Satu lagi teori, kata beliau ialah “beberapa segmen dalam Amerika Syarikat sendiri telah mengadakan serangan ini untuk memulihkan ekonomi yang merudum dan genggaman di Asia Barat dalam usaha menyelamatkan rejim Yahudi.”

“Majoriti rakyat Amerika, malah kebanyakan orang dari negara-negara lain dan ahli politik akan bersetuju dengan pandangan ini,” kata beliau di Perhimpunan Agung dianggotai 192 negara.

Sebaik sahaja Presiden Iran ini mengeluarkan pandangan pedas yang lazim dilontarkan terhadap Barat, perwakilan Amerika dan beberapa negara Eropah bertindak keluar dari dewan sidang Perhimpunan Agung yang bermula semalam.

Jurucakap misi Amerika di PBB, Mark Kornblau dalam responsnya berkata: “Berbanding mewakili aspirasi dan semangat muhibah rakyat Iran, Encik Mahmoud sekali lagi memilih untuk membangkitkan teori-teori konspirasi dan kecaman anti-Semitik.”

Jurucakap White House Bill Burton berkata, Presiden Barack Obama berpandangan bahawa komen rakannya dari Iran itu “sangat mengejutkan dan menyakitkan hati” khususnya di bandar raya di mana serangan 11 September terjadi.

Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah Catherine Ashton berkata kenyataan itu “menyakitkan dan tidak boleh diterima.”

Mahmoud berkata beberapa bukti yang boleh menyokong teori-teori alternatif telah “ditutup” - pasport-pasport yang dikesan dalam runtuhan dan satu video milik lelaki tidak dikenali yang “terlibat dalam urusan perundingan minyak dengan beberapa pegawai Amerika.”

Sebagaimana tahun-tahun lalu, Presiden Iran menggunakan platform Perhimpunan Agung untuk menyerang rakan Amerika, Israel dan mempertahankan hak negaranya mengadakan program nuklear yang Barat bimbang akan digunakan untuk menghasilkan senjata.

Beliau juga menyentuh tentang tindakan pastor dari Florida yang sebelum ini merancang untuk membakar al-Quran. — Reuters

Nota :

Pemimpin Islam yang berani yakin bahawa Allah adalah segala-galanya...
Banding dengan pemimpin yang pengecut yang masih lagi bertuhan dan takut pada sesama manusia...
Barak Obama pun Allah yang Cipta...
Benjamin Nantang Yahudi pun Allah Yang Cipta...
Lee kwan Yew Pun Allah Yang Cipta...
Najib Razak Pun Allah Yang Cipta....
Maka tiada sebab untuk kita takut pada manusia melainkan ketakutan kita hanyalah kepada Allah SWT Semata-mata...

UMNO Juara Buat Dosa...!!!

Juara Perosak Akhlak Rakyat....

Juara Melahirkan Penagih dadah...

Juara Melahirkan Anak Haram...

Juara Buat Fitnah...

Besut Juara, Kemaman Naib Juara - BO

KUALA TERENGGANU - Setelah enam tahun Umno dan Barisan Nasional mermpas pemerintahan kerajaan Terengganu daripada PAS, barulah rakyat boleh melihat benar-benar pencapaian yang diperolehi oleh kerajaan berdasarkan slogan 'Islam Hadhari Terengganu Bestari' yang dipopularkan oleh Mantan Menteri Besar Dato' Seri Idris Jusoh.

"Tidak pernah sebelum ini" Terengganu mencapai rekod yang begitu cemerlang dalam masalah sosial yang melanda hidup rakyat.

Pengarah Jabatan Penenrangan PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, slogan 'Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu' yang diperkenalkan oleh Menteri Besar Terengganu masakini, Dato' Ahmad Said juga tidak membawa Terengganu kemana-mana.

"Apa yang rakyat lihat dari kedua-dua Menteri Besar Umno/BN ini adalah, kerajaan dan rakyat Terengganu semakin mundur ke belakang, semakin tinggi gejala sosial, semakin banyak penyelewengan yang berlaku,"ujarnya ketika dihubungi Buletinonline.

Menurutnya, berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) baru-nbaru ini, Terengganu merekodkan jumlah penagih dadah yang tinggi sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini iaitu sebanyak 1,584 penagih berbanding hanya 108 bagi tempoh yang sama tahun lalu iaitu meningkat kepada 1,366.67 peratus.

Belaiu yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu berkata, Pengarah AADK negeri Terengganu Wan Addenan Wan Mohd. Noor mendedahkan, daerah Besut, daerah dimana Idris Jusoh menjadi Ketua Bahagian Umno, menjadi 'Juara' dalam bilangan penagih dadah manakala daerah Kemaman, dimana Ahmad Said menjadi Ketua Bahagian, menjadi naib Juara.

"'Besut mencatatkan bilangan penagih paling tinggi iaitu seramai 445 diikuti daerah Kemaman (351) dan Kuala Terengganu (229) manakala Dungun (188), Hulu Terengganu (128) dan Setiu (91),"jelas Wan Sukairi.

Beliau menambah, dalam kenyataan yang dikeluarkan, AADK turut merumuskan bahawa daerah-daerah yang berada di sempadan mencatatkan penagihan yang tinggi seperti Besut dan Kemaman manakala daerah-daerah lain juga turut meningkat.

Katanya lagi, kenyataan tersebut memperincikan, mengikut pecahan profil penagih, 98.2 peratus adalah lelaki dan 98.5 peratus merupakan keturunan Melayu manakala 78.53 peratus terdiri daripada golongan belia yang berumur antara 19 dan 39 tahun dan sebanyak 32.36 peratus penagih pula mengambil methamphetamine, 12.63 peratus morfin manakala 9.72 peratus penagih amphetamine.

Nota :

Fakta tersebut jelas menunjukkan UMNO yang menjadikan 'Melayu' sebagai dasar perjuangannya, sebaliknya merekalah yang merosakkan akhlak orang-orang Melayu....

Hanya Islam Yang Kekal.....!!!!


MELAYU HILANG KUASA – UM

Mahathir Mohamad mengingatkan orang Melayu bahawa mereka akan kehilangan kuasa dan ‘suara’ jika pakatan pembangkang berjaya mengambil alih pemerintahan negara.

Kata beliau, ia terbukti sewaktu Perak diperintah pakatan pembangkang selepas pilihan raya umum lalu apabila DAP lebih berkuasa di negeri itu walaupun Menteri Besar daripada Pas.

“Kita lihat Mohammad Nizar Jamaluddin di Perak, walaupun dia Menteri Besar tapi dia ikut arahan DAP sehingga (pakatan pembangkang) jatuh. Orang Cina mendakwa ini adalah usaha BN menjatuhkan kerajaan Cina.

“Jadi mereka panggil kerajaan Cina, tak mungkin kita juga akan dapat Perdana Menteri yang semacam Nizar, namanya Melayu, agama Islam tetapi dia bukan sebenarnya bebas, dia adalah alat pada orang lain dan ini boleh berlaku,” katanya.
---------------------------------------------------------------
Woittttt....SELAMA 50 TAHUN.... DAH BORING LIHAT MELAYU BERKUASA.....

Woittttt....SELAMA 50 TAHUN MELAYU BERKUASA....CUMA ANAK BINI DAN KRONI SAJA YANG KAYA......

Kah...Kah...SELAMA 50 TAHUN MELAYU BERKUASA...RASUAH JADI BARAH....

Woittttt....SELAMA 50 TAHUN MELAYU BERKUASA.....ANAK HARAM MAKIN JADI RAMAI.....

Woittttt....SELAMA 50 TAHUN MELAYU BERKUASA.....VINCENT TAN JADI MAKIN KAYA.....

Kah...Kah..50 TAHUN MELAYU BERKUASA....MAKIN LEMAH ISLAM DI BUATNYA....

Woitttt.....SELAMA 50 TAHUAN MELAYU BERKUASA....ANANDA KRISHNA MAKIN KAYA RAYA.....

Woittttt....KALAU MACAM INI..LEBIH BAIK LAH MELAYU HILANG KUASA.......

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH....SEKARANG MASA NYA TELAH TIBA UNTUK RAKYAT MENGANGKAT & PILIH ISLAM UNTUK BEERKUASA......

Pemilihan PKR

KENYATAN AKHBAR

Alhamdulillah, pemilihan KeADILan 2010 ternyata mencatat sejarah politik tanah air apabila KeADILan menjadi pelopor kepada kaedah pemilihan berdasarkan satu ahli satu undi. Dalam erti kata sebenarnya, demokrasi dibudayakan sepenuhnya di dalam KeADILan dan bukan sekadar slogan kosong.

Saya yakin pemilihan ini pastinya menarik perhatian segenap lapisan masyarakat seluruh Malaysia. Maka proses yang dilalui seharusnya tersusun dan tidak menampakkan sebarang cacat cela.

Justeru, saya mengharapkan agar ruang Pemilihan kali ini harus dibudayakan dengan penuh tertib dan etika. Sebaran jamak pandangan yang berlaku harus dirai dengan penuh sopan dalam disiplin parti sebagaimana digariskan dalam Etika Pemilihan parti.

Saya juga menyeru agar Pemilihan ini dijadikan platform untuk ahli menilai barisan kepimpinan yang mantap dan segar idealisme bagi memandu KeADILan untuk merealisasikan harapan rakyat ke arah Malaysia yang demokratik dan madani.

DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden
Parti Keadilan Rakyat (KeADILan)

Malaysia Yang Double Standard....

AMAT PELIK - INI HANYA BERLAKU DI MALAYSIA

Perhatikan gambar gambar ini?

Walhal yang baju kuning adalah seorang penyakit mental
Gambarnya terpampang jelas...apakah kerana si baju kuning
tidak ada peguam dan suadara mara...???
Maka mukanya terpampang di akhbar
Kes ini belum jatuh hukum lagi dan baru saja didakwa....

Yang baju kelabu pulak adalah bekas polis....
Juga baru di dakwa....
Apakah kerana si baju kelabu ini dituduh membunuh anak bekas pimpinan UMNO...
Maka gambarnya juga turut terpampang di akhbar....???

Adakah ini betul Si Sirul...???

Atau inikah Si Azilah....??? Semua orang tak tahu...!!!

Bagaimana pula muka Azilah dan Sirul....?

Semua nya telah muncul di akhbar melayu....
Kenapa sampai sekarang dua pembunuh altantuya tidak kelihatan mukanya...?

Apakah kerana ada gedebe yang berkepentinagan maka muka mereka hingga ke hari ini masih disorok walau pun telah di dapati bersalah membunuh Altantuya...?

Jadi Melayu Belum Tentu Boleh Jadi Islam.....



Nota :

Inilah hasil didikan UMNO selama ini....Terlalu taksub dengan Semangat Kemelayuan sehingga sanggup ketepikan Islam...masyaAllah....!!!

SPR...Suruhajaya Pindah Rakyat...!!!


BERSIH 2.0 : BETULKAN LOKALITI MENGUNDI ,PINDAH PENGUNDI TIDAK SAH – MI

Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) Datuk Ambiga Sreenevasan menyifatkan langkah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan pembetulan lokaliti mengundi dan disusuli dengan pemindahan pengundi terbabit sebagai proses yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

SPR melaksanakan proses ini secara meluas ekoran penggunaan sistem maklumat geografi elektronik (EGIS) sejak 2004 di seluruh negara iaitu dua tahun selepas urusan persempadanan bahagian pilihan raya terakhir dilaksanakan.

Proses itu membawa kepada pertambahan kerusi Parlimen kepada 222.

Menurut SPR, ia menjalankan proses ini selaras dengan peruntukan Subseksyen 7(2) dan 7(4) Akta Pilihan Raya 1958 dan Subseksyen 25(3) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.

Ambiga berpendapat bahawa walaupun SPR mengesan kewujudan kesilapan dalam sempadan bahagian pilihan raya sama ada DUN ataupun Parlimen, ia tidak harus mengganggu sempadan sedia ada.

Nota:

Secara senyap senyap barua UMNO/BN badan yang dipangil SPR ini telah mengubah dan
mengalih tempat mengundi para pengundi.

Penipuan ini mula disedari dipilihanraya kecil
hulu selangor dan inilah lah kerja baruan SPR selama ini.

Kenapa SPR boleh berbuat bagini ?

Setiap 10 tahun mengikut perlembagaan boleh dibuat persempadanan semula.
Ini memandangankan pertambahan pendudukjuga boleh ditambah jumlah kerusi ADUN dan
parlimen.

Tetapi persempadan semula ini wajib diluluskan oleh parlimen.

Selama 50 tahun inilah kerja gerombolan mengubah dan mengalih persempadanan untuk
memastikan mereka terus berkuasa.

Kali terakhir persempadaan semula dibuat pada tahun 2000.
Persempadaan semula tahun 2000 dilakukan kerana pada tahun 1999 pengundi melayu telah lari untuk mengundi Barisan Alternatif.
Terenganu jatuh ke tangan PAS dan parti Keadilan Nasional mula bertapak.

Hasil dan mangsa yang paling jelas dipersempadan semula tahun 2000 ialah kerusi Mahfuz dan Mat Sabu
Dimana sempadan telah dialih alih hingga mereka kalah pada tahun 2004.

Jadi apabila dibuat persempadan semula tahun 2000
Barua SPR telah memastikan seboleh bolehnya tidak ada kawasan di pantai barat yang majoriti melayunya tidak melebihi 80%
Kawasan seperti ini akan lari kepada PAS.

Justeru persempadan semula tahun 2000 telah melakukan banyak perubahan dimana
banyak kawasan melayu dikurangkan pengundi melayu supaya tinggal menjadi 60% sahaja.
Pengundi bukan melayu dibawa masuk untuk memastikan PAS terus tersepit.