Jan 3, 2011
Apo Kono Eh Jang....!!
ARKIB : 11/10/2010
BANTERAS PORNOGRAFI LAMAN WEB - UM
Pengaruh pornografi di Internet harus dipandang serius oleh semua pihak di negara ini. Hal ini pernah dibangkitkan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim di persada antarabangsa baru-baru ini.
Sejak perkhidmatan Internet diperkenalkan di negara ini pada 1987 dan peningkatan pengedaran dan penjualan VCD serta DVD lucah yang berleluasa, didapati kes-kes jenayah seksual turut meningkat.
Apatah lagi, banyak kes yang tidak dilaporkan. Ini kerana lebih 80 peratus daripada pesalah seksual mempunyai hubungan ataupun mengenali mangsa seperti ahli keluarga, saudara mara dan jiran mereka.
Trend sebegini jelas menunjukkan keruntuhan moral semakin gawat di kalangan anggota masyarakat di negara ini.
Bukan itu sahaja, sekiranya gejala negatif ini tidak dikekang segera, maka ia akan menjejaskan matlamat kerajaan untuk mencapai taraf negara maju pada 2020. Ini kerana sesetengah kakitangan pejabat terutamanya di sektor swasta menggunakan masa pejabat untuk melayari laman-laman sesawang pornografi.
Mereka bukan sahaja menyalahguna kemudahan pejabat dan meningkatkan kos operasi syarikat tempat mereka bekerja, malah daya produktiviti mereka turut terjejas. Mereka tidak dapat menumpukan perhatian kepada tugas dan pemikiran mereka menjadi celaru kerana imej-imej lucah sentiasa terpampang di dalam minda mereka. Mereka ketagih menonton gambar-gambar lucah.
Bagaimanapun, untuk menyekat dan mengekang pornografi siber bukanlah mudah seperti yang difikirkan. Ini disebabkan aktiviti-aktiviti 'penjualan tubuh' merupakan aktiviti-aktiviti komersial utama di Internet dan paling banyak di laman sesawang tertentu.
Adalah dianggarkan terdapat lebih daripada 1.5 juta laman sesawang pornografi di Internet dan 74 peratus daripada laman sesawang pornografi itu.
Menurut Rais, beliau akan mengusulkannya dengan mengutus surat kepada Setiausaha Agung ITU, Dr. Hamadoun Toure untuk memastikan cadangan yang dikemukakan Malaysia diambil tindakan sewajarnya.
Selain itu, disyorkan supaya semua kerajaan di dunia mengkehendaki dan mensyaratkan semua laman sesawang pornografi wajib dibayar. Mereka boleh mengusul dan membahaskan syor ini di Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa Bersatu (UNESCO).
-----------------------------------------------------------------------
Woit... DARI KAJIAN 80% PESALAH SEKSUAL KENAL ATAU ADA HUBUNGAN DENGAN MANGSA...
Woit... INI BUKAN FITNAH...INI KAJIAN ILMIAH...
Kah...Kah...ADA HUBUNGAN DENGAN MANGSA...
Kah...Kah... MACAM ANAK DENGAN BAPAK... SUMBANG MUHRIM...
Kah..Kah... MACAM ISTERI DENGAN ABANG IPAR.....
Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH....MACAM TUAN RUMAH DENGAN AMAH....KAH...KAH...KAH...
Nota :
Menjarjis jarjis ke hulu
Meraba-raba di kelab malam
Merais-rais dahulu
Merogol amah dalam diam-diam...
Tunggu Dan Lihat...!!
Perhatikan kampong Bandar Dalam ini...sudah 150 tahun umurnya..para cukong telah bersedia untuk merobek robekkan kampong ini...!!DBKL BERI KATA DUA – UM
KUALA LUMPUR 22 Dis. – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi tempoh sehingga 3 Januari ini untuk peniaga di Jalan Damai di sini berpindah ke lokasi lain.
Jika arahan itu gagal dipatuhi, tindakan menyita serta merobohkan 28 premis di situ yang didapati menukar premis kediaman untuk aktiviti perniagaan akan diambil.
Daripada 28 premis itu, 12 premis dijadikan restoran, empat pejabat, dua kedutaan, dua sekolah dan kolej, dua kedai perabot dan dua rumah kelab dan masing-masing satu dijadikan tapak semaian, tadika, spa dan galeri.
Nota:
Hari ini 3 januari 2011
Apakah DBKL akan datang dengan jentolak ke Jalan Damai...?
Setelah memberi kata dua..?
Ataupun hanya lanchow saja...??
kita tunggu dan kita lihat ?
Jan 2, 2011
Hati-Hati Dengan Berita Orang Fasik....!!

Utusan Macam nasi Goreng Basi - HD
TASEK GELUGOR, 2 Jan: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyifatkan Utusan Malaysia umpama 'nasi goreng basi' kerana terus memainkan isu walaupun tahu isu yang dipaparkan tidak lagi relevan pada masyarakat.
Katanya, akhbar tersebut terus menabur fitnah yang boleh dikatakan semua isu sudah dijawab dan ada antaranya telah memakan diri Umno sendiri.
Tambahnya, isu wang judi sampai kini menjadi mainan bibir pemimpin Umno dan Utusan Malaysia sebagai lidah rasmi parti itu sengaja memaparkan isu berkenaan walaupun tahu ia telah selesai.
"Utusan Malaysia macam nasi goreng basi senantiasa ulang cerita yang sudah selesai. Mereka terus sebut isu yang berulang walaupun tahu telah menikam Umno sendiri dengan harapan menyerang Kerajaan Pakatan Rakyat secara bertalu-talu," ujarnya ketika berucap di majlis Jubli Perak PAS Kawasan Tasek Gelugor di Dewan Besar Sungai Dua malam tadi.
Beliau sebagai peneraju Negeri Pulau Pinang berharap rakyat tidak termakan dakyah jahat Umno dan Barisan Nasional (BN) sebaliknya memberi kepercayaan pada Pakatan Rakyat yang sedang memerintah agar terus melaksanakan berbagai program menjana perubahan pemikiran rakyat.
Kerajaan berhati rakyat tambahnya, melakukan berbagai perencanaan untuk meningkatkan sosio ekonomi, kebajikan dan seterusnya memberikan kemudahan terkini seperti Wifi pada rakyat mulai tahun ini.
Selain itu, ujarnya kerajaan berkonsepkan Cekap, Akautabiliti dan Telus (CAT) mahukan pembelaan rakyat dijadikan amalan apabila memberikan RM100 kepada ibu tunggal dan Orang Kurang Upaya (OKU) sebagai rangkaian bantuan kepada warga emas dan miskin tegar.
"Negeri berkebajikan menjadi amalan kerajaan bukan macam Umno dan BN asyik memenuhkan poket sendiri dan sanggup melihat rakyat menderita dan sengsara," tegasnya yang juga Setiausaha Agung DAP.
Nota :
Sebagai orang Islam....
Kita di minta supaya berhati-hati dengan berita yang di bawakan oleh orang Fasik...
Jangan terlalu cepat kita mempercayainya...
Adilkah SPR Di PRK Tenang...??

PRK Tenang : SPR Di MInta Bertindak Adil - BO
LABIS - Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) diminta bersikap adil dan mengambil tindakan kepada parti Umno dan Barisan Nasional (BN) yang telah pun melanggar arahannya supaya tidak berkempen di luar waktu.
Ketua Penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman mendedahkan beliau telah menerima aduan daripada penduduk Felda setempat bahawa Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan telah pun masuk ke kawasan Felda untuk berkempen.
"Saya telah menerima aduan, (Datuk) Ahmad Maslan (Ketua Penerangan Umno) telah masuk berkempen dalam kawasan Felda, saya baru menerima SMS, esok beliau akan berkempen di Felda Tenang,"kata Mazlan dalam Majlis Pelancaran Gerakkerja PAS dekat sini semalam.
Program yang dianjurkan oleh Badan Perhubungan PAS Johor semalam adalah secara rasminya meruapakan acara sulung 'pemanas badan' bagi jentera PAS bagi menghadapi pilihanraya kecil N.05 Tenang.
Lebih 3,000 orang hadir dalam Majlis tersebut, yang disempurnakan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Turut berucap dalam Majlis itu adalah Timbalan Presiden Ustaz Nasharudin Mat Isa, Pengarah Jentera PAS bagi PRK Tenang yang juga Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob, Bendahari Dr Mohd Hatta Ramli serta wakil-wakil parti-parti dalam Pakatan Rakyat.
..
Hidung Tak Mancung..Pipi Tersorong-Sorong...!!

Khairy Sah Tidak Pertahan Kerusi Rembau ? - TKO
PETALING JAYA 2 JAN : Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengesahkan spekulasi bahawa beliau tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Rembau pada pilihan raya umum akan datang.
Apabila diminta mengesahkan spekulasi mengenai keputusannya untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum ke-13, beliau menjawab 'ya' menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) memetik laporan Mstar Online hari ini.
Terdahulu, Khairy mencetuskan kekecohan di Twitter apabila mengumumkan keputusannya untuk berehat daripada bidang politik.
"Hope to help win more youth support for BN (Barisan Nasional) in 2011 & work hard preparing for elections. Then I'm taking a break from politics. Can't wait".
(Harap dapat bantu raih sokongan belia untuk BN pada 2011 dan bekerja keras untuk menghadapi pilihan raya. Kemudian saya hendak berehat dari politik. Tidak sabar) katanya menerusi Twitter pada Sabtu.
Kenyataan tersebut mendapat respon hebat daripada para pengikutnya yang tertanya-tanya sama ada Ahli Parlimen Rembau itu tidak akan mempertahankan kedudukannya kelak.
"I would like to 'stand down' as they say in the UK. A couple of things I'd like to do before it gets too late".
(Saya ingin 'menarik diri' seperti perumpamaan di United Kingdom. Beberapa perkara mahu saya lakukan sebelum terlambat) jawab Khairy sebagai respon kepada seseorang yang bertanya maksud beliau tentang 'berehat'.
Bagaimanapun, apabila disoal mengenai tempoh 'rehatnya' dari politik, beliau menjawab: "Belum tahu. Tak pasti apa yang akan saya lakukan. Beberapa perkara saya mahu lakukan seperti menyambung pelajaran."
Khairy sebelum ini pernah menyebut tentang kemungkinan untuk tidak mempertahankan kerusi parlimen Rembau menerusi satu temu bual bersama portal berita pada Julai lalu.
Ketika itu, beliau memperjelaskan kenyataannya pada sehari sebelum, yang mengatakan dia hanya mempertimbangkan kemungkinan tersebut dan belum lagi membuat keputusan berhubung perkara itu.
Nota :
Elok sangatlah tu....
Baiklah pergi sambung belajar lagi....
Umur pun masih muda....
Tak payahlah nak sibukkan diri dengan politik....
Memanglah kena kata macam tu.....
Kalau tak..?? Nak kata macam mana lagi....
Kah...Kah...Kah....!!
1 Malaysia Habis Kena Tipu...!

TEH TIMBANG BAHAYA KEPADA KESIHATAN : JABATAN KESIHATAN - UM
nTeh timbang atau teh sukat yang amat digemari oleh penduduk di negeri ini sebenarnya boleh memudaratkan kesihatan mereka.
Ketua Penolong Pengarah Kanan (Keselamatan dan Kualiti Makanan) Jabatan Kesihatan Kelantan (JKK), Ahmad Nadzri Sulaiman berkata, teh berkenaan yang sering digunakan peniaga kedai kopi sebenarnya mengandungi bahan pewarna sintetik (bukan semula jadi) yang berbahaya kepada kesihatan.
"Teh berkenaan tidak mempunyai label dan dijual secara timbang di rata-rata kedai runcit di negeri ini. Ia berbahaya kepada kesihatan pengguna dalam jangka masa yang lama,” katanya.
Katanya, penjualan teh perlu mengikut Peraturan-Peraturan Makanan 1985 iaitu tidak membenarkan serbuk teh ditambah bahan pewarna.
Sesiapa yang didapati menjual, mengimport, mengguna dan menyimpan teh timbang ini, jika disabitkan kesalahan, boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun, katanya.
Beliau berkata berdasarkan rekod JKK dari Januari hingga Oktober 2010, sebanyak 1,858 kilogram serbuk teh timbang bernilai RM22,296 dirampas dalam operasi yang dijalankan JKK.
Peniaga restoran, Meriyam Sholah, 45, berkata beliau tidak mengetahui bahaya penggunaan teh itu dan telah menggunakannya sejak sepuluh tahun lalu.
“Makcik memang suka guna teh timbang ni, pekat molek untuk buat air teh terutama teh susu, kalau guna yang uncang tu nampak pucat dan tak sedap, pelanggan pun bising,” katanya.
Nota:
Tahu kah anda bahawa bukan susu yang anda minum...
Apabila anda minum teh tarik...tapi sebenarnya santan kelapa sawit?
Kenapa...?? Tak caya?
Sila pergi baca apa yang tertulis pada tin susu...
Sepatutnya yang di jual haruslah di label....
Air berwarna bersama santan dan minyak sawit....
Kah....Kah...Kah....!!
Siapa Gobala Krishnan...??

Bermulanya kisah seorang AHLI PARLIMEN YANG MENDAPAT TEMPAT DI KEDAH.Di awal kehadiran GOBALA di PADANG SERAI mendapat restu daripada KETUA CABANG(kini cabang) PADANG SERAI,di samping KETUA BAHAGIAN MERESTUI GOBALA BERTANDING di PADANG SERAI calon dun lunas JUGA MENDAPAT RESTU KETUA BAHAGIAN PADANG SERAI ketika itu.Itu adalah sebagaian rencah GOBALA untuk bertanding di PARLIMEN PADANG SERAI.
Bermuala dari seorang yang sudah merajuk membawa diri ke CAMERON HIGHLANG sehinggalah kini menjadi AHLI PARLIMEN PADANG SERAI.Mungkin ini rezeki GOBALA apabila menang dengan MAJORITI BESAR di PADANG SERAI.
Setelah diri di angkat menjadi AHLI PARLIMEN,sikap gobala yang sebenarnya semakin kelihatan,daripada orang yang merendah diri berubah kepada orang yang bangga diri.Perbezaan yang ketara semestinya ada apabila beliau kelihatan mengumpul kekayaan yang berlebihan menyababkan GOBALA di pandang sinis oleh sesetengah PIHAK.
Setelah menggunakan kenderaan NISSAN CEFIRO bernombor pendaftaran di akhirnya 1234 hinggalah KINI BERUBAH KEPADA MERCEDEZ BENZ KCL 1111.Ditambah pula kediamannya dahulunya seperti orang biasa,kini dah berpindah ke KULIM GOLF CLUB.Hanya orang tertentu dan mempunyai duit yang banyak mampu mendiami kawasan tersebut.Semua ini berlaku setelah dirinya MENJADI AHLI PARLIMEN PADANG SERAI.Jika di lihat kepada PUSAT KHIDMAT saling tak tumpah seperti pusat khidmat ADUN BEBAS.Untuk menaikkan sign bord di pusat khidmatnya mengambil masa hampir setahun untuk di adakan,itupun dikhabarkan kos sign bord tersebut kurang daripada RM700,JIKA DI BANDINGKAN ELAUN AHLI PARLIMEN BERBELAS RIBU SATU BULAN.
Begitulah sifat gobala yang tidak pernah puas dengan apa yang ada.Kerani di PUSAT KHIDMAT beliau sering bertukar ganti,mengikut sumber tertentu GOBALA gagal membayar gaji seperti yang di janjikan.Sedangkan yang kita tahu setiap AHLI PARLIMEN mempunyai peruntukan untuk PEMANDU,PA dan JUGA KERANI.Itupun gobala tidak dapat memenuhi kehendak keraniNYA Tiaplan kerani bertukar wajah.Daripada kerani lelakibertukar ke kerani wanita pernah juga cg pencen juga pernah menjadi kerani pusat khidmat GOBALA.Ini semua menampakkan GOBALA menerapkan sikap lepas tangan.Bab duit ringgit usah di sebut kerana GOBALA pakar di dalam mencari dana,agar duit beliau tidak terganggu.Ini serba sedikit cerita gobala yang tidak popular untuk di ketengahkan,belum lagi di cerita hutang beliau di PADANG SERAI.
Kini gobala melalak seperti anjing tersepit,di PADANG SERAI dialah samseng di tambah pula anaknya yang sering mencetuskan masalah sehinggakan hampir-hampir di tangkap polis.Ini semua ajaran songsang gobala yang di ikuti oleh anak2nya.Biarpun berita anak gobala suka bergaduh tidak tersebar luas tetapi ada insan di PADANG SERAI mengetahui cerita yang sebenar.GOBALA terdesak untuk mendapat jawatan sehingagkan sanggup bergaduh setiap kali adanya PEMILIHAN MPP di cabang2 tertentu.Di mana ada GOBALA semestinya keadaan tegang dan panas.Pernah ada yang beritahu gobala mabuk ketika hadir berkempen untuk dirinya ketika PEMILIHAN KEADILAN 2010 baru2 ini.
Setelah ZAID IBRAHIM melompat keluar,GOBALA telah menjadi cacing kepanasan kerana di negeri KEDAH GOLA juga tidak mendapat tempat sehinggakan beliau panik dengan keadaan sekarang.Harapan beliau untuk menjadi CALON PARLIMEN PADANG SERAI kian malap dengan KES yang beliau hadapi dalam proses rayuan.
Pimpinan PKR KEDAH sudah tidak tahan dengan GOBALA kerana sering menimbulkan kekecohan ketika mesyuarat di peringkat NEGERI KEDAH. Dengan perkataan yang mudah Gobala ini orang yang cukup masalah dan susah untuk di bawa berbincang. SIKAPNYA YANG SUKA BERGADUH merimaskan pimpinan PKR KEDAH sehingga kini.Isu terbaru GOBALA TELAH MENYERANG DSAI .langsung tidak terkejut kerana tindakkan ini sudah di duga terlebih awal sebelum serangan di lakukan.Gobala merancang agar PKR memecatnya seperti yang berlaku terhadap ZUL NORDIN sebelum ini.Caranya sama,iaitu menyerang PARTI habis habisan sehinggakan di kenakn tindakkan disiplin.Gobala mengharapakan tindakkan yang sama akan di lakukan ke atas beliau selepas ini.Di mata rakyat PADANG SERAI GOBALA ini seolah-olah manusia yang suka bersalam sahaja tetapi isi yellek.Kalau di ikuti ceramah beliau semstinya ramai yang teruja,namun jika di teliti isi cermahnya hanya merapu dan omong kosong sahaja lebih kepada mengampu.
Setekah GOBALA memenangi pemilihan cabang,beliau telah mengarahkan AJK2nya SUPAYA TERUS MENJADI AGEN BELIAU apabila beliau telah keluar PKR.Maknanya jika GOBALA lompat dan tinggalkan PKR,TIMBALANNYA AKAN MEMANGKU JAWATAN KETUA CABANG,TIMBALAN KETUA CABANG JUGA MATA DAN TELINGA GOBALA.Rumusannya di sini KETUA CABANG dan TIMBALAN KETUA CABANG PKR SERAI satu kapal dan satu nakhoda.Mungkin selepas GOBALA KELUAR PKR,TIMBALANNYA akan menyusul untk KELUAR PKR.Ini perlu di ambil perhatian oleh kepimpinan PKR KEDAH jikan suatu hari GOBALA MENINGGALKAN PKR.PLATFORM PRK DUN TENANG mungkin akan di gunakan untuk menyusahkan PKR dan memuaskan hati beliau sendiri.Mungkin PARTI AKIM sedang menanti GOBALA dengan tangan terbuka,seruan saya kepada GOBALA PERGILAH KEPADA KITA KERANA KITA TAK PERLUKAN KAMU.Himpunlah KEKAYAAN selagi menjadi AHLI PARLIMEN,sebelum GOBALA BERTANDING DI PARLIMEN PADANG SERAI ATAS TIKET PARTI KITA.Banyak pihak dah muak dan tak sanggup berahli parlimen seperti GOBALA.Seorang ahli parlimen yang tak tahu peraturan,tiada adab dan tiada sifat kepimpinan.Lihat sajalah di DEWAN RAKYAT bagaimana aksi GOBALA yang merimaskan,adakalanya berhujah seperti orang tidak ada akal dan memalukan rakyat PADANG SERAI mempunyai AHLI PARLIMEN YANG MEMALUKAN.
Nota :
PKR Tak payah tunggu sampai esok....
Buangkan asaja MP yang semacam ini...
Jangan tunggu sa,pai hindu belit kita....
Biar kita yang belit hindu dulu.....
Kah...Kah...Kah....!!
Apa Cerrrr....!!

ARKIB : 08/02/2004
ISTILAH ROGOL AKAN DIPERINCIKAN
KUALA LUMPUR 7 Feb. - Kerajaan akan memperincikan istilah rogol sebelum sebarang pindaan undang-undang di dalam Kanun Acara Jenayah dan Kanun Keseksaan terhadap jenayah itu dapat dilakukan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Rais Yatim berkata, ini kerana ada beberapa pihak yang mahukan maksud rogol itu diperluas dan diperhalusi.
Katanya, ia seperti mentakrifkan semula jenayah rogol sebagai satu perbuatan keji yang turut meliputi penggunaan objek sebagai alat untuk merogol.
Setiap pindaan memerlukan kajian teliti melibatkan semua pihak daripada kementerian berkaitan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Kemudian perbincangan lanjut akan dijalankan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan kementerian lain termasuk Kementerian Pendidikan dan Jabatan Peguam Negara untuk mengkaji kesan pindaan tersebut,'' katanya selepas merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) ke-30 di sini, hari ini.
Turut hadir ialah Ketua Polis Negara, Mohd. Bakri Omar dan Presiden PBPM, Mansor Md. Jaafar.
Rais berkata, kabinet juga akan mengkaji beberapa perkara untuk menetapkan tempoh masa siasatan terhadap sesuatu kes.
Katanya, ini bermakna semua kes jenayah yang disiasat mempunyai tempoh tertentu dan perlu diselesaikan dalam masa yang diberikan.
``Perkara pindaan itu terkandung di bawah Seksyen 107 dan 120 Kanun Acara Jenayah dan berharap dapat dibincangkan dalam Kabinet pada Mac ini,'' katanya.
Dalam pada itu, Rais dalam ucapan perasmiannya menyeru semua warga PBPM bergiat lebih aktif dalam program khidmat masyarakat.
Beliau percaya dengan keahlian yang mencecah lebih 80,000 orang, PBPM mampu menganjurkan pelbagai aktiviti di seluruh negara.
Beliau menarik perhatian bagaimana persatuan tersebut boleh berperanan dalam menangani kegiatan jenayah di negara ini dengan memberi penerangan kepada masyarakat bagi mengatasi jenayah seperti samun, ragut, pecah rumah dan isu yang hangat diperkatakan sekarang iaitu rogol.
Rais berkata, sebagai menghargai khidmat bekas-bekas polis, sebuah jabatan yang dikenali sebagai Jabatan Bekas Polis di dalam Kementerian Dalam Negeri telah ditubuhkan.
Selain itu kata beliau, kerajaan juga sedang menimbang permohonan persatuan itu untuk mendapatkan sebidang tanah bagi tujuan pembinaan bangunan milik PBPM.
``Sewajarnya ia dikaji memandangkan Persatuan Bekas Tentera sudah lama memiliki bangunan mereka sendiri,'' katanya.
Tambahnya, masalah sebahagian bekas polis yang berkhidmat ketika darurat dan tidak mendapat bantuan perubatan juga akan diteliti.
Nota :
Macam-macam ada.....
Macam-macam gila.....
Kah...Kah...Kah....!!
Jadilah Anak Jantan...Jangan Jadi Pondan....!!

Tenang : PAS Akan Lawan Secara Gentlemen - HD
LABIS, 2 Jan: Pengarah Pilihan Raya Kecil PAS bagi Dun Tenang, Salahuddin Ayub memberi jaminan bahawa Pakatan Rakyat akan menghadapi Umno BN secara 'gentleman', berdisiplin dan mengikut lunas-lunas demokrasi sebenar.
Bercakap sewaktu melancarkan jentera pemuda Pakatan di sini petang semalam, beliau juga menasihatkan jentera Umno agar tidak membuat sebarang provokasi sehingga mencabar kesabaran jentera Pakatan.
"Ingat lagi apa mereka buat pada jentera pemuda kita di Bagan Pinang? Mereka kepung bilik gerakan kita, pukul petugas kita.
"Kali ini kita nak beritahu mereka, walaupun kita begini, jangan cabar kita.
"Kita sedia menari ikut irama yang mereka dendangkan," katanya yang juga Naib Presiden PAS.
Selain itu, beliau juga yakin Pakatan Rakyat mampu membuat kejutan pada PRK kali ini.
Katanya, biarpun Johor dilabel kubu kuat Umno, tapi kejayaan PAS dan PR menghantar wakil rakyat ke dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 lalu membuktikan label itu sudah tidak terpakai.
Dengan kekuatan dan hubungan erat antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat, beliau yakin, seorang lagi wakil rakyat PAS akan berjaya dihantar ke Dun itu.
"Dulu Johor dikatakan kubu kuat Umno. Tapi itu dulu, once upon a time," katanya lagi.
PRK Tenang ujarnya juga, merupakan panggilan perang dan semua jentera Pakatan harus bersedia menghadapinya.
Ianya juga sebagai medan persediaan menghadapi PRU ke 13 yang dakwanya akan berlangsung Jun tahun ini.
"Kita telah bersedia dengan gendang perang dan bersedia setiap saat.
"(Datuk Seri) Najib kena buat pilihanraya umum tahun ini juga sebab dia perlukan mandat baru.
"Mandat yang ada ini adalah mandat Pak Lah (Tun Abdullah Badawi)," katanya yang juga ahli parlimen Kubang Kerian.
Desas-desus PRU ke-13 tahun ini katanya makin jelas apabila Najib didakwa akan memanggil semua ahli parlimen BN membincangkan hal itu.
Nota :
Kita akan lawan UMNO/BN di Tenang Secara anak jantan....
Kita akan lawan UMNO/BN secara yang lebih berhikmah....
Kita kena sedar bahawa UMNO/BN merancang...tetapi Allah juga merancang...
Tetapi pernagangan Allah adalah yang terbaik....
Allahuakbar.....!!
Subscribe to:
Posts (Atom)

