Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Apr 12, 2011

Solat Hajat Seluruh Negara 14 April Ini....!!


Parti Islam Semalaysia (PAS) mengarahkan semua ahli seluruh negara melaksanakan solat hajat pada 14/4/2011 khamis malam Jumaat untuk kemenangan calon Pas dan Pakatan Rakyat di Sarawak.

Ini adalah jalan yang terbaik bagi pejuang agama Allah supaya Allah memberi kesejahteraan kepada calon Pas dan petugas Pas di Sarawak.

Kita perlu memohon kepada Allah semoga pintu hati pengundi terbuka untuk menyokong perjuangan menegakkan keadilan dan menentang kezaliman.

Alhamdulillah petugas Pas dan PR menunjukkan komitmen yang tinggi untuk memastikan perubahan politik di Sarawak.

Semua penyokong Pas di seluruh negara mohonlah kepada Allah agar keselamatan petugas-petugas Pas selamat menjalankan tugas sepanjang pilihanraya, InsyaAllah.

Nampaknya bunga-bunga kemenangan sudah nampak, penerimaan masyarakat tempatan walaupun berlainan agama dan budaya. Pas sudah tidak asing lagi kepada mereka, terutama generasi muda.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS
..

Rakyat Sarawak Telah Di Zalimi.....!!

Laungan Reformasi Sambut Najib Di Sarawak....!!

16 April : Tsunami Kedua Politik Malaysia..??


"KUCHING. SARAWAK: Gempa bumi dan Puting beliung dikatakan terus melanda Sarawak yang menyaksikan program-program ceramah anjuran Pakatan Rakyat terus mendapat sambutan hebat dan luar biasa.

Malah, jumlah yang hadir dikatakan melebihi daripada jangkaan pemimpin pembangkang sendiri, sehingga penasihat DAP, Lim Kit Siang sebelum ini menyifatkan puting beliung sedang melanda negeri itu.

Pengarah Strategi KEADILAN pula menyifatkan ia sebagai gempa bumi- sebelum meletus gelombang ombak besar ‘tsunami’ 16 April ini iaitu hari penentuan rakyat Sarawak memilih kerajaan baru.“Sambutan yang kita terima sangat baik dalam tempoh bermula kempen sehingga hari ini. Kalau di kawasan bandar, jumlah kehadiran ceramah-ceramah Pakatan Rakyat mencecah 10 ribu hingga 11 ribu orang. Di kawasan bandar gelombang itu sangat jelas malah kutipan untuk pakatan sahaja mencecah berpuluh ribu ringgit,” katanya.

Secara berseloroh, Rafizi berkata, BN tidak boleh memberikan alasan bahawa jumlah itu disebabkan kehadiran ramai pegawai polis dari cawangan khas, kerana mereka yang hadir turut menderma kepada Pakatan.
Malah katanya, kempen Pakatan di kawasan pedalaman turut mendapat sambutan luar biasa dan tidak pernah berlaku dalam sejarah politik di Sarawak kali ini.
Ia ternyata berbeza pada Pilihan Raya Negeri Sarawak 2006 dan sebelumnya- apabila pembangkang dikatakan langsung tidak mempunyai tempat untuk berkempen di kawasan pendalaman.

‘Kini apabila pemimpin-pemimpin utama KEADILAN seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan Saifuddin Nasution datang ke rumah panjang, tuai rumah atau pemimpin utama rumah panjang membuat upacara istimewa menyambut kehadiran mereka,” ujarnya.
Kata Rafizi, keadaan itu kini benar-benar menggusarkan Najib sehingga terpaksa berkampung dan membawa satu ‘batalion kabinet’ ke negeri itu bagi mempertahankan Sarawak dari jatuh ke Pakatan Rakyat.

Najib kini dikatakan membatalkan semua programnya di semenanjung untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada pilihan raya negeri itu, yang juga dilihat tidak pernah berlaku dalam sejarah sebelum ini.

“Apabila Najib turun berkampung membawa 1 barisan menteri kabinet di sini, ia membawa petanda baik kepada Pakatan,” tambah beliau.

Katanya lagi, keadaan BN Sarawak yang kini sudah berpecah belah dan bertelingkah sesama sendiri, memberi satu kelebihan kepada Pakatan Rakyat.
Malah Taib Mahmud juga dikatakan sudah lagi tidak sebulu dengan tindak tanduk Najib, apabila bertindak memboikot beberapa program yang dihadiri Presiden Umno itu.
Ia berikutan desakan Najib supaya Taib berundur sebagai Ketua Menteri Sarawak, selepas pilihan raya tersebut, dan campurtangan Najib yang berlebihan dalam pilihan raya itu.

Namun, Rafizi mengingatkan jentera Pakatan supaya bersiap sedia menghadapi sebarang strategi dan taktik Umno khususnya menjelang saat-saat terakhir pengundian.
“Dua hingga tiga hari sebelum hari mengundi mereka akan tabur duit, mereka akan sabotaj untuk mendapat undi. Ini kerana mood rakyat sedang bersama kita. Kita bimbang BN akan menggunakan sepenuhnya 3M- jentera kerajaan, wang ringgit dan media untuk sabotaj Pakatan Rakyat.

“Mereka akan gunakan fitnah dan sebab itu jentera kita perlu disusun sebaik mungkin” ujar beliau.

Sambutan luar biasa terhadap program Pakatan berlaku di Kuching semalam di mana jumlah hadirin dijangka melebihi 10,000 orang. Jumlah terbesar adalah di Batu Kawah yang dianggarkan tidak kurang daripada 12,000 orang.

Tiga pemimpin utama Pakatan rakyat, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan penasihat Dap, Lim Kit Siang, menyemarak sambutan rakyat Sarawak, sehingga jalan menuju ke tempat ceramah sesak teruk sejauh 6 kilometer.

Isu video seks palsu langsung tidak memberi kesan kepada pengundi, malah ketika Anwar menyebut mengenainya, kebanyakan yang hadir tertawa menunjukkan mereka tidak mempercayai tuduhan jahat berkenaan.

Dalam beberapa ceramah sebelum ini seperti di Miri, Senadin dan Bintulu, jumlah kehadiran dijangka melebihi ribuan orang, satu angka yang cukup luar biasa bagi situasi rakyat di Sarawak yang selama ini dianggap konservatif BN.
Meskipun sesetengah pihak mendakwa , jumlah kehadiran yang begitu ramai belum tentu menjamin kemenangan, namun ia ternyata membangkitkan gelombang dan sentimen rakyat Sarawak yang semakin ghairah untuk menggulingkan Taib Mahmud menjelang 16 April ini. - KR

Lawan Sampai Menang....!!


Pergilah ke mana - mana di bumi Sarawak ini pasti anda akan terjumpa harta, tanah milik Taib atau keluarga terdekatanya. Sarawak bumi kaya tetapi rakyat terus miskin derita. Kekayaan Taib dan keluarganya boleh diterjemah dengan jumlah hartanah dan harta milikan dia dan keluarganya bukan sahaja di dalam negara tetapi di luar negara juga.

Setelah sekian lama, dibawah Taib yang begitu rakus merompak dan memperbodohkan rakyat maka kali ini nampaknya rakyat sarawak sudah mula bangkit menyatakan ketidak puasan hati secara terbuka. Pilihanraya negeri Sarawak juga dilihat satu medan yang penting untuk menterjemah 'mood nyah Taib dan selamatkan Sarawak'

Menyedari hakikat tersebut, Najib selaku Presiden Bn sebelum pilihanraya sudah memulakan rundingan untuk proses pengunduran Taib, namun oleh kerana takut dengan ugutan Taib jentera Bn akan berada di luar kawal jika Taib tidak menerajui Bn dalam p/raya negeri kali ini maka Najib bersetuju Taib terajui jentera p/raya negeri tetapi akan berundur sebaik sahaja selepas itu. Namun setelah memulakan mood kempen disedari sememangnya rakyat menolak Taib sepenuhnya dan tanpa selindung Najib mengumumkan Taib akan berundur dalam masa terdekat. Najib sendiri panik akan kehilangan banyak kerusi di Sarawak maka dia sendiri terpaksa berkampung di Sarawak.

Najib panik jumlah kehadiran dalam kempen Bn jauh sedikit jika dibanding dengan jumlah kehadiran dalam program - program kempen Pakatan Rakyat. Bn terpaksa menggunakan seribu satu macam teknik menarik orang ramai datang dari terpaksa menyeret artis menyanyi selepas ucapan pemimpin Bn hinggalah mengagihkan 'tupperware' percuma selepas ucapan Najib.

Memang ramai orang datang selepas itu namun adakah mereka datang untuk menyokong atau sekadar berhibur sambil menanti hadiah selepas program.

Khayal dengan kehadiran sedikit ramai semalam di Padang Merdeka Kuching, Taib dihadapan Najib telah mengumumkan hanya akan berundur selepas beberapa tahun lagi. Ini digambarkan dalam ucapanya dengan kelompok muda yang menanti kemunculan Dayang Nur faizah dan Anuar Zain disamping artis - artis porpular berbangsa cina. Ingat jangan tertipu Taib pernah umum akan berhenti sejak tahun 1995 lagi, tetapi dia masih di situ.

Nota :

Ternyata Najib sendiri gagal mengundurkan Taib, dia sudah terlalu berkuasa.

Rakyat perlu disedarkan
mengundi PBB beerti mengundi Taib
mengundi SUPP beerti mengundi Taib
mengundi SPDP beerti mengundi Taib
mengundi SNAP beerti memecahkan kekuatan melawan Taib
kepada seluruh rakyat Sarawak termasuk orang Bn.... Najib juga gagal undurkan Taib... hanya satu cara undurkan Taib dari takhtanya iaitu JANGAN UNDI BN.

Tak Kan Mudah Untuk Taib Berundur...!!


TAIB: SAYA AKAN BERUNDUR DALAM BEBERAPA TAHUN - MK

Ketua Menteri, Taib Mahmud sekali mengelak soalan mengenai bila beliau akan berundur selepas 30 tahun menerajui kepimpinan Sarawak.

Dalam ucapan ringkasnya di Padang Merdeka, Kuching, Taib berharap agar generasi muda akan menyokong penggantinya nanti.

"Masa anda akan tiba. Bila saya berhenti nanti, saya ingin menyerahkan kepada generasi awaklah yang akan menyokong pemimpin (baru) yang akan terus memajukan Sarawak," katanya.

Ucapan itu disampai di depan Najib Razak, yang semalam berjanji bahawa Taib akan berundur, sekaligus mencetuskan spekulasi bahawa Putrajaya cuba menyegerakan satu rancangan peralihan kepimpinan di Sarawak.

Tetapi pembangkang - yang menjadi Taib musuh nombor satu - dalam kempennya, mendakwa Najib tidak mampu untuk membuat Taib berundur dan mendakwa Taib mahu terus memegang kuasa.

NOTA:

suasana amat baik
kita wajib menyokong agar taib
akan terus berkuasa di sarawak
kita memerlukan taib untuk satu
penggal lagi - taib akan dijadikan
umpan untuk menaikkan kebencian
warga sarawak terhadap gerombolan

apabila najib mahu taib pergi
ertinya taib yang tidak pergi adalah
baik untuk kita - najib mahu selamatkan
gerombolan - kita mahu dayak bangun
melawan - suasana belum cukup ranum
kita perlukan taib untuk terus berkuasa

dayak sedang berontak tapi belum cukup lagi
banyaqk kawasan pendalaman masih ada dayak
yang boleh dibeli

kumpulkan pengalaman
tanya kenapa mat mongol mahu taib undur
ini samalah macam madey berundur
kalau madey tidak berundur pada pilihanraya 2004
telah lupus majoriti dua par tiga
pada tahun 2008 kita ke putrajaya

tetapi madey sedar lalu undur diri - hasilnya dolah
yg membawa undi terbanyak - satu sejarah -
untuk gerembnolan!

ini pelajaran untuk kita semua

jika taib pergi kemarahan warga sarawak
akan berkurang - rakyat sarawak akan merasa
ada perubahan - dan kita wajib menunggu 30 tahun lagi
sebelum satu lagi ombak dayak untuk berontak!!!

Apr 11, 2011

Demi Undi...Halal Haram Tolak Ketepi....!!


Nota :

Naik bahtera memasang kemudi
Bahtera menuju ke Kuala Sedili
Dengan matlamat memancing undi
Haram dan halal tak usah peduli..

Kah..Kah...Kah....!!

BN Bahang Balak..Rakyat Cuma Dapat "Tupperware" .....!!


Kekecohan rebut Tupperware di ceramah PM - MK

Kekecohan berlaku di stadium tertutup MBKS malam tadi selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razal meninggalkan tapak perhimpunan ceramahnya kerana hadirin berebut cuba mendapatkan 'ole-ole' yang dibawanya - iaitu bekas makanan dan minuman berjenama Tupperware.

Ketika 2,000 orang beredar dari stadium itu, ratusan lagi mengerumuni pintu masuk untuk merebut bag 'ole-ole' yang diberikan secara percuma itu.

Bag itu mengandungi poster Najib dan sama ada sebuah bekas makanan atau minuman daripada jenama terkenal Tupperware.

Apabila keadaan menjadi tidak terkawal, beberapa pekerja terpakasa memindahkan kotak-kotak barangan itu daripada pintu masuk.

Jatuh tergolek

Sebaik sahaja kotak yang dibawa mencecah lantai, puluhan orang lagi akan menyerbu ke arah tersebut. Kebanyakan mereka adalah golongan berusia dan kanak-kanak yang terus mengoyakkan kotak itu dan merampas 'ole-ole' yang ada.

Dalam kekecohan itu, ramai yang jatuh. Seorang wanita tua dilihat tergolek di lantai tetapi terus berpegang erat kepada bag yang berjaya diambilnya itu.

Wartawan dan anggota polis yang berada di lokasi tercenggang melihat kejadian yang tidak disangkakan dan ada yang menasihatkan orang ramai supaya bersabar menunggu giliran mendapat hadiah daripada BN itu.

Seorang hadirin memberitahu Malaysiakini bahawa beliau datang apabila terbaca di akhbar mengenai program anjuran BN yang menjemput semua penduduk sekitar Kuching.

“Ada makanan dan hadiah percuma. Sesiapa pun akan datang,” kata lelaki pertengahan umur yang tidak mahu namanya disiarkan.

Ditanya sama ada beliau datang untuk menyokong perdana menteri dan BN, lelaki itu berkata dia hadir untuk melihat wajah Najib secara dekat.

Seorang wanita tua pula berkata, beliau dan penghuni sebuah rumah pangsa dibawa dengan bas dari Jalan Ban Hock. Katanya, akibat kekecohan itu, dia gagal mendapat bag 'ole-ole' BN itu.

Sebelum majlis bermula, semua hadirin diberikan sehelai kemeja T 1Malaysia dan diminta menyarungkannya ketika itu juga. Hadirin juga diberikan burger dan air minuman botol.

Ingatan Buat BN Di Sarawak...!!


Helikopter terhempas lepas turunkan rombongan TPM - MK

Sebuah helikopter terhempas dari ketinggian 10 kaki ketika hendak berlepas dari Dataran Sibu.

Kejadian itu berlaku selepas helikopter tersebut menurunkan anggota rombongan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebelum kejadian tersebut, tiga helikopter membawa rombongan timbalan perdana menteri balik dari Bintangor ke Sibu

Bagaimanapun, Tan Sri Muhyiddn tidak menaiki helikopter yang terhempas itu.

Menurut OCPD Sibu, ASP Shafie Ismail, kejadian itu berlaku pada jam 1.50 tengahari selepas helikopter itu menurunkan semua penumpangnya di Sibu Townsquare.

"Helikopter tersebut hendak berlepas balik ke lapangan terbang untuk disimpan, (tetapi) kemudian jatuh ketika cuba terbang. Ia berada pada ketinggian kira-kira 10 kaki," katanya.

Berikutan itu, juruterbangnya, Kapten Sahimi Razali, 38, mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital.

Dua daripadanya adalahmilik Hornbill Skyways, dan helikopter yang terhempas itu adalah dari Sabah Air.

Kejadian itu dipercayai berlaku akibat hujan lebat di Sibu.

Dayak Sedang Memberontak...!!


NAJIB MULA KEMPEN ENAM HARI, JAMIN TAIB AKAN UNDUR SEGERA-MI

Dilihat sebagai sudah merasai rasa tidak puas hati di kalangan penduduk Sarawak terhadap Tain mahmud, Najib Razak dalam mesej pertama sempena kempen enam hari menjelang hari penentuan Sabtu ini menegaskan perubahan kepimpinan akan dilaksanakan secepat mungkin selepas pilihan raya.

Berucap pada perhimpunan di stadium tertutup Majlis Bandaraya Kuching Selatan di sini malam ini, Najib menggesa orang ramai tidak risau mengenai kedudukan Taib yang telah pun bersetuju untuk meletakkan jawatan apabila tiba masa yang sesuai.

“Percayalah saya, percayalah saya, apabila tiba masa yang sesuai, kami akan laksanakan yang ini (peralihan kepimpinan). Jangan cepat dan percaya dengan pembohongan pembangkang,” kata Najib.

Najib berjanji bahawa perubahan dalam kepimpinan tertinggi sudah pun disusun dan “perubahan secara tiba-tiba” akan menyebabkan ketidaktentuan di negeri bumi Kenyalang itu.

Nota:

kalau taib undur jamin
sprm akn buka fail
jangan undur taib jangan undur
terus kan jadi kepala lanun di sarawak