Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Nov 29, 2011

Tanya Cina Kelantan...Adakah PAS Sudah Potong Dia Punya 'Lanchow'....??


KOTA BHARU, 28 Nov: Seramai 40 orang peserta rombongan dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kawasan Parit Buntar menegaskan mereka tetap akan menyokong perjuangan di hadapan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mereka menyatakan demikian sempena lawatan rasmi mengunjungi Tuan Guru yang juga Menteri Besar Kelantan, di kediaman rasmi, di sini petang ini

Rombongan yang sebahagian besarnya terdiri dari kaum wanita serta bekas penyokong MCA diketuai Pengerusi DHPP kawasan tersebut, Ricky Tang.

Ricky dalam ucapannya memberitahu, masyarakat bukan Islam di negeri ini khususnya kaum Cina sering diberi bayangan buruk berhubung perjuangan PAS dengan tujuan menakutkan mereka.

“Bagaimanapun, semakin mereka ditakuti sokongan terhadap PAS semakin bertambah dari tahun ke tahun dan pihak lawan sudak tidak boleh berbuat apa berhubung ledakan sokongan ini,” ujarnya.

Sementara itu, Tuan Guru ketika berucap pada majlis itu menyeru golongan terbabit meninjau perkembangan kehidupan masyarakat bukan Islam khususnya kaum Cina di negeri ini sejak 21 tahun lalu melalui golongan terbabit.

“Tuan-tuan boleh bertanya masyarakat Cina Kelantan, adakah saya selaku ketua kerajaan mengkhianati mereka sama ada dari segi ekonomi, agama, kebudayaan, sosial dan sebagainya?

“Tuan-tuan tidak boleh menerima bulat-bulat maklumat yang tidak tepat dari orang tertentu tanpa merujuk sendiri dari masyarakat bukan Islam di negeri ini,” ujarnya.

Tuan Guru turut melahirkan rasa bertuah serta terima kasih kerana sudi mengunjunginya, walaupun dalam keadaan demam, namun kerana rasa gembira untuk bertemu masyarakat terbabit, beliau gagahi juga.

Nov 28, 2011

UMNO Takut Pada Bayang-Bayang Sendiri...!!


KUALA TERENGGANU - Simulasi pilihan raya atau pilihanraya 'olok-olok' yang dilaksanakan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) adalah program yang melanggar etika, mengugut dan memanupulasi para pengundi.

Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS negeri Terengganu Ariffin Deraman menegaskan, PAS tidak tergugat dengan program itu, namun menurutnya, beliau bimbang kerana rakyat menjadi mangsa politik ugutan dan penipuan Umno.

Katanya, beliau mendapat maklumat, sasaran pengundi simulasi itu adalah terdiri daripada mereka yang cuba dipengaruhi oleh Umno.

"saya dapat maklumat 'taget' utama adalah orang yang boleh dipengaruhi khususnya kepada penerima bantuan ehsan, penerima dana 'to you', (dana) bakti remaja, pengundi-pengundi baru,

"yang mana kita juga dapat lihat surat yang dikeluarkan oleh menteri besar, Mad Said kepada pengundi-pengundi tertentu supaya hadir dalam simulasi,"katanya ketika diminta mengulas perkara tersebut pada Sabtu 26 November.

Katanya, surat yang dikeluarkan oleh Pengerusi BN Terengganu Dato' Seri Ahmad Said kepada pengundi sasaran tersebut membuktikan berlaku politik ugutan.

Beliau berkata, jika pengundi yang dipanggil tidak hadir kepada program simulasi itu, Umno akan mengugut menarik balik bantuan-bantuan yang diberikan selama ini.

"selalunya berlaku juga politik diugut di sini. (pengundi) diugut misalnya jika tak hadir simulasi, ia akan hantar surat balik, (oleh) pemimpin umno setempat atau menteri besar (menyatakan) bantuan-bantuan yang diberi selama ini akan ditarik balik,

" ini bentuk ugutan yang dibuat oleh pihak umno terutama kepada orang-orang tua dan juga mungkin kepada orang baru ataupun orang yang tak tahu dari segi undang-undang pilihan raya,"jelasnya

Menurutnya, Umno juga sering menipu dengan mengatakan undi tidak rahsia, sedangkan kata beliau, ia adalah tidak benar samasekali kerana dari segi undang-undang pilihan raya, mengundi memang sangat rahsia.

Beliau berkata, melalui laporan yang diterima, Umno melanggar etika dengan menyalahgunakan premis kerajaan dalam program simulasi yang diadakan itu.

"hari ini seluruh negeri dia (Umno) pasang bendera dan sebahagaian besar dia menggunakan premis kerajaan sama ada sekolah ataupun balai raya, sebahagian besar mereka guna sekolah-sekolah seperti sekolah kerajaan persekutuan, mahupun kalau kerajaan negeri, tapi ini (simulasi) adalah program parti (Umno),"ujarnya.

Oleh itu, beliau berkata, pihaknya akan melaporkan penyalahgunaan tersebut kepada pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan menghebahkan pemylewengan Umno itu kepada media massa dan orang ramai.

BUkti PR Lebih Baik Banding Dengan BN....!!


Urustadbir Baik : Bukan PR Kata, Ketua Audit Yang Kata - HD

KUALA LUMPUR, 27 Nov: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mahu rakyat menilai sendiri Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang merekodkan pentadbiran negeri Pakatan Rakyat lebih baik berbanding negeri-negeri BN.

Menurutnya, 'pujian' sebegitu bukan datang sama ada dari PAS, PKR mahupun DAP tetapi datang dari pihak yang diberi kepercayaan oleh kerajaan pusat untuk membuat penilaian terhadap semua negeri.

"Jangan dengar ucapan pemimpin PAS memuji pemerintahan Kelantan dan Kedah, jangan dengar ucapan pemimpin DAP memuji Pulau Pinang.

"Sudah tentu pemimpin parti Keadilan memuji Selangor di sudut jaga kewangan jaga duit, tetapi (dengarlah) laporan orang tengah iaitu Audit Negara yang memberitahu bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat jauh lebih baik menjaga wang rakyat daripada Barisan Nasional," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di Majlis Makan Malam DAP ke-45 yang diadakan di Kompleks Sukan Pandamaran di Klang malam tadi.

Turut serta berucap malam tadi Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Adun Pandamaran Ronnie Liu.

"Laporan Audit Negara meletakkan di antara negeri yang terbaik jaga kewangan nombor satu Pulau Pinang dan nombor dua Selangor," kata Mohamad lagi.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 sebelum ini merumuskan bahawa pengurusan kewangan dan perbelanjaan khususnya Negeri Selangor yang ditadbir Pakatan Rakyat adalah lebih memuaskan berbanding negeri-negeri yang ditadbir oleh Barisan Nasional.

Malahan Ketua Audit Negara menegur pentadbiran di negeri-negeri seperti Terengganu dan Pahang supaya memperbaiki pengurusan kewangan mereka.

Bagi Kelantan pula, ketua audit negara merumuskan bahawa kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat mengamalkan penjimatan cemerlang dalam pentadbiran.

Ianya juga membuktikan kerajaan PAS itu mampu mengurangkan ketirisan dalam pelaksanaan projek membantu rakyat.

Bertuahnya Jadi Rakyat Selangor...Semuanya Percuma....!!


Langkah Kerajaan Selangor memperkenalkan Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) perlu diteruskan dalam bentuk menyemarakkan penyampaian informasi dengan memperkenalkan Agenda Masyarakat Berinformasi, Negara Demokratik.Pembahas Selangor yang juga Adun Rawang, Gan Pei Nei mencadangkan agar pimpinan negeri yang diketuai oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdu Khalid Ibrahim merangka strategi informasi ini sebagai langkah penerangan kepada masyarakat yang lebih konprehensif.

"Agenda ini membawa misi untuk mewujudkan masyarakat yang demokratik, bebas, dengan menyalurkan ilmu, berita dan informasi yang berdasarkan fakta dan kebenaran, bukannya politik fitnah yang telah menjadi budaya Umno-BN," katanya.
Setakat ini, kerajaan negeri Selangor menyampaikan segala informasi mengenai program kepada rakyat melalui portal TV Selangor dan akhbar Selangor Kini serta Selangor Times.

Selain itu, beliau berkata kerajaan Selangor akan menyediakan perkhidmatan Wi-fi dan Broadband di seluruh negeri pada tahun hadapan yang merangkumi kawasan bandar dan luar bandar secara percuma.

Katanya tujuan penyediaan mekanisma perhubungan ini akan membukaan minda rakyat dengan informasi yang benar memberikan ruang kepada semua pihak mengemukakan idea baru dan tidak terkongkong dengan propaganda Umno- BN, ujar beliau lagi.

"Kerajaan Selangor juga harus memberikan komputer percuma kepada golongan belia dan memberikan kursus dalam bidang ini untuk menguasai informasi dan teknologi terkini dalam dan luar negara," katanya.

Dibawah cadangan ini, semua pihak termasuk pimpinan negeri dan masyarakat perlu membuat satu perbincangan dan dialog terbuka setiap minggu bermula tahun hadapan diseluruh 56 Dun Selangor agar maklum balas dan suara hati rakyat dapat di dengar dan dasar kerajaan dapat diperjelaskan.

Tokoh Maal Hijrah 1433 H....!!


Alhamdulillah itulah yang dapat Sk ucapkan setelah membaca berita nieh.Macam inilah yang kita semua mahukan.berubah kepada kebaikan dan abaikan apa orang kata yang tiap hari megutuk dengan perubahan yang dilakukan oleh kita..Hangpa boleh baca berita nieh

PETALING JAYA : Catrionas Ross Baharin berkata, ada rakan-rakan yang berasal dari sekolah dan kampung yang sama hilang dari sisinya ekoran perubahan yang berlaku kepada dirinya.

Menurutnya, mungkin rakan-rakan yang `hilang’ itu merasa segan dengan perubahan dirinya yang tidak sesuai dengan mereka dari segi berpakaian, pemikiran dan percakapan.

“Saya maafkan mereka,” ujarnya pada Forum Dhuha yang diadakan di Surau al-Hidayah, Seksyen 7, Kota Damansara pagi tadi. Turut menjadi panel ialah Ustaz Yusof Embong.

Meskipun begitu, beliau merasakan perubahan yang berlaku kepadanya sekarang disukai ramai manusia.

Justeru, artis kelahiran Kelantan itu merasa lebih selesa dan sangat bahagia dengan suasana yang dilalui kini.

“Saya sangat-sangat bahagia sekarang, tak sesibuk dulu, saya tak sesibuk dulu, saya tak shooting sekarang,” ujarnya lagi.

Katanya, situasi yang dilalui itu dapat memberi peluang kepada orang ramai supaya memahami perubahan yang berlaku kepadanya.
Sehubungan itu, ujarnya ada di kalangan masyarakat yang menggelarnya ustazah dan beliau berdoa agar dapat menjadi pendidik selaras dengan gelaran itu.

Catriona juga merasa lebih selesa dengan memenuhi jemputan menyampaikan ceramah motivasi di institusi pengajian tinggi dan syarikat swasta.

Baginya, perubahan yang berlaku kepadanya itu telah mengembalikan beliau kepada fitrah manusia.

“Saya bersyukur kepada Allah, hidup saya berubah dalam sekelip mata,” katanya.

Beliau menambah, apa yang berlaku itu juga telah mengangkat darjat dirinya dan memberi kekuatan bagi menjalani kehidupan sekarang.


Nota :

Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah.Semakin ramai artis-artis kita yang melakukan perubahan pada diri mereka,Tahniah sk ucapkan kepada yang telah berubah dan bakal-bakal berubah..

Mana Mau Pegi...!!


Tiba-tiba sahaja dia sudah jadi bisu, diam, senyap, sunyi dan sepi. Tiada gambar, tiada cerita, tiada berita. Kerusi yang dia selalu duduk dalam parlimen juga kosong. Ke-mana dia sudah pergi?? Mana dia sudah lari?? Migrate?? Buat umrah?? Atau ber'jihad?? Kah..Kah..Kah

Pada ketika rakyat mahu tahu, mahu dengar sendiri dari mulut dia tentang keluarga dia dan lembu-lembu di NFC, dia menghilangkan dirinya. Begitu juga dengan Mohd Salleh, Eksekutif Chairman di NFC. Sekarang semakin menjadi lelaki yang penuh misteri. Semua rakyat yang ada mulut, yang tidak bisu, dari kedai kopi tepi jalan sampai lah ke kedai-kedai kopi diloby-loby hotel, media, internet juga sedang dan masih lagi bercakap tentang mereka, tentang lembu mereka dan juga tentang kandang super kondo mereka di-One Menerung.

Mahyudin cuba bercakap bagi pihak Sharizat dan keluarga dia, KJ cuba bercakap bagi pihak NFC, Noh Omar pula bercakap bagi pihak kerajaan. Semua mereka bercakap dalam satu nada dan satu bahasa iaitu "bahasa kerajaan", apa yang mereka cakap tu banyak yang kelentong dari yang betul, tapi it's ok sebab rakyat dah tak ambil pot, rakyat sudah 'fedup' mahu dengar apa pun alasan dan penjelasan.

Rakyat tak mahu dengar 'explaination', rakyat mahu tahu kenapa hanya bela 3,000 lebih sikit dengan modal (ikut suka mak bapa mereka,nak bayar boleh tak mau bayar pun ok) yang di beri beratus juta ringgit??

Mahyudin,KJ,Noh Omar... anda semua tak perlu lah bersusah payah dan berbuih mulut untuk mempertahankan NFC atau Sharizat atau Mohd Salleh. Yang ini semua bukan nya kerja kau orang. Ini masalah korporat.

Kepada Pakatan Rakyat, ini lah harinya dimana 'ada lori ada bas, ada hari boleh dibalas'. Ini masa yang tepat untuk kita menghentam, kita perlu jatuhkan Sahrizat. Jika kita berjaya jatuhkan dia, percayalah yang undi-undi dari wanita dan pengundi-pengundi di kota raya akan beralih kepada PR.

Kepada Sharizat dan Mohd Salleh, anda perlu terus menyembunyikan diri anda kerana jika anda muncul pada saat ini keadaan akan terus jadi dalca, jadi caca-marba.

Nov 27, 2011

Gempar...!! Saksikan Pengerusi Felda Memaki Ketua Peneroka FELDA



Saksikan gaya seorang samseng dengan dada yang terbuka, memaki Ketua Peneroka Felda Kebangsaan (Pak Sam) yang juga mewakili peneroka-peneroka Felda di dalam Lembaga Pengarah Felda. Tidak pernah dalam sejarah Felda, seorang Pengerusi Felda memaki peneroka secara terbuka seperti dilakukan Isa Samad. Inilah mentaliti beliau dan kroni-kroni beliau yang menganggap peneroka ini menyusahkan dan bagaikan zombi yang patut mengikut sahaja arahan-arahan mereka.

Wahai peneroka dan generasi baru Felda, adalah fakta bahawa peneroka tidak pernah diambil pandangan berkenaan isu penyenaraian, pajakan tanah dan rampasan kuasa pengerusi Koperasi Felda.Wakil kamu iaitu Pak Sam yang bergelumang dalam Felda berpuluh tahun lamanya tidak diperdulikan bantahan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah Felda malah apabila Pak Sam secara jujur memberikan pandangan, Pak Sam dimaki secara terbuka dan sebelum ini Pak Sam pernah menjadi sasaran anjing-anjing Isa Samad di dalam blog dan facebook.Berbanding pandangan Pak Sam sebagai seorang yang arif dengan hal ehwal Felda dan kepentingan peneroka dengan Isa Samad dan Sabri Ahmad yang mempunyai track record buruk di Negeri Sembilan dan Sime Darby, siapa yang kamu rasa lebih jujur dan tidak berkepentingan mengemukakan pandangan.

Yakinlah, mereka yang dijanjikan dengan pink form untuk menjadikan mereka jutawan, dijanjikan kontrak-kontrak, jawatan CEO dan Lembaga Pengarah sebenarnya tidak pernah pedulikan nasib-nasib peneroka Felda dan anak-anak. Peneroka-peneroka bangkitlah dan suarakan kepada PM Najib bantahan kamu terhadap semua ini. Selagi bicara kamu semua setakat di kedai kopi dan bilik tidur,selagi itu mereka fikir segala kekayaan Felda adalah milik mereka semata-mata. Isa Samad dan Sabri Ahmad baru-baru ini telah memaksa SKMM menerima keahlian mereka menggunakan kuasa Menteri Koperasi dan mengarahkan Koperasi Permodalan Felda memanggil Mesyuarat Agung Luar Biasa pada 15 Januari 2012 untuk memaksa ahli menerima Isa Samad sebagai Pengerusi Koperasi.Mari kita berhimpun di Ibu Pejabat Felda dan berarak ke Putrajaya mendesak PM menyingkirkan Isa Samad dan menghormati keputusan-keputusan peneroka Felda!!

Jom Kita Bantah Undang-Undang 'Gila' Ciptaan UMNO/BN....!!


'Perarakan peguam' pada Selasa diteruskan-MK

Majlis Peguam akan tetap meneruskan perarakan mereka Selasa depan walaupun kerajaan kini mempertimbangkan menilai semula beberapa peruntukan dalam Rang Undang-undang Perhimpunan Aman yang dicadangkan.

"Walaupun ia sedikit positif bahawa kerajaan - sebagai reaksi kepada bantahan awam - mempertimbang meminda tujuh peruntukan, kecuali untuk mengurangkan tempoh notis, kita tahu, tidak pindaan lain ...," kata pengerusi majlis itu Lim Chee Wee.

"Bagaimanapun, ia sebenarnya mencerminkan apa yang salah dengan proses yang melibatkan rang undang-undang itu - ia amat tergesa-gesa untuk dijadikan undang-undang tanpa perundingan awam yang mencukupi."

Kata Lim, penyelesaian terbaik dengan merujuk rang undang-undang itu kepada jawatankuasa khas parlimen.

Majlis Peguam semalam mengerahkan 14, 000 anggota berarak dalam program dinamakan Walk for Freedom (berjalan untuk kebebasan) pada Selasa depan apabila rang undang-undang itu akan dibahas.

Lim berkata, rang undang-undang itu amat berbeza dengan amalan negara luar seperti United Kingdom dan Findland yang memerlukan notis lebih pendek untuk berhimpun dan langsung tidak perlu sekiranya tidak munasabah secara praktikalnya.

"Di Finland, hanya enam jam diperlukan. Di Malaysia, perhimpunan dalam gerakan atau perarakan kecuali perarakan pengebumian, adalah dilarang. Ini adalah keterlaluan," katanya.

Bila Untuk UMNO...Semuanya Halal....!!


Simulasi pilihanraya yang dilakukakan oleh Umno/BN pada hari ini telah menggunakan premis kerajaan iaitu sekolah sebagai tempat kegiatan parti mereka.

Tinjauan di Dun Hulu Besut pada sebelah pagi tadi mendapati pihak umno telah memaksa pihak pengurusan sekolah supaya membenarkan premis tersebut diganakan sebagai tempat mengundi olok-olok.

Di Kampung Belao Hulu Besut, Umno bukan sahaja menggunakan sekolah Kebangsaan Keruak sebagai tempat menggundi tetapi sanggup menggunakan Masjid sebagai barong atau tempat semakan pendaftaran pemilih.

Mereka selalu melaung-laungkan supaya masjid tidak dipolitikkan tetapi apa yang jelas pada hari ini tanpa segan silu mereka menggunakan masjid sebagai tempat urusan simulasi pilihanraya.

Lebih dahsyat lagi Umno telah mengarahkan anggota rela untuk bertugas dalam pilihanraya olok-olok tersebut. Di SK Keruak dan beberapa sekolah sekitar kelihatan anggota rela telah dikerah untuk bertugas di muka pintu sekolah tempat mengundi tersebut. Sudah tentu elaun dibayar kepada mereka menggunakan peruntukan kerajaan.

Inilah contoh bagaimana Umno sanggup menggunakan apa saja kaedah atau cara yang tidak bermoral untuk meraih undi daripada rakyat.

Sehari sebelum itu belia-belia telah dikumpul untuk dibahagikan baucer bagi mengambil wang sebanyak RM200. Wang tunai tersebut kemudiannya diberi sebaik saja selesai mengundi BN dalam pilihanraya olok-olok tersebut.

Kita bagi pihak Pas mendesak supaya Umno menghentikan kerja-kerja tidak bermoral seperti menyalahgunakan tempat awam dan peruntukan kerajaan untuk meraih undi rakyat.

Kita juga dimaklumkan bahawa Pemimpin-pemimpin Umno mengugut para belia supaya mengundi dacing sebagai syarat untuk mendapat wang sebanyak RM200 tersebut. Kita tidak kisah jika itu adalah duit Umno.
Tetapi yang digunakan untuk berkempen adalah wang peruntukan kerajaan yang sepatutnya diberi kepada semua rakyat tanpa mengira fahaman politik.

Dalam pilihanraya umum 13 nanti kita berharap anak – anak muda bangkit membuat perubahan dengan menolak kepimpinan yang rasuah dan menyalahgunakan kuasa. Ini adalah masa ternaik bagi kita membuat perubahan untuk masa depan Agama, bangsa dan Negara ini.

-Tulisan Cikgu Solah, Pengerusi MTD PAS DUN Hulu Besut

Kenali Wajah Pencacai UMNO...!!


Semua mereka ni sentiasa menghentam dalam Facebook... kecuali afiq Kl tower yang aku jarang terbaca namanya.... Moga-moga muka-muka ini dapat hidayah dan diberi petunjuk oleh Allah S.W.T..