Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jan 6, 2012

Kenyataan Media....!!


5 Januari 2012 : Hak untuk berhimpun secara aman merupakan hak rakyat yang sejajar dengan semangat keperlembagaan. Ianya merupakan antara teras kepada amalan sesebuah negara demokratik. Justeru sebarang usaha atau tindakan yang menggasir hak untuk berhimpun secara aman dan hak menyatakan pendirian politik (political expression) rakyat Malaysia adalah bertentangan dengan asas pembentukan negara Malaysia yang demokratik, bebas dan merdeka. Pencabulan ke atas hak ini dianggap sebagai mengkhianati asas penubuhan negara Malaysia yang merdeka.

Oleh itu saya menyambut baik kenyataan YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara yang memperlihatkan kesediaan pihak polis untuk berbincang dengan KEADILAN dan Pakatan Rakyat bagi menjamin kelancaran perhimpunan aman 901 untuk membantah rekayasa politik ke atas Dato’ Seri Anwar Ibrahim. KEADILAN menyatakan kesediaan untuk berbincang dengan pihak polis demi memastikan perhimpunan aman ini berjaya diteruskan dengan aman dan teratur.

KEADILAN tegas menyeru semua anggota parti dan penyokong Pakatan Rakyat serta rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan kebenaran untuk berhimpun secara aman dan menyatakan sokongan terhadap reformasi demi rakyat dan negara Malaysia yang tercinta.

KEADILAN turut menggesa pihak polis untuk memelihara keselamatan awam termasuk para demonstran dan rakyat keseluruhannya yang berhimpun di Kuala Lumpur. Kita berharap insiden keganasan seumpama tragedi UPSI dan BERSIH tidak akan berulang. Ini adalah peluang terbaik Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara untuk memulihkan imej polis yang sekian lama tercalar dan mengembalikan keyakinan awam terhadap institusi polis selaras dengan janji Perdana Menteri untuk melaksanakan transformasi politik di dalam pentadbirannya.

Mohamed Azmin Ali
Timbalan Presiden KEADILAN

Jan 5, 2012

12 Gugur Syahid Mempertahankan Itqan Al-Muluk Bi Ta'dil As-Suluk...!!


HULUTERENGGANU - Menjelang akhir abad ke-20M, kuasa British sudahpun menular ke sebahagian besar negeri-negeri Melayu kecuali negeri-negeri Melayu Utara yang dianggap berada di bawah kekuasaan Kerajaan Siam.

Impian pihak British untuk menguasai Semenanjung Tanah Melayu tercapai apabila Kerajaan Siam berpakat dengan Inggeris, menyerahkan kononnya negeri yang menjadi haknya kepada pihak British melalui Perjanjian Bangkok 1909.


Akibatnya negeri-negeri Melayu seperti Kedah, Perlis dan Kelantan terpaksa menerima penempatan penasihat British yang memerintah kerajaan negeri bagi pihak Kerajaan Great Britain. Bagaimanpun, keadaan negeri Terengganu agak berbeza.

Pihak British hanya menempatkan seorang ejen British bertaraf konsular di sana.

Kewibawaan pemerintah Terengganu pada ketika itu, Sultan Zainal Abidin III menyebabkan pihak British menyedari bahawa mereka berhadapan dengan pemerintah Melayu yangsangat berbeza.

[Gambar -Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu Hj Muhyiddin Abdul Rashid merangkap Pengarah Sambutan 100 Tahun Itqan al-Muluk bi Ta'dil as-Suluk ebrsama Ketua Pemuda PAS Hulu Terengganu Ustaz Kamaruzaman Abdullah menziarahi maqam syuhada Padang Kachung pada Rabu 3hb Januari, semalam]

Mereka didapati telah mengamalkan dasar yang agak berhati-hati untuk berurusan dengan pemerintah tersebut. Walaupun mereka hanya mahu menempatkan ejen British yang mempunyai kuasa yang sangat terhad, pihak British terpaksa berhadapan dengan pelbagai helah yang dilakukan oleh Sultan Zainal Abidin III.

Baginda berusaha menghalang penempatan ejen British tersebut dan membuktikan bahawa negeri Terengganu merupakan Kerajaan Malayuwiyyah Islamiyyah yang merdeka, bukan berada di bawah kekuasaan Siam dan enggan menerima ketetapan Perjanjian Bangkok 1909 (Izziah, 2011).

Penjajah Inggeris mengenepikan undang-undang Islam dan adat Melayu dan menggantikannya dengan undang-undang Inggeris di Tanah Melayu (yang telah dijajah itu) adalah dengan dua cara, iaitu pertamanya dengan mengadakan undang-undang yang memerlukan undang-undang Inggeris itu diikuti dan yang keduanya dengan mengadakan mahkamah diketuai oleh hakim-hakim yang dapat mentadbir dan ada kalanya memasukkan undang-undang Inggeris.

Di Terengganu, usaha penjajah Inggeris melaksanakan undang-undang Inggeris dan mengenepikan undang-undang Islam yang telah dilaksanai di negeri ini bermula dengan Inggeris menubuhkan Joint Court yang dipengerusikan oleh British Agent bagi membicarakan, kononnya, kes-kes yang berkaitan dengan orang-orang Inggeris atau warga negara Inggeris sahaja.

Terdapat juga hakim-hakim dari bangsa Melayu yang dilantik bertugas di mahkamah Joint Court ini. Mahkamah ini mempunyai bidangkuasa membicarakan kes-kes yang berhubung dengan kesalahan jenayah dan tuntutan sivil.

Penjajah Inggeris juga telah membuat tanggapan bahawa undang-undang Islam yang ada dan berjalan di Terengganu pada ketika itu sebagai "The impractical requirements of Muhammadan Law" dan sukar dilaksanakan. Penjajah Inggeris berpendapat undang-undang Islam tersebut perlu digantikan dengan undang-undang Inggeris.

Setelah Sultan Zanal Abidin III mangkat pada 1918 beliau diganti oleh puteranya Sultan Muhammad Shah II selama dua tahun dari 1918 hingga 1920.

Ketika negeri Terengganu di bawah pemerintaikan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (1920 -1942), atas nasihat Penasihat Inggeris, beberapa perubahan struktur organisasi dan bidangkuasa Jabatan Agama Islam Negeri telah dibuat serta perjalanan undang-undang Itqan al-Muluk bi Ta'Dil as-Suluk telah diganti dengan undang-undang Inggeris, kecuali dalam perkara-perkara yang berhubung dengan undang-undang keluarga orang-orang Islam.

Undang-undang Cukai Tanah yang mula dikuatkuasa pada 1920an, yang mengenakan cukai 40 sen bagi setiap ekar tanah menjadi bibit pertama penentangan terhadap British khususnya di lokasi Kuala Telemong hingga Ulu Telemong. Selain itu rakyat dilarang menebas hutan untuk menanam padi huma meskipun ianya telah menjadi satu aktiviti pertanian turun temurun. Pada tahun 1928, 30 orang petani telah dihukum penjara kerana tidak mampu membayar denda sebanyak $5.00 setelah didapati bersalah menebas hutan tanpa lesen.

Tok Guru Haji Abdul Rahman Limbong atau nama sebenarnya Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid telah bangkit menentang perlaksanaan undang-undang Inggeris bermula secara aman.

Dengan Kebolehan Tok Guru Haji Abdul Rahman Limbong tidak terbatas kepada ilmu-ilmu agama sahaja. Beliau menunjukkan kehebatannya berhujah apabila beliau dilantik menjadi peguam untuk membela rakyat yang disaman oleh pemerintah Inggeris.

Undang-undang Inggeris akur dan membebaskan orang-orang kampung yang ditahan dengan bantuan dari Tok Guru Haji Abdul Rahman. Beliau dalam hujah-hujahnya di mahkamah menegaskan bahawa tanah yang dibuka oleh rakyat itu adalah hak Allah bukannya hak negeri dan adalah tanah pusaka peninggalan orang-orang tua mereka. Hujahan inilah yang menjadi pencetus kepada kebangkitan rakyat untuk menentang campur tangan British di Terengganu.

Tekanan-tekanan pihak Inggeris kepada para petani khususnya menyebabkan pertembungan secara fizikal tidak dapat dielakkan.

Antaranya tindakan 'tali barut Inggeris' membakar kebun-kebun jagung dan tanaman orang kampung yang tidak membayar cukai.

Sebagaimana di catatkan, seramai 500 orang kampung dan petani dari Hulu Terengganu, mahu berarak bertemu dengan Sultan bagi menyampaikan hasrat dan perasaan tidak puas hati mereka.

Namun ada pihak yang mengambil kesempatan telah memberitahu Sultan sebaliknya, 500 orang yang sedang bergerak ke Kuala Terengganu itu dikhabarkan untuk memberontak dan Sultan telah mengarahkan polis menyekat kemaraan mereka.

Gerombolan orang kampung dan petani itu telah di sekat dengan pasukan polis di Padang Kachung, Kuala Telemong pada 22 Mei 1928 dan berlakulah pertempuran yang menyaksikan 12 orang pejuang gugur syahid apabila mati ditembak sepasukan polis.

Walaupun menurut sejarahnya, pada ketika berlakunya pertempuran, Tuan Guru Abdul Rahman Limbong tidak ada, namun polis telah menahan dan menangkap beliau menyebabkan rakyat telah menyerang Balai Polis Kuala Berang.

Tuan Guru Abdul Rahman Limbong dan beberapa orang yang lain telah dibicarakan pada 11 Jun 1928 telah menjatuhkan hukuman penjara dan kerja berat ke atas 10 orang yang terlibat peristiwa penentangan di Hulu Terengganu.

Tok Guru Haji Abdul Rahman Limbong sendiri telah dan dibuang negeri ke Singapura dan selepas itu dibuang ke Mekah.

Dalam propagandanya, pihak British mengumumkan telah menghantar Tok Guru Haji Abdul Rahman ke Mekah, kononnya untuk mengaburi mata rakyat Terengganu, padahal apa yang berlaku sebenarnya adalah pembuangan negeri. Setahun kemudian, ulama pejuang Islam berbangsa Melayu itu meninggal dunia di sana.

Nama-nama 12 orang pejuang yang telah syahid menentang penjajah British di Padang Kachung, Kuala Telemong, Terengganu pada 23 Mei 1928:

1. Mahmud bin Mat Diah
2. Lebai Abdul Rahman (Tok Janggut)
3. Idris bin Muhammad
4. Mamat bin Musa
5. Muhammad bin Yunus
6. Abdullah bin Muhammad
7. Ismail bin Ali
8. Muhammad bin Jusoh
9. Muhammad bin Idris
10. Muhammad bin Abdullah
11. Abdul Hamid bin Sulaiman
12. Sulaiman bin Saleh

Menurut seorag penduduk Padang Kachung, Abdullah Mat Zain, 52, beliau telah mendengar cerita dari arwah ayahnya, semasa mayat-mayat syuhada di kutip di lokasi pertempuran, hanya sebelas setengah sahaja mayat yang dtemui kerana salah satu tubuh telah berkecai.

Kesmuanya syuhada tersebut telah dsemadikan dalam satu liang, dipanggil maqam 12 yang kini terletak dalam kawasan Masjid Kuala Telemong.

Dokumen Perbelanjaan NFC Didedahkan...!!


Dari blog rafiziramli.com

Pihak penyiasat dari Bukit Aman telah menghubungi saya untuk memberikan keterangan berkenaan siasatan terhadap skandal NFC. Saya telah bersetuju untuk hadir dan memberikan keterangan di Bukit Perdana pada jam 3 petang hari ini.

Sejak skandal NFC dibongkar, tumpuan siasatan adalah untuk mengesahkan kesahihan dokumen-dokumen yang digunakan oleh KEADILAN dalam meneliti segala penyelewengan di dalam NFC. Ramai yang menuduh kononnya dokumen ini palsu sehinggakan seolah-olah siasatan lebih banyak tertumpu untuk mencari identiti mereka yang membocorkan maklumat kepada KEADILAN.

Saya telah bersetuju untuk mendedahkan dokumen asas yang telah dihantar secara sulit oleh seorang yang saya tidak kenali. Dokumen ini adalah dalam bentuk senarai perbelanjaan terperinci dari akaun bank utama yang dimiliki oleh NFC. Berdasarkan dokumen asas ini, saya percaya orang ramai tidak perlu ragu-ragu kesahihan maklumat yang diberikan kerana ia adalah maklumat terperinci dari sistem perakaunan NFC sendiri.

Siasatan lain dijalankan sendiri oleh KEADILAN berdasarkan perbelanjaan-perbelanjaan yang didapati dari senarai yang dihantar oleh seorang yang tidak dikenali itu.

Oleh yang demikian, KEADILAN yakin pihak polis dan SPRM sepatutnya tidak mempunyai apa-apa masalah untuk mendapatkan bukti dengan secepat mungkin untuk mendakwa mereka yang terlibat di dalam kes penyelewengan NFC, kerana dari pengalaman KEADILAN sendiri – dengan hanya berbekalkan sedikit maklumat, pelbagai penyelewengan dapat dibongkarkan.

Saya juga mendesak pihak berkuasa supaya menyiasat sehingga ke peringkat tertinggi penglibatan dan kecuaian pimpinan kerajaan yang mengakibatkan kerugian RM250 juta wang rakyat ini, termasuklah:

1) Kecuaian dan penglibatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada ketika itu yang meluluskan projek penternakan fidlot ini tanpa mengambil kira faktor-faktor sehingga menyebabkan kegagalannya sekarang; dan

2) Kecuaian dan penglibatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak yang bertanggungjawab menilai bidaan dari syarikat-syarikat dan menganugerahkan projek ini kepada sebuah syarikat milik keluarga menteri yang tidak mempunyai apa-apa pengalaman sehingga menyebabkan kegagalannya sekarang.

Semua maklumat yang saya miliki setakat ini saya akan serahkan kepada pihak PDRM petang ini untuk mempercepatkan siasatan.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
4 JANUARI 2012

Amanat Terakhir DS Anwar Untuk Rakyat Pahang Pada 7/1/2012....!!


"KUNJUNGAN terakhir DS Anwar ke Pahang sebelum beliau diputuskan bersalah atau tidak di dalam kes Fitnah II pada 09 Jan nanti akan disambut dengan besar-besaran oleh rakyat Pahang pada 07 Jan ini. Sudah tentu DS Anwar akan menyampaikan amanatnya kepada seluruh pencinta keadilan di negeri ini dan samada itu adalah amanat terakhir sebelum beliau dikorbankan ke penjara, Allah jua yang mengetahui.

Diberitakan kunjungan Ketua Umum PKR dan juga Ketua Pembangkang itu ke Pahang akan cuba diganggu oleh pihak-pihak tertentu yang kita semua tahu siapa di belakang puak tersebut. Dikhabarkan, kumpulan pengacau ini telah merancang untuk mengadakan perhimpunan di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, Kuantan pada 07 Jan ini mulai jam 3 petang iaitu waktu ketibaan DS Anwar ke Kuantan. Mereka berkumpul untuk menunjukkan kononnya rakyat Pahang tidak menerima kehadiran DS Anwar.

Perlu kita peringatkan kumpulan ini, Pakatan Rakyat Pahang dan beberapa NGO juga telah bersedia untuk berdepan dengan kumpulan pengacau berkenaan. Sekiranya kami melihat kumpulan tersebut benar-benar hadir untuk melakukan sesuatu bagi mengganggu ketibaan DS Anwar di Lapangan Terbang tersebut atau di lokasi DS Anwar akan berucap, kami tidak gentar untuk menjadi perisai kepada DS Anwar. Justeru itu, amat bijak jika pihak berkuasa mencegahnya dari awal melainkan sememangnya mereka mahu melihat sesuatu yang tidak baik berlaku.

Saya menyeru kepada semua rakyat Pahang termasuk dari NGOs atau pertubuhan-pertubuhan yang cintakan keadilan, agar dapat hadir menyambut ketibaan DS Anwar. Tiada sebarang perhimpunan yang dirancang sekadar hadir menyambut bakal PM ke 7, iaitu DS Anwar Ibrahim ke Pahang, InsyAllah. AMK Pahang, SAMM Pahang, Jingga 13 Pahang dan Unit Amal di antara yang telah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Kumpulan-kumpulan ini akan memantau sekitar Lapangan Terbang tersebut pada waktu ketibaan DS Anwar, sekiranya terdapat kehadiran puak-puak pengacau ini di situ, pihak kami akan bertindak untuk mengawal keselamatan DS Anwar.

Seandainya benar mereka mendakwa bahawa populariti atau pengaruh DS Anwar kini semakin merudum di bawah Najib, lojiknya mereka tidak perlu untuk menghalang ketibaan DS Anwar. Tetapi, jika mereka memikirkan sebaliknya, mereka juga perlu memikirkan akibat dari kesilapan yang akan mereka lakukan nanti. Mereka boleh upah seberapa ramai untuk hadir membuat kekecohan atau provokasi, namun bagi kami provokasi seperti itu sudah lali buat kami.

DS Anwar dijangka tiba dengan pesawat pada jam 3.10 petang. Beliau akan mendengar taklimat di Ibu Pejabat PKR Negeri, Beserah selepas itu dan kemudiannya akan menyampaikan amanat penting beliau di Balok Putra mulai jam 5. petang. Selepas itu, beliau akan meneruskan jelajahnya ke Terengganu pula. Ayuh, kita raikan kehadiran DS Anwar di samping kita mendoakan agar beliau terhindar dari kesan fitnah yang tidak pernah putus oleh rejim yang hampir pupus itu.

Jan 4, 2012

UMNO Mula Gerun Dengan Ustaz Azhar Idrus...!!


Assalamualaikum,,..

Seorang sahabat dari BTN pernah memberitahu Ustaz Azhar sekarang ini digeruni oleh UMNO kerana pengaruhnya yang semakin merebak ke seluruh negara. Ustaz Azhar dilihat oleh UMNO mampu menyebabkan mereka tewas PRU 13 nanti.Kalau sebelum ini nama ustaz Azhar tidak begitu dihiraukan tetapi muktakhir ini, Ustaz Azhar sudah mula menjadi target pencacai UMNO dan turut mendapat perhatian ulamak muda UMNO.

Perkembangan baru ini mengesahkan maklumat dari BTN tersebut dan perkara ini mungkin memberikan satu tekanan kepada BTN untuk mengolah serang balas terhadap Ustaz Azhar yang nampaknya tidak memberi peluang kepada mereka untuk berbuat demikian.Ustaz Azhar sejak tersingkir dari masjid Ladang sehingga kini tetap istiqamah dengan penyampaian bersandarkan nas nas dari alquran, al hadis dan ulamak muktabar.

Perkara ini menyukarkan pemikir pemikir UMNO untuk menyerangnya sehinggalah mereka mendapat peluang pada sudut ijtihad mengenai zakat yang khilaf.Peluang ini digunakan oleh ulamak muda mereka untuk menyatakan kesilapan ustaz Azhar tetapi tidak seorangpyn yang berani membantah kata kata Ustaz Azhar mengenai kemungkaran yang tidak dicegah dalam negara, tidak seorangpun sanggup menyanggah ulasan Ustaz Azhar mengenai negara yang tidak berada di bawah payung ulamak.Begitu juga seorang blogger pencacai UMNO yang menyifatkan Ustaz Azhar sebagai agen iblis kerana muncul di sambutan tahun baru sambil bermain gitar bersama Zizan raja Lawak.

Dibawanya sebuah hadis yang kononnya mengharamkan alat muzik sebagai hujah.Apa yang boleh dilihat, UMNO mula panik dengan Ustaz Azhar walaupun sebelum ini mereka lebih leka dengan DSAI.

Ustaz Azhar turut memberi tekanan kepada UMNO kerana kelebihan yang ALLAH berikan kepada beliau, mampu menarik ramai golongan muda termasuk awang awang rempit, mampu menarik perhatian ahli ahli UMNO juga di mana dewasa ini semakin ramai ahli UMNO tertarik dengan pengajaran Ustaz Azhar terutama kemampuan Ustaz Azhar menjawab semua soalan secara spotan tanpa sedikitpun lari dari nas nas yang benar.

Kalau di Terengganu, Ustaz Azhar sepatutnya dibenci oleh ahli UMNO kerana secara konsistan mengenakan JKK dalam kuliahnya,istilah Jin Kucau Kampung menjadi popular kerana Ustaz Azhar, tetapi apa yang berlaku ialah tidak semua JKK yang sering dikutuk Ustaz Azhar(kerana perlakuan mungkar mereka) marahkan Ustaz Azhar sebaliknya tetap setia menjadi pendengar kuliah Ustaz Azhar.Malah di setengah tempat, yang menjadi penganjur ceramah Ustaz Azhar ialah JKK sehingga hari ini.

Inilah antara yang tidak disenangi oleh beberapa pemimpin UMNO(terutama mereka yang bercita cita nak jadi calon).Fenomena yang bermula di Terengganu ini sudah menular ke negeri negeri lain, terutama Pahang, Johor, Perak dan Selangor.Ustaz Azhar kini sudah menjelajah di kesemua negeri negeri ini dan di semua tempat, kuliah Ustaz Azhar pasti mendapat sambutan. Walaupun loghat Ustaz Azhar ialah loghat Terengganu, tetapi yang menakjubkan ialah kesemua yang hadir mendengar faham apa yang disampaikan sehingga Ustaz Azhar digelar duta Terengganu kerana mempopularkan loghat Terengganu di mana jua dia berkuliah.

UMNO semakin gerun apabila di malam tahun baru, Ustaz Azhar muncul sebagai selebriti bersama Zizan Zaja Lawak.Dua personel dari Terengganu(tak silap dari kampung yang sama) menggegarkan Shah Alam pada satu acara yang menjadi fenomena kepada sambutan tahun baru negara.Kemunculan Zizan agak memeranjatkan tetapi ketika Zizan dihentam kerana satu lirik filim lakonannya, satu satu orang yang dirujuknya ialah Ustaz Azhar, jadi tidaklah menghairankan kalau Zizan juga turut menyedari usaha ikhlas ustaz Azhar dan ingin turut serta(kita mengharapkan Zizan akan istiqamah selepas ini).

UMNO pasti akan mengelabah dengan Ustaz Azhar selepas ini dan jangan terkejut kalau Ustaz Azhar akan cuba disekat dan kalau ada ulamak muda UMNO muncul berlagak pandai dengan rujukan kepada Nasruddin Albani untuk menyanggah Ustaz Azhar.

BTN sudah mengesahkan ketakutan UMNO kepada Ustaz Azhar!Yang paling digeruni ialah keupayaan Ustaz Azhar yang boleh mengalihkan undi BN kepada PR menjangkaui sokongan kepada mana mana parti.

Majlis Peguam : 901 Di Benarkan Oleh Perlembagaan...!!


" SHAH ALAM, 3 JAN : Isu berhubung himpunan 901 sempena dengan pengumuman kes fitnah Liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) sama sekali tidak bercanggah dengan undang-undang negara malah dibenarkan oleh Perlembagaan. Ini kerana himpunan yang bakal diadakan itu sekadar perhimpunan untuk memberi sokongan kepada DSAI yang dibicarakan semenjak hampir 3 tahun lalu berhubung konspirasi untuk mengaibkan Anwar di mata rakyat oleh musuh-musuh politik beliau.

Menurut Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee tidak tertulis di mana-mana perlembagaan pun bahawa kehadiran sebagai tanda sokongan kepada tertuduh di mahkamah adalah satu kesalahan.

"Mahkamah adalah tempat terbuka kepada orang ramai untuk hadir mendengar perbicaraan.

"Malah orang ramai mempunyai hak untuk hadir ke mahkamah apa lagi untuk memberi sokongan kepada tertuduh selain mendengar keputusan yang akan diberikan," ujar Lim memberi ketika dihubungi TV Selangor.

Lim turut memberitahu bahawa jumlah yang akan hadir ke perhimpunan itu nanti bukan satu isu untuk dijadikan alasan pihak berkuasa bahawa perkara tidak diingini akan berlaku.

"Sebaliknya jika pihak polis memberi kerjasama mengawal keadaan, saya tidak melihat sebarang masalah untuk rakyat yang prihatin berhimpun memberi sokongan kepada sesiapapun yang mereka ingini," tegas Lim yang dihubungi melalui panggilan telefon.

Berhubung dakwaan seorang menteri bahawa Majlis Peguam menjadi alat politik, Lim pantas menjelaskan itu bukan isu yang perlu dibangkitkan.

"Kami tidak menyebelahi mana-mana pihak atau individu. Sebagai pengamal dan penegak perundangan kami cuma berminat pada asas perundangan iaitu keadilan yang menjadi hak setiap manusia," katanya lagi.

Lim turut membangkitkan sikap 'Double Standard' pihak berkuasa dalam menangani isu-isu seperti ini bilamana perhimpunan yang membabitkan PKR seringkali diprovokasi dengan isu keselamatan.

"Sikap double standard ini sangat mendukacitakan malah menjatuhkan karisma, keupayaan dan professionalisme pihak berkuasa polis dalam menjalankan tugas mereka.

"Sambutan Tahun Baru dihadiri oleh puluhan ribu rakyat dibolehkan dan dapat berlaku dengan baik hasil kerjasama pihak berkuasa juga. Tapi mengapa pula kes seperti ini yang tidak pun melanggar mana-mana undang-undang dijadikan isu?," soal Lim kembali.

Lim dengan positif juga menyatakan bahawa mereka yang akan hadir 9 Januari ini pasti terdiri dari golongan yang cintakan perundangan yang adil dan tidak akan sesekali mencetuskan huru-hara walau apapun keputusan mahkamah seperti yang cuba digemburkan sesetengah pihak.

"Saya harap orang ramai akan hadir memberikan sokongan kepada DSAI. Himpunan ini penting bukan sekadar membela DSAI semata-mata sebaliknya penting kepada orang awam juga berkenaan sistem perundangan negara yang semakin parah.

"Hadirlah beramai-ramai untuk menunjukkan bahawa rakyat hari ini sudah bosan dan jemu dengan konspirasi dan fitnah seperti ini dan rakyat menolak sebarang ketidakadilan dan kezaliman yang berlaku," ujar Lim lagi.

sumber: TV Selangor

Otak Cerdik Tapi Sesat....Salah Siapa...??

Pelajar cemerlang 17 A1 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2004, Nur Amalina Che Bakri melonjak namanya di negara ini kerana kecemerlangannya. Atas sebab kecemerlangannya dia menjadi penerima Anugerah Maulidur Rasul 1426H/2005 dari Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail. Pernah menjadi Duta Akademik Berita Harian.

Sekitar 2009, riuh diperkatakan dia gagal di Universiti Edinburgh dalam bidang perubatan sehingga terpaksa Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah menerangkan di Dewan Rakyat bahawa dia tidak gagal.
Kini namanya diperkatakan semula kerana gambar seksinya mula tersebar di internet. Banyak blog memperkatakan hal ini. Mungkin kerana terkena kejutan budaya. Dahulu kita mengenali melalui imej sopan bertudung dan kini perbezaan amat ketara. Imej berpelukan dengan lelaki bukan muhrim mengejutkan kita.

Ini memberi gambaran kepada umum bahawa cemerlang 17A A1 tidak menjamin sahsiahnya sebagai muslimah turut cemerlang. A1 dalam Pendidikan Islam tidak mampu menjadi pedoman.

Nota :

Secara umumnya, doa harapan kita setelah kita usahakan apa yang sepatutnya. Ini kerana kita juga mempunyai dan akan mempunyai anak-anak.Sungguh kita perlu berdoa sungguh-sungguh supaya anak-anak kita terhindar dari bisikan duniawi dan selamat dunia dan akhirat. Mudah-mudahan…

Jan 2, 2012

Diam-Diam Berisi....!!


BESUT – Bantuan dan ‘sogokan politik’ yang terlalu banyak, diberikan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu menyebabkan wujud kelompok ‘majoriti senyap’.

Menurut Yang DiPertua PAS Kawasan Besut, kumpulan itulah yang akan menumbangkan Umno/BN dalam pilhanraya Umum ke-13 akan datang.

Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, beliau mendapat maklumat bahawa risikan pihak keselamatan baru-baru ini membawa ‘label merah’ sebagai tanda bahaya kepada BN Terengganu.

“Saya dapat sedikit maklumat daripada rakan-rakan kita, risikan tentera yang dibuat sejak akhir-akhir ini memberikan laporan kepada pihak atas sana, pihak mereka, bahawa Terengganu ini berada dalam label warna merah untuk Umno dan Barisan Nasional,

“ertinya mereka ada satu kebimbangan yang kuat untuk bergerak mempertahankan kemenangan mereka di Negeri Terengganu,”ujarnya ketika menyampaikan ucapan pada program Mukhaiyyam Qiadi PRU13 Pemuda Kuala Nerus disini, Sabtu 31 Disember.

Menurutnya, walau pun Umno kelihatan kuat, laporan keselamatan menunjukkan sebaliknya kerana masyarakat tidak berani menzahirkan sokongan mereka sebenar, bimbang tidak mendapat 'habuan' tersebut.

Beliau mendedahkan bagaimana peranan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) menjadikan agihan bantuan wang zakat sebelum Eidul Fitri lalu, sebagai ‘umpan’ untuk menarik sokongan di kalangan orang-orang PAS.

Katanya, JKKK telah pergi ke rumah orang-orang PAS yang menjadi sasaran dan memujuk mereka supaya menerima wang zakat itu.

“dia (JKKK) ‘target focus’ (sasarkan) pada orang-orang kuat PAS, setelah dipujuk akhirnya seorang daripadanya setuju untuk menerima dan menghadirkan diri ke majlis agihan bantuan itu,

“namun begitu, apabila beliau hadir dan mendengar ucapan yang menghentam PAS pada majlis tersebut, menyebabkan orang PAS tadi, akhirnya mengangkat suara,

“(beliau membantah) dan berkata, tolong beri tahu (ke) penceramah tu, dia tak paham dasar Umno dan dasar PAS,”terang Ustaz Wan Azhar.

Ahli PAS itu, katanya, bercakap agak kuat dan berkata lagi, beliau datang ke majlis itu untuk ambil duit zakat dan bukan untuk mengubah sikap dan pendiriannya, bahkan, duit zakat yang diterimanya, akan salurkan kepada PAS untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional .

Kata Wan Azhar, apabila sebutan itu didengari oleh kira-kira 15 hingga 16 orang yang disangka memberi sokongan penuh kepada Umno/BN, namun keadaan sebaliknya berlaku.

“15-16 orang ni (sekelilingnya), pergi pegang tangan dia dan berkata, serupa saja kita ni, demo kata kawe ‘biru-biru ni’ memang biru,

“tapi InsyaALlah, pada pilihanraya kali ke-13 in kita akan jatuhkan BN,”katanya

Zalim Sungguh Kerajaan BN...!!


"Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) amat kesal, dukacita dan amat marah terhadap pihak kerajaan Barisan Nasional dengan tindakan yang cukup tidak bertamadun, zalim dan kotor terhadap mahasiswa yang memperjuangkan hak kebebasan akademik. Penahanan 17orang mahasiswa yang berhimpun secara aman di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) serta kecederaan yang dialami oleh tiga orang mahasiswa adalah lambang kemunduran demokrasi Malaysia.

Justeru, DPPNK menuntut Kerajaan Barisan Nasional dengan serta merta bertindak:

Pertama: Bebaskan semua mahasiswa yang ditahan tanpa syarat.

Kedua: Menghapuskan serta-merta akta zalim Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Ketiga: Hapuskan serta-merta Akta Perhimpunan Aman.

Keempat: Membayar semua kos rawatan perubatan bagi mahasiswa yang cedera.

Kelima: Memohon maaf kepada semua mahasiswa dan rakyat Malaysia

Sekali lagi DPPNK mengutuk sekeras-kerasnya tindakan zalim pihak kerajaan. Kami juga menyeru seluruh mahasiswa dan rakyat bangkit menghentikan segala kezaliman Barisan Nasional. Mahasiswa sebagai pemimpin dan pembimbing masa depan jangan gadaikan negara anda. Bergeraklah ke seluruh pelusuk negara; kampung, desa, tanah rancangan, bandar dan bandaraya. Harunglah sungai, denai, bukit dan lembah. Berilah peringatan kepada yang alpa. Sedarkanlah mereka yang lena. Tamatkanlah riwayat pemerintahan Barisan Nasional yang sudah lama.

Mohd Nasir Zakaria
Ketua Penerangan DPPNK
Ahli Parlimen Padang Terap"

Perbezaan Antara PR & BN Bila Sambut Tahun Baru....!!

Sham Kamikaze bersama Rakannya sedang membuat persembahan

Ustaz Azhar Bersama Zizan Raja Lawak..Dalam Program Tazkirah

Program Maksiat Anjuran Umno "Bangsat"..DiMana ada Maksiat Di situ Umno Sihat

Golongan muda ditarbiyyah cara menyambut tahun baru berkonsepkan Islam..Di mana Tempat Hidup Islam di Situ Umno Tenggelam..

Nota :

"Tahniah Kerajaan Negeri Selangor kerana menganjurkan sambutan Tahun Baru ke arah Islam.. Jangan jadi seperti Umno, Program Maksiat sebagai matlamat kerana mereka ini adalah sebuah Parti yang sudah Hancusss....!!