Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Apr 19, 2012

Utusan Meloya Pembohong.....!!


MAHASISWA DEMONSTRASI BANTAH PTPTN BERSURAI - Utusan meloya

KUALA LUMPUR 16 April - Kumpulan mahasiswa yang melakukan demonstrasi di Dataran Merdeka di sini sejak Sabtu lalu bagi membantah pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), akhirnya bersurai pagi ini.

Kumpulan kecil 10 mahasiswa itu bagaimanapun cuba mengasari pihak penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang memujuk mereka selama 20 minit untuk bersurai.

Bagaimanapun, beberapa ahli kumpulan berkenaan mendakwa tercedera, walaupun mereka yang terlebih dahulu bersikap liar.

Nota :


kenapa akhbar utusan
semakin kurang pembaca
dari bulan ke bulan semakin tak laku

di bawah ini adalah contoh laporan akhbar ini

di dataran merdeka ada puluhan anak muda berkhemah
betul mereka diserang
betul mereka di ganggu
tapi mereka tidak berundur
mereka masih lagi berkhemah

hari ini dianggar lebih adri 5000 warga kota
telah datang melawat khemah anak muda ini

ini adalah protes pelajar dan mahasiswa
yang menuntut pinjaman duit untuk belajar
dari ptptn di lupuskan
pelajar dan mahasiswa ini mahu pembelajanarn percuma
dari sekolah rendah hingga universiti

Selangor Bakal Terima Nasib Yang Sama Seperti Terengganu....!!


AWAS CARA TERENGGANU TAWAN SELANGOR -harakahdaily,

KUALA LUMPUR, 17 April: Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberikan peringatan, taktik Umno merampas Terengganu pada pilihan raya 2004 akan digunakan semula di Selangor dalam pilihan raya akan datang ini.

Beliau memberi peringatan ini dalam wawancara khas dengan Harakahdaily baru-baru ini.

"Di Terengganu, kita kalah dalam pilihan raya 2004 bukan kerana penolakan rakyat tetapi melalui pengundi yang diangkut masuk.

"Mereka akan ulang cara ini di Selangor dalam pilihan raya akan datang ini," kata anggota Parlimen Marang itu memberikan amaran kepada petugas Pakatan Rakyat di Selangor.

PAS telah menang dalam pilihan raya umum 1999 di Terengganu dengan mendapat 28 dari 32 kerusi DUN yang ada namun dalam pilihan raya 2004, kerusi PAS hanya tinggal empat sahaja.

Nota :

telah berpuluh kali di beritahu
bahawa selangor akan dirampas
bukan kerana tidak ada sokongan
tapi kerana penipuan

justeru 500 ribu berkumpul
di datarn merdeka pada 28 april
ada amaran agar rakyat jangan ditipu

untuk mereka yang tidak mahu ditipu
sila bersedia untuk
turun beramai ramai

Amanat Tok Guru.....!!!


BERSIH 3.0 PERLU DAN MESTI : PRESIDEN PAS - harakah daily

KUALA LUMPUR, 17 April: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, himpunan Bersih 3.0 sangat wajar diadakan ekoran kerajaan pada hari ini dilihat enggan melaksanakan penambahbaikan proses pilihan raya.

Menurutnya, biarpun pelbagai bukti keraguan khususnya dalam daftar pemilih serta cadangan penambahbaikan diutarakan, namun ianya langsung tidak dilayan oleh kerajaan.

Selain itu, tuntutan Bersih 2.0 lalu juga masih belum ditunaikan termasuk akses media berat sebelah sehingga rakyat tidak boleh menjadi hakim yang adil.

"Himpunan Bersih 3.0 perlu diteruskan lagi sehingga tuntutan kita dilaksanakan.

"Walaupun kerajaan menubuhkan jawatankuasa (PSC) task force parlimen, apa yang sangat mendukacitakan, pilihan raya boleh diumum bila-bila masa walaupun tuntutan (syor) yang dibuat belum ditunaikan," katanya ketika ditemui di parlimen.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sokongan PAS terhadap himpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini anjuran Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih 2.0) yang turut disokong 84 NGO.

Nota :

tahun lalu bersih 2.0 telah mengajukan 8 tuntutan
hanya dakwat kekal yang diterima
yang lain nya tidak dipedulikan

penipuan demi penipuan diteruskan
undi pos bukan di hapuskan tapi ditambah
undi awal pula di perkenalkan

pengundi hantu bertambah
yang mati dihidup kembali

pendatang haram diberi kad pengenalan
pendatang haram di jadikan pengundi

kita tidak ada pilihan
pru13 ini di rancang untuk menipu

justeru sebelum di tipu mari kita
lauangkan : kita tidak mahu di tipu

justeru 500 ribu wajib datang ke dataran merdeka
justeru 500 ribu wajib duduk bantah

Lagi Berita Tipu Pilihanraya...!!


BUKAN 19,000 TAPI 31,000 PENGUNDI DIPINDAHKAN SPR : FAUZIAH - keadilan daily

KUALA LUMPUR 17 April: Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh berkata, berdasarkan analisa KEADILAN, bilangan pengundi yang dipindahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah dua kali ganda daripada yang diakui Suruhanjaya itu.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Abdul Aziz Mohd Yusof yang mengakui 19,000 pengundi dipindahkan di kawasan atau lokaliti berbeza.

“Berdasarkan analisa kita, bilangannya bukan 19,000 tetapi dua kali ganda iaitu 31,294. Kita dapati ada soalan saya yang tak boleh dijawab.

Contohnya Pusat Tanahan Bukit Jalil, ia terletak di kawasan Serdang tetapi mengundi di Lembah Pantai,” kata Fuziah.

Ketika memberikan taklimat kepada Ahli Parlimen di Dewan Rakyat 16 April lalu, Abdul Aziz juga berkata pemindahan itu bukan hanya melibatkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, tetapi juga membabitkan 19,342 pengundi.

Nota :

PEMGUMUMAN UNTUK SEMUA YANG AKAN TURUN KE DATARAN

pastikan telah mengambil cuti
pasti tiket keretapi telah ditempah
pastikan tiket bas telah ditempah
pastikan bilik tumpangan telah disediakan

sila ikuti sepang kederang untuk maklumat terkini
sila ikuti radio
ini ibu segala protes
ini ibu segala tunjuk perasaan

mari bersama membuat sejarah

anak anak muda dari seluruh negara
demo ini adalah untuk kamu
demo ini adalah untuk masa depan kamu
demo ini untuk anak anak yang akan lahir
demo ini untuk masa depan negara bangsa
demo ini untuk anak semua bangsa!

warga kuala lumpur
sila jemput sanak saudara
yang akan datang berdemo

bukankan pintu
sediakan toto
mari kita rayakan demokrasi

mari kita buat sejarah!

Ternow & Terkini Dari Sepang Kederang....!!



Nota :

sila tonton klip ini
sila hayati klip ini
sila bersedia untuk duduk bantah!

Apr 18, 2012

Jika Pilihanraya Boleh Merubah Apa-Apa.....Dah Lama Ia Di Haramkan....!!


SPR enggan buang 40000 pengundi meragukan-Keadilandaily

KUALA LUMPUR 18 April: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata SPR enggan membuang lebih 40,000 nama meragukan dalam daftar pemilihnya atas alasan tidak dapat mengenalpasti status mereka.

“SPR enggan membuang kesemua nama meragukan atas alasan peguam mereka menasihatkan sedemikian dan suruhanjaya itu juga memberi alasan tidak dapat mengenal pasti status pengundi-pengundi itu samada sudah meninggal dunia atau masih hidup,” katanya kepada KeadilanDaily.

“Saya melihat SPR tidak melakukan apa-apa pembaharuan berhubung desakan rakyat agar melakukan penambahbaikan termasuk tuntutan pembersihan daftar pemilih.

“Sebab itu himpunan Bersih yang dirancang 28 April ini semakin sangat relevan ekoran sikap SPR ini,” tegasnya.

BERSIH 3.0 Di Seluruh Dunia.....!!


Bersih 3.0 serentak di 47 bandar dan 15 negara-Keadilandaily

KUALA LUMPUR 18 April: Ahli Jawantakuasa Pemandu Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata, himpunan Bersih 3.0 akan diadakan di 47 bandar di 15 buah negara, dan bilangan itu terus bertambah.

Beliau memaklumkan perkara itu pada sidang media di Kelab Sultan Sulaiman, sejurus usai rapat rakyat ’10 Hari Menjelang Bersih 3.0′ semalam.

Katanya lagi, penganjur Bersih 3 di Kuala Lumpur sudah memaklumkan polis akan himpunan itu pada 28 April.

Sementara di Sabah dan Sarawak, pihak polis di sana mengizinkan himpunan berlangsung di kedua-dua tempat itu, kata Maria.

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said pada sidang media sama menyatakan keyakinan perhimpunan Bersih 3.0 yang akan diadakan di seluruh dunia ini akan berjaya menarik lebih daripada 500,000 peserta.

“Ini bukan sekadar gembar-gembur, tapi reaksi masyarakat yang kami terima sebelum ini menjadikan kami berani menyatakan angka ini, dan sudah pasti kita harap lebih lagi,” katanya.

Rapat rakyat ’10 Hari Menjelang Bersih 3.0′ semalam dianjurkan oleh 39 gerakan gerakan anak muda, yang bergabung untuk menunjukkan solidariti bersama rakyat dalam perhimpunan Bersih 3.0.

Ia diadakan untuk mengumpulkan sokongan menjelang perhimpunan itu. Puluhan tokoh Pakatan Rakyat dan NGO memberi ucapan, termasuk Pengerusi Bersih 1.0, Syed Shahir Syed Mahmud, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, dan penulis Hishamuddin Rais.

Pada sidang media sama, Ketua Perhubungan Awam Save Malaysia Stop Lynas, Clement Chin membetulkan tanggapan sesetengah pihak bahawa peserta Himpunan Hijau 3.0 yang diadakan bersama nanti akan mengadakan perarakan.

“Kami berkumpul di perkarangan KLCC dahulu sebelum ke Dataran Merdeka, dan ia bukanlah satu perarakan.

Menjawab soalan wartawan berkenaan kebenaran polis, beliau mengatakan himpunan hijau diadakan bersama Bersih 3.0, maka tidak perlu untuk mendapat kebenaran berasingan.

Himpunan Bersih 3.0 ‘Duduk Bantah’ akan diadakan pada 28 April ini di Dataran Merdeka bermula jam 2 petang. Ia diadakan untuk mendesak kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) membersihkan sistem pilihan raya sebelum pilihan raya umum ke-13.

MB Selangor Sedia Menghadap Yang Di-Pertuan Agong Perjelas Kedudukan Sebenar


Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-14, Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah di Balairong Seri, Istana Negara pada 11 April lalu telah berlangsung dengan penuh adat istiadat.

Semua jemputan yang menghadiri istiadat itu hadir dengan penuh hormat takzim ke bawah Duli Tuanku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang menjadi tempat berpayung seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan ideologi politik.

Selaku Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan Dato' Menteri Besar Selangor, saya berpeluang menghadiri dua acara utama iaitu Istiadat Pertabalan dan Majlis Santapan Diraja yang kedua-duanya berlangsung di Istana Negara.

Saya secara peribadi telah mengenali Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sulta Badlishah, sebelum saya dilantik ke jawatan Dato' Menteri Besar Selangor. Duli Tuanku sangat terkenal dengan sikap merendah diri, mudah mesra dan mengambil berat hal ehwal rakyat jelata.

Berhubung dengan isu yang dibangkitkan melibatkan pemimpin dalam Pakatan Rakyat yang turut hadir pada Istiadat Pertabalan itu hanyalah isu remeh yang sengaja diperbesar bagi tujuan politik. Ia tidak sepatutnya dibangkitkan tatkala rakyat sedang bergembira meraikan Pertabalan Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong yang baharu.

Oleh itu, jika ada keperluan, saya dengan hormat takzim menawarkan kesediaan untuk menghadap Seri Paduka Baginda Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah bagi memperjelas kedudukan sebenar ke bawah Duli Tuanku.

TAN SRI DATO' SERI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM
DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

Surat Terbuka Kepada Naib Canselor UTHM


Professor Dato Dr. Mohd Noh Bin Dalimin,
Naib Canselor,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,
86400 Parit Raja, Johor .


Assalamualaikum w.b.t Dato

SUARA MAHASISWA

Saya Muhammad Yasin B. Jamil Mahasiswa UTHM menyatakan hasrat surat ini adalah bertujuan bagi menyatakan beberapa perkara pertamanya mahasiswa hari ini perlu dilayan sebagai insan intelektual bukannya seperti pelajar sekolah.

Terdapat dua ciri utama yang membezakan mahasiswa dengan pelajar sekolah. Pertamanya, ialah perbezaan umur di mana rata-ratanya setiap mahasiswa/I berumur 18 tahun ke atas. Keduanya, universiti berperanan sebagai tempat melahirkan intelektual.Sewajarnya mahasiswa diberikan peluang dan kebebasan untuk melatih diri dengan kemahiran insaniah melalui pencapahan ilmu dalam pelbagai bidang termasuklah dari segi politik.Mahasiswa pemacu masa depan negara.

Oleh itu, sebagai seorang intelektual mereka perlu diberi ruang kebebasan berfikir dan mencari kebenaran berasaskan ilmu. Maka mahasiswa harus diberi ruang memilih apa yang mereka sukai. Maka dalam hal ini soal kebebasan adalah perlu bagi seseorang mahasiswa supaya mereka bebas menentukan apa yang mereka mahukan.

Malangnya, buat pengetahuan tuan masih terdapat dalam pengurusan mahasiswa beranggapan bahawa mahasiswa tidak banyak beza dengan pelajar sekolah dan ini adalah satu tanggapan yang salah.

Oleh yang demikian, seiring dengan perubahan yang bakal dilaksanakan adalah perlu kita melihat sendiri apa sebenarnya yang diinginkan oleh mahasiswa dari kacamata seorang mahasiswa dan tidak lagi bergantung kepada metodologi yang rigid sebagai garis panduan dalam mengawal perkembangan mahasiswa. SELAIN DARIPADA ITU, MAHASISWA/I ADALAH PENENTU MASA HADAPAN KERANA MEREKA ADALAH BAKAL PEMIMPIN NEGARA. JADI SEHARUSNYA HAK KEBEBASAN BERSUARA PERLU DIBERIKAN KEPADA MAHSISWA/I.

BIOKRASI PENTADBIRAN

Tambahan lagi, pihak pentadbiran universiti melaksanakan birokrasi yang melampau sehingga menyusahkan mahasiswa/i. Seharusnya pihak pentadbiran melaksanakan sistem berkonsepkan kesederhanaan seperti sabda Rasulullah s.a.w “ Sebaik-baik pekerjaan itu adalah pertengahan”.

Mahasiswa hari ini mempunyai banyak tanggungjawab, tetapi disebabkan perkara biokrasi yang terlalu menekan mahasiswa UTHM. Khususnya HEP dalam meluluskan program dan aktiviti mahasiswa.

KEPENTINGAN POLITIK

Sepanjang saya mengikuti kuliah di UTHM terdapat pelbagai unsur politik di bawa ke dalam UTHM antaranya Ceramah Kempen Barisan Nasional Dato Maslan sempena International Youth Day (UNESCO) pada 18 Nov 2011 yang lalu. Di mana, mahasiswa 2 Kolej Kediaman Tun Fatimah dan Tun Dr Ismail di matikan lampu dan dipaksa untuk menghadiri ceramah tersebut.

Dalam ceramah tersebut pula bukan dihidangkan tentang soal akademik tetapi ceramah kempen politik Barisan Nasional.Mahasiswa ketika itu menghadapi minggu ujian , dan dalam keadaan dipaksa dan ditipu mereka perlu terima. Harap Dato tidak lagi mengulangi perkara ini dan minta maaf secara terbuka kepada mereka yang terlibat serta menarik balik dakwaan ke atas 3 mahasiswa yang disabit kesalahan atas penyebaran video di Youtube bertajuk Mahasiswa UTHM bantah kempen politik melalui program Universiti.

Selain itu, pelancaran Kempen Barisan Nasional Polley Agent & Counting Agent(PACA) yang diadakan di Dewan Terbuka Ibrahim Ismail yang lalu juga telah menunjukkan fasiliti awam untuk mahasiswa digunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan tertentu. Di samping itu, saya merasa amat kecewa tindakan Dato Naib Canselor berada dalam Televisyen 1 menjadi salah seorang panel ketika persidangan UMNO berlangsung.Saya tidak pasti apa jawatan yang Dato sandang dalam UMNO. Gambar ini sebagai bukti:

HIBURAN MELAMPAU

Sepanjang saya belajar di UTHM ini, pelbagai juga hiburan melampau menjadi PERKARA WAJIB TIAP TAHUN antaranya Konsert Born For Nature pada Konvokesyen tahun 2010 yang mengundang perkara negatif dari pelbagai pihak dan ada pengunjung membawa minuman keras ke dalam Konsert tersebut. Ini sama sekali tidak selari dengan Universiti yang sepatutnya menjadikan UTHM ini sebagai gudang ilmu.

Di samping itu, sesi Konvokesyen 2011 yang lalu jugak dihidangkan Battle Of The Band dan Konsert Rock yang menampilkan artis yang membuka baju. Kawasan yang dibuat berhadapan dengan Masjid Baru UTHM dan ramai masyarakat luar yang membuat aduan keburukan program hiburan ini.Banyak lagi program hiburan melampau tertutup mahupun terbuka, cukup sekadar 2 program ini menjadi tumpuan saya.. Dan saya harap Dato jika sayangkan agama, anak bangsa dan universiti tercinta ini tidak melakukan lagi perkara ini.

Dato , mungkin surat ini akan sampai kepada pengetahuan Dato’ , mungkin juga tidak. Kiranya ia sampai ke pengetahuan Dato’, saya dahulukan dengan permohonan maaf, kerana mungkin ada kesilapan saya. Maklumlah, saya hanya seorang mahasiswa, mungkin ada silap dan salah pada gerak langkahnya. Saya juga berterima kasih, iyalah, orang sesibuk Dato’ meluangkan masa untuk mengambil perhatian pada surat saya ini, itu adalah satu penghormatan buat mahasiswa seperti saya.

Namun Dato’, kiranya ada pada surat ini, ataupun tindakan-tindakan seperti saya ini yang mungkin lantang menyatakan pendirian, hingga mungkin Dato’ Seri terguris hati, saya memohon maaf untuk itu.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Muhammad Yasin B. Jamil

Sekali Lagi 1 Malaysia Kena Kencing....!!


Pasport ditahan tetapi Pengerusi NFC masih ke luar negara-Keadilandaily

KUALA LUMPUR 17 April: Pengerusi National Feedlot Corporation (NFC), Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail yang masih bebas ke luar negara untuk tujuan perniagaan membuktikan operasi syarikat itu masih berjalan seperti biasa.

Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata, ia bercanggah dengan dakwaan kerajaan Umno-BN projek itu telah ditender semula kepada syarikat lain dan akaun syarikat dibekukan sementara bagi membolehkan siasatan dilakukan.

“Pada 27 Mac 2012, Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa projek ini telah ditender semula dan akaun NFC dibekukan. Oleh itu, mengapa Pengerusi NFC bebas ke luar negara termasuk ke Singapura dan Kazakhtan atas alasan urusan perniagaan? Adakah operasi perniagaan NFC berjalan seperti biasa?” soalnya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

13 April lalu, Mohamad Salleh, yang didakwa pecah amanah membabitkan RM49.7 juta dan pertuduhan mengikut Akta Syarikat, berjaya memperoleh pasportnya bagi membolehkannya selaku pengerusi eksekutif NFCorp dan pengarah serta ‘signatory’ Syarikat Meatworks (Singapura) Pte Ltd menjalankan tugas rasmi ke luar negara.

Mohamad Salleh akan ke Singapura pada 23 April hingga 26 April untuk memastikan perniagaan di sana berjalan lancar, mengerjakan umrah pada 28 April hingga 5 Mei, mengadakan lawatan ke Kazakhstan untuk mencari lokasi baru membuka ladang baru pada 5 Mei hingga 11 Mei dan ke London pada 11 Mei hingga 15 Mei bagi melawat anaknya di sana.

Pasport itu akan dikembalikan semula kepada mahkamah pada 16 Mei ini iaitu 48 jam selepas kembali ke tanah air.

Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang mendesak, kerajaan bertanggungjawab atas segala pembohongan mengenai pembekuan operasi NFC.

“Saya mendesak agar Perdana Menteri dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bertanggung jawab kepada persoalan ini. Walaupun kes ini masih dalam perbicaraan mahkamah namun kerajaan harsu bertanggung jawab memastikan kes penyelewengan dana awam ini diselesaikan dengan adil dan bijaksana,” katanya.