Mar 8, 2011
Pemberontak Libya Tembak Jatuh Pesawat Sukhoi...!!

RAS LANUF (LIBYA) 7 MAC: Pemberontak Libya dikatakan memperoleh semangat baru apabila berjaya menembak jatuh sebuah pesawat pejuang Sukhoi buatan Russia yang digunakan tentera regim Muammar Gaddafi ketika ketegangan semakin memuncak sejak Jumaat lalu.
Dua mayat juruterbang terbaring di atas pasir di kelilingi serpihan bangkai pesawat dan enjin yang bertaburan. Pesawat pejuang itu terhempas kira-kira satu kilometer dari jalan raya ke Ras Lanuf atau kira-kira 650 kilometer di timur Tripoli.
"Pesawat itu ditembak jatuh oleh pasukan pertahanan udara kami," kata Kolonel Bachir Al Maghreb, salah seorang pemimpun pemberontak di Ras Lanuf, bandar pelabuhan minyak yang kini sedang dipertahankan oleh tentera Gaddafi sejak Jumaat lalu.
Bachir mendakwa salah seorang juruterbang yang maut itu adalah warga Serbia walaupun ada yang mendakwa ia mungkin warga Lebonan atau Syria dan ia menguatkan pendapat bahawa Gaddafi mengupah tentera asing untuk mempertahankan kuasanya.
-AFP-
Isu Tanah Akan Menumbangkan Rejim UMNO Terengganu...!!
PAS mendakwa rakyat Kuala Terengganu sedang marah kepada kerajaan negeri Umno dan Barisan Nasional (BN) yang diketua oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said berkaitan isu pengambilan tanah di beberapa tempat di daerah itu.Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Abdul Wahid Endut ketika dihubungi FMT semalam berkata, isu pengambilan tanah itu akan menyebabkan kerajaan negeri akan ditawan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang.
“Rakyat Kuala Terengganu sangat marah kerana kerajaan negeri memindahkan mereka tanpa menyediakan tempat lain sebagai ganti.
“Ke mana mereka hendak tinggal, di mana mereka hendak pergi?,” soal beliau.
Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tanah beberapa kampung di Kuala Terengganu diambil kerajaan negeri untuk projek pembangunan bandar baru.
Antara kampung terbabit ialah Kampung Pak Pa dan Kampung Panji dan penduduk marah kerana kadar bayaran pampasan yang tidak munasabah.
“Berbeza ketika PAS memerintah pada 1999 hingga 2004, kita sediakan tapak rumah apabila mengambil tanah penduduk,” jelasnya.
Wahid berkata, sebaliknya kerajaan negeri BN tidak menghiraukan suara rakyat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Syed Azman Ahmad Nawawi berkata, isu pengambilan tanah telah menjadi perbualan hangat di sini.
“Orang marah kerana kerajaan negeri secara sesuka hati mengambil tanah rakyat. Isu ini besar kepada penduduk kampung kerana tanah adalah harta paling bernilai,” katanya.
Bagaimanapun, difahamkan pejabat tanah Kuala Terengganu telah menangguhkan pengambilan tanah tersebut.
PGU Ke 2 : Di Jangka Akan Lebih Ramai...!!

KUALA TERENGGANU - PAS negeri Terengganu menjangka lebih ramai akan hadir ke Himpunan Kebangkitan Rakyat, PAS Ganti Umno (Himpunan PGU) kali kedua di bandar Jerteh, Besut pada 19 Mac depan, setelah berjaya buat kali pertamanya diadakan di Chukai, Kemaman pada 15 Januari lalu.
Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut, Himpunan PGU kedua yang akan di adakan pada hari Sabtu 19 Mac, bermula sejak Jumaat dengan pelbagai aktiviti pemuda, muslimat dan ulamak.
(Gambar - Program Himpunan PGU telah menggugat Umno-BN Terengganu, Wahid menunjukkan risalah fitnah 'DAP ganti PAS' yang disebarkan Umno-BN merata tempat)
Oleh itu, PAS mengajak seluruh lapisan rakyat Terengganu menunjukkan sikap menolak Umno dan Barisan Nasional (Umno-BN), menjelang pilihanraya umum ke-13 akan datang,
Kata Wahid yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Umno-BN mesti ditolak kerana parti tersebut bukan sahaja telah mengkhianati rakyat Terengganu, bahkan turut mengkhianati kerajaan dan menderhaka kepada al-Sultan Terengganu.
"Kita mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat (PAS Ganti Umno) untuk mengajak semua lapisan rakyat Terengganu untuk menolak Umno kerana Umno telah mengkhianati rakyat Terengganu, mengkhianati kerajaan negeri Terengganu dan menderhaka kepada raja, sultan (negeri) Terengganu,"ujar Wahid dalam satu sidang media khas di Pejabat Perhubungan PAS, Rabu 16 Februari.
Menurutnya, tindak tanduk Umno dalam isu royalti minyak yang menggunakan wang tersebut kononnya untuk membina pelbagai infrastruktur telah menyebabkan pelbagai penyelewengan, salahguna kuasa serta rasuah.
Selain Mursyidul Am PAS, Presiden PAS, kata Wahid, Menteri Besar Kedah, Dato' Azizan Razak akan menjadi tetamu khas pada Himpunan PGU kali kedua ini.
Orang ramai yang hadir juga berpeluang melihat calon PAS yang bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Tenang baru-baru ini, Cikgu Normala Sudirman
Rakyat Beri Amaran...Jangan Tipu Pilihanraya...!!

RIBUAN TUNJUK PERASAAN DI PUSAT PENTABIRAN BAHRAIN – BH
Ribuan orang ramai berkumpul di Istana Al-Qudaibiya, tempat anggota Kabinet sedang bermesyuarat bagi menyatakan protes mereka terhadap pentadbiran kerajaan pimpinan Raja Hamad.
Pasukan polis anti rusuhan yang bertopi putih berbaris di depan pintu pagar istana berkenaan untuk menyekat penunjuk perasaan yang berkumpul sambil melaungkan slogan agar Raja Hamad berundur.
"Rakyat mahu regim pemerintahan sekarang berundur," laung mereka di depan istana berkenaan.
RATUSAN SERTAI DEMONSTRASI DI MAGHRIBI – BH
Ratusan rakyat, kebanyakannya golongan muda menyertai perhimpunan prodemokrasi di depan parlimen Maghribi, semalam menuntut pembaharuan dilakukan terhadap pentadbiran undang-undang dan politik perkauman.
Penunjuk perasaan yang dicetuskan menerusi rangkaian media sosial Facebook, disokong oleh aktivis hak asasi berkumpul di tengah Rabat sebelum berara ke bangunan parlimen.
Mereka berkumpulan di Parlimen hanya beberapa minit sambil jari menunjukkan isyarat "V" atau kemenangan sebelum bersurai.
NOTA:
dunia sedang berubah
rakyat tak mahu kena tipu
rakyat tak mahu ditipu di pilihan raya
rakyat sudah bosan dengan kroni
rakyat sudah bosan dengan kelentong
rakyat sudah bosan ada saja pilihanraya kecil – semua kena tipu
rakyat memilih jalan raya!!!
rakyat beri amaran
jangan tipu pilihanraya
rakyat beri amaran
jangan amalkan rasuah
rakyat beri amaran
jangan kayakan anak bini
Mar 7, 2011
Duit Kerajaan Adalah Duit Rakyat...!!

YAB Dato Seri Ustaz Azizan Abdul Razak mengeluarkan kenyataan dalam nada yang berbeza dari pihak lain yang sering mendabik dada bahawa segala bantuan untuk rakyat seolah-olah duit pemimpin kerajaan.
Beliau memberitahu bahawa peruntukan yang digunakan untuk membawa pelajar Kedah kembali menyambung belajar di Mesir adalah wang rakyat.
Ia adalah hasil dari pelbagai cukai dan keuntungan hasil balak, ladang-ladang dan pelbagai keuntungan lain menerusi anak syarikat kerajaan seperti Pebadanan Kemajuan Negeri Kedah, Syarikat Air Darul Aman, Kulim Hitech Park dan lain-lain.
“Jangan terima kasih kepada Kerajaan Negeri. Ini duit rakyat. Duit cukai. Keuntungan balak. Keuntungan pelaburan di Kulim Hitech untuk kamu semua belajar. Belajar bersungguh-sungguh. Jangan hampakan harapan ibu bapa,
“Rakyat bersama kita menangani sebarang isu. Rakyat bangga anak-anak Kedah berjaya masuk pengajian tinggi, belajarlah dengan sungguh-sungguh,” katanya.
Sebanyak RM2.5 juta telah diperuntukan oleh Kerajaan Negeri bagi menghantar mereka balik ke Mesir bertolak dari Alor Setar dengan bas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Majlis perjumpaan pelajar Mesir dengan YAB Menteri Besar Kedah diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar anjuran Yayasan Islam Negeri Kedah dihadiri lebih 2000 orang termasuklah para pelajar dan keluarga masing-masing.
Kemenangan BN Yang Tidak Memberi Makna Pada Demokrasi Di Malaysia....!!

Walaupun dalam pilihan raya kecil, baik untuk kerusi Parlimen atau Dun yang diadakan sebelum PRU12 tahun 2008 menyaksikan persaingan sengit di antara BN dan parti oposisi, namun kemenangan atau kekalahan mana-mana pihak tidak membawa banyak erti.
Habis kuat orang bercakap pengaruh Umno-BN di kawasan terbabit telah semakin meleset dan sebaliknya parti oposisi kian mengumpul momentum dari segi sokongan.
Dan lebih lazim daripada tidak, apabila parti oposisi seperti PAS gagal merebut kerusi Umno-BN dalam pilihan raya kecil berkenaan, jumlah atau peratusan mereka yang mengundi PAS atau parti oposisi lain kian meningkat.
Dan jika Umno-BN yang berjaya mempertahankan kerusinya atau merebut kerusi terbabit dari parti oposisi, maka yang lebih banyak bercakap ialah pemimpin Umno-BN dan bukannya orang ramai. Kenyataan seperti, "rakyat terus mempercayai Umno-BN" atau "inilah bukti oposisi gagal memberikan khidmat terbaik kepada pengundi" dan sebagainya adalah perkara biasa.
Walaupun pemimpin Umno-BN sendiri begitu mengerti dan amat faham betapa mereka tidak akan menang atau laluan untuk mendapatkan kemenangan begitu perit sekiranya mereka benar-benar patuh segala peraturan dan undang-undang pilihan raya, namun tanpa segan-silu mereka boleh memaparkan imej seolah-olah pertandingan yang dimenangi itu telah diadakan di atas padang paling rata dengan pengadilnya yang sama sekali tidak memihak.
Unsur berat sebelah dan perlakuan pengadil yang tidak adil ini sudah berulang kali dibicarakan oleh pelbagai media sama ada di dalam negara mahupun di luar negeri. Malah disebabkan wujudnya rasa tidak adil dalam pengendalian sesuatu pilihan raya maka dibentuk sebuah badan khusus untuk memperjuangkan pilihan raya yang adil.
Kata orang, kalau tidak ada angin masakan pokok bergoyang. Justeru, kalau tidak ada bukti maka tentulah tidak ada sesiapa yang mahu atau berani menubuhkan sebuah badan yang mana namanya seolah-olah mencadangkan betapa pilihan raya yang diadakan di negara ini adalah sama ada tidak adil atau kurang adil atau masih mempunyai ruang untuk dikendalikan dengan seadil-adilnya.
Selepas PRU12 dan dalam keadaan tertekan, bercelaru dan mencari-cari di mana silapnya, lalu selepas itu bergemalah seruan "mereformasikan Umno" bermaksud kononnya memperbetulkan kesilapan masa lalu, pemimpin Umno-BN mengambil sikap dan pendekatan yang lebih relaks dalam menghadapi pilihan raya kecil selepas pilihanraya umum berkenaan.
Tetapi apabila padang permainan menjadi agak rata dan pengadilnya lebih adil daripada biasa, Umno-BN mengalami banyak kekalahan dalam siri awal pilihan raya kecil selepas Mac 2008 itu.
Pendekatan non-Santa Claus, pendekatan air-liur dan pendekatan kempen bersih nampaknya begitu bertentangan dengan tradisi Umno-BN sehingga taktik ini hanya membawa padah.
Setelah berbincang, bermesyuarat, berunding dan bertikam-lidah di antara satu sama lain, maka nampaknya pakar perunding dan think-tanks Umno-BN sudah ketandusan modal dan idea bagaimana caranya untuk memenangi pilihan raya kecil tanpa kembali kepada taktik tradisi.
Justeru, suka atau tidak dan tanpa segan silu terhadap rakyat, tanpa ada rasa hormat terhadap keadilan, tanpa memperdulikan kebenaran dan malah tanpa ada rasa takut terhadap Tuhan, maka pendekatan Santa-Claus, pendekatan air-liur yang menawarkan pelbagai janji dan lain-lain pendekatan tradisi yang mengakibatkan padang permainan menjadi curam ke arah pihak lawan digunakan semula.
Nampaknya hanya cara ini sahaja yang tinggal sekiranya Umno-BN mahu menempa kemenangan. Dan ini terbukti dalam beberapa pilihan raya kecil lalu apabila Umno-BN berjaya memperolehi kemenangan.
Pilihan raya kecil Dun Merlimau, Melaka dan Dun Kerdau, Pahang adalah merupakan perlawanan ke-15 dan ke-16 di antara BN dan Pakatan Rakyat.
Umno-BN perlu menang perlawanan ini dan analisisawal mengatakan mereka akan menang. Bagi rakyat kedua-dua Dun ini yang bakal mengundi Umno, sebahagian besar daripada mereka tahu mengapa mereka berbuat demikian. Namun bagi rakyat Malaysia yang mengikuti peristiwa ini, mereka mengerti moral kemenangan tersebut.
Ia adalah merupakan kemenangan yang tidak banyak membawa erti bukan sahaja untuk Umno-BN tetapi juga untuk demokrasi negara ini.
Bagi Pakatan, jika mereka berjaya merampas kerusi Umno-BN ini maka ia adalah merupakan kemenangan yang total. Ia bermakna penyokong tradisi Umno-BN sudah mula mengatakan 'TIDAK' kepada parti tersebut.
Dan sekiranya Pakatan kalah dalam kiraan undi dan seterusnya gagal merebut kerusi berkenaan maka ia masih menang dalam erti kata berjaya memenangi sebahagian besar hati rakyat agar memberikan sokongannya kepadanya. Kemenangan kecil yang tidak melayakkannya mendapatkan kerusi ini lebih besar maknanya kepada demokrasi. Ia mencerminkan penyokong yang ikhlas dan tahu betapa harga demokrasi tulen adalah lebih mahal dari sekadar kos sebuah projek bidan terjun atau lebih berharga dari satu keputusan yang dibuat secara tiba-tiba untuk menyelesaikan masalah penduduk setempat.
Paling penting dan terakhir, kemenangan kecil ini adalah batu loncatan kepada kemenangan besar buat demokrasi di negara ini apabila Pakatan akan mengambil alih teraju pemerintahan daripada BN.
Rakyat Sambut Baik Kempen Anti Saman Ekor...!!

HANYA 700,000 DARI 17.3 JUTA SAMAN DI BAYAR – BH
Hanya 700,000 saman dibayar dalam tempoh enam hari selepas diskaun bayaran kompaun dilanjutkan.
Jumlah itu hanya empat peratus daripada 17.3 juta saman yang masih belum dibayar pada 28 Februari lalu.
Tempoh bayaran saman itu sudah dilanjutkan sehingga Khamis ini.
NOTA :
hapuskan saman ekor
hapuskan saman trafik
ini berita baik untuk pakatan rakyat
kalau pakatan rakyat masukkan
dua agenda ini dalam manifesto
pasti rakyat akan meninggalkan gerombolan
di pilihanraya kecil gerombolan berjaji berjuta juta
gerombolan berjanji berbilion bilion ringgit
pakatan tidak memiliki dana ini
tetapi melalui dasar yang tepat
rakyat akan yakin bahawa
pakatan bukan kaki klentong
pakaan bukan kaki pau
pakatan bukan kaki lebong
pakatan bukan kaki susahkan rakyat dengan pelbagai kerenah
pakatan pro rakyat
pakatan sedia hapuskan hapuskan segala macam saman
jamin dasar yang tepat dan popular
tak percaya minta pemimpim pakatan buat kenyataan
hapuskan saman ini esok – jamin lusa saman ini akan lupus
bayangkan dengan satu dasar yang tepat
pakatan akan popular
17 juta rakyat malaysia akan
melihat dasar tepat pakatan rakyat
Mar 6, 2011
Kenyataan Rasmi...

MENGAPA ANWAR IBRAHIM DIBICARAKAN?
Sebab mengapa Anwar Ibrahim duduk di dalam kandang tertuduh setiap hari di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada masa ini dengan menghadapi perbicaraan jenayah sememangnya difahami oleh mereka yang benar-benar waras. Anwar sedang dalam usaha untuk membuat perubahan-perubahan asas terhadap sistem pentadbiran negara ini dan juga ke atas wacana politik nasional. Perubahan ini semestinya menghakis pengaruh kerajaan Barisan Nasional (BN) dan pastinya akan menyingkirkan dari kekuasaan.
Pemimpin dan kerajaan BN sememangnya tidak peduli tentang kewajaran perubahan ini yang memberi manfaat kepada rakyat. Apa yang mereka pentingkan adalah kelangsungan politik mereka sahaja. Selain hanya obsesi ke atas kelangsungan ini, mereka juga mengabaikan perkara-perkara yang memberikan manfaat kepada negara. Reformasi yang dibawa oleh Anwar akan menghapuskan ketidakcekapan pengurusan ekonomi dan pembaziran yang diakibatkan dari gejala rasuah dan kronisme; bebas dari kawalan institusi politik yang sepatutnya bersifat bebas; dan mengembalikan kebebasan politik kepada rakyat yang dirampas oleh kerajaan BN selama lebih 50 tahun.
Struktur, imperatif dan para personaliti BN membuatkan ianya mustahil bagi mereka untuk melaksanakan perubahan dan memulihkan diri mereka. Maka mereka mengetatkan cengkaman ke atas negara yang sedang bergelut untuk bergerak ke depan menuju kebebasan dan kemakmuran untuk semua, dan menggunakan cara tertentu untuk melumpuhkan sesiapa yang berjuang untuk mengembalikan kuasa kepada rakyat. Maka setiap hari Anwar didudukkan di dalam kandang tertuduh, dan nasib negara digantung tanpa tali.
Adalah sesuatu yang tidak asing lagi buat rejim yang zalim untuk merencana pendakwaan fitnah terhadap musuh-musuh politik mereka. Dalam tahun 1930-an, Stalin merancang beberapa siri perbicaraan yang menyaksikan penyingkiran semua yang mengancam kekuasaan beliau. Pada 1995, Ken Saro Wiwa, seorang tokoh pengkritik yang dihormati di dalam kerajaan Nigeria telah didakwa dengan pertuduhan rekaan oleh tribunal tentera dan dijatuhi hukuman mati walaupun dikecam masyarakat antarabangsa.
Pada 2009, ikon demokrasi Burma, Aung San Suu Kyi telah dijatuhi hukuman tiga tahun penjara dengan kerja berat selepas didakwa dalam perbicaraan palsu atas pertuduhan tidak masuk akal iaitu mengingkari perintah tahanan rumah.
Dengan mencontohi tindakan-tindakan ini, Kerajaan BN mendakwa Anwar Ibrahim. Rakyat cuba diperbodohkan dengan perbicaraan ini yang dibalut dan disamarkan secara formal dengan perendahan undang-undang. Sebagai ketua pendakwaan, Pejabat Peguam Negara mestilah berubah secara komprehensif, dan kuasanya yang besar mesti dikaji. Pihak tertinggi polis dan kerajaan mestilah bertanggungjawab terhadap pencabulan perundangan awam dan pembaziran wang rakyat akibat dari perbicaraan ini.
Tiada negara yang bergelut atas nama Kebebasan boleh ditekan sebegitu lama. Jalannya mungkin panjang dan sukar, namun saya menyeru setiap rakyat negara bertuah ini agar melihat semua ini. Kita berhutang dengan diri sendiri dan generasi akan datang.
N SURENDRAN
NAIB PRESIDEN
PARTI KEADILAN RAKYAT
Subscribe to:
Posts (Atom)

